GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

30 March 2013

KANTOIIII : Pembangkang rancang cetus kekecohan pada PRU13 #TolakPR #PRU13


Mencetuskan keganasan dan kekacauan bukan lagi sesuatu perkara yang asing bagi pembangkang. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk berkuasa.

Sama seperti 2008, mereka meminta agar pemantau asing datang dan mereka tidak jadi membuat kacau bila keputusan pilihan raya memihak kepada mereka di lima buah negeri (baca sini).

Dokumen di bawah mendedahkan PKR bercadang untuk membuat kekacauan di 10 tempat di seluruh negara. Memang sudah sekian lama PKR merancang untuk mengadakan keadaaan yang tidak tenteram di negara ini (baca sini).

Keganasan yang sama mengikut modus operandi "tangan asing" sebagaimana yang terpapar dalam video di bawah ini. Revolusi dan kekacauan adalah senjata terakhir Anwar (baca sini).

Mereka merancang membuat kekacauan ketika hari pembuangan undi, apakah kekacauan tersebut boleh jadi lebih awal lagi? Apa sahaja boleh berlaku. Apa yang penting, rakyat Malaysia perlu sentiasa berhati hati dan berjaga jaga. Undi boleh mengubah situasi.


29 March 2013

Video: PENDUDUK MARAH SAMA LIM GUAN ENG #TolakPR




Taktik Terdesak PR #TolakPR



Guna Pengaruh Musuh Untuk Jatuhkan Musuh

Tidak ada yang lebih memalukan bagi sebuah parti politik daripada terpaksa menggunakan pengaruh musuh untuk menjatuhkan musuh.  Tetapi, inilah yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat iaitu menggunakan pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir, untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib.

Jelas sekali yang PR cukup sedar bahawa parti mereka sudah kehilangan pengaruh secara drastik dan bahawa pemimpin mereka sendiri tidak punya ‘aura’ yang cukup kuat untuk mempengaruhi rakyat.

Taktik ini pastinya difikirkan setelah melihat bagaimana pendapat dan pandangan kritis Tun Mahathir terhadap pemerintahan Tun Abdullah sebelum ini, telah berjaya mempengaruhi rakyat jelata untuk meyakini bahawa ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan adalah berasas.   Akibatnya, Tun Abdullah telah terpaksa menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Dato’ Seri Najib, yang mana amat ditakuti oleh pembangkang.

Ketakutan pembangkang terhadap Dato’ Seri Najib amat ketara apabila mereka terlebih dahulu  mencipta berbagai-bagai fitnah terhadap beliau bagi memastikan bukan beliau yang menjadi pengganti Tun Abdullah.

Malang bagi pembangkang, kesungguhan mereka menyerang Dato’ Seri Najib hanya menambahkan keyakinan rakyat bahawa beliaulah calon yang terbaik.

Malah, rekod juga menunjukkan bahawa Tun Mahathir sentiasa berdiri di belakang Dato’ Seri Najib selama krisis kepimpinan berlaku di dalam kerajaan ketika itu.   Beberapa kali beliau dirakam menyatakan bahawa pilihan pertama beliau adalah Dato’ Seri Najib, tetapi telah tersilap membuat keputusan untuk memberi peluang terlebih dahulu kepada Tun Abdullah kerana berpegang kepada budaya ‘seniority’, serta percaya bahawa Dato’ Seri Najib boleh menunggu kerana usia beliau masih muda.

Namun, semua itu telah dilupakan oleh pembangkang dan sebaliknya memilih untuk ‘berpegang’ kepada kenyataan Tun Mahathir baru-baru ini apabila ditanya sama ada Dato’ Seri Najib perlu meletak jawatan jika BN kalah atau corot dalam PRU-13?  Untuk makluman, perkara yang sama pernah ditanya oleh Malaysian Insider beberapa bulan lepas dan hari ini ia ‘disemarakkan’ semula oleh Malaysiakini serta disebarkan oleh laman-laman sosial PR.

Tun Mahathir seperti biasa menjawab soalan tersebut secara terus terang, bahawa begitulah sewajarnya, iaitu mana-mana kepimpinan yang bertanggungjawab harus meletakkan jawatan jika tidak berjaya mendapat keputusan yang memuaskan.   Ini adalah jawapan ‘standard’ tidak kira dalam konteks pemerintahan negara, mahupun organisasi dan termasuklah dalam bidang sukan di mana jurulatih yang gagal, wajar bersara atau ditukarkan sahaja.

Memandangkan kita cukup kenal bahawa Tun Mahathir amat konsisten dengan kenyataan atau pendiriannya, maka jawapan seperti itu sudah pasti telah dijangkakan oleh pembangkang.  Buktinya, beliau berkata demikian kepada Tunku Abdul Rahman dan berkata yang sama kepada Tun Abdullah Badawi apabila sokongan terhadap kepimpinan mereka mula lemah dan parti pemerintah mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam Pilihanraya.  

Maka, bagi pembangkang untuk menggunakan jawapan ‘standard’ Tun Mahathir itu sebagai modal politik mereka untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib amatlah menyedihkan.  Nampak sangat yang mereka sudah benar-benar kehabisan modal.

Lebih pelik lagi, modal ini digunakan sedangkan rakyat boleh melihat sendiri bagaimana akhir-akhir ini Tun Mahathir begitu sibuk ke sana ke mari memuji-muji kepimpinan Dato’ Seri Najib dan menyeru rakyat agar memberi sepenuh sokongan dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri.  Beliau turut memetik angka-angka ekonomi yang menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan di bawah kepimpinan Dato’ Seri Najib dan sentiasa menyokong apa jua tindakan kerajaan.

Berdasarkan apa yang berlaku ini, apa yang cuba digambarkan oleh PR iaitu Tun Mahathir ragu-ragu dan kurang yakin terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib tentulah tidak masuk akal sama sekali.  Lebih-lebih lagi, apabila PR turut membayangkan kononnya Tun Mahathir lebih ‘menggemari’ Tan Sri Muhyiddin untuk menerajui negara.

Strategi untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin BN sesama sendiri tidak menjadi kerana ia tidak benar sama sekali.  Pemimpin tertinggi UMNO atau BN bukan seperti pemimpin tertinggi PKR atau DAP, ataupun PAS yang asyik bertelagah gila kuasa kerana telah dihasut oleh parasit-parasit yang berkembang biak dan merebak sehingga ke akar umbi parti-parti mereka.   Kepimpinan tertinggi UMNO/BN tidak lagi mengalami masalah berebut kuasa sedemikian kerana semua yang bermasalah begitu telah lari kepada pembangkang.

Secara logiknya, apa pun pendapat dan pandangan Tun Mahathir dan siapa pun yang beliau ‘gemar’ tidak seharusnya menjadi masalah PR.   Kenapa PR perlu bergantung kepada pendapat dan pengaruh seorang musuh ketat untuk menarik sokongan rakyat?

Akhir sekali, kata-kata Tun Mahathir hari ini bahawa “tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia, selain Dato’ Seri Najib,” sewajarnya diambil sebagai titik noktah kepada strategi terdesak pembangkang ini.

28 March 2013

#PRU13 :Demi PM…Anwar akan buat apa saja. KLIK saksi video ni!


Tidak mustahil Anwar akan meletakkan nasib dirinya sebagai tokoh yang difitnah selama ini dan pada ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikan air mata untuk melahirkan rasa simpati rakyat terhadap keluarga itu dengan harapan rakyat terpaku memberikan sokongan tinggi melangit kepadanya. 
Selanjutnya KLIK.

Sama-sama kita saksikan video di bawah:



27 March 2013

PAS NAZAK: Menipu saja kerjanya... KLIK saksi video disini!

Senarai 12 Masjid yang di katakan dibina oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah
Punyalah buruk perangai PAS Kedah... Kalau dah nama penipu tu, buatlah macam mana pun, dia tetap akan menipu. Sampai bina masjid pun nak menipu? Tu maknanya PAS Kedah ni dah sampai tahap nazak. Kalau tak mampu nak bina masjid, jangan la menipu. Parah-parah!

Baca petikan dan saksikan video di bawah:

Alor Setar 25/03 - Di Sebabkan inginkan kepastian berkenaan pembinaan 12 Masjid yang di katakan dibina oleh Kerajaan Negeri Kedah seperti mana yang tertulis dalam buku laporan Sayangi Kedah Sejahtera, Pemuda UMNO Kedah yang di ketuai Badrul Hisham Hashim hari ini telah berjumpa dengan Pengarah Unit Penyelaras Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri ( ICU ) bagi Negeri Kedah, Datuk Hj Azmi Lateh .

Dalam perjumpaan itu, Datuk Hj Azmi Lateh mengesahkan 11 dari 12 Masjid yang telah di bina dan yang masih dalam proses pembinaan adalah hasil peruntukan dari Kerajaan Pusat. Manakala baki 1 lagi Masjid merupakan hasil derma dari individu dermawan.

Menurut Badrul Hisham, Pihak Pemuda UMNO Kedah merasa kesal dengan tindakan Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS Kedah yang menipu rakyat Kedah melalui buku laporan Sayangi Kedah Sejahtera.

Juteru dari itu Pemuda UMNO Kedah meminta Kerajaan Negeri Kedah memohon maaf kepada rakyat Kedah yang telah di tipu melalui buku Sayangi Kedah Sejahtera.


