GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

27 Oktober 2011

PKR dengan LIWATnya... PAS pulak dengan KHALWATnya... Klik tengok video ni!

Pendedahan ini lebih terperinci berkenaan bagaimana Kerakusan Pemimpin PAS yang menggunakan Islam sebagai alat untuk menutup perbuatan keji mereka dengan sanggup meruntuhkan rumah tangga orang lain selagi nafsu serakah mereka dapat dipenuhi.. Jadikan iktibar, Jangan kita semua tertipu dengan mereka yang bersahabat dengan IBLIS !!!! Kepada penyokong Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional, dengarlah, hayatilah, fahamilah dan buatlah penilaian berdasarkan akal yang waras dan bukannya berlandaskan emosi dan hawa nafsu.

21 Oktober 2011

HUDUD PAS HANYA REKAAN SEMATA-MATA? Kantoiii!!! Saksikan video ni...

Yang dikatakan enakmen di Hudud,Qisas dan Takzim PAS ni, bukan daripada undang-undang Islam yang sebenarnya... Hingga meliwatkan isteri pun di benarkan.  Jadi tak salah lah Tun Mahathir tolak cadangan PAS ni, kerana HUDUD yang di cadangkan ini satu rekaan semata-mata dan bukan seperti hukum HUDUD yang di bawa Rasulullah... Aduiiiiii... Bawak bertaubat la wahai puak-puak PAS oiiiii!!!! 

Dengarkan selanjutnya kenyataan Yb Zulkifli Noordin.

20 Oktober 2011

Muammar Gaddafi di tembak mati... Klik saksi video ini!



 Tidak lama selepas berita bahawa bekas pemimpin Libya yang diguligkan, Muammar Gaddafi cedera di kedua-dua kakinya, satu laporan berita dari Al Jazeera menyebut beliau telah terbunuh. 


 Punca kematian Gaddafi akibat daripada kakinya yang cedera parah selepas diserang bertubi-tubi oleh tentera pealihan kerajaan (NTC) dengan bantuan tentera NATO yang berjaya menawan kubu terakhir Gaddafi di bandar kelahirannya, Sirte. Jurucakap NTC, 


Jamal abu-Shaalah yang juga komander operasi menangkap Gaddafi berkata, semasa ditawan, Gaddafi merayu supaya tidak ditembak kerana kedua-dua kakinya cedera teruk semasa pertempuran. 


 Satu lagi laporan menyebut bahawa Gaddafi bersembunyi di dalam lubang bawah tanah setelah cuba melarikan diri menggunakan lebuh raya menuju ke sempadan Tunisia. Jurucakap NTC yang berada di Sirte, Abdel Majid berkata Gaddafi dikejarkan ke hospital menggunakan sebuah ambulans. 


 Majed juga menyebut semasa pertempuran tersebut, ketua turus tentera Gaddafi, Abu Bakr Younus Jabr terbunuh berhampiran dengan tempat di mana Gaddafi ditawan. Agensi berita Reuters turut mengesahkan bahawa Gaddafi terbunuh, sebentar tadi. - AAKJ




/>AL-FATIHAH

19 Oktober 2011

ISU ANAK LGE RAMAS NENEN: Ini pula kata datuknya, Lim Kit Siang... Saksikan video ini!

Sepertiman artikal di blog rakan ( MPP )... Dalam kenyataan Guan Eng semalam, dia mengaku bahawa anak dia menghadapi trauma sampaikan dah 2 hari tak pergi sekolah..

Persoalannya, kenapa trauma? Apa yang nak ditakutkan? Bukankah dia tu anak CM macam yang dia kata kat guru disiplin Sekolah Heng Ee sewaktu kantoi meramas nenen?

Dari maklumat kami, anak Guan Eng tu memang sangat Langsi.. Dia jadi macam tu sebab bapaknya adalah Ketua Menteri.. Dan maknya sangat manjakan dia..

Atas sebab-sebab tu lah bila jadi kes gangguan seksual pada awal tahun, terus kes tu ditutup dengan pembayaran wang sebanyak RM 200K kepada mangsa kerakusan anak khalifah tu..

Berdasarkan maklumat, segala urusan kawtim tu dilakukan oleh si bini khalifah.. Dan lepas tu.., terus anak Guan Eng dipindahkan ke sekolah yang baru iaitu St Xavier..

Logik tak seorang budak sekolah berpindah selepas musim pembelajaran bermula hanya kerana nak simpan rambut panjang? Tentu lah tak sebab ianya sebenarnya adalah disebabkan kes disiplin pelajar terbabit..

Isunya sekarang ni bukan mengenai gambar.. Isunya adalah mengenai berlaku atau tidak anak guan eng raba nenen pelajar lain di sekolah berkenaan. Tukar sekolah sebab rambut nak simpan panjang? alahai alasan...

Sekarang ni Guan Eng main politik simpati untuk jaga anak dia.., tapi macam mana pulak anak dara cina yang kena raba tu? Kalau dah suap rasuah RM 200K, takkan perkara ni boleh still timbul beb..

Soo..., persoalannya ialah..., siapa yang dedahkan maklumat dalaman Guan Eng kepada umum?

Kenapa semua pemimpin besar Pakatan meroyan backup Guan Eng sedangkan semua kepimpinan DAP Penang tak ada sorang pun keluarkan kenyataan? Dan kenapa dorang tak mau masuk campur dalam isu ni???

Siapa nak jawab persoalan ni? Hahahahaha...

Dan ini pula kenyataan datuk ( Lim Kit Siang ) kepada anak Lim Guan Eng yang sangat kecewa dengan pendedahan yang di buat oleh bloger-bloger UMNO... Saksikan!

17 Oktober 2011

KES LIWAT ANWAR: Tengok ni! Kat mana kata sakit tulang belakang tu?

