GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

RM2.6 wang 1MDB?

28 Februari 2013

#AnwarNewPM: Begini ke Anwar nk jadi PM?


Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, 'The Economist', meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya. Bagi pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya akan datang sudah jelas, bahawa BN akan menang, kata EIU.

Ia berkata pembangkang Pakatan Rakyat telah membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa, dan ini merupakan penghalang yang besar. Berdasarkan semua ini, Pakatan Rakyat berada jauh ketinggalan, menyebabkan EIU meramalkan BN akan menjadi 'pemenang'.

EIU, pemikir yang menyediakan analisis risiko, industri dan negara berkala berkata, 'adalah jelas tidak sesuai' bagi Pakatan untuk melaksanakan semua janji kempennya.

"Sebagai contoh, menyediakan pendidikan menengah percuma akan menyebabkan kerajaan berbelanja RM43 bilion, dengan memansuhkan duti kereta akan mengurangkan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun," katanya.

Menurut EIU, Pakatan Rakyat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti, warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun; cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.

Bagi semua perkara ini, populisme Pakatan kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal. Di Selangor, misalnya, BN mendakwa bahawa Pakatan Rakyat melaksanakan hanya 15 peratus daripada 31 janji pilihan raya, bernilai RM2.4 bilion yang dibuat dalam manifesto pada 2008.

"Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul) Khalid Ibrahim mengulas bahawa manifesto bukan janji tetapi mengakui bahawa pengundi mungkin berfikir sebaliknya," kata EIU. Bandingkannya dengan rekod kejayaan BN dalam memenuhi janji-janjinya, dan anda mempunyai perbezaan yang jelas dalam pendekatan.

Sebagai contoh, Najib telah menjanjikan Pulau Pinang dengan 20,000 rumah mampu milik dan monorel untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, dan jika BN berkuasa di negeri itu, pengundi boleh yakin rancangan ini akan dilaksanakan. "Pertaruhan adalah tinggi bagi kedua-duanya (BN dan Pakatan)... perang tawaran berkemungkinan berterusan kerana kedua-dua pihak membuat persediaan untuk apa yang dianggap sebagai salah satu plihan raya paling sukar dalam sejarah Malaysia," kata laporan itu.

"Kedua-dua perlu menarik bagi pengundi muda, pengundi kali pertama, memandangkan hampir tiga juta orang dalam blok mengundi penting ini telah ditambah kepada daftar pemilih sejak pilihan raya lepas," katanya.

EIU mendakwa 'sebahagian besar daripada kumpulan ini' belum membuat keputusan mengenai parti mana yang hendak dipilih dan boleh mempengaruhi keputusan PRU13.

Najib perlu menang besar dalam usaha untuk menjamin masa depan agenda reformasi beliau, manakala di pihak lain, pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu menjadi yang pertama untuk memecahkan kuasa BN.

Sementara itu, Umno yakin dengan hanya beberapa minggu yang tinggal untuk PRU13, setelah Najib berkata jentera parti berada pada peringkat akhir persiapannya.

"Kami telah menerima laporan audit mengenai jentera kami dan dari situ saya boleh mengatakan persediaan kami memuaskan.

Pada masa yang sama, saya berharap usaha untuk mengukuhkan persediaan kami akan terus dijalankan oleh pemimpin di peringkat negeri," kata beliau kepada pemberita pada Jumaat lalu.

Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, telah membuat pilihan calon yang menang tumpuan strategi beliau, menjelaskan bahawa BN harus membariskan calon dengan peluang terbaik untuk menang, tanpa mengira parti komponen BN mana yang memegang kerusi sebelumnya.

Satu lagi sebab utama kelebihan bagi parti pemerintah ialah pertumbuhan 5.2 peratus yang negara ini nikmati di bawah kepimpinan Najib, bersama-sama dengan peningkatan dalam pelaburan domestik dan asing.

Dan selain itu, pendapatan per kapita mencecah AS$9,700 daripada AS$7,500 pada tahun 2010. EIU bersetuju dengan trajektori menaik:

"Berikutan pengembangan anggaran daripada 5.2 peratus pada tahun 2012, kami menjangka KDNK berkembang pada kadar yang sama semasa tempoh ramalan 2013-17."

Angka pertumbuhan yang diumumkan semalam oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa ekonomi berkembang kepada 6.4 peratus pertumbuhan pada suku terakhir 2012 dan menyokong pertumbuhan tahun penuh untuk berkembang sebanyak 5.6 peratus daripada 5.1 peratus tahun sebelumnya. Berlatarbelakangkan keadaan sedemikian,

EIU berkata: "Jelas bahawa adalah sukar untuk Pakatan yang kini cuba membariskan satu pembangkang yang bersatu antara pemimpinnya yang sering bertengkar sejurus sebelum PRU13". - Bernama

26 Februari 2013

Roh Altantuya meraung? KLIK baca ni!

Roh Altantuya Menangis Difitnah Deepak 

Baru-baru ini Deepak Jaikishan, si penjual karpet yang menghadapi masalah hutang piutang keliling pinggang pernah cuba menarik perhatian ramai dengan dakwaan bahawa Abdul Razak Baginda sebenarnya seorang lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.

Hebat tak hebat si penjual karpet ini mengalahkan doktor pakar sakit tuan, sampaikan rahsia peribadi yang serba sulit lagi mengaibkan seperti masalah mati pucuk seorang lelaki lain pun dia boleh ketahui.

Tapi Deepak terlupa satu perkara hakiki, Razak Baginda sudah terbukti kejantanannya kerana memiliki seorang anak, Roweena hasil hubungan perkongsian hidup dengan isterinya yang sah bernama Mazlinda Makhzan yang sehingga kini masih kekal bersama.

Sebetulnya, tujuan Deepak merekayasa fitnah sedemikian matlamatnya hanya satu - untuk meyakinkan khalayak bahawa ketika Altantuya Shariibuu di bunuh, model dari Mongolia itu sedang berbadan dua dan bayi yang di kandungnya itu pula bukan anak Razak Baginda.

Agaknya bergegar tempat persemadian Altantuya tika ini gara-gara rekayasa terbaru ini, tak pasal-pasal roh Altantuya meraung dan menangis kerana menjadi mangsa fitnah Deepak dan PR yang memanipulasi peristiwa tragis yang menimpanya demi kepentingan politik.

Deepak sebenarnya dalam usaha mengikut skrip garapan PR, cuba menonjolkan keselarasan cerita supaya selari dengan fitnah Pakatan Rakyat (PR) yang sebelum ini menghebohkan kononnya Altantuya mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan sedang mengandungkan anak luar nikah hasil hubungan mereka berdua.

Dengan demikian, PR mengharapkan fakta sebenar kes yang menyebut bahawa Altantuya adalah kekasih gelap Razak Baginda akan dilupakan oleh khalayak, sebaliknya rakyat diharapkan akan meyakini dengan fitnah rekayasa mereka kononnya Altantuya mati dibunuh ketika sedang mengandung semata-mata untuk menyembunyikan hubungan sulit PM dengan wanita itu.

Sebelum ini PR pernah menyebarkan gambar superimposed kononnya sebagai gambaran bahawa Najib pernah makan semeja bersama Razak baginda dan Altantuya. Mereka juga pernah membuat spekulasi kematian Altantuya disebabkan urus niaga pembelian kapal selam Scorpeane, semata-mata untuk tambah sensasi dan perencah dalam fitnah sensasi ini.

Kesungguhan PR mengadu domba dan memprogandakan kisah fiksyen ini memang tampak jelas sekali niat jahatnya, tanpa mempedulikan kemungkinan tika ini roh si mati sedang merintih menangis minta jangan diganggu lagi. Hakikatnya PM langsung tidak bersangkut paut dengan kisah rekayasa penuh fiksyen garapan PR mahupun Deepak.

Kenal pun tidak, mana mungkin Altantuya tiba-tiba sedang mengandungkan anak Najib? Jadi logik rekayasa PR kononnya Altantuya di bunuh ketika mengandungkan anak Najib tentulah sukar di terima akal.

Kebenarannya, Altantuya dan Razak Baginda memang benar saling mengenali, malah sudah acap kali Razak memberi wang ringgit bagi memenuhi tuntutan teman wanitanya itu. Itu benar dan terbukti faktanya.

Jadinya, jika benar Altantuya mengandung ketika mayatnya diletupkan, maka anak itu bukan anak Najib sebaliknya anak Razak Baginda atau lelaki lain. Malah tuduhan liar pembangkang yang menyebut kononnya isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat langsung melepaskan tembakan ke arah perut Altantuya juga langsung tidak boleh diterima kala.

Kononnya Datin Seri Rosmah sama-sama memanjat bukit jauh ke dalam hutan semata-mata untuk membunuh Altantuya.

Walhal realitinya mana mungkin untuk Datin Seri Rosmah berada di tempat kejadian sedangkan ketika itu beliau sebenarnya sedang melayani anak-anak yatim di Kuala Lumpur.

Manakala PM pula menyertai rakyat berbuka puasa di Kedah. Itu sahaja sebenarnya sudah cukup untuk membongkar fitnah dan penipuan PR serta Deepak.

Rekayasa ini memang menarik kalau dibaca sebagai novel fiksyen tapi bila tidak berpijak di bumi nyata dengan isi berterabur dan bercanggah, orang ramai pun bosan jadinya.

Bukti Anwar dan PR tak pandang nasib OKU .. KLIK baca surat ni!


Surat untuk Anwar Ibrahim Mengenai Manifesto Pakatan Rakyat.

Kepada,

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Malaysia,

Assalamualaikum Datuk Seri,

sebagai ibu bapa kepada anak OKU dan punya ramai kawan-kawan OKU, kami tersinggung dengan Manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan 25 Februari lalu tidak menyentuh hak untuk golongan OKU yang melebihi 1 juta di Malaysia ini.

Tidak adanya pelan untuk OKU ini membuktikan tidak ada apa-apa usaha sepanjang lima tahun Pakatan Rakyat memerintah di negeri-negeri mereka. OKU bukan hendak naik elaun atau peralatan percuma sahaja atau sekadar penerima bantuan tetapi menikmati hak sama rata dengan yang lain sama seperti kita memperjuangkan isu penghapusan PTPTN, yuran percuma dan sebagainya. Juga peluang pekerjaan yang sesuai dengan kemampuan OKU.

Kami pernah cuba berbincang dengan YB-YB Pakatan Rakyat tetapi riak wajah pun tidak menunjukkan minat malah program seperti forum atau seminar tentang OKU pun kurang mendapat sambutan pimpinan PR dan penyokong parti berbanding isu-isu yang boleh memberi keuntungan politik seperti isu keganasan polis, isu kes Altantuya dan sebagainya.

