#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

19 July 2014

SPAD laksana pemantauan berterusan sempena Aidilfitri.



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melaksanakan pemantauan berterusan terhadap pemandu serta pengusaha bas ekspres menjelang Aidilfitri ini.

Bagi menjamin keselamatan semua pihak, antara langkah-langkah yang menjadi tumpuan serta perhatian SPAD di sepanjang operasi pemantauan, adalah seperti berikut:
  1. Menempatkan pegawai yang menyamar untuk menaiki bas ekspres bagi menilai prestasi pemandu di beberapa lebuh raya terpilih.
  2. Ujian air kencing akan dikenakan kepada pemandu sebelum mereka memulakan tugas pemanduan mereka.
  3. Lakukan pemeriksaan sistem kedudukan global (GPS) sentiasa di pasang pada setiap bas ekspres selain menyemak profil kelajuan bas berkenaan. Jika terdapat mana-mana bas tanpa dilengkapi GPS, pihak SPAD akan mengenal pasti pengendali bas dan membatalkan lesen. 
  4. Menempatkan pegawai penguatkuasa di terminal bas seperti Terminal Bersepadu Selatan, Pudu Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi memantau perkhidmatan pengangkutan awam termasuk bas ekspres.
  5. Menetapkan syarat kepada pengusaha bas meletakkan dua pemandu bas untuk perjalanan yang melebihi 300 km dengan mempunyai buku log untuk merekodkan masa berhenti dan masa menukar pemandu. SPAD akan menyemak rekod dari semasa ke semasa.
Datuk Che Hasni Che Ahmad sentiasa risaukan keselamatan pengguna. 
Menurut statik yang diberi oleh Ketua Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad, dari sejumlah 207 operator bas yang berdaftar terdapat 33 dari mereka telah digantung lesen mereka.

Antaranya disebabkan oleh kegagalan pemandu memantau had kelajuan bas, tidak memasang alat GPS dan kegagalan memeriksa bas sebelum perjalanan.

Sehingga Jun 2014, 468 buah bas telah ditahan kerana tidak mempunyai permit, 91 kes kerana mengenakan caj berlebihan kepada penumpang atau tidak mempunyai keseragaman tiket dan 118 kes kerana tidak mempunyai pemandu kedua serta menunggu terlalu lama di lokasi-lokasi yang tidak dibenarkan. Kesalahan lain termasuk 181 kes kerana mengambil dan menurunkan penumpang di tempat yang tidak dibenarkan, 39 kes yang beroperasi di luar kawasan yang diluluskan, dan 83 kes kerana meletakkan kenderaan di lokasi yang tidak dibenarkan. Jika sabit kesalahan, pesalah akan menghadapi denda maksimum RM500,000, penjara dua tahun atau kedua-duanya, di bawah Seksyen 22, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Akta 2010.


Menjadi tanggung jawab kepada semua pengusaha dan syarikat-syarikat bas sentiasa memastikan pemandu mereka berdisiplin dengan mematuhi syarat keselamatan yang dikuatkuasakan oleh undang-undang sedia ada.

Datuk Che Hasni sempat berpesan, supaya orang ramai membeli tiket di kanter rasmi yang ada dan elakkan dari membeli dari ulat-ulat tiket yang berkeliaran.

Bagi penumpang pula, diharap turut memberi kerja sama dengan memaklumkan kepada SPAD setiap kesalahan berlaku di depan mata seperti bas yang dinaiki di pandu terlalu laju, cara memotong dengan keadaan yang merbahaya serta pemanduan yang sambil lewa. Bolehlah hantarkan maklumat terus melalui saluran atau talian seperti yang tertera dibawah.

 

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.