GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

28 Januari 2013

Kalimah Allah Lafz al-Jalalah: Khusus Dan Mutlak Untuk Agama Islam



RASULULLAH SAW KEKASIH ALLAH
Teks Khutbah Jumaat - JAKIM
( 13 Rabiul Awwal 1434H )


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri, marilah kita berusaha untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya. Kita laksanakan segala perintah-Nya dan kita jauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita semua beroleh kebahagiaan bukan saja di dunia bahkan juga di akhirat. Mimbar hari ini akan membincangkan khutbah yang bertajuk: “RASULULLAH SAW KEKASIH ALLAH”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Semalam pada 12 Rabiul Awal setiap tahun adalah hari sambutan Maulidur Rasul yang menjadi salah satu hari kebesaran Islam yang disambut meriah di negara ini. Walaupun Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan kita, namun kekasih Allah ini tetap berada di dalam sanubari dan hati umatnya sekiranya kita seorang hamba yang beriman. Baginda SAW telah membawa kepada kita risalah Allah dengan dua cara. Pertama, menyampaikan perintah dan panduan Allah SWT melalui wahyu Qur’ani; dan Kedua, menghidupkan wahyu-wahyu Allah dengan sempurna melalui perbuatan, perkataan dan pengakuannya atau apa yang dinamakan sebagai sunnah nabawiyah. Kemuliaan akhlak Rasulullah SAW sebagaimana yang dicerminkan di dalam al-Quran, wajib diambil tauladan secara mutlak dan di taati oleh manusia sepanjang kehidupan ini. Firman Allah SWT di dalam Surah at-Taghaabun, ayat 12:

Maksudnya:“Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling, maka sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas nyata.”

Bukti penegasan ‘taat kepada Rasulullah’ ini terdapat di dalam kalimahLailahaillaah dan Muhammadur Rasulullah yang menunjukkan bahawa Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW adalah Tuhan dan Nabi kita. Penggunaan kalimah Laadalah suatu bentuk perakuan kewujudan tuhan yang dinamakan Allah dan menafikan tuhan-tuhan selain-Nya. Dengan itu, seluruh umat Islam wajib bersatu dan menolak segala bentuk atau konsep tuhan yang lain daripada Allah SWT. Ini merupakan syarat mutlak sahnya kepercayaan kita terhadap adanya Tuhan dalam Islam selain mengarah kepada meng-Esakan Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Ikhlas ayat 1-4:

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya.”

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Yakin dan percayalah, antara agenda yang diberi keutamaan dalam misi Rasulullah SAW menyebarkan Islam ialah dengan memperkasakan akidah ummah. Umat Islam diikat dengan erat melalui konsep tauhid, kiblat yang satu, kitab yang satu, pemimpin yang satu. Namun dalam pada itu, Baginda juga sentiasa diterjah dengan berbagai ancaman musuh Islam yang didalangi oleh orang-orang Yahudi untuk mengkucar-kacirkan pegangan dan fahaman umat Islam. Mereka menggunakan pelbagai pendekatan, diantaranya menggunakan isu agama sebagai alat untuk menghancurkan umat Islam. Mereka menghasut sesetengah umat Islam yang lemah imannya dan hilang intergriti untuk melanggari ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Mereka juga memperalatkan sebahagian daripada pemimpin yang beragama Islam yang dikaburi oleh keghairahan untuk mendapatkan kuasa.

Oleh itu, tidak menghairankan ada di kalangan umat Islam pada hari ini yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, tetapi pada masa sama telah mentafsir Islam mengikut hawa nafsu. Mereka sanggup melakukan tindak-tanduk mengikut kemahuan sendiri dan akhirnya perbuatan tersebut kelihatan janggal, pelik di khalayak ramai. Besarnya pengaruh nafsu dan peranan syaitan dalam kehidupan ini terbukti apabila mereka tanpa segan silu mengutamakan kepentingan diri, mengutamakan kebendaan walaupun nyata bercanggah dengan al-Quran dan sunnah.

Sedarlah, inilah masanya untuk umat Islam bersatu bagi memelihara kesucian agama Islam dan mempertahankan akidah umat Islam.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Ternyata sekali lagi, hari ini musuh-musuh Islam cuba memesongkan dan meruntuhkan akidah ummah. Mereka bersatu sesama mereka dan berusaha dengan pelbagai helah dan cara termasuklah dengan membuat tuntutan penggunaan kalimah Allah di dalam kitab mereka. Wal hal telah jelas kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam serta satu ketetapan yang begitu nyata bagi mengelakkan umat Islam menjadi keliru, ragu-ragu, dan tersilap mengenal identiti Allah SWT.

Mimbar yang mulia ini ingin menyatakan berdasarkan kajian ilmiah bahawa kalimah Allah tidak pernah terdapat di dalam Taurat ataupun Bible dan mereka percaya bahawa tuhan wujud dalam konsep Trinity iaitu God Father (Bapa Tuhan ), God the Son (Anak Tuhan ) dan Holy Spirit (Roh kudus), dan ketiga eleman ini dirujuk sebagai satu tuhan dengan panggilan umum (The Lord).

Oleh itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Begitu juga dengan pegangan seluruh umat Islam di Indonesia yang bersepakat kalimah Allah hanya diguna pakai oleh orang Islam sahaja.

Mimbar ingin menyatakan sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka menjadi kewajipan kita menjaga kesucian kalimah Allah serta mempertahankannya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Umat Islam mesti tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama. Sikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya, kerana matlamat mereka yang utama adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa agama adalah sama. Ingatlah bahawa semua gejala keruntuhan akidah ini sebenarnya telah menjatuhkan kemuliaan dan darjat umat Islam sendiri. Akibat yang lebih buruk ialah azab siksa yang pedih di akhirat yang menanti golongan yang ingkar. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 72:

Bermaksud:“Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam. Padahal al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil!. Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang yang berlaku zalim.”

Janganlah ada segelintir umat Islam yang hanya pandai berbicara soal Islam namun dalam masa yang sama sanggup menggadaikan maruah dan agama sendiri. Lebih menyedihkan lagi ada di kalangan umat Islam hari ini yang langsung tidak sensitif dan sanggup menggadaikan akidah dan masa depan ummah demi kepentingan diri sendiri. Bayangkan akibatnya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Yakinlah, di tangan kitalah letaknya tanggungjawab dan kuasa untuk mempertahankan kesucian agama Islam. Dalam hal ini, umat Islam memerlukan penghayatan Islam secara menyeluruh. Berdasarkan maqasid syariah maka menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk menjaga lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Mimbar ingin mengingatkan salah satu prinsip penting yang mesti dilaksanakan oleh umat Islam bagi memastikan kedaualatan agama kekal terpelihara ialah dengan menyeru kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Hajj ayat 41:

Yang bermaksud:“Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan perkara yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, bersempena dengan sambutan Maulidul Rasul, marilah sama sama kita menjana peningkatan dalam penghayatan dan ketaatan dalam melaksanakan ajaran yang di bawa oleh Rasulullah SAW. Marilah sama sama kita mempertahankan dengan segala upaya kemuliaan Rasulullah SAW dari sebarang penghinaan, memberikan penghormatan sewajarnya kepada Rasulullah SAW dalam tindak tanduk kita seharian dan mencontohi akhlak, keperibadian dan teladan yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam setiap tindakan.

Program Maulidur Rasul ini pada dasarnya adalah sebahagian daripada aktiviti dakwah. Ia bertujuan untuk mentarbiyah, membimbing dan memperingatkan umat Islam agar menghargai apa yang dikurniakan oleh Allah SWT. Salah satu pengajaran itu ialah memperingati perjuangan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang pesuruh Allah yang paling berjaya menegakkan ajaran Allah, Rasul terakhir, tokoh teragong sepanjang abad di dunia dan akhirat kerana membawa perubahan besar kepada lanskap akidah seluruh juzuk hidup manusia di dunia. Malah hingga ke hari ini peribadi suci Rasulullah SAW masih dikagumi musuh-musuh Islam. Justeru, mimbar menyeru kepada semua pihak, marilah sama-sama kita menjadikan sunnah Rasulullah SAW sebagai amalan hidup dan mengelakkan diri dari perbuatan yang menyimpang dari sifat Rasulullah SAW yang sebenarnya.

Dengan demikian sambutan Maulidur Rasul yang diberi liputan meluas dalam media cetak dan media elektronik memberi peluang kepada rakyat pelbagai agama di negara ini memperingati seorang insan terpilih, memahami gaya kepimpinan, memahami akhlaknya dan memahami dasar politik, ekonomi dan sosial untuk kita teruskan dan hayati. Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, ayat 31:

Maksudnya: “Katakanlah: Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Sumber: Jakim



KLIK link dibawah... Saksikan video isu berkaitan : 





25 Januari 2013

KALIMAH ALLAH: Pendirian PAS. KLIK saksikan video!


Sesungguhnya, di tangan kitalah letaknya tanggungjawab dan kuasa untuk mempertahankan kesucian agama Islam. Berdasarkan maqasid syariah maka menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk menjaga lima perkara iaitu:

Agama, Nyawa, Akal, Keturunan Dan Harta.

Tapi, kenapa ada segelintir umat Islam yang hanya pandai berbicara soal Islam namun dalam masa yang sama sanggup menggadaikan maruah dan agama sendiri?

Dengan paparan video dibawah. Mari kita renung dan fikir sebaik-baiknya...
Saksikan!

24 Januari 2013

DAP semakin bermaharajalela... KLIK baca ni!



Ramai yang terkejut dengan laporan akhbar semalam yang menyatakan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Tokong Lim Guan Eng, sekali lagi mengulangi bahawa apa jua acara baru atau yang pertama kali diadakan yang ingin menggunakan perkataan 'Penang', perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri lebih dahulu.  Alasannya ialah untuk memastikan penglibatan parti politik mana agar tidak disalahguna.   Kenyataan tersebut dibuat sebagai membidas penganjuran Penang Run 2013 pada Hari Thaipusam.

Memandangkan acara tersebut disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri, maka kenyataan Tokong Lim ini dengan sendirinya membawa maksud bahawa Jabatan tersebut telah dinafikan kuasa untuk meluluskan sesuatu acara, sekali gus menunjukkan cengkaman kuat kuku besi sang Tokong.  

Tidak pernah dalam sejarah, seorang Ketua Negeri mengambil langkah sebegitu angkuh dengan memilik-sendirikan nama negerinya bagaikan hak mutlak keturunannya.   Bagaimana jika kerajaan persekutuan meletakkan syarat agar parti pembangkang mendapatkan kelulusan sebelum menggunakan nama Malaysia di dalam acara mereka?

Bagaimana pula dengan Pakatan Rakyat menyalahgunakan nama ‘Rakyat’ dalam nama parti itu dan juga dalam acara-acara anjuran mereka, seperti Himpunan Kebangkitan Rakyat”?    ‘Rakyat’ dalam konteks PR hanya membawa satu maksud, iaitu  ‘rakyat Malaysia’ sedangkan parti itu tidak mewakili semua rakyat.  Malah majoriti rakyat menolak PR sepertimana yang dapat dilihat dengan jelas dalam HKR#112 di mana hanya 45,000 sahaja ‘rakyat’ yang terlibat.  