“Maknanya liwat, liwat juga, sembahyang tak tinggal..balun, balun juga puasa tak tinggal..saya melihat dia (Anwar) manusia yang sangat anih”, kata Hamidzun Khairuddin, bekas salah seorang penggubal perlembagaan Parti Keadilan Nasional ketika ditemui di Shah Alam tahun lalu.


 
Hamidzun yang merupakan salah seorang pengamal undang-undang ditemui untuk mengupas ke liwat I dan II, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebagai bekas aktivis ABIM, Hamidzun melihat Anwar sebagai manusia ‘anih’, yakni boleh melakukan perkara baik dan terkutuk secara serentak tanpa rasa berdosa kepada diri sendiri.

Berikut disertakan rakaman video yang dimuat turunkan oleh reformis007 yang menunjukkan Anwar mampu ruku’ dan sujud dalam solatnya.




Dalam rakaman itu jelas kelihatan Anwar boleh ruku’ dan sujud tanpa rasa kesakitan, tidak seperti yang digambarkan oleh Dr Thomas Hoogland di mahkamah. Dipercayai video ini dirakamkan oleh Kelab Anwar Ibrahim (AIC) ketika mengikuti program Anwar di Johor pada tahun 2007
Bermakna rakaman itu dibuat setelah 4 tahun Anwar dirawat di Klinik Alpha, Munich dan setahun sebelum Ketua Umum PKR itu didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada ketika itu, rakaman ini disebarluaskan di internet sebagai satu bahan propaganda yang Menunjukkan Anwar seorang seorang tokoh yang Islamik sesuai dengan latar belakangnya sebagai bekas Presiden ABIM.

Turut bersolat berimamkan Anwar dipercayai dua orang pembantunya yang setia, iaitu Ibrahim Yaakub, Ketua Staff di pejabat Anwar Seksyen 16 dan Mokhtar, salah seorang pemandu dan pegawal peribadi Anwar.

Hoogland pada 6 Oktober lalu dalam keterangannya di mahkamah memberitahu Anwar masih sakit tulang belakang, tidak mampu membongkok 90 darjah seperti dalam ruku’ solat.

“Saya memberi amaran kepadanya tentang sakit jika bergerak sedemikian dan menasihatkannya (supaya) melakukannya dengan perlahan (solat)”, katanya.Klik di sini

Terbukti hujah Hoogland di mahkamah bertentangan dengan rakaman video yang diterbitkan oleh kelab Anwar Ibrahim sendiri.


Sumber: AIDC
 

Sakit mata puak pakatan haram bila tersiarnya video ni... Klik la tengok!

Macam-macam video kalau kita tengok tersiar di blog-blog rakan mahupun pembangkang... Tapi apa yang menarik pada video ini, ia lebih menyakitkan mata puak-puak pakatan haram ni...
Mereka tak habis-habis dok memfitnah sana sini yang kononnya kerajaan ini lupa akan keperitan hidup rakyat... Tu la yang di heret-heret keliling kampung.. Janganlah, sewenang-wenangnya asyik nak membodohkan rakyat ni... 
 

13 Oktober 2011

VIDEO SEKS ANWAR: Dengan Wanita India, Wanita Mexican Juga Ada? Fuhhh!!! Tengok ni...


Yang lain saya tak berapa peduli sangat, tentang masalah duit dan lain-lain saya tak berapa peduli. Tetapi tuduhan yang mengejutkan saya ialah berkenaan womenize, ada hubungan seks dengan beberapa wanita, tuduhan bahawa ada percubaan untuk intact isteri orang dan yang dahsyat sekali ialah tuduhan bahawa telah meliwat seorang lelaki yang dulu menjadi driver kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Itu tuduhan yang dibuat oleh polis dan mereka mempunyai cukup bukti, apa statement-statement yang ditandatangani dan gambar-gambar yang mereka ambil tentang orang ini. 

Namun, saya masih tidak puas hati dan saya bagitahu kepada polis, bahawa saya sendiri nak tanya orang-orang ini dan saya berjumpa dengan orang ini satu persatu dan tanya, “Sama ada polis paksa mereka atau pun tidak?” 

Jawapan mereka, “Mereka tidak dipaksa.” Saya tanya pula, “Sama ada mereka sanggup memberi – apa nama – keterangan dalam mahkamah kalau mereka dikehendaki menjadi saksi?” 

Mereka semua mengakui bahawa, “Mereka sanggup memberi penjelasan dalam mahkamah.”

Orang pertama yang saya jumpa ialah seorang driver yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris, bercakap bahasa Melayu sedikit sebanyak dan orang ini bercerita pada saya tentang bagaimana dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke suatu bangunan dan dia juga bertanggungjawab disuruh mencuci dan menyiapkan bilik tidur dan juga membawa perempuan-perempuan Cina jalang, bawa untuk berjumpa Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 

Dan selepas itu, dia bawa balik perempuan-perempuan ini dan juga hantar. Kadang-kadang hantar Dato’ Seri Anwar Ibrahim balik rumah dalam kereta yang cermin hitam, orang tidak nampak. 

Saya tanya, “Berapa kali benda ini berlaku?” Dia kata, “Banyak kali” dan “Siapa yang dibawa?”. “Banyak perempuan Cina. Ada juga perempuan seorang Mexican,” dia kata. 

Saya tak tahulah, sama ada dia tahu Mexican atau tak Mexican ke, itu dia kata. Itu daripada driver itu. 

Saya tanya dia berkali-kali, “Sama ada benar atau tidak benar? Sama ada dia sanggup membuat kenyataan ataupun tidak?” dia juga berkata, “Bahawa yang jahat ini ialah Datuk Nalla dan dia bekerja dengan Datuk Nalla.” 

Datuk Nalla kadang-kadang tidak bayar gajinya. Dia kata, “Dato’ Seri Anwar Ibrahim baik, yang menghasut Dato’ Seri Anwar Ibrahim ialah Datuk Nalla.”

