GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

RM2.6 wang 1MDB?

30 September 2013

PEMILIHAN UMNO 2013: Calon berani dan lantang berhadapan pembangkang...

#36 : POLITIK BIJAK... BERANI... BENAR...

Menjinakkan parti pembangkang pada senario politik hari ini bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh malahan ia hampir mustahil. Sebagai rakyat yang pada hari ini mampu mendapat maklumat hanya di hujung jari, kadang kala berasa lemas dan gerun dengan serangan-serangan pembangkang terhadap UMNO terutamanya.

Namun berbekalkan iltizam dan corak kepimpinan berpolitik secara bijak, berani dan benar, DS Azalina melihat semua ini adalah intipati sebagai seorang ahli politik dan ia hanya mampu dilakukan jika seseorang ahli politik itu mempunyai semangat seperti kata-kata tersebut - Politics is the art of the possible.

Gayanya yang sentiasa bertenaga, kejujurannya dalam berbicara dengan ide-ide yang bernas, seorang yang bijak, berani dan lantang berhadapan pembangkang adalah ciri-ciri yang ada pada DS Azalina Syed Othman. Pada hari ini beliau telah diberi pengiktirafan ke satu tahap ke hadapan apabila beliau telah dilantik mengetuai Pengerusi Kaukus Wanita Parlimen Malaysia bagi penggal ke-13.


"Matlamat saya adalah lebih kepada mewujudkan persefahaman di antara semua wakil rakyat tidak kira Barisan Nasional (BN) ataupun pembangkang, agar isu-isu yang menyentuh tentang wanita dapat dibahas serta ditangani sebaik mungkin.," katanya.

Kaukus itu diwujudkan pada 2008 dan dianggotai semua anggota parlimen wanita bagi memperjuangkan pelbagai isu berkaitan wanita selain memperkasakan lagi wanita di negara ini yang merupakan tunjang utama dalam pembangunan negara.

Pada penggal ke-13 kali ini, kaukus itu dianggotai 23 anggota parlimen wanita dari pihak BN mahupun Pakatan Pembangkang dan mereka adalah;

MP Barisan Nasional
1. Datuk Seri Azalina Syed Othman - Pengerusi
2. Datuk Halimah Mohamad Sadique
3. Dato Noraini Ahmad
4. Datuk Rohani Abdul Karim
5. Datuk Noriah Kasnon
6. Dato Rosnah Abdul Rashid Shirlin
7. Datuk Azizah Mohamad Dun
8. YB Datin Linda Tsen Thau Lin
9. Pn Rubiah Hj Wang
10. Nancy Shukri
11. Datuk Mary Yap Ken Jin
12. Puan Mas Ermieyati Samsudin
13. Normala binti Abdul Samad
14. Norah binti Abdul Rahman

MP Pakatan Pembangkang - 3 adalah daripada PKR (3), PAS (2) dan DAP (4).
1. Fuziah Salleh (PKR) - Timbalan Pengerusi
2. Nurul Izzah Anwar (PKR)
3. Zuraida Kamaruddin (PKR)
4. Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS)
5. Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS)
6. Teresa Kok (DAP)
7. Alice Lau (DAP)
8. Teo Nie Ching (DAP)
9. P Kasthuriraani (DAP)


Datuk Azalina ketika memberi pendapatnya yang bertajuk " On being a woman politician and fighting for women's rights". Di antara kata-katanya;

" I BELIEVE NOT IN NUMBERS BUT I BELIEVE IN THE PERFORMANCE OF WOMEN AND THE RESPECT FOR WOMEN IN THE POSITION OF THE EMPOWERMENT AND POWER"

"ISSUES ON WOMEN'S PERSONALITY ITSELF... YOUNG GIRLS ABILITY TO PARTICIPATE IN SPORTS, A YOUNG GIRL ABILITY TO HAVE THE RIGHT TO PLAY, A YOUNG GIRL'S SAFETY..."

"OVERALL THE BIGGEST DIFFICULTY IS... TO RAISE ISSUES AND BEING CONVINCED ON WHAT YOU SAY..."

Penyertaan wanita di bidang politik masih rendah.
Perwakilan wanita-wanita dalam politik adalah merupakan salah satu petunjuk yang membuktikan komitmen masyarakat di dalam memperkasakan wanita. Penglibatan wanita-wanita di dalam proses-proses membuat keputusan yang berdasarkan politik boleh membantu memastikan penghapusan ketidaksamaan yang dihadapi oleh wanita-wanita.

Semenjak merdeka, bilangan calon wanita yang telah dipilih untuk memasuki badan-badan pembuat keputusan politik di Malaysia semakin bertambah, tetapi hanya pada kadar yang sederhana dan masih berada di tahap yang rendah. Pada tahun 1990, hanya 5 peratus ahli-ahli parlimen terdiri daripada wanita. Bilangan ini telah berganda sebanyak 10 peratus pada tahun 1999 tetapi ia telah kekal di tahap tersebut walaupun selepas pilihanraya umum pada tahun 2004.

Dengan pendidikan di peringkat yang tinggi, yang seringkali melepasi lelaki, adalah diharapkan wanita-wanita dapat melibatkan diri dengan sepenuhnya di setiap peringkat politik.

Pada masa lalu wanita telah diambil ringan dengan hanya mengikuti pandangan politik suami, abang-abang atau rakan lelaki mereka, tetapi wanita profesional kini mampu mempunyai fikiran mereka sendiri mula mempersoalkan dan menilai setiap apa yang berlaku terutama perjalanan politik hari ini.

Apakah Wanita UMNO telah berubah sesuai dengan tuntutan semasa ini?

Kata-kata Tun Mahathir;

"Saya masih ingat tentangan oleh Wanita apabila cadangan untuk menubuhkan Puteri dibincangkan dalam Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Wanita berpendapat Puteri tidak perlu kerana mana-mana wanita boleh menyertai Wanita UMNO. Tetapi ramai yang berminat untuk menyertai UMNO tidak senang untuk menyertai Wanita UMNO, menyertai kumpulan yang jauh lebih tua daripada mereka dengan kepimpinan yang tidak berubah tahun demi tahun.

Mereka berpendapat mereka tidak akan berpeluang menyuarakan pendapat mereka, jauh sekali daripada menjadi pemimpin. Mereka perlu berada dalam Wanita bertahun-tahun sebelum dapat memain peranan yang bermakna.

MT membuat keputusan untuk menubuhkan Puteri dan ramailah yang berminat daripada generasi muda yang menyertai Puteri dan menyumbang kepada kecergasan UMNO."


Mengambil kira rekod dan tradisi dalam Wanita UMNO, sejak dahulu lagi hanya pemimpin wanita yang telah terbukti sumbangan dan perjuangannya dalam parti akan diangkat sebagai ketua.

Jika menyusur perjuangan dan pencapaian Azalina di dalam politik, apakah DS Azalina menepati kata-kata Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO dapat berbangga dengan seorang ahli politik seperti DS Azalina yang telah berjaya menawan dan seterusnya menjinakkan ahli-ahli parlimen wanita dan inilah yang dikatakan politik bijak, berani dan benar...


Ada pengundi hantu pada pemilihan CEC DAP semalam? KLIK baca ni!


Pada sesi pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) parti DAP semalam, seorang ahli yang telah dipecat daripada parti itu dibenarkan mengundi.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai Jenice Lee hadir dalam pemilihan semalam kononnya sebagai pemerhati tetapi sebenarnya beliau dibenarkan mengundi. Apakah sandiwara yang cuba dimainkan oleh DAP ini?