Jika mengikut logik Tokong Lim yang tak tahu mengira atau sengaja menipu undi, PR wajib mendapatkan kebenaran dari seluruh rakyat sebelum menggunakan nama Rakyat dalam setiap program mereka.  Ini kerana, penyalahgunaan nama ‘rakyat’ boleh menimbulkan salahfaham kononnya semua rakyat terlibat dalam program PR tersebut.

Nampaknya, semakin dekat pilihanraya, semakin terserlah pula segala perangai buruk si Tokong Lim Guan Eng ini.   Tidak cukup dengan ingin merampas hak agama Islam, iaitu Kalimah Allah, untuk diguna di dalam kitab Kristian, kini beliau ingin menafikan hak rakyat Pulau Pinang ke atas nama negeri mereka sendiri.

Tindakan Guan Eng ini dilihat sebagai satu paranoia, iaitu takutkan bayang-bayang sendiri, sentiasa merasa tidak selamat dan tidak percaya kepada sesiapa sahaja.   Seorang Ketua Menteri yang mendapat sokongan rakyat tidak mungkin akan mengalami paranoia sebegini.    Jelaslah, bahawa Guan Eng cukup sedar bahawa rakyat Pulau Pinang membencinya.

Bukan kita tidak tahu yang Guan Eng membenci kaum lain, maka adalah perkara biasa jika benci dibalas benci.  Bagaimana rakyat boleh menghormati dan menyayangi Ketua Menteri yang tidak mempercayai mereka dan sentiasa merancang untuk ‘menghalau’ mereka?

Inilah dikatakan bahawa politik DAP adalah politik rasis.  Sikap rasis membawa rasa benci yang ekstrem.  Dan ekstremisme pula membawa kepada tindakan tidak rasional dan seterusnya, bodoh.    Hanya politikus yang bodoh sahaja yang dengan sengaja mencabar umat Islam dengan isu Kalimah Allah, terutama di ambang pilihanraya.   Kononnya ingin melihat umat Islam semakin berpecah, tetapi keangkuhannya menyebabkan beliau gagal mencongak kemungkinan yang sebaliknya, iaitu umat Islam semakin membuka mata dan mula bersatu.

Oleh kerana Guan Eng langsung tidak menghormati kaum dan agama lain, maka beliau juga tidak berhak untuk menuntut penghormatan kepada diri, kaum dan agamanya.   Beliau menuntut kebebasan menghentam dan menyalahgunakan hak kaum dan agama lain maka beliau tidak berhak menentang perbuatan yang sama dilakukan ke atas dirinya.

Apapun, beliau bernasib baik kerana masih ramai umat Islam negara ini yang waras dan bijak.  Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada Guan Eng jika sikap yang sama ditunjukkan di negara-negara Islam lain.  

Oleh itu, hari ini kita hanya menyaksikan bagaimana beberapa orang puak PAS telah berani memijak bendera DAP walaupun mereka masih terikat sebagai balaci DAP.  

Namun, hari esok belum tentu, jika Guan Eng meneruskan kebiadapan dan keangkuhan ini, mungkin kepalanya juga akan dipijak akhirnya.

Justeru, eloklah Guan Eng belajar cara menghormati orang lain, yang mana nampaknya tidak pernah diajar oleh ibunya.   Skil menghormati orang adalah penting bukan sahaja untuk berkomunikasi dengan berkesan atau untuk berpolitik, tetapi juga untuk keselamatan diri.  

Sekadar peringatan untuk Guan Eng, paranoia atau takutkan bayang-bayang sendiri adalah sebahagian dari masalah psikologi.  Cukuplah rakyat Pulau Pinang terpaksa bertahan dengan Ketua Menteri yang rasis, chauvinis, kiasu, bodoh, tidak telus dan tidak cekap, janganlah di tambah kekusutan ini dengan masalah psikologi lagi.

23 Januari 2013

Baculnya Nik Aziz... KLIK baca ni!



Tika ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan anggota rombongannya sedang berada di Semenanjung Gaza, Palestin bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato' Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012.

Akhirnya 22 Januari 2013 sekitar 4.40 petang waktu Malaysia, Dato' Seri Najib dan anggota rombongannya tiba di Semenanjung Gaza, Palestin. Turut serta ialah isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor.

Buat julung kalinya lagu NegaraKu berkumandang di Palestin sebagai meraikan detik bersejarah itu, sesuatu yang agak membanggakan ramai rakyat Malaysia setelah berpuluh tahun negara ini menjadi rakan setia menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi keganasan Israel.

Tapi bagi segelintir penyokong pembangkang khususnya dari PAS dan PKR, mereka melihat keberanian PM melawat Palestin hanyalah satu propaganda politik untuk mencapai kelebihan sempenan PRU 13. Samada dalam media sosial seperti facebook, twitter, portal mahupun di dunia nyata itulah yang mereka perkatakan.

Ada sebabnya mereka memfokuskan hal demikian, salah satunya bertujuan untuk menghalang perhatian umum daripada mengimbas kembali kenyataan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah berikrar untuk menjamin dan menjaga keselamatan negara Israel.

Bagi sebahagian besar rakyat negara ini pula, mereka melihat langkah berani Dato' Seri Najib memijak bumi Palestin khususnya Semenanjung Gaza sebagai sejarah besar yang tidak mungkin dilupakan, lebih-lebih lagi baru sahaja 2 bulan yang lalu rakyat negara itu diancam kekejaman tentera Israel.

Lagipun keprihatinan Dato' Seri Najib dengan nasib umat Islam di wilayah bergolak sudah terbukti keikhlasannya. Dan ini bukanlah kali pertama Dato' Seri Najib sanggup berdepan dengan risiko kehilangan nyawa di wilayah yang sedang dilanda keganasan perang.

Sekitar Disember 2009 dulu, PM juga pernah mengambil risiko yang sama apabila melawat Selatan Thailand bagi mengusahakan rundingan gencatan senjata diantara anggota pemisah Selatan Thai dengan Kerajaan Thailand, sekalipun tika itu letupan bom dan serangan hendap masih belum reda.

Sedangkan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pun pernah mengakui ketakutannya untuk memijak bumi Selatan Thai kerana bimbang terkena tembakan. Nampak sangat kebaculannya. Memalukan.

PAS yang sering menanam semangat perjuangan kepada ahli dan penyokongnya untuk mengejar ganjaran mati syahid, sedar tak sedar rupa-rupanya pemimpin utamanya sendiri tak sanggup menempuh risiko demikian kerana takut mati syahid serta terlampau sayangkan pangkat dan darjat duniawi.

Sedangkan UMNO yang saban hari dituduh anti Islam dan tidak Islamik oleh PAS, namun para pemimpinnya tidak pula dilanda gundah atau ketakutan untuk menempuh cabaran besar kehilangan nyawa dan syahid tatkala membantu umat Islam di wilayah yang sedang bergolak. Inilah perbezaan nyata antara pemimpin UMNO dengan PAS.

Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan ke Gaza hari ini.

SEMINAR NUSANTARA: Bongkar masalah melanda Umat Islam yang berakar umbi. Baca ni!



Pembentangan kertaskerja sekitar Seminar Nusantara pada 18 – 20 Januari lalu wajar diambil sebagai panduan bagi seluruh umat Islam, khasnya di Malaysia dalam mengatur langkah mengharungi cabaran dan halangan dalam berbagai bentuk dan arah.


Dalam konteks Malaysia, yang mana umat Islam masih tercari-cari identiti dan arah tuju, pembentang dari Indonesia oleh YBhg. Prof. Dr. Hj Ali Mustafa Yakub  yang membawa tajuk ‘Pemurnian Pemikiran dan Pembangunan Umat Islam Indonesia’ cukup menarik untuk dijadikan rujukan.   Mengupas sejarah Islam di Indonesia, beliau menyimpulkan bahawa Islam itu tidak khusus kepada bangsa atau budaya Arab serta tidak tertakluk kepada imej tetap.  Contohnya,  pakaian jubah, serban ala Arab atau bentuk kubah bukanlah simbol atau tanda Islam, ia hanyalah bersumberkan inspirasi dan imaginasi manusia yang dipengaruhi budaya yang juga dipengaruhi oleh iklim persekitaran si-perekanya.

Meletakkan satu ‘imej’ khas terhadap Islam boleh menimbulkan permasalahan di mana umat Islam cenderung untuk membuat penilaian sendiri apa yang Islam, apa yang tidak cukup Islam dan apa yang tidak Islam.   Sedangkan, Islam itu telah ditegaskan sebagai sesuai dengan semua tempat dan zaman.   Maka, apabila Islam mula sampai di Jawa, ia tidak pernah menukar budaya, imej, struktur dan arkitektur Jawa.   Kerana itu, ia mudah diterima masyarakat Jawa tanpa banyak bicara kerana mereka tidak perlu membuat apa-apa perubahan drastik dari segi landskap kehidupan mereka, selain dari berusaha menjadi manusia yang lebih baik dan memperbaiki hubungan sesama manusia, di samping melakukan ibadah dan meninggalkan yang mungkar.  

Pendek kata, ia lebih merupakan perubahan dari segi kerohanian, menyucikan hati serta belajar mengenalpasti batasan-batasan dan peraturan bagi membentuk masyarakat yang lebih maju dan bertamadun.

Mengambil pengajaran dari kertaskerja ini, umat Islam di Malaysia wajar mengakui betapa kita telah keterlaluan dalam melebihkan ‘imej’ berbanding perkara pokok dalam Islam.   Akibatnya, wujudlah masyarakat Islam yang gemar menilai sesama sendiri sehingga membawa kepada perpecahan.    Dari situ timbullah sikap suka mendewa-dewakan seseorang berdasarkan ‘imej’ sehinggakan begitu mudah sekali seseorang itu dinobatkan sebagai ulama, iaitu dengan hanya menepati menonjolkan ‘imej’ Islam mengikut purata piawaian pendapat masyarakat.

Masalah ini dikupas dengan jelas oleh pembentang dari Malaysia iaitu Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba, Pensyarah UIA dalam kertaskerja yang bertajuk ‘Islam di Asia Tenggara:  Cabaran dan Harapan’.  Menurut Prof. Sidek umat Islam di Malaysia kini diancam pemikiran cetek dan remeh akibat meletakkan ‘imej’ sebagai mengatasi ‘ilmu’.  Hari ini, konsep ‘dakwah’ di Malaysia adalah dalam bentuk sindiran atau ‘bidas’, kalaupun tidak mengutuk mereka-mereka yang ‘berdosa’ di mata para pendakwah.  Akibatnya, wujudlah masyarakat yang prejudis, yang memandang serong sesama sendiri, biadap dan tidak bersatu padu sedangkan pendakwah sebenar seharusnya membawa semangat kasih sayang, hormat menghormati, perpaduan serta melarang keras sikap suka menghukum atau menilai sesama manusia.

Konsep ini diterangkan dengan jelas oleh Ustaz Kamal Saidin dalam sessi berasingan tetapi turut merupakan kesinambungan dari seminar ini.  Menurut Ustaz Kamal, dalam bahasa mudahnya, “ulama-ulama ini suka mengambil-alih kerja Allah SWT (menghukum) tetapi tidak menjalankan kerja yang diamanahkan kepadanya.”

