GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

RM2.6 wang 1MDB?

31 Mac 2012

ANWAR TENAT II (VIDEO) : Wan Azizah maki kata Shamsidar seorang perempuan sundal dan jalang...


"Ya. Anwar ada hubungan sulit dengan Shamsidar," katanya pada Sidang Media yang diadakan kelmarin. 

Nalla juga menambah, beliau akan terus mencabar dan menunggu untuk mengadili segala pertuduhan yang beliau lemparkan terhadap Anwar di mahkamah dan 
bertegas tidak akan mengubah pendiriannya dalam membuat pertuduhan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa merupakan seorang Biseksual.

Beliau berkata tindakan penyokong Anwar yang telah membuat ugutan terhadapnya agar menghentikan segala tuduhan-tuduhan beliau langsung tidak akan dipedulikan malah telahpun menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Malah Nalla turut membuat satu lagi pertuduhan secara terbuka mengenai hubungan Ketua Umum PKR itu bersama isteri kepada Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.

Pertuduhan Nalla juga di akui dan di suarakan Ummi Hafilda ketika hadir di majlis yang sama. Menurut Ummi, Wan Azizah sendiri tahu dan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Shamsidar seorang perempuan sundal dan jalang... 



Selanjutnya, saksikan pengakuan Ummi di video bawah:


Dalam pada itu, Mohamed Azmin yang juga pemimpin kanan PKR dan ADUN Bukit Antarabangsa masih terus berdiam diri sehingga hari ini 

Banyak perkara didedahkan sejak kebelakangan ini dan ada blogger yang secara terang-terang menghentam pemimpin kanan PKR itu termasuk membangkitkan isu berkaitan keluarganya.
“Mohamed Azmin harus jawab semua perkara itu dan bukannya mencari kesalahan dan mempertikaikan orang lain,” katanya dipetik dari Berita Harian Rabu. 


Jika apa yang didedahkan itu tidak benar... mengapa Mohamed Azmin tidak menyaman mereka kerana budaya (saman) bukannya perkara baru bagi pemimpin pembangkang.

“Seluruh rakyat sedang menunggu penjelasan Mohamed Azmin dan kita amat berharap pihak berkuasa memperjelaskan status siasatan berhubung isu berkenaan,”

30 Mac 2012

ANWAR TENAT I : Saksi sebenar keburukkannya, muncul lagi! Baca sini...



Beberapa hari berlalu sejak Anwar Ibrahim secara rasmi memfailkan notis saman terhadap bekas rakannya Datuk Nallakaruppan, namun tidak ada tanda langkah tersebut mampu menyebabkan Nalla mengunci mulut untuk seketika mahupun untuk satu tempoh yang panjang.


Tambahan pula Nalla tidak keseorangan untuk menghadapi saman Anwar di mahkamah kelak apabila turut mendapat sokongan rakan-rakan lain terutama sekali dari kalangan bekas pemimpin PKR seperti Ezam Mohd Nor, N. Gobalakrishnan, Zahrain Mohamed Hashim, Annuar Shaari dan beberapa yang lain.

Malah ugutan kekerasan oleh dua orang penyokong Anwar sehari lepas yang mahu Nalla berhenti bercakap isu berkaitan Anwar Ibrahim juga tidak berdaya menggugat tekadnya untuk terus membongkar salahlaku Ketua Umum PKR itu.

Semasa sidang akhbar semalam, sekali lagi secara terbuka Nallakaruppan menegaskan Anwar sebagai seorang biseksual dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri ataupun Ketua Pembangkang di parlimen - satu kenyataan yang agak memedihkan seumpama menambah garam pada luka.

Manakala itu, peguam terkemuka yang mewakili Nallakaruppan, Datuk Seri Shafie Abdullah pula meminta peguam bela Anwar segera menyerahkan writ saman di pejabatnya bagi mempercepatkan proses perbicaraan yang sekiranya mendapat kerjasama semua pihak berkemungkinan dapat diselesaikan kes tersebut dalam tempoh dua bulan ke tiga bulan.

Keyakinan di pihak Nallakaruppan banyak berkaitrapat dengan faktor beberapa bukti penting yang memihak kepadanya termasuklah berkaitan dengan penglibatan isteri Azmin Ali, Shamsidar yang pernah banyak kali menjadi 'santapan' Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, tekanan yang bertali arus dari Nallakaruppan telah menyebabkan Anwar seakan naik angin apabila mengherdik wartawan setelah soalan berkaitan samannya ke atas Nallakaruppan diajukan.

Menurut wartawan Agendadaily, Anwar Ibrahim seperti hilang kesabaran bila diminta mengulas isu saman. Suasana dilaporkan sedikit tegang tambah lagi bila wartawan terbabit menyarankan supaya Anwar mempercepatkan proses saman kes tersebut.

Dalam kes Nalla lawan Anwar ini, faktor bila kes perbicaraan saman akan bermula dan selama mana ianya berlangsung banyak bergantung pada pihak Anwar, itulah hakikatnya.

Pada masa sekarang Anwar hanya baru saja memfailkan saman, namun hingga kini writ saman tersebut belum juga diserahkan kepada Nalla sendiri mahupun peguamnya. Jika Anwar serius, sepatutnya sejak dari awal lagi selepas saja saman difailkan, writ saman segera diserahkan kepada pihak Nalla.


Apapun, kita tunggu dan lihat sehingga bila Anwar boleh bertahan dengan asakan & desakan umum yang mahu beliau menyegerakan kes ini. Di pihak Nalla, tekad dan kesungguhannya untuk menghadiri perbicaraan mahkamah sudah terserlah sejak awal lagi hingga kini tetap utuh tidak berganjak.

Ramai yang menantikan penghujung kes ini dengan penuh minat tinggal lagi cuma Anwar sahaja yang masih kelihatan seperti blur & tidak tentu arah, seakan mengiakan beberapa maklumat dalaman PKR yang menyebutgame plan Anwar jauh tersasar daripada yang dijangkakannya.


27 Mac 2012

PAS Dan Yahudi: Hubungan Dengan Zionis Haram, Negara Israel Halal





Setelah Anwar Ibrahim, calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat menyatakan yang beliau “menyokong usaha melindungi Negara Israel”, dengan tidak semena-mena, Tuan Guru Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan, “Umat Islam boleh bekerjasama dan berniaga dengan Yahudi yang tidak berpandangan Zionis.” 

Dan kemudiannya, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata pula bahwa, “Yahudi tetap haram dan apa bentuk urus niaga dengan mereka menghasilkan sebutir peluru yang telah dan bakal menembusi jantung umat Islam Palestin”.

Tetapi, kemudian lagi pula, Nasruddin menafikan kenyataannya sendiri dan memberi alasan bahawa ianya  telah dipetik separuh sahaja oleh Sinar Harian.  Beliau juga ‘memperbetulkan’ kembali apa yang dilapor oleh Sinar Harian dengan hujah-hujah yang menyamai hujah Hadi iaitu tidak salah berurusniaga dengan Yahudi yang tidak memusuhi umat Islam dengan memberi contoh bagaimana Rasulullah S.A.W berniaga dengan Yahudi. 

Hadi dan Nasrudin boleh membelit dan boleh menepis kata-kata mereka sendiri semahu-mahunya. 