Mengikut rekod, beliau telah dipecat oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada 22 April lepas kerana membantah perletakan calon DUN Teratai yang baru dan bukan dirinya.

Wanita ini yang pada sekitar bulan Jun seperti marah benar dengan DAP sehingga bakal membawa DAP ke mahkamah ekoran membantah keputusan pemecatannya yang disifatkan tidak sah dibuat oleh Karpal.

Dalam laporan akhbar The Star bertarikh 1 Jun lepas, Jenice berkata beliau akan memohon satu deklarasi bahawa pemecatannya dari DAP adalah tidak sah selepas beliau tidak dimaklumkan melalui prosedur yang betul.

“Saya tidak dibenarkan menghadiri apa-apa majlis berkaitan parti atau mesyuarat, prosedur yang betul ialah pengurusan DAP memberikan kepada saya surat pemecatan dan ini tidak adil bagi saya,” katanya yang menganggap dirinya masih ahli seumur hidup DAP.

Parti itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu mengeluarkan amaran sesiapa ahli DAP yang bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya itu bakal dipecat dari parti dan mereka diberikan 14 hari untuk mengemukakan rayuan.

Bagaimanapun Jenice tidak merayu.

Dengan tiada sebarang pengumuman kemasukan semula Jenice ke dalam DAP, jadi apakah taraf keahlian Jenice di dalam DAP sekarang? Adakah Jenice ialah seorang pengundi hantu pada pemilihan CEC DAP semalam?


MP: Soalan sinang wa mau tanya. Lu sulah kina pecat. Lu bukan ahli ma. Jadi lu undi guna keahlian mana? Apa celita? ROS apa komen? Apa status pemilihan semula ini CEC DAP? Ini wayang apa lagi ma lu olang bikin. Jangan buang olang punya masa. Cuba kasi explain sikit. 

CEC DAP HANCUR: Tiada kejutan dalam pemilihan CEC DAP semalam... KLIK baca ni!



Tiada kejutan dalam pemilihan ulangan CEC Parti Tindakan Demokratik (Utusan)

SEMALAM, Kongres Khas DAP berlangsung dengan pemilihan semula anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Jumlah perwakilan hanya 2,576 orang dan calon yang bertanding pula 49 orang. Kongres khas ini diadakan selepas pemilihan yang berlangsung pada 15 Disember 2012 terpaksa dibatalkan. Ketika itu 68 orang bertanding dan tidak sampai 2,000 yang mengundi. Semalam juga, berlangsung simulasi pemilihan UMNO.

Berbanding DAP, pemilihan UMNO tentulah lebih rumit kerana bakal melibatkan lebih 146,000 perwakilan yang akan memilih 33,682 calon pemimpin bagi pelbagai peringkat iaitu Majlis Tertinggi, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri dan bahagian. Jika DAP memilih 30 anggota CEC yang kemudiannya akan bermesyuarat memilih pemimpin seperti setiausaha agung, pengerusi, timbalan pengerusi dan naib-naib pengerusi, UMNO pula terus membuat pemilihan bagi jawatan utama termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden.

Begitulah bezanya corak pemilihan dua parti - DAP dan UMNO. Berbanding DAP, sudah tentulah, pemilihan dalam UMNO terpaksa menempuh perjalanan yang rumit. Walaupun ini kali pertama berlangsungnya pemilihan corak baru, UMNO perlu memastikan kaedah yang dilaksanakan tidak menjejaskan kredibiliti parti. Jika sebelum ini ramai yang mempertikaikan corak pemilihan DAP, maka jangan dibiarkan orang lain mengambil kesempatan untuk memperkecilkan kaedah pemilihan UMNO.

Sebarang masalah teknikal yang berlaku perlu diselesaikan segera. Jika diselak sejak hari ‘penamaan calon’ baru-baru ini terdapat beberapa kenyataan yang berkaitan dengan kelayakan bertanding. Begitu juga dengan etika berkempen.

Pihak yang menjadi pemantau pemilihan kali ini perlu lebih jelas dengan etika berkempen, bukan sekadar pertemuan di peringkat bahagian tetapi juga kenyataan, ucapan oleh calon-calon yang bertanding. Timbul persoalan bagaimana ruang untuk mereka yang tidak memegang sebarang jawatan mampu muncul dalam pelbagai media.

Keadaan ini berbeza bagi mereka yang mempunyai jawatan sama ada dalam kerajaan pusat atau kerajaan negeri atau memegang jawatan lain yang boleh mencipta pelbagai aktiviti untuk tampil bertemu pemilih sama ada secara langsung atau tidak langsung. Mungkin jika ini tidak ditangani akan timbul pelbagai isu yang boleh menjejaskan proses pemilihan. Bukan mudah untuk memantau corak kempen ini. Eloklah kempen untuk menyatakan visi dan misi diberi kelonggaran. Fokus utama yang perlu diberi perhatian ialah politik wang dan kempen memburukkan orang lain. Seperti dibangkitkan dalam Selak sebelum ini, apa yang penting elakkan ketirisan poket sepanjang berkempen. Berdasarkan simulasi semalam, dijangkakan tidak timbul masalah dalam kaedah pemilihan kali ini.

Berbalik kepada pemilihan DAP, jumlah calon yang bertanding semalam berkurangan berbanding pemilihan yang diadakan pada Disember lalu. Jumlah kali ini berkurangan sebanyak 19 orang, iaitu 17 menarik diri dan dua lagi keluar parti. Menyelak kembali di sebalik pemilihan semula ini, kongres khas terpaksa diadakan semula atas permintaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana banyak persoalan timbul pada pemilihan lalu.

DAP terpaksa akur dengan ‘kecuaian manusia’ yang melibatkan keputusan terhadap tujuh orang calon. Dalam pemilihan yang diadakan sebelum ini, beberapa fakta menarik perhatian banyak pihak. Pertamanya, lapan orang Melayu yang bertanding tersingkir menyebabkan parti yang mendakwa mewakili pelbagai kaum itu dikritik hebat. Keduanya berlaku ‘pembetulan’ keputusan selepas 19 hari pemilihan apabila parti itu tampil memperbetulkan kesilapan undi yang diterima oleh tujuh calon.

Hasil ‘pembetulan’ itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya menduduki tangga ke-39 melonjak ke tangga 20 (terakhir dalam senarai) sekaligus meletakkannya sebagai seorang anggota CEC yang dipilih. Undi ‘asalnya’ 305 meningkat kepada 803 manakala Wu Him Ven yang menduduki tempat ke-6 menjunam ke kedudukan 26 menyebabkannya terkeluar daripada senarai anggota CEC yang dipilih. Undi baru yang diperolehnya adalah 669 undi berbanding 1,202 undi. Beliau kemudiannya menganggotai CEC sebagai anggota yang dilantik. Lima lagi turut mengalami perubahan jumlah undi iaitu Wong Sai Hoong 23 (asal 448), Wong Sze Phin 643 (761), Zulkifli Mohd Noor 249 (216), Roseli Abdul Gani 69 (39) dan Tan Boon Peng 40 (407).

Semalam, semua 20 anggota yang dipilih adalah anggota CEC yang terpilih selepas ‘pembetulan’ dilakukan pada pemilihan lalu.