Apabila disuarakan, kami diminta bersabar - ada ganjaran di akhirat. Mujurlah tidak seperti BN, disuruh sentiasa bersyukur. Tiada usaha bersungguh exco kerajaan negeri untuk bertemu dengan golongan OKU bagi membincangkan pelan dasar.

Malah Agenda Wanita Malaysia yang katanya menyebut tentang OKU juga tidak dibawa ke dalam manifesto ini. OKU tidak punya banyak masa dan tenaga untuk senang-senang memanjat tangga pejabat YB kerana golongan OKU terpaksa mengharung perit arus untuk survival. Sebaliknya pegawai-pegawai khas YB ini perlulah mengatur menjadi jambatan penghubung antara pemimpin dengan golongan OKU.

Diharap luahan ini dapat dipertimbangkan.

Sekian, terima kasih.

Ronasina
(Mohd Affandi bin Ramli)
26 Februari 2013

Sumber : https://www.facebook.com/ronasina.kartunis

Janji dah tertunai konon! Ni apa? #ManifestoBukanJanji




Selanjutnya KLIK SINI!!!

TERKINI: Tuan Guru Dato' Dr Haron Din keluar dari PAS? KLIK saksi video


Timbalan Mursyidul Am Pas iaitu Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dikhabarkan telah keluar dari Pas.

Beliau dikatakan meninggalkan Pas kerana tak berpuas hati dengan campurtangan DAP khususnya Karpal Singh terhadap keputusan Isu Kalimah Allah yang dibuat oleh Majlis Syura Pas.

Selain itu, Dato' Haron Din juga dikatakan tak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang tetap mahukan Kalimah Allah digunapakai oleh Kristian dan kafir di Malaysia.

Dato' Haron Din telah menasihati Anwar supaya jangan mempermainkan isu kalimah Allah dan mendesak Anwar menghalang DAP dari terus menimbulkan isu berkenaan.



Malangnya, pada ucapannya di sebuah Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Sabah, Anwar dengan lantang mewar-warkan dihadapan masyarakat Kristian bahawa Pakatan akan terus membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kafir.difahamkan Haron Din telah mengadakan pertemuan empat mata dengan Anwar pada 7hb Februari yang lalu untuk membincangkan masalah ini..

Dalam pertemuan itu Haron Din dikatakan telah menasihati Anwar supaya jangan mempermainkan isu kalimah Allah dan mendesak Anwar menghalang DAP dari terus menimbulkan isu berkenaan. .

Tetapi malangnya nasihat Haron Din tidak diendahkan dan Anwar nampaknya sejak akhir-akhir ini semakin berani menyatakan pendirian Pakatan Haram dalam ceramah-ceramahnya terutamanya di Sabah dan Sarawak yang membenarkan orang Kristian menggunakan Kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu..
Cerita lanjut KLIK SINI

Sumber: PendekarMelayu

Manifesto PR tak jamin kesejahteraan rakyat! #ManifestoBukanJanji - KLIK baca ni!


Manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang dilancarkan semalam bukanlah satu janji yang menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat, sebaliknya semata-mata satu helah untuk meraih populariti di kalangan pengundi, kata beberapa tokoh pemikir.

Mereka berkata pada pilihan raya umum Mac 2008, parti pembangkang menabur pelbagai janji manis untuk meraih sokongan pengundi, bagaimanapun gagal melaksanakan janji populis itu walaupun berjaya menguasai beberapa negeri.

Malah mereka turut menyalahkan Barisan Nasional (BN) atas kegagalan untuk mengota janji itu, dan kini menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13), sekali lagi gabungan DAP-PKR-Pas menabur janji manis untuk memancing undi.

Bagi Ahli Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali manifesto PR tidak lebih sekadar menciplak apa yang telah, sedang dan bakal dilaksanakan kerajaan BN.

Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan MPN itu berkata manifesto itu harus dilihat secara keseluruhan, serta mengambil kira konteks perekonomian untuk memajukan sebuah negara, dan bukan hanya kepentingan seorang individu.

"Memang menjadi matlamat mana-mana kerajaan untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Bagi saya, manifesto ini tidak ada apa-apa yang menarik dan tiada sebarang kejutan. Ini kerana apa yang diutarakan sebagai teras, sudahpun menjadi agenda utama dalam membantu kesejahteraan dan pembangunan ekonomi kerajaan BN," katanya kepada Bernama.

Pakatan pembangkang hari ini melancarkan sepuluh manifesto menjelang PRU13 antaranya pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading, kad keahlian DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang boleh diguna pakai di mana-mana plaza tol untuk mendapat tol percuma dan bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Dr Noor Azlan berkata, manifesto seperti menyediakan peluang pekerjaan baharu untuk rakyat sebenarnya telah dikenal pasti di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan BN sejak tahun 2010, dan kerajaan BN sememangnya sentiasa fokus untuk meningkatkan ekonomi negara serta menjaga kesejahteraan rakyat.

"Manifesto pembangkang ini harus dilihat secara menyeluruh, kolektif dan komprehensif, kerana sehingga hari ini, mereka (pembangkang) tidak menyediakan cara-cara untuk melaksanakan janji-janji itu," katanya.

Dekan Kolej Undang-undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Martadar Mohamed berkata manifesto PR itu jelas menunjukkan kelemahan dan ketidakmampuan pembangkang untuk membuat kerja kerana tidak mampu menawarkan kepada rakyat lebih daripada apa yang dilakukan BN.

"Secara keseluruhannya apa yang kita lihat dalam manifesto pakatan rakyat ini kebanyakannya adalah hasil yang dilaksanakan kerajaan dan jika ada yang baharu pun ia sekadar dilihat dari persektif yang sangat kecil," katanya.

Beliau berkata isu pendidikan yang dibangkitkan pembangkang seperti memartabatkan bahasa Melayu, menjamin hak bahasa ibunda dan mempertingkat bahasa Inggeris telah lama diperjuangkan kerajaan BN.

Sementara itu, pakar ekonomi Prof Dr Barjoyai Bardai menyifatkan cadangan pembangkang menurunkan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun agar harga kereta lebih berdaya saing akan memberi kesan kepada pengeluaran kereta nasional.

Barjoyai, yang juga Pengarah Bersekutu Akademik dan Program Global Pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak berkata tindakan itu juga akan menyebabkan industri automotif negara menjadi kurang berdaya saing.

"Bila tak berdaya maju ia akan libatkan banyak kesan rantaian ke bawah termasuk mungkin menjejaskan lebih sejuta pekerja dalam sektor ini," katanya.

Pendapat Dr Barjoyai itu turut disokong Presiden Persatuan Automotif Malaysia Datuk Aishah Ahmad yang mempersoalkan kemampuan kerajaan PR untuk menjana hasil untuk mentadbir negara jika cukai eksais dihapuskan.

Aishah berkata pembangkang seharusnya memikirkan kesan baik dan buruk sesuatu cadangan sebelum melaksanakannya kerana jika tersilap akan menjejaskan sumber kewangan dan seterusnya membantutkan pertumbuhan ekonomi negara.

Bagi Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman, janji yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang sebenarnya telahpun dilaksanakan kerajaan BN selama ini, termasuk gaji minimum, insentif percukaian, dan perumahan rakyat.

Mengenai janji mewujudkan caruman nasional RM500 sebulan sehingga pencen kepada semua penjawat awam, Omar berkata ini satu lagi janji kosong pembangkang.

"Jika dahulu mereka janji nak bagi elaun ibu tunggal dan bantuan kepada murid sebulan RM50 di Selangor pun sampai sekarang mereka tak tunai, macam mana nak beri RM500 sebulan kepada 1.4 juta penjawat awam negara ini? Ini semua perlu difikirkan semula oleh rakyat," katanya.

Presiden Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia (PPMM), Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, jika pada PRU lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ada menyatakan manifesto bukanlah janji dan tidak perlu ditepati, maka kali ini juga pastinya ia akan membawa nasib yang sama.

"Oleh itu, rakyat tidak perlu mempercayai manifesto kali ini bagi mengelak daripada tertipu seperti pengundi di Selangor, kerana pakatan pembangkang tidak akan bertanggungjawab terhadap manifesto yang mereka buat apabila berjaya menjadi kerajaan," katanya.

Pandangan Mohd Rafiq turut dikongsi presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr asan Mohamed Ali yang menyifatkan kalimat dalam manifesto itu tidak lebih daripada susunan ayat yang disalut 'gula-gula manis' untuk memikat hati rakyat.

"Bila sampai masanya mereka mencari seribu dalih memberi justifikasi mengapa manifesto tersebut tidak dapat dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, manifesto adalah komitmen dan sebuah kontrak antara rakyat dan parti politik.

Oleh itu, katanya, sesebuah parti tidak boleh menampilkan manifesto untuk menipu rakyat, memujuk dan memikat mereka untuk mengundi.

Katanya, amat penting bagi parti politik untuk memahami bahawa apa jua yang ditampilkan dalam manifesto itu, mereka mesti bersedia mengotakannya serta menunaikan apa yang dijanjikan.

Sementara itu, Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani melontarkan persoalan yang penting: "Adakah PR mempunyai masa dan wang untuk melakukannya dalam tempoh lima tahun memegang kuasa?" - Bernama

Selanjutnya KLIK SINI


Mana ada betulnya pentadbiran dan janji pembangkang... #ManifestoBukanJanji - KLIK baca ni!



Deretan kegagalan pentadbiran kerajaan Selangor (Utusan)

SEJAK mengambil alih Selangor pada Mac 2008, kerajaan negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah serius dalam menunaikan janji-janji dalam manifestonya.

Apabila Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) yang pertama sekali tampil mempersoalkan janji-janji yang dimungkiri kerajaan negeri serta memulakan tindakan saman, keprihatinan NGO itu disambut remeh pula oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Malah, Abdul Khalid mencabar pula sesiapa sahaja termasuk GPRS menyaman kerajaan negerinya. Lebih teruk lagi, boleh dijawabnya: "Manifesto itu bukan janji."

Membangkitkan isu ini, Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan mengingatkan Abdul Khalid supaya jangan bertindak seolah-olah mahu berperang dengan NGO dan rakyat Selangor yang mempersoalkan kejujurannya.

"Jangan cuba kelirukan rakyat Selangor. Jangan asyik berpolitik sepanjang masa. Saya percaya pelbagai kumpulan rakyat sudah buka mata dengan melihat tembelang kerajaan PKR memerintah Selangor.