Tetapi, mereka tidak boleh menepis sejarah.  Kita tidak pernah lupa bagaimana mereka telah melabel kerajaan sebagai Zionis dan Tun Dr. Mahathir sebagai Firaun apabila buah pisang kaki Israel dibawa masuk dari Singapura pada tahun 2000.   Bukankah ini juga merupakan hubungan dagang dengan Yahudi yang tidak memusuhi kita?  Kenapa dulu haram dan sekarang halal?

Dan kita juga tidak lupa dengan drama PAS dan PKR meroyan dan histeria sakan apabila BN menggunakan khidmat syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan orang Yahudi, iaitu APCO sehingga melabelkan konsep 1Malaysia sebagai 1Israel.  Walaupun telah diterangkan berkali-kali bahawa APCO bukan milik Yahudi dan Malaysia tidak pernah berhubungan dagang dengan Israel tetapi PAS dan PKR terus melompat-lompat di parlimen dan di jalanraya menolak hujah bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis. 

Sungguh hebat sekali kebencian PAS terhadap Yahudi sehinggakan kelihatannya seolah-olah terlanggar bahu dengan seorang Yahudi di luar negara juga akan dilabel PAS sebagai Zionis.   

Pemain kriket Yahudi juga dirujuk sebagai Zionis dan tidak boleh berhubung mahupun melihat mereka bermain atau akan jatuh hukum sebagai talibarut Zionis oleh PAS.   Pendek kata, nama Yahudi, Zionis, Israel haram untuk disebut pun. 

Dan siapakah yang menghasut budak-budak separa masak di Universiti Malaya untuk berdemo memboikot KFC dan McDonalds kerana kononnya kedua-dua perniagaan ini punya kaitan dengan Yahudi?   Bukankah pada ketika itu, mati dalam keadaan berdemo menentang Yahudi adalah mati syahid mengikut fatwa PAS? 

Sedangkan apakah bukti yang PAS ada bahawa KFC dan McDonalds itu menyumbang dana untuk Zionis?  Tidak ada sama sekali. 

Tetapi yang ada hari ini ialah bukti kukuh dan jelas bahawa Anwar Ibrahim, “menyokong usaha melindungi negara Israel”.  Dan kata kunci di sini ialah “negara Israel”. 

Dan dengan kata kunci ini, PAS boleh berpusing keliling menjelaskan bahawa berniaga dengan Yahudi tidak haram selagi mereka tidak berpandangan Zionis, tetapi PAS tidak boleh menafikan bahawa Anwar menyokong usaha untuk melindungi negara Israel, yakni, pastinya bererti Anwar mengiktiraf Negara Israel. 

PAS juga tidak boleh menafikan bahawa selagi mereka berada di dalam Pakatan Rakyat, maka mereka secara rasminya menerima Anwar sebagai Ketua Pembangkang, yakni ketua mereka.  Dan sebagai ketua, PAS wajib akur atas segala arahan serta menerima pendirian Anwar termasuk dalam isu Negara Israel ini. 

Kesimpulannya, benar bukan semua Yahudi itu Zionis tetapi itu bukan isunya. 

Isunya kekal mengenai persoalan apakah PAS tetap bersama Anwar walaupun jelas Anwar menyokong Negara Israel.

VIDEO HANGAT: Anwar berjanji lagi woiii!


Rakyat tidak sepatutnya membiarkan perkara itu berulang pada PRU kali ini. Sebagai contoh, Perdana Menteri menegaskan rakyat di Selangor hendaklah menolak kerajaan negeri yang sehingga kini tidak mampu mengotakan janji yang ditabur ketika mereka ingin menawan negeri berkenaan pada PRU-12.

Antara janji yang tidak ditunaikan itu, termasuk penurunan 20 peratus cukai pintu dan cukai premis perniagaan, perkhidmatan kesihatan percuma untuk warga tua, bantuan ibu tunggal RM600, bantuan RM1,000 untuk pelajar melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan bantuan prasekolah RM50. 

Tatkala janji ini pun belum dapat ditunaikan, mereka senaraikan pula janji lain dalam Buku Jingga yang ternyata hanya bertujuan memancing undi, seperti penghapusan tol lebuh raya dan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta penurunan harga minyak.

Justeru adalah wajar rakyat di Selangor dan negeri lain yang kini dikuasai pembangkang sedar bahawa apa yang dijanjikan itu adalah janji kosong semata-mata untuk menang pilihan raya.

Selanjutnya klik tajuk ini: 
PR kini sebuk 'menanam tebu di tepi bibir' , menipu je!

23 Mac 2012

Anwar memadu kasih di Taj Mahal


Saksikan video ini!
Bukan main seronok Ketua Pakatan Pembangkang, Anwar Ibrahim berkongsi cerita merapunya dihadapan rakyat pada Program Ceramah Khas Pendedahan Anwar bertempat di perkarangan Tokong Kuan Tee, Lukut Port Dickson malam tadi.

Berceramah dengan cakap-cakap kosong, merapu yang bukan-bukan...
MP pun tak hairan dah dengan gelagat serta gaya Anwar ni.
Kehulu kehilir menyalak, menagih sokongan rakyat dengan fitnah dan memburukan org lain menjadi sifat Anwar yang tidak pernah berubah sejak dulu lagi.

Pssstttt! Kesian Kak Jijah... 
32 tahun menanti janji dari Anwar.
Kalau dengan isteri pun ambik masa 32 tahun untuk tunaikan janji.
Tak pelik la dengan rakyat yang hanya 'janji tinggal janji'...


22 Mac 2012

Untung laaa DAP... Klik baca ni!

"PKR dan DAP harus bergabung bagi menyukarkan PAS menubuhkan Negara Islam dan mengelakkan perebutan kerusi" 
- Jason Ong, PKR Bukit Bendera. 

Berikut (atas) adalah kenyataan yang di petik pada laporan akhbar The Star, Rabu 21 Mac 2012 di bawah tajuk “Merging Will Make Us Stronger” bermaksud 'Penggabungan Akan Membuatkan Kita Lebih Kuat'.
Menurut Jason Ong lagi, “Ahli-ahli DAP kebanyakannya adalah dari kaum Cina dan PKR pula merupakan campuran Melayu dan India, jadi ia akan memberi keseimbangan jika kedua-dua parti ini bergabung. Lagipun DAP dan PKR punya banyak persamaan yang akan memudahkan penggabungan ini. Ia juga akan memudahkan kerana kita tidak perlu lagi melalui pemimpin-pemimpin parti yang berasingan.”
Tambahnya lagi, “adalah merupakan hak PAS untuk mempromosi ideologi Negara Islam tetapi sama ada ia akan dilaksana atau tidak adalah soal lain sama sekali”.

Emm.. apa macam PAS? Tak rasa terhina ke dengan kenyataan diatas?

Huhhh!... Tidak sabar MP nak menunggu respon PAS mengenai perkara ini. Silap gaya, UMNO dituduh bersalah dek puak-puak ni. PAS akan kata UMNO sebenarnya telah memerintahkan akhbar the Star memutarbelitkan kata-kata Jason Ong bertujuan untuk melaga-lagakan mereka dengan DAP dan PKR.

Apapun, rakyat tahu bahawa laporan tersebut benar dan tiada siapa memutarbelitkan apa-apa.

MP juga setuju, bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan iaitu kedua-duanya tidak menginginkan Institusi Raja dan kedua-duanya menjulang konsep kesamarataan yakni ingin menghapuskan hak istimewa bumiputera.