Kerana ulama atau pendakwah beginilah maka masyarakat Islam hari ini meletakkan sepenuh tumpuan pada imej kerana bimbang disindir atau dibidas oleh orang lain sedangkan asas Islam di dalam diri sendiri masih lagi terlalu lemah.  Semuanya sibuk ‘menyempurnakan’ imej, lalu meremehkan tugas untuk ‘melengkapkan’ ilmu dan kadangkalanya, amalan juga.

Keadaan inilah yang memudahkan sebahagian dari kita begitu mudah untuk tergelincir akidah atau tersesat yakni, terlalu mudah diperdaya atau ditarik keluar terus dari Islam walaupun pada dasarnya penampilan mereka ini menepati imej Islam menurut pendapat masyarakat.   Tidak kurang juga yang memberontak tanpa sedar akibat sering dicemuh, diejek dan diperlekehkan semata-mata kerana penampilannya tidak menepati piawaian yang dikehendaki oleh masyarakat sehingga akhirnya menimbulkan benci serta mempersoalkan kemurnian Islam.

Masalah Ulama tidak membuat kerja mereka yang sepatutnya tetapi sibuk membuat kerja Allah SWT ini menyebabkan seruan Islam tidak sampai kepada mereka yang sepatutnya.   Sedang para Ulama sibuk ‘mengIslamkan’ negara, undang-undang dan orang yang telah sedia Islam atau mengkafir dan memurtadkan sesama Islam, mereka telah terlepas pandang akan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak serta orang Asli di sekitar semenanjung yang belum menerima seruan.

Antara yang didedahkan di dalam perbincangan lanjutan dari seminar tersebut juga ialah mengenai kisah-kisah kaum bumiputera yang ingin benar mengetahui tentang Islam tetapi terlebih dahulu didekati oleh puak Kristian.   Walaupun begitu, mereka tidak pernah memadamkan keinginan untuk mempelajari Islam dan sering menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan maklumat tentang Islam di mana saja ada kesempatan seperti ceramah di sekolah dan sebagainya.  Di masa yang sama usaha puak Kristian untuk mendekati mereka sentiasa ditingkatkan tetapi tiada usaha langsung dari pihak ulama Islam untuk berbuat yang sama.

Apabila memikirkan bagaimana di kalangan masyarakat Islam memakai ‘imej’ Islam dan sudah mempelajari Islam sejak kecil juga masih boleh disesatkan oleh Ulama palsu atau dimurtadkan oleh pendakwah agama lain, maka apatah lagi mereka ini yang tiada asas mengenai Islam. Walaupun mereka memendam minat kepada Islam, mereka-mereka ini tentu saja mudah dikelirukan dengan Kalimah Allah di dalam kitab agama lain.

Justeru, apa yang dapat disimpulkan dari Seminar Nusantara ini ialah masalah yang melanda Umat Islam hari ini telah berakar umbi dan bercabang-cabang.   Namun, sehingga kini, walaupun para pembentang dapat mengupas dan mencari puncanya, penyelesaiannya masih terlalu jauh.   Jalannya juga masih terlalu kabur.

Dari situ, saranan Tuan Haji Zakariyya Adam, Ahli Parlimen Kemboja dan juga pembentang kertaskerja bertajuk “Pembangunan Sosioekonomi Muslim Kemboja” agar diwujudkan satu Pusat Rujukan Islam Tertinggi bagi rantau ASEAN yang merangkumi Ulama-ulama serantau untuk menangani kesemua masalah ini secara bersepadu dan tersusun.

Kesimpulannya, Seminar Nusantara telah berjaya dilaksanakan, tetapi ia tidak akan mengubah apa-apa tanpa tindakan susulan yang tegas dan pantas.

Seterusnya, saksikan wawancara YB Datuk Ahmad Maslan bersama media selepas beliau menyempurnakan Majlis Penutupan Seminar Nusantara Islam Di Asia Tenggara yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur minggu lalu.


22 Januari 2013

PROJEK RAPID: PAS halang di Pengerang, sibuk tuntut bina di Kelantan... Hipokrit!


Beberapa hari lepas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman untuk melaksanakan tujuh projek pembangunan berskala besar untuk Kelantan semasa merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di RTC Tunjong, Kota Bharu.

Projek pembangunan itu merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, stadium baru, masjid terbesar, perumahan rakyat, sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan projek bekalan air bersih.

Berikutan itu ada sesetengah penyokong dan pemimpin pembangkang terutama puak PAS tampil mempersoalkan kenapa projek pembinaan kompleks petrokimia yang melibatkan pendaratan & penapisan minyak dan gas di Pantai Senok, Bachok tidak dimasukkan sekali dalam pakej pembangunan yang diumumkan oleh PM.

Bagi yang celik akal dan minda tentunya sedang tersenyum simpul mendengar tuntutan sedemikian. 

Persoalannya kenapa?

Umum mengetahui di Pengerang, Johor tika ini usaha Kerajaan Pusat melalui Petronas untuk membina kompleks petrokimia membabitkan pendaratan dan penapisan minyak (Rapid Pengerang) telah menerima bantahan daripada PAS dan sekutu mereka.

Para pemimpin PAS dan PR serta NGO proksi mereka giat melancarkan kempen hasutan kepada penduduk kononnya projek kompleks petrokimia di Pengerang itu akan menyebabkan kesan buruk kepada alam sekitar selain menyebabkan risiko keselamatan kepada penduduk.

Dilihat pada propaganda dan hasutan PAS serta PR di Pengerang, logiknya ia menggambarkan keprihatinan mereka terhadap isu alam sekitar, kesihatan dan nyawa rakyat Johor. Itu yang kelihatan dari pandangan kasar.

Bila dibandingkan pula dengan tuntutan PAS supaya kompleks petrokimia yang sama di bina di Kelantan, ia seakan menunjukkan PAS amat mengutamakan keselamatan rakyat Johor berbanding nasib rakyat negeri Kelantan, bukan begitu?

Tapi hakikat sebetul-betulnya, percanggahan ketara itu hanya menyerlahkan betapa hipokritnya pemimpin PAS & PR. Mereka membantah Rapid Pengerang bukan atas isu alam sekitar, kesihatan dan demi nyawa rakyat pun. Sebaliknya bertujuan untuk mensensasikan sentimen penduduk sahaja.

KALIMAH ALLAH: Dijaja Ulama Berhati Serigala...Baca ni!


Apabila PAS buat hal, maka DAP pun akan melepaskan anjingnya yang paling garang untuk menundukkan anjing-anjing kurap yang tak henti-henti menyalak walaupun telah setuju untuk berdiam diri asalkan diberi makan dan dijanjikan rumah yang cantik di Putrajaya.

Begitulah pandangan DAP terhadap PAS dan Karpal Singh, yang diarahkan atau dibiarkan untuk bertelagah sesama sendiri dalam isu Kalimah Allah, sementara menunggu pilihanraya.

Kita faham bahawa PAS terpaksa menunjuk tegas bagi memastikan sokongan Melayu terus mantap dan DAP juga perlu menunjuk garang bagi memastikan sokongan Cina kekal. Meletakkan Karpal Singh sebagai ‘anjing-sabung’ merupakan strategi untuk menutup chauvinisme kaum Tokong Lim. Ini samalah dengan meletakkan Zairil, si anak Cina sebagai wakil Melayu.

Maka, salak menyalak sesama sendiri dan lolongan akan berlarutan sehingga pilihanraya walaupun kata putus telah pun dibuat Majlis Syura PAS yang sebaliknya di tolak bagaikan sampah tidak bernilai. 

Majlis Syura juga pada hakikatnya, tiada hak untuk bermesyuarat pun mengenai isu ini kerana kepimpinan PAS telah lebih awal memberikan persetujuan membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah.

Justeru, mengambilkira etika, professionalisme dan moral, PAS adalah terikat kepada persetujuan asal dan tidak akan terlepas darinya dengan hanya menyatakan perubahan fikiran. 

Jika PAS ingin melepaskan diri dari ikatan persetujuan ini, maka satu-satunya cara ialah keluar dari Pakatan Rakyat. Jika tidak, segala penafian dan U-turn yang dibuat adalah tidak bermakna sama sekali.

Oleh kerana itu, ketegasan Harun Din, Harun Taib atau Hadi Awang dalam mempertahankan Kalimah Allah tetap diragui, selagi mereka masih berada di dalam PAS. Apatah lagi apabila mereka hanya mengeluarkan kenyataan ‘lembik’ dan berlapik, meminta Karpal Singh jangan mempertikaikan keputusan Dewan Ulama, berbanding kenyataan Karpal yang berbentuk herdikan atau tempelak terhadap PAS.

Lebih-lebih lagi, apabila Hadi Awang belum menyatakan ketegasannya secara langsung. Ini kerana kenyataannya yang dipaparkan oleh Utusan Malaysia hanyalah pendapat Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, iaitu setiausaha politik Hadi, mengenai pendirian Hadi. 

Laporan tersebut memetik Dr. Ahmad sebagai ‘yakin’ dan ‘pasti’ bahawa Hadi Awang tidak akan berganjak dari keputusan Majlis Syura, tetapi apakah jaminan yang keyakinan dan kepastian Dr. Ahmad tersebut benar-benar berasas?

Sedangkan, secara dasarnya, hakikat bahawa PAS tidak sanggup keluar atau sekadar mengugut untuk keluar dari PR kerana mempertahankan Kalimah Allah adalah satu kekalahan yang nyata di pihak PAS. Hakikatnya juga bahawa Harun Din, seorang Ulama dan Harun Taib, Ketua Dewan Ulama, telah kalah di tangan Karpal Singh.

Kita menjangkakan pertengkaran PAS-Karpal Singh akan berterusan sehingga isu ini ditenggelami isu lain atau sehingga pilihanraya. 

Namun, kita tidak menjangkakan apa-apa penyelesaian kerana walaupun apabila ia dianggap selesai, tidak mustahil PAS akan menafikannya pula suatu hari nanti apabila keadaan mendesak mereka berbuat demikian.  

Umum sedia maklum bahawa PAS telah pun mengambil sikap yang sama dalam isu hudud dan Negara Islam yang sehingga kini masih tiada noktahnya.

Nampaknya, bertengkar dan kemudian melupakannya, dan bertengkar lagi dan kemudian melupakannya lagi merupakan ‘cara pemerintahan’ PR yang mana rakyat sudah faham benar.

Biarpun isu yang berbangkit adalah isu agama, yakni yang melibatkan akidah dan membawa kepada syirik, namun bagi PAS ia hanyalah isu politik yang boleh dipertelagahkan dan dilupakan mengikut keadaan semasa.

Maka, tidak ada keraguan lagi bahawa ulama-ulama PAS inilah yang disebut sebagai Ulama-ulama jahat yang akhirnya menjadi bingung akibat fitnah dan belitan mereka sendiri... 

Sepertimana hadith berikut: 
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah SAW bersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). 

Allah swt. berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim 
( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi

20 Januari 2013

ISU KALIMAH ALLAH: Kebenaran sudah terserlah. KLIK!

ISU penggunaan kalimah oleh dalam Bible mencapai kemuncaknya apabila pemimpin tertinggi Pas akhirnya akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang menolak pendirian bersama kepimpinan pakatan pembangkang menyokong penggunaan kalimah suci itu pada 8 Januari lalu.

Majlis Syura Ulama dalam minggu ini membuat pendirian kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja.

Namun seperti biasa kepimpinan pembangkang tidak akan berdiam diri dan akan berterusan ‘menekan’ Pas untuk akur dengan keputusan itu.

