GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

30 November 2013

KECOH!!! Hampir 100 peniaga pasar malam tunjuk perasaan. KLIK baca ni!


Pulau Pinang kecoh lagi apabila lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada peniaga pasar malam Taman Bukit Panchor menunjuk perasaan dihadapan pejabat ADUN Jawi (DAP), Nibong Tebal, Pulau Pinang kerana tidak puas hati terhadap ADUN Jawi kerana tidaj membenarkan berniaga dan menutup tapak pasar malam tersebut.

Soon Lip Chee (ADUN Jawi)

Dalam pada itu, arahan dibuat kepada pihak MPSP untuk mengambil tindakan jika sesiapa berniaga disekitar kawasan tersebut.

Selain itu bantahan tersebut diadakan bertujuan untuk peniaga bersemuka dengan ADUN Jawi bagi menyelesaikan masalah yang berlarutan.



Bantahan tersebut diketuai oleh Ahmad Zaini Abdullah bagi mewakili peniaga Pasar Malam Taman Bukit Panchor.

Kemelut itu bermula apabila peniaga pasar malam Taman Bukit Panchor diarahkan oleh pihak pemaju Bukit Panchor Development Sdn Bhd untuk menghentikan operasi berniaga pasar malam bagi memberi laluan kepada pembangunan membina20 unit rumah kedai ditapak pasar malam tersebut.

Setelah kawasan tersebut ditutup, para perniaga terpaksa berniaga ditepi jalan berhampiran dengan tapak lama tanpa sebarang kelulusan.

Oleh kerana tapak baru tidak mendapat sebarang kelulusan dari pihak berkuasa tempatan tindakan telah diambil kepada peniaga terlibat.

Berikutan kejadian itu, seramai 61 peniaga tidak dapat berniaga selama 6 bulan di kawasan tersebut hingga mengalami kerugian sebanyak RM400 hingga ke RM500 selain hilang punca pendapatan.



ARTIKAL TERDAHULU: KLIK SINI




LANTIKAN MT UMNO: Ustaz Kazim dicela 'anjing' dan 'barua'. KLIK baca ni!

Ustaz Kazim Elias

Pendakwah popular, Mohammad Kazim Elias sudah menjangkakan pelbagai reaksi yang bakal diterima sebaik pengumuman lantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dibuat, semalam.

Bagaimanapun beliau kesal, apabila rata-rata komen yang diterima terutama yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook bersifat cacian dan cemuhan.

Menurutnya, keadaan itu disifatkan tidak adil sedangkan keputusan sama ada mahu menerima atau menolak perlantikan itu belumpun diputuskan.

“Saya memang sudah jangka akan ada penerimaan dan reaksi negatif seperti ini, tetapi mereka terlalu cepat (menghentam) tanpa mendengar penjelasan, sepatutnya (komen) lebih berhemah.

“Alangkah baik jika semua pihak memandang kebaikan, sekiranya perdana menteri minta tolong untuk martabatkan Islam, apa salahnya saya bantu, mana-mana pihak yang minta nasihat juga akan saya bantu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutupan Program Kem Tahsin yang dirasmikan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim di Pusat Pendidikan Al-Barakah, di sini, hari ini.

Mohammad Kazim atau dikenali Ustaz Kazim adalah antara sembilan individu yang dilantik sebagai ahli MT baru yang diumumkan Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, semalam.

Ustaz Kazim yang juga Pengerusi Pusat Pendidikan Al-Barakah mengakui, komen negatif yang diterima sedikit sebanyak mengganggu emosi ahli keluarganya yang lain.

Katanya, gelaran seperti anjing dan macai yang dilempar agak keterlaluan hingga ada ketikanya membuatkan anaknya sendiri menangis membaca komen sebegitu.

“Saya penat, orang kutuk macam-macam, anak saya sendiri menangis apabila bapanya dipanggil anjing dan barua.

Ini membuatkan saya sedih. Orang luar hanya tahu memboikot, tetapi sekupang pun mereka tidak datang untuk melihat tempat kita (Pusat Pendidikan Al-Barakah),'' katanya.

ARTIKAL TERDAHULU: KLIK SINI

TABIK HORMAT MAYAT: Macam-macam hal sejak di perintah pembangkang. KLIK tengok ni!


APA KEWAJARANNYA SEORANG AHLI MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG MATI MAKA PENGUATKUASA DIKERAH SUPAYA BERI TABIK HORMAT....

INI TIDAK PERNAH BERLAKU SEPANJANG BN MEMERINTAH SELANGOR.

ADAKAH KITA INGIN BIARKAN ANAK MELAYU YANG JADI PENGUATKUASA ITU DIHINA BEGITU....

LIHAT NI!!!


ARTIKAL TERDAHULU: KLIK SINI

MUZAKARAH PAS-UMNO: Pengarah Strategi PKR 'meroyan' pulok... KLIK baca ni!


Baru saja MP siarkan artikal meminta agar PAS harus ikhlas dalam usaha muzakarah bersama UMNO tempohari... (KLIK)

Tapi malangnya keluar pula kenyataan sumbang dari mulut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Rafizi dilihat cuba mengalihkan fahaman terhadap usaha PAS-UMNO ini. Adakah beliau sengaja tidak mahu memahami kata-kata yang di luahkan Hadi Hadi kelmarin.

Menurut Hadi, "(Marilah) Kita bersatu atas Islam, satu bahtera, kiblat kita satu, tidak banyak kiblat kita, kiblat kita kiblat Islam dalam masyarakat majmuk,"katanya.

Adakah menjadi masaalah bagi Rafizi khususnya PR dalam hal ini?

"Muzakarah akan survival politik Umno, Pas ini terbuka, hanya Umno yang tergila-gila mahukan muzakarah", kata Rafizi.

"Saya lebih bimbang perangai 'buruk' Umno yang akan putar belit yang akan mengatakan seolah-olah Pas nak bergabung dengan Umno", tambahnya lagi kepada Sinar Harian Online, selepas Forum Masa Depan Masa Kita, di sini, semalam.

Siapa yang berperangai buruk? Apa yang tergila-gila? Dan siapa yang tergila-gila?!!.

Soalnya gila atau tidak... Sekarang kita bercakap dalam soal penyatuan umat Islam dan bangsa Melayu.

Hari ini bermacam-macam isu mengecam dan menghina Islam dan Melayu timbul.... Apa perlunya mengungkit tentang sikap siapa yang lebih baik. 

Sebaliknya, apakah peranan PR dalam hal ini? 

Allah, Nabi Muhammad S.A.W, Islam, Al-Quran, Raja, Melayu, Negara, Perlembagaan, Masjid dan banyak lagi perkara-perkara yang sepatutnya dijaga, kini di hina.

Termasuklah isu Comango (KLIK)

Sebagai seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam.... Adakah Rafizi tidak dapat melihat hal itu suatu perkara penting yang perlu di selesaikan.

Kalau pun beliau tak berkenan terhadap usaha ini... Tutup mulut sajalah. Lepaskan PAS-UMNO untuk memikirkan soal ini.

Tak payahlah nak meroyaaan!!!

ARTIKAL BERKAITAN: KLIK SINI


29 November 2013

Kali ini Anwar tak laku... KLIK baca ni!


KEMELUT PKR SABAH BUKTI ANWAR SUDAH TIDAK LAKU 

Tindakan 11 ketua cabang PKR Sabah keluar parti termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri membuktikan betapa porak perandanya keadaan dalaman parti itu.

Apabila perkara ini berlaku kepada sebuah parti yang kononnya berbangga kerana mengaku bersifat reformis, rakyat akan mula meragui kenyataan tersebut.

Benarkah PKR sebuah parti reformis yang dikatakan dinamis, manusiawi dan bervisi seperti yang diwar-warkan selama ini?