Selanjutnya KLIK SINI


ARTIKAL TERDAHULU KLIK : Menunggu Sesumpah Bersumpah

26 March 2013

LIWAT SAIFUL: Anwar 'bersumpah laknat' Jumaat bulan hadapan?



Laman Suara PR akhirnya memberi sedikit harapan untuk puak pembangkang mengeluh lega setelah begitu lama menunggu Anwar Ibrahim bersumpah mubahalah sepertimana yang dituntut oleh berbagai pihak.

Menurut laman tersebut, Anwar akan bersumpah pada suatu hari Jumaat minggu pertama bulan hadapan di hadapan Masjid Negara, Kuala Lumpur.  Acara tersebut akan turut disaksikan oleh Ulama-ulama besar PAS seperti Nik Aziz dan Hadi Awang, termasuk beberapa tokoh agama luar negara.  Ia dijangka menjadi ‘bom’ untuk mematikan terus UMNO dan BN menjelang PRU nanti.

Memetik laporan laman tersebut, Anwar akan bersumpah laknat bagi menafikan fitnah UMNO bahawa beliau meliwat Saiful Bukhari secara paksa.

Nampaknya, dua perkataan terakhir dalam kenyataan laman Suara PR mengenai sumpah ini, iaitu ‘secara paksa’ telah membuatkan ramai pihak pembangkang sendiri merasa tidak senang duduk.  Mereka tertanya-tanya sesama mereka, apakah ini bermakna Anwar meliwat Saiful atas dasar rela?

Ini kerana isu di sini bukan ‘rela atau paksa’ tetapi ‘liwat atau tidak’.  Sekali pandang, ayat laman Suara PR tersebut jelas menyatakan yang Anwar telah meliwat.

Laman Suara PR sering menjadi sasaran puak pembangkang sendiri terutamanya PAS kerana pendiriannya yang jelas dalam soal LGBT, hubungan Anwar dengan Yahudi serta keterbukaan dengan idea Malaysia Malaysia DAP.   Terdapat sindrom penafian yang hebat di kalangan PAS bahawa itulah pendirian parti yang mereka anuti, iaitu Parti Pakatan Rakyat.

Secara dasarnya, PR adalah parti berfahaman liberal dan terbuka kepada pluralisme.  Ini adalah hakikat yang laman Suara PR begitu nekad mempromosi dan PAS pula begitu galak menafi, manakala Anwar begitu giat berdolak dalih mengenainya.

Difahamkan laman Suara PR diwujudkan oleh pihak Anwar bagi menguji, sekali gus mengasak minda masyarakat Malaysia agar menerima fahaman pluralisme dan liberalisme.  Namun, selagi masyarakat masih tidak mampu menerimanya, Anwar akan mengambil pendekatan selamat dengan menafikan bahawa laman itu adalah di bawah kawalannya.

Keputusan Anwar untuk bersumpah akan ‘kesucian’ dirinya walaupun setelah dua kes liwat berlalu, dan dua video disebarkan amatlah meragukan.  Apatah lagi apabila desakan untuk beliau berbuat demikian telah lama kedengaran tetapi ditepis dengan alasan ‘bersumpah-sumpah bukanlah cara Islam’ dan berbagai-bagai alasan lagi.  Malah laman Suara PR juga turut mengulangi alasan ini dengan berkata “sumpah Muhabalah ini, sebetulnya bukanlah sebahagian dari ajaran Islam pun sebaliknya amalan serupa yang diceduk dari agama lain dengan sedikit pengubahsuaian.”

Namun, laman tersebut tetap menyambut baik keputusan Anwar bagi memuaskan hati segelintir umat Islam yang katanya, ‘telah terbiasa dengan amalan tersebut sejak zaman-berzaman’.  Malah, kata penulis laman tersebut lagi, ‘orang Hindu juga percaya pada sumpah laknat’ dengan merujuk kepada tindakan mendiang Bala yang turut bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya.

Untuk rekod, mangsa dalam kes liwat II iaitu Saiful Bukhari telah pun bersumpah laknat pada 15 Ogos 2008, dengan diiringi oleh bapanya sendiri yang kini berpaling tadah.   Malah Saiful juga dikhabarkan telah bersumpah dan berdoa di hadapan kaabah.  Tindakan Saiful benar-benar memberi tamparan hebat sehingga menyebabkan ramai yang meninggalkan Anwar.

Oleh itu, segelintir pencacai Anwar mungkin merasa gembira dengan berita Anwar akan bersumpah ini dan menganggap ia sebagai satu peluru tepat bagi mematikan terus tuduhan liwat ke atas pemimpin mereka itu.

Namun, suka atau tidak, mereka harus akui bahawa dua perkataan terakhir yang ditulis oleh laman Suara PR telah menjadi peluru yang memakan tuan.

Untuk pengetahuan Anwar, biarpun beliau masih mempunyai sokongan yang agak kuat dari orang Melayu melalui PAS, tetapi sedarlah bahawa sokongan tersebut adalah kerana mereka berada dalam sindrom penafian bahawa Anwar benar-benar seorang biseksual tegar.

Jelas, bahawa sokongan yang diterima Anwar adalah atas dasar penipuan semata-mata.  Sekiranya Anwar menunjuk dan mengakui hakikat dirinya yang sebenar iaitu seorang biseksual, serta berdiri atas nama liberalisme, pluralisme, LGBT dan pro-Yahudi, maka sokongan terhadap Anwar mungkin tidak cukup untuk memenuhi sebuah padang sekolah sekali pun.

Hakikatnya, Anwar adalah seekor sesumpah dan mampu melakonkan apa saja watak bagi meraih sokongan.  Anwar tahu bahawa beliau tidak akan punya apa-apa lagi di dunia ini jika beliau menghentikan segala lakonan tersebut.

Apapun, kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana sesumpah ini akan bersumpah melaknat dirinya sendiri jika beliau bercakap bohong.  Tetapi, jangan pula terkejut jika beliau bukannya bersumpah pada hari tersebut, tetapi hanya menyumpah-nyumpah seranah sesiapa sahaja yang bertanyakan mengenainya.

ARTIKAL TERDAHULU KLIK : Orang dalam PR dedah senarai calon

Orang dalam PR dedah senarai calon. KLIK baca ni!


Yaa..senarai calon PR yg telah dikemas kini setakat 25 Mac 2013 telah terdedah. Apa punya malang nasib PR, satu demi satu rahsia dan strategi mereka dibongkarkan oleh jentera parti mereka sendiri. Malah mereka yang mendedahkan bukan sebarangan orang tetapi dikatakan merupakan pimpinan peringkat tertinggi parti itu.

Jika sebelum ini mereka begitu mendabik dada mengatakan mereka mereka mempunyai 'agen' di dalam pentadbiran kerajaan untuk membongkar kononnya terdapat banyak penyelewengan tapi sekarang sebaliknya telah berlaku.

Ia dikatakan ekoran dari ketidakpuasan hati segelintir pimpinan tertentu yang merasakan disisih oleh Ketua Umum, Anwar Ibrahim. Mereka merasakan seolah-olah tidak dihargai walaupun telah menunjukkan sifat taat setia yang tidak berbelah bagi kepada.

"Kenapa perlu meletakkan calon yang baru sahaja menyertai parti sedangkan kita tidak tahu lagi tahap kesetiaan mereka?

"Apa jaminan mereka akan kekal setia bersama parti dan tidak akan melompat parti?" soal sumber dalaman yang marah dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan.

Mereka turut mempertikaikan keputusan pemilihan calon, yang dilihat tidak berdasarkan konsep merit. Hanya disebabkan rapat dengan Anwar mereka terus diberikan tempat, sedangkan pimpinan kawasan telah berhempas pulas bekerja untuk langsung tidak dipertimbangkan.

Sebagai contoh, apabila nama Chegu Bard tidak tersenarai sebagai calon ada dikalangan pencacainya yang bangkit mempertikaikan, kononnya sumbangan dan pengorbanan yang telah diberikan kepada parti tidak boleh dipertikaikan.

Malah melalui Solidariti Anak Muda Malaysia, kepimpinan Chegu Bard turut dikatakan menyerlah kerana berjaya menarik sokongan anak muda, walaupun pada hakikatnya Anwar tahu ia lebih kepada gerakan untuk menyaingi peranan Ketua AMK.

Ada desas-desus yang mengatakan, apabila ditawarkan bertanding di kerusi Permatang Pauh, Chegu Bard telah menolak dan merayu agar dijadikan calon untuk kerusi Nibong Tebal.

Berikut adalah senarai calon PR yang dikemas kini setakat semalam.

SENARAI CALON PKR

Sembrong - Onn Abu Bakar
Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein
Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid
Segamat - Chua Jui Meng
Batu Pahat - Syed Hamid Ali
Selayang - William Leong Jee Ken
Kuantan - Fuziah Salleh
Azan Ismail - Kemaman
Padang Serai - N Surendran
Kulim Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail 
Sungai Petani - Johari Abdul
Pandan - Rafizi Ramlii
Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty
Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayub
Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong
Setiawangsa - Ibrahim Yaacob
Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar
Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin

ARTIKAL TERDAHULU KLIK: PRU13: Anwar 'BERSUMPAH' dan tunjuk 'JAM OMEGA'?

25 March 2013

PRU13: Anwar 'BERSUMPAH' dan tunjuk 'JAM OMEGA'?…KLIK baca ni!



