#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

11 February 2015

SCHOOL BUZZ: Skim Pemasangan Iklan Di Badan Bas Sekolah


Berikutan peningkatan kos operasi dan alat ganti kebelakangan ini, serba sedikit telah menyukarkan pengusaha-pengusaha bas sekolah untuk kekal kompetitif. Jadual waktu operasi yang terhad juga memberi pulangan yang agak terhad dalam mengimbangi kos operasi dan meningkatkan mutu perkhidmatan.

Demi pembangunan industri dan sekaligus memberi tambahan pendapatan kepada pengusaha-pengusaha bas sekolah di seluruh negara, pihak Kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menambah satu lagi inisiatif dengan mengujudkan satu skim membenarkan pemasangan iklan di badan-badan bas sekolah.




Hal ini telah mendapat perhatian dan telah di suarakan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat bulan lalu dimana langkah itu juga adalah salah satu daripada cadangan SPAD supaya pengusaha bas sekolah tidak mempunyai alasan lagi untuk menaikkan tambang sewenang-wenangnya. (KLIK)

Diatas nama School Buzz, skim pengiklanan ini telah dilancarkan dengan jayanya oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar, semalam


Iklan mesra pelajar dijangka dipaparkan di atas kira-kira 15,000 bas sekolah seluruh negara menerusi School Buzz, sebuah projek pengiklanan yang baharu dibawah usahasama Kumpulan Media The Star dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Kolobrasi antara SPAD dan Star Publication ini turut membabitkan Persatuan Operator Bas Sekolah Malaysia.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, suruhanjaya itu hanya akan membenarkan bas sekolah berusia dibawah 20 tahun untuk terlibat dengan projek tersebut.

"Adalah diharap dengan cara ini, lebih banyak pengendali bas sekolah akan mengambil pikiran untuk menukar kepada bas sekolah baharu supaya mereka boleh mendapat manfaat daripada projek tersebut," katanya.


Beberapa perbincangan dan mesyuarat telah dijalankan dengan Persatuan-Persatuan bas sekolah untuk memuktamadkan inisiatif ini dan rata-rata pengusaha telah memberikan maklumbalas yang positif mengenai inisiatif tersebut.

Dengan pengenalan skim ini juga, pengusaha bas akan lebih teliti menjaga bas sekolah mereka kerana hanya bas-bas sekolah yang dijaga dengan baik sahaja akan dibenarkan menyertai skim ini. Sekaligus menjadikan bas sekolah kelihatan lebih menarik serta menggalakkan pengusaha untuk menjaga keadaan dalam dan luar bas sekolah tanpa mengabaikan ciri-ciri keselamatan penumpang juga bas sekolah.

Di peringkat permulaan ini, pengusaha bas sekolah akan diberikan pendapatan tambahan sekitar RM200 hingga RM400 sebulan berdasarkan saiz iklan yang diletakkan pada badan bas sekolah.




SPAD berharap dengan pelancaran skim ini, ia dapat menjadi pemangkin kepada syarikat-syarikat pengiklanan lain untuk mendapatkan pengusaha-pengusaha bas sekolah yang layak di seluruh negara untuk tujuan pengiklanan.

Pengiklan boleh memilih beberapa siri pakej bermula dari ruang iklan kecil, sederhana dan besar dengan minimum 10 buah bas untuk sekurang-kurangnya selama tiga bulan.



Mereka yang ingin mendaftar sebelum 31 Mac akan menikmati pakej istimewa selama enam bulan dengan tambahan dua bulan secara percuma.


Kepada syarikat-syarikat produk yang berminat. Sila hubungi 03-79668230 atau e-mel ke outdoor@thestar.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.