#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

29 March 2014

Bendung 'Ulat Teksi' - SPAD



Semalam, seorang pemandu Teksi Eksekutif, Gobi A/L Muniandy, dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang atas kesalahan di bawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Mengikut fakta kes, tertuduh tanpa kuasa yang sah telah menawarkan perkhidmatan pengangkutan untuk membawa pelancong dari LCCT ke Hotel Melia Kuala Lumpur.

Mahkamah Sesyen baru-baru ini pula menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 dan penjara selama 3 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut kepada Soo Mun Kit selepas beliau mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Mengikut fakta kes, tertuduh tanpa kuasa yang sah telah cuba untuk memujuk penumpang untuk menggunakan perkhidmatan teksinya dari LCCT ke Town View Hotel, Kuala Lumpur. Pendakwaan dilakukan oleh Puan Uma Devi Balasubramaniam sementara tertuduh tidak diwakili peguam.


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) amat mengambil berat isu Ulat Teksi yang masih berleluasa terutama sekali di pintu masuk negara seperti lapangan terbang KLIA dan LCCT. Pelbagai operasi dilakukan oleh pihak SPAD dalam usaha untuk membendung kegiatan berkenaan. SPAD sememangnya tidak bertolak ansur di dalam mempertahankan hak pengguna dari ditipu oleh kegiatan Ulat Teksi dengan mengheret pihak terbabit ke muka pengadilan.

Kerjasama dari orang ramai terutama daripada penumpang-penumpang di KLIA dan LCCT agar menggunakan perkhidmatan teksi yang sah bagi membendung kegiatan Ulat Teksi ini, amat diharapkan. 

Operasi bersepadu walau sebanyak mana sekalipun pasti tidak dapat membendung aktiviti ini sekiranya orang ramai masih memberikan sokongan kepada kegiatan Ulat Teksi ini.

Segala maklumat atau aduan yang ingin di buat sila gunakan talian seperti dibawah:


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.