#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

12 December 2014

Pendidikan Anak-Anak Pelaburan Terbaik Buat Ibu Bapa - Datuk Ehsan.


Kota Tinggi, Perhatian pihak kerajaan menumpukan dan memberi keutamaan terhadap sektor pendidikkan dari sektor-sektor yang lain, tentunya satu keputusan yang tepat.

Kesan dari tindakkan bijak kerajaan yang ada, jelas Malaysia dilihat begitu menyerlah dan berada dalam keadaan yang lebih mantap berbanding negara-negara lain pada hari ini.

"Sejak merdeka hingga kehari ini, pendidikan adalah belanjawan paling besar sekali diantara kementerian-kementerian lain yang ada", kata YB. Datuk Noor Ehsanuddin dalam ucapannya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Kelengkapan Persekolahan Parlimen Kota Tinggi, di Dewan Jubli Intan, kelmarin.


Menurut beliau, dengan melihat pendidikan sebagai satu mekanisma penting terhadap pembangunan insan dan juga pembangunan negara, sektor pendidikan terus dibangunkan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan selaras dengan keperluan dan cabaran masakini kearah yang lebih mantap dan cemerlang.

"Banyak perkara, antaranya hal-hal yang membabitkan kos yang perlu di tanggung pihak ibu bapa di ringankan dan hingga ada yang di hapuskan seperti yuran persekolahan.

"Apa yang penting, setiap individu (anak-anak) berpeluang memasuki alam persekolahan. Kepada yang tidak berkemampuan, kerajaan bantu seperti buku-buku teks termasuk kelengkapan serta pakaian seragam untuk ke sekolah" jelas YB. Datuk Ehsanuddin.

Tidak dinafikan, sudah tentu setiap kerajaan mahukan setiap warganegaranya menjadi baik, dapat melahirkan rakyat yang berilmu dan dapat menentukan corak masyarakat bangsa berprofil dan warganegara yang diharapkan. Mampu memberi sumbangan kepada pembangunan, baik kepada pembangunan insan mahupun kepada pembangunan negara.

"Dalam pada itu, kerjasama dan peranan ibu bapa memberi pendidikan yang tepat juga amat penting dalam meletakkan anak-anak menjadi insan yang berupaya merancang masa depan mereka, mampu menghadapi cabaran baru, berupaya membuat pilihan dengan masa depan mereka, berupaya membuat pilihan dengan bijak, tepat dan sesuai dengan cabaran semasa yang akan dihadapi," tambah Datuk Ehsanuddin yang juga merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi.


Beliau turut mengesa pihak ibu bapa agar dapat bersama-sama kerajaan memberikan keutamaan, sepenuh perhatian serta usaha yang berterusan dalam pendidikan kepada anak-anak.

Dengan tujuan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggung jawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Terdahulu, YB. Datuk Noor Ehsanuddin turut menyampaikan bantuan kelengkapan serta pakaian seragam sekolah kepada 500 pelajar di sekitar Parlimen Kota Tinggi dan majlis dianjurkan dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi, JPMM DUN Sedili dan DUN Johor Lama, Yayasan Mesra dan PLUS.

Berikut, gambar-gambar sekitar majlis penyerahan bantuan kelengkapan serta pakaian seragam sekolah kepada pelajar-pelajar sekolah sekitar Parlimen Kota Tinggi pada 10 Disember 2014, lalu.






















0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.