Penulis selalu berfikir, kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian.

Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar…

Katanya, Anwar akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang…dia akan simpan isu itu sampai betul-betul mengunung…beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah.

Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan, ketika itu sudah tentu undi orang Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi atas pagar mesti memihak kepada Anwar.

Anwar akan dilihat sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikan air mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit banyaknya.

Momentum akan menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan pilihan raya akan menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik licik itu sukar mendatangkan hasil.

Anwar dijangka akan banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk melaksanakan taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk ditangkis lawannya.

Demi PM…Anwar boleh buat rasanya….

Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amar rapat dengan Anwar dan mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13.

Antaranya Zul Noordin berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan bahawa Anwar akan menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful.

Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya baru-baru ini menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan Zul Noordin.

Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu.

1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.

2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihan raya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.

3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurt Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan.

***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.

4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ” Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh “, MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA ” Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.

5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan jam berkenaan dan menujukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”

6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (digangu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.

***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.

7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.

***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin

8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.

9 -Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara ).

***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)…taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.

10 – Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi pakatan dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang diterima daripada orang dalam Pas, bahawa setiap ahli pas akan diminta bersumpah ” wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik). begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke putrajaya.)…

- MYNEWSHUB.MY

SAKSI VIDEO TERDAHULU KLIK - Ini bukan Anwar ke?

Dedikasi video ini untuk PDRM & Kerajaan. KLIK saksikan! #OpsDaulat #ESSCOM #PahlawanKu


Sempena Hari Polis dedikasi video ini untuk PDRM & Kerajaan yang banyak membantu menjaga keamanan rakyat Malaysia.Terima kasih Kerajaan & PDRM serta badan-badan beruniform yang lain. 

MP ucapkan
Selamat Menyambut Hari Polis ke-206
( Isnin - 25/3/2013 )

 

Sempena Hari Polis hari ini, PM merasmikan ESSCOM.
Mudah-mudahan dengan penubuhan ESSCOM, keselamatan Sabah akan lebih terjamin.
Kerajaan serius menangani masalah di Sabah dengan penubuhan ESSCOM.



24 March 2013

LIWAT: Nah, video Anwar Ibrahim bersama mahasiswa Episode 2. KLIK SAKSIKAN!


Nah... Ini satu lagi KLIP Video Anwar Ibrahim yang didedahkan Papa Gomo untuk rakyat mengetahui kebenarannya.

Demi Rakyat, Agama, Bangsa dan Negara pendedahan kemesraan hubungan sejenis antara Anwar Ibrahim dan mahasiswa berumur 19 tahun ini sengaja didedahkan untuk pengetahuan umum agar rakyat tidak menjadi mangsa penipuan Pakatan Haram.

Dalam video yang di keluarkan sebelum ini Seasons 7 Episode 1 KLIK DISINI masih ada lagi orang-orang dalam pakatan pembangkang tidak mempercayai bahawa lelaki didalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim.

Antara alasan yang diberikan adalah DUBBING yang mana suara tidak sama dengan mulut, gambar kabur, wajah lelaki 19 tahun tidak kelihatan dan macam macam lagi.

Apa sahaja yang akan didedahkan demi kebenaran untuk rakyat Malaysia pasti sahaja penyokong pembangkang menafikan bahawa individu yang mengalami masaalah moral tersebut adalah Anwar Ibrahim. 
Selanjutnya KLIK SINI

KATA MP: 
Mereka akan pertahankan Anwar Ibrahim walaupun bukti didepan mata mereka sekalipun. Buta dah ke mata puak-puak tu, ntah tak tau lah!!! Saksikan episod 2 dibawah... Kalau bukan kata Anwar juga, 
ontah lah!

 


LIWAT: Kemesraan hubungan sejenis Anwar didedah! KLIK sini.


Malam ini satu lagi KLIP Video Anwar Ibrahim akan didedahkan Papa Gomo agar rakyat mengetahui kebenarannya. 

Demi Rakyat, Agama, Bangsa dan Negara pendedahan kemesraan hubungan sejenis antara Anwar Ibrahim dan mahasiswa berumur 19 tahun ini perlu didedahkan agar rakyat tidak menjadi mangsa penipuan Pakatan Haram.

Malam ini Video Anwar Ibrahim Episode 2 akan ditayangkan! Standby!

Sumber dari papagomo.com

KLIK DISINI: Jangan ketinggalan, dapatkan produk 'JomBertindak' secara percuma!!!



PM Lancar Kit Tindakan – Jom Daftar Untuk Dapatkan Percuma

Menarik dan satu pendekatan yang lain dari lain.

Itulah antara maklumbalas yang diterima apabila soal selidik yang diadakan secara rambang berhubung kit tindakan ‘Jom Bertindak’ yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui laman web 1Malaysia.

Kit Tindakan itu adalah merupakan peralatan asas kepada pengundi sebagai persedian untuk menghadapi Pilihanraya Umum 13 (PRU13) yang dijangkan akan diadakan tidak lama lagi.

Antara peralatannya ialah sebuah buku berguna yang menyediakan tip-tip mudah tentang panduan mengundi, pin kolar, pen dan beberapa pelekat yang menarik.

Yang paling penting, kit tindakan tersebut diedarkan secara percuma dan pengunjung blog hanya perlu mendaftar di Jom Bertindak.

Ayuh kita war-warkan kepada seluruh masyarakat untuk turut sama mendaftar dan mendapatkan kit tindakan ini.

Dapatkan kit tindakan ini secara percuma dengan mendaftar di link ini...
KLIK - http://www.1malaysia.com.my/my/action/

23 March 2013

VIDEO CHINA DOLL: 'Trio Datuk T' dipujuk buat pusingan-U.


Rahim Thamby Chik Dedahkan Cubaan Pujuk Eskay

Mungkin kerana tidak tahan dengan percubaan demi percubaan yang dilakukan, mantan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik Saban semalam sekali lagi tampil membuat kenyataan. Beliau semalam mendedahkan wujud usaha yang dijalankan oleh wakil pakatan pembangkang untuk membeli Dato Shazryl Eskay Abdullah salah seorang daripada 'Trio Datuk T' untuk membuat pusingan-U dalam kes video ‘China Doll’.

Menurut Tan Sri Rahim, ekoran pendedahan rakaman video seks dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tidak berapa lama dahulu, Datuk Shazryl telah diekori dan dipujuk dengan sejumlah wang oleh pihak tertentu agar mengubah pendiriannya.

Tan Sri Rahim turut menegaskan, beliau (Datuk Shazryl) telah ditawarkan dengan wang yang ‘TIADA HAD JUMLAHNYA’ sebagai pampasan sekiranya bersetuju untuk menandatangani satu dokumen berkanun yang telah disiapkan.

Sungguh hebat, pendekatan yang diguna pakai oleh makhluk bernama Anwar Ibrahim ini yang suatu ketika dahulu diangkat sebagai pemimpin ‘Anugerah Tuhan’. Motifnya hanya satu iaitu terus menipu rakyat Malaysia agar terpedaya dengan lakonannya semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri.

Lepas berjaya beli bapa Saiful Bukhari, Pakatan cuba keluarkan wang lagi untuk beli Dato’ Eskay. Namun disebabkan ahli perniagaan itu mempunyai jati diri dan integriti yang tinggi, ‘tawaran wang tanpa had’ itu tidak mampu untuk membeli dirinya. Ini kerana, bukan calang-calang orang yang dapat menolak tawaran seperti itu.

Hanya disebabkan wang seorang bapa tergamak untuk mengkhianati anaknya sendiri apabila sanggup menjual maruah dirinya sekaligus menjadi pencacai dan alat kepada politik jijik pakatan pembangkang.

Sekiranya Datuk Eskay bersetuju untuk menerima tawaran yang diberikan oleh Anwar, maka sudah pasti dokumen tersebut akan digunakan sebagai modal kempen baru puak-puak pencacai untuk menyalahkan Umno.

Tambah menarik, modus operandi mengeluarkan dokumen berkanun yang telah disiapkan itu seakan-akan sama dengan tindakan PI Bala yang sebelum ini turut mengeluarkan surat akuan bersumpah. Dengan hanya bermodalkan RM2 akuan bersumpah itu terus dikatakan sebagai bukti untuk memfitnah dan mengaitkan pemimpin negara.

Begitu juga yang terjadi terhadap kes liwat Saiful Bukhari, kenyataan bapanya yang telah dibeli terus dijadikan asas untuk menolak dakwaan liwat berbandingkan kenyataan mangsa yang disertakan dengan lafaz sumpah.

Benarlah seperti yang dikatakan oleh Datuk Zulkifli Nordin sebelum ini yang mengatakan antara strategi Anwar untuk menghilangkan keyakinan rakyat ialah, mengunakan umpan dengan seribu satu tawaran bagi mempengaruhi mereka yang rapat dengan sesuatu kes itu agar tampil membuat kenyataan.

Dengan kenyataan itu, para pancacai Anwar akan mengunakan semua peluang dan ruang untuk menarik simpati rakyat, kononnya makhluk jijik bernama Anwar Ibrahim telah difitnah.

22 March 2013

PRU13: PKR Johor bakal tempang. KLIK baca ni!


Umum amat maklum yang Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sudah lama mengidam untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah kerana ia dianggap sebagai kerusi selamat untuknya memandangkan lebih 50% pengundi di kawasan itu adalah keturunan Cina.

