GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

27 June 2014

PUASA AHAD 29 JUN 2014 : Antara Kelebihan Dan Kebaikan Ramadhan Al-Mubarak. KLIKSINI!



Salam hormat rakan pembaca MP semua. 

Sempena kehadiran Ramadhan ini, MP ucap selamat berpuasa kepada semua...
Dengan kesempatan ini juga, ingin MP kongsikan artikel tentang kelebihan bulan Ramadhan dan berpuasa yang sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh kita dan seluruh umat Islam.

Keistimewaan bulan Ramadhan tidak sepatutnya dibiarkan berlalu begitu sahaja, bahkan perlu dilipat gandakan amal ibadat serta usaha kearah kebaikan agar ianya diterima Allah SWT. InsyaAllah...

Berikut adalah antara kelebihan dan kebaikan bulan mulia 
Ramadhan Al-Mubarak:

1. Dibuka Pintu Syurga, Ditutup Pintu Neraka Dan Dibelenggu Syaitan:

Apabila tiba Ramadhan:
i. dibuka pintu-pintu syurga [Bukhari/1765]
ii. dibuka pintu-pintu Ar-Rahmah [Muslim/1794]
iii. dibuka pintu-pintu langit [Bukhari/1766]
iv. dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. 

[Muslim/1793] [Muslim/1764] [Muslim/1793] [Muslim/1794] [Bukhari/1766]

2. Memperoleh Kebaikan Apabila Bersegera Berbuka Puasa:

Tidaklah hilang kebaikan bagi manusia selama mana mereka bersegera 
dalam berbuka puasa 
[Muslim/1838] [Bukhari/1821] [Muwattha/561] [Muhwatta/562]

Telah datang aku (Abi `Atiyyah) dan Masruq kepada `Aisyah dan berkatalah kami: Wahai Ummi l-Muminin, dua orang lelaki dari kalangan sahabat Muhammad SallaLlahu `alaihi wasallam, salah seorang dari keduanya menyegerakan berbuka puasa dan menyegerakan solat, dan seorang lagi melambatkan berbuka puasa dan melambatkan solat.
Dia (`Aisyah) berkata: Yang manakah di antara keduanya yang menyegerakan berbuka puasa dan menyegerakan solat?
Dia (Abu `Atiyyah) berkata: Berkatalah kami (Abu `Atiyyah dan Masruq) `AbduLlah iaitu Abu Mas`ud.
Dia (`Aisyah) berkata: Itu sepertimana yang dilakukan oleh Muhammad SallaLlahu `alaihi wasallam. [Muslim/1839] [Muslim/1840]


3. Memasuki Syurga Melalui Pintu Ar-Rayyan:

Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada hari qiyamat kelak. Tidak masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Diumumkan: Di manakah orang yang berpuasa? Maka mereka pun masuk melaluinya (pintu Ar-Rayyan). Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, ditutup (pintu itu) maka tiada lagi orang lain yang akan memasukinya. [Muslim/1947] [Bukhari/1763]

4. Diampunkan Dosa Lampau:

Sesiapa yang mendirikan (solat malam) pada Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan keredhaan, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. 
[Muslim/1266] [Muslim/1267] [Bukhari/1768]

Sesiapa yang berpuasa pada Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan keredhaan, diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu [Muslim/1268] dan sesiapa yang mendirikan (solat malam) pada Lailatu l-Qadr dengan keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. 
[Muslim/1268] [Bukhari/1768]

5. Kelebihan Lailatu l-Qadr:

Lailatu l-Qadr lebih baik daripada 1000 bulan 
[Surah Al-Qadr/3]

Bilakah Lailatu l-Qadr ?


(i) 7 Malam Terakhir:
Terdapat beberapa orang dari kalangan sahabat RasuluLlah SallaLlahu `alaihi wasallam telah bermimpi melihat Lailatu l-Qadr pada tujuh hari yang terakhir. Rasulullah SallaLlahu `alaihi wasallam berkata: Mengikut pandanganku, mimpi kamu bertepatan dengan tujuh hari yang terakhir. Oleh itu sesiapa yang ingin mencarinya hendaklah mencarinya pada tujuh yang terakhir. 
[Muslim/1985]

Carilah Lailatu l-Qadr pada tujuh yang terakhir 
[Muslim/1986]


(ii) 10 Malam Terakhir:
Maka sesiapa yang mencarinya (Lailatu l-Qadr) maka carilah ia pada sepuluh yang terakhir. [Muslim/1990]

Aku telah bermimpi Lailatu l-Qadr kemudian sebahagian dari ahli keluargaku mengejutkan aku lalu aku lupa akannya, maka kamu carilah ia pada sepuluh yang berbaki 
(sepuluh malam terakhir). [Muslim/1992]


(iii) 10 Malam Terakhir Yang Ganjil (Tidak Genap):
Aku telah bermimpi Lailatu l-Qadr tetapi aku terlupa waktunya. Carilah ia dalam sepuluh malam terakhir yang ganjil. [Muslim/1993] [Muslim/1995]

Seorang lelaki bermimpi bahawa Lailatu l-Qadr pada malam ke-27, maka berkatalah Nabi SallaLlahu `alaihi wasallam: Pada pandanganku mimpi kamu pada sepuluh yang terakhir, maka tuntutlah ia pada yang ganjil darinya (carilah Lailatu l-Qadr pada 10 malam terakhir yang bilangannya ganjil. [Muslim/1987]


(iv) 10 (Atau 9) Malam Terakhir:
Carilah kamu Lailatu l-Qadr pada sepuluh terakhir – atau dia berkata – sembilan terakhir. [Muslim/1991]


(v) 10 Malam Terakhir Atau Jika Tidak Mampu 7 Malam Terakhir:
Carilah ia pada sepuluh yang terakhir iaitu Lailatu l-Qadr maka jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu maka janganlah lemah (tidak mampu) pada tujuh yang berbaki (kuatkanlah diri untuk mencari Lailatu l-Qadr pada 7 malam terakhir jika tidak mampu mencari pada sepuluh malam terakhir). [Muslim/1989]


(vi) Malam Ke-27:
Dari Ubai bin Ka`ab dia berkata: Berkata bapaku tentang Lailatu l-Qadr, Demi Allah, sesungguhnya memang aku mengetahuinya. Berkata Syu`bah, Dan petunjuk paling besar (tentang Lailatu l-Qadr) ialah malam yang RasuluLlah SallaLlahu `alaihi wasallam memerintahkan kami dengan qiyam (solat malam) padanya, iaitu malam ke-27. [Muslim/2000]


6. Ganjaran `Umrah Pada Bulan Ramadhan:

Apabila tiba Ramadhan maka kerjakanlah `umrah kerana mengerjakan `umrah padanya (bulan Ramadhan) sama dengan (ganjaran) mengerjakan haji. [Muslim/2201] atau mengerjakan haji bersama-sama aku (RasuluLlah) [Muslim/2202]