Terbaru Pengerusi DAP, Karpal Singh berharap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu. Menurut beliau kajian semula ini penting agar pendirian Pas terhadap isu kalimah berkenaan tidak bercanggah dengan pendirian pakatan. Bagi Mufti Wilayah Persekutuan, DATUK WAN ZAHIDI WAN TEH semua ini berlaku hanya disebabkan kemahuan politik dan keinginan menggapai kuasa sehinggakan agama menjadi taruhan utama.

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID beliau menjelaskan agama adalah perkara yang suci dan pertikaian politik tidak boleh diheret sekali. Ia tidak boleh dicampurkan dalam usaha untuk mendapat kuasa dan sebagainya.

Beliau yang bertanggungjawab mendedahkan penulisan seorang paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar bahawa kalimah Allah adalah eksklusif untuk umat Islam, turut menyatakan sejak dari zaman awal Islam telah wujud satu pihak yang sering mendakwa mereka lebih arif tentang agama sehingga sanggup mjengkafirkan orang Islam lain malah hingga ke tahap membunuh.

Ujarnya lagi, golongan sebegini akan terus wujud sehingga ke akhir zaman.

Ikuti kenyataan beliau selanjutnya: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130120/re_01/Kebenaran-sudah-terserlah

PENGERANG: Isu kubur... Apa kes ni MB?

Ogos tahun lalu Menteri Besar Johor memaklumkan bahawa perkuburan Islam tidak dipindahkan untuk memberi laluan pembinaan projek Kompleks Besepadu Penapisan dan Petrokimia (Rapid) bernilai RM60 bilion di Pengerang.

Beliau juga menjelaskan bahawa kerajaan negeri bekerjasama erat dengan persatuan-persatuan Cina untuk mencari penyelesaian terbaik bagi penempatan semula tanah perkuburan Cina.

Itu isu 5 bulan dahulu, adakah ianya dikotakan? Oleh kerana keperluan pengambilan tanah kubur terpaksa dilakukan juga maka suka atau tidak, tanah perkuburan terpaksa diambil bagi tujuan pembangunan Rapid.

Soalnya bukan isu tanah perkuburan itu diambil tetapi bagaimana cara pengurusan pengambilan tanah perkuburan itu yang menjadi mainan pihak pihak tertentu termasuk parti politik yang mengambil kesempatan seolah olah Kerajaan Negeri Johor memberi ruang kepada mereka (NGO yang pro pembangkang dan parti pembangkang) untuk memperlekehkan kepimpinan YAB Dato Seri Najib.

Adakah kah mereka yang di tugaskan mengurus pengambialihan tanah kubur dan memindahkan jenazah di lakukan dengan tertip dan mengikut adab tertip sebagai orang Islam. Adakah wakil dari JPDC (Johor Petroleum Development Corporation) tidak sesitif terhadap perasaan waris.

Tetapi apa yang berlaku adalah mereka ini ( kerajaan Johor) sengaja atau disengaja membiarkan parti pembangkang dan NGO mereka mengambil kesempatan ini untuk memalukan Perdana Menteri yang memperkenalkan slogan “Janji Di tepati”, akhirnya isu Tanah Kubur di Pengerang menjadi isu yang sengaja di hangatkan oleh pembangkang di atas kelemahan dan terlepas pandang kepimpinan Kerajaan Negri Johor.

Di pahamkan tidak ada seorang pun pegawai Agama Johor datang berunding dengan penduduk kampong yang terlibat untuk memberi penerangan, membuat penjelasan dan memaklumkan tatacara memindahkan kubur serta mendapatkan kata putus keluarga dan waris yang terlibat, mungkin kerana tidak di maklumkan atau tidak di arahkan untuk berbuat demikian.

Lesen menggali semula mayat di bawah Seksyen 10(B) Enakmen Perkuburan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dikeluarkan kepada PIJ Holdings Sdn Bhd. Dan kerja kerja kontraktor memindahkan jenazah dari tanah perkuburan lama telah di berikan kepada dua buah syarikat kontraktor yang mana ramai pekerjanya adalah di bawa dari tanah seberang, yang kita tidak tahu apa anutan agama mereka ini, dan tugas mereka juga tidak di pantau oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ).

Maka apabila tiadanya pemantauan dari pihak Perbadanan Islam Johor (PIJ), maka banyaklah kejadian kejadian yang memilukan hati waris jenazah mahu pun penduduk kampong yang melihat perkara tersebut, kontrator ini tidak lansung menghormati jenazah, malahan mereka ini melakuan pembukusan semula jenazah ( mengkafan) saperti membukus sampah sahaja. Sedangkan jenazah orang mukmin perlu di hormati.

Malahan penyediaan tanah kubur yang baru juga menjadi rungutan waris, di maklumkan tanah kubur yang baru hanya di gali sedalam tidak sampai 1 mtr. dan di kawasan yang mudah di naiki juga menjadi takungan air jika hujan, yang menyebabkan tanah kubur menjadi mendap dan tenggelam.

Ini telah menimbulkan kemarahan kepada penduduk dan waris terlibat yang akhirnya memaksa Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin mencadangkan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor supaya menangguhkan sementara kerja-kerja pemindahan kawasan perkuburan masyarakat Islam di Pengerang.

Oleh kerana kahadiran Mufti adalah ibarat wakil kepada Baginda Sultan Johor, telah mengurangkan sedikit kemarahan penduduk dan waris terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Johor. Datuk Mufti johor sendiri mengakui bahawa tanah perkuburan yang baru ini belum siap sepenuhnya termasuk tidak mempunyai sistem perparitan, landskap dan pagar.

Tidak di ketahui mengapa begitu lemahnya Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor menangani isu tanah berhubung dengan pembangunan Rapid ini terutama tanah perkuburan yang melibatkan orang melayu dan Islam.

Walaupun isu pengambilan tanah untuk pembinaan projek Kompleks Besepadu Penapisan dan Petrokimia (Rapid) berjaya diselesaikan dan ada yang telah pun menikmati agihan mereka, kini timbul pula isu tanah kubur, walaupun kita tahu pembangkang akan sentiasa mencari kelemahan, Kerajaan Negeri Johor sepatutnya mengambil jalan pro aktif dan bersedia untuk berdepan dengan mainan mereka bukan sudah teratuk baru terngadah.

Di maklumkan Anwar Ibrahim dan suku sakatnya akan turun ke Sungai Rengit,Pengerang, pada 25 Jan 2013 ini untuk mengadakan ceramah umum serta berkempen dan sudah pasti diantara isi ceramahnya sudah pasti akan berkisar pada isu tanah perkuburan ini,

Jika di lihat sekarang ini pihak pembangkang kerap mengadakan ceramah di Pengerang ini, sudah pasti ada sesuatu yang menarik di Pengerang malahan di Johor ini sendiri. Rakyat Johor terutamanya penduduk Pengerang melihat Menteri Besar Johor ini gagal membawa aspirasi sebenar rakyat Johor, jangan sampai rakyat Johor ‘berpatah arang berkerat rotan’ dan menjadikan Johor saperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu satu ketika dahulu.

Adalah amat menyedihkan jika YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak yang bertungkus lumus menggerakan transforamsi namun dalam masa yang sama ada pihak-pihak tertentu berpakat dari dalam untuk mensabotaj kepimpinan YAB Perdana Menteri, dengan mejahanamkan kepercayaan rakyat Johor terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Jangan marah jika tak rela, lepaskan dengan cermat agar pergi kita di iring dengan hormat dan akan sentiasa di ingat.


 Sumber:   http://ob21.net/?p=419   

19 Januari 2013

PAS akan umum keluar Pakatan Rakyat?


Suka atau tidak, PAS perlu menerima hakikat kehadirannya dalam gabungan longgar pakatan pembangkang, PR tidak membawa sebarang kesan signifikan yang bermanfaat untuk kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini.

Dalam banyak keadaan, PAS lebih banyak beralah dan terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya sendiri semata-mata untuk menjaga hati rakan sepakatan.

Di masa yang sama DAP dan PKR berterusan menuntut PAS berubah mengikut corak yang mereka tentukan.

Demikian halnya dalam isu tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk diguna pakai dalam kitab Bible versi Bahasa melayu yang kembali dihangatkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa beliau menyampaikan perutusan Kristmas 2012 tempohari.

Gara-gara isu itu PAS bagaikan tersepit diantara keperluan menjaga kesucian agama Islam dengan tuntutan politik PR. Bagaikan lembu yang dicucuk hidung akhirnya PAS mengalah lagi dan menurut sahaja tuntutan itu untuk dijadikan dasar rasmi PR.

Berikutan desakan demi desakan bertali arus dari luar dan dalam parti, PAS kemudiannya cuba menunjukkan kejantanannya kepada DAP dan PKR dengan merubah semula keputusan dari setuju kepada sebaliknya.

Namun langkah PAS melalui Majlis Syura Ulamanya yang bersidang pada 13 Januari 2013 itu bagaimanapun dipandang sepi seolah-olah tiada nilainya di mata PR apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan PR tetap berpegang pada keputusan 8 Januari 2013.

"Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.

"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," tegas Azmin ketika sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.

Maksudnya, apa sahaja keputusan Majlis Syura Ulama PAS, ia tidak mengubah pendirian PR yang telahpun dipersetujui oleh Presiden PAS pada 8 Januari 2013 untuk membenarkan orang bukan Islam khususnya penganut Kristian menggunapakai kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.

Pendirian PR seperti yang ditegaskan oleh Azmin itu tentunya meletakkan PAS sekali lagi terumbang ambing dan serba salah, namun itulah akibat yang perlu diterima bila mana PAS selama ini terlampau mendahulukan kepentingan politik berbanding keutamaan pada agama.

Menyedari situasi semasa PAS dalam gabungan PR sudah sama seperti balaci dan pencacai yang sering diarah itu dan ini, muncullah suara-suara lantang di kalangan kepimpinan PAS menuntut parti itu mengambil keputusan tegas demi kepentingan agama dan maruah parti.

Golongan pendesak ini mahukan PAS segera keluar daripada gabungan liberal PR dan kembali bergerak sendirian kerana percaya itulah langkah terbaik untuk mengembalikan semula jatidiri PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Mereka sudah selangkah di hadapan apabila desakan merubah keputusan dan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t sudah membuahkan sedikit hasil.

Sekiranya desakan drastik yang diusulkan itu turut mendapat sokongan meluas, berkemungkinan PAS bakal mengumumkan langkah drastik keluar dari PR.

Namun demikian, selama mana golongan pendesak perubahan ini mampu bertahan sukar ditentukan memandangkan hampir di setiap peringkat kepimpinan PAS dari bawah ke atas sebahagian besarnya sudah dikuasai oleh pemimpin PAS yang berkiblatkan ideologi Anwarinas







Memang nyata, Anwar dulu lain & sekarang lain. KLIK saksi video.

Membicarakan tentang Cabaran dan Harapan Islam di Asia Tenggara, banyak mempersoalkan tentang besarnya tanggungjawab umat Islam agar membina jaringan dan kerjasama serantau dalam bidang ilmu pendidikan, ekonomi dan pembangunan, budaya dan kemasyarakatan, kaji selidik dan usaha penterjemahan supaya kekuatan yang ada pada sesebuah negara di munafaatkan dengan baik dan kelemahan yang ada pada sesebuah negara dapat diatasi dengan bijaksana.
- SEMINAR NUSANTARA,  PWTC

Tidak sepatutnya bersikap seperti sesetengah individu yang berpengaruh.
Kerana mengejar kuasa sanggup menggadai segalanya.