"Mereka ini kumpulan silence majority yang memberontak dan tak meluahkannya kepada media. Tetapi mereka inilah yang akan beri satu pengajaran berguna kepada kerajaan negeri yang berjanji kosong ini pada pilihan raya umum nanti," kata Sohaimi kepada Utusan Malaysia Jumaat lalu.

Sohaimi, 44, menggariskan isu-isu berikut yang menyaksikan kegagalan pentadbiran kerajaan PKR atau pakatan pembangkang Selangor dari 2008 hingga hari ini.

1. ISU PASIR

- Kerajaan PKR Selangor gagal menunaikan janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009.

* Janji sasaran kutipan RM150 juta hasil pasir ini jelas disebutkan dalam ucapan Bajet 2009 Menteri Besar.

* Namun ketika bentang Bajet 2010 pada November 2009, Abdul Khalid menyatakan sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diperoleh hanya RM4,678,021.84.

* Ini hanya 3 peratus sahaja dari jumlah sasaran. Ia tersasar jauh, bagai langit dengan bumi.

2. ISU HUTANG TALAM

- Kerajaan Selangor tidak beretika kerana 'membeli' hutang daripada syarikat korporat Talam Corporation menggunakan wang kerajaan/duit rakyat.

* Dewan Undangan Negeri telah meluluskan bajet tambahan berjumlah RM392 juta untuk membeli hutang Talam Corp.

* Secara prinsipnya adalah tidak bermoral dan tidak beretika menggunakan duit kerajaan/'duit rakyat' untuk membeli mengambil alih hutang sebuah syarikat swasta.

* Strategi pengambialihan hutang ini menggunakan kaedah round-tripping iaitu "syarikat menjual aset yang tidak digunakan kepada syarikat lain dan pada masa sama setuju untuk membeli kembali aset yang sama atau yang bersamaan nilainya pada harga yang sama"

* Memetik kata-kata mantan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salahuddin Hashim yang mengkritik pembelian mekanisme round-tripping ini sebagai: "Ini adalah muslihat lama yang digunakan oleh penyangak penyangak di dalam sektor korporat".

3. YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK)

- Kerajaan negeri berdendam, berniat jahat, zalim dan menindas organisasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang berjuang membasmi kemiskinan di Selangor

* Abdul Khalid menggugut untuk tidak meluluskan Pembangunan Kampus Cawangan UiTM di Serendah jika permintaan melantik Menteri Besar sebagai Pengerusi dan memberi tiga kerusi Lembaga Pemegang Amanah tidak dipenuhi.

* Akibat penolakan itu, Menteri Besar menyalahgunakan kuasa dengan merampas aset tanah YBK dan memulangkan bayaran tunggakan cukai RM5.7 juta walaupun telah dilunaskan oleh Yayasan Melaka dengan persetujuan Bendahari Negeri Selangor sebelumnya.

* Tindakan ini nyata luar biasa, zalim dan tiada berbudi bicara kerana Akta Kanun Tanah Negara membenarkan 4 pihak termasuk bukan pemilik tanah untuk membayar apa-apa cukai bagi pihak pemilik tanah.

* Keseluruhan jumlah cukai dipulangkan RM6.9 juta (RM 5.7 juta + RM 1.2 juta) RM 1.2 juta adalah cukai yang telah dibayar dan diterima oleh kerajaan negeri sebelum ini.

* Ini adalah salah guna kuasa dan menyalahi amanah kerana sebagai sebuah kerajaan. Mengutip cukai adalah tanggungjawab dan cukai yang telah dikutip adalah wang rakyat. Kenapa ia dipulangkan sedangkan ia boleh digunakan untuk manfaat rakyat.

4. ISU AGAMA

i) Penggunaan Dana Islam Untuk Pembangunan.

* Abdul Khalid ada mengusulkan agar wang zakat atau tabung seumpama Baitulmal digunakan bagi tujuan pentadbiran dan pembangunan negeri kerana kerajaan kekurangan dana.

* Kata beliau di persidangan DUN: "Semua rakyat Selangor membayar cukai …membayar zakat baitulmal perniagaan. Yang dikhaskan dalam satu baitulmal. Satu baitulmal…yang mana dimasuk…. Dan duit tu..akan 100% diamanahkan untuk pembangunan..negeri Selangor."

* Dalam konteks zaman kegemilangan Islam dahulu, dana baitulmal memang digunakan untuk pelbagai tujuan pentadbiran dan pembangunan di mana bukan Islam turut membayar dalam bentuk cukai kepala.

* Tetapi Baitulmal dalam konteks sekarang adalah dana umat Islam sahaja.

ii) Duit Zakat Untuk Bukan Islam?

* Dalam persidangan DUN 2008, Dr. Mohd Nasir Hashim, wakil Kota Damansara ada mengusulkan agar wang zakat diagih kepada orang bukan Islam. Katanya - "Kita dapat banyak duit zakat. Adakah peruntukan untuk memberi mereka yang bukan Islam, yang miskin kerana mereka juga adalah makhluk Allah juga. Kerana kalau duit banyak tu kita share sikitlah".

* Ini menunjukkan ketidakfahaman seorang pemimpin Melayu yang seharusnya tahu wang zakat hanya untuk orang Islam dalam lingkungan asnaf yang lapan.

5. ISU EKONOMI /KEWANGAN

a. Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Tidak Realistik

* Kerajaan negeri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri meliputi lima projek dengan jangkaan perbelanjaan melebihi RM50 bilion melalui inisiatif pembiayaan swasta

* Jumlah pelaburan itu tinggal anggaran dan lima inisiatif tersebut tinggal perancangan tanpa ada kepastian bagaimana kerajaan negeri hendak mencapainya kerana sehingga kini tidak ada sebarang angka yang pasti berapa jumlah wang yang sudah dapat.

b. Kerajaan negeri wujudkan Monopoli Dalam Industri Pasir

* Pewujudan syarikat tunggal Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) menguruskan pasir dari tanah-tanah kerajaan menjadi KSSB tidak kompetitif, tidak telus dan tidak bertanggungjawab.

* KSSB tidak takut hilang perniagaan kerana mereka tidak mempunyai pesaing dalam industri ini.

* Lebih memburukkan, KSSB turut mengawal kutipan doket pasir yang dahulu dibuat oleh pejabat tanah daerah. Pihak swasta telah ambil alih peranan kerajaan. Ini lebih mendedahkan pada amalan rasuah dan penyelewengan

c. 'Industri Babi' Hadiah Pertama Untuk Rakyat Selangor

* Baharu sahaja berkuasa, kerajaan PKR Selangor melalui Teresa Kok mengumumkan kelulusan pembinaan kandang babi moden dengan bajet RM100 juta.

l Ia menjadi hadiah pertama mereka untuk rakyat.

6. ISU SAMPAH

1. Bukti jelas kerajaan pakatan Selangor gagal mengurus negeri dengan baik. Mereka menamatkan khidmat Alam Flora dan menyerahkan kepada PBT kononnya bagi menjimatkan kos. Namun, hakikatnya yang berlaku hari ini Selangor menjadi negeri 'Darul Sampah'.

2. Perlu diingat bahawa pembersihan dan sisa pepejal menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat. PBT dan Kerajaan negeri Selangor menerima peruntukan melebihi RM500 juta setiap tahun. Jumlah tersebut cukup banyak dan peluang pakatan pembangkang untuk menukar peruntukan tersebut sebagai dana pilihan raya dan aktiviti Pakatan di Selangor sangat besar.

7. ISU PERIBADI

* Exco Selangor Tidak Bermoral?

* Selangor gempar dengan penyebaran gambar-gambar lucah melibatkan EXCO Selangor, Elizabeth Wong di internet.

• Walaup telah menghantar surat untuk meletak jawatan sebagai ADUN dan EXCO Selangor sebagai tanda orang bersalah, namun diminta oleh parti agar berehat dan berfikir kembali. Alasannya - hak dan ruang peribadi beliau telah dicerobohi.

• Akhirnya beliau kembali bertugas atas sokongan rakan. Nampaknya persoalan moral dipinggirkan oleh mereka di mana kuasa mengatasi segala-galanya.

8. ISU RUMAH URUT DAN HIBURAN

Pusat Hiburan Semakin Bertambah

l Dr. Halimah Ali (Pas), Exco Pendidikan Selangor pernah menggelarkan Selangor sewaktu pemerintahan Barisan Nasional sebagai Darul Maksiat dan Darul Mungkar kerana masalah sosial dengan merujuk pada data masalah sosial.

* Tetapi kini mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdapat 5,911 (2009) tempat judi, hiburan dan spa termasuk yang beroperasi secara haram sejak Kerajaan PKR Selangor memerintah. Tahun 2008 berjumlah 3,600 lebih.

* Sedangkan sewaktu BN - lesen pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700 sahaja.

Selanjutnya KLIK SINI



Manifesto Rakyat atau Manifestipu Rakyat? #ManifestoBukanJanji


MB Selangor dan PR pernah mendakwa bahawa “sebuah manifesto bukanlah janji”... Mereka tidak bertanggungjawab menunaikannya sekiranya menang.

Phuiii! Banyak cantik muka ko...

Apa kejadah PR bentang manifesto kalau ia 'Bukan Janji'...

Antara manifesto mereka seperti berikut:

1. Nak hapuskan PTPTN! 
- Nak jaga satu IPT pun terhegeh-hegeh, ni nak jaga IPT satu M'sia.. Berapa lama nak kena tipu weiii!

2. Nak hapuskan TOL!
- Nak buat lebuhraya pun mintak duit rakyat... Berapa lama nak kena tipu weiii!

3. Nak bagi PENDIDIKAN percuma!
- Cuba tanya bebudak Unisel/KUIN, apa mereka dapat? Berapa lama nak kena tipu weiii!

4- Nak turunkan harga MINYAK!
- Minyak urut ke apa? Dulu janji nak turun cukai pintu... Tau-tau nai 100% pun ada. Berapa lama nak kena        tipu weiii!

5. Nak turunkan harga AIR!
- Turun apanya? Dah jadi air racun! Naik kering tangki air Selangor tu... Berapa lama nak kena tipu weiii!

6. Nak jaga hak WANITA / bagi caruman RM50!
- ChinaDoll pun kena balun, sampai makan eskrim dalam jamban... Nak jaga Wanita? Berapa lama nak kena tipu weiii!

7. Nak bagi WARGA EMAS RM1000 sorang!
- Nak buat jalan pun pau duit rakyat, nak kelentong bagi duit rakyat pulak? Berapa lama nak kena tipu weiii!

