#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

5 November 2013

#PRKSgLimau : KEPUTUSAN RASMI - Calon Pakatan Menang. KLIK baca ni!

*Undi PAS, DAP Puas! 

BN masuk ke gelanggang dengan membawa slogan 'Berani Berhijrah' iaitu satu seruan untuk menggesa pengundi Sungai Limau khususnya orang Melayu berhijrah menyokong parti itu bagi membolehkan kawasan tersebut dibangunkan di bawah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan, Datuk Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar.


Pas pula 'meminjam' slogan Pas Kelantan iaitu 'Kekal' dengan matlamat mempertahankan legasi politik parti tersebut di DUN berkenaan yang dikuasai oleh mereka sejak 1995



Namun, pertarungan kedua-dua parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kali ini, ternyata sengit.



Sungai Limau bukan calang-calang kubu kuat bagi PAS. Ia terbukti, dengan tanpa perlu bertukar-tukar calon dan tanpa perlu membuat apa-apa perubahan serta kemajuan, PAS masih boleh mengekalkan kemenangan dengan majoriti besar sebelum ini.

Dan sekali lagi, daripada keputusan rasmi diumum oleh Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau hari ini telah menyaksikan bahawa majoriti pengundi memilih PAS untuk kekal memimpin mereka.

Calon PAS, Mohd. Azam Abd. Samat menang mendapat 12,069 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim kalah dengan memperolehi undi 10,985.
Namun, apa yang MP boleh katakan, kemenangan PAS kali ini tidaklah boleh dianggap sebagai satu KEJAYAAN apabila jumlah 1,084 undi majoriti yang diperolehi PAS jelas jauh merosot daripada keputusan undi PRU13 dan juga keputusan-keputusan pilihanraya yang terdahulu.

Barisan Nasional pula, melihat kepada keputusan yang diperolehi. Ternyata BN berjaya meyakinkan rakyat di Sungai Limau dengan peningkatan sebanyak 10 PDM memberikan sokongan berbanding semasa PRU13 yang lalu hanya 6 PDM.

Ini bererti telah ramai sudah bersama dan menerima UMNO serta Barisan Nasional selain daripada tindakan penyokong PAS yang beralih untuk memilih Barisan Nasional. Tidak juga mustahil, perubahan yang berlaku berpunca dari sikap dan tindakan PAS yang keterlaluan ketika berkempen sehingga sanggup berbohong kepada rakyat.

Syabas dan tahniah Barisan Nasional... Walaupun tewas tapi tewas kamu bermaruah.

Kepada PAS, yang hanya menang dalam majoriti sebanyak itu dan juga bersikap jelik sepanjang proses kempen. Maka PAS wajar merasa malu.

Namun, apakah PAS tahu malu?

Yang mengundi PAS, apakah sememangnya enggan berubah dan ingin terus hidup dalam keadaan ketinggalan serta jauh dari arus kemodenan?

Fikirkanlah, sampai bila Sungai Limau harus begini?



ARTIKAL BERKAITAN KLIK TAJUK DIBAWAH: 



0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.