7. Sebagai Pelindung:

Puasa itu pelindung. 
[Bukhari/1761] [Bukhari/1771] [Muslim/1943] [Muslim/1944]

8. Bau Mulut Orang Berpuasa Lebih Harum:

Dan demi diriku (Muhammad) yang di Tangan-Nya, sememangnya bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah Ta`ala (pada hari Qiyamat) dari bau al-misk (minyak wangi). [Bukhari/1761] [Bukhari/1771] [Muslim/1942] [Muslim/1944] [Muslim/1945] [Muslim/1946]

9. Ganjaran Berpuasa Dibalas Khas Oleh Allah:

Setiap amalan anak Adam adalah baginya kecuali puasa, ia (puasa) adalah untuk Aku, dan Aku yang akan memberi ganjaran akannya. 
[Bukhari/1771] [Muslim/1942] [Muslim/1944]
Dia (orang yang berpuasa) meninggalkan makanannya dan minumannya dan syahwatnya untuk Aku, puasa buat-Ku dan Aku yang akan mengurniakan ganjaran buatnya berserta kebaikan dengan sepuluh (ganda) yang seumpama dengannya. [Bukhari/1761]


10. Mendapat Dua Kegembiraan:

Dua kegembiraan yang dia bergembira dengan kedua-duanya: apabila dia berbuka puasa dia bergembira (dengan iftarnya) dan apabila dia berjumpa dengan Tuhannya dia bergembira dengan puasanya. [Bukhari/1771] [Muslim/1944] [Muslim/1945] [Muslim/1946]

11. Dijarakkan Wajahnya Dari Neraka:

Tidaklah seseorang hamba berpuasa pada suatu hari di jalan Allah (sabiliLlah), melainkan kerananya Allah menjarakkan pada hari itu wajahnya dari neraka sejauh 70 musim luruh. [Muslim/1948] [Muslim/1949]

LANDASAN KRITIKAL: Perkhidmatan tren KTM Gemas - Gua Musang di tutup Ogos Ini - @SPADChannel



KENYATAAN MEDIA:
PENANGGUHAN PENUTUPAN LANDASAN KTM SEKTOR GEMAS-GUA MUSANG

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), selaku agensi kawal selia perkhidmatan kereta api Malaysia, telah mengarahkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk menutup landasan bagi operasi tren di sektor Gemas-Gua Musang yang berkuatkuasa pada 27 Jun 2014.

Penutupan landasan ini berasaskan kepada pemeriksaan berkala (mengikut kuasa dibawah peruntukkan Seksyen 105 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010) yang telah dilaksanakan oleh jurutera SPAD dan hasil siasatan telah dimaklumkan kepada KTMB semenjak bulan Januari 2012. 

KTMB bersetuju bahawa keadaan landasan adalah kritikal dan memerlukan penambahbaikan segera.









Pada 25 Jun 2014, KTMB telah mengemukakan rayuan kepada SPAD bagi menangguhkan penutupan perkhidmatan tren di sektor tersebut sehingga 15 Ogos 2014. Setelah menimbangkan permohonan dan rayuan tersebut, SPAD bersetuju untuk berbuat demikian tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

1. KTMB bersetuju memberi jaminan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan termasuk meningkatkan peraturan dan pemantauan operasi tren.

2. Meningkatkan penilaian keatas landasan dengan mengenakan had kelajuan yang lebih rendah jika perlu.

3. Meningkatan pemantauan dan penyenggaraan infrastruktur landasan.

4. Menyediakan stokereta yang lebih berkualiti.

5. Kerahan tenaga kerja daripada kakitangan KTMB untuk menangani situasi kritikal.

6. Menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau semua pelan tindakan.

7. Melaksanakan program komunikasi dengan pihak berkepentingan (terutamanya orang ramai dan kakitangan KTMB) bagi memastikan penutupan separa ini dapat dilaksanakan dengan lancar

Berasaskan kepada syarat-syarat di atas, KTMB bersetuju sebagai syarikat pengendali berlesen untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke atas operasi perkhidmatan tren di sektor Gemas-Gua Musang.

Map Landasan KTM Sektor Gemas - Gua Musang
Dengan ini juga, SPAD akan mengambil tindakan penutupan jika ada insiden-insiden yang berlaku sepanjang tempoh penangguhan penutupan.

SPAD juga ingin menyeru agar semua pihak dapat bekerjasama bagi memastikan keselamatan penumpang sentiasa diberi keutamaan dalam perkhidmatan pengangkutan awam. 

Oleh kerana keselamatan rakyat diutamakan, SPAD telah membantu KTMB untuk mendapatkan peruntukan RM400 juta daripada Kerajaan untuk tujuan membaikpulih landasan sektor tersebut.

Oleh :
YBHG. TAN SRI DATO’ SERI SYED HAMID ALBAR, 
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD)
------------------------------------------------------------------------------------------


INFO S.P.A.D


Berkenaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 yang telah diluluskan di Parlimen pada bulan Mei 2010.Suruhanjaya ini secara rasmi ditubuhkan pada 3 Jun 2010. 

Fungsi-fungsi utama S.P.A.D. adalah menasihat dan menyediakan dasar pengangkutan awam darat, membuat perancangan, menjalankan pengawalseliaan dan penguatkuasaan undang-undang, kaedah-kaedah dan peraturan berhubung pengangkutan awam darat. Kuasa S.P.A.D. untuk melaksanakan fungsi-fungsi ini termaktub di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (“Akta PAD”).

Penambahbaikkan pengangkutan awam di Malaysia merupakan sebahagian daripada matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara atau lebih dikenali sebagai NKRA, di dalam Pelan Transformasi Kerajaan (ETP), yang diterajui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

ARTIKAL BERKAITAN: KLIK SINI


26 June 2014

JDT JUARA: Kerajaan Negeri Istihar Cuti!




Kerajaan negeri mengisytiharkan cuti umum esok bersempena kejayaan pasukan
Johor Darul Takzim menjuarai Liga Super, malam tadi.

Pengumuman dibuat, Setiausaha Kerajaan Negeri,
Datuk Ismail Karim di Dataran Bandaraya 
sebaik tamat perlawanan JDT menentang Sarawak berkesudahan 1-0
yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak.

"Pengumuman cuti ini dibuat setelah mendapat perkenan
Tuanku Sultan Johor,Sultan Ibrahim Iskandar.

"Ia satu kejayaan selepas 24 tahun Johor tidak memenangi sebarang piala.
Ia tanda penghargaan kerajaan negeri buat rakyat Johor," katanya.



Esok di jemput seluruh rakyat Johor hadir meraikan kemenangan JDT di tempat mengikut arah laluan seperti dibawah:


24 June 2014

@SPADChannel : Pembangkang sanggup gadai nyawa penumpang KTM semata-mata mementingkan diri sendiri?



