#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

11 April 2013

#TolakPR : Penjawat awam 'Di Maki'... BN @ PR ? KLIK saksi video! #ManifestoBN #PRU13


Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, penjawat-penjawat awam sering jadi mangsa cemuhan, kritikan dan sindiran ahli-ahli politik pembangkang seperti Lim Guan Eng, Tony Pua, Tian Chua, Nurul Izzah & Latheefa Koya.

DAP kata penjawat awam lembab, Nurul Izzah pulak mahu kurangkan anggota polis.
Latheefa Koya meroyan maki penjawat awam. Adakah ini cara Pakatan Rakyat ambil hati kakitangan awam?
Kena pijak, maki, cerca, tuduh macam-macam. Penjawat awam tu manusia, bukannya haiwan!

Adakah penjawat awam akan terima Pakatan Rakyat setelah diherdik tanpa henti?

KLIK saksi video dibawah:



BN tidak seperti parti-parti pembangkang!


Manifesto BN: Peluang kenaikan pangkat lebih cerah untuk penjawat awam.


Penjawat awam, yang merupakan tulang belakang pembangunan ekonomi negara, mempunyai prospek lebih cerah untuk kenaikan pangkat dan pembangunan bakat jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Menurut Manifesto BN bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan' yang dilancarkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini, BN akan memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam.

Ini termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji dilakukan.

Sebelum ini, kerajaan BN telah memperkenalkan dan memperkemaskan gred skim penggajian untuk penjawat awam termasuk kenaikan gaji secara keseluruhan dan beberapa inisiatif baharu yang berjumlah RM2 bilion.

Selain itu turut menyediakan tambahan tiga kali kenaikan gaji tahunan selepas mata gaji mencecah paras maksimum dalam jadual gaji berkuatkuasa 1 Jan 2013.

Kerajaan BN juga baru-baru ini telah menyeragamkan gaji anggota polis dan tentera supaya setara dengan anggota perkhidmatan awam bagi menyediakan gred gaji yang lebih tinggi serta memperkenalkan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok untuk anggota tentera dan polis dengan peruntukan sebanyak RM12 juta.

Selain itu, BN berjanji akan melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap.

Golongan kurang upaya (OKU) juga akan diberi perhatian istimewa bagi memanfaatkan potensi dan kemampuan yang dimiliki.

Manifesto BN turut menekankan dalam usaha memperkukuhkan perkhidmatan awam, BN akan memperkenalkan konsep 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam' dengan memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama.

Ia juga berjanji akan menggerakkan dan memperkasa perkhidmatan awam, termasuk pejabat-pejabat daerah dan kerajaan tempatan, bagi memenuhi permintaan dan keprihatinan rakyat.

BN juga berjanji untuk menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan daripada pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan.

Menyentuh mengenai sumber manusia, BN akan memperkenalkan program-program pengambilan pekerja dengan memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). - Bernama



0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.