Komen dari rakan ABIM Anwar suatu masa dulu. Anwar Ibrahim, dulu cakap lain... Sekarang cakap lain.
Itulah kenyataan
Y.BHG. Prof. Dato' Dr. Sidek Baba 
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kalau dulu lain... Skg lain. Akan datang, Anwar akan jadi jauh lebih lain.

18 Januari 2013

Populariti Anwar meningkat ke? KLIK baca ni!


Wacana Pra-PRU13: Populariti PM menonjol (Berita Harian)

Kuala Lumpur: Populariti Datuk Seri Najib Razak menonjol dalam kalangan rakyat adalah berikutan prestasinya yang dinilai orang ramai, termasuk program transformasi dan janji ditunaikan kerajaan.

Pensyarah Jabatan Komunikasi Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Manusia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, berkata faktor berkenaan diperoleh dalam kajiannya antara Mac 2008 hingga Julai 2012.

Malah, katanya, kajian itu juga menunjukkan populariti Najib terus mengatasi tiga pemimpin pembangkang. Kajian itu mendapati populariti Najib meningkat daripada 41 peratus selepas pilihan raya umum Mac 2008 kepada 58 peratus pada Julai 2012 berdasarkan tinjauan kepuasan terhadap pemimpin.

Sokongan 58 peratus daripada 1,963 responden ditemubual secara bersemuka dari 1 hingga 31 Julai lalu adalah tertinggi jika dibandingkan dengan sokongan diterima Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (47 peratus), Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (34 peratus) dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (31 peratus).

Beliau ditemui selepas pembentangan Wacana Pra-PRU13: Siapa Jadi Pilihan? anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) dengan kerjasama BH di sini semalam.

Populariti Anwar menurun

Syed Arabi dan Timbalan Pengerusi MPN, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin adalah panel jemputan bagi sesi pertama wacana itu yang dikendalikan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar selaku moderator.

Mengulas lanjut, Syed Arabi yang juga bekas rektor UIAM berkata kajian itu dijalankan berperingkat pada Mac 2008 membabitkan 1,654 responden dan 1,370 responden pada Mac 2012 sebelum diteruskan pada Julai tahun lalu.

Malah, katanya, populariti Anwar pula menurun dari 46 peratus selepas pilihan raya umum Mac 2008, berbanding 34 peratus pada Julai 2012.

17 Januari 2013

PAS Hanya Pak Hangguk... Klik, baca ni!


Sudah ramai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama tampil mengecam
kelancangan seorang pelakon keturunan Cina, Patrick Teoh yang secara sedar telah menghina Al-Quran dan agama Islam.

Hatta pemimpin dan penyokong PAS juga tidak ketinggalan mengecam pelakon Cina itu kerana pada awalnya mereka menjangkakan Patrick Teoh adalah penyokong Barisan Nasional (BN).

Bila pemimpin dan penyokong PAS menyedari individu tersebut adalah penyokong PR dan kerap turut sama menjayakan pelbagai program politik rakan sepakatan PAS yakni DAP, tak semena-mena PAS mula melembutkan nada kritikan.

Akhirnya seperti yang dijangkakan, PAS mengambil langkah berhati-hati dengan cuba menjustifikasikan penghinaan yang dilakukan oleh Patrick Teoh disebabkan ketidakfahaman pelakon itu terhadap Islam.

Itu tabiat kebiasaan PAS, sentiasa memilih bulu dalam melakukan kritikan atau kecaman bilamana berlakunya penghinaan terhadap Islam kerana pada PAS kepentingan politik PR dilihat lebih utama berbanding maruah agama.

Maka untuk mengendurkan kemarahan orang ramai terhadap PR, tanpa fikir panjang PAS dan pengikutnya menyalahkan Kerajaan Pusat kononnya telah gagal membentuk pemahaman orang bukan Islam terhadap agama Islam.

Mudah betul mereka bersikap lepas tangan dan cuba meletakkan beban kegagalan sendiri mentarbiah rakan sepakatan dalam PR untuk dipikul oleh orang lain pula.

Walhal sejak berpuluh tahun BN memerintah negara ini sudah banyak program bercorak pendidikan dan penerangan mengenai Islam disiarkan dalam media massa.

Hanya golongan bebal dan keras sikap perkaumannya seperti Patrick Teoh sahaja yang buat tidak endah dan masih berselindung disebalik alasan kurang memahami sensitiviti umat Islam.

Demi kerana kemaruk undi penyokong Cina DAP, PAS sanggup berlapang dada di atas penghinaan yang dilakukan terhadap Islam, angguk-angguk dan geleng-geleng dengan menjadikan perkiraan politik sebagai pertimbangan.

Jika kekal beginilah gaya tarbiah PAS kepada DAP, nescaya sedikit masa lagi makin bercambah golongan tak sedar diri seperti Patrick Teoh dalam PR.

16 Januari 2013

Anwar & parti pembangkang rasa terhina... Klik, baca ni!


KENYATAAN DARI PORTAL PEMBANGKANG: SUARAPAKATANRAKYAT

Majlis Syura Ulama Hina Anwar, Pakatan Rakyat

MASIH lagi berkisar tentang keputusan mengejut Majlis Syura Ulama PAS membuat pusingan U dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian, termasuk gereja dan penganutnya semalam.

Berlawanan dengan keputusan Pakatan Rakyat minggu lepas yang membenarkan penggunaan kalimah tersebut dalam apa bentuk pun oleh penganut agama Kristian.

Penulis baru sahaja di maklumkan bahawa Presiden PAS, Tuan Guru Abd Hadi Awang, tidak turut serta dalam mesyuarat Majlis Syura berkenaan walaupun beliau adalah salah seorang daripada 15 ahli Majlis tersebut.

Penulis berharap maklumat ini benar (ketidakhadiran Hadi), jika tidak, penulis jangka akan ada masalah yang lebih besar. Jika Hadi hadir tapi bersetuju dengan keputusan tersebut, penulis bimbang intergriti Hadi dan PAS sendiri akan menjadi persoalan yang cukup besar dalam Pakatan Rakyat kerana Majlis Syura Ulama adalah badan tertinggi yang mengawal PAS, bukan Presiden mahupun AJK Pusatnya yang dipilih secara demokrasi.

Dengan ketidakhadiran Hadi, maka jangan hairanlah kenapa keputusan Majlis Syura Ulama ini berbeza benar dengan apa yang telah diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat minggu sudah.

Tapi itu tidak bermaksud Hadi boleh terlepas dengan mudah. Hadi masih lagi membuat silap kerana tidak merujuk perkara tersebut kepada Majlis Syura terlebih dahulu sebelum menghadiri mesyuarat Pakatan Rakyat bagi membincangkan perkara tersebut pada 8 Januari yang lepas.

Cuma yang ingin penulis katakan, sumber dalam Pakatan Rakyat mengesahkan tindakan Majlis Syura ini tidak ada kaitan dengan Hadi walaupun dalam pernyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut berakhir, ia dikatakan selari dengan kenyataan Hadi pada 8 Januari.

Justifikasi penulis, ada perbezaan di dalam kenyataan Hadi dengan keputusan Majlis Syura semalam.

Tidak ada dimana-mana dalam pernyataan Hadi pada 8 Januari yang menyebut larangan menggunakan kalimah Allah dalam bentuk tulisan, berbanding kenyataan Majlis Syura yang secara terang terangan melarang kalimah Allah digunakan dalam bentuk tulisan.

Penulis merujuk perenggan 3 pernyataan Majlis Syura semalam:-

Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah. Dalam masa yang sama, penulis mengesan cubaan Majlis Syura Ulama PAS untuk memutar belit kenyataan Hadi pada 8 Januari melalui kenyataan dibawah:-

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.

Seolah-olah Majlis Syura Ulama cuba berkata “Hadi memang berkata begitu (menyokong kalimah Allah digunakan oleh pihak Kristian), tapi beliau tidak bermaksud kalimah itu hanya boleh disebut, bukan ditulis atau diterjermahkan”.

Sumber yang rapat dengan Datuk Seri Anwar memaklumkan kepada penulis, beliau cukup merasa terhina dan terkejut dengan perkembangan ini dan masih menentukan tindakan selanjutnya yang perlu dibuat.

Banyak pilihan telah dipertimbangkan bagaimana untuk mengatasi masalah ini demi menjamin undi Kristian untuk Pakatan Rakyat kekal.

Sumber: suarapakatanrakyat


14 Januari 2013

Kecewa gila Anwar mengenangkan Shamsidar di #KL112 ?


Beberapa kesimpulan dapat dirumus daripada 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' anjuran parti-parti pembangkang Sabtu lepas.

Pertama, sekalung tahniah kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengotakan janji untuk mempastikan perhimpunan tersebut dijamin aman dan tidak berlaku sebarang rusuhan atau kekacauan seperti pengalaman lalu.

Kemenangan besar dan hakiki pada hari Sabtu lalu bukan kepada pembangkang tetapi kepada Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional.

Kewujudan Akta Perhimpunan Aman 2012 telah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan apabila rakyat mengetahui keselamatan terjamin serta kehidupan mereka tidak lagi terganggu bilamana pembangkang mahu mengadakan sebarang demonstrasi di masa depan.

Ini adalah satu pendekatan inklusif oleh pihak polis yang patut diberi pujian dan penghargaan termasuk pihak pembangkang sendiri.

Sikap keterbukaan Perdana Menteri yang berkata kerajaan pimpinannya sanggup dikritik dan ditegur adalah satu cerminan dasar yang mengutamankan hak dan kebajikan rakyat dan pada masa yang masa menghormati nilai-nilai sistem demokrasi negara ini.

Kedua, perhimpunan yang diuruskan dengan begitu baik oleh PDRM telah menggagalkan sebarang percubaan pihak pembangkang untuk menimbulkan huru hara di jalanan sebagaimana ang mereka telah lakukan pada perhimpunan Bersih 3.0.

Sudah tentunya individu yang paling kecewa ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengharapkan penyokong-penyokong pembangkang dapat digerakkan sekali lagi untuk merusuh dan menimbulkan suasana tegang.

Strategi Anwar supaya berlaku kakacauan ialah supaya media antarabangsa yang membuat liputan berita akan menyebarluaskan gambaran bahawa kerajaan bertindak zalim, kuku besi, diktator dan sebagainya.

Malangnya perkara ini tidak terjadi dan perhimpunan yang diadakan tidak ubah seperti mana-mana ceramah politik pembangkang.

Kerajaan masih menunjukkan sikap prihatin dan berlembut walaupun pembangkang melanggaar beberapa syarat yang telah dipersetujui seperti menghadkan kehadiran peserta perhimpunan kepada 30,000 sahaja dan dilarang membawa bersama kanak-kanak.

Ketiga, ketiadaan Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang menimbulkan tanda tanya mengapa beliau tidak hadir pada perhimpunan terbesar pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum ke 13.