Sebelum ini, PKR telah beberapa kali menguji sentimen orang Melayu terhadap Institusi Raja melalui beberapa tindakan mencabar dan memperlekeh titah Sultan dan PKR sedar bahawa majoriti masyarakat Melayu tidak menerima sikap derhaka mereka.

Daripada itu, keadaan memaksa PKR berdolak dalih mengenai pendirian sebenar mereka dalam isu Raja-raja dan Hak Istimewa Bumiputera agar tidak dipinggirkan oleh pengundi Melayu. Antaranya kenyataan Nurul Izzah sendiri iaitu 'parti PKR akan tetap mempertahankan perlembagaan'. Namun, yang pasti segala kenyataan atau slogan membela Melayu yang di laungkan hanya sebagai ‘damage control’.

Sebaliknya, niat sebenar PKR jelas terserlah apabila Jason Ong sendiri mengakui bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan. Hakikatnya, PKR turut menyokong agenda perjuangan DAP untuk mewujudkan Malaysian Malaysia asalkan Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri.

Jika gabungan ini menjadi kenyataan, di manakah kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat? Walhal, PAS telah pun bersetuju untuk menggugurkan Negara Islam dari perjuangan mereka, justeru kenapa isu Negara Islam masih membelenggu PR?

Ini membuktikan bahawa DAP dan PKR tidak pernah mempercayai PAS. Tetapi di masa yang sama, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak serius untuk melaksanakan Negara Islam.

Seperti kata Jason Ong, PAS boleh menggunakan Negara Islam sebagai bahan promosi tetapi itu tidak bermakna PAS ingin dan akan melaksanakannya. Pendek kata, PAS boleh mempromosinya sehingga hari kiamat tetapi tidak akan melaksanakannya.

Bagi DAP dan PKR... PAS tidak mungkin menentang perintah dan keinginan mereka yang menolak Negara Islam kerana diakui pemimpin-pemimpin PAS semuanya tidak bermaruah belaka.

Sudah pasti PAS akan sanggup melakukan apa saja, hatta rela memperhambakan diri biar pun dicemuh di hina PKR dan DAP asalkan mereka tidak dibuang dari Pakatan Rakyat dimana mereka akan terlepas peluang untuk ke Putrajaya.

Justeru, kenyataan Jason Ong itu bila dilihat pada kedudukan yang lebih luas selain dikait dengan pandangan di sudut ideologi PAS. Kenyataan tersebut, jelas menampakan PKR hilang keyakinan untuk berdepan di pilihanraya kali ini.

Pada MP, PKR sememangnya telah lama berada dalam keadaan nazak. Anwar Ibrahim sendiri khabarnya tidak yakin untuk bertanding di Permatang Pauh dan anaknya Nurul Izzah juga kemungkinan terbenam jika bertanding di Lembah Pantai.

Dimana desas-desus bahawa Anwar akan meninggalkan negara dalam masa terdekat kerana menyedari yang dirinya sudah tidak lagi popular, di lihat tidak mustahil akan berlaku. Ketika itu, segala tindakkan dan serangan akan dilempar dari luar di samping menyalurkan dana serta menghulurkan bantuan kepada sahabat-sahabat zionisnya dalam misi ‘menjajah’ Malaysia.

Tanpa Anwar, akan lebih memudahkan PKR dan DAP bergabung kerana tidak mungkin gabungan itu boleh menerima dua tiga orang ketua sekali gus. Apatah lagi dengan semua calon-calon ketua yang ada iaitu Anwar, Kit Siang, Karpal, kesemuanya bersifat gila kuasa dan mempunyai sikap diktator.

Mana mungkin para diktator ini sanggup mengalah menjadi No. 2 atau No. 3.

Namun, seandainya Anwar dapat meletakkan dirinya dikedudukan teratas diantara rakan yang lain... Cerita dan kesahnya takkan kemana. Jangan mimpi Anwar akan dapat membentuk kuasa sesuka hati. Mana tidaknya, rahsia Anwar segalanya telah berada digenggaman Karpal dan Kit Siang. 

Sudahnya, Anwar terpaksa akur dan tunduk pada kehendak Karpal dan terikat dengan ugutan Kit Siang dalam segala hal untuk selama-lamanya. Pendek kata, gabungan PKR dan DAP hanya akan menguntungkan DAP sahaja.

Harus Di Ingat!!!
Undi PAS + Undi PKR = Undi DAP

EKSLUSIF VIDEO: Sejarah Manusia & Penglibatan Askar Syaitan - Saksikan!

Wajib tonton!
Documentary berkenaan sejarah manusia dan penglibatan askar syaitan juga penipuan dunia. Video ini merangkupi simbol-simbol yang dipuja seperti simbol "Mata Satu" dan prasarana askar syaitan... Harap dapat dimaklumkan kepada semua rakyat di Malaysia!


Renung-renungkan lah!

21 Mac 2012

Ini lah gaya 'Pakatan Haram'

Semboyan yang sama didengar apabila DAP, PAS dan PKR bersama-sama dalam Barisan Alternatif pada PRU ke 12 pada 2008 dan sebelum itu pada 2004, 1999 dan lain-lain PRU sebelum ini. 


Parti cauvinis Cina, DAP menyeru agar semua ahli parti dan juga dari Pakatan Rakyat bersiap sedia berdepan dengan apa yang didakwanya sebagai pilihan raya umum paling kotor.

Bagi DAP dan parti pembangkang lain, setiap pilihan raya umum adalah yang paling kotor bagi mereka.

Malah melihat kepada semua dakwaan kosong mereka itu, tidak diketahui mana satu PRU yang paling kotor seperti yang didakwa dakwi selama ini.
Hakikatnya negara bakal menghadapi pilihan raya umumnya yang ke-13 sejak merdeka hampir 55 tahun lalu.

Bermula dari kemenangan besar Parti Perikatan yang mengikat kerjasama tiga parti mewakili tiga kaum terbesar di negara ini iaitu Umno, MCA dan MIC, kerjasama yang sama menjelma dalam bentuk Barisan Nasional pada pilihan raya umum 1974, setelah lebih empat tahun negera di bawah pentabdiran Mageran.
BN terus mengungguli kemenangan demi kemenangan sehingga ke hari ini.
Kemenangan yang dicapai pula jauh daripada apa yang didakwa pembangkang sebagai 'kotor', 'dimanipulasi', 'berat sebelah' dan sebagainya.

Hakikatnya rakyat sedar apa yang dijanjikan oleh BN selama ini samada dalam manisfesto pilihan raya mahupun dasar-dasar pembangunan yang digubal, semua dikota dan dilaksanakan.

Tidak mungkin Malaysia pada satu masa dahulu muncul sebagai salah satu 'Harimau Asia' dengan kemajuan ekonomi dan kewangan yang menakjubkan sekiranya negara mundur dan tidak membangun.
Malaysia juga masih terus menjadi antara destinasi pelaburan asing yang terbaik di rantau ini kalau tidak di dunia.

Sudah tentu segala program dan dasar pembangunan ekonomi di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan terus membawa Malaysia senagai sebuah negara yang kaya, maju, progresif dan membangun sesuai dengan matlamat Visi 2020.
Pembangkang terutamanya DAP tidak rela melihat negara maju di bawah BN.