Saya juga jumpa dengan seorang kerani dan dia bercerita bagaimana Dato’ Seri Anwar cuba nak ada hubungan seks dengan dia. Dan dia tolak dan dia balik beritahu kepada ibu dia dan abang dia dan adik dia. 

Dan mereka itu berkata, jangan buat apa-apalah, pasal dia ini orang besar. Tidak buat laporan atau apakah.

Orang yang ketiga yang saya jumpa ialah seorang perempuan India yang juga membuat kenyataan bahawa dia berjumpa nak dilakukan hubungan seks oleh Dato’ Seri Anwar dalam sebuah bilik dalam sebuah bangunan seperti itu dan dia juga menolak kerana katanya dia datang haid.

Wanita yang ketiga ialah seorang perempuan Melayu yang mengaku dia ada hubungan seks dengan Dato’ Seri Anwar.

Kemudian saya berjumpa dengan driver yang bernama Azizan. Dia dulu bekerja dengan Dato’ Seri Anwar. Lepas itu, dengan kerana Dato’ Seri Anwar mengadakan hubungan songsang dan dia berasa malu dan berkali-kali buat dan dia berhenti kerja. Dan kemudian dia bekerja dengan Azmin. 

Sambung penjelasan Tun M tentang Anwar Ibrahim 

Kena tanya Papagomo mungkin dia boleh tolong dapatkan latest version video untuk simpanan arkib negara....

Sumber : http://garamanis.blogspot.com



12 Oktober 2011

ISU ELAUN MP: Keluhan bekas Ahli Parlimen, bila lihat bos-bos pakatan pembangkang nak tunjuk kaya... Klik, baca sini.

Sebagai bekas Ahli Parlimen selama dua penggal,saya dapat memahami perasaan rakan-rakan yang kini masih berkhidmat.Tentunya frust menonggeng bila dengar pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa cadangan nak naikkan elaun semua Ahli Parlimen DITARIK BALIK.


Sayang sikit  ' Chief '- itu gelaran padanya oleh semua rakan-rakan Ahli Parlimen termasuk pembangkang - terikat tangan,tak boleh buat apa-apa nak bantu mereka.

Ini gara-gara bos-bos pakatan pembangkang nak tunjuk terror tak kena tempat menolak cadangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk naikan elaun mereka yang sekarang ini ciput.

Kita bukan tak tau ini bukan apa sangat cuma sandiwara mereka nak tunjuk kononnya pembangkang sanggup ikat perut untuk berkhidmat.

Apa yang saya dapat tahu disebalik ini ramai Ahli Parlimen pembangkang merungut diam-diam bila bos-bos mereka buat keputusan itu tanpa bincang dulu dengan mereka.

Satu dunia tahu elaun Ahli Parlimen Malaysia RM6,500 sebulan cukup rendah,malah kalah kalau nak dibanding dengan apa yang Ahli Parlimen Singapura dapat yakni RM33,000 sebulan.Thailand pula RM12,000 manakala Indonesia RM18,111.

Perdana Menteri berniat baik untuk naikan elaun dengan syarat semua sekali Ahli Parlimen termasuk pembangkang setuju.

Sebab itu beliau masukan cadangan yang dibuat oleh Nazri dalam bajet 2012 yang dibentangkan pada 7 Oktober.

Kita faham mengapa Najib terpaksa bagi syarat semua kena setuju.Kalau tidak nanti pembangkang tuduh bukan-bukan.

Kalau mahu semua kena mahu.Tak aci kalau MALU TAPI MAHU.

Nak buat macam mana kalau bos-bos pembangkang bersikap biasa mereka - bangkang asal nak bangkang.

Dalam sidang akhbarnya untuk menerangkan keputusan kerajaan menarik balik usul bagi menyemak elaun ahli-ahli Parlimen, Nazri berkata tujuan menaikkan elaun tersebut tidak membolehkan seseorang menjadi kaya.

Sebaliknya,kenaikan tersebut adalah untuk menampung keperluan bagi perbagaiperbelanjaan ketika menjalankan tugas untuk rakyat.

Katanya, cadangan itu terpaksa ditarik balik daripada urusan mesyuarat yang sedang berlangsung kerana empat pemimpin utama parti pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar menolak cadangan tersebut.
Alahai..terlajak perayu bolehlah berundur,terlajak kata... nak buat camno..?

Sepanjang ucapan pembentangan Belanjawan 2012 yang memakan masa selama dua jam itu, acapkali dewan persidangan mendapat tepukan apabila Perdana Menteri mengumumkan pelbagai faedah dan ganjaran yang meliputipelbagai macam masyarakat. Bagaimanapun, tepukan meja paling gemuruh adalah ketika Najib dengan senyuman meleret mengumumkan kesediaan kerajaan untuk menimbang kenaikan elaun berkenaan.

Malah, ucapan Perdana Menteri tersekat-sekat beberapa kali lantaran tepukan dan keterujaan ahli-ahli dewan. Kemuncak kepada kegembiraan ahli-ahli dewan itu tiba-tiba bertukar menjadi derai apabila beliau memberitahu pertimbangan akan hanya menjadi kenyataan sekiranya semua

ahli yang berhormat termasuk pembangkang dan bebas setuju dengan cadangan tersebut.

Anwar selaku Ketua Pembangkang tak tunggu lama.Dengan segera selepas pembentangan itu menegaskan tidak setuju.  Begitu juga dengan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Orang nombor dua PKR, Azmin Ali dan panglima perang PAS, Salehudin Ayup turut membantah.

Ini memang lawak bin kartun.Betulkah semua ahli Parlimen pembangkang membantah.Ini kerana dalam jawatankusa yang membuat kajian mengenai kenaikan itu yang turut dianggotai Ahli Parlimen  parti pembangkang mengesyorkan agar elaun dinaikkan.

