#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

7 March 2014

#PRKKajang : Anwar mendahului Tuhan? KLIK baca ni!



Pesanan kepada mereka yang taksub kepada Anwar Ibrahim.
SIRI II : Isu terkini menemubual 

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang
Datuk Seri Dr Mohammad Fairus Bin Khairuddin.

Sebab utama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam mengejar cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri kerana sifatnya mendahului Tuhan, kata Datuk Seri Dr Mohammad Fairus Khairuddin, Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Misalnya dalam kes 16 September kata Fairus perkara itu tidak berlaku kerana Anwar dengan angkuh mendahului Tuhan.

“Bila makhluk mendahului khaliq, penciptanya, maka yang akan berlaku adalah kerosakan dan juga bala yang diturunkan.


“Sebab itu alim ulama menasihati ketika itu lagi, alim ulama menasihati Anwar, jangan terlalu sibuk sangat 16 September ni, benda ni masa depan belum tahu ketika itu. Jangan dibicara, jalan, kalau berlaku Alhamdulillah, buat dengan elok tapi jika tidak berlaku kerana Anwar angkuh dan takbur dan semuanya rosak,”katanya.


Anwar seorang manusia yang menghalalkan segalanya demi kepentingan diri. Kalau saya ulang sekali lagi pendirian saya yang awal tadi. 

Jika nama Allah, soal akidah pun digadaikan Anwar, perkara paling tinggi dalam akidah Islamiyyah pun digadaikan Anwar, ketuanan bangsa pun digadaikan Anwar, maruah negara dijual di merata dunia dengan amat murah dan dihina negara, apa lagi yang perlu diikuti manusia bernama Anwar Ibrahim ini.

Jika, sekiranya orang ini memimpin negara, maka yang apa akan berlaku pada anak cucu masa depan ialah segala nilai-nilai moral, segala nilai agama, semuanya akan menjadi liberal, akan semuanya menjadi rosak. 

Yang wujud adalah masyarakat baru yang segalanya bebas, tidak punya nilai moral, tidak punya nilai akhlak, tidak punya lagi sandaran ketimuran yang selama ini kita pertahankan dan yang paling malang akan bersinarlah, akan hilanglah kedaulatan Islam di bumi bernama Malaysia ini.

Justeru itu, saya meminta pada semua rakyat Malaysia, terutama rakan-rakan yang masih lagi mengkagumi Anwar. Manusia ini adalah iblis bertopengkan manusia. Jangan mudah terpedaya, jangan sampai membela Anwar hingga mengadai agama. 

Jangan sampai membela Anwar hingga mengkhianati bangsa. Jangan sampai membela Anwar sehingga kalian nanti di kuburan kalian akan dihina anak cucu masa depan kerana kalian mempertahankan manusia yang menghancurkan Islam, yang menghancurkan bangsa Melayu, yang menghancurkan negara berdaulat bernama Malaysia yang telah dipertahankan oleh datuk nenek kita dahulu dengan airmata dan darah.

Oleh yang demikian saya menyeru, supaya rakyat Malaysia dan rakan-rakan yang masih bersama dengan Anwar, mufarakalah selagi masih ada masa. 

Kembali kepada Allah, kembali kepada kebenaran Islam, kembali kepada kekuatan maruah bangsa Melayu dan kembali kita bina selamatkan negara ini daripada manusia bernama Anwar dan daripada DAP yang kita tahu sifat sebenarnya anti Islam, anti Melayu. Dan selamatkan Malaysia daripada parti ajaran sesat, Pas, yang menggunakan agama sebagai alat murahan mereka dan akhirnya kita mahu membangunkan negara yang menjadi warisan masa depan yang Islamnya utuh gemilang di bumi berdaulat, yang Melayunya dijulang sebagai bangsa yang punya maruah, yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pesaing-pesaing dunia yang lain.

Untuk mendengar temubual penuh Datuk Seri Dr Mohammad Fairus Bin Khairuddin, bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang.. Saksikan KLIK video dibawah:


ARTIKAL TERDAHULU KLIKSINI:

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.