Lagi pun, sejak PRU 12 2008 kawasan tersebut sememangnya di tandingi calon PKR sekalipun dalam PRU itu ia dimenangi calon BN, Tan Ah Eng dengan kelebihan kurang 9,000 undi majoriti. Atas faktor itu, maka Chua Jui Meng adalah calon yang betul dan layak untuk mewakili PR di situ.

Bagaimana pun baru-baru ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah disahkan sebagai calon rasmi mewakili PR di Parlimen Gelang Patah setelah diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.

Ia mengejutkan ramai pihak dan langsung di luar dugaan pemimpin dan penyokong PKR sendiri.

Perkembangan itu nyata agak mengecewakan Chua Jui Meng yang baru 4 tahun terjun ke kapal PKR dan turut menyebabkan ramai penyokongnya berpatah hati mengenangkan Anwar sendiri dilihat lebih mengutamakan DAP berbanding PKR.

Menurut sumber yang dipetik oleh akhbar Nanyang Siang Pau berkemungkinan besar Chua Jui Meng akan bertindak meletakkan jawatannya dalam PKR sebagai tanda protes dan jika ia menjadi kenyataan, buruk kesannya terhadap prestasi PR kelak.

Pada perkiraan Anwar, tindakannya menyebelahi Lim Kit Siang dengan mengabaikan kehendak Chua Jui Meng mungkin dirasakan betul sementelah lagi kedudukan PKR di Johor jauh lebih lemah berbanding DAP.

Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau pastinya paling bergembira dengan keputusan yang menyebelahi DAP memandang sebelum ini Cheng Hau sudah acap kali bertelagah dengan Chua Jui Meng yang dianggapnya sebagai pengacau dan pernah mensabotaj kekuatan DAP di Johor.

Berikutan pertelingkahan itu, Cheng Hau telah meminta campur tangan pemimpin tertinggi DAP yang dipercayai membawa kepada pengumuman rasmi daripada Anwar yang mengesahkan Kit Siang sebagai calon di Gelang Patah.

Setakat ini belum ada pengesahan rasmi dari PKR berhubung peletakan jawatan Chua Jui Meng, tapi dilihat pada tanda-tanda yang menjurus ke arah itu, tidak mustahil PRU 13 yang berbaki sedikit masa lagi bakal menyaksikan PKR tampil dalam keadaan agak tempang.

20 March 2013

#transformasi : Terfikir ke puak pembangkang dengan semua ini? KLIK!



Kesemua NKRA menunjukkan pencapaian yang baik dan menepati sasaran yang ditetapkan.

Pendapatan negara (GNI) meningkat 49% sepanjang 3 tahun lepas.
438,000 peluang pekerjaan telah dicipta dari 2011-2012

Pertumbuhan sepanjang 3 tahun lepas mengjangkaui purata global. 7.2% 2011 dan 5.2% 2012 ketika dunia alami kegawatan!

Pelaburan swasta meningkat tiga kali ganda sejak pelancaran #ETP iaitu RM139.5 bilion pada 2012.

Kadar kemiskinan Negara menurun dari 3.8 peratus pada 2009 kepada 1.7 peratus pada tahun 2012

Kadar Inflasi Negara kekal rendah pada kadar 1.3 peratus setakat Januari 2013
Pekali Gini menurun kepada 0.431 pada tahun 2012

Indeks KLCI capai rekod tertinggi pada 4 Januari 2013: 1,692.65 points.

Lebih 6 juta rakyat Malaysia atau sejumlah lebih RM2.34 juta peruntukan mendapat manfaat BR1M

Lebih 5.24 juta pelajar murid-murid sekolah atau lebih RM524 juta peruntukan menerima faedah bantuan persekolahan RM100

Lebih 390,000 pelajar institut pengajian tinggi yang mendapat faedah ini dan sejumlah lebih RM97.5 juta peruntukan Baucer Buku 1Malaysia

RM37.8 bilion telah diperuntukkan bagi membiayai pelbagai bentuk pemberian di mana sebanyak RM22.3 bilion adalah untuk Subsidi, RM873.5 juta untuk Insentif manakala RM14.6 bilion untuk Bantuan.

Seramai 106,967 orang berjaya didaftarkan dan dilibatkan di bawah program-program 1Azam

Sebanyak 89% atau lebih 100,000 mereka yang mendaftar dalam E-Kasih telah dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh hanya 3 tahun

Lebih 100,000 unit kediaman mampu milik di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DBKL dan SPNB telah ditawarkan

Kesemua inisiatif di bawah NKRA mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar telah menambah baik kesejahteraan hidup hampir 4 juta rakyat Malaysia

Enrolmen prasekolah telah berjaya ditingkatkan kepada hampir 770,000 pada 2012 atau 80% kohort umur berkenaan

Mengeluarkan 164 atau lebih 40% sekolah-sekolah dari kumpulan bresprestasi rendah atau Jaluran 6 dan 7 kepada jaluran yang lebih baik iaitu Jaluran 1 hingga 5
Kadar jenayah menurun sebanyak 27% sepanjang 3 tahun lepas.

Seramai 1,172 pesalah rasuah disiarkan dalam laman web MACC

Sebanyak 6,688 kontrak kerajaan disiarkan dalam pengakalan data atas talian

Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International menunjukkan peningkatan: naik enam anak tangga kepada kedudukan ke-54 pada tahun 2012
Ikrar Integriti Pilihanraya yang ditandatangani oleh YAB PM sendiri

Penubuhan 14 Mahkamah Sesyen Khas dalam tempoh 3 tahun lalu: lebih 400 kes rasuah telah dibicarakan dan daripada itu hampir 260 kes telah berjaya diselesaikan pada akhir tahun 2012

Sejak pelancaran ETP, pelaburan swasta mencatat peningkatan sebanyak 22% pada tahun 2012

Nisbah pelaburan swasta meningkat kepada 58% pada tahun 2012 berbanding 52% pada tahun 2009

Pada tahun 2012, pelaburan swasta telah mengatasi sasaran dengan mencapai RM139.5 bilion, dipacu oleh perbelanjaan modal tinggi dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan perlombongan

Pelaburan swasta sepanjang 10 tahun telah menunjukkan peningkatan
Pada 2011 dan 2012, jumlah pelancong yang melawat Malaysia ialah hampir 50 juta orang dengan jumlah PNK bernilai hampir RM100 bilion

Setakat 31 Disember 2012, MRT telah menawarkan 48 pakej kontrak berjumlah RM19.8 bilion dan 45% atau RM8.9 bilion dan daripada jumlah keseluruhan telah diberi kepada kontraktor Bumiputera

Pada 2011 dan 2012 seramai 1,087 pemilik kedai runcit telah mendapat manfaat drpd menyertai program TUKAR dan purata jualan meningkat sebanyak 30%

PNK Per Kapita pada tahun 2009 ialah USD6,700 dan telah meningkat sebanyak 49 peratus kepada USD9,970 pada tahun 2012

Sehingga 31 Disember 2012, 149 projek telah diumumkan di bawah ETP dengan jumlah terkumpul sebanyak RM211.34 bilion.

Sumbangan PNK pada tahun 2020 dijangka mencecah RM135.64 bilion dan 408,443 pekerjaan dijangka diwujudkan.

19 March 2013

Puak pembangkang selama ini 'buta' dengan hal ini! KLIK tengok ni!


Intipati Laporan Program Transformasi dilancar oleh PM

Berikut intipati daripada Laporan Program Transformasi yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Angkasapuri, di sini malam ini.

1. Jumlah Pendapatan Negara Kasar (PNK) perkapita negara telah meningkat kepada AS$9,970 iaitu peningkatan sebanyak 4,000 peratus dalam tempoh lima dekad.

2. Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) negara menunjukkan peningkatan kepada RM5,000 tahun lalu berbanding hanya RM4,025 pada 2009.

3. Kadar kemiskinan negara menurun daripada 3.8 peratus pada 2009 kepada hanya 1.7 peratus tahun lalu.

4. Kadar Inflasi Negara kekal rendah pada kadar 1.2 peratus setakat Januari 2013.

5. Sebanyak RM2.34 bilion telah diperuntukkan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

6. Lebih RM524 juta diperuntukkan untuk bantuan persekolahan.

7. Sebanyak RM97.5 juta diperuntukkan untuk Baucar Buku 1Malaysia (BB1M).

8. Sebanyak RM22.3 bilion disediakan untuk subsidi, RM873.5 juta untuk insentif manakala RM14.6 bilion lagi untuk bantuan.

9. Program 1Azam telah berjaya membantu seramai 106,967 rakyat berpendapatan rendah.

10. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Syarikat Perumahan Negara Berhad telah menawarkan lebih 100,000 unit kediaman mampu milik.