Lawatan SPAD-KTMB bersama pihak media 
Isu keselamatan ini timbul disebabkan oleh arahan penutupan landasan keretapi tersebut untuk kerja-kerja penyelanggaraan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD)

Berdasarkan dokumen yang diperolehi, SPAD menggunakan kuasa di bawah Seksyen 106 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 untuk mengarahkan syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menutup landasan sektor timur dari Gemas, Negeri Sembilan ke Gua Musang, Kelantan, berkuatkuasa 27 Jun ini.

Pihak PR sebelum ini mempertikai keputusan tersebut dimana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengarahkan landasan keretapi Gemas ke Gua Musang ditutup atas faktor keselamatan.

Dalam kenyataan bersama, Ahli Parlimen DAP Kluang Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen PAS Tumpat Datuk Kamarudin Jaafar berkata, kajian semula harus dibuat berhubung arahan itu, kerana ia akan membawa impak yang amat serius kepada rakyat.



Dalam pada masa yang sama, Kesatuan Pekerja2 KTMB turut bersuara melalui laman Suara RUM kononnya jika dilakukan penutupan lansdasan tersebut. Ia akan mewujudkan penganiayaan pada lebih 300 orang pekerja di sektor berkenaan dan ratusan ribu pengguna keretapi ke pantai timur dan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (KPPKTMB) menggesa SPAD menarik balik keputusan untuk menutup operasi landasan KTMB sektor Gemas – Gua Musang.

Presidennya, Abdul Razak Md. Hassan dipetik berkata, KPPKTMB akan mengadakan piket di perkarangan ibu pejabat SPAD pada 26 Jun ini jika agensi tersebut enggan menarik balik keputusan berkenaan.

Terlebih dahulu, sedikit pengenalan tentang latar belakang mengenai landasan kereta api Gemas - Gua Musang supaya kita boleh memahami dan menghayati isu selanjutnya di sini.

Laluan kereta api timur telah dibuka pada 5 September 1931, yang sehingga hari ini telah beroperasi lebih 83 tahun.Oleh itu, sudah tentu pelbagai masaalah perlu ditangani dengan segera bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku di masa akan datang.

Dengan mengetahui bahawa landasan ini (Gemas ke Gua Musang) dikatakan keselamatannya membahayakan kepada orang ramai. Oleh itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengambil pendekatan proaktif dalam menangani isu ini dengan menjalankkan satu operasi keselamatan ke landasan KTMB Pantai Timur.

Seperti yang kita tahu, banyak terdapat kemalangan keretapi di landasan Timur-Barat sebelum ini. Antaranya kemalangan ngeri pada 18 OGOS, 2012 lalu, kira-kira 100 penumpang yang berada di dalam dua gerabak kereta api Ekspres Wau yang tergelincir di Kampung Sungai Yu, Merpoh dekat Kuala Lipis, Pahang. (KLIK)

14 gerabak kereta api terbabit yang dalam perjalanan pulang untuk menyambut Aidilfitri di kampung masing-masing.

Dengan itu, sama-sama lah kita ambil iktibar dari kesilapan yang ada dan memastikan bahawa kejadian yang sama tidak berlaku lagi.

Secara peribadi, saya rasa ini adalah satu langkah yang baik oleh SPAD untuk membolehkan KTMB beroperasi untuk masa yang terhad dan selari melaksanakan pembaikan kerja-kerja untuk memastikan keselamatan penumpang.

Melihat daripada tindakan yang proaktif SPAD untuk memastikan keselamatan pengangkutan darat adalah sesuatu perkara baik meningkatkan keyakinan rakyat dalam menggunakan pengangkutan awam sebagai mod utama pengangkutan dan bukan dengan menggunakan kereta persendirian.




Baru-baru ini, SPAD menjalankan satu lawatan bersama wartawan media dari TV3, RTM, akhbar The Star dan Berita Harian bagi memberi gambaran jelas betapa seriusnya kedaifan beberapa tempat landasan keretapi dikenal pasti.

Lawatan kepada pihak media yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) itu telah memberi keyakinan kepada semua pihak bahawa sudah sampai masanya landasan keretapi yang menghubungkan Gemas - Guang Musang ditutup sementara untuk kerja-kerja pembaikan.

Harus diingatkan bahawa landasan Gemas - Gua Musang adalah antara landasan tertua di Malaysia. Kerajaan melalui Unit Perancangan Ekonomi (EPU) telahpun meluluskan peruntukan sebanyak RM400 juta untuk pembaikan landasan keretapi dari Gemas ke Gua Musang.

Hasil tinjauan dari Stesen Wakaf Baru sehingga ke KL Sentral, telah menunjukkan betapa seriusnya kedaifan landasan keretapi berkenaan. Terdapat 11 tempat kritikal yang perlukan pembaikan segera. Keadaan landasan keretapi yang uzur seperti batang besi landasan yang tidak selari dan sudah haus, beberapa besi penyokong landasan yang patah serta kayu balak penyokong yang telah reput dan patah, memerlukan landasan berkenaan ditutup sementara untuk pembaikan.

Apa yang lebih utama, landasan ini telahpun melangkaui tempoh usia landasan selama 30 tahun. Landasan keretapi ini kali terakhir dinaiktaraf pada tahun 1981.

Antara lokasi-lokasi landasan yang dikenal pasti menunjukkan bahayanya keselamatan penumpang keretapi iaitu di jambatan MR Wheelbridge, Stesen Kemubu yang perlu dinaiktaraf dengan kadar segera.

Mengapa dengan kadar segera? Lihat keadaan gambar2 di bawah ini:


Jambatan MR Wheelbridge





Dengan pendedahan ini, adakah kita harus melayan kehendak atau pendapat sesetengah pihak yang hanya dilihat mementingkan diri sendiri. Cuba kita lihat statistik dibawah. Adakah nyawa lebih 400,000 penumpang menaiki Ekspress Senandung Wau dan Ekspress Senandung Timuran seperti pada tahun 2013 harus di lupakan dan kemalangan yang melibatkan keretapi di negara ini harus di biarkan berulang?



22 June 2014

#PRAYFORMH370: @najibtunrazak Kan dah terbukti fitnah dan puak pembangkang ni takkan berpisah..



Kalau ye pun nak mereka cerita, nak jadi panglipur lara... Takkan begini kartun ceritana?

Ikuti satu cerita berkenaan #MH370 yang di lihat bertaburan di laman-laman media sosial. Huhuhuuu... Terbukti sungguh puak-fuckatan haramjadah ni, langsung tak boleh berpisah dengan sifat 'kaki fitnah'.

Ntah mana datangnya bukti, ikut sedap mulut longkang dia je meluahkan kata-kata. Begini konon ceritanya....