Jelaslah, perwakilan tetap memilih orang yang sama, cuma corak undi yang diterima berubah. Pada masa yang sama, perwakilan tetap menolak calon-calon Melayu yang turut menawarkan diri bertanding termasuklah Senator Ariffin SM Omar yang dilantik sebagai Naib Pengerusi selepas pemilihan lalu. Benarkah kenyataan seorang calon CEC Melayu, Zulkifli Mohd Noor bahawa nilai orang Melayu dalam DAP ibarat mata wang bernilai ‘lima kupang’ atau 50 sen?

KARPAL TETAP GAGAH

Walaupun pemilihan semula diadakan, Karpal Singh, 73 tetap ‘gagah’ sebagai Pengerusi DAP. Semalam, beliau menegaskan tidak akan berundur dari politik selagi pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan Pusat. Karpal pernah jatuh dalam pilihan raya umum (PRU) apabila beliau kalah di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada 1999. Bagaimanapun beliau berikrar untuk bangkit semula dan kata-kata itu terbukti apabila beliau menang semula pada PRU 2004 diikuti 2008 dan 2012.

Begitulah keazaman veteran DAP itu yang tidak menolak kemungkinan akan terus kekal sebagai calon PRU akan datang.

Beliau sememangnya berhasrat untuk menyerahkan kepemimpinan kepada generasi muda. Katanya: “Kita semakin tua dan orang (pemimpin) tua perlu bersara satu hari nanti. Saya akan bersara dalam masa munasabah. Munasabah bermaksud lepas apa yang kami mimpikan iaitu untuk jadi kerajaan Persekutuan menjadi kenyataan. Lepas itu baru bagi kepada orang muda,’’.

Maknanya, peranan orang lama masih tetap diperlukan. Kenapa Karpal Singh yang sudah begitu lama berkecimpung dalam politik masih tetap gagah dan diterima ramai?

Semalam, Karpal Singh mengekalkan kedudukannya di tempat ketiga, sama seperti pada pemilihan Disember lalu. Jumlah undinya meningkat daripada 1,411 kepada 1,421 undi. Penasihat parti, Lim Kit Siang pula jatuh ke nombor dua dengan undi merosot iaitu daripada 1,607 kepada 1,436 undi, kehilangan 171 undi.

Anaknya, Lim Guan Eng pula menduduki tempat ke lima dengan 1,304 undi, merosot 272 undi berbanding kedudukan No.2 pada 2012 dengan 1,576 undi. Apakah ada sesuatu di sebalik keputusan semalam? Yang pasti tiada kejutan!

PEMILIHAN UMNO 2013: Buatlah pilihan terbaik agar UMNO ... KLIK baca ni



CALON PILIHAN DEMI SURVIVAL UMNO

Kepada 20,080 cawangan UMNO yang bakal mengundi pada Mesyuarat Bahagian dan hari pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pada 19 Oktober 2013 nanti:

1. Sabah: 27 ribu cawangan
2. Kelantan : 2,208 cawangan
3. Selangor : 2,333 cawangan
4. Johor : 2,287 cawangan
5. Perak : 1,689cawangan
6. Kedah : 2,169 cawangan
7. Pahang : 11,097 cawangan
8. Terenggnu : 1,019 cawangan
9. Wilayah : 1607 cawangan
10. Pulau Pinang : 665 cawangan
11. Melaka : 411cawangan
12. Negeri Sembilan : 617 cawangan
13. Perlis : 300 cawangan

Berikut adalah sedikit pesanan daripada rakyat jelata yang sedang memerhati apakah UMNO benar-benar ingin berubah atau masih di tahap lama...

Apakah kategori calon yang perlu ditolak?

1. Yang sekadar beri amaran
2. Yang menjadi modal mainan serangan pembangkang
3. Yang kalah dalam PRU13
4. Yang bermusim yang hanya muncul menjelang pemilihan.
5. Yang buta media internet
6. Yang hanya pentingkan karier politik sendiri.
7. Yang amalkan kepentingan kaum keluarganya.



Kategori yang perlu dipilih...

1. Yang boleh diterima oleh parti dan rakyat.
2. Yang berjaya dalam parti tetapi juga dalam pilihan raya sekali
3. Yang menang dalam PRU13
4. Yang mesra media internet
5. Yang mementingkan perjuangan parti
6. Yang berpengalaman dan berilmu
7. Yang bersih diri dan ahli keluarga

Oleh itu, demi survival UMNO, maka pilihan yang sangat-sangat diharapkan adalah... (Berikut adalah nos. calon-calon yang bertanding)

NAIB PRESIDEN:

1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Penyandang)
3. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Penyandang)
5. Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir

MAJLIS TERTINGGI

1. Datuk Seri Shahidan Kassim (Penyandang/dilantik)
5. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Penyandang/dilantik)
13. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Penyandang)
15. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Penyandang)
16. Datuk Seri Mustapa Mohamed
20. Datuk Razali Ibrahim (Penyandang/dilantik)
36. Datuk Seri Azalina Othman Said



43. Datuk Hamidah Osman
55. Dr Zubir Harun


WANITA

KETUA WANITA
3. Datuk Maznah Mazlan

EXCO WANITA
1. Datuk Noraini Ahmad


BAGI PEMUDA PULA...

Exco

4. Arman Azha Abu Hanifah
40. Zaidel Baharuddin
75. Mohamad Nazari Ahmad


Nama-nama di atas sangat diperlukan bagi citarasa rakyat dan bekalan untuk PRU14. Seandainya ahli-ahli UMNO ingin menyahut saranan Presidennya agar UMNO sentiasa dipilih rakyat, berikut adalah kategori yang wajib dijadikan pilihan;
1. Yang digeruni pembangkang2. Yang berani dan tidak malu mengaku berjuang untuk Melayu dan Islam
3. Yang berani ke hadapan apabila hak Melayu dicabar
4. Yang berani bersuara langtang apabila ugama Islam dipersoal dan dihina

Seperti lagu "Anak Kecil Bermain Api", kita sudah tiada masa.... maka, buatlah pilihan terbaik agar UMNO kekal relevan di hati rakyat!

ARTIKAL BERKAITAN KLIK SINI


27 September 2013

PRK Sungai Limau : Kubur masih merah, PAS dah kecoh hal calon... KLIK baca ni!



TIDAK ramai pemimpin utama Pakatan Rakyat yang hadir ke majlis pengebumian bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Razak semalam. 

Media rasmi PAS, Harakah sendiri pun menyenaraikan lebih banyak nama pemimpin-pemimpin UMNO hadir bagi memberikan penghormatan terakhir berbanding pemimpin PAS, PKR dan DAP.

Seolah-olah ada boikot besar-besaran bagi menunjukkan rasa ketidak puasan hati masing-masing terhadap Azizan.

Bukanlah satu rahsia, majoriti pemimpin DAP dan PKR termasuk PAS sendiri, menyalahkan Azizan atas tumbangnya kerajaan Kedah pimpinan PAS dalam PRU13 yang lepas. 


Sikap mesra yang ditunjukkan Azizan kepada semua orang tanpa mengira faham politik, termasuk tidak teragak-agak menyerahkan projek kerajaan negeri kepada pemimpin UMNO, dianggap sebagai kelemahan utama pentadbiran Azizan yang menerbitkan semua rasa tidak puas hati ini.

Cakap pasal DAP, tidak seorang pun pembesar DAP yang kelihatan, tak kiralah yang memang Cina, Cina atau yang Cina nama Melayu, bayang pun tak nampak, walaupun sarang mereka di Pulau Pinang, bersempadanan dengan Kedah. 


Begitu juga pemimpin utama PKR macam Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, turut tidak nampak bayang.