Tapi atas nama politik, nampaknya mereka terpaksa berkorban pasal nak jaga hati bos.
Siapa sebenarnya yang tidak mahu? Kata, Nazri, Anwar Ibrahim dan Azmin Ali memanglah tidak hairan langsung mengenai kenaikan itu kerana mereka kaya raya.

Kesemuanya ada 222 orang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat sekarang. Siapa di kalangan mereka yang mahu dan siapa pula yang tidak mahu! Khabarnya kerajaan dah sediakan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk kenaikan tersebut yang merupakan 0.02 peratus daripada perbelanjaan keseluruhan belanjawan tahun hadapan.

Sayangnya, kerana ingin mengambil hati pengundi kononnya, mereka sanggup 'control maco' dengan menolak kesediaan ikhlas kerajaan itu.

Berapa sebenarnya elaun ahli-ahli Parlimen kita.. Tak perlu tanya seorang demi seorang.  Merekapun malu dan segan nak beritahu berapa yang mereka dapat.  Biarlah saya sahaja yang berkongsi mengenainya.

Berdasarkan pencen yang saya diperolehi RM3,250 sebulan, bermakna, elaun penuh seorang YB kini adalah RM6,500.  Mungkin ada yang tak mahu atau tak boleh percaya dengan kenyataan ini. Memang benar, itulah elaun mereka.

Semasa mula-mula menjadi MP pada tahun 1995, elaun bulanan hanyalah RM4,890. Tambahannya hanyalah RM300 untuk saraan pemandu.  Mana ada pemandu nak kerja dengan gaji RM300 sebulan pada tahun 1990-an? Pada sekitar tahun 2000 elaun ini ditingkatkan sedikit, elaun pemandu juga
dinaikkan ke RM600 (kalau tak silap) di samping elaun telefon RM500.

Elaun penyelenggaraan pejabat juga diperkenalkan iaitu RM1,200 sebulan yang dikreditkan setahun sekali.
Seorang wartawan yang berkelulusan SPM dan baru berkhidmat kira-kira 15 tahun terkejut dengan jumlah itu kerana beliau sendiri dibayar RM4,400 sebulan. Saya katakan kepadanya, ada rakan yang sama-sama saya dahulu, juga berkelulusan SPM, kini membawa pulang RM7,500 sebulan.

Itu baru berkelulusan SPM dan wartawan biasa.  Belum lagi yang memegang jawatan kanan!

Apakah yang YB boleh lakukan dengan RM6,500 sebulan...? Kakitangan pejabat kurang-kurang ada tiga orang. Jika dihitung RM800 seorang, bertiga dah terbang RM2,400.Telefon pejabat, bil api dan air pejabat dah berapa pula. Peruntukan RM1,200 sebulan mungkin cukup untuk bayar sewa premis.

Hari Sabtu, Ahad dan cuti umum adalah 'hari gugur' bagi para wakil rakyat. Pada hari-hari berkenaan, selain daripada ada pelbagai acara yang memerlukan kehadiran mereka seperti merasmikan mesyuarat agung, sukaneka, pertandingan sukan dan memancing serta acara pertemuan dengan rakyat, ada pula jemputan ke majlis-majlis perkahwinan.

Nak 'huloq' pun kena tengok siapa pula yang jemput.  Kalau ketua pemuda atau ketua puteri yang kahwin, sampulnya tak sama dengan anak ketua cawangan atau ahli jawatankuasa bahagian. Macam ada hiraki pula. Nak hulur sebarangan tak boleh sebab tuan rumah akan letak sampul daripada YB di poket baju melayu yang sebelah atas.

Yang lain bercampur sahaja kerana dimasukkan dalam poket bawah dan apabila dah penuh disalinkan ke beg lain.  Itu biasa...!

Apabila minum pagi dan petang, bagi YB-YB di kampung memilih di gerai sahaja kerana di sanalah senang menemui pengundi atau rakan-rakan. Mulu-mula semeja, kemudian datang lagi dan dalam zaman telekomunikasi canggih kini, jumlah meja boleh bersambung menjadi empat atau lima.

Dulu-dulu, sayapun berani 'open table' minum pagi atau petang sahaja.Makan malam...oooops tak larat bang...

Di pejabat banyak juga yang tiris. Ada yang datang bawa anak-anak kecil dengan cerita dah lima enam hari minum teh kosong  sahaja dan makan roti canai dua keping berkongsi lima orang.  Sanggup dan laratkah YB berpeluk tubuh sahaja tanpa membuka dompet?

Kena tujuh lapan kali sebulan, akhirnya dompet tak tak boleh dibuka lagi sebab tak tak ada isi.
Saya melalui pengalaman-pengalaman seperti ini. Nak mengadu pada siapa?  Saya agak bernasib baik punyai cikgu semasa di kelas malam dahulu yang akhirnya sama-sama menjadi Ahli Parlimen. Nama cikgu itu, Ahmad Zahid Hamidi, ahli Parlimen Bagan Datoh yang kini Menteri Pertahanan. Ketika itu beliau adalah Ketua Pemuda UMNO.

Dengan tebal muka saya pinjam duit daripadanya. Pinjam RM2,000 bayar balik RM1,000 je.. Kena dua tiga kali tak apalah. Dia kata, "Bad.. kau kalau tak ada duit..tapi payah bayarlah " Saya senyum dan ucapkan terima kasih.  Selepas tu,nak pinjam lagi dah malu tetapi dia seorang guru yang amat mengenali anak didiknya.

Pengalaman sebegini bukanlah asing, cuma jarang-jarang diceritakan kepada umum kerana 'air muka'. Di Dewan Rakyat ketika itu, selain saya ada beberapa lagi YB yang dikategorikan sebagai "YB marhain"  Kami tidak ada pohon rendang untuk berteduh. Kami tetap bertuah kerana Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) ketika itu, Datuk Dr. Jamaluddin Jarjis (sekarang Duta ke Amerika) pemurah orangnya.

