#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

14 March 2014

56 pemandu TEKS1M jalani latihan bersama SPAD



Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar menyampaikan sijil kepada 56 pemandu TEKS1M yang menjalani latihan peningkatan kesedaran diri, pembangunan minda dan menyuntik semangat bangga menjadi pemandu teksi yang bertanggungjawab selama dua hari bertempat di ibu pejabat SPAD, KL Sentral, Kuala Lumpur.

Sebagai keperluan di dalam dasar dan syarat operasi untuk menjadi seorang pemandu TEKS1M, pihak SPAD telah menganjurkan program latihan 2 hari kepada pemandu-pemandu TEKS1M.

Di samping dijadikan sebagai syarat dan dasar, program ini juga adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan teksi di negara kita.

Pada bulan April 2013, YAB Perdana Menteri telah melancarkan Program Perdana Teksi 1Malaysia dengan pemberian 1000 unit TEKS1M kepada pemandu-pemandu teksi yang layak.

Oleh itu, 1000 unit TEKS1M ini merupakan permulaan kepada pengenalan kelas perkhidmatan baru dan merupakan sebahagian daripada agenda transformasi industrii teksi.

Pada majlis tersebut, Pengerusi SPAD turut menyampaikan sijil penghargaan kepada2 orang pemandu yang telah menunjukkan sifat terpuji semasa menjalankan tugas sebagai pemandu teksi.



Pemandu tersebut ialah En Muhammad Muhaimnin bin Abdullah  telah menjumpai dan memulangkan dompet yang mengandungi wang tunai, kad pengenalan, kad ATM bank dan kad kredit seorang Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya dan En See Meng Koe pula diberi penghargaan kerana telah memulangkan semula kamera yang bernilai RM20,000 kepada seorang jurutera yang baru pulang berbulan madu di Langkawi.


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.