Al Fatihah. ..
Sama-sama kita berdoa..Bank Dunia telah melaporkan Najib jual aset negara (emas) Emas itu telah dibeli oleh 4 bilionaire china dan dibawa menggunakan pesawat MH370..
Dan pesawat telah dirampas Amerika melalui kawalan dron. Kedatangan Obama ke Malaysia sabtu ini untuk rundingan denga Najib berkenaan emas tersebut yg bernilai puluhan bilion USD.. Amerika mahukan emas tersebut kerana kedudukan ekonomi amerika sangat teruk pada masa sekarang..Perisik Malaysia telah membuat risikan.. bukan buah manggis ada seberat 20 tan didlm pesawat MH370..Bagaimana Amerika tahu MH370 membawa emas.. Siapa yang berurusan berkenaan khazanah negara?.. tentunya NajibOleh itu perisik china dapat tahu najib terlibat dengan hijack US ke atas MH370..China mendesak najib memulangkan emas mereka dgn tindakan akan menyerang Malaysia sekiranya najib tidak berbuat demikian.. sedangkan emas sudah berada dalam genggaman US. Maka China akan menyerang Malaysia.. China sudah mengarahkan kesemua pelancong dan warganegara China balik ke negara china.. sekiranya Najib tidak berjaya memujuk Obama memulangkan emas itu.. bila2 masa china akan serang malaysia..Bagaimana pula halnya dengan Us.. US amat terdesak dan memerlukan emas itu untuk membangunkan semua ekonomi US.. Maka kemungkinan Besar US tidak akan memulangkan kepada china.. Dan Salah satu cara meminta US memulangkan emas itu kembali adalah dengan pendedahan hijack oleh US keatas MH370.. maka pendedahan perlu dibuat oleh Najib untuk meminta sokongan China.. Maka US pula yang akan menyerang malaysia sekiranya najib buat pendedahan kepada dunia..Lihat pertembungan 2 kuasa besar Dunia keatas malaysia dan akan memberi kesan buruk ke atas rakyat malaysia kerana ketamakan najib..Mahathir juga telah mengetahui perkara ini dan meminta Para Alim Ulama berdoa supaya tidak berlaku sebarang tragedi ke atas malaysia..Bukan sengaja Obama mahu datang ke Malaysia.. dan Obama tak pandang pun Malaysia sekiranya tidak memberi Impak besar keatas US..Kapal perang US sudah berada di West Port dan tent
era US s
udah berada dimalaysia dengan jumlah ribuan orang.. tak kurang juga pihak China..Sama2 kita berdoa semoga segala rundingan berjaya..Sama2 kita berdoa semoga negara kita dilindungi. Org yang tak bersalah tidak mnjadi mangsa. Allahuakbar! Helicopter da start bz dr pagi td So pray for our country my frenz CoPy&PaStE - saya orang ke berapa pun tak tahu lah dpat berita ni... tk tahu la berita ni betul atau tidak..Tpi kalau betul hmm bersiap sedia lahh orgg melayuu , adikk beradikk. #copy je .. .

Pastu, tak cukup dengan sikapnya sendiri seorang putar alam. Di mintaknya pulak pembaca untuk jadi sepertinya agar 'copy' dan sebarkan semula berita ini... 
Phuiii, sudah-sudah la, woiii!

20 June 2014

KENYATAAN AKHBAR: Laporan Timbalan Perdana Menteri 'berundur'. KLIK baca ni!



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan khabar angin dalam media sosial yang mendakwa beliau akan berundur daripada Kabinet dalam waktu terdekat ini.

"Saya masih ada di sini, nampaknya mereka (media sosial) lebih tahu daripada saya," katanya.

Secara rasmi, selanjutnya ikuti 'Kenyataan Akhbar' yang di keluarkan oleh YAB. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

KENYATAAN AKHBAR

1. Laporan media sosial bahwa YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berundur dari Kabinet hanyalah "rekaan politik" pihak tertentu.

2. Ini memandangkan saya sebenarnya mempunyai hubungan dan persefahaman yang amat baik dengan YAB Tan Sri Muhyiddin.

3. Sebagai Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin sentiasa mendokong dan telah menjayakan segala dasar dan agenda pembangunan nasional terutama yang berkait dengan rancangan transformasi negara yang dibawa oleh saya.

4. Sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional pula, YAB Tan Sri Muhyiddin sentiasa bersama-sama dengan saya dalam segala usaha memperkukuhkan dan memantapkan lagi perjuangan UMNO dan Barisan Nasional. Ini merupakan satu usaha yang berterusan dan masih banyak yang perlu dilakukan oleh saya dengan bantuan YAB Tan Sri Muhyiddin.

5. Dengan adanya hubungan dan persefahaman yang amat baik di antara saya dengan YAB Tan Sri Muhyiddin, saya yakin kita dapat menghadapi segala cabaran untuk membangunkan negara seterusnya meningkatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan Barisan Nasional.

Datuk Seri Mohd Najib Razak
20 Jun 2014

19 June 2014

MURTAD: Artis Nabila Huda di ajak peluk agama lain? KLIK baca ni!



DI AJAK PELUK AGAMA LAIN - AMY SEARCH DAH MALAS BIMBING NABILA?

"Saya tidak tahu dan dah malas. Saya tak mahu komen apa-apa," begitulah luahan bapa kepada Nabila Huda iaitu Amy Search mengenai perkembangan terkini anaknya itu. 

Ternyata, tugas sebagai bapa sememangnya agak berat untuk ditanggung oleh Amy. Ini kerana, apa sahaja keburukan yang tersebar tentang anaknya itu pasti dia juga terkena tempiasnya. 

"Sebenarnya, saya baru tahu perkara ini. Saya hanya akan berkongsi perasaan bersama isteri saya sahaja. Saya tidak akan bercerita kepada media.




VIDEO: Tak cukup kena belasah di England, Anwar di belasah dalam Parlimen pulak!



Dia ni kalau cakap takde yang betul la... Na kencing je kerjanya!
Kalau tak mengutuk, membelit je la kerjanya... 

Sebelum ni kena balun kat England (KLIK)

Baru-baru ni kena balun kat Parlimen pulak... 
Kan dah kena hentam dengan Ahli Parlimen Kota Tinggi.

Ini lah bangang nya Anwar...
Tak sudah-sudah nak pertikaikan hal Melayu kaya!


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terdiam apabila Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid membalas dakwaan Ahli Parlimen permatang Pauh itu berhubung isu berkaitan ahli perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Anwar yang sekali lagi membangkitkan persoalan mengenai pertuduhan ke atas Syed Mokhtar dibidas oleh Ehsanuddin pada sesi perbahasan.Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terdiam apabila Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid membalas dakwaan Ahli Parlimen permatang Pauh itu berhubung isu berkaitan ahli perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Anwar yang sekali lagi membangkitkan persoalan mengenai pertuduhan ke atas Syed Mokhtar dibidas oleh Ehsanuddin pada sesi perbahasan di parlimen kelmarin.