Tidak ramai yang tahu hal sebegini kerana umum menyangka YB-YB adalah Yang Berduit sedangkan sebenarnya YB bagi kami adalah Yang Broke atau Yang Bocor.

Ada orang sangka peruntukan yang diberi oleh kerajaan boleh digunakan. Oleh kerana kebanyakan YB berkereta Mercedes Benz, ada juga yang bertanya kepada saya bila nak dapat kereta mewah itu.  Pada jangkaan mereka, kereta disediakan oleh kerajaan. Nak merasa guna Mercedes Benz, saya beli juga sebuah tetapi model 300D bekas kereta sewa di Melaka Beli 300D kerana cukai jalan percuma. Kalau ada 500D mungkin saya beli juga sebab semakin tinggi ccnya, semakin murah sebab cukai jalan (bagi orang awam) sangat mahal.

Semasa memandu Mazda Bongo dan Pajero, beberapa kali saya tidak dibenarkan masuk ke kawasan letak kereta kerana yang jaga parkir tak percaya YB datang menaiki kenderaan sedemikian. Apabila Datuk Seri Rafidah Aziz yang ketika itu Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri beri AP (Permit Import) saya beli juga Mercedes besar dari United Kingdom dengan kos keseluruhannya hanyalah RM45,000.

Jadi dengan elaun RM6,500 sebulan, berapakah baki yang YB bawa pulang. Mungkin RM1,000 atau mungkin juga -RM1,500. Kalau jumlahnya negatif... maka terpaksalah cari sumber-sumber lain.
Maka haraplah elaun dinaikkan. Khabarnya, nak dinaikkan sehingga RM20,000 sebulan.  Itu pun belum dapat lawan elaun Ahli Parlimen di Singapura.

Malangnya kerana beberapa karenah bos-bos pembangkang, yang lain termasuk anak-anak buah mereka terpaksa gigit jari. Betullah kata Nazri...ala naik elaunpun bukan boleh jadi kaya, tetapi yang pasti kalau terus tak naik, boleh jadi kayap..

- OLEH DATUK BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ,BEKAS AHLI PARLIMEN HULU LANGAT

Sumber: AgendaDaily 

 

10 Oktober 2011

"Bujet kerajaan di buat lebih awal dari Buku Jinggay" kata DS Najib. Klik tengok video ni...



 Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir pihak pembangkang yang sudah kekeringan idea politik sehingga pembentangan belanjawan 2012 hari jumaat lepas turut dikatakan dicedok dari bajet Pakatan Rakyat.

Sumber KLpos

8 Oktober 2011

Kau ingat, bajet 2012 yang dibentang tu... Bajet Pak Pandir ke Anwar? Klik, baca sini!

Bagi pembangkang semuanya kelentong...Dan semuanya temberang. Maka tidak hairan kalau ia terus mendendangkan  lagu Bajet 2012 tidak realistik dan mengarut. 

Dakwa mereka mana kerajaan nak cari duit untuk menampung segala janji itu. Ia lupa semua kajian yang dibuat ke atas Buku Jingga yang dijadikan modal untuk memancing undi menjelang pilihanraya umum ke 13 menunjukkan ia tidak boleh pakai.

Begitu juga halnya dengan ‘janji poket kosong’ bajet pembangkang yang disebarkan untuk potong bajet kerajaan. 

Dalam usaha untuk menangkis dakyah pembangkang pada Bajet 2012 yang dibentangkannya di Dewan Rakyat petang Jumaat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tuduhan pembangkang bahawa ia tidak realistik menunjukkan mereka mati akal dan tidak mempunyai jawapan bagi menyerang kerajaan.

Beliau menegaskan bajet itu bukan janji kosong sebaliknya sesuatu yang mampu  dilaksanakan oleh kerajaan.

Perdana Menteri berkata kerajaan menggunakan  pakar-pakar dari Kementerian Kewangan, Bank Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan lain-lain untuk menyiapkan bajet itu.

“Bukan pak pandir. Semua pandai-pandai dan ada kelulusan Phd... Bajet kita bukan untuk sedapkan hati rakyat, kita tidak tipu rakyat. Sebaliknya ia merupakan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya semasa berucap pada majlis lawatan mesra rakyat di Ladang Tuan Mee, Ijok,Selangor ,Sabtu. 

Sementara itu menjawab soalan mengenainya dalam sidang akhbar di Kundang, beliau berkata adalah satu langkah bunuh diri dari segi politik jika kerajaan membentangkan suatu bajet yang ia tidak dapat laksanakan. 

Katanya kerajaan ada duit untuk menampungnya jika tidak ia tidak akan dibentangkan. 

Ditanya mengenai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pakatan pembangkang menolak cadangan untuk naikkan elaun semua Ahli Parlimen,Najib berkata beliau sendiri pelik. 

Katanya ini kerana Ahli Parlimen pembangkang pun mahu kenaikan elaun itu.

Sumber : AgendaDaily

Kata Kawan:
Masak dah dengan perangai puak-puak pembangkang ni... Dalam dok ngutuk-ngutuk dan kononnya kata tak nak tu... Toleh kanan, toleh kiri... masuk kocek juga akhirnya.. Tuiiihhh!!!

Senarai budget yang di ilhamkan demi rakyat.. Klik, baca sini!

"Perjuangan ini bukan perjuangan sehari, seminggu, sebulan mahupun setahun. Ia adalah perjuangan berdekad lamanya. Inilah bajet di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional diilhamkan demi rakyat. Kepada Allah jua kita berserah" 
- DS Najib Tun Razak.