8. Nak bagi RUMAH MURAH kepada rakyat!
- Rumah murah Keramat pun habis dirampas/diroboh. Buat kondo mahal bagi org luar beli. Berapa lama nak kena tipu weiii!

9. Nak pertingkatkan DAKWAH!
- Sampai bagi kaunseling kat bini orang kul 3pagi, dakwah amendanya tu? Berapa lama nak kena tipu weiii!

Berapa lama nak kena tipu weiii!
Cerita panas lagi ni.... KLIK!


25 Februari 2013

SUBHANALLAH...Saksi Video ni! Sahih PAS & Ahli Semuanya KAFIR?


Tolong sebarkan video klip dibawah ini kepada semua umat islam dalam negara kita. Video klip ini sangat penting...
Semoga yang dah terlajak, berpatah balik ke pangkal jalan...
Subhanallah!!!

SEBAARKAAN....! SEBAAARRRKAAANNNNN......!!

Saksikan:


Apa kejadah PR bentang manifesto kalau ia 'Bukan Janji'... #ManifestoBukanJanji


Manifesto yang dibentangkan Pakatan Rakyat hari ini sekadar mengulangi janji terdahulu dan tidak banyak menawarkan perkara baru kepada rakyat.

Pakatan Rakyat hanya memainkan 'rentak' yang sama dan tidak mampu menjanjikan lebih banyak kelainan daripada manifesto yang diumumkan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) yang lalu.

Ini kerana Pakatan Rakyat menyedari bahawa mereka tidak mampu menawarkan tawaran yang lebih baik ekoran rekod gagasan itu memerintah empat buah negeri tidak begitu memberangsangkan.

Pada PRU12 Pakatan Rakyat berjaya memenangi Pulau Pinang, Kedah selain mengekalkan pemerintahannya di Kelantan dan juga berjaya menawan negeri yang terkaya di Malaysia iaitu Selangor.

Apa yang berlaku hingga kini mereka gagal membuktikan yang mereka adalah sebuah kerajaan negeri yang menunaikan janji.

Ia bertambah buruk apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata manifesto bukanlah janji yang perlu ditunaikan.

Kenyataannya itu membawa padah apabila rakyat marhaen di negeri itu bangkit menyaman kerajaan negeri.

Antara janji-janji yang belum ditunaikan termasuklah elaun kepada semua pelajar tadika, elaun kepada ibu tunggal, memastikan setiap keluarga memiliki sebuah rumah, elaun bulanan kepada golongan nelayan, memberi perkhidmatan perubatan percuma kepada semua warga emas dan banyak lagi.

Di Pulau Pinang, Pakatan Rakyat gagal menunaikan janjinya untuk membina rumah kos rendah dan mampu milik kepada rakyatnya. Golongan Melayu juga terus tersisih dari arus pembangunan dan menyaksikan penjualan aset berupa hartanah kepada rakyat asing.

Sementara di Kedah, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar dari PAS, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terus gagal menyelesaikan masalah rakyat termasuk tidak menyediakan rumah mampu milik yang mencukupi kepada rakyatnya selain ditolak barisan exconya sendiri.

Kemuncaknya, Azizan didesak untuk meletakkan jawatannya namun beliau berkeras enggan berbuat demikian.

Di Kelantan pula, rakyat terus dinafikan untuk hidup dalam keadaan lebih baik dengan prasarana asas seperti bekalan air bersih masih belum dinikmati rakyat. Skandal Ladang Rakyat terus menghantui kerajaan negeri dan setelah lebih 20 tahun memerintah PAS terus gagal menyelesaikan isu itu.

Konvensyen Pakatan Rakyat yang bermula agak hambar pagi tadi seperti yang dijangka, menjanjikan pelbagai imbuhan, pembatalan projek tertentu, penurunan cukai dan dana lumayan untuk pengundi yang disasarkan.

KLIK - Konvensyen Pakatan berhantu ... tak ada orang

Malah pakatan pembangkang itu menjanjikan RM50 sebulan untuk setiap isteri dengan syarat suami mencarum sehingga RM100 dalam skim caruman wanita kebangsaan.

Manifesto yang diumumkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS, Dr Zulkefly Ahmad dan wakil tunggal India dalam Jawatankuasa Tertinggi DAP, M. Kulasegaran itu mengulangi janji menurunkan harga minyak, tarif elektrik dan air serta menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta.

Selain itu Pakatan Rakyat juga berjanji menghapuskan PTPTN, sistem kawalan trafik AES dan menyediakan perkhidmatan wad percuma di hospital awam.

Manifesto 35 mukasurat itu juga dipenuhi dengan janji untuk menyediakan satu juta peluang pekerjaan baru, gaji minima RM1,100 sebulan dan tabung RM2bilion untuk majikan yang tidak cukup modal menampung gaji minima itu.

Saksi & renung-renungkan video di bawah:



Pemimpin pembangkang seperti 'Anjing takutkan bayang-bayangnya sendiri' KLIK baca ni!


Tuduhan yang dilemparkan pemimpin-pemimpin pembangkang terhadap bantuan yang diberikan kerajaan persekutuan untuk meringankan beban rakyat di negara ini berpunca daripada perasaan mereka yang takut kehilangan sokongan dan pengaruh.

Kenapa pembangkang takut dengan BR1M, sebab khuatir penyokong mereka akan lari.

Mereka hanya mampu bercakap, berjanji, mengarang manifesto tetapi tidak mampu melaksanakannya sedangkan kerajaan BN hari ini membantu walaupun tidak menjanjikannya dalam manifesto 2008.

BR1M adalah subsidi tertumpu kerana selama ini subsidi diberi secara rambang, iaitu ada di kalangan orang kaya atau orang asing (dari negara luar), turut menikmatinya, seperti subsidi petrol dan minyak masak.

BR1M adalah bantuan untuk membela nasib rakyat, mengurangkan kos kehidupan dan membantu meringankan beban rakyat. Bila digabungkan dengan bantuan RM100 pelajar sekolah, RM250 baucer buku, RM250 untuk individu bujang, RM200 rebat telefon bimbit dan RM500 BR1M, keseluruhannya melibatkan jumlah yang banyak dan dapat meringankan beban keluarga.

BR1M dan bantuan-bantuan lain adalah perkara baik yang dilakukan kerajaan untuk bantu rakyat. Bila kerajaan nak bantu rakyat hendaklah dihargai bantuan itu.

Janganlah jadi seperti pembangkang, mencaci atau mencemuh, semua tu menunjukkan ketakutan mereka dari hilang pengaruh dan penyokong mereka lari.

Kata MP: Dah macam 'Anjing takutkan bayang-bayangnya sendiri' dah puak pembangkang ni...

Sumber Dari: Pertikai Bantuan Kerajaan, Pembangkang Takut Hilang Pengaruh - Ahmad Maslan --BERNAMA

23 Februari 2013

PAS haramkan daripada menyebut 'Anwar PM'... KLIK baca ni!

Mabuk la ni... Kahkahkahhh!!!
Haram Sebut Anwar Sebagai Bakal PM

Pada 10 Februari 2013 lepas, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa Majlis Syura Ulama yang dipengerusikannya tidak pernah membincangkan isu siapa yang layak dicalonkan sebagai Perdana Menteri selain daripada Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan spekulasi yang mengatakan Majlis Syura Ulama PAS telah menolak idea untuk menobatkan Ketua Umum PKR sebagai PM sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13 hanyalah dakwaan mengarut ciptaan UMNO.

Penegasan oleh Nik Aziz itu tentunya melegakan Anwar dan pemimpin PKR serta DAP yang lain, sedikit sebanyak ia juga dapat mengendurkan perasaan gundah di kalangan penyokong PR yang kembali diselubungi misteri sama ada Anwar masih kekal sebagai calon utama PR sebagai PM atau sebaliknya.

Namun perkembangan akhir-akhir ini kelihatannya seperti mengiakan spekulasi sebelum ini apabila suara-suara penolakan terhadap Anwar semakin hari semakin kuat kedengaran, dan ditimbulkan sendiri oleh beberapa pemimpin utama PAS yang tidak termasuk dalam golongan Anwarinas.

Manakala maklumat terbaru yang diperolehi menyatakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang telah pun mengeluarkan arahan mengharamkan semua media milik PAS termasuklah akhbar Harakah dan portal onlinenya daripada menyebut atau menulis ayat yang membawa maksud Anwar adalah bakal PM.

Arahan pengharaman tersebut khabarnya sudah sampai ke pengetahuan Anwar menyebabkan Ketua Umum PKR itu menghamburkan kemarahannya semasa mesyuarat parti beberapa hari lepas.

Bukan satu rahsia pun, sebahagian besar penulis dan barisan pentadbiran dalam Harakah diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar, jadi tidaklah pelik bagaimana arahan sulit sedemikian mudah sampai ke pengetahuan Anwar.

Tambah membara kemarahan Anwar lebih-lebih lagi arahan tersebut seperti mengesahkan lagi ura-ura PAS tika ini yang sedang berusaha menjarakkan diri dari PKR, satu tindakan yang dikira oleh Anwar sebagai satu pengkhianatan terhadap dirinya dan PR.

Bagi khalayak yang rapat dengan Hadi, arahan sedemikian bukannya sesuatu yang menghairankan sementelah lagi sejak di zaman ABIM lagi Presiden PAS itu agak kurang berkenan dengan pembawaan Anwar yang mementingkan diri dan tidak serasi sebagai pejuang gerakan Islam.

Malah ketika bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadhil Noor memulakan usaha menjalinkan hubungan kerjasama dengan Anwar melalui penubuhan GERAK diikuti dengan Barisan Alternatif (BA) dulu pun, Hadi sudah beberapa kali menyuarakan keraguannya terhadap kejujuran Anwar.

Selepas itu Hadi terpaksa memendamkan keraguannya sebagai menghormati teguran Allahyarham, bagaimana pun setelah selesai PRU 12 2008, tanpa menoleh ke belakang segera diaturkan perjumpaan dengan UMNO dalam usahanya untuk menjayakan kerjasama Kerajaan Perpaduan (UG).

Sekalipun usaha itu mendapat mandat penuh dari Majlis Syura Ulama PAS, akan tetapi beberapa ketika kemudiannya menemui jalan buntu berikutan campurtangan PKR dan DAP serta tekanan yang datangnya dari pemimpin-pemimpin pro Anwar dalam PAS.