Sebab itu parti itu dan juga PKR serta PAS sentiasa mengelirukan rakyat dengan membangkitkan isu-isu yang digembar-gembur sebagai rasuah, penyelewengan.
Ketika pembangkang sibuk menfitnah dan melontarkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, pembangkang pula tidak mempunyai apa-apa dasar yang mampu membuktikan kepada rakyat ia adalah jauh lebih dari BN.

Malah jika dilihat prestasi negeri-negeri yang di tadbir Pakatan Rakyat, tidak ada langsung pelaksanaan program pembangunan yang benar-benar boleh dikata mercu tanda kejayaan mereka.
Malah di Kelantan yang diperintah PAS sejak 20 tahun lalu, umpamanya, rakyat negeri itu masih ramai yang terpakasa meminum air perigi kerana bekalan air bersih gagal diimplementasikan.

Di Selangor pula, negeri yang diterajui PKR itu tidak kurang kepincangannya dengan kes pencurian pasir berleluasa sejak 2008.

Malah yang didakwa menjadi dalang kepada kecurian hasil mahsul negeri itu tidak lain tidak bukan adalah pemimpin-pemimpin PKR sendiri.

Kedah pula di bawah PAS menghadapi krisis kepimpinan yang serius.

Menteri BeSar yang dianggap degil, bongkak dan jahil mahu di paksa turun oleh beberapa Exco PAS yang lain.
Akhirnya pembangunan negeri terbantut akibat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat saling bertelagah sesama sendiri berebut kuasa.

Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng cuba memikat hati orang Islam dengan meningkatkan peruntukan kepada Jabatan Agama Islam negeri itu, seolah-olah hendak membuktikan orang Islam tidak pernah membangun di bawah BN.

Taktik DAP ini hanya satu muslihat politik untuk terus menipu dan mengaburi mata orang Melayu.
Parti itu pada dasarnya adalah serpihan daripada PAP yang berkuasa di Singapura.

Ketika pilihan raya umum 1964, PAP menggunakan slogan 'Malaysian Malaysia' sebagai tema kempennya.

Setelah Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 1965, slogan yang sama dijadikan cogankata DAP pula.

Ini menjadi bukti bahawa agenda DAP adalah untuk melenyapkan kuasa politik Melayu seperti mana yang berlaku di Singapura sekarang.

20 Mac 2012

Apa nak jadi si Khalid gagap ni? Rosak Selangor...

Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor semalam mengadakan perjumpaan dengan dua operator air antarabangsa - Suez Environment yang berpangkalan di Perancis dan Wessex Water dari United Kingdom. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk mendapatkan pandangan pengurusan air yang cekap sebagai persediaan Kerajaan Negeri mengambilalih industri air.

Jika ini bukan bukti mentaliti dijajah yang masih membelenggu fikiran pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR), maka ia adalah bukti bahawa PR mempunyai agenda tersembunyi dan dengan sengaja menolak mentah-mentah penyelesaian yang boleh dicapai yang ditawarkan oleh kerajaan pusat tetapi meminta ‘nasihat’ pakar asing bagi mengatasi masalah ini.

Pakar asing tersebut dikatakan bersedia berkongsi kepakaran dalam pengurusan air bagi memastikan model kerajaan Negeri bukan saja cekap dan berkesan malah boleh dibekalkan pada tarif yang munasabah.

Logiknya, tidak mungkin mereka tidak ‘bersedia’ untuk apa saja jika ia bermakna membawa keuntungan kepada syarikat mereka.

Tindakan Khalid ini bukan sahaja menimbulkan kesangsian di kalangan rakyat Selangor tetapi ia juga dilihat sebagai pengkhianatan terhadap negara kerana beliau secara terang-terangan menggambarkan kepada pakar luar tersebut bahawa kerajaan pusat bersikap tidak telus dan syarikat pengurusan air yang ada di negara ini tidak mahir belaka.

Malah beliau dengan ‘khianatnya’ berkata “kes di Selangor bukan soal apa yang anda boleh lakukan tetapi siapa yang anda kenal."

Pakar-pakar tempatan telah membentangkan masalah air yang bakal melanda Selangor jauh lebih awal sebelum ini. Lanjutan dari itu, kerajaan pusat telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk menangani masalah ini.

Untuk tujuan itu, fasa awal projek air bernilai RM8.65 bilion itu telah diluluskan oleh kerajaan Selangor semasa di bawah perintah Barisan Nasional, tetapi fasa berikutnya terhenti selepas Pakatan Rakyat menguasai Selangor dalam pilihan raya umum 2008.

Kerajaan negeri Selangor menawarkan sebanyak RM5.7 bilion untuk membeli kesemua syer-syer bukan milik kerajaan negeri dalam SYABAS, Puncak Niaga, SPLASH dan ABBAS dan berjanji untuk menurunkan tarif air sebanyak 24%. Logiknya bagaimana kerajaan negeri mahu menurunkan tarif sebanyak 24% sedangkan untuk membeli keseluruhan aset ini sahaja kerajaan negeri perlu membuat pinjaman sebanyak RM5.7 bilion?

Kerajaan negeri Selangor juga telah mengadakan perbincangan dengan syarikat dari Timur Tengah sebagai pilihan untuk menguruskan air Selangor dan syarikat tersebut bersedia menawarkan sehingga RM20 bilion bagi mengambil alih pengurusan air di lembah Klang.

Tetapi, ini pasti bermakna tariff air akan meningkat dengan drastik sekali. Tidak mungkin kerajaan negeri dapat membekalkan air dengan murah setelah menghabiskan RM20 billion untuk tujuan itu?

Kerajaan Persekutuan telah membayar pampasan bagi pengambilan tanah untuk menampung penyaluran air mentah dari Pahang dan semua syarat permohonan telah dipenuhi. Untuk itu, kerajaan Persekutuan memerlukan kebenaran kerajaan Selangor untuk memulakan kerja-kerja pembinaan melalui empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Ampang, Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang.

Kerajaan Pusat juga telah beberapa kali membuat rundingan dengan kerajaan Selangor mengenai isu berkenaan termasuk mengenai pelan pengambilan tanah untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 untuk Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor tetapi masih tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri Selangor.

Khianatnya kerajaan negeri Selangor ini sehingga mereka sanggup mengarahkan semua Majlis Perbandaran dan Pejabat Tanah supaya menghalang sebarang kerja-kerja pembinaan laluan paip penyaluran air dari negeri Pahang dilakukan.

Kerana ingin mengaut keuntungan licik, sama ada melalui perlantikan pakar asing atau apa saja, Khalid sanggup membiarkan rakyat Selangor menderita sedangkan beliau tahu yang bekalan air akan terus susut sehingga 13.4% jika penyelesaian tidak dilakukan dengan segera iaitu menyiapkan projek kerajaan pusat tersebut sebelum Jun 2014.

Justeru, tidak ada cara lain untuk rakyat Selangor menyelamatkan diri dari terus dikhianati oleh Menteri Besar sendiri. Caranya ialah mengembalikan Selangor ini kepada kerajaan pusat melalui pilihanraya nanti.

Mungkin ada yang menganggap artikel ini sebagai bahan kempen pilihanraya namun, sama ada ia bahan kempen atau tidak, ia hanya membawa fakta kebenaran semata-mata.

Sesungguhnya nasib rakyat Selangor berada di tangan sendiri. Renung-renungkan lah!

19 Mac 2012

Tokoh Pro-Israel: Anwar dan Obama sama je! Baca la..