11. Lebih 3,300 kilometer jalan raya telah dibina di kawasan luar bandar.

12. Lebih 1.4 juta isi rumah di kawasan luar bandar telah mendapat bekalan air bersih.

13. Lebih 470,000 isi rumah di kawasan luar bandar kini telah mendapat akses elektrik.

14. Sebanyak 53,000 unit rumah penduduk miskin luar bandar telah dibina dan dibaik pulih.

15. Mengeluarkan 164 buah sekolah berprestasi rendah kepada jaluran yang lebih baik.

16. Sektor pelancongan telah berjaya menyumbang RM100 bilion PNK dengan kehadiran 50 juta pelancong ke negara ini.

17. Greater KL telah menawarkan projek MRT yang berjumlah RM19.8 bilion.

18. Kandungan dan infrastruktur komunikasi telah berjaya mengeksport hasil kreatif berjumlah RM547 juta.

19. Program TUKAR telah beri manfaat kepada 1,087 pemilik kedai runcit.

20. Sumbangan PNK negara pada 2020 dijangka mencecah RM135.64 bilion dan mewujudkan 408,443 peluang pekerjaan.

21. Malaysia negara ketiga terbaik dalam senarai destinasi perkhidmatan luar.

22. Kuala Lumpur adalah destinasi membeli-belah keempat terbaik dunia selepas New York, Tokyo dan London.

23. Sejak ETP & GTP diperkenalkan, negara telah mengecapi pelbagai kejayaan berdasarkan pengumuman program transformasi sebentar tadi.

24. BR1M akan diteruskan dan dijadikan inisiatif tahunan.


ARTIKAL TERDAHULU KLIK SINI

Dengan gambar ini PAPA GOMO di saman ANWAR rm100 Juta. KLIK tengok!


Tapi... Tau tak apa PAPA GOMO jawab?

Ni dia kata...

"Apa sekalipun Dato Sri, saya juga dengan ini memberikan amaran buat Dato Sri untuk menarik balik saman tersebut dalam masa 48 Jam kerana jika Dato Sri tidak menarik balik saman tersebut serta membuat permohonan Maaf kepada saya maka saya dengan ini tidak akan teragak agak untuk mendedahkan lebih banyak paparan video Homoseksual Dato Sri untuk tatapan rakyat." 

Selanjutnya & lihat gambar KLIK - Papa Gomo

LAHAD DATU: PAS Perlekeh Majlis Fatwa #lahaddatu



Tanggal 6 Mac 2013 yang lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat para perajurit negara beragama Islam yang terkorban dalam misi mempertahankan negara berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu & Semporna, Sabah adalah tergolong sebagai syahid akhirat.

Pengumuman itu nyata disambut baik oleh khalayak umum dan mengubat kedukaan kaum keluarga yang sedang bersedih, di masa yang sama ia bagaikan satu suntikan semangat kepada ribuan perwira kita yang sedang berjuang menentang pengganas Kiram di medan tempur tika ini.

Bagaimana pun pada 17 Mac 2013 yang lepas, tak semena-mena Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib bagaikan cuba menjatuhkan moral perajurit negara apabila mempertikaikannya ketetapan Majlis Fatwa dengan membuat andaian sendiri yang kematian para perajurit itu hanyalah syahid dunia.

Kenyataan pemimpin PAS itu jelas bermaksud memperlekehkan pandangan pihak yang jauh lebih berautoriti, seolah-olah mahu menonjolkan dirinya berkedudukan lebih tinggi berbanding Majlis Fatwa Kebangsaan.

Lebih mendukacitakan lagi apabila pada 19 Mac 2013 sekali lagi cuba memberi gambaran kepada umum bahawa syahid dunia jauh lebih baik berbanding syahid akhirat. Sedangkan hakikatnya kedudukan syahid akhirat berada di atas syahid dunia.

Syahid akhirat juga tidak terhad kepada orang yang mati lemas, mati dalam kebakaran atau wanita yang mati melahirkan anak, sebaliknya turut merangkumi orang Islam yang terkorban ketika mempertahankan harta benda, keluarga dan mereka yang mati ditembak kerana menjaga keselamatan negara.

Manakala syahid dunia sebagaimana disepakati para ulama hanya terhad pada orang Islam yang mati ketika peperangan yang niatnya bukan kerana Allah S.W.T, tetapi disebabkan faktor utama untuk membolot harta rampasan perang.

Adakah para perajurit kita di Lahad Datu berperang demi untuk membolot harta benda pengganas Kiram? Tentu sekali tidak. Malah mereka juga tidak pergi ke Sabah untuk merampas atau menjajah negeri itu, sebaliknya berjuang untuk pertahankan maruah dan keselamatan negara dari keganasan pengikut Kiram.

Tindakan Harun Taib memperlekehkan pandangan Majlis Fatwa mungkin menyenangkan hati penyokongnya tapi secara realitinya ia tidak pun menjadikan PAS kelihatan lebih tinggi. PAS cuma sebuah parti politik yang menggunakan label Islamik, manakala Majlis Fatwa kebangsaan tetap di tempatnya sebagai badan yang berautoriti di peringkat nasional.

Justeru itu, daripada PAS terus cuba meremehkan pandangan dan kedudukan Majlis Fatwa Kebangsaan, adalah lebih berbaloi untuk para pemimpin PAS bersatu hati dan fikiran dengan umat Islam yang lain dalam mendoakan semoga perajurit kita di Sabah tetap teguh berjuang.

Artikal terdahulu KLIK SINI:  Video Anwar terkedu

Video Anwar terkedu bila ditanya "Are you a homosexual or bisexual?"


MasyaAllah!
Pengacara tanya soalan simple je Nwar... 
Are you a homosexual or bisexual?
Tu pun susah nak jawab? Cakap 'NO' terus tak boleh ke?
Ni siap kata hak masing-masing la, pusing sampai ke Bombay, Chennai , Delhi, Punjab 
sehinggalah ke Karachi.... 
Apa halnya Nwar oiii?

'YES' or 'NO' ???

Saksi video di bawah...
Anwar kalut bila ditanya sama ada gay!


Selanjutnya baca apa yang ditulis oleh Dr MIM - Klik sini

18 March 2013

Al kisah PKR 'Parti Karut Reput'. KLIK baca ni!


PARTI Keadilan Rakyat (PKR) sememangnya sebuah parti yang 'aneh'. Ia ditubuhkan bukan atas dasar perjuangan tetapi lahir berikutan perasaan tidak puas hati, marah dan kebencian berikutan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan UMNO pada tahun 1998.

Sejak tarikh berkenaan arena politik negara tidak lagi tertumpu kepada DAP atau PAS, biar pun kedua-dua parti itu jauh lebih berusia.

Percaturan politik pembangkang lebih berkisar kepada apa yang dirancang oleh PKR manakala DAP dan Pas akan bersetuju sahaja memandangkan mereka mempunyai hasrat yang sama iaitu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Ketika DAP dan PAS dilihat menjalin kerjasama yang cukup aneh berikutan perbezaan ideologi antara mereka, perjalanan politik PKR pula cukup 'aneh' tetapi penuh kepincangan. Berikut penulis paparkan antara 'keanehan' dan kepincangan tersebut:

Paling berkuasa bukan Presiden

l Semua orang tahu biar pun Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden namun beliau seolah-olah tidak ada apa-apa kuasa.

Segala-galanya diuruskan oleh suaminya, Anwar. Apa juga isu berkaitan PKR amat sukar sekali kita hendak mendengar Wan Azizah memberikan ulasan atau membuat kenyataan. Beliau hanya tampil jika ada isu melibatkan suaminya.

Berikutan itu, orang ramai tidak pernah melihat Wan Azizah mempunyai apa-apa kekuatan atau kelebihan. Apa yang mereka tahu, Wan Azizah hanya sekadar Presiden dalam catatan sebuah organisasi dan pernah melakukan pengorbanan terbesar dalam karier politiknya apabila meletakkan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding.

Sikap Wan Azizah inilah yang memungkinkan muncul desakan supaya beliau mengundur diri secara terhormat.

Berjaya menanam politik kebencian

l Ini boleh dianggap kejayaan terbesar bagi PKR kerana pemimpin-pemimpin mampu memainkan peranan untuk menanam kebencian rakyat kepada kerajaan BN.

Apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan BN diperlekeh dan dipersendakan. Tidak pernah sekali pun kita mendengar PKR memuji usaha-usaha kerajaan BN. Sebaliknya, apa kita sering dengar setiap usaha itu akan diperlekehkan dan kononnya mereka boleh melakukan lebih baik lagi.

Lebih hebat mereka juga sering mendakwa apa yang dilakukan oleh BN menciplak idea mereka.

Parti pertama di Malaysia tiga beranak memegang jawatan penting dalam parti

l Ini juga satu keunikan, selain si bapa, Anwar menjadi Penasihat, si ibu, Wan Azizah menjadi Presiden, si anak pula, Nurul Izzah menjadi Naib Presiden. Jika keadaan ini berlaku dalam UMNO sudah pasti, parti itu akan diserang habis-habisan oleh pembangkang atas alasan mengamalkan nepotisme dan kronisme.

Masih kekal berpolitik, biar pun dikaitkan dengan kontroversi

l Walaupun isu melibatkan pemimpinnya mencetuskan polemik ada antara melibatkan soal moral. Namun pemimpin-pemimpin PKR bijak mempertahankan diri. Mereka begitu tegas menyatakan tidak bersalah dan apa yang berlaku ke atas mereka adalah konspirasi dan fitnah UMNO serta media arus perdana.

Berjaya mempengaruhi PAS untuk menjadi 'pak turut'

l Inilah kehebatan PKR. Biar pun PAS ditubuhkan sejak 1951 dan mempunyai rekod politik yang agak hebat namun parti yang suatu ketika memperjuangkan negara Islam itu 'tunduk' kepada pengaruh politik PKR.

