#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

4 March 2014

RAPID PENGERANG: Agih projek kepada kontraktor dan usahawan Bumiputera



Kerajaan negeri Johor bakal memuktamadkan rundingan dengan PETRONAS mengenai pengagihan kontrak Pembangunan Integrasi Penapisan dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor, dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata jumlah peratusan mengenai pengagihan tersebut belum lagi diputuskan tetapi secara prinsipnya syarikat petroleum negara itu telah bersetuju akan pentingnya peluang diberikan kepada kontraktor dan usahawan Bumiputera tempatan.

Menurut laporan berita sebelum ini, PETRONAS dijangka membuat keputusan mengenai pelaburan akhir RAPID, hujung bulan ini.

Pelaburan bernilai RM60.6 bilion tersebut, membabitkan projek dan kontrak kerja antaranya pembinaan terminal simpanan minyak, loji penapisan minyak, loji petrokimia dan jeti laut dalam.

"Kerajaan negeri turut mengadakan rundingan dengan pihak PETRONAS dan dijangka peroleh satu keputusan yang positif, dari itu. Dalam soal ini, kita sudah lantik Datuk Hasni Mohamad (Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pembangunan Luar Bandar) untuk melihat bagaimana untuk mengagihkan projek atau kontrak tersebut bila ia dilaksanakan,” kata DS Khaled Nordin kepada media ketika majlis perasmian Wisma Persatuan Kontraktor Melayu Negeri Johor, baru-baru ini. 

Bagi kontraktor bumiputera di negeri Johor yang berminat dengan projek RAPID ini, diminta mendaftarkan diri supaya boleh dinilai dari segi kelayakan dalam mendapatkan kontrak yang ada. 


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.