18 June 2014

KENYATAAN MEDIA : HALA TUJU PENAMBAHBAIKAN KEMAJUAN MENANGANI ISU - @SPADChannel


KENYATAAN MEDIA 
ENCIK MOHD NUR ISMAL MOHAMED KAMAL 
(KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT - SPAD )


SPAD MENINGKATKAN PENGAUDITAN, PENGUATKUASAAN DAN 
MEMBANGUNKAN PEMANTAUAN BARU, PENGESAN DAN SISTEM PELAPORAN 

 HALA TUJU PENAMBAHBAIKAN KEMAJUAN MENANGANI ISU. 


Sebagai tindak balas kepada laporan media berdasarkan 2013 Laporan Ketua Audit Negara, Siri 2, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin membuat beberapa penjelasan lanjut. 

SPAD dalam pelan hala tuju daripada peningkatan telah mengenal pasti isu-isu yang perlu ditangani untuk berfungsi sebagai penguatkuasaan dan agensi kawal selia memperjuangkan pengangkutan awam darat. 

Oleh itu SPAD mengalu-alukan penemuan baru-baru ini Laporan Ketua Audit Negara 2013, Siri 2 yang mengetengahkan kelemahan tertentu. SPAD amat bersyukur dengan segala input yang diperoleh dan ini akan disalurkan secara positif untuk membolehkan SPAD untuk menjalankan fungsinya dengan lebih cekap untuk kebaikan rakyat.

SPAD adalah di tengah-tengah sesuatu pelan bangunan kapasiti lima tahun.

2013 Laporan Ketua Audit Negara memberikan maklum balas yang selaras dengan reka bentuk pelan hala tuju kami dan keupayaan ini akan dilaksanakan tahun depan seperti yang dirancang.

Kawasan yang dikenal pasti adalah Tenaga Manusia atau Pembangunan Sumber Manusia, Penambahbaikan Proses, Keupayaan IT dan Kemudahan Pembaikan. Dilaporkan bahawa pada tahun 2011 dan 2012, penguatkuasaan SPAD pengangkutan awam darat tidak lengkap dan tumpuan adalah terlalu banyak pada bas ekspres.

Ia juga dilaporkan dalam media bahawa SPAD menumpukan usahanya keputusan audit syarikat bas ekspres. Untuk rekod, SPAD, menjadi sebuah organisasi yang agak baru dan mempunyai hanya beroperasi pada 31 Januari 2011, memberi tumpuan kepada kaedah pengangkutan awam yang tertentu ini kerana sejarah, bas ekspres adalah mod pengangkutan awam dengan risiko yang tinggi kepada penumpang.

Laporan Ketua Audit Negara dinilai SPAD pada tahun 2011 apabila bahagian penguatkuasa kami adalah bertanggungjawab bagi keseluruhan Semenanjung Malaysia dan kami hanya mempunyai 62 pegawai penguatkuasaan.

Pada masa itu, SPAD juga belum melaksanakan audit keselamatan tetapi dengan pengenalan Industri SPAD Kod Keselamatan Amalan Kesihatan dan Alam Sekitar (SPAD ICOP SHE) pada bulan Ogos 2013, SPAD telah diinstitusikan ini sebagai keperluan sebagai sebahagian daripada Keadaan Pelesenan Pengendali .

Penggunaan pengauditan baru ini bermula dengan bas ekspres pada bulan Ogos 2013 dan kemudian kenderaan fret pada bulan Oktober 2013. SPAD tidak lama lagi akan membuat SPAD ICOP SHE sebahagian daripada syarat-syarat lesen pengendali untuk pengendali bas sekolah pada separuh kedua 2014.

SPAD ICOP SHE adalah Kod komprehensif Amalan yang meliputi semua aspek pengurusan keselamatan termasuk pemandu, kenderaan dan pengurusan perjalanan. Sebagai sebahagian daripada syarat-syarat pelesenan, pelanggaran boleh bermakna pembatalan atau penggantungan lesen pengendali.

Malah, peristiwa-peristiwa baru-baru ini telah menunjukkan SPAD bermakna perniagaan dan kami tidak teragak-agak untuk membatalkan atau menggantung lesen apabila terdapat pelanggaran tersebut. Ia juga melaporkan bahawa SPAD tidak memungut RM868, 798 atau 31% daripada jumlah kompaun yang dikeluarkan pada tahun 2011.

SPAD ingin menunjukkan bahawa dalam Laporan Ketua Audit Negara, semua sebatian cemerlang daripada kes-kes yang tidak diselesaikan dalam tempoh 90 hari telah didaftarkan untuk tindakan mahkamah. Malangnya masalah itu misclassified sebagai tidak dikutip kerana ketinggalan zaman legasi sistem IT SPAD.

Kerana ini dan sejajar dengan rancangan jangka panjang, SPAD telah memulakan pembangunan satu sistem baru yang dikenali sebagai Sistem Pelesenan Pengendali SPAD (SPOLS) yang akan membolehkan status sebatian untuk dikesan lebih baik.

SPOLS akan menjadi sistem yang lebih mantap yang akan membolehkan SPAD untuk memantau status operator rapat sementara juga menjana laporan untuk membolehkan penguatkuasaan yang lebih baik. 

SPOLS akan menggantikan sistem SIKAP kuno oleh September 2015. SPOLS akan juga berkesan membantu untuk memantau kes-kes yang telah didaftarkan di mahkamah dan sedang menunggu pendakwaan. 

Sebagai tindak balas kepada cadangan Ketua Audit Negara bahawa kerja SPAD bersama agensi-agensi lain, kami ingin menjelaskan bahawa Suruhanjaya telah menggunakan strategi 'Blue Ocean' dengan bekerja bersama-sama dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain. 

SPAD telah menandatangani Memorandum Persefahaman mengenai operasi bersama dan kerjasama dengan PDRM, DBKL, JPJ, Perbadanan Putrajaya, MIROS dan JKJR pada 19 Oktober 2012. 

SPAD juga kerap menjalankan operasi bersama dengan agensi-agensi ini dalam menguatkuasakan undang-undang. Kerjasama itu termasuk penggunaan kawasan penyimpanan yang dimiliki oleh agensi-agensi lain untuk kenderaan ditahan oleh SPAD. 

SPAD sedang dalam proses berkembang dan menambah baik kemudahan penguatkuasaannya dan telah mendapat tapak baru untuk menyimpan kenderaan yang disita dalam Mukim Labu, Nilai. 

Zon Selatan pejabat penguatkuasaan SPAD juga akan berpindah ke Menara Cyberport, Johor Bharu dengan 13,000 kaki persegi ruang pejabat. Ini akan memenuhi keperluan bagi penyimpanan kenderaan disita, kawasan penyimpanan untuk pameran, peralatan penguatkuasaan dan juga menyediakan bilik kondusif untuk siasatan. 

Pelan hala tuju kemajuan SPAD digerakkan ke arah meningkatkan lagi dirinya dalam semua fungsi pengawalan untuk pengangkutan awam darat juara di Malaysia. SPAD telah dirancang secara strategik untuk menangani setiap mod pengangkutan di peringkat untuk menghasilkan kesan yang optimum dari yang terhad walaupun berkembang sumber. 