Kini Hadi mengorak langkah lagi, sama ada ia memberi manfaat kepada PAS atau sebaliknya sukar ditentukan lebih-lebih lagi di saat sebahagian besar kepimpinan PAS tika ini berkiblatkan ideologi Anwarinas.

Persoalannya sekarang, selama mana media-media PAS seperti Harakah dan HarakahDaily serta lain-lain medium maya yang pro PAS mampu mengikuti arahan pengharaman tersebut? Adakah Anwar dan lain-lain pemimpin PR termasuklah golongan Anwarinas dalam PAS akan berdiam diri?

Jawapan kepada persoalan itu bergantung kepada tindakbalas Anwar dan pengikutnya terutama sekali selepas Parlimen dibubarkan diikuti dengan proses pencalonan nama bagi PRU 13 selesai dilaksanakan.

Tunggu dan lihat, gerakan siapa yang lebih ke depan tika itu. Tapi tak mustahil, belum pun Parlimen dibubarkan, gabungan PR yang membabitkan kerjasama longgar antara PKR, DAP dan PAS pula yang dibubarkan terlebih dahulu... Isu lain, KLIK SINI!

Siapa Binatang??? KLIK saksi video!

Pembangkang juga tidak terkecuali dari mendapat BR1M
KEPADA SESIAPA TERIM BR1M ADALAH BINATANG?

Inilah kata-kata Nik Abdul Aziz yang telah mengguris hati jutaan rakyat Malaysia yang beroleh nikmat penerima BR1M.

"Orang yang menawarkan ( wang ) kepada orang, ( sama seperti ) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh ( bagi ) jerami..." - kata NIK AZIZ


Lihat foto dibawah!
Nik Aziz sedang memberi makan pada ayam dan lembu-lembunya.


Selanjutnya KLIK SINI!

PRU13: Pemimpin pembangkang sedar yang mereka kecundang lagi.


BN Akan Menang Lebih 160 Kerusi.

Menurut analisis terkini dan sumber-sumber tertentu, BN dijangka mampu memenangi sehingga 160 dari 222 kerusi dalam pilihanraya ke-13.

Jangkaan ini menepati ramalan majalah Economist Intelligence Unit (EIU) berdasarkan analisis terhadap projek transformasi, rekod prestasi BN serta penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang jelas begitu kuat bekerja.

Selain itu, prestasi pembangkang yang buruk kerana banyak memungkiri janji, di akan tambah dengan taburan janji-janji yang tidak masuk akal jika parti itu memerintah seperti pendidikan percuma dan penurunan duti kenderaan, yang akan memakan belanja sehingga RM47.6 billion setahun, secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada sokongan terhadap BN.

Itu pun belum lagi dicampur dengan janji-janji lain yang melibatkan kewangan negara seperti tol percuma, penurunan harga barang dan lain-lain. Dalam pilihanraya yang lalu, BN telah mengalami apa yang dipanggil ‘tsunami’ politik apabila kekurangan 8 kerusi untuk kuasa 2/3.

Di Semenanjung daripada 166 kerusi parlimen yang tersedia, BN menang 85 dan di Sabah dan Sarawak pula, BN menang 54 kerusi. Secara keseluruhannya BN hanya memenangi 139 dari 222 kerusi.

Tamparan itu merupakan peringatan dari rakyat yang tidak berpuas hati dengan pendekatan ‘terlalu terbuka’ kepimpinan pada waktu itu sehingga memperlihatkan seolah-olah kehilangan kawalan.

Ternyata rakyat Malaysia cukup bijak menilai perkembangan semasa untuk lebih awal mengesan beberapa perkara yang tidak kena dan bakal merosakkan negara. Kebimbangan rakyat terbukti berasas di mana dalam masa hanya sepenggal, negara yang sebelumnya pernah digelar Harimau Asia dan disegani seluruh dunia, benar-benar berada dalam keadaan lemah dan semakin lemah dari segi ekonomi dan juga perpaduan rakyat.

Suara-suara lantang rakyat ketika itu menjerit-jerit memberitahu mengingatkan kerajaan bahawa walaupun negara harus dipimpin secara berpasukan, namun pasukan yang terlalu besar juga menyumbang kepada risiko yang berbagai dari segi kerahsiaan, kesetiaan, keselamatan, kecekapan, ketelusan dan pengkhianatan.

Oleh kerana suara tersebut telah diperlekehkan, maka BN pun akhirnya menerima tamparan paling kuat dalam PRU 2008 apabila rakyat nekad melakukan apa yang perlu dilakukan iaitu ‘memberi pengajaran’ kepada kerajaan agar jangan sekali-kali merosakkan negara.

‘Kerosakan’ yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi kelemahan kepimpinan sehingga sewenang-wenangnya mendedahkan negara kepada risiko kerugian dan hilang kedaulatan, tetapi juga dari segi keterbukaan yang keterlaluan sehingga mengancam perpaduan rakyat.

Antara ‘amaran’ paling keras dari rakyat ketika itu adalah supaya kerajaan lebih bijak dalam menangani tuntutan antara suara majoriti dengan minoriti yang menjadi asas demokrasi.

Hari ini, terbukti sudah bahawa tindakan rakyat memberi pengajaran itu adalah tepat apabila kepimpinan digantikan dengan Dato’ Seri Najib.

Nampaknya, harapan yang diberikan rakyat kepada kepimpinan baru, telah tidak dipersia-siakan beliau. Dato’ Seri Najib benar-benar berusaha memahami luahan hati rakyat disamping bekerja keras menguruskan negara dan memulihkan segala kerosakan yang berlaku. Dato’ Seri Najib membawa imej professional dengan enggan melayan karenah pembangkang yang cuba mengganggu fokus beliau dengan fitnah-fitnah mengenai rasuah, hubungan sulit sehinggakan kepada fitnah membunuh.

Di masa yang sama, beliau juga mengambil masa untuk mendekati semua golongan, majoriti dan juga minoriti.

Beliau sanggup menerima jemputan Tahun Baru Cina oleh Dong Zong walaupun pertubuhan tersebut selamanya mengambil sikap memusuhi kerajaan. Walaupun tidak memberi ucapan politik yang berdegar-degar, tetapi kehadiran beliau ke majlis tersebut membawa mesej jelas iaitu kerajaan tidak pernah memusuhi sesiapa.

Di bawah BN, semua pihak berhak memperjuangkan hak masing-masing, asalkan tidak menyentuh sensitiviti pihak lain, tidak mencabar perlembagaan negara dan tidak menentang arus nasionalisme.

Kita percaya, pendekatan tegas tetapi lembut Dato’ Seri Najib akan membawa kepada kemenangan besar BN dalam PRU-13.

Kesungguhan dan keikhlasan beliau benar-benar menyentuh hati rakyat untuk turut membantu memastikan negara terus maju ke hadapan serta aman sejahtera di bawah kepimpinannya

21 Februari 2013

Anak Babi Pun Tak Mengaku Mak Dia Babi.. KLIK tengok ni!


Kenapa anak babi kalau berlari kepala dia tunduk?
Dapatkan jawapannya selepas paparan iklan PAS di bawah ini...



Ini jawapannya!
Sebab sebagai anak, dia malu yang nama emak dia tu...
Opppsss! Jap...jap... Seterusnya lepas ni.
Iklan lagi..


 Nah...
'BABI'
Itu jawapannya...
Wahkahkahkahhh!!!

20 Februari 2013

PRU-13: Diadakan Pada April? KLIK baca ni!


Parlimen mesti dibubarkan pada minggu ini sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan pada Mac depan.

Sumber berkata, PRU-13 mungkin diadakan pada bulan April walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat gigih untuk memastikan segalanya diselesaikan pada hujung Mac.

Sumber ahli parti berkata, tiga perkara penting yang sedang dilaksanakan dan memerlukan masa seminggu atau dua minggu untuk diselesaikan sebelum Najib boleh bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan untuk membubarkan Parlimen.

Beliau mengenal pasti tiga perkara yang belum selesai seperti manifesto Barisan Nasional (BN), senarai calon dan persiapan menyeluruh parti itu.

Difahamkan terdapat beberapa manifesto BN pada pilihan raya kali ini iaitu yang utama bagi negara, satu untuk wanita dan lain-lain untuk golongan muda.

Beberapa negeri penting yang cuba dirampas semula oleh BN turut mempunyai kertas kerja tersendiri yang masih menunggu kelulusan dari Najib.

Bagi senarai calon, Najib menghadapi kesukaran untuk melantik calon Menteri Besar untuk Kedah dan Selangor yang cuba dirampas semula BN.

"Tanpa nama calon MB yang dicadangkan sebelum pilihan raya, Najib akan berdepan kesukaran untuk meyakinkan pengundi bahawa BN serius untuk menawan kembali negeri itu," kata sumber lagi.

Ibu Pejabat BN hanya mula mengedarkan sepanduk, bunting, beberapa komputer dan peralatan sokongan lain pada minggu ini dan ia mengambil masa selama seminggu untuk diserahkan ke peringkat akar umbi.

Dua hari lalu, Najib berada di Singapura untuk menarik minat pelabur utama ke Johor.

Beliau akan berlepas ke Sarawak pada Rabu hingga Jumaat ini.

Pada Sabtu, beliau akan berada di Kuala Terengganu sebelum berkunjung ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan keesokan harinya.

Najib dijadualkan bertemu rakan sejawatannya, Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra di Putrajaya untuk membincangkan mengenai rancangan persempadanan bersama pada 28 Februari ini.

Ini bermaksud ia merupakan tempoh terakhir untuk Najib mengkaji semula isu penting iaitu pada minggu depan, menyebabkan beliau hanya memiliki minggu pertama Mac untuk bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan pihaknya akan mengambil masa sekurang-kurangnya empat minggu untuk mengadakan pilihan raya dan hanya SPR yang boleh menentukan tarikh untuk penamaan calon dan mengundi.

Pada kali ini seperti dijanjikan, tempoh berkempen akan berlangsung sekurang-kurangnya 10 hari dan beberapa laporan menyebut, ia mungkin dilanjutkan sehingga 14 hari terutamanya untuk menyelesaikan undi pos untuk rakyat Malaysia di luar negara dan pasukan keselamatan.

Beberapa pemimpin BN berkata Najib ingin mengelak untuk mengadakan pilihan raya pada 29 Mac hingga 4 April.

Ini kerana, kata mereka, tarikh tersebut jatuh pada cuti Good Friday (29 Mac) dan Easter (31 Mac) manakala Qing Ming (4 April).