Pembangkang berkata dengan jumlah mereka yang berkerumun di Stadium Merdeka sudah cukup untuk menyampaikan mesej kepada Barisan Nasional bahawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Mungkin penyokong pembangkang penuh yakin berdasarkan semangat membuak-buak mereka pada hari itu namun Kit Siang nampaknya tidak begitu menaruh harapan yang menggunung.

Keempat, melihat kepada kerenah penyokong pembangkang yang mewakili pelbagai ideologi dan politik serta landasan perjuangan yang berbeza-beza menjadi satu persoalan adakah pemimpin dan penyokong mempunyai kesatuan fikrah dan pandangan politik yang sama untuk ke Putrajaya?

Pas dengan baju serba hijau yang gemar melaungkan takbir, kumpulan Bersih dan ant-Lynas pula dengan baju kuning mereka, dan PKR dengan baju biru muda masing-masing bersorak dengan sloganan tersendiri seolah-olah ia hanyalah satu perhimpunan carca marba atau 'motley crue'.

Malah terdapat kumpulan-kumpulan serpihan yang menumpang sekaki untuk bersama perhimpunan itu seperti golongan LBGT, anti-Islam, anti-Melayu, pluralis dan liberalis, cauvinis dan rasis, anti-Raja, pendakwah Kristian dan sebagainya.

Semuanya juga mempunyai impian Anwar aagar memenuhi agenda perjuangan kumpulan mereka jika berkuasa.

Malah jika dibilang dengan jari jumlah yang hadir jauh daripada 1 juta yang disasarkan sebelum ini.

Anggaran pihak polis hanya sekitar 40,000 orang yang hadir hanyalah empat peratus dan ini merupakan satu kegagalan besar pihak penganjur.

Di mana 300,000 penyokong yang hendak dikerah oleh Pakatan Rakyat Selangor?

Akhirnya yang datang adalah muka sama yang juga turut menyertai perhimpunan dan demonstrasi jalanan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0, Perhimpunan Anti -Isa, dan Perhimpunan Air Selangor sebelum ini.

Kehadiran penyokong Cina juga amat hambar sekali dikatakan sekitar 8 peratus atau 3,000 sahaja manakala penyokong India kira-kira 2 peratus sahaja.

Ini jelas membuktikan orang Melayu telah dipergunakan oleh Dap untuk menjayakan agenda politik mereka.

Yang tidak faham politik adalah penyokong pembangkang dari kalangan orang Melayu dalam Pas dan PKR yang gagal mengerti bahawa mereka hanyalah keldai tunggangan Dap yang bersikap talam dua muka dan berpura-pura.

Mungkin ini menjadi penyebab mengapa Anwar hanya berucap setakat 20 minit sahaja kerana penyokong sudah meluat dan mula keluar stadium ketika beliau mula berceramah.

Himpunan Shamsidar juga tidak menjadi kerana penyokong Pas dan Dap tidak mahu terbabit menyokong isu peribadi dan moral buruk Anwar.

Hakikatnya 'kebangkitan' yang diharapkan menjelma menjadi kekecewaan yang amat menghampakan.

13 Januari 2013

Nah, Bandingkan Himpunan UMNO66 & Himpunan Kelentong Rakyat (HKR)... Jauh beza woiii!!!

Nampak ramai sebab Stadium Merdeka kecil... kalau buat kat Stadium Nasional Bukit Jalil
pasti kelihatan lebih kosong.
Media-media pembangkang pantas melaporkan ‘kejayaan’ Himpunan Kelentong Rakyat (HKR) sejurus himpunan tersebut berlangsung.

Nampaknya, tafsiran ‘kejayaan’ oleh pihak Pakatan Rakyat memang pelik kerana selalunya sesuatu itu ditafsirkan sebagai berjaya jika ia menepati sasaran.  Sedangkan HKR yang dianjurkan mereka hanya mencapai 4.5% jumlah peserta yang berjaya dikelentongkan, berbanding 1 juta yang disasarkan. KLIK

Namun, himpunan ini tetap diwar-warkan mereka sebagai ‘berjaya’.  Mungkin mereka menggunakan program yang sama sepertimana yang digunakan oleh DAP dalam pemilihan CEC parti itu yang menggunakan matematik tidak logik sehingga mendapati bahawa angka 45,000 adalah bersamaan dengan 1 juta.

Perlu diingatkan, bahawa sebelum himpunan berlangsung, puak-puak PR telah terlebih dahulu mewar-warkan kononnya, terdapat 10,000 polis baru direkrut khas untuk membuat kacau dan menyamar menjadi peserta.   Jika ini benar, maka angka sebenar jumlah peserta hanyalah 35,000.

Bagaimanapun, media pro-PR terus mengkelentong penyokong mereka dengan memaparkan gambar-gambar superimpose serta jarak dekat yang memperlihatkan seolah-olah jumlah peserta begitu ramai.   Ada juga yang cuba bermain logik matematik dengan mengira ruang sekaki persegi berbanding kawasan perhimpunan dan memberikan jumlah menghampiri 700,000 orang.  Kiraan ini, walaubagaimanapun tidak mengambil-kira keluasan dan kapasiti stadium.

Faktanya, kapasiti tempat duduk staduim hanyalah 25,000.  Jika dicampur dengan yang berdiri termasuk di tengah padang yang seluas 50ribu kaki persegi, dibahagi dengan 2 kaki persegi keluasan yang diperlukan untuk seorang individu bersaiz sederhana berdiri tegak, maka paling ramai mungkin terdapat lebih kurang 10,000 – 15,000 lagi.   Di luar stadium pula, hanya satu bahagian sahaja yang menyaksikan peserta yang ramai, dan dalam perimeter beberapa puluh meter sahaja dari stadium, yang mana dianggarkan hanya mampu mendapat kiraan dalam 5,000 – 10,000 orang sahaja.

Justeru, anggaran rasmi yang dikeluarkan oleh pihak polis adalah lebih munasabah iaitu 45,000 orang.

Daripada jumlah ini, hanya terdapat lebih kurang 8% kaum Cina dan 2% kaum India yang berjaya dikelentong.   Selebihnya, semuanya adalah Melayu PAS dan PKR yang terpaksa membawa lambang DAP dan sepanduk berbahasa Cina bagi mengkelentongkan diri sendiri kononnya kaum Cina juga ramai yang ‘terkelentong’.

Apa yang kurang jelas dari himpunan ini ialah tujuan ia diadakan.  Kononnya, ia untuk menuntut PRU bersih, menuntut professionalisme kakitangan awam, menuntut Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan entah apa-apa lagi.   Tetapi, entah kenapa pemilihan parti sendiri yang jelas kotor dan tidak professional tidak pula menjadi isu.   Dan entah bila pula DAP bersetuju untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan sedangkan kepala surat rasmi kerajaan Selangor juga menyaksikan bahasa Mandarin diangkat setaraf.

Sebenarnya, pemimpin-pemimpin PR telah menjangkakan jumlah ini, kerana itulah mereka memilih Stadium Merdeka yang jauh lebih kecil bagi mengelak ia kelihatan kosong.  Jika dibanding dengan perhimpunan ulang tahun UMNO baru-baru ini yang menyaksikan 100,000 orang di Stadium Bukit Jalil, maka jumlah RAKYAT yang menyertai HKR adalah jauh lebih rendah dari jumlah ahli UMNO.  

Walaubagaimanapun, melihat dari komen-komen penyokong PR di media sosial,  nampaknya 100% daripada mereka telah benar-benar percaya dengan apa saja dikelentongkan oleh pemimpin dan media mereka mengenai HKR ini.

Oleh itu, jika tujuan HKR ini adalah untuk kelentong, maka ia wajar dikatakan sebagai berjaya dengan cemerlang sekali kerana walaupun hanya 4.5% dari penyokong PR yang turun berdemonstrasi, tetapi habis satu Malaysia dan seluruh dunia berjaya dikelentong oleh PR kononnya mereka ramai penyokong, sedangkan hakikatnya, untuk mendapat 10% dari sasaran 1 juta pun tidak terdaya.


12 Januari 2013

TERKINI HKR: Ni je datang? Toksah gebang la nak tukar kerajaan…

Lihat lah betapa bijak nya melayu berpolitik.... tergadai segala2nya. Mana bendera PAS?
Kehkehkehhh!!!


Himpunan Kebangkitan Rakyat @ Himpunan Shamsidar mencatatkan kehadiran sekitar 40 ribu orang. Anggaran di dalam stadium sekitar 35 ribu orang dan sekitar lima ribu orang lagi di luar stadium termasuk penjual dan penjaja kecil. Ini berdasarkan laporan pihak berkuasa dan juga pemerhatian pemberita yang berada di sana.

Namun pentadbir Facebook Polis KL dengan tidak semena-mena mengisytiharkan jumlah kehadiran di dalam stadium sahaja menjangkaui 80 ribu orang. Malaysiakini pula menyatakan 100 ribu orang hadir. Memang susah untuk berhujah dengan mereka yang membuat anggaran menggunakan kepala lutut
Kenyataan Facebook Polis KL
Kenyataan ini bertentangan sangat bertentangan dan tidak langsung di sokong oleh gambar yang dipamerkan oleh facebook itu sendiri.


Sehingga jam 4 petang tadi, Malaysiakini langsung tidak berani menyiarkan gambar-gambar di dalam stadium.

Untuk kiraan mudah ialah standard tempat duduk Stadium Merdeka hanya boleh dipenuhi sekitar 25 ribu orang. Jika diasak-asak dan semua berdiri ia boleh mencapai 35 ribu orang. Jika ada sesiapa yang mempunyai gambar menunjukkan tempat duduk Stadium Merdeka telah diisi secara tersusun, padat dan ramai yang berdiri maka sila tunjukkan bukti. Ini kerana gambar-gambar yang sampai kepada kami menunjukkan sebaliknya.

Keluasan padang bola pula ialah sekitar 50 ribu kaki persegi. Dengan andaian setiap orang berdiri secara menegak dan hanya mengambil ruang sebanyak 2 kaki persegi setiap orang, hanya 25 ribu dapat dimuatkan di atas padang. Dua kaki persegi adalah ruang sebesar “dua tile” saiz biasa di rumah anda. Bolehkah semua orang hanya menggunakan 2 kaki persegi untuk berdiri?


Jika kita andaikan boleh pun, adakah gambar-gambar yang ditunjukkan dalam semua laman web media menunjukkan padang bola sepak di Stadium Merdeka begitu padat seperti yang digambarkan dalam tulisan ini?

Fokus dari udara
Nota: Oh ya, sila bawa gambar photo yang asli bukan yang telah diedit oleh laman penipu seperti Malaysiakini.com, suarapakatanrakyat.com dan Kl-today.com

StinGray says:
35ribu tu belum tolak 50% budak2 sekolah lagi…kalau takat 15-18 ribu pengundi yg datang bg support himpunan ” indahnya meliwat & berzina “… toksah gebang la nak tukar kerajaan…


TERKINI FOTO HKR: Seronok Mereka Berdamping Golongan Penipu . KLIK!




Lebih kurang dua tahun kebelakangan ini sudah banyak perhimpunan dan demonstrasi jalanan serta pelbagai gimik politik diusahakan oleh pakatan pembangkang disegenap pelusuk negara termasuklah sebahagiannya tertumpu di ibukota Kuala Lumpur.

Terbaru mereka mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) #KL112 atau lebih diingati ramai sebagai Himpunan Menyokong Gadaikan Kalimah Allah Kepada Kristian yang berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013 melibatkan gabungan 4 kumpulan propaganda utama PR.