Sedangkan Chin Peng mati di Thailand pemimpin utama DAP & PKR boleh pergi melawat, takkanlah arwah Azizan yang menghembuskan nafas terakhir di Kedah, tidak boleh nak menjengok? Sudah tentu ada yang tidak kena.


Apa pun tinggalkanlah cerita itu dulu untuk perbincangan di lain masa.

Hari ini penulis nak menumpukan kepada kecoh-kecoh siapa yang bakal dicalonkan PAS Kedah untuk mengisi kekosongan yang ditinggal Allahyarham di DUN Sungai Limau dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan nanti. 

Walaupun arwah baru sahaja dikebumikan semalam, itu tidak menghalang segelintir pemimpin PAS negeri dari membangkitkan soal tersebut tanpa rasa bersalah sedikit pun terhadap keluarga Allahyarham.

Ini sendiri pun satu tanda penghinaan ke atas Allahyarham juga, setanding dengan penghinaan serupa yang ditunjukkan pemimpin DAP dan PKR yang memboikot majlis pengebumian Allahyarham semalam.

Kalau ia pun kemaruk berpolitik, sekurang-kurangnya tunggulah sampai beberapa hari selepas Allahyarham selesai dikebumikan dulu. Ini tidak, kubur baru siap gali, masing-masing dah sibuk-sibuk cerita pasal pilihanraya kecil, siap nama bakal calon yang akan diketengahkan pihak-pihak ini nanti.

Betul-betul mentaliti kelas ketiga.

Tapi kalau nak dibahaskan juga, nama bakal calon yang banyak disebut itu pulak, khabarnya ialah salah seorang pemimpin PAS negeri yang diketahui sangat tidak senang dengan Allahyarham sewaktu menjadi Menteri Besar dulu.


Pelik juga, kenapa nama orang yang semacam ini nak diketengahkan sedangkan DUN Sungai Limau bukan setakat kawasan yang diwakili Azizan sejak 1995, malah Allahyarham turut dilahir dan dibesarkan disini. 

Adakah ini usaha berterusan pihak-pihak tertentu dalam PAS Negeri yang mahu terus mencemarkan imej Allahyarham, walaupun setelah kematiannya dengan mencalonkan penentang Azizan sebagai calon di kawasan tersebut?


Memanglah dari segi peraturannya tidak salah, tapi politik bukan sekadar mengenai peraturan, tapi rasa hormat dan mengenang jasa bekas pemimpin. Allahyarham mungkin faktor terbesar yang menjadi punca kekalahan PAS dalam PRU13 yang lepas, tapi jangan lupa, kerana beliau jugalah PAS menang buat pertama kali di Kedah pada 2008.

Kalau itu bukan jasa yang layak dikenang dan diberi penghormatan yang sewajarnya, penulis tidak tahu nak kata apa lagi.

Nampaknya benarlah kata Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu semalam yang politik PAS semakin teruk berbanding semasa dia mula menyertai parti tersebut lebih 35 tahun dulu dan persoalan mengenai siapa yang bakal menggantikan Azizan di Sungai Limau dibangkitkan ketika arwah belum pun dikebumikan semalam, hanya menguatkan lagi hakikat tersebut.



Nah... Anwar kantoiii lagi!!! KLIK saksikan video!


Disaat Anwar Ibrahim tak henti-henti meracuni minda rakyat dengan tanpa bukti menuduh serta menyalahkan pentadbiran SPR kononnya bersekongkol sama kerajaan BN untuk menipu rakyat didalam proses pengundian yang lalu... 

Hari ini rakyat dikejutkan dengan satu pendedahan dengan realiti sebenar di sebalik apa yang di lakukan Anwar.

Ini bukannya dari mulut UMNO atau propaganda yang di ada-adakan pihak kerajaan BN... 
Sebaliknya ia didedahkan oleh 'orang kuat' Anwar sendiri iaitu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Chegu Bard.

Chegu Bard sendiri mengakui ditipu teruk, hingga cuba disogok dengan wang ringgit dan jawatan bagi menutup rahsia dan rancangan tipu helah Anwar Ibrahim semasa pemilihan parti PKR sehingga disifatkannya sebagai tak adil dan tiada demokrasinya.

Tak mungkin Chegu Bard cuba berbohong kerana beliau sendiri yang menjadi mangsa, ketika itu.

 Menurut Chegu Bard lagi, Anwar adalah dalang dan perancang sebenar dalam penipuan pemilihan yang berlaku di PKR.

Nah... Anwar kantoiii lagi!!!

Untuk pendedahan selanjutnya... 
Jom kita saksi, video Chegu Bard kantoikan Anwar di bawah:



26 September 2013

PEMILIHAN UMNO 2013: Cabut semua 'duri dalam daging' UMNO!


PEMILIHAN UMNO 2013 yang berlangsung pada 12 dan 19 Oktober ini dilihat sebagai satu pertandingan untuk melihat barisan kepimpinan yang efektif dan rasional di mata 146,500 ahli UMNO yang layak untuk mengundi.

Atas tuntutan demokrasi, maka ramai ahli UMNO menawarkan diri untuk dipilih menjadi pemimpin - cawangan, bahagian dan pusat.

Seramai 33,682 ahli UMNO dari seluruh negara menawarkan diri sebagai calon bertanding pelbagai jawatan peringkat bahagian dan pusat.

Pemilihan pada kali ini adalah gelanggang untuk melihat pemimpin UMNO yang dipilih nanti bukan sahaja boleh diterima oleh parti tetapi juga rakyat.

Sebab itu UMNO mesti ketengahkan barisan pemimpin yang boleh diterima rakyat dan mampu mencerminkan imej yang positif kepada parti itu.

Sebagai pengundi, ahli UMNO bukan sahaja akan memilih individu sebagai pemimpin parti peringkat bahagian dan pusat, tetapi turut menentukan hala tuju parti.

Jadi ahli UMNO yang diberi amanah untuk mengundi mesti pandai menilai pemimpin yang akan memimpin mereka.

Pilihlah pemimpin yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi dan sanggup berkorban apa sahaja demi menjaga kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

Proses terbaharu pemilihan UMNO kali ini jika dilaksanakan dengan betul, maka tiada lagi salah guna kuasa, akan lenyap politik wang dan berkurang kempen melobi perwakilan. Hanya pemimpin yang benar-benar berkhidmat dan berbakti akan dikenali oleh ahli peringkat cawangan.

Kepada pemimpin UMNO yang pernah diberi peluang untuk memimpin ahlinya di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat, tetapi telah gagal melaksanakan amanah yang diberi, ahli-ahli kenal siapa individu tersebut. Ahli UMNO kenal siapa yang selalu buat ‘kerja’ untuk parti dan siapa yang hanya pandai main wayang.

Dalam keghairahan pesta demokrasi dalam UMNO ini, ahli UMNO tidak boleh buat silap. Kesilapan memilih pemimpin yang tidak mampu membawa perubahan kepada parti, maka menjadikan UMNO sebuah parti yang terus berpenyakit, lemah dan mungkin sukar diubati.

Ahli UMNO membantu menaikkan pemimpin ke atas sebab kecerdikannya dan kebolehan memimpin dan kerana politik sogok menyogok.

Dalam memilih pemimpin perlu ada rasionalnya. Kenapa hendak menolak pemimpin atau ketua yang sudah menyumbang kepada kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.

Tolaklah pemimpin yang menyebabkan BN tersungkur di kawasan yang berkenaan. Tolak mereka dan kroninya yang tak buat kerja.