Walaupun kami menjalani perjalanan ini untuk Rakyat, pelan hala tuju kami ke arah meningkatkan lagi keupayaan SPAD adalah jelas dan kekal sebagai proses yang berterusan.

15 June 2014

Anwar kena 'belasah' lagi? Klik saksi video disini!



Anwar kena belasah dengan pemberita BBC !!!

Anwar ke England untuk memburukkan Malaysia, sebaliknya dalam temuramah BBC Anwar dibelasah bertubi-tubi oleh pengacanya. 



Antaranya adalah:

1. anwar tuduh kerajaan kejam, tetapi pengacara berkata dia lawan mahkamah, bukan kerajaan, 'sebagai contoh beberapa kali bukti dikemukakan di mahkahmah memang anwar meliwat'.

2. orang melaysia sudah menyampah dengan anwar dan demo jalanan kerana seperti anwar ingin elak dari isu peribadinya.

3. kata anwar menang undi popular. ia tak di layan kerana sistem di sana England juga tidak mengira kemenangan melalui undi popular.

4. anwar tuduh kerajaan kuku besi, tetapi tidak cukup bukti terus menukar kepada topik mh370. pengacara perli "interesting you brought up mh370" dan terus mengatakan malaysia menanganinya dengan baik.

5. kemudian pengacara menegur mengapa anwar sanggup mempolitikkan isu seperti mh370 demi kepentingan politiknya.

Maka Anwar pun balik ke Malaysia tanpa sambutan "hidup anwar". yang menyambutnya Chegu Bard, itu pun kena tindakkan displin oleh PKR kerana buat laporan pemilihan PKR penuh rasuah dan penyelewengan dan rasuah. 
Nak mengadu la tuuu... Samo yo lahhh!!!




14 June 2014

Kerajaan setuju selaras tambang teksi- SPAD



Kerajaan pada dasarnya sudah bersetuju dengan cadangan perubahan dan penyelarasan tambang teksi yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Bagaimanapun keputusan muktamad hanya akan diketahui setelah SPAD mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan dalam industri berkenaan.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata, walaupun cadangan itu dikemukakan akhir tahun lalu, keputusan kerajaan itu hanya dimaklumkan kepada SPAD baru-baru ini.

“Mengenai perubahan tambang teksi itu kita sudahpun mengemukakan struktur perlaksanaannya kepada Kerajaan dan kita sudah dapat persetujuan. Sekarang kita mahu tengok reaksi industri terlebih dahulu.

“Kalau reaksinya positif, kita akan teruskan. Kita tak mahu berlaku nanti, apabila rumah siap, pahat berbunyi. Mungkin beberapa pendekatan baharu akan dilakukan,” katanya pada sidang media di ibupejabat SPAD di Kuala Lumpur, Selasa. Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.


“Kita sudah berbincang dan mendapat maklumbalas daripada pihak industri mengenai struktur perubahan tambang teksi tahun lalu, tetapi kini kita perlu berbincang semula dengan mereka apabila angka muktamad diputuskan nanti,” kata Syed Hamid lagi.

Pengerusi SPAD itu bagaimanapun mengelak apabila wartawan bertanyakan sama ada perlaksanaan itu membabitkan kenaikan atau penurunan harga tambang.

“Maksud saya, kita sudah cadangkan perubahan struktur. Sama ada naik atau turun saya tak boleh cakap. Itu awak kena fikirlah sendiri. Apa yang saya boleh cakap ialah kita diberi mandat untuk menyelaraskan tambang,” katanya lagi

Tetapi jika dirujuk rekod lalu, tahun lalu SPAD mengakui adanya keperluan untuk mengkaji semula tambang teksi. Sehubungan itu, dalam kertas cadangan kepada kerajaan SPAD telah mengambilkira beberapa kriteria utama penetapan tambang teksi, iaitu mencerminkan kos sebenar perkhidmatan teksi dan memberikan pulangan yang wajar kepada pemandu dan pengusaha teksi serta memberi motivasi kepada pemandu untuk mengamalkan prinsip pengendalian dan tingkah laku yang betul

Hasil penyelidikan kajian yang dilakukan oleh SPAD dengan bengkel-bengkel teksi menunjukkan bahawa kos pengendalian teksi telah meningkat sejak kali terakhir semakan kadar tambang teksi dijalankan pada tahun 2009.

Enam kos komponen utama telah dikenalpasti dalam cadangan penstrukturan semula tambang teksi iaitu kos kenderaan (bayaran sewa harian), peralatan, bahan api, penyelenggaraan, overhead dan buruh (gaji pemandu)

Dalam perkembangan lain, Syed Hamid turut menyuarakan rasa kesalnya mengenai tindakan hampir 200 pemandu teksi ahli Persatuan Pemandu Teksi Bukit Bintang (Bestari) yang mengadakan mogok minggu lalu.

“Kalau tak berpuashati dengan SPAD atau mana-mana agensi kerajaan, buatlah perbincangan. Datang berjumpa dengan kita dan sama-sama cari penyelesaian. Janganlah guna ancaman yang mengganggu keselesaan dan kemudahan orangramai.

“Kalau marah dengan SPAD jangalah kacau orang ramai. Datang jumpa kita. Mereka mengadu tidak ada pengkalan untuk berhenti di Pavillion. Padahal kita sudah mendapat bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mendapat kerjasama Pavillion yang bersetuju menyediakan lapan petak untuk mengambil penumpang.

“Tetapi kumpulan ini mahu diberi kebebasan berhenti di mana sahaja sesuka hati mereka dan tak ikut petak yang disediakan. Mereka tak mahu penguatkuasa ganggu. Penguatkuasa perlu ada disitu untuk memantau atas permintaan orang awam.

Kalau kita biarkan pemandu teksi meletak teksi sesuka hati ia akan mengganggu trafik,” katanya.Syed Hamid berkata SPAD telah menerima 397 aduan awam dari sekitar Bukit Bintang antara 3 Mac hingga 7 Jun tahun ini.

Antara aduan itu ialah teksi tidak menggunakan meter serta pemandu meletak teksi di tempat yang tidak dibenarkan sehingga menggangu perjalanan trafik. Daripada aduan itu SPAD telah melakukan 241 tangkapan di mana 60 telah didakwa di mahkamah dan selebihnya membayar kompaun.


*Untuk sebarang aduan kepada SPAD, sila hubungi talian seperti dibawah:


12 June 2014

Pemindahan 'Kubur Cina' di Pengerang berjalan lancar.



Kerja pemindahan lima tanah perkuburan bukan Islam di Pengerang berjalan lancar dengan kontraktor yang dilantik menggali semula 436 mayat setakat Isnin lepas,

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd Noorazam Osman berkata, kontraktor terbabit, Pengerang Memorial Sdn Bhd (PMSB), menyambung kerja itu Jumaat lepas dan semua tugas dijangka disiapkan menjelang hujung Ogos ini.