Perumahan Rakyat
- Pembiayaan Skim Rumah Pertamaku dinaikkan kepada RM400,000
- 15,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat
- Subsidi RM20,000 bagi 10,000 rumah Program Perumahan Mesra Rakyat
 
Kakitangan Awam
- Struktur gaji lebih baik dengan kenaikan gaji 7-13 peratus
- Kenaikan gaji tahunan antara RM80-RM320 mengikut gred
- Umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun
- Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500
 
Pesara Kerajaan
- Bayaran khas RM3,000 kepada bekas anggota, duda dan balu polis
khas dan polis tambahan
- Kenaikan pencen 2 peratus setahun
- Bayaran bantuan RM500

Sektor Swasta
- Caruman majikan KWSP untuk gaji bulanan di bawah RM5,000 dinaikkan kepada 13 peratus
- Pelepasan cukai sehingga RM3,000 bagi caruman skim 
persaraan swasta dan anuiti insurans
- Pengecualian cukai ke atas pendapatan dana skim persaraan swasta

Warga Emas 
- Caj pendaftaran pesakit luar percuma di semua hospital dan klinik 
kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia
- Diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel

Tangani Inflasi
- Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000
- Penerusan subsidi bil elektrik RM20
- Penerusan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.3 bilion

Pelajar
- Yuran sekolah percuma
- Bantuan RM100 untuk semua pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5
- Baucar buku RM200 kepada pelajar IPTA dan

Peneroka FELDA
- FELDA Global Ventures Holdings disenaraikan di Bursa Malaysia untuk 
jadi syarikat konglomerat global
- Peneroka akan dapat durian runtuh

7 Oktober 2011

DI MANA LAYAKNYA PAS UNTUK PERINTAH MALAYSIA? Klik, baca sini!


PAS tak boleh memerintah Malaysia sebab: 


1. SEMBUNYI KEBENARAN
     
PAS selalu sahaja membuat apa yang dilarangnya sebelum ini. Buktinya dulu PAS haramkan untuk bergabung dengan orang kafir, kini dengan mudah dan bangga mereka bersekedudukan dengan DAPig. 

Ingatlah dalam surah al-Baqarah ayat 42,109 dan 174 :- Terdapat banyak ayat dalam Al-Quran yang melaknat mahupun menjatuhkan azab terhadap mereka yang sembunyikan kebenaran.

2. BERTUKAR PERANGAI

PAS telah menukarkan matlamat asal perjuangan mereka daripada mahu menjalankan hukum Allah beralih kepada menganjurkan rusuhan. Buktinya PAS memenangi beberapa negeri selepas PRU (Kedah dan Terengganu tetapi kini Terengganu kembali kepada pemerintahan BN) PAS bercakal nak jalankan hukum Allah bila memerintah tetapi mulalah banyak helah.

Ingatlah dalam surah Yunus ayat 25; Allah swt menyeru ke arah kesejahteraan dan maksud hadisnya ialah "Masuk Islamlah kamu semoga kamu selamat sejahtera".

3. BERSEKONGKOL DENGAN MUSUH MELAYU YANG MENENTANG ISLAM

PAS lebih mengemari hubungan silaturahim dengan DAPig yang nyata merupakan musuh Melayu. Ini bukan ilusi mahupun fitnah tetapi realiti di mana Haji Hadi bersekongkol dengan Lim Kit Siang dalam tunjuk perasaan Bersih di KL.

Ingatlah dalam surah Anisa ayat 107, Allah tidak suka kepada pengkhianat yang berdosa!!!!...

4.MENGAKU DIRINYA PILIHAN ALLAH

PAS sentiasa membawa semboyan bahawa parti ini adalah parti Allah. DalamSurah Al Baqarah ayat 79 "Celakalah orang yang menulis sesuatu dengan tangannya kemudian ia mengatakan ini adalah dari sisi Allah.. Nauzubillah.

5. MENJATUHKAN KEMULIAAN ISLAM

PAS memeperalatkan Islam. Mengapa PAS boleh bertahan sehingga ke hari ini? PAS telah menggunakan Islam sebagai platform perjuangan dan benteng pertahanan hingga mampu bertahan hingga ke hari ini. dan fahamilah patun dua kerat ini;-

UMNO alat parti untuk Islam
PAS alat Islam untuk parti

Maksud hadis jelas bahawa Islam adalah agama yang paling tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dan mulia darinya.

6.MENGEMBANG PERSETERUAN

PAS suka sangat kepada huru hara dan permusuhan. Wira tidak memburukkan mana-mana pemimpin di negara ini tetapi pemimpin PAS punya semangat juang yang cukup negatif dengan membangkit, mengungkit kesalahan pemerintah, semat perasaan dendam kepada kerajaan, bermusuh di antara umat Islam yang berlainan parti dan yang sungguh menjijikkan apabila tuduhan liar/fitnah semasa umat Islam dijadikan makanan utama mereka dalam memenuhi syarat hubungan sekutu politik semasa.

Ingatlah surah Al Aaraf ayat 58 Allah melarang melakukan kerosakan di muka bumi ini selepas ianya baik.

7.KENAPA TAK BANTU ORANG BUAT BAIK

PAS tak perlu bersusah payah untuk membentuk negara kerana semua yang hendak mereka laksanakan telah disediakan oleh Kerajaan BN. Apa sahaja yang dilaungkan oleh PAS semuanya telah dilaksanakan oleh Kerajaan BN dari apa yang dibuat oleh PAS. PAS memang jaguh ceramah tetapi sayang sejuta kali sayang bila hati mereka dibutakan kerana gagal melihat usaha yang dibuat oleh Kerajaan BN.

Ingatlah Ayat 2, Al Maedah " Bertolong bantulah kebaikan dan taqwa, jangan boleh buat dosa dan permusuhan.