Pemimpin-pemimpin PKR berjaya mempengaruhi pemimpin-pemimpin PAS termasuk dalam kalangan ulama untuk mengikut rentak politik mereka sehingga PAS dilihat sanggup mengorbankan hatta prinsip perjuangannya semata-mata termakan janji berkuasa bersama PKR dan DAP.

Malahan PKR juga berjaya memainkan peranan sehingga memungkinkan Pas yang suatu ketika dahulu menuduh UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC, bersedia berpeluk erat dengan DAP.

Walaupun pemimpin-pemimpin DAP secara tegas menolak perjuangan negara Islam dan hukum hudud, namun PKR mampu memujuk PAS untuk bertolak-ansur dalam soal itu. Akhirnya PAS mengorbankan perjuangan negara Islam dan mengubah kepada negara berkebajikan.

Paling ramai pemimpin kanan keluar

l PKR juga mencatatkan sejarah sebagai sebuah parti yang paling ramai pemimpin-pemimpin kanannya keluar parti.

Pemimpin-pemimpin bukan ahli biasa tetapi sebahagian besar adalah kelompok yang bertanggungjawab memperjuangkan Anwar dan menubuhkan PKR.

Mereka ini juga bersedia menentang habis-habisan kerajaan BN dan UMNO suatu ketika dulu semata-mata untuk mencapai matlamat politik PKR.

Namun akhirnya dari semasa ke semasa, bukan kata pemimpin malahan wakil rakyat PKR juga turut meninggalkan parti itu selepas mendapati pelbagai kepincangan dalam parti berkenaan.

Mengajar rakyat demonstrasi jalanan

l Sebelum tahun 1998, demonstrasi jalanan adalah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Bagaimanapun bermula pada tahun tersebut, demonstrasi jalanan seolah-olah menjadi 'senjata' baru kepada pembangkang yang diketuai oleh PKR.

Dari semasa ke semasa sehinggalah ke hari ini, pembangkang menjadikan pendekatan itu untuk membuat tuntutan mereka. Apa yang anehnya, DAP dan PAS' berjaya dipengaruhi oleh PKR untuk turut serta biar pun mereka mengetahui kesan buruknya.

Kerajaan negeri pertama disaman kerana tak tunai janji

l Kerajaan di bawah pimpinan PKR di Selangor menjadi kerajaan negeri pertama di negara ini yang disaman kerana tidak menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya.

Keadaan ini berlaku kerana PKR sememangnya parti yang pandai menabur janji. Inilah yang memungkinkan mereka meraih kemenangan agak besar dalam pilihan raya umum lalu. Namun begitu apabila kejayaan sudah dicapai segala-galanya janji hanya tinggal janji.

Pandai bercakap tetapi tiada pengetahuan

l Satu 'kehebatan' pemimpin-pemimpin PKR ialah mahu mempolitikkan segala-galanya. Ia termasuklah juga dalam soal keselamatan negara. Ada pemimpinnya yang tidak ada pengetahuan mahu memberi ulasan, ia akhirnya mendedahkan betapa ceteknya pemikiran beliau dalam sesuatu perkara.

Begitu juga apabila mudah membuat tuduhan dan tohmahan tanpa disertakan dengan bukti kerana apa yang penting ialah memburukkan kerajaan BN.

Demikian beberapa catatan mengenai 'keanehan' politik penuh kepincangan PKR. Namun begitu seperti mana kata penganalisis politik, Ahmad Masrizal Muhammad, PKR tidak akan bertahan lama.

Katanya, PKR bukanlah sebuah parti yang ditubuhkan atas dasar perjuangan atau bergantung kepada 'grass root' tetapi individu.

''Mereka perlu akui, PKR bergantung kepada Anwar, kalau Anwar tumbang maka berakhirlah riwayat politik PKR.

''Berbanding tahun 2008, kedudukan Anwar kini semakin tergugat. Beliau semakin ditolak oleh rakyat berikutan pelbagai isu yang melumuri diri beliau,'' katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Menurut Ahmad Masrizal, pemimpin-pemimpin pembangkang lain amat mengetahui keadaan itu sebab itulah tiada kesepakatan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Apa pun keadaannya adalah jelas, PKR semakin terhakis kehebatan politik putar belitnya. Dari semasa ke semasa kepincangan parti itu semakin terdedah dan inilah akibatnya apabila sebuah parti ditubuhkan semata-mata mahu merebut kuasa

15 March 2013

RASUAH: Lagi video pemimpin PAS sedang menyuap mulut ayam dan lembu-lembunya.

Nampak! Inilah perangai puok2 PAS, duk bagi 'rasuah' RM50 ko budok2 muto.. 

Selama ini apa yang PAS tak kata kepada orang Umno ??? Terima upah RM 20-30 lah, bagi t shirt lah dan sediakan nasi bungkus untuk penyokong, di katakan Umno rasuah. 

Keliling kampung heboh bercerita yang Umno beri duit. Sokongan kepada Umno sebab dibayar dengan wang ringgit, katanya.

Tapi, bila mereka sembang tentang PR khususnya PAS... Fuhhh! Bukan main lagi.. Perjuangan mereka lah yang suci. Segala gerak usaha serta sokongan antara mereka, semuanya berdasarkan keikhlasan hati dan tulen tanpa dipancing dengan bayaran, walau sesen pun. 

Kononnya mereka semua miskin dan tiada duit sehingga terpaksa kutip derma dari orang ramai. Itu dulu bolehlah kamu nak temberang, sekarang zaman kamera dalam poket woiii!! 

Mu nak temberang apa lagi wahai puok-puok PAS? Nah lihatlah video dibawah ni... Bagaimana gaya pemimpin PAS menyuap mulut ayam-ayam dan lembu-lembunya makan dan minum... 

Saksikan!!!

Tengok lagi gambar dibawah ni. Bukan kata yang muda...Yang si tua ni pun sama saja!



Artikal terdahulu, KLIK: Anwar dan sandiwara hangitnya!

14 March 2013

#AnwarNewPM : Anwar dan sandiwara hangitnya! KLIK, baca ni!



Sejak dari mula berlakunya peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sehinggalah ke saat ini di mana proses pembersihan giat dijalankan untuk menghapuskan saki baki pengganas Sulu, perkataan sandiwara tidak pernah lekang dari mulut para pemimpin dan penyokong PR.

Sama dada melalui tulisan atau ucapan, mereka cuba mencipta persepsi umum konon segala yang terjadi di Sabah tika ini hanyalah satu sandiwara politik. Bila ia gagal mencapai matlamat yang diingini, sebaliknya mengundang pula amarah rakyat mulalah mereka bersilat lidah mencipta seribu satu alasan.

Itu kehebatan PR, bijak dalam bab memperlekehkan orang lain dan amat pantas dalam hal mempolitikkan isu demi mencapai matlamat politik kepartian mereka. Di masa yang sama cukup berpengalaman dalam mencipta pelbagai alasan untuk membebaskan diri dari bebanan kesalahan.

Jika diimbas sejarah lama sejak hampir 15 tahun lalu, perihal sandiwara politik sebetulnya amat sinonim dengan Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang yang diketuainya. Modus operandinya sama sahaja seperti Lahad Datu yakni mencetus kesangsian umum terhadap Kerajaan BN kemudian meraih laba politik untuk kepentingan sendiri.

Dulu gerombolan pembangkang yang sama jugalah yang menghebohkan kononnya Kerajaan BN telah berkonspirasi untuk membunuh Anwar dengan menyuntik darah HIV+ ke dalam tubuhnya sehingga menimbulkan kemarahan ramai penyokong reformasi pro Anwar. Kalut ribut satu negara dibuatnya.

Bila sandiwara suntikan darah HIV+ reda dan gagal menyebabkan kejatuhan Kerajaan BN, maka pembangkang menyebarkan pula kisah Anwar diracuni dengan arsenik. Sekali lagi negara dilanda keributan, tambah kalut jadinya bila kuncu-kuncu Anwar menyebarkan cerita sedih kononnya hayat Anwar hanya berbaki setahun sahaja.

Sekali lagi ujian darah dilakukan dan sekali lagi juga terbukti tiada racun arsenik yang mengalir dalam darah Anwar, tapi seperti biasa pembangkang tanpa rasa malu tetap menyebarkan propaganda yang nyawa Anwar dalam bahaya.

Sepanjang proses perbicaraan kes meliwat Azizan, bekas pemandu isterinya, Anwar meneruskan pula sandiwara baru datang ke mahkamah dengan lehernya memakai pendakap leher dan berkerusi roda bagi mencipta gambaran dirinya dizalimi sehingga mengalami kecederaan pada tengkuk dan patah tulang belakangnya.

Ada yang percaya dan yakin dengan kebenaran sandiwara itu sekalipun terbukti semasa dalam penjara Anwar sebenarnya sihat walafiat boleh ke sana ke mari tanpa pendakap leher dan tidak perlu berkerusi roda, hatta boleh pula bermain sepak takraw dan ping-pong.

Bagi yang waras akal dan celik mindanya tentu tertanya, andai benar Anwar pernah disuntik dengan darah HIV+, diracuni dengan arsenik manakala leher dan tulang belakang patah akibat dizalimi, habis siapa pula gerangannya si Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang tika ini yang saban hari aktif meracau berceramah keliling negara tanpa henti?