Atau PLR sebenarnya hanyalah parti picisan yang menggunakan sloganan dan semangat berkobar-kobar untuk menutup kelemahan pemimpin-pemimpinnya.

Pertama apa yang berlaku menunjukkan sifat politik Sabah yang berlainan sekali dengan Semenanjung atau pun Sarawak.

Sebelum dan semasa kempen Pilihan Raya Umum 13 lalu, pakatan pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim menjadikan Sabah sebagai sasaran dengan harapan dapat merampas negeri itu dari tangan Barisan Nasional.

Anwar menimbulkan banyak isu yang kebanyakan adalah fitnah dan propaganda semata-mata untuk mengaburi fikiran rakyat Sabah.

Kononnya jika pembangkang menang harga minyak akan diturunkan malah royalti minyak akan dinaikkan kepada 20 peratus daripada 5 peratus.

Isu pendatang asing juga digembar-gemburkan sehingga satu suruhanjaya ditubuhkan kerajaan pusat untuk menyiasat dakwaan pemberian kad pengenalan kepada warga Filipina dan Indonesia.

Ini tidak termasuk lagi dakwa dakwi lain seperti kemiskinan, rasuah dan sebagainya.

Namun apa jua tuduhan yang dilemparkan kepada BN, rakyat Sabah bijak memilih yang mana satu permata yang masa satu kaca.

Selama BN memerintah Sabah hingga ke hari ini, politik negeri itu stabil kerana ia amat faham mentadbir sebuah negeri yang didiami oleh pelbagai etnik dan suku kaum.

Berbeza pula dengan Anwar, PKR, Pas dan Dap yang hanya mahu mengeksploitasi rakyat Sabah dalam percaturan mereka untuk menguasai negeri itu.

Pembangkang tidak faham langsung selok belok dan sepak terajang Sabah yang begitu kompleks sekali hinggalan seringkali berlaku pertelagahan antara kumpulan-kumpulan berbeza latarbelakang dalam parti yang sama.

Dalam hal PKR ianya berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap bekas pembelot UMNO, Lajim Ukin sebagai pengerusi PKR Sabah oleh Anwar.

Kumpulan yang keluar parti itu mendakwa mereka telah berhempas pulas berjuang untuk menghidupkan PKR Sabah tetapi Anwar memilih bulu untuk mengangkat mereka yang mempunyai nama, pangkat, kedudukan dan lebih-lebih lagi wang ringgit.

Anwar sudah tidak peduli lagi golongan reformis yang menjadi teras kepada pergerakan jalanan yang diwujudkan belasan tahun lalu.

Seperti juga di Sabah, sikap pilih kasih Anwar berlaku di mana-mana sahaja termasuk di Semenanjung dan Sarawak.

Contoh di Pahang, di Pahang beliau melantik Fauzi Abdul Rahman, bekas rakan kelas sekolah dan juga universiti walaupun rakannya itu amat dibenci oleh ramai pemimpin PKR Pahang termasuk juga dari Pas dan Dap.

Tetapi orang seperti inilah yang diangkat oleh Anwar atas dasar pilih kasih dan kronisme yang kononnya amat ditentang oleh beliau.

Ini tidak termasuk memposisikan anggota keluarga terdekat seperti isteri dan anak dalam jawatan tinggi parti.

Seolah-olah di dalam PKR, tidak siapa boleh bersuara terhadap apa yang dilakukan oleh Anwar walaupun beliau memegang satu jawatan yang tidak pun dilantik oleh perwakilan parti!

Tindakan 11 ketua cabang PKR Sabah adalah tanda-tanda Anwar bukan sahaja sudah tidak laku di negeri itu tetapi anggotanya sendiri sudah hilang keyakinan terhadap stail kepimpinan beliau.

Persoalannya apa agaknya akan berlaku sekiranya Anwar bertanding sebagai presiden parti tahun depan menggantikan isterinya?

Dengan ketiadaan Dr Wan Azizah Ismail sebagai presiden, sudah tentu Anwar akan menggunakan kuasa sepenuhnya untuk membersihkan PKR daripada kroni-kroni yang menyokong isterinya dahulu.

Akan bertambah kecamuklah keadaan dalaman parti dan akhirnya berkuburlah PKR.

Malah Perdana Menteri semasa sidang akhbar bersama ketua-ketua cabang tersebut membayangkan akan terjadi gelombang kedua yang lebih besar bakal melanda PKR Sabah dalam masa terdekat.

Elok sajalah Anwar berundur dari menerajui PKR dan terus bersara daripada dunia politik untuk selamanya.

Tunaikanlah janji yang dibuat untuk menjadi pensyarah di Amerika Syarikat jika gagal untuk menjadi perdana menteri.

Anwar perlu membuat muhasabah diri sama ada dirinya masih diterima oleh penyokong-penyokong lagi dalam dunia politik kini yang sudah berubah.

Beliau perlu menganalisa sama ada seorang yang sudah menjangkau usia 67 tahun boleh diterima oleh generasi muda yang mempunyai pelbagai citarasa politik yang jauh berbeza daripada generasi seangkatan dengannya.

TERKINI: Demo kecam 'Kucing Kurap' Ahli Parlimen DAP di Penang. KLIK tengok sini!


Lagi demo di Pulau Pinang mengecam ahli parlimen DAP Jelutong Jeff Ooi yang mengatakan 'kucing kurap' kepada pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

Sehingg kini, pegawai MPPP di kacau dengan suara-suara berbunyi 'meow meow meowww' setiap kali mereka menjalankan tugas di pasar pasar seluruh Pulau Pinang

Demo berdekatan Masjid Melayu
Georgetown dianjurkn oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) Karyah Masjid Melayu Pulau Pinang selapas solat Jumaat, sebentar tadi.

Kebiadapan Jeff Ooi terhadap penjawat awam berpangkat rendah dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) itu tidak boleh wajar. Ia langsung tidak sesuai dan tidak sepatutnya kerana istilah yang digunakan itu bersifat keji dan tercela.

Disebabkan kenyataan itu,ia telah menimbulkan kemarahan orang ramai khusus mereka yang bertugas di MPPP.


Media baru-baru ini melaporkan lawatan Ooi di Pasar Jelutong bertukar kecoh apabila seorang pekerja MPPP menggesanya menarik kembali label kucing kurap itu.

Dalam kejadian kira-kira tersebut, bekas Timbalan Presiden Kesatuan Buruh MPPP Mohd Rofi Osman mendekati Ooi, yang ketika itu sedang mengadakan sidang akhbar mengenai penjaja tidak berlesen dan dengan suara yang kuat memintanya memohon maaf secara terbuka kepada semua kakitangan MPPP.

Bagaimanapun,Jeff seolah-olah tidak mengendahkan tuntutan Mohd. Rofi.

Memang gampang!!!






ARTIKAL TERDAHULU: KLIK SINI

MB menyusahkan rakyat... Apa kejadahnya? KLIK baca ni!


Kenaikan Gaji ADUN Selangor: Perangkap Buat Khalid?

Di kala Pakatan Rakyat melaungkan kesejahteraan demi rakyat serta mengungkit-ngungkit kemewahan dan perbelanjaan kerajaan pusat, keputusan kerajaan negeri Selangor untuk menaikkan gaji Menteri Besar dan 56 ADUNnya, membuktikan hipokrasi PR yang tiada tolok bandingnya.

Kenaikan yang diperkatakan di sini bukanlah 5%-10% sepertimana kebiasaan di syarikat-syarikat swasta, itupun boleh dikira tinggi. Apa yang mengejutkan ialah kenaikan yang dinikmati oleh pemimpin Selangor adalah ratusan peratus iaitu: 106% bagi Menteri Besar dan 231% bagi Exco, 266% bagi Speaker, 373% bagi Timbalan Speaker dan 87% bagi ADUN.