Nyahkan mereka yang membolot peruntukan yang disediakan untuk PRU-13 setelah tidak dipilih untuk menjadi calon dengan tujuan menggunakan wang itu untuk bertanding pada pemilihan UMNO kali ini.

Golongan ini menjadi duri dalam daging malah ada di kalangan mereka yang terus mahu memegang jawatan dalam parti. Merekalah yang main politik wang hingga menjejaskan kepercayaan rakyat kepada UMNO.

Jika perwakilan UMNO sayangkan parti, 'bersarakan'’ golongan ini daripada memegang sebarang jawatan dalam parti.

'Bersarakan' golongan duri dalam UMNO

ARTIKAL TERDAHULU:

KARNIVAL JOM KE FELDA: 27hb-29hb Sept. ini di Padang SMK Bandar Mas, Kota Tinggi, Johor


Jangan lepaskan peluang untuk bersama dalam aturcara Karnival Jom Ke Felda di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mas, Kota Tinggi Johor pada 27hb-29hb September 2013 ini.

Pelbagai acara menarik yang akan diadakan untuk pengunjung yang hadir disana nanti...

Selain itu pelbagai persembahan artis terkenal, promosi barangan dan pameran dimuatkan sepanjang hari karnival nanti..

Oleh itu, kepada semua warga felda di sekitar negeri Johor serta penduduk terdekati... Jangan lepaskan peluang anda untuk melihat sendiri kemeriahan karnival jom ke felda ini!!

MP: Jumpa kita disana ye!!!!


Dr. Marza 'pengampu' pembangkang? KLIK saksi video!


Masa dapat duit UMNO, masa dapat duit kerajaan Dr. Maza kata nak tegur pemimpin kena berdepan. Jumpa cakap tegur elok-elok.

Bila dah tak dapat duit UMNO, tak dapat duit kerajaan terus balun pemimpin di belakang. Dan berceramah la beliau rata ceruk, menyindir, mengumpat dan memburukkan pemimpin sepuas hati.

Fatwanya berubah-ubah. Adakah ini bermakna semua fatwa beliau semasa menjadi Mufti adalah MENGAMPU pemimpin semata-mata? Dan adakah fatwa beliau sekarang adalah MENGAMPU pembangkang pula?

Saksi video & cerita selanjutnya KLIK SINi

25 September 2013

FACEBOOK: PM jumpa Mark Zuckerberg. KLIK tengok ni!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan peribadi dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook Mark Zuckerberg di ibu pejabat media sosial gergasi itu di Menlo Park pada Selasa.

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dalam kenyataan di sini berkata, Najib dan Zuckerberg membincangkan mengenai usaha kerjasama yang kemungkinan boleh dilakukan antara Facebook dan Malaysia.

Perbincangan berkisar terhadap usaha untuk merapatkan jurang digital dan mendekatkan kemudahan Internet serta peluang-peluang digital lain kepada mereka yang tidak berhubungan setakat ini.

Pertemuan itu sebahagian daripada siri perbincangan peringkat tinggi, demonstrasi dan pengumuman yang membentuk lawatan perdana menteri ke Silicon Valley anjuran MDeC. Perbadanan itu merupakan pemacu Inisiatif Ekonomi Digital Malaysia, Digital Malaysia dan inisiatif ICT negara, MSC Malaysia.

Facebook merupakan laman yang paling banyak dikunjungi di Malaysia dan mempunyai pengguna sebanyak 12,747,100 setakat ini, meletakkan negara di tempat ke-18 dalam kedudukan statistik Facebook mengikut negara. - BERNAMA


24 September 2013

CEC DAP HANCUR: PAS dan PKR juga turut tertekan keputusan DAP... KLIK baca ni!


BERMULANYA HARI KEBINASAAN DAP

Hari ini saya akan terus menulis berkenaan dua orang suruhan setia Dinasti Lim dan permulaan kebinasaan kepada DAP.

Sebaik sahaja calon-calon yang menang dalam pemilihan CEC diumumkan, Lim Guan Eng dengan segera memanggil mesyuarat CEC yang pertama. Di mana dalam mesyuarat itu Lim Guan Eng sekali lagi dipilih oleh ahli CEC sebagai Setiausaha Agung.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Vincent Wu iaitu calon yang menang di tangga ke 6. Kenapa perlu saya timbulkan nama Vincet Wu akan saya jelaskan nanti.


Selepas selesai Kongres Kebangsaan tersebut keadaan menjadi kecoh apabila pihak media dan orang ramai mempertikaikan ketiadaan seorang pun wakil kaum melayu dalam CEC. Ianya mengesahkan dakwaan sebelum itu bahawa DAP adalah sebuah parti chauvinis cina.
PAS dan PKR juga turut tertekan keputusan itu. Mereka juga turut memberi tekanan kepada DAP jika isu itu dibiarkan berterusan ianya bakal menyusahkan mereka mendapat sokongan kaum melayu dalam pilihanraya umum ke 13.

Tekanan yang berterusan diterima selama bermingu-mingu membuatkan Lim Guan Eng tidak tahan. Akhirnya Lim Guan Eng memanggil dua orang suruhannya, Tony Pua dan Anthony Loke untuk melakukan sesuatu bagi memastikan wakil kaum melayu berada dalam CEC.

Apabila tugas itu diserahkan kepada dua orang tersebut Lim Guan Eng berfikiran semuanya akan selesai dengan mudah kerana dua orang itu sering digambarkan sebagai pakar strategi yang paling hebat. Sebaliknya dua orang itu membawa kebinasaan yang jauh lebih besar kepada DAP.

Apa kebinasaan yang mereka buat saya akan kongsikan dengan anda dalam dalam siri akan datang.


23 September 2013

BOIKOT TV3: Pembangkang kini terima TV3. KLIK saksi video!



Ini pelempuan ciakap mau boikot, tapi sikalang masuk tv3. Haiya, lia punya muka selupa Anwar Iblahim talak malu punya muka - Sumber

Iya ke PAS Tidak Pernah Tabur Duit Masa PRU? KLIK baca ni!


PAS nampaknya masih tidak sedar-sedar tentang kenapa orang Melayu menolak parti itu dalam PRU yang lalu. Penolakan orang Melayu bukan sahaja kerana PAS bekerjasama dengan harbi dan pluralis, tetapi juga kerana sikap PAS itu sendiri yang terlalu takbur dan riak dalam agama.

Sedangkan hakikatnya, PAS tidak pernah menyumbang apa-apa kepada umat Islam negara ini selain membawa perpecahan.

Malah, sehingga ke hari ini juga, PAS masih tegar membawa strategi mengkafirkan UMNO dan mengangkat diri sendiri sebagai maksum. Lebih dahsyat, PAS juga membawa kesesatan dengan bersekongkol dengan parti yang memperjuangkan kristian dan juga LGBT.

Tanpa mempelajari apa-apa dari keputusan PRU-13 yang lalu, PAS terus menuduh UMNO menang secara tidak adil. Memandangkan isu 40,000 pengundi hantu sudah dapat dipatahkan dan isu blackout juga sudah terkantoi, maka PAS memaksakan isu baru bagi menafikan kekalahan mereka.

Kali ini, akhbar Harakah menuduh UMNO menyogok dan mengugut pengundi bagi memastikan kemenangan pada PRU lalu.