Hantu raya belaan Anwarkah? Tentu sekali tidak, kerana memang itulah Anwar Bin Ibrahim yang dulunya sibuk bersandiwara mendakwa diri di racuni arsenik dan disuntik darah HIV+ serta patah tengkuk dan belakangnya. Sihat dan terus aktif sekalipun perangainya makin hari dah nak sama dan hampir serupa dengan perangai hantu raya.

Dan Anwar ini jugalah yang sibuk mendakwa dirinya dalam bahaya bila mana kereta yang dinaiki Wan Azizah tiba-tiba mengalami kerosakan dan tersadai selama sebulan di bengkel kereta, alang-alang kereta dah rosak maka dikatakannya kerosakan itu akibat konspirasi orang lain untuk membunuhnya.

Gagal menarik perhatian ramai dengan cerita sandiwara kereta rosak, alih-alih bila timbul isu dia meliwat pembantu peribadinya sendiri yang bernama Saiful Bukhari, tak semena-mena Anwar melompat lari bersembunyi di Kedutaan Turki atas alasan ada cubaan untuk membunuhnya.

Anwar yang lantik Saiful jadi pembancuh kopi kemudian di bawanya Saiful ke hulu hilir baik di dalam dan luar negara, Anwar yang memandai toron Saiful, akhirnya Anwar jugalah yang mendakwa ada konspirasi nak membunuhnya selepas Saiful membuat laporan polis dakwa diliwat.

Bijak tak bijak sandiwara Anwar, apa sahaja yang dicipta olehnya, orang lain yang kena tanggung getah nangkanya. Dia yang bijak mencipta sandiwara orang lain pula yang dituduh sedang bersandiwara dan berkonspirasi terhadapnya. Hebat bukan?

Sebab itu bila tiba-tiba sahaja terpancul perkataan sandiwara atau konspirasi politik dari mulut Anwar atau juak-juak balacinya, sejarah lama jangan kita lupakan. Perkataan itu cukup sinonim dengan Anwar dan amat mahir dijayakan oleh juak balacinya dalam usaha mereka untuk meraih kepentingan politik.

Apa yang berlaku di Lahad Datu semuanya menjurus Anwar Ibrahim, sebab itu juaknya yang bernama Tian Chua paling awal terloncat macam beruk cuba mencetuskan persepsi dengan segera menuduh pencerobohan di Sabah itu adalah sandiwara dan konspirasi politik Kerajaan Pusat.

Satu jari tuju pada orang lain, empat jari tuju pada dirinya sendiri. Itulah kebiasaan Anwar, Bapa Sandiwara Malaysia.

10 March 2013

LAHAD DATU: NBI Filipina keluarkan 'spina' kepada kumpulan Kiram #lahaddatu


Pihak berkuasa Filipina telah mengeluarkan sapina kepada salah seorang penasihat kumpulan Kiram dalam apa yang dinyatakan sebagai siasatan untuk mengungkap konspirasi mengenai apa yang sedang berlaku di Lahad Datu Sabah ketika ini.

Biro Siasatan Negara (NBI) Filipina semalam telah mengeluarkan sapina kepada strategis politik Pastor “Boy” Saycon untuk hadir di ibu pejabat NBI bagi soal siasat pada Selasa depan.

Menurut Philippine Star, jurucakap kumpulan Kiram Abraham Idjirani memberitahu bahawa sapina tersebut merupakan usaha “crackdown” kerajaan Filipina terhadap pengikut Kiram.

Sapina NBI, itu ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perisikan Reynaldo Esmeralda, telah dihantar ke pejabat Saycon oleh ejen NBI pada jam 4 petang semalam.

Walaupun Saycon berkata beliau tidak membaca sapina itu, namun beliau memberitahu telah disapina berkaitan kes Jamalul Kiram.

Menurutnya, ramai lagi akan disapina dan Jamalul Kiram akan membentuk kumpulan peguam untuk membantu mereka yang disapina dan didakwa.

Pengarah NBI Nonnatus Rojas sebelum ini berkata biro itu telah menyiasat "orang di sebalik kejadian Sabah."

Semalam Jurucakap presiden Filipina Edwin Lacierda berkata pengikut Kiram mungkin telah terjebak dalam pergi ke Lahad Datu dengan janji USD600.

Lacierda berkata Presiden Aquino akan memberitahu Perdana Menteri Malaysia Najib Razak "bahawa terdapat 'ringleaders', dan ada yang telah tertipu."

"Kami telah membaca beberapa laporan media, bahawa sesetengah daripada mereka ... sebahagian 'tentera kesultanan', telah dibayar USD600 ... telah dijanjikan akan dibayar USD600. Mereka telah dijanjikan tanah, mereka telah dijanjikan jawatan dalam kesultanan. Itu tidak dinafikan, "kata Lacierda.

Filipina telah memberi amaran bahawa Kiram dan pengikut-pengikutnya bakal berdepan penangkapan bagi pelbagai kesalahan termasuk menghasut kepada peperangan dan pemilikan haram senjata api.

Presiden Aquino sebelum ini berkata kerajaan sedang menyiasat konspirasi di sebalik krisis Sabah, yang melibatkan personaliti yang dikenal pasti dengan pentadbiran sebelumnya. Beliau tidak menamakan nama, tetapi menyatakan bahawa serangan Sabah membabitkan pembiayaan yang besar dan logistik tidak boleh dinafikan.

Presiden Aquino sebelum ini marah dengan kejadian di Lahad Datu kerana percaya ia telah dihasut oleh individu tertentu untuk mensabotaj perjanjian damai kerajaan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Pegawai pentadbiran memberitahu terdapat aduan Kiram dan penyokongnya adalah bahawa mereka merasakan ketinggalan dalam rundingan damai dengan MILF. Di bawah rangka kerja perjanjian damai dengan MILF, penciptaan entiti Bangsamoro akan menjejaskan tanah yang dituntut oleh kesultanan Sulu.

Penyokong Kiram di Sabah disertai oleh ahli-ahli Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dikenal pasti ada kaitan dengan bekas pengerusinya Nur Misuari, yang mendakwa puak beliau adalah pemilik sebenar Borneo Utara atau Sabah.

MNLF menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan pada tahun 1996, tetapi gagal.

Sumber sebelum ini berkata antara konspirator yang sedang diperhatikan oleh Malacanang (Pejabat Presiden) adalah Norberto Gonzales, yang pernah berkhidmat sebagai penasihat keselamatan negara dan setiausaha pertahanan semasa pentadbiran Arroyo.

Beliau bagaimanapun telah menafikan penglibatan dalam kejadian di Lahad Datu.

Sumber - Philippine Star

Artikal terdahulu KLIK SINI

9 March 2013

Minat pulak Nur Misuari dengan kes liwat Saiful ni! KLIK tengok!


Dalam kesibukan Nur Misuari menghadapi kekalutan krisis di Lahad Datu, sempat juga beliau mengikuti perkembang Anwar dalam isu berdepan dengan Saiful Bukhari yang tersebar luas semalam.

Nak buat macam mana...
Bukan ke Anwar tu kawannya. Kena la ambil tahu.
Tengok la pada foto FB Misuari yang telah di print screen dibawah ni!


Pelancaran Institut Wasatiyyah Malaysia



Majlis Pelancaran Institut Wasatiyyah Malaysia di Intercontinental Hotel, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Razak dan disertai lebih 800 peserta dari seluruh pelusuk Malaysia, semalam.

Majlis ini dimulakan jam 8 pagi dengan pendaftaran peserta-peserta, bacaan doa dan diikuti dengan pembentangan kertas kerja.

Pembentang pertama yang membahaskan tajuk “Pendekatan Wasatiyyah: Ke Arah Pembangunan Yang Lestari” oleh YBhg. Prof Dato’ Dr. Yusof Haji Othman, Professor Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selain memberikan pengertian Wasatiyyah dengan lebih jelas, pembahas juga turut menggariskan dua nilai kumpulan ekstrim dalam kehidupan Malaysia.

Beliau turut memberikan ciri-ciri golongan pelampau dan pengabai.

Selain itu beliau juga turut menyentuh tentang pembangunan yang ekstrim dan juga natijah terhadap pemanasan global dari pembangunan alam sekitar yang tidak lestari.

Pembentang kedua puka membahaskan tajuk “Pendekatan Wasatiyyah dan Cabaran Eksterimism di Malaysia” oleh YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid, Dekan Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pembahas menerangkan dengan lebih mendalam tentang istilah “Amar Makhruf Nahi Munkar”.

Penekanan lebih diberikan kepada melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran serta budaya masyarakat Islam yang sentiasa dilaksanakan berasaskan sikap tolong menolong antara satu sama lain.

Beliau juga turut menekankan bahawa sikap ekstrimisme sebagai satu kemungkaran dan beliau turtu mengaitkan ekstrimisme dikalangan rakyat Malaysia yang beragama Islam.

“Pendekatan Wasatiyyah bertujuan untuk membawa umat Islam ke tengah-tengah gelanggang hidup, agar mampu memimpin dengan segala daya dan kekuatan dengan penuh adil dan saksama”, ujar beliau.

“Ringkasnya, ekstrimisme boleh menyebabkan perpecahan ummah. Ini kerana pandangan atau sikap seperti itu hanya mewakili sekumpulan kecil sahaja dan pula tidak bersedia untuk tolenrasi serta tolak ansur”, tambah beliau sebelum menutup pembahasannya.