Kenaikan ini bermakna daripada 66.2% daripada RM1.85 billion dari Belanjawan Negeri tahun hadapan, akan digunakan untuk menampung kos pengurusan sahaja manakala baki 33.8% sahaja yang tinggal untuk pembangunan.

Soalan yang paling tepat untuk apa yang berlaku ini ialah: “Apa kejadahnya?”

Mungkin ramai terlepas pandang bahawa Selangor baru sahaja menaikkan elaun ADUN dua tahun lepas sepertimana yang diumumkan dalam Belanjawan Tambahan pada 12 April 2011. Kenaikan pada waktu itu melibatkan RM1.27 juta.

Apa yang berlaku menunjukkan pemimpin PR Selangor langsung tidak sensitif dengan keluhan rakyat mengenai harga barang yang meningkat dan juga pengurangan subsidi yang terpaksa dilalui. Sebaliknya, pemimpin PR terlebih dahulu memastikan yang hidup mereka tidak terjejas malah bertambah senang sebelum memikirkan mengenai rakyat.

Lebih menarik lagi, Penasihat Kewangan Selangor, Anwar Ibrahim, nampaknya turut mempersoalkan kenaikan ini. Malah, Anwar membuat kenyataan terbuka mengenai rasa kurang senangnya dengan kenaikan yang begitu drastik. Dan, ini bukan kali pertama Anwar menegur Khalid.

Hanya beberapa minggu lalu, Anwar mengkritik Khalid di hadapan orang ramai dalam forum Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya. Beliau secara terus terang meminta Abdul Khalid agar tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik.

Memandangkan kenyataan itu keluar dari mulut Anwar iaitu seorang politikus tegar, kita mengambilnya sebagai mempunyai berbagai makna yang tersirat. Antara yang dapat difahami dari kenyataannya ialah beliau sedang membuka laluan untuk Azmin Ali menggantikan Khalid.

Kita pasti, Khalid juga cukup sedar akan hal ini.

Justeru, tidak mustahil tindakan Khalid menaikkan gaji Exco dan ADUN adalah salah satu langkah untuk menyelamatkan diri. Beliau sedar yang beliau perlu meraih sokongan dari mereka ini andainya terdapat usul tidak percaya terhadapnya sebagai Menteri Besar. Seperti kelaziman politik PR, tiada umpan yang lebih baik untuk mendapat sokongan selain dari ‘wang’.

Walaubagaimanapun, tindakan Khalid mengundang pandangan sinis rakyat terhadap kerajaan PR Selangor. Sikap hipokrit dan tidak sensitif pemimpin PR kini terserlah dengan sejelas-jelasnya. Apatah lagi apabila Khalid tidak dapat memberi penjelasan yang rasional terhadap tindakannya itu.

Dari cakap-cakap kedai kopi dan sembang-sembang laman sosial, kita dapat mengesan perasaan tidak puas hati rakyat. Penyokong PR juga turut merasa gelisah dengan apa yang berlaku, apatah lagi apabila Anwar sendiri turut menunjukkan rasa tidak senang dengan apa yang berlaku.

Walaupun Khalid mungkin mampu mengambil hati para Exco dan ADUN, tetapi Khalid jelas tidak dapat mengambil hati rakyat.

Nampaknya, Khalid telah memerangkap diri sendiri dengan meletakkan dirinya antara rakyat dengan pemimpin Selangor.

#PAU2013 : Bermulanya perhimpunan terbesar orang Melayu. KLIK baca ni!


Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2013 yang akan berlangsung dari 2 Disember hingga 7 Disember ini akan dihadiri 5,726 orang perwakilan dari seluruh negara.

Setiusaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang akhbar di Menara Dato' Onn di sini semalam berkata, dari jumlah itu, 2,759 orang adalah Perwakilan Perhimpunan Agung UMNO.

"Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO masing-masing akan dihadiri 989 orang perwakilan," kata Tengku Adnan.

Jelas beliau sebanyak 118 agensi media termasuk 16 agensi berita asing menghantar 1,724 orang wartawan untuk membuat liputan pada perhimpunan terbesar orang Melayu itu.

Selain itu, 80 orang Perwakilan Kelab UMNO Luar Negara dari 73 Kelab Luar Negara dan 7 Badan Perhubungan Negara turut menghadiri perhimpunan tersebut

Manakala seramai 101 delegasi mewakili 32 parti dari 24 buah negara di peringkat antarabangsa turut mengesahkan kehadiran.

Sementara itu, Tengku Adnan juga menjangkakan selain mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), perwakilan dijangka akan membahaskan isu pemilihan parti yang berlangsung pada November lepas.

"Walaupun pemilihan parti dijalankan secara demokratik namun ada yang beranggapan ia dilakukan terlalu bebas oleh sesiapa sahaja tanpa peraturan.

"Ahli UMNO juga mahukan agar mereka yang bertanding jawatan parti adalah terdiri daripada individu yang sayang serta memahami parti bukan oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk bertanding," kata Tengku Adnan.

Sidang akhbar itu turut dihadiri Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh. - UTUSAN ONLINE

MP: MaelPengerang juga akan menyiarkan laporan terkini PAU2013 untuk pembaca setia blog ini. Terima kasih kerana terus sentiasa bersama MP. 

28 November 2013

CINABENG BANGSAT: Nak sembahyang pun di suruh 'berambus'. KLIK baca ni!

Apa lagi yang bangsat cinabeng ni tak buat pada bangsa Melayu dan Islam di negara kita ni?


Kali ni, saudara kita nak solat pun
di maki di hina...
Apa yang mereka kata?

"KALAU NAK SEMBAHYANG, PERGI BERAMBUS KE SYARIKAT MELAYU!!"

Walau apa pun alasan, adakah ini caranya majikan "MELAYAN" pekerjanya apatah lagi perihal ibadat agama masing-masing!! 

Memang haramjadah!

Selanjutnya KLIK SINI


ARTIKAL TERDAHULU: KLIK SINI


MUZAKARAH PAS-UMNO: Pas harus benar-benar ikhlas. KLIK baca ni!


Tahaluf siyasi PAS-UMNO wajib dilakukan bertujuan untuk penyatuan selain memberi kebaikan kepada umat Islam. 

Dalam keadaan sebenar, tentu sekali orang Islam mengharapkan gabungan atau perkongsian kuasa itu lebih menguntungkan orang Islam. 

Perkembangan terkini ini menyebabkan media massa teruja dan orang Melayu khususnya merasa gembira kerana kemungkinan besar sesuatu yang menguntungkan dari segi perpaduan umat Islam di negara ini akan terhasil.

Hadi ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar parti sebelum ini berkata, Pas sedia bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha pelaksanaan pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini. 

Menurut Hadi kesediaan Pas itu dizahirkan daripada kepakaran pemimpin parti tersebut yang menguasai pelbagai bidang profesional seperti undang-undang, ekonomi dan penguatkuasaan.

"(Marilah) Kita bersatu atas Islam, satu bahtera, kiblat kita satu, tidak banyak kiblat kita, kiblat kita kiblat Islam dalam masyarakat majmuk," katanya.

Manakala Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kelmarin, UMNO bersikap terbuka berhubung hasrat Pas bermuzakarah dengan parti itu mengenai isu-isu berkaitan umat Islam. 

Namun apa yang lebih penting, Pas perlu segera keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya tidak mahu imej 'kuda tunggangan' dan 'lembu dicucuk hidung' terus membelenggu parti itu oleh DAP dan PKR.

Isu terbaru ialah berkaitan tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang perlu dihadapi oleh PAS, selain berdepan dengan lebih banyak tuntutan yang mencabar prinsip Islam akibat terperangkap dalam tahaluf siyasi parti-parti pembangkang.

Pas sepatutnya mendesak Comango menggugurkan segala tuntutan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Majlis Syura dan Dewan Ulama Pas perlu menyatakan pendirian sebenar parti itu terhadap tuntutan Comango.