Memandangkan 4 April jatuh pada hari Khamis, kebanyakan pengundi Cina memilih untuk membersihkan kubur nenek moyang mereka sepanjang hujung minggu iaitu 6 dan 7 April.

Kebanyakan kaum Cina pulang ke kampung halaman dan pilihan raya pada minggu tersebut mungkin tidak mendapat sambutan.
Selanjutnya KLIK SINI...

19 Februari 2013

PR RETAK SERIBU: DAP-PKR ‘Berbunuhan’ Di Johor


Akhir-akhir ini politik Malaysia semakin kerap dihiasi dengan kisah pertelingkahan antara parti-parti sekutu di dalam pakatan pembangkang akibat isu-isu semasa. Antaranya, isu Kalimah Allah, jelas meretakkan hubungan PAS dengan DAP walaupun terdapat suara-suara di dalam PAS yang tidak mampu mengakui hakikat itu. Isu yang sama juga menjauhkan lagi PAS dengan PKR kerana parti PKR jelas mempunyai pendirian yang sama dengan DAP.

Walaupun PAS pada hakikatnya, akur dengan kehendak PKR dan DAP tetapi ‘pertelingkahan mulut’ di media perlu diteruskan bagi memberi gambaran kepada penyokong PAS kononnya parti itu tidak akan mengalah. Namun, ketidaksanggupan PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat dengan sendirinya menandakan PAS telah pun kalah dan akur kepada DAP dan PKR.

DAP dan PKR pula secara umumnya tidak bermasalah dari segi isu-isu semasa. Tetapi, perkembangan terbaru di Johor, telah membuktikan bahawa pendirian yang sama dalam isu semasa bukan jaminan yang kedua-dua parti itu tidak bertelagah.

Pendek kata, secara dasarnya, Pakatan Rakyat kini telah retak seribu, dan hanya menanti belah dan hancur lebur sahaja sahaja.

Masalah PKR dan DAP di Johor dikatakan berpunca dari Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr. Chua Jui Meng. Perkara ini dibangkitkan sendiri secara terbuka oleh Dr. Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP negeri. Semuanya kerana berebutkan kerusi pilihanraya di mana Chua dikatakan telah ‘membuat serangan hebat’ terhadap DAP Johor secara bawah tanah, sejak beberapa bulan lalu.

Antara serangan yang dilakukan oleh Chua ialah menuduh DAP sebagai bongkak bagi menafikan beberapa kerusi kepada DAP sekali gus, mengelakkan penguasaan DAP di negeri itu. Chua juga dituduh telah tidak menghormati sejarah persefahaman dan hubungan erat antara parti komponen dalam PR di Johor yang terjalin sejak dahulu dengan mengumumkan diri sendiri sebagai calon Gelang Patah sedangkan pembahagian kerusi belum pun muktamad.

Alasan Chua bahawa beliau berhak berbuat demikian sebagai Pengerusi PKR Negeri memperlihatkan keangkuhan dirinya mengatasi DAP yang menjadi sasaran tuduhan bongkak.

Dalam PRU-12, kawasan parlimen Gelang Patah dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) Tan Ah Eng dengan menewaskan calon PKR Zaliha Binti Mustafa sebanyak 33,630. Dalam pilihanraya kali ini, PKR dikatakan ingin bertanding semula di kawasan tersebut tetapi Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai telah mengumumkan untuk meletakkan calon DAP di situ. Justeru, tindakan Chua mengumumkan diri sendiri menyebabkan keadaan menjadi tegang serta janggal.

Hari ini Karpal Singh dilaporkan menegaskan bahawa DAP tidak mengambil ringan aduan Dr. Boo dan akan menyiasat perkara tersebut segera demi kepentingan PR. Walaubagaimanapun, tiada kenyataan dari pihak PKR mengenai perkara yang sama.

Oleh itu, Dr. Boo terpaksa ‘menyeru’ Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim atau Presiden PKR, Wan Azizah agar masuk campur dan memantau politik PR di Johor bagi memastikan perancangan menawan negeri tersebut berjalan lancar.

Pelik sekali, apabila Anwar terpaksa ‘diseru’ untuk masuk campur, sedangkan dalam kebanyakan isu, Anwar akan masuk campur secara suka rela. Malah, dalam pemilihan parti PKR juga Anwar bukan sahaja masuk campur tetapi ‘menggaul rata’ sebelum menapis dan membuang mana-mana yang dilihat ‘tidak begitu setia’ atau tidak memberi keuntungan kepadanya.
Selain itu, bukanlah rahsia yang Anwar juga telah masuk campur dalam politik dalaman PAS melalui kuncu-kuncunya yang digelar parasit oleh mereka-mereka yang arif mengenai strateginya.

Berdasarkan hakikat ini, mungkin Karpal, Dr. Boo dan DAP wajar memikirkan semula ‘seruan’ mereka agar Anwar atau isterinya masuk campur dalam pertelingkahan DAP-PKR di Johor.

Adalah tidak mustahil bahawa usaha mengsabotaj DAP yang didakwa dilakukan oleh Chua Jui Meng adalah sebenarnya berpunca dari ‘campur tangan Anwar’?

Sesungguhnya, amaran telah dikeluarkan kepada rakyat bahawa ‘perang’ di dalam PR adalah sesuatu yang pasti dan akan berterusan. Ia bukan sahaja kerana ketiga-tiga parti membawa pendirian, sifat dan halatuju yang bertentangan, tetapi juga kerana karektor individu-individu yang menerajui parti-parti tersebut.

Maka, senarionya kini dan selama-lamanya ialah, PKR akan terus menikam DAP di Johor, dan sembunyi tangan. DAP akan terus menikam PAS di Pulau Pinang, dan sembunyi tangan juga. PKR terus meracun PAS dari dalam dan DAP pula terus memijak PAS dari atas. PAS pula sedang menghancurkan diri sendiri kerana terlalu sayang pada PKR dan DAP walaupun saban hari berendam air mata, disepak terajang dan diludah dan ditunjal kepala.

Melihat bagaimana DAP-PKR-PAS ‘berbunuhan’ sesama sendiri, Pakatan Rakyat mungkin akan mati sendiri pada bila-bila masa sahaja, tanpa BN perlu melancarkan serangan.

17 Februari 2013

GILA KUASA: PAS sanggup menipu ahli & penyokongnya? KLIK baca ni!


HARI-HARI kita boleh membaca kemelut dalaman parti yang mendakwa parti yang mendokong Islam.

Namun daripada laporan yang dibaca, Parti Islam Se-Malaysia (Pas) itu kini semacam hilang keyakinan dalam kalangan ahlinya sendiri. Kumpulan-kumpulan atas pagar yang menyokong Pas selama ini pun sudah nampak berubah angin. Mereka tak macam dahulu dan kini semakin terbuka membidas kepimpinan Pas Pusat.

Ternyata ada yang marah secara diam dan ada yang tidak dapat menahan marah dan bosan dengan cara pemimpin Pas menangani tindakan DAP yang banyak menyanggah keputusan yang dibuat oleh Pas terutama perkara berkaitan Islam.

Kerana menjaga hati atau takut pada DAP, Pas sanggup mengorbankan dasar asas perjuangan, semata-mata mahu menjaga kesatuan pakatan pembangkang dalam mengejar misi menawan Putrajaya.



Habis luluh harapan ahli dan penyokong Pas melihatkan perjuangan Pas untuk menegakkan negara Islam dan hukum hudud terkulai apabila menerima tekanan DAP dan PKR.

Hakikat yang tidak boleh disembunyikan lagi ialah banyak ahli Pas seluruh negara kecewa apabila DAP dan PKR nampak lebih dominan dalam pakatan pembangkang. Kemuncak sakit hati ahli Pas apabila pemimpin DAP dan PKR terus berdegil dalam isu kalimah Allah tanpa mempedulikan pendirian Pas yang merupakan rakan sekutu mereka.

Apa yang patut ahli dan penyokong Pas lakukan dalam kemelut ini? Ada pihak minta Majlis Syura Ulama Pas menjelaskan apakah hukum membantu DAP dan PKR dalam pilihan raya umum akan datang, adakah mengundi kedua-dua parti itu meletakkan mereka dalam keadaan kekufuran?

Hakikatnya DAP dan PKR menjadi faktor pencetus utama perpecahan dalam masyarakat Melayu/Islam. Kalau ahli Pas dan penyokongnya membantu kemenangan DAP dan PKR dalam pilihan raya umum akan datang, kemungkinan besar Islam akan diperlekehkan.

Sebab itu beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada golongan ulama, guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan baru-baru ini bahawa memberi undi kepada Pas dalam pilihan raya umum akan datang adalah haram.


Berat sungguh perisytiharan itu. Kumpulan daripada Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita menegaskan ‘hukum’ itu berdasarkan perjuangan menentang Pas adalah jihad. Ini kerana mengundi parti itu juga bermaksud menyokong DAP yang terang-terang menolak negara Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Pas sepatutnya menentang DAP yang dilihat bebas menyentuh sensitiviti agama Islam sehingga perkara berkaitan akidah pun mahu dicampurinya.

Lihatlah bagaimana beraninya pemimpin DAP, Lim Guan Eng dan Karpal Singh bersuara dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Sebahagian dari ahli PAS Pasir Gudang membuat bantahan secara aman berhubung isu kalimah Allah di Masjid Jamek Taman Cendana, Pasir Gudang, dekat Johor Bahru, semalam.
Sebenarnya banyak pihak ‘malu-malu’ membangkitkan isu undi Pas adalah haram dalam konteks semasa.

Namun pengisytiharan kumpulan NGO tersebut memberi tamparan hebat kepada Pas yang sebelum ini mendakwa undi mereka akan mendapat pahala serta masuk syurga.

Keadaan ini menyaksikan golongan ulama dan ahli agama mula hilang kepercayaan kepada Pas. Sesungguhnya ada banyak ‘dalil kenapa haram undi Pas’.

Dalam ceramah politik Pas, tiada seruan kepada perpaduan ummah sebaliknya yang dicanangkan ialah hapuskan UMNO yang dituduhnya sekular. Hakikatnya Pas adalah ejen pemecah belah umat Islam di Malaysia kerana parti itu selalu menolak usaha penyatuan umat.


Dulu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan ‘amanat’ mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan MIC dan MCA. Sekarang, mengapa Abdul Hadi tidak mengeluarkan ‘fatwa’ yang sama terhadap DAP.

Janganlah kerana undi, Pas sanggup menipu penyokong mereka, sedangkan menyokong DAP yang anti negara Islam, hukumnya haram.