Empat kumpulan ini terdiri daripada NGO Bersih berwarna kuning fokus pada propaganda anti SPR, kumpulan Hijau tertumpu pada bantahan terhadap kilang nadir bumi Lynas dan Rapid Pengerang, manakala kumpulan Oren pula berusaha untuk memburukkan FELDA serta kumpulan merah, NGO Royalti dari Kelantan.

Atas kepercayaan angka 4 dikalangan masyarakat Cina bermaksud "si" yakni bermaksud "mati" dan dianggap suwey serta membawa sial, maka PR sebagai pihak penganjur membawa masuk satu lagi kumpulan sampingan berwarna ungu yang terdiri daripada muslimat dan wanita PKR.

Dengan gabungan 4 kumpulan propaganda utama ini pihak penganjur optimis tanpa mengira logik akal telah dengan selamba mempromosikan kononnya sejuta (1,000,000) orang peserta yang terdiri daripada penyokong mereka dari seluruh negara akan hadir memenuhkan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Awal-awal promosi lagi sudah menipu semacamlah rakyat tidak tahu yang Stadium Merdeka cuma mampu menampung 30,000 orang hadirin sahaja. Hatta jika dipenuhkan sekali dengan kawasan padang bola dan laluan pejalan kaki cuma 40,000 orang sahaja yang boleh berhimpit-himpit dalam stadium tersebut.

Mana lagi nak disumbat kai lebih 900 ribu? Kot ya pun mahu bikin gempak gunalah logik akal sikit. Ini tidak, dari awal lagi sudah menipu rakyat. Macam mana rakyat nak meyakini PR jika begitu gayanya, belum memerintah sudah menunjukkan belang penipuan?

Paling malang sekali, kesemua 4 kumpulan propaganda utama warna warni ini masing-masing mempunyai rekod pernah cuba memperbodohkan khalayak serta berniat menipu rakyat dengan pelbagai gimik dan tingkahlaku yang menjelekkan.

NGO proksi PR, Bersih 2.0 misalnya pernah terlibat dalam adegan memalukan apabila sengaja mencipta trick propaganda apabila seorang pesertanya bernama Suhardi Mat Isa yang merupakan penyokong PAS telah dengan melakonkan aksi dua tiga kali mati dan hidup semula semasa demonstrasi jalanan Bersih 2.0 pada Julai 2011.

Sementara itu ketika demontrasi Bersih 3.0 dilangsungkan pada April 2012 pula para pesertanya berkelakuan liar dengan memusnahkan kenderaan peronda polis dan menendang motosikal anggota polis trafik.

Mereka juga telah melanggar perintah Mahkamah dengan sengaja merempuh ke arah Dataran Merdeka bertujuan untuk menawannya, bila pihak berkuasa bertindak balas untuk menguatkuasakan undang-undang demi ketenteraman awan, para perusuh ini telah memutarbelitkan cerita untuk mengabui mata rakyat dengan menyalahkan pihak polis pula.

Manakala kumpulan Hijau pro DAP dan PKR yang kononnya aktivis alam sekitar pula telah dengan sengaja memesongkan fakta mengenai kilang pemprosesan bahan nadir bumi Lynas kononnya membahayakan keselamatan rakyat, walhal fakta saintifik membuktikan sebaliknya.

Lebih menyakitkan hati bila mana kumpulan yang sama melancarkan gimik mogok lapar selama 100 jam sebagai bantahan terhadap Lynas dan Rapid Pengerang. Baru sehari dua berlangsung akhirnya kantoi apabila ramai pesertanya dilihat secara senyap-senyap menjamu selera di resoran dan hotel.

Tidak cukup dengan ppgimik dan penipuan di atas, kumpulan Oren yang anti FELDA di ketuai AJK PAS Pusat juga terlibat secara langsung menipu para peneroka FELDA kononnya tanah dan rumah peneroka akan tergadai bila FGVH menyertai pasan saham BSKL.

Realitinya tiada tanah milik peneroka yang dipajak atau berisiko tergadai sebaliknya yang betul-betul tergadai ialah maruah rakyat Kelantan dan berpuluh ribu ekar tanah serta hasil bumi di selatan negeri itu telah jatuh ke tangan orang luar.

Dalam salah satu demonstrasi Oren bulan lepas pula, pesertanya telah dengan sengaja menyalibkan patung menyerupai Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, mirip seperti Tuhan triniti kristian, Jesus yang mati disalib. Satu penghinaan terhadap sesama Islam dan lebih memalukan kejadian menyalib itu dilakukan selepas selesai mereka menunaikan solat Jumaat. Memalukan.

Kumpulan terakhir yang bertemakan warna merah, NGO Royalti tajaan pemimpin PAS pula telah dengan sengaja memutarbelitkan fakta carigali minyak di luar persisiran pantai negeri itu. Sedangkan fakta sebenar hanya minyak yang dijumpai dalam lingkungan 3 batu nautika dari pantai Kelantan sahaja yang layak menerima royalti minyak.

Jika lebih dari lingkungan tersebut, Kerajaan Pusat atas budi bicara berpandukan perjanjian yang ditandatangani boleh mengusulkan perbincangan seterusnya mempertimbangkan bayaran wang ehsan terus kepada rakyat melalui agensi-angensi Kerajaan Pusat untuk .

Apa yang terjadi, wang ehsan ditolak oleh Kerajaan PAS Kelantan dan NGO Royalti sebaliknya mereka menuntut wang tersebut dimasukkan terus ke kantung Kerajaan Negeri, yang sebenarnya terselit motif untuk diambil kesempatan buat mengenyangkan perut sesetengah pimpinan negeri

Walhal majoriti rakyat Kelantan ternyata selesa dengan pemberian wang ehsan yang memberi manfaat kepada mereka berbanding jika wang itu diberikan kepada Kerajaan PAS Kelantan akibatnya banyak berlaku ketirisan sebagaimana berlaku dalam kes royalti kayu balak, perlombongan emas, pasir dan bijih besi.

Satu perkara yang agak mengelirukan, NGO Royalti ini tanpa sedar telah menuntut supaya diwujudkan kompleks pendaratan dan penapisan petrokimia di Pantai Sabak, Bachok. Percanggahan ketara bila mana kumpulan Hijau yang bergabung bersama mereka dalam HKR pula menentang pembinaan kilang pendaratan dan penapisan petrokimia Rapid di Pengerang, Johor.

Tampak jelas, terang lagikan bersuluh, segalanya menunjukkan penganjuran HKR sebetulnya hanyalah satu propaganda politik yang motif utama mereka hanyalah mahu menarik perhatian rakyat khususnya para pengundi sempena PRU 13 nanti.

Mereka cuba mengelirukan rakyat melalui pelbagai gimik, penipuan dan pemesongan fakta termasuklah melakukan aksi liar dan kontroversi tanpa mempedulikan hakikat yang rakyat sebenarnya lebih celik akal dan mindanya.

Golongan penipu dan penyebar propaganda politik ini semua sepatutnya sedar, tingkah laku dan watak pembawaan mereka tidak sedikit pun mampu mmmembantu PR untuk menghadapi PRU 13. Tiba masanya kelak, rakyat sebagai hakim negara pastinya beramai-ramai menunaikan hak mereka dalam pilihanraya dan mengundi menolak gabungan parti politik yang tidak beretika ini.




11 Januari 2013

HKR: Medan PAS Gadai Kalimah Allah. KLIK, baca ni!


Ini adalah kali kedua dalam tempoh lebih dua tahun, PAS sebagai wakil parti Islam dalam PR telah pun bersetuju untuk terus tunduk taat pada tuntutan DAP dan penganut Kristian yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

DAP berhak berasa bangga, begitu juga para paderi dan gereja Kristian juga berhak untuk berasa lega dek kerana usaha dakyah mereka mahu menodai kalimah Allah s.w.t melalui PR hanya menerima sedikit saja tentangan dari PAS.

Untuk itu, wajarlah Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah atau lebih dikenali sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka Sabtu nanti menjadi platform rasmi bagi PR bagi meraikan kejayaan menodai kesucian kalimah Allah s.w.t. Himpunan yang mensasarkan kehadiran sejuta orang peserta ini sudah pun mendapat kebenaran pihak pengurusan Stadium Merdeka.

Entah bagaimana para pemimpin PR mahu menyumbat keseluruhan 1,000,000 orang manusia ke dalam stadium yang hanya mampu memuatkan 30,000 orang sahaja, sukar untuk difikirkan.

Mungkin mereka akan menggunakan kaedah mantik ala tin sardin, biar padat bertindih depan belakang atas dan bawah, seandainya ada yang mati sesak nafas atau panik, itu belakang kira, yang utamanya sejuta manusia mesti disumbat masuk ke dalam stadium tersebut.

Dalam pada itu, sebelum ini Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din pernah menyatakan adalah kufur jika orang Islam menyokong kalimah Allah digunakan oleh Kristian, namun pendirian itu tidak berbekas pun di hati sebahagian pemimpin dan penyokong PAS.

Ustaz Haron Din, pakar jampi serapah yang suatu ketika dulu diangkat melambung oleh pemimpin dan penyokong PAS sebagai ulama terulung yang paling disegani pun tak diendah pandangannya, apa lagilah bangkangan dari ustaz cabuk seperti Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib.

Paling penting, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sudah kecut telurnya digenggam geng Anwarinas dan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah dianggap sebagai nabi baru oleh ustaz kebudak-budakan pro PAS pun telah bersetuju.

Dengan bermodalkan alasan ia membuka ruang dakwah kepada orang bukan Islam sudah cukup utuh bagi PAS bersetuju dengan dasar PR membenarkan orang Kristian menggunapakai kalimah suci Allah s.w.t.

Padahal, hakikatnya sepanjang PAS bersama DAP dan PKR, fakta menunjukkan PAS yang terlebih-lebih kencang dengan hasutan dakyah Kristian dan pluralisme yang sudah lama sebati dalam DAP & PKR.

Soal mudarat yang meluas hasil dari kesanggupan PAS menggadaikan kalimah Allah s.w.t dan kesan dari penggadaian kalimah Allah s.w.t bakal menyebabkan kebesaran Allah s.w.t kelihatan setaraf dengan konsep ketuhanan trinity Kristian, pada pandangan PAS itu hanya soal remeh temeh.

Begitu juga perihal setiap tahun hampir dua juta orang Islam di Indonesia menukar agamanya kepada kepercayaan Allah itu Jesus gara-gara kitab Bible versi Bahasa Indonesia juga bukannya satu keutamaan untuk PAS fikirkan.

Yang terpenting sekarang PAS sudah nekad untuk bersama-sama DAP dan PKR bagi menjayakan agenda liberalisme dan pluralisme, dengan demikian kesungguhan untuk menjayakan Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah hujung minggu nanti amatlah dituntut dari para penyokong PR beragama Islam.

Ayuh semua, Sabtu nanti jangan lupa. Bawa segala anak pinak, pak menakan kaum keluarga, sama-sama kita jayakan Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah demi membuktikan kebenaran slogan PAS Untuk Semua.

Itu pun kalau anda sanggup dan redha kesucian kalimah Allah s.w.t terus dinodai, serta agama Islam dan akidah umatnya diperkotak katikkan oleh PKR dan DAP yang wataknya menyamai perangai Yahudi dan Nasrani.