8. ORANG LAIN SEMUA TAK BAIK

PAS sentiasa menafikan kebaikan sesama manusia khusunya pemimpin UMNO. Setiap usaha yang dilakukan oleh pemimpin UMNO sering disalh tafsirkan dan dianggap tidak ikhlas. Tetapi adakah PAS terfikir bahawa UMNO banyak memperjuangkan hak umat Islam dan tidak terkecuali juga ahli PAS kerana kita adalah saudara Islam.

Ingatlah ayat 11, Surah Hujurat menyatakan Jangan engkau menghina sesuatu kaum boleh jadi mereka lebih baik dari kamu.

9. TERUS BERPEGANG DENGAN PETUA SESAT

PAS tidak islah (membaik puluh) masyarakat dengan petua takfir ajaran sesat. Cukup membimbangkan di kalangan ahli PAS mereka dengan jelas melihat kepincangan ajaran PAS tetapi masih memperakuinya seperti menyatakan UMNO kafir.

Ingatlah dalam surah Al Baqarah ayat 160 Orang yang menyembunyikan kebenarana dari Allah, mereka akan dilaknat melainkan mereka yang taubat dan Islah (mebaik pulih) semula ke jalan yang benar.

10. SUKA CERCA ORANG

Lumrah kehidupan pengikut PAS menjdikan sifat suka mencerca orang adalah amalan mulia hingga mengatakan Allah juga mencarut dan amalan ini seolah-olah mulia di mata Allah nauzubillah..

Ingatlah dalam surah Al Hujurat ayat 11 da 12, Allah menegah kita dari mencari dan menghebohkan kesilapan orang lain dengan sangkaan yang buruk, caci maki dan berbagai gelaran yang hina.

11. YANG BERDENDAM

Golongan profesional yang menyertai PAS cukup jelas dilihat adalah di kalangan mereka yang bermasalah dengan kerajaan dan pemimpin (masalah peribadi). Seolah-olah pemimpin ini menjadikan PAS sebagai platform untuk menghentam kerajaan untuk melepaskan dendam kesumat di atas hajat  atau keinginan dhajal mereka yang tidak kesampaian.

Ingatlah dalam surah Al MAsad 'Allah menyuruh kita mohon berlindung dari hasad dengki

12.HARAM TAPI MAKAN

Semua pemimpin PAS mengambil gaji  dan pencen dari wang kerajaan yang dikatakan haram. Hampir semua pemimpin PAS, ahli PAS, penyokong PAS, yang bekerja dengan kerajaan, sama ada wakil rakyat, pensyarah, cikgu, ustaz, pegawai-pegawai di jabatan kerajaan.

Ingatlah mana-mana daging yang tumbuh dari punca yang haram neraka lebih utama untuknya.

13. MENAFI KEBAIKAN ORANG

Barisan Nasional banyak menabur jasa kepada rakyat semua bangsa, PAS hanya melaung di jalan raya. Inikah yang kita nak keharmonian negara huru hara.

Ingatlah dalam surah Al Baqarah ayat 195 Allah menyuruh kita bebuat baik kerana ia suka kepada kebaikan.

14.TIDAK BERSYUKUR

Bukankah wujudnya PAS kerana dasar kerajaan buat. PAS boleh bergerak dan bertanding pilihanraya adalah kerana dasar Demokrasi yang diguna pakai oleh Kerajaan BN. Tanpa Demokrasi PAS tidak wujud, kenapa menentang? Kenapa masukkan najis ke dalam hidangan? jangan marahkan tukang masak bila gigi kita sakit.

Ingatlah sesiapa yang tak berterima kasih sesama manusia dia tak mensyukuri nikmat Allah.

6 Oktober 2011

Tengok niii! Apa pentingnya PM nak jadi saksi pembelaan si Al-Juburit ni... Sendiri buat, sendiri tanggung la...


Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukan peguamnya untuk heret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan yang sedang berjalan sekarang gagal.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pagi Khamis membuat keputusan berkata  kedua mereka  tidak relevan dalam kes itu dan bukan saksi utama perbicaraan.
Beliau berkata Anwar gagal menunjukkan sebarang kaitan atau pentingnnya Perdana Menteri dan isteri dijadikan saksi pembelaan.
Katanya beliau membuat keputusan itu selepas meneliti afidavit, hujah dan rujukan oleh pihak-pihak yang terlibat dan mendapati Anwar gagal menunjukkan apa kaitannya dan pentingnya Najib dan Rosmah disapina sebagai saksi.
Dalam permohonan mereka yang difailkan pada 21 Sept lepas, Perdana Menteri dan isteri meminta mahkamah mengetepikan sepina itu dengan alasan mereka bukan saksi yang relevan dan penting untuk membantu Anwar dalam pembelaannya.
Anwar, 64, sedang dibicara berhubung tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Pada 8 Ogos lepas, Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar untuk menemubual 71 saksi termasuk Najib dan Rosmah yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan, sebagai saksi pembelaan.



Dalam permohonan mengenepikan sapina itu,peguam Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor berhujah antaranya :

Pertama : Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor bukan saksi penting dan bukan alibi Anwar


Kedua : Terdapat bukti transkrip dalam nota prosiding perbicaraan terdahulu bahawa peguam bela Anwar sendiri pernah memohon kepada mahkamah untuk mengetepikan sebarang keterangan atau bukti yang menunjukkan sebarang kejadian liwat yang dikatakan berlaku sebelum tarikh kejadian iaitu pada 26 Jun 2008.

Ketiga : Tindakan Ketua Pembangkang itu mensapina pasangan itu dipercayai tidak dibuat dengan suci hati dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah serta sebagai saksi pembelaan merupakan satu ekspedisi memancing maklumat.

Keempat : Menafikan mereka terlibat dalam konspirasi untuk mereka-reka atau mengada-adakan pertuduhan liwat itu bagi menyebabkan sebarang kemudaratan terhadap Anwar pada bila-bila masa.