PAS boleh terus menuduh apa saja tanpa mampu membuktikan apa-apa tetapi PAS juga tidak boleh menafikan yang parti itu turut menggunakan wang bagi membeli undi. Semua orang tahu bahawa PAS turut memberi wang kepada pengundi luar untuk pulang mengundi. Malah, PAS turut memasukkan wang melalui bank terlebih dahulu untuk memastian pengundi tersebut pulang mengundi pada pilihanraya.

Semua ini telah pun didedahkan berkali-kali dan diakui oleh orang-orang PAS sendiri. Justeru, bagi PAS untuk mendabik dada sebagai bersih dan tidak bermain politik wang merupakan satu pembohongan dan kemunafikan yang jelas sekali.

Lagipun, tiada siapa yang akan lupakan gambar Nik Aziz yang tersebar ketika mengagihkan wang kepada orang asli bagi di ambang pilihanraya. Gambar tersebut akan kekal dalam ingatan dan sejarah politik negara. Apa yang menarik, Nik Aziz juga tidak menafikan bahawa itu adalah dirinya tetapi hanya mengelak dengan berkata bahawa wang tersebut adalah sedekah dan bukan rasuah.

Soalnya, kenapakah sedekah diberi kepada satu kawasan yang kontroversi di ambang pilihanraya dan diberi pula kepada kumpulan masyarakat yang tidak begitu terdesak memerlukannya? Sedangkan begitu ramai lagi rakyat Kelantan yang memerlukan sedekah berbanding mereka itu?

Jawabnya, kerana PAS adalah parti yang busuk sebusuk-busuknya. Parti ini menggunakan agama untuk berbohong, memfitnah dan juga untuk merasuah. Selagi PAS terus membawa pendekatan ini dalam politik, semakin ramailah pengundi yang akan meninggalkan PAS dalam PRU nanti.

AKAUN BANK: Anwar diberi kata dua? KLIK baca ni!


Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya perlu memberikan tandatangannya bagi mengesahkan beberapa akaun bank yang didakwa miliknya kepada Bank Negara, kata Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah.

Azwanddin Hamzah- Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini berkunjung ke rumah DS Anwar Taman Bukit Segambut, KL bagi meminta tandatangan beliau agar membenarkan Bank Negara mendedahkan maklumat akaun peribadi berkaitan surat misteri BankLeak.

Nantikan berita selanjutnya...

ARTIKAL BERKAITAN KLIK SINI

22 September 2013

Pembangkang tunjuk 'bangang' dengan tuduh PM lagi... KLIK baca ni!


Kerana tidak mampu memperjuangkan hak bumiputera dan bimbang sokongan kaum Cina akan lari kepada parti lain, sekali gus nak lahir perasaan benci rakyat kepada kerajaan serta dalam masa sama sokongan kaum Cina masih kekal kepada mereka...

Pembangkang cuba tunjuk hebat dengan menuduh tindakkan Perdana Menteri, DS Najib agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (MPEB) seperti mahu diangkat sebagai hero dalam negara.

Tindakkan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang cuba memutarbelit dan membuat kenyataan salah dengan menuduh DS Najib Tun Razak mengamalkan sistem kroni dalam melaksanakan agenda MPEB itu juga sebagai terdesak dan berada dalam ketakutan apabila Barisan Nasional (BN) masih mendapat sokongan kuat daripada rakyat sehingga ke hari ini.

Malah, Tony dengan jelas cuba membawa agenda MPEB ke arena politik dengan cubaan menghasut rakyat terutama orang Melayu dan bumiputera agar percaya segala yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini adalah untuk kroni.

Kredibiliti Tony bersuara tanpa sebarang fakta, menyifatkan tindakan beliau memfitnah Perdana Menteri sebagai biadab.

Tony seperti yang diketahui umum hanya bercakap bagai angin lalu tanpa mengemukakan sebarang bukti kukuh dan setiap patah yang dikatakan hanyalah sebagai cubaan untuk menarik rakyat membenci kerajaan.

"Bukankah MPEB baru sahaja dirasmikan jadi bagaimana Tony mempunyai pengetahuan yang begitu luas tentang apa berlaku di sebalik pengumuman Najib itu?,"

Kenyataan Tony yang tidak berasas itu tidak lain mempunyai agenda tersirat untuk memecahbelahkan hubungan orang Melayu apabila gagal memerintah negara setelah tidak menerima kepercayaan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini.

"Daripada Tony sibuk menjaga kain orang lain, lebih baik dia dan partinya selesaikan dahulu masalah rakyat di Pulau Pinang.

"Sudah namanya pun pembangkang, apa jua yang dilakukan oleh kerajaan walaupun untuk kebaikan tetap dibangkang.

Sudah-sudahlah Tony, hentikan taktik kotor mu itu. Jangan lupa anda adalah rakyat negara ini, anda berjaya sama ada dalam pelajaran juga daripada bantuan dan sumbangan kerajaan selama ini...

Makan boleh sebarang makan... Cakap jangan sebarang cakap...
Mulut tu jaga-jaga sikit!

MP: Mulut busuk bau longkang!!!

21 September 2013

Hadi Awang nk bawa PAS berkerjasama dengan UMNO? KLIK baca ni!


PAS sedia bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika PAS dipelawa, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, PAS boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin PAS dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.

Beliau berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.

"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum di Pokok Sena, dekat sini hari ini.

MP: Baguslah kalau gitu.... Tp, boleh pakai ke kenyataan orang tua ni? Jangan esok, kena gegar dengan puok-puok DAP melatah lagi. Apa pun, MP sentiasa doakan agar penyatuan antara Melayu dan Islam sentiasa terjalin demi agama, bangsa dan tanahair tercinta.

AZALINA: Sah tolak Wanita, kini tumpukan MT... KLIK baca ni!


Ahli Parlimen P157 Pengerang juga bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan akan bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dalam pemilihan parti bulan depan.

Dengan pengalaman dan kebolehannya sebagai Ahli Parlimen selama tiga penggal dan pernah menjadi menteri Kabinet serta Ketua Puteri UMNO, beliau yakin mampu mencurah bakti kepada parti, bangsa, negara dan agama.

Beliau turut menghargai jaminan sokongan yang diberikan oleh Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepadanya bagi bertanding jawatan MT.

''Saya ingin mengambil kesempatan mengulas kenyataan Shahrizat dengan mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau yang telah menjanjikan sokongan padu Wanita kepada saya bagi merebut jawatan ahli MT,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

DS Azalina sebelum ini menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO yang kini disandang oleh DS Shahrizat, bagaimanapun pada awal bulan lalu mengumumkan untuk menarik diri ekoran telah dinasihatkan berbuat demikian.

Dalam hubungan berkaitan, Shahrizat semalam menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya wujud usaha daripada pihaknya yang menggesa Azalina memberi laluan kepadanya untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO itu.

Azalina dalam pada itu yakin keputusannya bertanding MT akan diterima baik oleh semua pihak demi perpaduan dan keutuhan UMNO.

Jelasnya, sebagai seorang yang setia kepada kepimpinan, paling penting adalah melihat UMNO terus padu, utuh dan unggul serta bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

''UMNO ialah sebuah parti yang berasaskan prinsip demokrasi. UMNO bukan dimiliki oleh individu atau pihak tertentu. UMNO adalah untuk semua ahlinya demi menjaga kepentingan dan hak orang Melayu,''

PEMILIHAN UMNO 2013: Biar betul, cara pilih pemimpin!


Pemilihan UMNO pada bulan depan agak menarik. UMNO mempunyai sejumlah 21,078 cawangan yang mewakili 193 bahagian di seluruh negara. Pada tahun ini, UMNO akan menyaksikan satu bentuk pertandingan yang terbesar pernah berlaku dalam sejarahnya.