Jika tidak demikian, penuhi saja waktu hujung minggu bersama keluarga, nescaya selamatlah kita dari dipalit kemurkaan Allah Yang Maha Esa.

10 Januari 2013

Demonstrasi Rayu Halalkan Penzinaan Anwar-Shamsidar. Klik, baca ni!


Pada 12 Januari ini, selain mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat dimana kesinambungan dan kemuncak usaha terdesak pakatan pembangkang untuk menghuru-harakan negara menjelang pilihanraya ke-13. Kedengaran akan ada satu lagi perhimpunan yang juga dianjur oleh pembangkang. 

Himpunan ini dinamakan Himpunan Shamsidar, iaitu isteri kepada Azmin Ali yang juga merupakan watak utama dalam Kes Liwat 1 Anwar Ibrahim. Beliau didakwa menjadi kekasih gelap Anwar, di mana hubungan mereka juga disyaki telah menghasilkan seorang anak luar nikah. Apa yang membuatkan kita mengucap panjang, ternganga terkejut dan menggeleng-gelengkan kepala kehairanan ialah hubungan tersebut dikatakan berlaku atas restu Azmin. 

Semua kisah ini terakam kemas dalam dokuman perbicaraan serta masih terus menjadi bahan perbincangan politik semasa. Selama itu juga, tiada sebarang usaha bersungguh-sungguh dari mana-mana pihak untuk membersihkan nama Shamsidar. Namanya terus membusuk, sama busuk dengan nama Anwar dan juga Azmin.

Kemuncaknya ialah kenyataan akhbar oleh Nallakaruppan iaitu bekas sahabat Anwar merangkap bapa ayam kepada Shamsidar, yang bertajuk “Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual”.

Setelah tidak tahan didesak dan dicabar agar membuktikan tuduhan Nalla tidak benar, Anwar akhirnya memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. yang menyiarkannya. 

Akibatnya, kes tersebut kini bakal dibicarakan dalam beberapa hari sahaja lagi di mana Anwar akan terpaksa berhadapan beberapa saksi, yang kebanyakannya merupakan mereka yang dinamakan sebagai pasangan seksualnya - termasuklah Shamsidar. Terlambat menyedari yang beliau telah masuk perangkap, Anwar cuba memohon agar nama-nama mereka ini digugurkan dari senarai saksi. 

Namun, permohonan Anwar gagal. 


Oleh itu, Himpunan Shamsidar pada 12 Januari ini dilihat sebagai usaha terdesak Anwar untuk memastikan Shamsidar tidak menjadi saksi. Ia juga boleh dilihat sebagai langkah pertama ke arah membersihkan nama Shamsidar. Apapun, yang jelas dapat dilihat ialah Anwar panik dan tidak berani berhadapan dengan Shamsidar serta saksi-saksi lain.

Sedangkan, logiknya, jika beliau tidak bersalah, kenapa perlu meminta nama-nama mereka digugurkan? Bukankah kemunculan mereka sepatutnya menggembirakan Anwar kerana beliau berpeluang membuktikan yang beliau bukan biseksual seperti didakwa Nallakaruppan?

Walau bagaimanapun, pembangkang menuduh bahawa himpunan ini hanyalah satu propaganda bodoh Barisan Nasional. Apatah lagi dengan pertindihan tarikh yang sama dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berskala mega, maka tentulah tidak logik mengadakan Himpunan Shamsidar di hari yang sama, kerana ia tidak mungkin berjaya mendapat impak yang diharapkan.

Nampaknya, penyokong pembangkang telah terlepas pandang akan strategi pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Bukankah BERSIH sebelum ini juga menghimpunkan Himpunan Hijau bersama-sama kerana bimbang tidak mampu mencapai sasaran jumlah peserta? Bukankah pembangkang gemar berhimpun di tempat yang sedia terdapat ramai orang seperti di masjid selepas solat Jumaat?

Maka, strategi yang sama juga dapat dilihat dalam Himpunan Shamsidar ini iaitu bergabung dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat agar kedua-dua himpunan dilihat mempunyai jumlah penyertaan yang cukup ramai.

Justeru, tidak perlulah penyokong pembangkang mempersoalkan sama ada Himpunan tersebut adalah sesuatu yang benar atau hanya propaganda. Adalah lebih baik jika mereka mempersoalkan kenapakah Anwar tidak mahu Shamsidar menjadi saksi?

Kita pasti, penyokong pembangkang mampu meneka jawapannya iaitu, kerana segala-gala yang dituduh terhadap Shamsidar dan Anwar, adalah benar belaka.

Himpunan menyelamatkan Shamsidar ini sebenarnya adalah himpunan untuk menghalalkan penzinaan antara isteri orang dan suami orang lain. Himpunan Shamsidar adalah himpunan untuk menutup kes paling terkutuk, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan ahli politik yang membawa imej Islamik dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri di sebuah negara Islam.

Oleh itu, sama ada Himpunan Shamsidar ini satu propaganda atau tidak, kita sama-sama fikirlah sendiri…. 


9 Januari 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari ini... Hancinggg!!!


Kemuncak ‘Khidmat’ PR Kepada Rakyat

Ketika Barisan Nasional menggarapkan perlaksanaan Pelan Transformasi dalam usaha memastikan negara kekal berada dalam keadaan teguh dan rakyat sentiasa di dalam kesejahteraan, pembangkang pula meneruskan usaha menghuru-harakan negara, menghasut dan mengganggu fokus kerajaan BN.

Saban hari ada saja perancangan yang dilakukan pembangkang untuk mencari publisiti murahan. Himpunan dan demonstrasi diadakan seboleh-bolehnya setiap bulan atau beberapa kali sebulan yang mana menunjukkan yang pemimpin pembangkang benar-benar tiada kerja lain selain berpolitik siang dan malam. Himpunan dan demonstrasi tersebut pula diadakan di atas berbagai-bagai alasan dengan menggunakan berbagai-bagai penyamaran antaranya, Himpunan Hijau dan Himpunan Oren. Bagaimanapun, himpunan yang menjadi tonggak penting kepada Pakatan Rakyat diberi nama Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Himpunan ini diadakan secara bersiri, bermula dari 3 November tahun lalu di Seremban dan menjelajah ke negeri-negeri lain hingga yang terakhir di Perlis pada 17 Disember lalu. Kemuncaknya adalah pada 12 Januari 2013 depan, jam 2 – 5 petang, iaitu penutup kepada siri himpunan ini yang dicadang diadakan di Stadium Merdeka dengan mensasarkan rakyat sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Nampaknya, politik pembangkang ini benar-benar jenis politik hampas iaitu berhimpun ke sana ke mari, bercakap tak henti-henti tanpa membawa hasil apa-apa selain dari menyemarakkan kebencian, semangat perkauman dan perpecahan di kalangan masyarakat. Ia juga mengganggu rutin harian orang ramai dengan menghalang lalulintas, selain memberi gambaran negatif sekali gus membawa risiko buruk kepada ekonomi negara.

Maka tidak hairanlah apabila sokongan terhadap pembangkang semakin hari semakin berkurangan kerana rakyat di kawasan dan negeri yang diwakili mereka merasa tidak puas hati dan sangsi apabila kawasan sendiri tidak terjaga.

Walaupun kewujudan pihak pembangkang dalam sesebuah negara demokrasi sepatutnya membawa kebaikan kepada rakyat, tetapi pembangkang Malaysia nampaknya hanya membawa kemusnahan. Malah mereka langsung tidak berguna, sepanjang masa menyemak dan menghabiskan wang negara semata-mata. Tidak cukup dengan gaji dan elaun buta, beberapa wakil rakyat mereka juga menjadi kaya secara tiba-tiba sejurus selepas menang pilihanraya iaitu dalam masa beberapa bulan sahaja.

Lebih buruk lagi apabila mereka juga meminta derma dari rakyat untuk membiayai politik gila mereka sedangkan mereka terbukti menerima dana asing melalui berbagai-bagai NGO yang bekerja untuk mereka.

Adalah difahamkan bahawa Himpunan 12 Januari ini adalah bertitik tolak dari kegagalan BERSIH sebelum ini. Memandangkan nama BERSIH telah pun kotor dan memalukan, maka pembangkang memilih nama lain untuk meneruskan agenda mereka untuk menghuru-harakan negara.

Walaupun mereka menyatakan akan mengadakannya di dalam stadium namun kita tidak harus mengenepikan kemungkinan mereka menggunakan Modus Operandi yang sama dengan semua himpunan sebelum ini iaitu berarak dari jalanraya ke stadium dan bukannya terus berhimpun di dalam stadium.

Kita sedia maklum bahawa bagi mendapatkan impak yang diinginkan, pembangkang perlu mencipta drama, dan drama tidak akan tercipta jika hanya berhimpun dan berucap di stadium kerana itu adalah terlalu biasa, malah menjadi rutin hidup mereka yang tidak membawa faedah kepada sesiapa.

Justeru, tidak mustahil pembangkang akan mengadakan drama seram ganas sama sepertimana yang berlaku dalam BERSIH 3.0. Bagaimanapun, ini hanyalah cadangan atau perancangan pemimpin PR.

Dari perkembangan semasa, nampaknya cadangan dan perancangan ini agak sukar direalisasikan. Ini kerana terdapat berbagai masalah dalaman yang melanda setiap satu dari parti-parti sekutu PR yang berpunca dari isu-isu semasa yang berbangkit dari tindakan dan kenyataan pemimpin-pemimipin PR sendiri. Akibatnya, kelihatan semangat untuk berhimpun kali ini begitu hambar sekali di kalangan penyokong ketiga-tiga parti.

Hari ini, laungan BN zalim, UMNO rasis, kerajaan tidak telus, mahkamah tidak adil sudah tidak laku lagi. Segala puji-pujian ke hadhrat Allah SWT yang memenangkan PR di beberapa negeri dalam PRU yang lalu yang telah membolehkan rakyat melihat siapa sebenarnya yang zalim, rasis, tidak telus dan tidak adil selama ini.

Setelah menang maka terbarailah sudah bahawa PAS yang memecahbelahkan ummah dan enggan bertanggungjawab pula ke atas tindakan penyokong mereka yang mengkafirkan sanak saudara, malah ibu bapa sendiri. Terserlah sudah bahawa DAPlah yang rasis sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu bagi mewakili orang Melayu di dalam partinya. DAP juga tidak telus, korup dan bodoh kerana tidak mampu mengira undi yang beberapa ribu sahaja. PKR pula tidak perlulah diceritakan lagi kerana parti itu sudah lama telanjang bulat menampakkan segala panau, kurap dan cacat celanya, sepertimana Anwar di dalam video dengan China-dollnya.

Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah tidak lebih dari kemuncak usaha PR untuk menghancurkan Malaysia.

Oleh itu, rakyat Malaysia wajar menjauhkan diri dari terlibat dengan Himpunan ini, demi kejahteraan negara dan juga keselamatan diri sendiri. Belajarlah dari kesilapan negara-negara yang telah melalui ‘kebangkitan’ seperti ini, di mana kini setelah berjaya menggulingkan kepimpinan lama atas alasan tiada kebebasan bersuara, mereka kini ada yang disumbat ke penjara hanya kerana mengkritik kepimpinan baru. Sudah elok hidup di selesa, kenapa ingin merasai sengsara?

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.