#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

5 May 2015

#PRKRompin : 32 pusat pengundian ditutup jam 5 petang


Cuaca baik pada sebelah pagi itu membolehkan proses pengundian #PRKRompin berjalan lancar hari ini.
Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin hari ini tamat, selepas 32 pusat pengundian ditutup pada 5 petang sejak dibuka 8 pagi tadi.
Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata empat pusat mengundi telah ditutup pada 2 petang.
Tiga daripadanya di Pulau Tioman yang melibatkan Sekolah Kebangsaan Juara dengan 171 pengundi berdaftar, Balai Raya Kampung Genting (142 pengundi) dan Sekolah Kebangsaan Mukut (136 pengundi) serta Sekolah Kebangsaan Denai di Kuala Rompin yang mempunyai 170 pengundi berdaftar.
Sebuah lagi pusat mengundi di Pulau Tioman iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek (651 pengundi) ditutup pada 3 petang, dan pusat mengundi Dewan Stesen Mardi, Muadzam Shah untuk kawasan Bukit Ridan dekat sini yang mempunyai 312 pengundi, ditutup pada 4 petang.
Proses penjumlahan undi diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berkata kedudukan pusat pengundian yang jauh dan kawasan Parlimen Rompin yang besar iaitu sebesar Negeri Sembilan dan Melaka, menyebabkan keputusan PRK itu dijangka diumumkan seawal 11 malam ini.
Sementara itu, hujan lebat berlaku di beberapa kawasan Parlimen Rompin petang ini setelah cuaca cerah sepanjang pagi tadi.
PRK Rompin yang merupakan PRK kesembilan selepas pilihan raya umum lepas, menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad bagi mengisi kekosongan kerusi itu selepas kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.
Jamaluddin yang juga pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) meninggal dunia pada 4 April lepas akibat nahas helikopter di Semenyih, Selangor.


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.