Kesibukan kini adalah untuk menilai siapakah pemimpin yang boleh disandarkan harapan besar ahli-ahli UMNO bagi membolehkan parti itu terus relevan dan perkasa setelah beberapa perubahan yang dilaksanakan dianggap gagal menterjemahkan semangat perjuangan sebenar, kerana falsafah ‘ketuanan Melayu’ semakin tercabar dengan amalan yang dilihat semakin ‘mengalah’ dengan tuntutan dan desakan kaum lain.

Selepas PRU-13, masyarakat mula memberikan perhatian besar untuk kembali memperkasakan orang Melayu dan Bumiputera, kerana kumpulan ini merupakan tunjang kepada kekentalan semangat cintakan tanah air dan berpaksikan sentuhan primodial berbanding kaum-kaum lain yang lebih mengutamakan keselesaan ekonomi sehingga sanggup melakarkan tindakan nakal mencabar status quo yang sekian lama diterima sebagai faktor pemersatu yang berkesan.

Senario ini menyebabkan para perwakilan yang bakal memilih pucuk pimpinan parti memikirkan semula apa sebenarnya yang mereka perlukan dalam usaha meletakkan ‘ketuanan Melayu’ sebagai paksi kekuatan politik Malaysia pada masa depan.

Analisis faktor ini dijangka akan mencorakkan pola pemilihan pada tahun ini, walaupun segelintir pemimpin yang mempertahankan jawatan dilihat cuba menggunakan pengalaman sebagai asas penilaian dalam pemilihan mereka nanti.

Para perwakilan pada kali ini dijangka mempunyai kebijaksanaan dalam menentukan pemilihan mereka kerana sebahagiannya adalah golongan muda yang terdedah dengan pelbagai maklumat mengenai seseorang yang bakal menawarkan diri atau mempertahankan jawatan. Tentunya, ramai juga antara mereka memberikan petunjuk bahawa sebahagian mereka yang bakal mempertahankan diri sudah tidak lagi mempunyai kewibawaan untuk memimpin parti kerana kecemerlangannya sudah terjejas dan ada ketikanya sukar menerima pandangan atau pendapat orang lain.

Kelompok pemimpin veteran yang sudah menguasai bahagian atau peringkat pusat dalam tempoh yang lama seharusnya membuka ruang yang lebih luas kepada pemimpin pelapis untuk membina pengalaman memimpin dalam skala yang lebih berkesan.

Tanpa diberikan peluang sedemikian, UMNO tidak akan mengalami proses peremajaannya semula, dan mungkin tepat sindiran bekas Perdana Menteri sebagai ‘sudah tua’ serta ‘menunggu saat kematiannya.’

Konsep demokrasi, meskipun bukan berasal daripada prinsip Islam, ia tetap diterima sebagai satu kaedah terbaik dalam memilih pemimpin jika ia mengambil kira prinsip musyawarah. Jika pilihan majoriti itu merupakan kesepakatan yang membawa kepada ketelusan, keputusan tersebut hendaklah diterima sebagai kehendak majoriti.

Perlu diberikan perhatian yang serius, kegemilangan Islam bermula daripada kesanggupan Rasulullah SAW menggunakan potensi yang ada dalam diri generasi muda. Rasulullah SAW memberikan kepercayaan kepada golongan muda untuk mengetuai beberapa kali bala tentera Islam untuk berhadapan dengan musuh, dan mereka membuktikan ketangkasan bertindak itu telah memberikan kemenangan besar kepada Islam.

Maka, UMNO tidak seharusnya mengehadkan generasi muda hanya layak memimpin Pemuda dan Puteri, sebaliknya para perwakilan perlu memberikan sokongan kepada calon yang lebih muda, kerana mereka dilihat bakal mempelopori pendekatan baharu yang selari dengan keinginan UMNO sendiri dalam proses peremajaannya.

Proses pemilihan pemimpin berdasarkan prinsip musyawarah merupakan satu tindakan yang amat diharapkan dalam Islam. Bagi menentukan prinsip ini dipatuhi, setiap orang yang mencalonkan diri hendaklah diberikan peluang yang sama untuk menyatakan prinsip perjuangannya dalam konteks amalan demokrasi.

Al-Quran meletakkan prinsip pemilihan berdasarkan musyawarah sebagai faktor yang wajib dipatuhi walaupun setiap orang Islam diberikan kebebasan untuk memilih. Nabi Muhammad SAW menegaskan: “Kamu lebih mengetahui persoalan dunia kamu." Tetapi ini tidak bermakna kebebasan adalah sesuatu yang tidak bersandarkan prinsip kesejahteraan dalam bermusyawarah. Contoh yang lain ialah semasa pemilihan pengganti Khalifah yang dilakukan oleh Saidina Abu Bakar sebelum mencapai kata sepakat untuk mencalonkan Umar al-Khattab sebagai pengganti beliau.

Penetapan menerusi persetujuan majoriti itu penting bagi mengelakkan perpecahan. Menerusi persetujuan majoriti, setiap ahli mestilah pula menghormati dan menerima keputusan bersama, kerana ia merupakan prinsip yang menjamin kepada penyatuan dan kesepaduan jemaah. Ini bermakna, mereka yang tidak terpilih wajar menerima ‘keputusan bersama’ dan bukan melakukan tindakan di sebaliknya seperti cuba membakar kelambu kerana marahkan nyamuk.

Terdapat satu pesanan menarik dalam kesusasteraan sufi yang bermaksud: “Tidak akan kecewa orang yang memohon petunjuk (kepada Allah) tentang pilihan yang terbaik dan tidak juga akan menyesal seseorang yang melakukan musyawarah."

Ia membawa makna bahawa musyawarah merupakan fungsi dalam menghimpun pendapat yang lebih baik dan benar dari pelbagai lapisan masyarakat dan kemudiannya dijadikan keputusan bersama untuk keluar daripada kekusutan sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran:... segala urusan mereka di musyawarah bersama mereka…" (al-Syura:38)

Seseorang pemimpin yang baik dan berkesan bukanlah terdiri daripada mereka yang mengambil tindakan berdasarkan kesukaannya, sebaliknya mestilah lahir daripada keinginan masyarakat itu sendiri. Seelok-eloknya, mereka yang menawarkan diri bertanding pada kali ini mestilah benar-benar mewakili kehendak bahagian atau negeri yang diwakili, dan bukannya berdasarkan populariti dan kedudukannya di luar parti.

Dalam surah al-Baqarah ayat 124, Allah menceritakan tentang peristiwa Nabi Ibrahim diangkat menjadi pemimpin. Allah berfirman yang bermaksud: Aku (Allah) akan mengangkat engkau sebagai pemimpin. Mendengar hal tersebut, Nabi Ibrahim bermohon kepada Allah agar penghormatan yang diberikan kepadanya dikurniakan juga kepada anak cucu baginda Nabi Ibrahim.

Bagaimanapun, Allah SWT telah menggariskan satu syarat iaitu, Perjanjian-Ku ini tidak akan dikurniakan kepada orang yang berbuat aniaya. Ini bermakna, walaupun kekuasaan itu dapat diwariskan kepada anak cucu oleh orang tua, ia hanya dibenarkan berdasarkan sifat-sifat terpuji, iaitu hakikatnya adalah keadilan. Untuk memahami maksud ayat tersebut, kita perlu memahami dua asas penting.