Tuntutan Comango ini merupakan ujian untuk mengukur sejauh mana dominasi Pas dalam tahaluf siyasi, kalau Pas takut dan teragak-agak untuk menjuarai isu orang Islam, maka tahaluf siyasi itu telah gagal.

Sebenarnya apa yang dilakukan bukan Islam di negara kita, termasuk isu penggunaan kalimah Allah adalah cerminan bahawa bukan Islam berani membuat pelbagai tuntutan disebabkan perpaduan di kalangan orang Islam tidak bersatu dalam mendepani sesuatu isu. 

Lebih parah lagi apabila demi menjaga hati rakan, Pas sanggup melakukan tindakan yang nyata merugikan orang Islam.

Teringat MP dengan kata-kata Nik Aziz dan apa kata iblis laknatullah?


Walaupun kumpulan Anwarinas masih dilihat sebagai fraksi yang kuat di dalam parti itu, diharapkan agar PAS benar-benar serius dan ikhlas ingin mencari titik tengah bagi memartabatkan Islam di negara ini.

Yang sudah tu... Sudah lah!

ARTIKAL TERDAHULU: KLIK SINI


Wanita diburu sejak tahun 70an, diselamatkan. KLIK baca ni!

GAMBAR lama Aishah sebelum wanita itu
hilang pada tahun 1968

Rakyat Malaysia yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London ialah individu yang dikehendaki pada tahun 1970-an di negara ini kerana aktiviti berhaluan kiri, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar).

Mengesahkan identiti wanita itu yang diselamatkan pada 25 Oktober lalu di London sebagai Siti Aishah Abdul Wahab, Khalid berkata, wanita itu terlibat dalam aktiviti pelampau komunis berhaluan kiri.

"Aishah ketika itu ialah aktivis mahasiswa berhaluan kiri dan dipercayai ke London untuk melanjutkan pelajaran. Dia seorang daripada penuntut pelampau berhaluan kiri pada zaman 1970-an dahulu dan kegiatan mereka berpusat di London.

"Pada masa itu London bebas, bebas bersuara, bebas segala-galanya, jadi dia berpusat di sana. Jadi masa 70-an kita memang nak (tangkap) dia tapi dia dah pergi ke sana," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam selepas majlis penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 156 anggota polis yang terlibat dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah, Februari lalu. - Sumber

ARTIKAL TERDAHULU: KLIK SINI

PKR & DAP gusar berhubung 'Tahalus Siyyasah' UMNO-PAS. KLIK baca ni!


PELUANG TAHALUS SIYYASAH UMNO-PAS SEMAKIN CERAH

Pemilihan pimpinan pusat pada Muktamar Pas ke 59 yang lalu membawa perubahan positif ke arah perpaduan umat Melayu di negara ini.

Walaupun kumpulan Anwarinas masih dilihat sebagi fraksi yang kuat di dalam parti itu, agenda mereka tidak semestinya akan sentiasa berjaya.

Contoh terbaru ialah pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob hari ini.

Perkembangan terkini ini menyebabkan media massa teruja dan orang Melayu khususnya merasa gembira kerana kemungkinan besar sesuatu yang menguntungkan dari segi perpaduan umat Islam di negara ini akan terhasil.

Pada masa yang sama sekutu Pas, PKR dan Dap sudah tentunya akan merasa gusar berhubung cadangan pertemuan.

Pada satu ketika dahulu ketika Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadi menteri besar merangkap mursyidul am Pas, perkara ini adalah amat mustahil sekali.

Dengan sikapnya yang begitu keras terhadap UMNO dan Barisan Nasional, setiap usaha unbtuk menemukan pemimpin kedua-dua parti Melayu itu sudah parti di veto oleh beliau.

Malah beliau pernah berkata untuk meludah muka mana-mana pihak dalam Pas yang membawa usul bermuzakarah dengan UMNO.

Walaulah bergelar ulama dan tak guru tetapi malangnya beliaulah yang menjadi batu penghalang terbesar kepada perpaduan orang Melayu ini.

UMNO sebagai parti yang memerintah sentiasa bersikap rasional dan terbuka di dalam isu perpaduan kerana hanya melalui perpaduan sahajalah bangsa Melayu akan menjadi kuat serta dihormati serta digeruni oleh kaum-kaum lain.

Tetapi Pas mengambil sikap yang amat berlainan sekali yang merugikan orang Melayu dan umat Islam.

Nik Aziz menggunakan pengalaman pahit Pas bersama BN pada 1974 hingga 1977 sebagai alasan untuk menuduh UMNO telah menikam belakang parti itu.

Bagaimanapun kajian sejarah telah menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin Pas lah yang menyebabkan tahalus siyyasah bersama BN dahulu terpecah disebabkan tamak haloba mahukan kuasa yang lebih dan jawatan kabinet yang lebih.

Jika dahulu Allahyarham Tun Razak Hussien selaku perdana menteri berjaya menyatukan UMNO dan Pas di dalam BN, kini sejarah akan berulang kembali jika di izinkan Allah swt.

Datuk Seri Najib akan meneruskan usaha ayahanda pula untuk cuba menyambungkan kembali silaturrahim yang sekian lama telah terputus antara kedua-dua parti.

Sebenarnya tidak ada perbezaan antara prinsip serta landasan perjuangan UMNO dan Pas.

Apa tidaknya, bukankah Pas pada asalnya adalah serpihan daripada badan induk UMNO?

Bukanlah satu keganjilan jika Pas bertaut kembali kepada UMNO kerana parti itu adalah darah daging dari badan yang sama!

Jika Pas sentiasa melaungkan slogan Islam untuk menegakkan negara Islam, UMNO juga berprinsip untuk mempertahankan Islam.

Bezanya perjuangan Pas hanya wujud dalam bentuk retorik tetapi UMNO melaksanakan program Islamnya secara praktikal dan bukti yang nyata.

Dari penubuhan Bank Islam pada tahun 1983 sehinggalah kepada menyamatarafkan status mahkamah syariah dengan mahkamah sivil, umat Islam telah menikmati kejayaan UMNO menaikkan syiar Islam di negara ini.

Sekarang isu hudud dibangkitkan sekali lagi oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan parti itu akan tetap melaksanakan hukum syariah di negara ini jika pakatan pembangkang berkuasa.

Ini bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang yang dikawal oleh PKR dan Dap yang tidak mahu menyentuh langsung mengenai konsep Negara Islam yang diperjuangkan Pas.

Pas dalam hal ini terpaksa menanggung malu dan berkorban apabila bersetuju menamakan impiannya selama ini kepada Negara Berkebajikan, satu anjakan dan perubahan prinsip perjuangan asal yang begitu jauh sekali.

Walaupun Pas meletakkan syarat isu kandungan muzakarah yang bakal di adakan dengan UMNO dalam masa terdekat tetapi ini adalah satu perkara kecil yang tidak sepatutnya membantutkan apa sahaja usaha untuk bersatu padu sesama saudara seagama dan sebangsa.

VILLA NABILA: Antara yang nyata dan yang ghaib. KLIK baca ni!

Orang ramai memenuhi kawasan villa yang usang ini berikutan
berita di laman sosial mengenai kehilangan beberapa remaja
di kawasan villa yang diberi nama Villa Nabila
di Jalan Skudai, Johor Bahru, baru-baru ini

PADA 18 November lalu, ( KLIK ) kita dikejutkan dengan berita kehilangan sekumpulan remaja yang pergi ke sebuah villa di Danga Bay, Johor Bahru, berhadapan dengan lautan Selat Tebrau. Berita kehilangan 30 remaja kemudian dinafikan oleh pihak polis dimana bukan 30 yang hilang cuma seorang remaja sahaja yang hilang.