Kerana DAP juga, Pas hingga kini belum memberi kata putus tentang persetujuan penggunaan kalimah Allah untuk dipakai oleh penganut Kristian.

Pas semakin teruk dan hilang fokus hingga tergamak mengotori dan mengeksploitasi ajaran Islam.

Hakikatnya Pas terang-terang menyalah guna Islam demi tujuan politik. Pas mengamalkan politik kebencian. Parti itu juga mendakwa merekalah paling Islamik sedangkan yang lain tidak.

Pengundi boleh meneliti bahawa Pas lebih mementingkan tujuan politik berbanding dakwah Islam yang sebenar.


Renungkan dengan mendalam, patutkah umat Islam terus menyokong DAP yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hudud di negara ini.

Kalau ulama dan ahli agama mengatakan perbuatan itu adalah haram dan berdosa, adakah kita masih meraguinya? Atau umat Islam tunggu ceramah politik daripada ‘ulama’ ciptaan Pas yang sering membuat keputusan bertentangan dengan hukum syarak? - Artikal Rencana dari Utusan Melayu (M) Bhd


Artikal berkaitan KLIK SINI...

LATEST PART 1: Lagi video bogelkan Anwar. KLIK saksikan!


Kategori Calon Anugerah Video
Bukan Pemimpin Negara Sepanjang Hayat
Saksikan!

15 Februari 2013

Pok Nik nak anjur show guna artis lebih popular dari PSY Gangnam Style?




Kehkehkehhh! Merapu puok-puok Pas ni. Puiiihhhh!
Selanjutnya KLIK SINI

14 Februari 2013

UMNO tipu PAS? Klik baca ni!


Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan UMNO tidak pernah menipu atau menjadi punca perpecahan Pas sehingga membuatkan parti tersebut mengambil langkah keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada 1978.

Menurut bekas Perdana Menteri, apa yang dinyatakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Pas telah ditipu UMNO semasa parti itu berada dalam BN adalah tidak benar malah tidak dijelaskan secara terang.

”Saya sebagai menteri dalam Kabinet Tun Hussein (Allahyarham Tun Hussein Onn) ketika Pas keluar daripada BN. Saya juga ada dalam Kabinet Tun Razak (Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein) bersama Presiden Pas, Datuk Mohd. Asri Muda dan Datuk Hassan Adli semasa Pas menyertai BN.

”Mohd. Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian serta bertanggungjawab terhadap Felda. Setelah beberapa bulan Pas berada dalam BN, ahli-ahli UMNO Johor membuat aduan kepada Tun Abdul Razak dalam majlis makan malam sempena Mesyuarat Agung UMNO bahawa Mohd. Asri giat mempromosikan Pas terhadap peserta Felda. Saya berada di sisi Tun ketika itu,” katanya menerusi blognya, http://chedet.cc.

Dr. Mahathir menambah, ketika itu, secara kebetulan hampir semua peserta Felda terdiri daripada penyokong kuat UMNO dan tindakan sedemikian membuatkan peserta Felda mula menolak UMNO.
- Selanjutnya KLIK SINI...

KES ALTANTUYA: Deepak cerita hal sebenar? Klik baca!



Deepak Atau Razak Baginda Yang Mati Pucuk?

Sekali lagi khidmat penjual karpet, Deepak Jaikishan yang sedang tertekan dengan masalah tuntutan hutang beratus juta ringgit dari institusi kewangan dimanfaatkan oleh jentera propaganda PR untuk memanaskan kembali ceritera mengenai Altantuya.

Kian dekat musim pilihan raya, ada sahaja propaganda murahan dan fitnah adu domba akan bergentanyangan kerana sudah menjadi tabie pemimpin dan penyokong PR untuk mencari keuntungan politik melalui kaedah sedemikian rupa.

Kali ini, PR melalui Deepak melontarkan satu lagi propaganda versi baru kononnya Razak Baginda mengalami masalah mati pucuk, dengan demikian mustahil untuk teman wanitanya yang merupakan model dari Mongolia, Altantuya mengandung.

Seperti mana umum ketahui, PR seboleh mungkin cuba mengaitkan kematian Altantuya dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan isterinya. Kononnya PM mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya sehingga menyebabkan wanita itu mengandung kemudian terbabit mengarahkan pembunuhan model Mongolia itu untuk menyembunyikan kes tersebut.

Maksud tersirat melalui dakwaan terbaru Deepak itu jelas menghala ke arah membantu jentera propaganda PR yang masih cuba membina persepsi bahawa anak yang berada dalam kandungan Altantuya semasa wanita itu dibunuh ada kaitan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak.

Orang lain yang sedap-sedap, tak pasal-pasal PM pula yang kena getah nangkanya. Walhal hakikatnya PM langsung tidak mengenali siapa Altantunya, malah Dato' Seri Najib sendiri sudah beberapa kali mengangkat sumpah di dalam masjid dengan menyebut "Wallahi, Wabillahi, Wataallahi" menafikan penglibatannya.

Dalam Islam sumpah sedemikian sah di sisi syarak dan sekiranya sumpah itu adalah palsu tentunya dalam jangka waktu seawal 40 hari atau dua bulan ataupun selewat-lewatnya satu tahun laknat daripada Allah s.w.t pastinya telah menimpa PM.

Dalam versi yang lain pula, isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansur difitnah kononnya telah terlibat secara langsung melepaskan tembakan ke arah perut Altantuya sementara satu versi lagi mendakwa Datin Seri Rosmah turut berada lokasi pembunuhan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam untuk menyaksikan sendiri Altantuya diletupkan dengan bom C4.

Sedangkan ketika kejadian berlaku, Datin Seri Rosmah berda di majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Kuala Lumpur, sama sekali bertentangan dengan fitnah yang disebarkan oleh PR dan jentera propaganda mereka.

Hakikatnya, pembunuh sebenar sudah pun dikenal pasti dan kedua-dua suspek pula disahkan telah bertindak di luar batasan apabila berlaku salah faham dengan arahan Razak Baginda. Tiada kaitan dengan PM malah tiada kaitan langsung dengan Datin Seri Rosmah.

Sebaliknya bekas pemimpin PKR yang juga adalah bekas peguam Anwar Ibrahim yakni Zulkifli Noordin pernah mendedahkan yang Ketua Umum PKR itu pernah meminta tertuduh iaitu Sirul dan Azilah membuat pengakuan palsu bahawa Dato' Seri Najib yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan Altantuya.

Jelas sekali kemunculan terbaru Deepak dengan versi terkini berkaitan isu Altantuya sebenarnya hanyalah garapan semula kisah sensasi itu untuk dimanipulasikan sempena PRU 13 yan kian hampir.

Bezanya cubaan terbaru ini hanya menyebabkan khalayak umum semakin sangsi dengan kredibiliti Deepak yang sebelum nya sudah tercalar berikutan terdedah konspirasinya dengan beberapa pemimpin PKR untuk memfitnah PM.

Lebih menambah kesangsian umum apabila Deepak dengan agak yakin bercerita mengenai kegagalan fungsi yang kononnya dialami Razak Baginda. Fakta klinikal menunjukkan jarang benar seseorang lelaki sanggup berkongsi rahsia kegagalan fungsi kemaluannya dengan orang lain.

Biasanya hanya isteri, rakan seksualnya (gay? pelacur? kekasih gelap?) dan yang pastinya doktor pakar sahaja yang mengetahui sama ada seseorang lelaki itu mati pucuk atau sebaliknya.

Deepak bukannya isteri Razak Baginda, bukan juga teman wanita Razak malah bukan juga doktor pakar kepada Razak Baginda. Atau sebenarnya, Deepak adalah rakan seksual gay kepada Razak Baginda disebabkan itu Deepak dapat mengetahui sama ada kemaluan Razak Baginda mati pucuk atau tidak.

Atau sebenarnya Deepak yang menghadapi masalah mati pucuk memandangkan statusnya yang terus membujang hingga kini, sedangkan Razak Baginda dan isterinya sudah sah memiliki seorang anak hasil dari perkahwinan mereka.

Persoalan ini menanti jawapan dari Deepak dan kita harap jentera propaganda PR tidak sampai kepeningan untuk mencari alasan lain atau mencipta versi terbaru pula kelak.

Apapun, dalam bak mencipta kisah fiksyen, fitnah adu domba dan cerita sensasi tak menjejak bumi nyata memang diakui kelebihan PR, tapi kot iya pun fikirlah logiknya juga, memanjang saja versi bercanggah satu sama lain.

Disebalik anugerah, Anwar menerima kritikan, kutukan dan kecaman hebat lagi... KLIK baca ni!


Memahami kemaruknya Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri, maka beliau tak habis-habis dikaitkan oleh oleh orang-orang sekelilingnya dengan berbagai gelaran sanjungan, mungkin untuk memujuk hatinya. Antaranya, ‘Sivaji the Boss’ dan ‘Anugerah Tuhan’. Selain itu, Anwar juga gemar menyamakan dirinya sendiri dengan tokoh-tokoh hebat seperti Mandela, Ghandi, Suu Kyi dan lain-lain. Semua ini menggambarkan keinginan yang amat sangat untuk disanjung-sanjung dan dipuja-puja.


Baru-baru ini, dengan tidak semena-mena, dalam kemaruk Anwar untuk berkuasa, PKR Ranau, Sabah pula telah bertindak membodeknya secara keterlaluan dengan memberikan gelaran ‘Huguan Siou Malaysia’. Sedangkan Huguan Siou adalah gelaran tertinggi bagi masyarakat Kadazandusun sahaja.

Gelaran Huguan Siou telah diberikan kepada Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan ianya bersifat seumur hidup. Gelaran Huguan Siou hanya boleh dianugerahkan oleh Persatuan Kebudayaan Kadazanduzun Sabah iaitu sebuah pertubuhan bukan politik yang merangkumi 40 etnik di Sabah.

Gelaran ini adalah satu anugerah khas tertinggi bagi kaum Kadazandusun dan tertakluk di bawah Kuasa Tertinggi Koisaan di mana sekiranya terdapat kekosongan bagi kedudukan tersebut, maka Sidang Delegasi Luarbiasa akan diadakan untuk membincangkannya.


Namun, dalam keadaan di mana tiada yang dirasakan layak untuk memegang gelaran tersebut maka ia akan dibiarkan kosong sehinggalah pertubuhan ini menemui seorang yang layak.

Begitulah tingginya kedudukan Huguan Siou bagi kaum Kadazandusun di mana ia melangkaui anugerah kehormat biasa kerana ia bersifat ‘suci’ atau dalam darjat yang paling tinggi dan tersendiri mengatasi anugerah-anugerah kehormat yang lain.