Pada 4 Mach lalu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama, ketika berucap pada Persidangan Dasar AIPAC di Pusat Konvensyen mengatakan Washington terus komited mempertahankan keselamatan Israel, walaupun negara itu melakukan penindasan ke atas penduduk Palestin.

Obama, bahkan menganggap isu keselamatan Israel adalah suatu yang suci dan mulia atau 'sacrosanct'.

Awal daripada kenyataan Obama tersebut yang dibuat dihadapn ribuan tokoh Zionis-Yahudi dari seluruh Amerika Syarikat dan Israel, Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim juga membuat kenyataan yang 100 peratus sama kepada sebuah akhbar milik Yahudi.

Ketika ditemuramah dan ditanya mengenai pendapat beliau megenai isu keselamatan Israel dalam konteks konflik Palestin-Israel oleh Wall Street Journal pada 26 Januari 2012, Anwar dengan bangganya berkata:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel...," yang bermaksud "Saya menyokong semua usaha untuk menjamin keselamatan negara Israel..."

Apa yang disebut oleh Obama mempertahankan negara haram Israel sememangnya telah dijangka kerana Israel adalah negara satelit Amerika Syarikat di rantau Timur Tengah.

Amerika Syarikat yang bertindak sebagai 'ayah angkat' kepada Israel akan berbuat apa sahaja untuk mempertahankan negara itu dari segenap aspek kewujudannya termasuk kewangan, subsidi, ketenteraan, bantuan ekonomi dan sebagainya.

AIPAC pula merupakan satu badan pelobi Zionis-Yahudi yang berpusat di washington bagi menjamin segala dasar Amerika Syarikat terhadap Israel wajiblah menguntungkan negara itu.

Jadi apabila dikaji kenyataan Anwar yang saling tidak tumpah dengan apa yang disebut oleh Obama maka timbul persoalan asas dalam fikiran umat Islam di Malaysia, apakah bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga berkongsi pentas dengan Amerika Syarikat mempertahankan Israel?

Jawapannya boleh dilihat daripada sikap yang diambil oleh Anwar sendiri apabila beliau digasak bertalu-talu oleh umat Islam di negara ini berhubung kenyataan beliau itu.

Bukan hanya beliau terlalu bongkak dan sombong untuk memohon maaf kerana melukakann perasaan umat Islam di Malaysia, Palestin malah diseluruh dunia, bahkan Anwar tetap mempertahankan pendirian menyokong Israel, walaupun 'Israel menindas penduduk Palestin' seperti mana yang disebut oleh Obama dalam ucapannya.

Yang lebih mengejutkan ialah sikap Anwar ang menolak mentah-mentah keputusan Majlis Syura PAS yang mendesaknya menarik balik kenyataan beliau atau menyaman WSJ jika kenyataan beliau tersebut telah disalahertikan oleh akhbar itu.

Anwar tidak mahu menarik balik kenyataannya mahupun menyaman WSJ.

Kini terbongkar pula dakwaan bahawa Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR menerima dana dan bantuan kewangan daripada badan-badan bukan kerajaan yang berpengkalan samada di Amerika Syarikat atau Eropah.

Apakah hubungkaitnya sebuah parti yang didaftarkan di negara ini dengan pertubuhan-pertubuhan yang kononnya mempromasi demokrasi, keadilan dan ketelusan.

Tidak lain tidak bukan NGO-NGO ini adalah pertubuhan yang didalangi oleh gerakan Zionis antarabangsa untuk melemahkan negara-negara Islam seperti Malaysia dengan menerapkan nilai-nilai demokrasi ala Barat.

Pertubuhan yang melimpah ruah dengan dana ini dengan mudahnya sekali menyalurkan bantuan kewangan untuk mendokong aktiviti-aktiviti mana-mana organisasi di negara ini untuk menjayakan agenda tersembunyi mereka.

PKR adalah antara penerima dana-dana tersebut sejak ia bergerak aktif pada 1998.

Oleh sebab itulah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan tujuan dana yang diterima oleh PKR dan parti-parti politik pembangkang adalah dengan matlamat untuk menjatuhkan kerajaan.

Agenda menjatuhkan kerajaan bererti rancangan untuk membinasakan sistem politik negara yang berteraskan kepada dominasi politik bangsa Melayu dengan Islam sebagai asasnya.

Nyata kenyataan Obama dan Anwar berhubung Israel merupakan skrip lumrah yang mesti diucapkan oleh mana-mana tokoh yang pro-Israel apabila memperkatakan tentang isu keselamatannya.


"...support all efforts to protect the security of the State of Israel" adalah mantra suci yang mesti dilafazkan samada oleh Obama atau Anwar atau mana-mana individu yang tergolong dalam kategori 'friend of the West'.

BONGKAR: Video Anwar Ibrahim Berzina - Belum terjawab!



Belum Terjawab!!! 
Dimana Jam Omega? Mengapa tak bersumpah? Kenapa tidak saman Datuk T kalau ia satu fitnah?

Anwar jangan berselesa dengan senyapnya hal video prilaku beliau berzuna dengan seorang chinadoll yang di bongkar oleh Datuk T hampir setahun lalu. Apa yang lebih penting kita sebagai rakyat juga jangan alpa kerana hal ini bukan sesuatu yang boleh di permainkan.

Tidak mustahil banyak lagi rakaman video Anwar berzina yang tersimpan...
Tidak mustahil negara akan tergadai hanya dengan ugutan menggunakan bukti video-video lain yang ada di luar sana.

Kalau Anwar menjadi Perdana Menteri bagaimana?
Oleh itu, Anwar wajib selesai dan tamatkan persoalan ini. Kalau bercita-cita nak menjadi pemimpin negara. 

Buktikan video itu tidak tulin!
Atau...
Anwar harus lepaskan pangkat, tinggalkan kedudukan.
LETAK JAWATAN!!!

Saksi semula video dibawah...
Kalau bukan Anwar... 
SIAPA?





18 Mac 2012

Pembangkang ketakutan memikirkan Felda. Baca ni!


Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham kelak, sebaliknya pembangkang dapat melihat bahawa usaha ini hanya akan merugikan pihak pembangkang apabila dibiarkan dan bukannya warga Felda.

Pembangkang mengetahui undi di kalangan warga Felda akan merosot sebaik sahaja FGVH disenaraikan berikutan pelbagai hasil dan keuntungan yang akan dinikmati warga Felda hasil penyenaraian itu.

"Itu sebab mereka (pembangkang) memomokkan warga Felda dengan pelbagai tohmahan mengenai penyenaraian FGVH sebab mereka mahu rakyat menolak kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

"Isu ini (FGVH) hanya dipolitikkan pembangkang semata-mata untuk memecahkan undi warga Felda sebab mereka tahu Felda merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN)

Daripada 222 kerusi di Parlimen, 25 peratus undi adalah daripada kalangan warga Felda, justeru, pembangkang perlukan jumlah undi itu untuk memerintah.

Pembangkang terdesak menggunakan isu FGVH untuk meraih undi warga Felda. 

Sumber dari kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di BERNAMA / 18 Mac 2012

Kata MP:
DURIAN RUNTUH kepada peneroka Felda adalah ganjaran (rewards) untuk peneroka daripada Felda atas pengorbanan dan keringat warga peneroka mengusahakan ladang sejak lebih 30 tahun lalu.


Artikal berkaitan KLIK : PAS Bersungguh Halang Usaha BN Kukuhkan FELDA. Baca la ni!