Sejurus berita mengenai kehilangan remaja itu disebarkan di media sosial dan media massa, pelbagai telahan dibuat oleh pelbagai pihak tidak kira di pihak awam, tabib mistik dan sebagainya. Walaubagaimanapun, remaja tersebut ditemui kembali kerana berpisah dengan rakan-rakannya dan pergi ke rumah rakan yang lain.

Ekoran kejadian ini, dapatlah disimpulkan beberapa perkara yang menarik tentang impak terhadap berita ini. Disini saya memberikan beberapa kesan daripada kejadian itu dan bukan hanya setakat ini sahaja.

Pertama sekali kita dapat melihat bahawa rakyat Malaysia amat menggemari cerita-cerita bersifat mistik atau ghaib. Ia mendapat perhatian ramai sehinggakan menjadi buah mulut setiap lapisan masyarakat malah anak saya yang berusia 7 tahun pun boleh mengetahui tentang kejadian Villa Nabila.

Ini menunjukkan bahawa alam misteri atau alam ghaib ini mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia mungkin kerana kita banyak disogokkan dengan cerita-cerita mistik di televisyen. Malah cerita Villa Nabila ini muncul sejurus selepas penayangan filem Highland Towers di pawagam di seluruh Malaysia. Mungkin terlalu awal untuk disimpulkan hubungan di antara industri perfileman mistik berkait rapat atau sebaliknya dengan tindakan orang awam.

Keduanya, institusi kekeluargaan perlu ditingkatkan dengan ibu bapa perlu lebih peka tentang keberadaan anak remaja mereka terutamanya pada waktu malam. Ini untuk mengelakkan perkara-perkara buruk terjadi dan lebih malang lagi jika ibu bapa tidak mengetahui tentang aktiviti anak-anak, dengan siapa mereka bergaul dan sebagainya.

Pendekatan yang boleh digunakan adalah dengan meluangkan sedikit masa dengan anak-anak remaja ini yang memang sedang mencari identiti mereka. Jika dibimbing dengan betul mereka boleh berjaya dengan lebih cepat kerana ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan mereka.

Ketiganya, impak kisah Villa Nabila ini dapat memberi konotasi yang positif atau negatif kepada nama villa dan juga Nabila itu sendiri. Penggunaan nama villa mungkin akan dikaitkan dengan alam mistik dan pihak pemaju hotel, perumahan dan lain-lain mungkin membuat kajian penggunaan villa dalam perkhidmatn mereka sama ada akan menjejaskan jualan atau tidak. Di samping itu, nama Nabila itu sendiri akan dikaitkan dengan mistik walaupun maksud Nabila adalah mulia.

Keempatnya, harga hartanah di kawasan persekitaran villa itu mungkin akan merosot atau meningkat disebabkan berita sensasi tersebut apabila pembeli hartanah terpengaruh untuk menjauhi hartanah yang mempunyai unsur mistik. Di sebaliknya ia mungkin juga akan meningkatkan harga hartanah di kawasan itu kerana kawasan tersebut menjadi tumpuan ramai.

Kelimanya, melihat kepada kecenderungan rakyat Malaysia kepada perkara-perkara ghaib ini memberikan gambaran bahawa rakyat Malaysia sebenarnya dahagakan ilmu spiritual dan di dalam keadaan untuk mendalami atau mempelajari ilmu ghaib ini mereka sering tersasar.

Bimbingan dalam pendidikan spiritual perlu disalurkan kepada remaja-remaja ini yang dahagakan ilmu-ilmu berkaitan alam ghaib. Inisiatif ini perlu gandingan dari pihak Kementerian Sumber Manusia, universiti tempatan dan ibu bapa secara khususnya demi kepentingan masa depan remaja remaja kita yang bakal menjadi tunggak negara suatu hari kelak.

Bajet 2014 juga ada memperuntukkan sejumlah besar peruntukan untuk meningkatkan skil remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara khususnya dan program penambahan skil dari segi rohani perlu diberi perhatian sewajarnya seperti pengajian membaca Quran bertalaqi, tafsir, dan sebagainya di samping penerapan skil-skil sedia ada untuk mengimbangkan dan mengintegrasi ilmu naqli dan aqli. - Sumber

Bekas calun (PRU13) PKR Pengerang tolak dakwaan artis dalam pembangkang.


Ketika segelintir artis yang menyertai parti pembangkang menuduh tidak diberi perhatian oleh media arus perdana, penyanyi era 80-an, Dayang Ku Intan membuktikan dakwaan itu tidak benar sama sekali.

Dayangku Intan atau nama sebenarnya, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid, 47, berkata, dia tidak mempunyai apa-apa masalah diskriminasi untuk muncul di stesen televisyen TV3, Astro mahupun stesen kerajaan iaitu RTM.

"Setakat ini saya tidak melihat sebarang masalah daripada mana-mana stesen baik RTM, TV3 mahupun Astro kerana saya masih menerima undangan untuk muncul dalam program terbitan mereka.

"Politik dan nyanyian adalah dua perkara berbeza dan saya ikhlas dalam melakukan kerja dalam kedua-dua bidang tersebut," katanya ketika ditemui mStar Online pada Rabu.

Dayang Ku Intan merupakan ahli dan calon kerusi Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tewas ketika menentang Datuk Azalina Othman Said bagi kerusi Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), Mei lalu.
-Sumber

MP: Nak jadi artis tu... Artis saja laaa! Apa kejadahnya berpolitik.


27 November 2013

COMANGO: Anwar menyokong? KLIK baca sini!


Tindak-tanduk diperlihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggambarkan Ketua Pembangkang itu seolah-olah menyokong tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, sebagai pemimpin, Anwar sewajarnya menyatakan pendirian dengan jelas.

Ismail Mina Ahmad

"Dalam Islam pun, jika kita berdiam diri berkenaan suatu isu, itu bermakna kita seperti reda atau bersetuju dengan perkara tersebut.

"Jika Anwar masih berdiam diri tanpa menyatakan pendirian, ini akan menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat dan juga penyokongnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yoong semalam yang mendesak Anwar mengumumkan pendiriannya berhubung tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh Comango.

Ng Lum Yoong

Menurutnya, amat wajar jika nama Comango ditukar sebagai 'Comangay' kerana mereka memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta perkahwinan sejenis.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah turut menggesa Anwar untuk tampil menyatakan pendiriannya.

Abdul Rani Kulup Abdullah 

"Saya harap Anwar tidak berdolak-dalik lagi dan jangan buat kenyataan tidak berasas seperti kerajaan membawa masuk 40,000 pengundi Bangladesh ke negara ini sewaktu pilihan raya umum lalu.

"Tiada pilihan ketiga untuk Anwar kali ini. Dia hanya perlu nyatakan sama ada menyokong atau tidak sahaja kepada masyarakat supaya kita semua tahu dia berada di pihak yang mana," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, Anwar mungkin sengaja menggunakan 'jalan selamat' supaya tidak menimbulkan konflik dengan rakan-rakannya.

Mohamed Maliki

"Kita pun sudah tahu tuntutan Comango itu ada di antaranya yang melanggar Perlembagaan dan berkait dengan kepentingan negara. Mungkin Anwar takut akan menimbulkan konflik jika dia tidak memihak kepada tuntutan Comango.

"Kalau Anwar masih berdiam diri, ini menunjukkan dia hanya memilih isu yang memihak kepadanya lebih-lebih lagi dari sudut politik. Sebagai pemimpin, dia tidak boleh berat sebelah memilih sesuatu isu," katanya.


MP: Kepada umat Islam.. 
Pohon sama sama kita 'LIKE' page ANTI COMANGO.
Mari kita tentang mereka! 
Untuk 'LIKE' KLIK dibawah:
https://www.facebook.com/AntiComango

#inikalilah : Anwar Ibrahim Terduduk Kecewa... KLIK baca sini!