Dengan itu, adalah merupakan sesuatu yang janggal, pelik, malah penghinaan terhadap kaum Kadazandusun sekiranya mana-mana pihak dengan sengaja mengada-adakan gelaran ‘Huguan Siou Malaysia’.

Maka tidak hairanlah apabila Anwar menerima kritikan, kutukan dan kecaman hebat dari kaum Kadazandusun apabila gelaran tersebut diberikan kepadanya oleh puak-puak PKR Ranau.

Seperti yang kita tahu, kaum Kadazandusun, majoritinya beragama Kristian, bermazhab Katholik dengan segelintirnya Protestan. Hanya sedikit yang beragama Islam.

Oleh itu, sekiranya benar yang gelaran Huguan Siou Malaysia tersebut diberi kepada Anwar dengan restu kaum Kadazandusun sepertimana yang ditegaskan oleh pihak Anwar, maka sudah tentu ia membawa makna yang lebih dari sekadar sokongan kepada parti PKR.

Kita sedia maklum akan sokongan Anwar terhadap usaha-usaha penyebaran Kristian, termasuk pemurtadan umat Islam oleh pendakwah Kristian. Ini terbukti apabila Anwar menyokong penggunaan nama Allah dalam kitab Injil dan Anwar juga, melalui Khalid Ibrahim dan Khalid Samad telah menyokong gereja yang memurtadkan umat Islam. Malah, Anwar juga telah berkali-kali dikesan menyatakan secara jelas akan pegangannya terhadap pluralisme agama. Ini dilakukannya dalam ucapan-ucapannya di luar negara dengan menyamakan semua agama sebagai sama.

Lebih dari itu, dengan mengikat kerjasama dengan DAP yang memperjuangkan penghapusan klausa ‘Islam sebagai agama rasmi negara’, maka seharusnya pendirian Anwar mengenai agama sudah tidak perlu dipersoalkan lagi.

Justeru, kita tidak terkejut jika benar pihak Kadazandusun sendiri yang merestui gelaran Huguan Siou ke atas Anwar. Pihak ini tentunya yang akan mendapat banyak faedah dari kedudukan tertinggi Anwar di dalam puak mereka dan seterusnya di dalam negara.

Bukan kita tidak tahu bahawa golongan Kristian di Malaysia ini gemar melakukan sesuatu yang bertentangan dengan amalan dan pendirian Kristian di negara majoriti Kristian sendiri. Antaranya, mereka gemar menyebar dakwah melalui tipu muslihat dan manipulasi seperti injil dalam Bahasa Melayu dan penggunaan nama Allah sebagai mengganti nama Tuhan Kristian. Sedangkan tindakan ini ditentang oleh Kristian di negara lain.

Selain itu, Kristian di Malaysia juga mengambil sikap terbuka terhadap LGBT sedangkan Kristian di negara lain mengutuknya. Kerana itu, ada yang merujuk kepada mereka sebagai Kristian yang bermazhab Malaysia.

Ada semacam kecenderungan bagi para penganut Kristian mazhab Malaysia, terutamanya penyokong DAP, untuk meletakkan diri mereka lebih tinggi dari segala-galanya.

Kerana itu, kita merasakan bahawa tidak mustahil puak Kristian ini telah meletakkan kepentingan kaum, budaya, adat dan kepercayaan Kadazandusun sebagai lebih rendah dari kepentingan ‘Kristian mazhab Malaysia’ itu sendiri. Hanya dengan alasan ini sahajalah maka mereka akan sanggup merendahkan atau menghina gelaran Huguan Siou itu dengan memberikannya kepada Anwar Ibrahim yang langsung tidak menepati syarat-syarat gelaran tersebut.

Jika ini benar, maka wajarkah umat Islam penyokong Anwar untuk turut meraikan gelaran Huguan Siou yang diterima Anwar?

10 Februari 2013

OTAK WARAS: Sepatutnya PAS di tinggalkan & di kuburkan? KLIK baca ni!


Di dalam sesebuah parti, apa yang perlu dan harus ada ialah prinsip dan pendirian parti. Prinsip dan pendirian parti membezakan suatu parti dengan yang parti lain atau lawannya. Sebagai rakyat biasa, kehendak memilih parti bergantung kepada apa yang ditawarkan oleh parti itu dan terpulang kepada rakyat parti mana yang mahu dipilih.

Bagi sebuah parti yang bernama PAS, sekian lama ia telah mengunakan logo dan lambang Islam, sekalipun perbuatan 'Islam'nya masih dilihat kabur dan tidak nyata. Bagi yang cetek pemerhatiannya, pasti akan terpikat dengan luaran dan lambangnya, walaupun pengisiannya kosong belaka.

Tetapi semakin hari semakin ramai rakyat dapat menilai kehancurannya... Bertindak menolak dan meninggalkan PAS yang semakin tak menentu arahnya.

Memang sepatutnya PAS ditinggalkan seterusnya dikuburkan bagi pendapat otak yang waras lah. Selanjutnya KLIK!

9 Februari 2013

Asyik sangat 'MAIN' orang lain... Nah, kali ni Anwar pulak kena 'MAIN'. KLIK baca ni!

Ni kes bila pulak nak selesai ni?
ANWAR KENA 'MAIN' DI SABAH SEBAB TAMAK KERUSI

Kenyataan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee yang bertegas negeri Sabah mesti bertanding di majoriti kerusi dalam dewan undangan negeri adalah sesuatu yang menarik dalam konteks Negeri Di Bawah Bayu itu.

Teck Lee memberi alasan parti-parti yang ditubuhkan di Semenanjung perlu memberi laluan kepada parti seperti SAPP untuk menerajui kerajaan sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Katanya ini adalah penting demi untuk melindungi autonomi negeri tersebut mengikut perjanjian gagasan Malaysia 1963.

Mesej sebenarnya dituju kepada tiga parti pembangkang Semenanjung iaitu PKR, Pas dan Dap yang beria-iya untuk merampas negeri yang menjadi 'deposit undi' bagi Barisan Nasional untuk sekian lama.

Walaupun SAPP terkenal dengan slogan parochial 'Sabah Untuk Sabah' yang agak keterlaluan, namun ia membayangkan hasrat serta pandangan yang terpendam dalam sanubari pemimpin-pemimpin parti tempatan terhadap parti-parti pembangkang dari Semenanjung.

Ini berbeza dengan UMNO yang bertapak di Sabah secara semulajadi dan terhormat dengan menyerap parti USNO yang diasaskan oleh Tun Datu Mustapha.

Oleh itu rakyat Sabah tidak rasa janggal menerima kehadiran UMNO di bumi mereka kerana 100 peratus UMNO adalah juga warisan USNO yang banyak berjasa dalam perjuangan kemerdekaan negeri itu serta peranan besarnya dalam penyertaan dalam Persekutuan Malaysia.

Bagi rakyat Sabah, USNO adalah UMNO dan UMNO adalah USNO.

Ini berlainan pula dengan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat yang berlagak sombong dan angkuh apabila mula datang ke negeri itu.

Parti-parti ini berfikiran status dan kedudukan mereka yang dianggap sudah popular di Semenanjung membolehkan mereka juga diterima dengan tangan terbuka dan senang hati di Sabah.

Tangapan mereke meleset sama sekali kerana PKR, Pas dan Dap gagal menyelami perasaan dan memahami sanubari rakyat Sabah.

Rakyat Sabah tinggi semangat patriotisme mereka dan oleh kerana itu perjanjian 20 perkara ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan di bawah Al Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj sebelum bersetuju kekal bersama-sama dalam Malaysia.

BN amat memahami senario politik Sabah dan oleh kerana itu ia berjaya membangunkan ekonomi negeri itu dengan baik sekali melalui jaringan bijak dengan pemimpin-pemimpin tempatan.

Rakyat Sabah menyokong BN dengan penuh keikhlasan sementara negeri itu pula dibangunkan secara adil setaraf dengan negeri-negeri lain di dalam persekutuan.

Ketua Pembangkang berfikiran Pakatan Rakyat akan mendapat laluan mudah di Sabah tetapi kenyataan Teck Lee mencerminkan sebaliknya.

Sejak empat tahun lalu pembangkang dari Semenanjung masih terus gagal meyakini parti-parti politik Sabah seperti SAPP terutamnnya dalam isu pembahagian kerusi pada PRU13 nanti.

Sehingga kini isu tersebut masih dalam terawang-awang tanpa keputusan yang muktamad.

Persoalan parti pembangkang mana yang bakal bertanding di 60 kerusi dewan undangan negeri dan 25 kerusi parlimen terus menjadi teka teki dan igauan kepada Anwar Ibrahim.

Beliau berharap perkara ini telah dapat diselesaikan sejak lama dahulu tetapi nampaknya parti-parti Sabah tidak mudah digula-gulakan oleh Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Malah bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Wilfred Mojilip Bumburing yang meninggalkan BN untuk menyertai blok pembangkang bersama-sama bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Lajim Ukin pada Julai tahun lalu, kini bertelagah secara terbuka dengan Teck Lee berkaitan isu tersebut.

Bumburing yang bertindak sebagai orang tengah bagi Pakatan Rakyat di Sabah telah mengumumkan rundingan isu pengagihan kerusi telah digantung, menandakan perpecahan sedang melanda pakatan pembangkang di negeri itu.

Impian Anwar untuk menyatukan semua parti pembangkang di Sabah menjelang PRU13 sudah berkecai dan tinggal harapan sahaja.

Tidak mustahil sepertimana Anwar melepaskan impian untun menawan Sarawak pada pilihan raya negeri 2011, beliau juga akan berbuat demikian apabila melihat keadaan di Sabah sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Hakikatnya Anwat telah 'dimain' oleh SAPP serta parti lain seperti Parti Pembaharuan Negeri (STAR), pimpinan Dr Jeffrey Kitingan yang turut berkongsi citarasa politik yang sama dengan Teck Lee.

Kedua-duanya tidak mahu Anwar mendominasi politik Sabah dan sudah tentunya tidak mahu PKR, Pas dan Dap menjadi 'abang long' kepada parti-parti tempatan.

Anwar tamak kerana mahu memiliki majoriti kerusi yang bakal ditandingi dengan mengenepikan sentimen dan hak parti-parti Sabah.

Akhirnya sifat tamak Anwar dan hanya mementingkan diri kini memakan diri sendiri dan Pakatan Rakyat bakal kecundang di Sabah sebelum pun masuk gelanggang PRU13.

MP: Nak tau cerita lain? KLIK SINI

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.