#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

3 May 2015

#PRKRompin : "Peneroka Felda jangan terpengaruh." - Tan Sri Muhyiddin


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan peneroka Felda supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mendakwa kerajaan gagal mempertahankan hak mereka.

Beliau menyifatkan tuduhan pembangkang itu tidak berasas dan hanya bertujuan meraih simpati politik dalam kalangan pengundi masyarakat Felda di kawasan Parlimen Rompin.
“Mereka nak raih simpati politik dengan buat tuduhan tak berasas bahawa kerajaan gagal dan tidak pertahankan hak milik peneroka menyebabkan masyarakat Felda kerugian.

“Ini tuduhan politik melampau dan malangnya juga dilakukan oleh anak peneroka Felda yang termakan dengan dakyah tersebut,” katanya ketika merasmikan Dewan Semai Bakti Felda Keratong di sini, kelmarin.

Jentera Barisan Nasional (BN) sekali lagi diingatkan supaya tidak mengambil mudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin walaupun kawasan itu merupakan kubu kuat parti.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebaliknya jentera parti perlu bekerja keras untuk meningkatkan sokongan pengundi sekaligus menambah jumlah majoriti.

"Kita tahu Rompin sejak sekian lama merupakan kawasan biru (BN) tetapi kita tidak boleh ambil mudah, perlu tambahkan sokongan, maka jentera harus tingkatkan gerak kerja.

"Ini akan diselaraskan oleh (Naib Presiden UMNO) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Pengarah Operasi BN PRK Rompin) dengan dibantu (BN) peringkat negeri dan rakan komponen BN untuk menunjukkan kepada rakyat tentang kesatuan dan kesepaduan parti," katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.