Perbahasan di sebelah pagi ini dikendalikan moderator YBhg. Dato’ Haji Shahlan Ismail, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri.

Selepas solat Jumaat, sesi pembentangan disambung semula dengan moderator YBhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Pembentang seterusnya iaitu yang ketiga adalah YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamaruddin, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang membentang kertas bertajuk “Pendekatan Wasatiyyah dalam Transformasi Sistem Perundangan Islam di Malaysia”.

Pembahas menyatakan bahawa terdapat segelintir pendapat yang menyatakan Islam hanya sebagai agama rasmi dan bukannya agama Persekutuan.

Menurut beliau, pandangan tersebut yang dilontarkan tidak bersandar kepada fakta sejarah yang tepat atau sengaja dilakukan untuk meraih keuntungan atau bagi memenuhi maksud tertentu.

Beliau turut menekankan betapa pentingnya mendaulatkan Institusi Kesultanan Melayu sebagai payung, pelindung dan pembela agama.

Beliau turut mengutarakan beberapa contoh permasalah dalam sistem perundangan Islam dalam negara yang tidak seragam dan tiada kerjasama antara agensi-agensi Perundangan Islam.

Pembentang keempat yang kini sedang membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk “Pendekatan Wasatiyyah dan Maqasid Al-Syariah dalam Bidang Ekonomi di Malaysia oleh YBhg. Prof Madya Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Ketua Jabatan Penyelidikan, International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance.

Pembahas menekankan bandingan ekonomi negara dari zaman sebelum merdeka, era darurat ketika tragedi 13 May, era permulaan Dasar Ekonomi Baru dan sehingga ke hari ini.

Keseluruhan pembentangan tamat sekitar jam 4 petang.

Malam ini, Yang Amat Berhormat akan makan malam bersama peserta dan sekaligus akan merasmikan Majlis Pelancaran Institut Wasatiyyah Malaysia. - SUMBER

ANWAR LIWAT: Kerana CheguBard ramai tak percayakan bapa Saiful Bukhari.



Susulan kenyataan terbaru bapa kepada Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim semalam ( KLIK ).

Ramai pembaca menolak dan langsung tidak mempercayai kenyataan itu dan lebih percaya bahawa pengakuan Azlan Lazim itu ada kaitannya dengan permainan jijik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana disebabkan satu pendedahan artikal yang telah tersebar melalui blog kepunyaan orang kuat Anwar sendiri iaitu CheguBard

Maklum saja lah, kalau itu lah sikap dan perangai yang ada pada bapa Saiful Bukhari...
Tak mustahil, hari ini bapanya boleh sanggup berbuat apa saja dan mudah termakan pujuk asalkan ia menguntungkan.

Lihatlah sebahagian daripada petikan artikal bertajuk 
Bapa Saiful kaki judi, pernah cuba melacurkan isteri!
 yang tersiar dari http://chegubard.blogspot.com
bertarikh 09 May 2010 yang telah MP print screen dibawah:




Artikal berkaitan KLIK tajuk dibawah:




Anwar Bin Ibrahim buat hal lagi...Bartaubat lah! KLIK saksi video!


KUALA LUMPUR 8 Mac - Saiful Bukhari Azlan menyeru seluruh rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan permainan jijik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kenyataan terbaru bapanya Azlan Mohd Lazim hari ini.

Beliau juga memberi peringatan kepada Ketua Umum PKR itu agar tidak menyalahgunakan wang dengan 'membeli' mana-mana ahli keluarganya demi mendapatkan kuasa politik.

"Anwar Ibrahim (mesti) bertaubat dan jangan pergunakan keluarganya demi kerakusan kuasa nak menjadi Perdana Menteri. Bertaubat dari terus meliwat anak muda dan saya sendiri minta Anwar Ibrahim jangan gunakan wang ringgit bagi membeli keluarga saya," katanya kepada pemberita pada Sidang Media di Jalan Dutamas, di sini hari ini. 


Beliau juga tetap memaafkan bapanya walaupun tidak dapat menghubungi bapanya itu.

"Walau apa yang berlaku, dia tetap bapa kandung saya dan saya tetap maafkan dia," ujarnya.

Saiful mengulas tindakan bapanya hari ini yang mendakwa beliau dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak bertanggungjawab yang dikatakan mendalangi kes liwat II melibatkan Anwar.  - SUMBER


Baca kenyataan akhbar bapa Saiful yang tersebar hari ini dibawah:



BAPA SAIFUL BUKHARI, AZLAN LAZIM


Adakah benar Azlan Lazim seperti kenyataa di foto bawah ini?
Kalau benar, tak heran la aku!


Tapi disini ada beritannya... Sumber dari budak Anwar bernama CheguBard KLIK


8 March 2013

'Orang dalam' berusaha menjatuhkan Anwar! KLIK lihat surat ini! #AnwarNewPM


Surat di bawah telah disebarkan oleh laman web Malaysia Today, milik penulis pengecut yang sakit jiwa, iaitu Raja Petra Kamaruddin. Jangan ditanya kenapa dan bagaimana web beliau mendapat surat tersebut kerana jika ianya RPK, ia pasti dijayakan dan jika ianya tidak benar, ia pasti akan direka-ciptakan. 

KLIK foto untuk lihat lebih jelas
Walaupun surat ringkas tersebut memperlihatkan sipenulis sebagai menyebelahi Anwar, tetapi ia jelas bertujuan untuk menjatuhkan keseluruhan keluarga Anwar sekali gus. Penulisnya nampaknya dengan sengaja cuba menimbulkan keraguan mengenai hubungannya dengan Anwar yang terkenal sebagai biseksual tersohor. Penulisnya juga tanpa berselindung memuji Azmin untuk menobatkan Azmin sebagai satu-satunya pemimpin yang layak menerajui PKR. 

Sudah tentulah kita musykil melihat surat ringkas yang terlalu ‘straight-to-the-point’ ini. Apatah lagi apabila ia ditujukan kepada Hadi Awang, Presiden PAS yang hanya dipandang sebelah mata saja dalam kepimpinan Pakatan Rakyat.

Semua orang sedia maklum bahawa Hadi Awang di mata DAP dan PKR, adalah jauh lebih hina dari orang-orang yang dihinanya, seperti rakyat Sarawak yang dikatakan masih bercawat atau guru sekolah rendah yang dikatakan tidak layak memberi teguran dan pandangan. Hadi dan PAS adalah tidak lebih dari sekadar kuda tunggangan atau anjing kurap yang sanggup berbuat apa saja termasuk makan najis sendiri demi secebis peluang untuk ke Putrajaya.

Justeru, menulis surat kepada Hadi Awang untuk meminta beliau menangani masalah di dalam Parti PKR merupakan satu kejahilan yang nyata di pihak sipenulis yang mengaku sebagai Setiausaha Politik kepada YB Zuraidah, Ahli Parlimen Ampang dan Ketua Wanita PKR. Mungkinkah seorang setiausaha politik boleh menjadi begitu jahil mengenai politiking di dalam partinya mahupun bidang kuasa Presiden parti sekutunya?

Segalanya mungkin, jika penulis yang bernama Mohd Fareez Kamal Intidzam ini memiliki ciri-ciri tertentu yang turut dimiliki oleh Saiful Bukhari, Azizan atau Sukma Dermawan.

Apapun, kita tidak boleh menolak kemungkinan yang surat tersebut benar memandangkan persengketaan di dalam Parti Pakatan Rakyat sudah menjadi rahsia umum. 

 Semua orang tahu bagaimana Wan Azizah membenci Azmin Ali dan semua orang tahu kerakusan Azmin untuk berkuasa. Anwar ternyata mendidik Azmin dengan baik sehingga terciptanya seekor ‘raksaksa’ yang benar-benar menyerupai dirinya.

Nampaknya, kedudukan Anwar benar-benar tidak selamat apabila raksaksa itu pula ingin memakannya. 

Dirinya sudahlah ditolak PAS, dan dengan insiden Lahad Datu, Anwar benar-benar sudah menjadi beban kepada partinya sendiri. Hanya DAP sahaja yang masih ‘terpaksa’ menjulang Anwar walaupun dengan muka berpaling ke arah lain.

Kesimpulannya, parti PKR sudah lama mati sejurus terdapatnya penyokong sendiri yang menolak Anwar sejak akhir-akhir ini. Yang kita lihat masih berjalan dan bercakap hari ini, hanyalah batang tubuh PKR tanpa roh, iaitu bagaikan zombi. PKR lahir kerana Anwar dan untuk Anwar, iaitu supaya beliau lepas dari pertuduhan dan hukuman dan supaya beliau punya platform untuk memakai gelaran ‘bakal Perdana Menteri’.

Tanpa Anwar, apalah PKR? PKR hidup kerana Anwar, dan akhirnya mati juga kerana Anwar. 

Justeru, jika Mohd Fareez Kamal inginkan PKR atau PR selamat dalam PRU-13, beliau tidak perlu mengadu kepada Hadi atau RPK kerana parti itu pada hakikatnya telah pun mati. 

Tetapi jika beliau hanya inginkan hubungannya dengan Anwar selamat, maka beliau hanya perlu mengadu kepada Anwar seorang kerana tiada siapa yang dapat membantunya dalam hal-hal songsang.

Artikal terdahulu KLIK : Anwar Ibrahim, kencingggg!


SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.