#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

9 January 2014

MUSUH ISLAM: Gabungan COMANGO pertubuhan 'Haram'. KLIK baca ni!



Kementerian Dalam Negeri mengesahkan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) sebagai gabungan pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Ketua Setiausahanya, Datuk Mohamad Khalid Shariff berkata, pengesahan itu dibuat berdasarkan semakan rekod oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Beliau memberitahu, sebahagian besar daripada 54 pertubuhan yang menganggotai gabungan itu merupakan pertubuhan bukan berasaskan Islam dan hanya 15 sahaja yang berdaftar dengan ROS.

"Setiap pertubuhan yang hendak menjalankan aktiviti secara sah di dalam negara ini hendaklah berdaftar dengan ROS seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.

"Mana-mana pertubuhan yang tidak memenuhi keperluan seksyen tersebut boleh diambil tindakan sebagai pertubuhan yang tidak berdaftar dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 41(1)(b) akta tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Comango yang disenaraikan Kementerian Dalam Negeri sebagai tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 ialah SIS Forum (Malaysia) Bhd. (SIS), Amnesty International Malaysia, Persekutuan Kristian Malaysia, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Seksualiti Merdeka, Persatuan Guru-guru Tadika Semenanjung Malaysia (PGGT), Rainbow Genders Society, Tenaganita dan Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM).

Comango merupakan gabungan NGO di negara ini yang menghantar laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi tujuan semakan berkala sejagat (UPR) yang berlangsung di Geneva, Switzerland setiap empat tahun sekali mulai 2009.

Matlamat pertubuhan berkenaan antara lain adalah memperjuangkan hak yang menyeleweng daripada ajaran Islam iaitu orientasi seksual dan identiti jantina (SOGI) merangkumi hak-hak golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan interseks serta bukan heteroseksual (LGBTIQ).

Sebahagian daripada tuntutan yang dikemukakan Comango pada pusingan kedua UPR ke atas Malaysia pada 24 Oktober lalu adalah hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini.

Pada sesi UPR itu, Comango turut mempersoalkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, larangan terhadap penganut ajaran Syiah dan hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur.

Gabungan itu turut menuntut undang-undang jenayah syariah dihapuskan, memberi persepsi negatif terhadap tindakan penguatkuasaan oleh jabatan agama Islam negeri dan usaha berdakwah kepada masyarakat Orang Asli serta mendesak kerajaan menarik balik pengharaman buku terjemahan Allah, Kebebasan dan Cinta, karya Irshad Manji. - Sumber


Tunjukkan juga antinya anda terhadap musuh-musuh Islam ini dengan 'LIKE' page:
(KLIK DISINI)


ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.