PKR Sabah Bergolak Dan Kritikal

Inilah yang dinamakan sudah jatuh ditimpa tangga. Setelah GAGAL dalam percubaannya untuk merebut kuasa di Putrajaya, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini dikejutkan dengan berita ‘penghijrahan’ beramai-ramai ahli partinya di Sabah yang jelas tidak lagi mahu terus diperbodohkan dengan sandiwara dan lakonan murahnya selama ini.

Media arus perdana telah melaporkan mengenai pengumuman yang dilakukan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib mengenai penghijrahaan beramai-ramai 11 pemimpin cabang PKR Sabah yang keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN). KLIK

Jumlah itu tidak termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari negeri itu yang sebelum ini telah pun berbuat demikian iaitu ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad@Malazad dan ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan.

Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.

Seperti tidak dapat menerima hakikat, Pengerusi PKR Sabah, Lajim Ukim sebelum ini mendakwa tindakan bekas anak-anak buahnya itu disebabkan BN terdesak dan menjadi ‘dalang’. Paling kelakar melalui SMS yang dihantar kepada Jelani, dikatakan kecewa sambil mendakwa mereka telah mendapat tawaran lebih baik daripada pihak lain.

Sedangkan mengikut percaturan politik, BN Sabah telah pun mendapat mandat besar dengan memperoleh 2/3 Kerusi DUN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Maka secara logiknya parti BN/Umno, tidak perlu lagi melakukan perbuatan jahat dengan ‘membeli’ mereka.

Ini kerana, tanpa mereka sekalipun, BN telah mantap sebagai sebuah kerajaan yang kukuh hasil sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi rakyat Sabah. Atau dalam bahasa mudah, pakatan pembangkang yang hanya pandai bermain kata-kata yang penuh dengan racun sehingga menybabkan mereka ditolak rakyat sekalgus mengalami kekalahan besar dalam PRU yang lalu.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, pembangkang memenangi tiga kerusi Parlimen iaitu Sandakan dan Kota Kinabalu (DAP) serta Penampang oleh PKR, sementara DUN pula 12 kerusi iaitu Likas, Luyang, Sri Tanjong, Kepayan (DAP); Klias, Matunggong, Kadamaian, Moyog, Api-Api, Inanam, Tamparuli (PKR) dan Star di Bingkor.

Walau bagaimanapun pada 27 September lalu, ADUN Luyang daripada DAP, Hiew King Cheu mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas sebelum diikuti oleh ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad pada 4 November lalu sebelum diikuti empat hari selepas itu oleh ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan yang meletak jawatan Naib Pengerusi 1 Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR.

Hasil analisa yang dijalankan, rupanya bumiputera Sabah terutama etnik Kadazandusun Murut (KDM) yang menyokong PKR akhirnya mula sedar bahawa mereka telah dipergunakan oleh parti itu bagi memenuhi agenda peribadi pimpinan, bukannya untuk dibela nasib mereka seperti yang dicanangkan sebelum ini.

Malah ada yang mendakwa masalah sebenar berpunca daripada gaya kepemimpinan Anwar yang sangat autokratik dan memilih Pengerusi PKR Sabah tanpa berbincang terlebih dahulu dengan ketua-ketua cabang dan akar umbi parti negeri.

Tambahan pula, sekiranya diteliti krisis kepimpinan PKR Sabah telah lama dikesan bergolak dan bermasalah. Ini kerana sejak PKR mula bertapak di negeri itu, seramai 15 Pengerusi MPN negeri sudah bertukar ganti dan ada di kalangan mereka yang hanya sempat memegang jawatan tersebut selama dua bulan sahaja.

Kesimpulannya ialah, baik Anwar mahupun Lajim, mereka sebenarnya telah dirasuki dengan ‘sindrom penafian’ kerana enggan melihat kesilapan dan kekurangan diri sendiri sebaliknya hanya tahu menyalahkan orang lain.

Inilah masalah paling susah untuk diubati oleh sesiapa sahaja sama ada individu atau organisasi kerana tidak dapat menerima hakikat kekalahan, bukan itu sahaja mereka juga pada masa yang sama enggan menerima teguran dan nasihat, jauh sekali untuk bermuhasabah terhadap musibah yang melanda.

Semuanya dituduh pihak ketiga yang jahat melakukannya, diri sendiri dianggap seperti maksum, langsung tidak bersalah dan enggan mengakui kelemahan diri sendiri.

Malah menurut Perdana Menteri, akan berlaku gelombang kedua tindakan keluar parti itu dalam masa terdekat selepas hilangnya keyakinan mereka terhahadap kepimpinan PKR negeri.

Dan kenyataan itu sudah pasti bakal merunsingkan Anwar, ini kerana ia sekali gus akan menyebabkan PKR terus berkubur tanpa nisan di negeri Di Bawah Bayu itu.

Buat ahli dan penyokong pembangkang Sabah yang masih belum sedar, sampai bilakah mahu terus hidup dengan pembohongan yang dipentaskan oleh Anwar Ibrahim?

Apa yang jelas slogan #inikalilah yang digunakan oleh pembangkang ketika PRU lalu, mula memakan diri.

Kepada rakyat Sabah, terima kasih kerana masih terus bersama BN/Umno, manakala untuk Anwar Ibrahim #lainkalilah.

ARTIKAL BERKAITAN: KLIK SINI



HINA SULTAN: Kata 'sial' dan 'x guna' terhadap Sultan Johor. KLIK tengok ni!

KLIK SINI

Seorang lagi 'bangsat' yang patut kita humban saja kedalam.

Kenyataan pemilik akaun laman sosial FB yang menggunakan nama 'Tiro CK' diatas dianggap biadap terhadap DYMM Sultan Johor dan boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan negara serta boleh di sabit bawah Akta Hasutan.

Kenyataan berbau hasutan dan hinaan ini dikatakan tersebar di laman group FB Anak2 Muar.

KLIK SINI

 Pemilik akaun FB ini telah menghasut untuk 'BOIKOT KERAJAAN JOHOR' selain mengeluarkan kata-kata kesat, hingga menyebut "sial la SULTAN JOHOR X GUNA" terhadap DYMM Sultan Johor diatas titah dan perkenan cuti hujung minggu bagi negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.
( KLIK SINI )


Antara komen dan laporan yang telah di siarkan oleh ahli group Anak2 Muar seperti dibawah:




Untuk mengelakkan pemilik akaun FB ini terus menghasut orang ramai dan meneruskan sikapnya yang kurang ajar terhadap 
DYMM Sultan.... 

Diharap pihak berkuasa ambil tindakkan agar menjadi pedoman kepada pihak lain supaya tidak melakukan tindakkan yang serupa.

TOLONG AMBIL TINDAKKAN!!!

ARTIKAL BERKAITAN KLIK SINI


26 November 2013

GEMPARRR!!! 11 pemimpin letak jawatan sertai BN kerana Parti Kencing Rakyat (PKR)

DS Najib umum 11 pemimpin
cabang PKR Sabah letak jawatan.

PKR di Sabah hampir lumpuh, sebaliknya BN semakin kuat dan utuh serta semakin mendapat kepercayaan rakyat Sabah,TAHNIAH PM ucapkan pada yang berani berubah kearah kebenaran dan meninggalkan khayalan yang di cipta Pembangkang.

Semakin hari semakin ramai adun dari PKR Sabah meninggalkan Parti,dan terbaru satu kenyataan dari Datuk Seri Najib Razak yang Pendekar petik dari BH hari ini mengumumkan 11 pemimpin cabang PKR di Sabah keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Mereka adalah pemimpin cabang Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Peluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata demikian dalam pertemuan khas dengan pimpinan PKR Sabah di Menara Dato' Onn, di sini, sebentar tadi. - Selanjutnya KLIK

ARTIKAL TERDAHULU KLIK DIBAWAH:
SIAPA KATA ANWAR TAK KENCING?