17 Mac 2012

Kahkahkahhh... Anwar “chicken”. Tengok ni!

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan berdebat dengan blogger Raja Petra Kamaruddin di Kent, England adalah satu tindakan yang tidak konsisten.

Perdana Menteri berkata, “nampaknya dia (Anwar) tidak sanggup (berdebat dengan Raja Petra).”

"Kita mesti konsisten. Bila kita kata kita mengamalkan demokrasi dan kita bersifat terbuka, yang mana dia selalu salahkan kerajaan dengan mengatakan kerajaan (Barisan Nasional) tidak demokratik dan tidak terbuka.

”Tetapi sebenarnya, kalau kita lihat dari segi tindakan mereka seperti tidak membenarkan sesetengah akhbar serta mengharamkan menghadiri persidangan akhbar mereka, apakah itu konsisten dengan apa yang diluahkan mereka selama ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wan Hwa 2 yang bernilai RM9 juta di Mengelembu dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang melaporkan Raja Petra mendakwa Anwar “chicken” (pengecut) setelah meminta penganjur “Forum WikiLeaks” untuk mengeluarkan nama Raja Petra dari senarai peserta forum itu yang berlangsung pada Sabtu di Kent, England.


Sumber - BERNAMA

16 Mac 2012

PAS Bersungguh Halang Usaha BN Kukuhkan FELDA. Baca la ni!

Memandangkan pilihanraya semakin hampir, pembangkang semakin galak menjadikan Felda sasaran serangan mereka.  Mungkin di mata mereka, inilah satu-satunya isu yang ‘bernas’ untuk dimainkan.  Jika tidak hanya Datin Seri Rosmahlah yang dijadikan modal mereka untuk mencari kecacatan kerajaan dan Perdana Menteri.  

Semalam Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, membuat kecoh di parlimen menuntut kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas Parlimen bagi membincangkan tentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. 

Alasannya ialah terdapat peneroka yang yang membantah penyenaraian FGVH melalui memorandum dan injunksi mahkamah bagi menghalang anak syarikat Felda itu disenaraikan di Bursa Malaysia pada Mei/Jun ini.

Dengan itu, beliau menggesa agar kerajaan mengadakan satu referendum di antara Felda dan para peneroka Felda untuk mendapat kepastian mengenai jumlah sebenar yang menyokong atau yang tidak menyokong keputusan tersebut. 

Jelas di sini bahawa Salahuddin dan PR, amnya bukannya ingin membela nasib peneroka atau sesiapa, tetapi mereka hanya ingin mencari publisiti murahan.  

Strategi ini adalah sama seperti yang mereka lakukan dalam isu Lynas di mana mereka memilih jalan membuat bising di jalanan dan bukannya mencari penyelesaian secara tuntas mengikut undang-undang.  

Cumanya, di dalam isu Felda ini, mereka memilih undang-undang dan menghabiskan wang rakyat daripada membiarkan ianya ditentukan secara aman dan diplomasi di dalam Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM).   Ini kerana cara ini akan memberikan lebih banyak publisiti kepada pembangkang.  

Sedangkan, jika alasannya adalah untuk mendapat gambaran sebenar sokongan peneroka terhadap penyeneraian ini, ia sudah boleh dilakukan melalui EGM sebelum ini yang meletakkan agenda perbincangan mengenai isu ini antara Felda dengan Koperasi Permodalan Felda (KPF).   Cara ini adalah lebih demokratik di mana undian boleh diadakan bagi mencari penyelesaian yang mampu memuaskan hati semua pihak.

Tetapi, PAS juga yang bertindak menghalang EGM tersebut dari berlangsung pada 29 Februari lalu.  Dan kini mendesak agar referendum di antara dua pihak itu diadakan pula.  

Apakah rasionalnya tindakan PAS ini?  Bukankah ini menunjukkan yang pembangkang sengaja ingin membuat bising? 

Benar, jumlah peneroka Felda adalah 112,635 dan hanya 1,300 orang daripada mereka terpilih sebagai wakil dalam KPF.  Namun wakil KPF itu telah dipertanggungjawabkan untuk membawa suara majoriti para peneroka dari kawasan masing-masing dan tidak ada alasan bahawa suara 1,300 tersebut tidak akan menunjukkan suara majoriti dari 112,635 orang.  

Bayangkan berapa lama dan berapa banyak kos yang perlu digunakan untuk mengadakan referendum bagi mendapat pandangan 112,635 orang peneroka dari seluruh pelusuk pedalaman Felda.   Nampak benar apa yang disarankan oleh PAS ini amatlah tidak masuk akal sekali gus menggambarkan cara pemikiran PAS yang tidak rasional, tidak professional dan tidak realistik sama sekali.  

Dalam ertikata lain, PAS hanya ingin memanjangkan isu Felda ini demi memberi sedikit modal untuk mereka berceramah dalam kempen pilihanraya nanti.  Ia tiada kena mengena dengan membela nasib peneroka atau siapa saja.  

Apa yang PAS lakukan hanya akan merugikan para peneroka kerana PAS ingin menafikan ‘durian runtuh’ yang bakal dinikmati mereka hasil penyenaraian ini.   

Takut benar PAS jika peneroka mendapat nikmat kerana ia hanya akan menunjukkan betapa bijaknya kerajaan dan pengurusan Felda, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan BN di dalam Felda. 


Bukan hanya Azizan, PAS juga gagal mentadbir Kedah. Klik baca sini!

Punyalah meluat MP dengan perilaku yang di tunjukkan oleh MB PAS Kedah ni. Dikala menghadapi pergolakkan dan sudah tentu masih banyak masalah yang perlu diselesaikan, beliau dilapurkan sebuk mahu mengambil cuti panjang dalam masa terdekat ini.

Azizan sekarang ibarat Jeneral yang hidup dalam ketakutan. Perlantikkan semula keatas 2 exco, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr. Ismail, kini menghantui dirinya. Antara bukti jelas, dimaklumkan Azizan telah memecat salah seorang pemandunya kerana disyaki menjadi talibarut kepada Phahrolrazi minggu sudah.

Ini menggambarkan kualiti kepimpinan Azizan yang begitu lemah. Tidak cukup setakat itu,tindakkan Azizan menganugerahkan kontrak bernilai jutaan ringgit kepada syarikat yang ada kaitan dengan parti... Pun sudah memperlihatkan tidak ketelusan Azizan dalam mentadbir negeri.

Dari semua justifikasi di atas sudah cukup untuk mengatakan Azizan adalah seorang pemimpin yang tidak boleh diharap termasuklah PAS yang dilihat sebagai parti metah dalam membentuk kepimimpinan negeri.

Dalam hal ini, rakyat harus buka mata dengan kecelaruan pimpinan pakatan pembangkang yang bercita-cita untuk menawan negara. Yang mana telah terlanjur dan tersilap pada PRU12 yang lalu... Kembalilah kepangkal jalan, kembalilah kepada BN. Agar Kedah dapat kita tawan semula. BN terus memerintah negara...

Undi PAS = Undi DAP!



15 Mac 2012

Kantoiiii!!! Rafizi bangkit isu pertunangan anak PM... PKR panas punggung! Baca sini...

Kali ini puak-puak PKR serta blogger pro PKR nampak begitu beserabut serta hangin dengan tindakan Rafizi Ramli, selaku Pengarah Strategi PKR yang menjadikan kes ‘penyalahgunaan kuasa’ Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1997 sebagai rujukan untuk menyokong dakwaannya bahawa Perdana Menteri Najib turut menyalahgunakan kuasa kerana melibatkan pegawai Pejabat Perdana Menteri dalam urusan majlis pertunangan anaknya pada Jun 2011.