PMSB sebelum ini menangguhkan kerja berikutan kekeliruan berhubung kes yang dibawa ke Mahkamah Tinggi Johor Baharu pada 26 Mei yang membawa kepada perintah sementara untuk menghentikan kerja.

"Pihaknya dimaklumkan pada 5 Jun bahawa Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada 19 Jun dan perintah sementara dikeluarkan untuk menghentikan kerja hanya bagi kubur yang terlibat dalam kes mahkamah itu," tambah Noorazam.

Kubur lain di Pengerang tidak terjejas kerana kerajaan mematuhi semua proses perundangan dan pentadbiran dalam melaksanakan tugas berkenaan.Tanah perkuburan terbabit diisytiharkan ditutup pada 15 Januari selepas beberapa peringatan disiarkan dalam akhbar mengingatkan waris supaya mendaftarkan kepentingan mereka.

Menurut beliau lagi, perkuburan lama itu terletak di atas tanah kerajaan dan waris diberi peringatan dan notis yang lebih daripada mencukupi.

Sementara itu, jurucakap PMSB berkata kerja pemindahan itu berjalan lancar hasil kerjasama dan persefahaman waris yang terlibat.Setakat ini, 53 mayat dikebumikan semula manakala 373 lagi dibakar dan abunya disimpan di columbarium (tempat simpan abu mayat) di Bukit Glugor Memorial Park.

Sepuluh lagi mayat dihantar ke luar Pengerang berdasarkan permintaan waris.

"Kami bekerjasama rapat dengan keluarga terbabit untuk mencari penyelesaian sama ada mayat itu dikebumikan semula atau dibakar mengikut kemahuan atau kepercayaan keluarga," kata jurucakap itu. 

11 June 2014

ULAT TIKET: Desak 'Larkin Bus Terminal' laksana cadangan SPAD mencontohi TBS-BTS.




Demi untuk mengaut keuntungan berlebihan, kegiatan ulat tiket yang tidak berhati perut ini semakin bermaharaja lela di Terminal Bas Larkin. Sememangnya harus dibenteras habis-habisan bagi mengelakkan penumpang terus teraniaya, setiap kali membeli tiket untuk menggunakan khidmat bas ekspress.

Masalah ini bukanlah satu yang baru, dan setiap hujung minggu ada sahaja segelintir pihak mengambil kesempatan menaikkan harga tiket dengan kadar yang tidak munasabah.

Ada kalanya, ia bermula dengan tindakkan menutup kaunter tiket lebih awal selain memberi alasan dengan memberitahu pembeli kononnya tiket bas habis sebelum menghubungi 'ulat tiket' yang kemudiannya menjual harga tiket yang jauh lebih mahal kepada penumpang.

Situasi membeli tiket dengan harga lebih daripada harga sepatutnya itu, pernah MP alami suatu masa dulu. Alasan mereka menaikkan tambang dengan hanya disebabkan kehabisan bas dengan penumpang yang ramai. Keadaan yang sama sering berlaku terutama pada waktu-waktu cuti hujung minggu, cuti persekolahan dan pada hari-hari cuti perayaan.

Apa yang berlaku, penumpang akan diberikan tiket sementara dari 'ulat tiket' dan setelah menaiki bas, tiket dikutip oleh seseorang tanpa memulangkan kembali pada penumpang. Keadaan itu sudah tentu menyusahkan penumpang untuk mengetahui maklumat yang ada di tiket sekiranya diperlukan.

Yang menjadi musykil adalah bagaimana ulat-ulat ini mampu mendapatkan tiket bas jika pihak syarikat tidak menjual kepada mereka dan adakah syarikat-syarikat bas ini bersekongkol atau ulat-ulat ini juga adalah sebahagian dari mereka?

Rasanya, tidak benar kenyataan menuduh kemana perginya SPAD sepertimana yang tertulis   ( gambar atas ) kerana MP sendiri melihat dengan jelas pegawai-pegawai SPAD sememangnya sentiasa berada di terminal bas tersebut.



MP berpendapat, buatlah macam mana pun, sememangnya aktiviti 'ulat tiket' begitu licik, Bayangkanlah, sehinggakan pihak berkuasa sendiri tidak dapat bertindak mengesan kegiatan haram mereka.


Ada baiknya, Terminal Bas Larkin jalankan operasi jualan tiket mengikut cara di Terminal Bersepadu Selatan - Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) dalam memerangi ulat tiket menerusi sistem pembelian tiket berpusat yang dilengkapi kemudahan seperti kaunter khidmat pelanggan 24 jam dan kemudahan pembelian melalui mesin kios untuk membeli tiket secara tunai ataupun menggunakan 'touch n go'.

Satu lagi cadangan yang pernah diketengahkan oleh pihak SPAD pada tahun lalu, syarikat-syarikat bas ini menjual tiket secara online.




Kejayaan TBS-BTS sudah seharusnya dijadikan contoh dan wajar diguna pakai oleh semua pengurusan stesen bas seluruh negara.

"Jadi kalau kita dapat perkenalkan sietem pembelian tiket berpusat seperti di TBS-BTS, pasti tidak ada lagi 'ulat tiket'." kata Pengurusi Suruhanjaya Pengangkuta Awam Darat (SPAD), dulu. ( baca keratan akhbar diatas )

Cadangan telah pun diberikan oleh pihak SPAD, kini terpulang kepada rakyat untuk mendesak pemilik bas-bas terminal melaksanakan cadangan SPAD. Kita ada pilihan dan kita berhak membuat pilihan.

Jika itu yang terbaik untuk kita, desak kesemua stesen dan terminal bas melaksana cadangan SPAD DAN MENCONTOHI TBS-BTS.


Dalam pada itu, sekiranya mempunyai maklumat atau aduan yang ingin di buat kepada SPAD, sila gunakan talian seperti dibawah:



Pemandu Teksi terlibat 'demo' di Bukit Bintang berdepan tindakkan tegas - SPAD



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) akan mengambil tindakan terhadap 33 pemandu teksi yang telah dikenalpasti menyertai demonstrasi di hadapan pusat membeli belah Bukit Bintang, pada Rabu lepas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, berkata S.P.A.D. juga sedang bekerjasama dengan pihak Polis dan JPJ untuk mengenalpasti pemandu-pemandu lain yang turut serta dalam demonstrasi tersebut dengan menghalang lalulintas, meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan dan mengganggu ketenteraman awam.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal
“Demonstrasi yang dilakukan kumpulan teksi Bukit Bintang itu telah menyebabkan trafik di kawasan berkenaan sesak selama tiga jam dan ia merupakan kali kedua selepas demonstrasi yang pertama berlaku pada 2012 dimana pemandu teksi membuat bantahan terhadap pengenalan perkhidmatan bas percuma 'Go KL' yang didakwa mengganggu pendapatan mereka terutamanya kekurangan penumpang daripada kalangan pelancong." tambahnya lagi.