Ancaman Liberalisme di Dalam Parti Melayu. KLIK baca ni!


Muktamar PAS yang membawa kemenangan kepada kumpulan Erdogan iaitu pihak pro-Anwar Ibrahim dan DAP, menjadikan akar umbi PAS kecewa dan putus asa. Ini kerana, Anwar dan DAP merupakan dua pihak yang bertindih dalam membawa agenda liberalisasi dan juga Kristianisasi di Malaysia. Penglibatan ‘orang-orang kuat’ Anwar dan DAP di dalam COMANGO membuktikan agenda sebenar kumpulan ini.

Justeru, kemenangan kumpulan Erdogan di dalam PAS bermakna agenda itu kini lebih mudah untuk diperpanjangkan melalui PAS.

Perasaan kecewa dan putus asa turut melanda ahli UMNO selepas Pemilihan UMNO yang baru lalu. Ia berikutan kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO yang dilihat sebagai kemenangan pihak Anwar dan DAP.

Bukan rahsia lagi bahawa Khairy membawa agenda liberal serta ingin memisahkan perjuangan UMNO dari bangsa Melayu.

Tindakan beliau melantik Regina Lee yang tegar menyokong DAP sebagai setiausahanya, mengesahkan hala tuju perjuangannya.

Persoalannya, apakah kemenangan mereka ini bermakna bahawa orang-orang Melayu telah mula menerima liberalisme? Jawapannya mungkin ‘ya’ jika kita mampu merasa yakin dengan proses pengundian yang membawa kepada kemenangan mereka.

Memandangkan Ketua Pemuda mempunyai rekod politik wang, maka adalah sukar untuk rakyat mempercayai bahawa pemilihan UMNO bagi jawatannya berjalan secara telus.

Walaupun terdapat penambahbaikan dalam sistem pemilihan, namun hakikat bahawa undi popular tidak didedahkan dan bahawa wang adalah permainan biasa baginya, maka kemenangannya tetap diterima secara sinis sahaja.

Begitu juga dengan kemenangan kumpulan Erdogan di dalam PAS yang menyaksikan ‘ulangan’ dari pemilihan UMNO ketika Khairy mula-mula memenangi jawatannya dahulu di mana mengambil masa yang begitu lama untuk mengira undi selain kehadiran mereka-mereka yang tidak sepatutnya di tempat menyimpan peti undi.

Berdasarkan apa yang berlaku ini, kita tidak boleh menyalahkan persepsi rakyat. Kita tidak boleh menghalang manusia dari berprasangka buruk berdasarkan apa yang dilihat di hadapan mata.

Jika persepsi rakyat itu benar, maka ia menunjukkan bahawa pihak yang memperjuangkan liberalisasi ini, tidak kira sama ada di dalam PAS atau UMNO, semuanya gemar bermain kotor. Mereka terpaksa bermain kotor kerana mereka tahu yang mereka tidak mendapat sokongan di kalangan orang-orang Melayu.

Walaupun golongan liberal ini gemar memperlekeh orang Melayu sebagai mudah dibeli dan ditipu, tetapi mereka lupa bahawa mereka lebih lekeh lagi kerana terpaksa membeli dan menipu semata-mata untuk berkuasa. Ini bermakna, sekiranya mereka menang, maka kemenangan mereka adalah tidak tulin.

Andainya persepsi ini tidak benar, dan mereka sebenarnya menang secara telus dan bersih, maka kita akan melihat agenda liberalisasi dilaksanakan tanpa apa-apa bantahan besar dari orang-orang Melayu.

Bagaimanapun, penolakan orang-orang Melayu terhadap PAS akhir-akhir ini membuktikan bahawa agenda itu tidak diterima di dalam parti itu. Kritikan terhadap UMNO yang semakin lantang didengari juga menguatkan lagi hujah bahawa liberalisme tidak pernah diterima oleh orang-orang Melayu.

Masalah liberalisasi bukan sahaja mengancam masyarakat kerana ia membawa bersamanya kebebasan tanpa sempadan tetapi juga membawa ancaman ketegangan kaum kerana ia didokong oleh parti perkauman tegar iaitu DAP, yang berselindung di sebalik seruan Kristianisasi.

Keadaan menjadi lebih terancam kerana kumpulan Melayu liberal di dalam UMNO dan PAS ini mentafsirkan sebarang usaha untuk membela adat, budaya, bahasa dan agama orang-orang Melayu sebagai kolot. Di masa yang sama, tindakan membela adat, budaya, bahasa dan agama kaum lain pula ditafsirkan sebagai ‘keterbukaan’ yang wajib diterima oleh semua.

Justeru, dengan tekanan dari sikap rasis dan chauvinis Kristian DAP dan kebodohan kumpulan Melayu liberal, yang bakal menjadi mangsa akhirnya ialah orang-orang Melayu di negara ini. Amatlah malang sekali jika ini berlaku, sedangkan orang-orang Melayu yang menolak liberalisme merupakan kumpulan majoriti.

Kesimpulannya, Melayu PAS dan Melayu UMNO yang menolak liberalisme tidak mampu duduk berasingan di dalam PAS, UMNO dan atas pagar. Melayu yang sedar, yang jujur sayangkan agama dan bangsa tidak ada pilihan selain bersatu di atas satu platform bagi membentuk kumpulan pendesak yang kuat ke atas pemerintah.

Perdengarkan suara kita menolak liberalisme dalam satu nada yang sekata.

Lupakan PAS atau UMNO, fikirkan strategi terbaik untuk mencapai matlamat ini.

Siapa kata Anwar tak 'kencing'..? KLIK saksi video ni!


Bila ditanya tak mengaku...
Tapi MP memang tak pelik.
Itulah tabiat Anwar dari dulu hingga kini.
Bagilah apa saja bukti...
Pengikut 'totok' Anwar juga tak akan percaya.

Sumber KLIK SINI

Nah...
Baca dan saksikan video dibawah berkaitan penafian Anwar kononnya beliau tidak sekali pun ada mendakwa tentang kehadiran 40 ribu pengundi bangla pada PRU13 yang lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat pernah mendakwa terdapat rombongan warga Bangladesh berjumpa dengan beliau Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat pernah mendakwa terdapat rombongan warga Bangladesh berjumpa dengan beliau sebelum Pilihan Raya Umum… …read more 



Manusia ni, memang pandai mempengaruhi fikiran rakyat..
Yang peliknya rakyat yang sangup mempercayainya membuta tuli...
Apa nak jadi?
Apa buta? Adakah tuli?
Renungilah!

SELANJUTNYA KLIK DISINI


Nah... Ahli Pas mengaku Pas Hanya ‘BARUA’ DAP. KLIK baca ni!


Sekiranya sebelum ini, apabila ada yang mengatakan Pas hanyalah kuda tunggangan DAP ramai yang mengatakan ia merupakan propaganda Umno. Mereka mendakwa, kononnnya secara realiti hubungan Pas dan DAP tidak seperti yang di dakwa itu.

Namun apabila ada para perwakilan Pas yang membangkitkan isu tersebut, ia telah mengejutkan ramai pihak. Ini kerana ternyata semua yang di katakan itu ada asasnya dan bukanlah merupakan propaganda Umno seperti yang di dakwa.

Di dalam Muktamar Pas baru-baru ini parti itu seakan ‘mati kutu’ dengan amukan para perwaklan yang jelas tidak berpuas hati dengan pendekatan ‘tahluf siaysi’ parti itu dengan DAP.

Sebagai contoh Wakil Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad ketika membahaskaan ucapan Presiden iu membangkitkan isu tersebut yang mendesak barisan kepimpinan parti wajar menangani kedua-dua isu tersebut dengan segera. Menurut beliau, jika perkara itu tidak diselesaikan, ahli-ahli Pas berhak menukar kepimpinan yang sedia ada.

