SALUTE PADA MALAYSIA

Saturday, August 30, 2014

KRISIS MB SELANGOR: Cukuplah, cukuplah berbohong dan memperbodohkan rakyat.


Pakatan pembangkang khususnya DAP diberi amaran agar tidak terus memutar belit atau menyembunyikan fakta sebenar daripada rakyat demi kepentingan politik segelintir pihak.

Ini berikutan dakwaan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua kononnya hanya nama Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dipersembahkan sebagai calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor, yang kemudian dinafikan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Presiden Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong berkata, pembangkang semakin terdesak sehingga sanggup 'berbohong' demi memastikan agenda untuk melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor sepertimana yang dihajati oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tercapai.

Menurutnya, dakwaan PKR dan DAP kononnya hanya mencalonkan satu nama untuk mengisi jawatan Menteri Besar selepas pilihan raya umum lalu adalah tidak benar kerana ketiga-tiga parti telah mencalonkan sekurang-kurangnya dua nama sebagai calon.

"Sama ada Saifuddin dan Tony Pua berbohong atau berpura-pura tidak tahu fakta sebenar. Ketika tahun 2008, ketiga-tiga parti telah mengemukakan nama calon masing-masing termasuk DAP bagi jawatan Menteri Besar. Namun akhirnya Abdul Khalid dipilih. Jangan bohong dengan menggunakan alasan konvensi pakatan pembangkang.

"Pada tahun 2008, saya belum lagi keluar daripada PKR. Saya juga tahu apa yang terjadi dalam pakatan pembangkang. Memang ada beberapa nama lain selain Abdul Khalid," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan bersama yang menyatakan akan hanya mempersembahkan nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor.

Dalam kenyataan itu, pencalonan Wan Azizah itu selaras dengan konvensi pakatan pembangkang pada tahun 2013 yang mengemukakan hanya satu nama untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Namun demikian, Abdul Khalid menafikan kenyataan itu dan mendakwa kedua-dua parti itu tidak hanya mencalonkan nama beliau sebaliknya terdapat nama lain untuk mengisi jawatan Menteri Besar selepas pilihan raya umum lalu.

Lum Yong yang juga merupakan bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) menambah, DAP seolah-olah sudah tiada prinsip ketika ini apabila terpaksa mengikut sahaja kehendak dan telunjuk Anwar kerana tidak mahu kehilangan undi masyarakat Melayu pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, Presiden Power Malaysia, M. Mohana berkata, pembangkang ketika ini sedaya upaya mahu mengaburi dan meracuni fikiran rakyat agar terus terpengaruh dengan pembohongan mereka.

"Pembangkang sudah 'gelabah' kerana sokongan masyarakat semakin berkurangan kepada mereka. Rakyat rata-rata menjadi marah dan kecewa dengan politik dalaman pembangkang sehingga mengabaikan kebajikan rakyat. Tidak usahlah terus berbohong dan memperbodohkan rakyat. Cukuplah, cukuplah.

"Saya minta Anwar beri 10 sebab mengapa memilih isterinya dan menafikan hak wakil rakyat lain yang lebih berkelayakan menyandang jawatan Menteri Besar di Selangor? Adakah kerana Wan Azizah adalah isterinya?

"Adakah Anwar mempunyai agenda tertentu bagi memastikan kepentingan politiknya terjaga. Bagaimana pula dengan kepentingan serta nasib rakyat yang mempercayai beliau selama ini. Saya minta Anwar bersara sahaja daripada politik sepertimana yang dijanjikan olehnya sebelum ini," tegasnya.- SUMBER
Reactions:

1 comments :

  1. ATM patut BUAT akta BAWAH UNDG-UNDG TENTERA - mana-mana si PENGGANAS-PENGGANAS bangsat patut diHUKUM bawah undg-undg tentera kerana MENGHINA DYMM Kesultanan Islam/Melayu kita yg. juga termasuk DYMM YDPA sbg. KETUA AGAMA ISLAM/NEGARA/ATM, mengikut undg-undg Perlembagaan. NEGARA ISLAM kita ini yg. makin diHURU-HARAKAN/di SABOTAJ dgn. pelbagai cara oleh MUSUH ISLAM - dah sampai ke tahap paling bahaya!
    .
    Di bawah undg-undg sivil, PENGGANAS-PENGANAS juga harus dikenakan SAMAN BERJUTA - oleh Majlis Raja-Raja.; yg. sebahagiannya utk. TABUNG AGAMA ISLAM serta TABUNG KEBAJIKAN BUMIPUTERA/PDRM/ATM!

    Makcik Sambal Belacan - Sedihnya mengenang lagu WARISAN - Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta, nyanyian sungguh merdu Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, sempena mengenang keberanian, kegagahan dan pengorbanan PEJUANG-PEJUANG KEMERDEKAAN TERCINTA kita, termasuk DYMM KESULTANAN-ISLAM/MELAYU kita serta para PAHLAWAN kita - lihat di http://sejarahtokoh.wordpress.com/dato-maharaja-lela/ , DATO’ MAHARAJA LELA, PERJUANGAN DATO MAHARAJALELA DI PERAK:

    ……Pada tahun 1877 Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi. Raja Ismail dibuang negeri ke Johor.British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah. Dato’ Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu.

    ReplyDelete

MINUMAN UNTUK KELUARGA

MINUMAN UNTUK KELUARGA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...