Rafizi Ramli di anggap kurang ajar, dan ramai rakan penulis dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang jelas tidak senang dengan banyak tindakan Rafizi kebelakangan ini.  Rafizi dikatakan menggunakan hubungan baiknya dengan Presiden Parti, Datin Seri Wan Azizah Ismail untuk mengatasi peranan Shamsul Iskandar sebagai Ketua AMK, termasuk mendapatkan jawatan di pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dan macam-macam lagi lah...


So... Paham-paham je la, Anwar mana pernah betul hidup dia.

Kalau tak caye, baca keratan potal dibawah:  KLIK UTK LIHAT LEBIH JELAS.




14 Mac 2012

Isu Anwar Dan Israel Hangatkan Dewan Rakyat. Baca ni!

Kontroversi kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu keselamatan Israel mencetuskan kekecohan di kalangan Ahli Parlimen pembangkang dan Barisan Nasional (BN).

Kedua-dua pihak saling bertikam lidah antara satu sama lain hingga menyebabkan suasana persidangan Dewan Rakyat kecoh selama hampir 30 minit.

Kekecohan bermula apabila Nurul Izzah Anwar (PKR, Lembah Pantai) bangkit membantah jawapan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang disifatkannya cuba mengelirukan Dewan Rakyat kerana hanya memetik sebahagian kenyataan Anwar seperti yang dilaporkan akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Bagaimanapun Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis tidak menghiraukan bantahan Izzah dan terus menjawab soalan asal yang dikemukakan Datuk Juslie Ajirol (BN, Libaran) berhubung sumbangan yang telah diusahakan Malaysia terhadap Palestin.

Izzah kemudianya mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36(12) untuk merujuk Anifah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana memberi jawapan yang mengelirukan pada persidangan Dewan Rakyat.

Bagaimanapun Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau akan membuat keputusan mengenai perkara berkenaan selepas mengkaji Peraturan Mesyuarat tersebut.

Tidak berpuas hati dengan jawapan berkenaan, Izzah sekali lagi bangkit menggunakan Peraturan Mesyuarat 26(1)(b) yang menuntut speaker membuat keputusan sewaktu kejadian berlaku.

Namun Wan Junaidi bertegas dengan keputusannya untuk membuat pertimbangan mengenai isu yang dibangkitkan selepas kajian terpeinci dibuat.

Tidak cukup dengan itu, beberapa wakil rakyat pembangkang termasuk Azmin Ali (PKR, Gombak), Datuk Saifuddin Nasution (PKR, Machang) Khalid Samad (PAS, Shah Alam) dan M. Kulasegaran (DAP, Ipoh Barat)bangkit membantah kenyataan Anifah.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR mendakwa Anifah cuba menyembunyikan fakta keseluruhan kenyataan Anwar yang disiarkan WSJ pada Januari lalu.

"Kalau nak sentuh isu ini, menteri jangan sembunyikan fakta. Kenapa tidak nyatakan keseluruhan petikan kenyataan Ketua Pembangkang?

"Malah menteri dengan sengaja dakwa Ketua Pembangkang merestui perbuatan terkutuk dan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas rakyat Palestin...ini tafsiran yang salah dan nyata bertentangan dengan apayang dimaksudkan Ketua Pembangkang.

"Sebaliknya surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Israel menunjukkan kerajaan Umno dan BN menjalinkan hubungan dengan Israel," katanya.

Bagaimanapun Anifah menegaskan bahawa Malaysia konsisten dan sentiasamemainkan peranan yang aktif dalam usaha mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan dalam konflik Israel-Palestin.

"Tak seperti Ketua Pembangkang, kerajaan BN bercakap menyenai isu keselamatan Palestin dahulu...itu lebih penting.

"Tapi Ketua Pembangkang ambil pendekataan berbeza iaitu mahu menjaga keselamatan Israel walaupun meletak syarat tertentu," katanya.

Sumber : mStar.

 Isu berkaitan klik:

Isu Israel: KJ Palam Anwar di Dewan Rakyat

12 Mac 2012

Elizabeth Wong rela berundur macam DS Shahrizat? Klik tengok ni!

Memang sepatutnya pun pemimpin-pemimpin pembangkang yang bermasaalah yang ada tu mencontohi langkah DS Shahrizat berundur daripada jawatan Menteri, meskipun belum terbukti terlibat dengan skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp).

Apa yang dapat MP lihat, pengunduran Shahrizat itu sebagai bermaruah, tidak seperti pembangkang yang terus-menerus mempertahankan anggotanya walaupun terpalit dalam beberapa isu.
Contohnya kes Elizabeth Wong (Exco kerajaan negeri Selangor yang terpalit isu penyebaran gambar bogelnya), MP berani sebut, dah terbukti...tetapi kenapa masih pertahankan?

Apabila kerajaan BN (Barisan Nasional) menunjukkan bukti bahawa anggotanya lebih berani, telus, bermaruah dan bermoral... Mereka (pembangkang) tutup mata. Malah terus menghina dan mengeluarkan komen-komen kotor terhadap tindakkan yang dilakukan anggota BN.

Walau apa pun, MP ucapkan syabas kepada anggota pemimpin BN yang dapat faham serta terus memberikan sokongan penuh serta semangat terhadap pimpinan DS Shahrizat dan tidak kisah apa yang dikatakan pembangkang mengenai keputusan pengunduran tersebut.

Sepertimana menurut Perdana Menteri, keputusan Shahrizat itu merupakan satu pengorbanan demi kepentingan kerajaan dan parti yang semua pihak dalam kerajaan amat menghargai tindakan tersebut.

”Walaupun setakat ini tidak ada bukti beliau telah melakukan kesalahan dari segi undang-undang, oleh kerana isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp) telah mengundang banyak pertikaian dan kontroversi, maka Datuk Seri Shahrizat telah membuat keputusan untuk tidak membebankan kerajaan dan parti dan dengan itu beliau sanggup tidak meneruskan khidmat dalam kerajaan,” katanya.

"Apa yang penting...pemimpin kita (Shahrizat sudah) buat keputusan ...sekarang saya nak tengok berapa ramai daripada pembangkang yang telah didedahkan dengan tuduhan macam-macam, sanggup lakukan seperti Shahrizat lakukan semalam,” kata Ahli Parlimen Sembrong itu.

Bagi MP, kalau nak di ikutkan ramai juga pemimpin-pemimpin mereka yang ada tu lebih buruk halnya... Ada ke yang rela hati melepaskan jawatan dan pangkat mereka demi menjaga maruah parti? Agak-agak la!!! 

Lihatlah antara komen hinaan dari puak-puak pembangkang ni:

11 Mac 2012

Begitu pulak jadinya keputusan DS Shahrizat? Tengok lah ni!

Spekulasi nasib Shahrizat telah menjadi bualan hangat sepanjang minggu ini, dengan berbulan dakwaan bahawa beliau dan keluarganya telah menyalahgunakan dana awam bernilai RM250 juta untuk projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) bagi kegunaan peribadi.

Skandal NFC menjadi perhatian umum setelah dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 projek ternakan lembu di Gemas itu gagal menepati sasaran.

Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai ini telah menerima desakan meletak jawatan daripada pembangkang termasuk pemimpin veteran Umno, dengan menegaskan beliau hanyalah isteri kepada Salleh dan tiada kena mengena dengan projek tersebut.

Akhirnya hari ini, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membuat keputusan meletakkan jawatan dan akan berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April ini selepas tamat penggal sebagai Ahli Dewan Negara.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu sidang media petang tadi selepas merasmikan "Majlis Karisma Keluarga: Jalinan Kasih" di Taman Tema Desa Waterpark.

Dalam hal ini, apa pun cerita dan spekulasi yang timbul... Semoga akan ada hikmah sebaliknya. Saksikan video kenyataan penuh Kak Ijat di bawah ni:



Kerana ada hubungan rapat, Mat Sabu nak bawa masuk wanita ini?


10 Mac 2012

Kata Nik Ajis, kalau (PR) nak buat mesyuarat, dia punya fasal la!!! Kahkahkah...Tengok ni!

Pakatan Hellboy
Lagi selisih pendapat dalam PR... Mana ada kesepakatan puak-puak ni sepertimana yang di hebohkan oleh macai-macainya. Baca lah ni!
Bercakap soal Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan dalam masa terdekat ini, Kerajaan PAS Kelantan menegaskan tetap akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bersama Dewan Rakyat.

Kata Nik Aziz, ”Kalau (PR) nak buat mesyuarat, dia punya fasal, bagi saya Kelantan, saya (akan pohon) membubarkan Dun bersekali dengan Pusat,” katanya ketika ditemui di selepas kuliah Jumaat, di Dataran Ilmu, semalam.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menjelaskan pemimpin tertinggi PR akan membuat satu ketetapan Selasa ini sama ada untuk mengadakan pilihan raya serentak bagi negeri-negeri yang diperintah mereka, jika pilihan raya umum diadakan nanti.
 
Guan Eng sebagai Setiausaha Agong DAP berkata, ketetapan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri itu hanya akan membubarkan Dun selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen, jika ia dibubarkan sebelum bulan Jun.


Pendapat MP lah... Kalau gini kepala hotak mereka yang becelaru sentiasa, asyik belanggar sesama sendiri... Apa pun tak boleh la. Bungkus je pakatan ko orang ni!
 

5 Mac 2012

Adakah ini juga janji PAS untuk bawa manusia ke syurga... Tengok lah!


Apa lagi semuanya ni PAS???



Surat ini telahpun diedarkan kepada premis kedai dan pasaraya yang mempunyai konti bagi memberitahu sebarang kenyataan. samada benar atau tidak palsu atau tidak surat ini telah diedarkan dengan menggunakan kepala surat Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Yang paling menarik adalah kenyataan di para 3 iaitu "Mendengar CD Ceramah PAS sahaja akan menjamin tuan masuk syurga"...




Seterusnya : Klik Sini

Tengoklah sikap PAS yang semakin hancur ni...


PAS tidak patut memaksa mereka menyerahkan bantuan yang diterima untuk kepentingan parti pula. Buatlah cara lain, kasihanilah rakyat...

Tindakan PAS meminta ahlinya menyerahkan sebanyak 10 peratus daripada wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima, sebagai perbuatan yang betul-betul mengarut.

Sebagai sebuah parti yang melaung-laungkan prinsip negara berkebajikan, Pas sepatutnya menasihatkan golongan miskin menggunakan wang bantuan secara berhemah dan untuk tujuan kebaikan.

Ada ke patut duit yang kerajaan bagi 500 (BR1M) tu, 10% daripadanya kena derma untuk dimasukkan ke dalam tabung pilihan raya PAS. Inikah nilai perjuangan Pas yang kononnya memperjuangkan konsep negara berkebajikan tetapi tergamak mengambil kesempatan terhadap golongan miskin demi kepentingan politik.

Nampak sangat PAS dalam keadaan terdesak untuk menghadapi pilihan raya umum sehingga sanggup mengambil wang yang diberikan kerajaan kepada golongan miskin untuk menampung agenda politik.

Sehingga sanggup gunakan orang miskin yang kerajaan BN bantu bagi tujuan kepentingan politik mereka.

Kalau nak menggalakkan ahli bersedekah, beginikah caranya? PAS betul-betul tidak ada rasa bersalah langsung dengan tindakkannya ini.

Ini lah buktinya:


Bukti ini adalah dari entri blog Taiping Central kelmarin yang mendedahkan surat pekeliling Setiausaha Pas Kawasan Taiping, Razali Ab. Razak mengenai kutipan derma daripada ahli-ahli Pas yang mendapat bantuan BR1M untuk dimasukkan ke dalam tabung pilihan raya.

Surat bertarikh 1 Disember 2011 itu bertajuk ‘Rayuan sumbangan derma one off RM50 atau 10 peratus daripada ganjaran pemberian daripada kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) sebanyak RM500 kepada mereka yang bekerja dan berpencen pada bulan Disember 2011 untuk ‘tabung pilihan raya N16 Kamunting’.






1 Mac 2012

Anwar Ibrahim digelar 'IBLIS'... Klik baca sini!

Rekod Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan akan sokongan beliau kepada Keselamatan Israel dan mendapat kecaman dari pelbagai pihak termasuk dari dalam negara dan juga negara negara Islam luar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz hari ini mengelarkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "IBLIS" ekoran cubaan Anwar Ibrahim yang mengheret bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam kontroversi isu keselamatan Israel. - KLpos

Kerajaan semalam mendedahkan tiga surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel yang jelas menunjukkan ketegasan Malaysia terhadap kekejaman Israel.


Tiga surat itu adalah bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa Kerajaan Malaysia tidak konsisten dalam pendirian dan dasar mengenai Palestin.Ia adalah surat Dr Mahathir kepada Yitzhak Rabin bertarikh 21 Disember 1993, kepada Benyamin Netanyahu bertarikh 14 Mac 1997 dan Ehud Barak bertarikh 8 Jun 1999.

Kandungan surat itu jelas menunjukkan pendirian yang berprinsip dan ketegasan Malaysia terhadap tindakan haram dan kekejaman Israel yang menggugat pelaksanaan proses damai dan gesaan beliau kepada Israel untuk memenuhi tanggungjawab dan melaksanakan semua perjanjian yang telah dimeterai di antara Palestin dan Israel.

Termasuk Perjanjian Oslo yang ditandatangani oleh Allahyarham Yasser Arafat bagi pihak Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Shimon Peres dari Israel pada 13 September 1993 berhubung Principles and Mutual Recognition (Prinsip dan Pengiktirafan Bersama) antara Israel dan PLO.

Sebagai Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir tidak pernah menyatakan sokongan kepada Israel atau keselamatan negara berkenaan dan surat beliau sama ada secara tersurat atau tersirat, tidak sesekali menunjukkan Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Kesediaan Malaysia mengadakan hubungan dengan Israel adalah tertakluk kepada pelaksanaan sepenuhnya oleh Israel (terhadap) semua resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan, termasuk permohonan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB berdasarkan sempadan 4 Jun 1967, dengan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara Palestin. Ini adalah pendirian Malaysia selama ini.

Ternyata surat itu mencerminkan peranan dan usaha Dr Mahathir dan Malaysia sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan dihormati oleh masyarakat antarabangsa dalam membantu mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap konflik itu dalam mengembalikan martabat rakyat Palestin yang sekian lama ditindas. - N9kini.com

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.