"Kedua-dua isu ini sangat kritikal dan sangat besar kesannya. Oleh itu jika Pas gagal selesaikannya menjelang Pilihan Raya ke 14 (PRU-14) kita akan gagal ke Putrajaya," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Kamaruzaman turut mengingatkan kepada semua perwakilan bahawa Pas tidak boleh meninggalkan asas perjuangannya iaitu menegakkan syariat Islam.

"Jangan kita lupakan perjuangan menegakkan Islam hanya semata-mata kita mahu ke Putrajaya. Jangan kita tinggalkan syariat Islam di pintu pagar ke Putrajaya.

"Kita sebenarnya amat bertanggungjawab dalam menegakkan Islam di tengah-tengah masyarakat. Kita juga bertanggungjawab menunjukkan keadilan Islam kepada setiap rakyat," ujarnya.

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa Pas bukan sebuah parti yang berjuang atas sebab isu tetapi berdasarkan kepada perintah agama.

Sementara itu, wakil Pulau Pinang, Mohd. Nor Haron berkata, segala jasa dan pengorbanan Pas Pulau Pinang telah diketepikan begitu sahaja oleh rakan pakatan pembangkang sebaik sahaja negeri itu dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Malah tegas beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP telah meletakkan Pas sebagai rakan kongsi utama pakatan dalam kedudukan lebih rendah dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Mohd. Nor, pihaknya tidak berhasrat membawa perkara itu kepada media namun segala saluran rasmi yang digunakan langsung tidak diendahkan oleh kerajaan negeri.

"Pas hanya diberi kerusi sebagai ahli majlis PBT (pihak berkuasa tempatan) tetapi empat kerusi diberikan NGO, adakah ini batu nisan yang hendak diberikan kepada Pas?," katanya.

Tegasnya, sebagai rakan kongsi utama pakatan, Pas sewajarnya diberi peranan besar sebagai pembuat dasar bersama tetapi yang berlaku adalah sikap 'double standard' kerajaan negeri dan berlakunya campur tangan.

"Tetapi bila hendak hampir PRU-13, mereka berjumpa kita terangkan manifesto, tetapi bila berdepan dengan kemenangan, kita disingkirkan, apakah Pas telah menjadi musuh lagi besar daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Namun disebalik semua kecaman yang diberikan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu masih cuba mempertahankan hubungan parti itu dengan DAP dan PKR.

Ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas Ke-59 di sini, beliau berkata tanpa bantuan DAP dan PKR, Pas hanya mampu aktif di Kelantan dan Terengganu.

"Kekuatan Pas adalah bersama Pakatan Rakyat. Kalau Pas berjuang secara sendirian, sudah tentunya jajahan kita tidak lebih daripada Rantau Panjang (Kelantan) sehingga Kemaman (Terengganu).


"Di bawah Pakatan Rakyat, jajahan kita melebar sehingga ke Selangor dan InsyaAllah sampai ke Johor. Kalau Johor kita dapat tawan, nadi Umno akan tamat di Malaysia," katanya.

Kesimpulannya, Pas tidak ubah seperti resam anjing yang sentiasa menurut perintah tuannya, ini kerana itulah analogy mudah yang boleh diberikan apabila kita membicarakan hubungan haram dua parti pembangkang tersebut.

Malah Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad yang juga bekas Ahli Parlimen Pas Sik, Kedah sebelum ini turut mengesahkan perubahan ketara yang sedang menghantui Pas. Katanya secara realitinya Pas telah gagal memimpin PR sebaliknya kedudukannya kini lebih tertakluk pada kehendak DAP.

Menurut Shahnon, "apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam".

Kenyataan ahli seumur hidup Pas memang terbukti kebenarannya malah tak keterlaluan jika dikatakan status parti itu semenjak menjalin kerjasama dengan DAP sama sahaja macam anjing peliharaan layaknya, terpaksa dipimpin tali oleh tuannya dan taat mengikut sahaja perintah si tuan.

25 November 2013

Kesian!!! Ramai gila ulama yang 'ke parit'. KLIK tengok ni!


Inilah keputusan pemilihan agong PAS kali ini yang menyaksikan kumpulan 'Ulama' semakin diterajang dan ke parit oleh pengikut mereka dari menguasai tampuk kepimpinan dalam Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Ternyata, jenama 'Kepimpinan Ulama' sudah menjadi 'Kepimpinan Fulamak' apabila didalamnya terdiri dari Peguam yang mem'backing' Syiah, penyokong pluralist agama, barua DAP dan lain-lain lagi.

Sumber: Pena Minang

Apa-apa pun inilah PAS yang akan memandu perjalanan PARTI 'ISLE' Se-Malaysia ini menjelang PRU14. Kelompok Anwarinas, pluralist dan Syiah semakin menguasai PAS dengan jenama KUMPULAN PROFFESIONAL.

Tahniah dan takziah kepada yang menang. Dan yang kalah, boleh cuba 5 tahun lagi.

MP:
Suruh dia org buat party tupperware jeklah..
Kehkehkehhh!!!

24 November 2013

HINA MELAYU/ISLAM: Titah DYMM Sultan Johor di tuduh 'stupid'. KLIK baca ni!

SUMBER: KLIK SINI

Baru semalam, MP menyiarkan maklumat berkaitan individu berbangsa india dengan biadapnya menghina 'Wasiat Raja Melayu" ( KLIK SINI )

Hari ini, timbul lagi isu memperkotak-katikkan institusi raja-raja kita.

Berikutan DYMM Sultan Johor menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu. ( KLIK SINI )

Sekelip mata keluarla lagi suara-suara sumbang dari puak puak haramjadah ni.


Semakin hari semakin banyak rasanya MP terima dan siar berkenaan isu caci mencaci serta hinaan daripada puak-puak bukan Melayu ni.

Semakin menjadi-jadi pulak tu. Mana silapnya? Atau adakah mungkin kerana sikap Kerajaan yang kita terlalu berlembut dan terlalu menjaga sensitviti kaum-kaum lain yang ada tu? 

Senang senang saja mereka menyalak dengan mencaci,menghina agama, bangsa hingga ketahap berani persoal kedaulatan Raja-Raja dan hak Melayu sesuka hati..


Naik menyampah pulak rasanya.... Malas nak cerita banyak. Kepada pihak pihak berkuasa di luar sana tu, apa tunggu lagi. Heret perosak bangsa ni!

TOLONG BERTINDAK!!!


LAPOR POLIS: Individu hina 'Wasiat Raja Raja Melayu'. KLIK baca ni!


Pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, petang tadi bertindak membuat laporan polis atas rasa tidak puas hati dan mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakkan tegas terhadap individu yang telah menghina Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu di laman sosial pertubuhan tersebut dan tersiar di laman sebuah blog.


Memetik laporan di ruangan blog
http://maelpengerang.blogspot.com pada semalam, kenyataan pemilik akaun laman sosial itu (menggunakan nama 'Kumaran Muthiah') dianggap biadap dan boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan negara.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Lebuh Pantai di sini, Salleh berkata tindakan menghina kesultanan Raja-Raja Melayu perlu dihentikan kerana ia boleh mengakibatkan perpecahan kaum di negara ini.

Dalam nada yang sama, Salleh Ismail selaku Pengerusi pertubuhan turut melahirkan rasa terkilan beliau terhadap pihak-pihak yang sanggup memperkotak-katikkan dan dilihat gagal mempertahankan titah Sultan.

"Setiap rakyat di negara ini perlu menyedari bahawa Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu itu adalah asas kepada keamanan dan kesejahteraan", katanya lagi.

Sumber : BERNAMA
Foto       : Persatuan Mukabuku P.Pinang.








SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.