Dalam hal ini, S.P.A.D. memandang serius akan sikap pemandu pemandu tersebut dan akan mengambil tindakan tegas seperti menggantung kad pemandu atau membatalkan lesen pengendali teksi tersebut. 


S.P.A.D. ingin menegaskan kepada semua pemandu teksi dan pengangkutan awam darat supaya tidak menyertai sebarang demonstrasi yang menyalahi undang undang.

Berikut, sekiranya anda mempunyai maklumat untuk aduan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD ) gunakan talian seperti yang tertera dibawah: 



10 June 2014

@khalednordin : Pembangkang Johor tidak bantah penubuhan LPHJ. KLIK baca ni!



Alhamdulillah Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan Dan Hartanah Johor 2014 telah pun mendapat kelulusan dan kata sepakat seluruh ADUN setelah di bahaskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, semalam.

Walau pun cadangan ini mendapat kritikan dan tohmahan pelbagai pihak sebelum ini, ketiga-tiga ADUN yang mewakili pihak pembangkang bersetuju tanpa bantahan terhadap rang undang-undang tersebut setelah melihat usaha Kerajaan Negeri itu satu langkah baik untuk mengatasi masaalah di dalam industri serta isu-isu perumahan.

SELANJUTNYA KLIKSINI

9 June 2014

ISU JOHOR - MALAYSIAKINI : Siapa yang langgar prinsip dan tanggungjawab? KLIK baca ni!



Nah... Kembali semula kita membicarakan tentang tingkah laku sebuah lagi laman media ( pro-pembangkang ) yang cuba nak menyentuh soal prinsip pihak lain, sedangkan tindakkannya sendiri langsung tiada berprinsip.



Jom, ikuti kenyataan dan bantahan tegas yang dikeluarkan oleh Koordinator Negeri BNYV JOHOR, berikutan tersiarnya artikel di laman portal Malaysiakini yang penuh dengan berita palsu dan berunsur fitnah pada 5 Jun 2014 lalu bertajuk 'Enakmen Baru Johor Langgar Prinsip Tanggungjawab', (KLIK)

Selanjutnya di bawah:

         Mengeluarkan spekulasi dan kritikan sedangkan pembentangan Rang Undang-Undang (RRU) Lembaga Perumahan Dan Hartanah Negeri Johor (LPHNJ) belum lagi dibuat di Dewan Undangan Negeri. Perkara ini pada awalnya telah ditimbulkan oleh portal berita Malaysiakini dan menjadi sensasi di media massa tanpa mengambil kira kepada fakta yang sebenar. 

        Malaysiakini secara tidak bertanggungjawab telah menabur fitnah secara jelas terhadap kerajaan negeri Johor dan mereka telah memadam laporan awal isu ini dari laman sesawang mereka. 

        Jika Malaysiakini berpegang kepada prinsip integriti kewartawanan yang sebenar, mereka harus mengambil tanggungjawab atas apa sahaja yang disiarkan di laman sesawang mereka. Kebebasan media yang kerap dilaungkan harus selaras dengan tanggungjawab sosial.

         Rentetan itu, kenyataan mula keluar satu per satu daripada badan-badan tertentu seperti Majlis Peguam Malaysia yang menuduh bahawa RUU ini bertentangan dengan perlembagaan. 

         Sebagai sebuah badan profesional dan berkredibiliti mereka tidak pun mendapatkan penjelasan malah terus mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa. Mereka sepatutnya melakukan 'due diligence' atau usaha sewajarnya bagi mendapatkan fakta yang tepat.

          Respon yang juga diberikan oleh seorang ahli akademik, Dr. Abdul Aziz Bari yang sepatutnya membawa mesej yang bebas dan jelas kepada rakyat yang telah disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia juga tidak berasas kerana beliau hanya membuat andaian dan spekulasi bahawa Sultan mempunyai kuasa eksekutif terhadap pentadbiran LPHNJ sedangkan Menteri Besar memegang kuasa eksekutif di dalam LPHNJ jika RUU ini diluluskan.

           Ini memburukkan reputasi dunia akademia yang sepatutnya tidak melatah dan cepat ingin menyatakan pendapat tanpa soal selidik.

           Hakikatnya apa yang perlu difahami adalah kelebihan dan faedah yang akan dirasai oleh rakyat Johor melalui pembentukan LPHNJ ini. Antaranya adalah pihak yang berkaitan akan dihukum jika melanggar enakmen undang-undang ini. 

            Dalam erti kata lain, jika pemaju gagal melaksanakan projek mereka, kerajaan kini boleh mengambil tindakan terhadap pemaju sehingga mereka boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda Ringgit Malaysia Lima Ratus Ringgit.

            Selain dari itu, LPHNJ membolehkan kerajaan berupaya untuk mengambil kembali projek terbengkalai di negeri Johor bagi kepentingan rakyat. Ini memastikan pemaju tidak boleh leka dan perlu komited dengan kepentingan rakyat.

           Malah, LPHNJ juga akan menyebabkan individu di dalam lembaga perlu mengistiharkan kepentingan jika terlibat dengan sebarang keputusan yang akan diambil oleh lembaga. 

           Apabila kepentingan tersebut diistiharkan, kehadiran beliau tidak akan dikira sebagai korum di dalam mesyuarat. Jelas bahawa LPHNJ menekankan soal integriti pentadbiran negeri Johor.

           LPHNJ akan berperanan dengan sendirinya membina rumah mampu milik bagi rakyat negeri Johor dan tidak meletakkan masa depan perancangan hartanah negeri Johor di dalam tangan kapitalis-kapitalis. Perlu diingati LPHNJ membolehkan kerajaan berupaya melantik pakar-pakar dalam bidang hartanah untuk turut menyumbang kepada polisi perumahan dan hartanah kerajaan negeri Johor.

           Tentangan demi tentangan akan terus berlaku apatah lagi dari pihak berkepentingan kerana mereka kini perlu bertanggungjawab atas sesuatu yang mereka perlu dilaksanakan suatu ketika dahulu. Mungkin sebab ini ada pihak cuba menggagalkan pembentangan undang-undang ini? 

Siapakah mereka?

           BNYV Johor bertegas dan berpendirian akan menyokong dan seterusnya menyeru kerajaan negeri terus membawa RUU dengan berani demi kepentingan rakyat negeri Johor. Kita juga sebagai rakyat Johor perlu berganding bahu dan bersolidariti bersama kepimpinan negeri dengan menunjukkan bahawa negeri Johor berupaya bersatu dan kuat walaupun menghadapi cabaran dan kritikan soal cara kita menyelesaikan masalah di negeri kita sendiri. LPHNJ akan memastikan rakyat Johor berpeluang mempunyai sebuah rumah dalam keadaan kepesatan arus pemodenan negeri Johor dan agar tidak terus terpinggir.

Demi Johor, Kepada Johor, Untuk Johor.

Ahmad Solehin Bin Abd Ghani
Koordinator Negeri
BNYV JOHOR

..............................................................................................................




ARTIKAL BERKAITAN KLIK:

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.