#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

10 December 2014

UBER Beri Jaminan Akan Patuhi Undang-Undang Malaysia.



Terdahulu (KLIK), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan arahan dan larangan serta merta kepada pihak UBER menghentikan perkhidmatannya dari mengambil atau mengangkat penumpang awam di seluruh negara bermula 1 Oktober lalu.

Ia berikutan dari tindakkan syarikat terbabit (UBER) yang telah menjalankan khidmat mengambil atau mengangkat penumpang awam bagaikan teksi sapu yang menggunakan kenderaan pribadi berserta pemandu tidak mempunyai lesen komersial sepertimana yang diperuntukkan undang-undang bagi setiap kenderaan perkhidmatan dan pengangkutan awam.

Kesalahan dengan menyalahi undang-undang berkaitan, pelaku yang bersalah boleh dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Namun begitu, baru-baru ini, pihak UBER telah membuat kenyataan dan menjelaskan bahawa mereka bersedia dan akan mematuhi segala terma yang ditetapkan oleh pihak SPAD

Pihak UBER menyatakan persetujuan untuk mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan mengikut undang-undang dalam negara Malaysia.

Pihak SPAD turut mendapat jaminan daripada pihak Uber Asia Pasifik berdasarkan polisi awam Jordan Kondo yang mana mereka akan beroperasi mengikut undang-undang pengangkutan Malaysia, selepas ini.

Menurut jurucakap SPAD lagi dalam satu temu bual baru-baru ini, "Berdasarkan jaminan yang diberi, kita tidak mempunyai apa-apa isu dengan mereka."

Walaupun begitu, pihak SPAD akan meneruskan tanggungjawab dan tugasnya memantau pihak-pihak atau individu termasuk UBER daripada menyalahgunakan kenderaan persendirian atau lesen sewa dan pandu mereka untuk menawarkan perkhidmatan pengangkutan melalui aplikasi mudah alih seperti UBER...

Tan Sri Dr. Syed Hamid, turut berkata, "Sama-sama cari makan, eloklah pihak UBER telah menyatakan persetujuan...

"Asalkan mematuhi undang-undang itu sudah cukup bagus, renung-renungkanlah." tambah Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu.

Berikut ialah antara isu-isu yang dikaitkan dengan salahlaku pihak UBER yang bercanggah dengan peruntukkan undang-undang pengangkutan awam negara serta Akta PAD2010 iaitu :


1) UBER menggunakan kenderaan persendirian dan juga kenderaan yang berdaftar di bawah perkhidmatan limosin "Sewa dan Pandu"

2) Penggunaan kenderaan persendirian untuk membawa penumpang yang membayar tambang adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 2010. Perkhidmatan seumpama ini lazimnya dikenali sebagai 'kereta sapu', Oleh kerana ianya telah ada lebih daripada 70 bandar mungkin masyarakat mengabaikan istilah 'kereta sapu', Namun pelanggan perlu memahami bahawa UBER tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan SPAD...

3) Kenderaan yang didaftarkan di bawah perkhidmatan "Sewa dan Pandu" di bawah SPAD tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai perkhidmatan teksi atau limosin.

4) Siasatan SPAD mendapati ada antara pemandu UBER tidak memiliki lesen Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV). Ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam 1987.

5) Kenderaan yang sedang digunakan oleh UBER sekarang tidak dilindungi insurans kenderaan komersil dan mungkin juga tidak melalui pemeriksaan tahunan PUSPAKOM.


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.