Kelima : Muhamad Rahimi Osman sendiri,individu yang dikatakan terlibat dalam pertemuan itu tidak pernah dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakwaan mahupun oleh pihak pembela.

Heheheee.... Sendiri buat sendiri tanggung lah ye, 
wahai Al-Juburit....

5 Oktober 2011

Nak menambahbaikan proses pilihan raya.. Klik, ni dia 9 jawatankuasa yang akan tonggang tebalik...

Muhyiddin Yasin bersalaman dengan Pandikar Amin Mulia ketika menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih Pilihan Raya di Bilik Yang Dipertua Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, semalam. Turut kelihatan Ahli-ahli Jawatankuasa Pemilih (dari kiri) Dr S. Subramaniam, Ong Ka Ting, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat yang diadakan hari ini mengesahkan pelantikan sembilan anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung dengan penambahbaikan proses pilihan raya.
Dengan keputusan tersebut, tiada sebarang perubahan yang berlaku terhadap cadangan senarai anggota jawatankuasa seperti yang telah diumumkan oleh Barisan Nasional (BN) dan pembangkang sebelum ini.

Wakil BN terdiri daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili yang telah diberi tanggungjawab mengetuai jawatankuasa berkenaan diikuti oleh Datuk Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit), Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad (BN-Kangar), Tan Sri Dr. Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) dan P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor).

Sementara itu wakil pembangkang pula terdiri daripada Azmin Ali (PKR-Gombak), Dr. Mohd. Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) dan Anthony Loke (DAP-Rasah) manakala wakil daripada bebas ialah Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju).

Mesyuarat itu telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan disertai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam dan Ahli Parlimen Kulai, Tan Sri Ong Ka Ting.

Bagi pembangkang pula ia diwakili oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.

Sementara itu, menurut kenyataan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, kesemua nama anggota jawatan kuasa tersebut akan diumumkan pada sidang Dewan Rakyat esok.

3 Oktober 2011

ISU VIDEO ANWAR: TERBARU!!! Hanya ini yang Anwar ada... Saksikan...




Oleh klboyzwangsa – Inilah dia video promo Anwar Ibrahim kantoi melakukan aksi seks panas yang merebak di internet.

2 Oktober 2011

Pakatan tolak Nik Aziz? Kesian. Klik tengok sini..


Ini masalahnya kalau asyik nak redah main retorik dan sentimen hingga tidak tengok kiri kanan.Dicelah-celah polimek mengenai hajat Datuk Nik Aziz Nik Mat kata negeri Kelantan nak terus juga laksana hukum hudud,Sabtu Majlis Peguam sendiri bersuara.


Pandangan Majlis Peguam tentunya boleh buat Menteri Besar Kelantan itu tidak sedap badan setelah DAP sendiri berkeras tidak berganjak menentangnya seperti yang telah diluahkan oleh Karpal Singh dan Lim Guan Eng.


Presiden Majlis Peguam ,Lim Chee Wee dalam satu kenyataan meminta semua pihak supaya menghentikan retrotik masing-masing mengenai pelaksanaan hukum hudud.


Ia lebih hangat lagi bila ada pihak di Kelantan main dakwa saja ia boleh dilaksanakan di negeri itu kerana rakyatnya sendiri yang mahu.


Kata Chee Wee hudud  tidak boleh dilaksanakan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan rangka kerja perundangan negara ketika ini.


Menurut beliau  hukum Hudud, yakni undang-undang keseksaaan, tertakluk di bawah bidang kuasa Parlimen.

"Undang-undang seperti sedia ada tidak membenarkan pelaksanaan Hudud oleh negeri-negeri. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan negeri menggubal undang-undang mewujudkan peruntukan kesalahan seseorang keluar Islam, yang bertentangan dengan prinsip Islam dan hukuman berkaitan," katanya.



Lim berkata kesalahan-kesalahan itu tidak boleh termasuk perkara dalam lingkungan bidang kuasa kerajaan pusat.


'Oleh itu, tidak boleh ada replikasi sebarang kesalahan dalam lingkungan undang-undang persekutuan dengan tahap hukuman yang berbeza hanya bagi orang Islam," katanya.

Lim berkata hukum Hudud, jika dilaksanakan di Malaysia, hanya untuk orang Islam dan tidak untuk bukan-Islam menunjukkan ia bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.



"Seorang Islam juga akan terdedah kepada dua bentuk pendakwaan atau sabitan kesalahan berbeza - satu di bawah Hudud dan satu lagi di bawah Kanun Keseksaan, bercanggah dengan Artikel 7(2) Perlembagaan Persekutuan," katanya.


Apa yang menjadi persoalan  jika  negeri-negeri secara individu tidak boleh laksanakan dan di pusat pula ( kalau pun pakatan pembangkang berkuasa) pasti DAP akan tentang. KLIK : DAP TETAP TOLAK HUDUD.


Jadi apa tujuan  Nik Aziz membangkitkannya semula?


Ini lebih-lebih lagi setelah PAS dimuktamarnya sudah menukar slogan negara Islam kepada negara kebajikan.


PAS sendiri cukup tahu realiti keadaan di Malaysia yang mempunyai masyakakat majmuk.
Jika tidak mana mungkin parti itu mahu menukar slogan yang selama ini menjadi bahan yang dijajanya setiap kali menjelang pilihanraya.


Malah ia sendiri kalut cuba mengejar undi orang bukan Melayu hingga mengadakan slogan PAS For All.


Kata orang faham-fahamlah ia tidak lebih dari retorik politik Musyridul Am PAS itu yang mungkin pedih telinga mendengar soksek di kalangan parti sendiri yang terasa ia sudah lari dari landasan perjuangan asal.


“Ia tak lebih dari cubaan coverline saja,”kata seorang pemerhati politik.



SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.