#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

21 January 2014

ISU PAKSA BUKA TUDUNG: Terlibat? DAP buat laporan polis. KLIK baca ni!


Cuba kaitkan kes guru dipaksa buka tudung, 

DAP Johor semalam membuat laporan polis berhubung kenyataan di artikal seorang blogger yang cuba mengaitkan DAP dengan isu guru mualaf Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nan Ya, Bukit Tinggi yang dipaksa membuka tudung baru-baru ini.

Artikel blogger bernama Azmy Awang Kelana Jaya itu bertajuk ‘DAP makin kuat di Johor, Islam makin dipijak: Guru mualaf dipaksa buka tudung diterbitkan di laman http://azmyawangklanajaya.blogspot.com 17 Januari lalu.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya Mohd Daud berkata, pihak polis diharap dapat mengambil tindakan secepat mungkin kerana ia memberi kesan buruk kepada masyarakat berbilang kaum di Johor.

“Isi artikel itu tiada kaitan dengan tajuk yang diguna. Ia berniat jahat dan menghasut, serta cuba bangkitkan permusuhan di kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, guru mualaf, Choi Yi Shan, 25, dipaksa membuka tudung oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan SJKC Nan Ya, Pang Ah Nganng, 72, jika ingin terus mengajar di sana.

Peristiwa itu mendapat kecaman pelbagai pihak dan khabarnya DAP juga turut menggesa Pang meminta maaf segera kepada guru itu.

17 Januari lalu, Pang bersama guru besar, Chiew Swee Tuan memohon maaf secara terbuka kepada Choi di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, Kota Tinggi.

Kata Dyana lagi, laporan itu juga dibuat demi membersihkan DAP yang sering dituduh sebagai dalang perkauman oleh musuh politiknya.

“DAP dan Pakatan Rakyat secara jelas bukan parti berdasarkan kaum, tidak pernah bersikap perkauman dan berjuang untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Laporan itu dibuat beliau bersama-sama Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching; ADUN Senai, Wong Shu Qi dan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Johor, Mazlan Aliman.

ARTIKAL BERKAITAN: KLIKSINI


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.