Pertama, kepimpinan menurut pandangan al-Quran bukan sekadar kontrak atau perjanjian sosial antara pemimpin dengan masyarakat, tetapi ia juga merupakan ikatan perjanjian antara pemimpin dengan Allah.

Kedua, dalam pengertian ayat tersebut, kepimpinan itu mestilah didahulukan dengan prinsip keadilan kerana tujuan sebenar kehidupan ialah mempraktikkan kesejahteraan masyarakat. Maknanya, kesejahteraan bermasyarakat hanya akan terbentuk menerusi penegakkan prinsip keadilan bagi setiap orang, berdasarkan pertimbangan keputusan yang telus dan tidak dipengaruhi oleh prasangka.

Berdasarkan prinsip itulah mereka yang menawarkan diri wajib meletakkan falsafah perjuangan politik mereka adalah untuk memperkasakan orang ramai dan memperkuatkan parti, dan bukan menagih keistimewaan apabila memenangi jawatan tersebut.

PENULIS ialah Pengurus Besar 
Analisa dan Penyelidikan, 
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)


 

20 September 2013

PANASSS!!! Rafizi takut dengan soalan 20sen? KLIK saksi video!



Apa kaitan Saiful Bokhari dengan Rafizi dalam video di atas?

Hangat di internet mengatakan tentang seorang pemuda menterkesimakan pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat yakni YB Rafizi Ramli sehingga beliau tidak mampu menjawab soalan semudah di bawah:

"Adakah rm 0.20 membebankan rakyat?"

Saiful Bokhari
Selanjutnya KLIK SINI

PERKASA EKONOMI MELAYU: Cina jangan cuba bongkak... KLIK baca ni!


Bantuan Untuk Bumiputera Tak Bercanggah Dengan 1Malaysia

Seperti yang dijangka, masyarakat Cina pasti akan mengkritik Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini. Sebelum itu, perlu diingatkan bahawa pada hari ini, MCA sebenarnya sudah tidak wujud kerana parti itu sudah pun ‘berasimilasi’ dengan DAP. Justeru, apabila kita menyebut masyarakat Cina, ia turut membawa makna pembangkang, iaitu DAP.

Secara dasarnya, masyarakat Cina memilih untuk menolak Barisan Nasional pada PRU-13 kerana enggan mengiktiraf Hak Istimewa Bumiputera. Bagi mereka, ia adalah satu polisi yang tidak adil kerana bersifat memberi bantuan dan kelonggaran kepada satu golongan sahaja. Lebih dari itu, mereka menganggap bantuan yang diberikan kepada bumiputera itu adalah dari hasil kerja mereka. Pendek kata, mereka menuduh kerajaan mengambil bahagian kek mereka untuk diberi kepada bumiputera.

Tanpa mereka sedar, mereka tidak mungkin akan mendapat bahagian kek tersebut jika kerajaan tidak menyediakan bahan-bahannya seperti peluang dan projek untuk berkembang. Malah kek tersebut juga mungkin telah habis dimakan tanpa bumiputera yang mewakili daya beli terbesar. Bumiputera pula telah memberikan sebahagian dari dapur mereka untuk masyarakat Cina duduk dan makan, maka seharusnya masyarakat Cina duduk dan makan sahajalah kek mereka tanpa membuat bising.

Dengan mengumumkan program pemerkasaan ekonomi bumiputera, kerajaan bukannya menyuruh masyarakat Cina keluar dari dapur, dan kerajaan juga tidak mengambil bahagian kek dari dulang masyarakat Cina. Sebaliknya, kerajaan menyediakan bahan-bahan lain untuk bumiputera dan menyuruh bumiputera membuat kek sendiri.

Setelah berkongsi dapur dan mempunyai kek masing-masing, maka kerajaan mengharapkan agar masyarakat Cina dan bumiputera dapat duduk dan makan bersama-sama bagi menepati semangat 1Malaysia.

Hakikat ekonomi itu adalah ia saling bergantungan. Kerana itu, semua negara termasuk negara-negara maju turut mengamalkan dasar diskriminasi positif dalam keadaan tertentu. Amerika Syarikat, misalnya, memberi kemudahan dan kelonggaran tertentu kepada warga kulit hitam bagi meningkatkan ekonomi mereka. Dasar seperti ini penting bagi memastikan kerajaan dapat menumpukan kepada perkara yang lebih penting tanpa diselubungi masalah sosial di dalam masyarakat yang terhasil dari kemunduran sesuatu kumpulan.

Justeru, kaum Cina tidak boleh mengambil sikap bongkak kononnya merekalah yang membawa kemajuan di negara ini dan menjadi pembayar cukai tertinggi bagi menjana ekonomi negara.

Kaum Cina tidak boleh melihat kaum bumiputera sebagai penghalang kepada cita-cita mereka untuk menjadi lebih kaya dari sedia ada. Sikap angkuh dan pentingkan diri ini tidak menguntungkan sesiapa kerana kita saling bergantung sesama sendiri. Walau apapun, kaum Cina tetap memerlukan daya beli dan tenaga kerja dari bumiputera untuk menjadi lebih kaya.

CEC DAP HANCUR: Masih Gagal Buktikan 500 Perwakilan DAP Tangani Surat


Pemilihan semula CEC DAP nampaknya tetap akan diadakan dalam keadaan di mana masih banyak tandatanya tidak terjawab.

Setakat ini, Lim Guan Eng masih lagi tidak mampu membersihkan namanya dari tuduhan manipulasi dan menipu undi. Guan Eng juga tidak mampu menepis imej perkauman yang kini membelenggu dirinya dan juga parti, akibat meminggirkan perwakilan India dalam pemilihan awal.

Usaha terdesak setiausaha organisasinya, Anthony Loke, untuk memperbaiki kerosakan dengan menyatakan bahawa ‘500 dari 753 perwakilan yang tidak hadir mesyuarat atas alasan tidak menerima notis, sebenarnya telah menghantar surat lebih awal bagi menyatakan yang mereka tidak dapat hadir’, tidak dapat diterima langsung.

Ini kerana jika benar perwakilan yang terlibat telah menghantar surat tersebut, kenapa pula mereka membuat aduan kepada ROS? Dan jika benar surat itu wujud, kenapa Anthony tidak menyerahkannya kepada ROS sebagai bukti ketika DAP disiasat?

Logiknya, jika surat tersebut dikemukakan, tentu DAP tidak perlu mengambil risiko dibubarkan jika tidak mengadakan pemilihan semula. Dan tidak ada sebab DAP sengaja menyembunyikan surat tersebut sedangkan DAP sendiri mengakui yang parti itu cukup ‘takut’ jika terpaksa dibubarkan.

Nampaknya, baik Anthony Loke mahupun Lim Guan Eng, langsung tidak merasa bersalah tetapi berusaha sedaya upaya untuk menutup penipuan dengan penipuan juga. Sikap mereka ini menyebabkan ahli-ahli DAP semakin berang.

Sikap kepimpinan DAP yang berpura-pura tidak mendengar rungutan dan kemarahan ahli membuktikan parti itu mengamalkan sistem pemerintahan diktator. Ia juga membuktikan bahawa DAP sememangnya adalah parti milik Lim sekeluarga dan tiada siapa pun yang boleh mengubahnya.

Sepatutnya, DAP turut mengambil tindakan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mereka yang terlibat tidak menghantar notis kepada perwakilan. Dengan membiarkan sahaja kemelut ini berterusan membuktikan bahawa semua kepimpinan tertinggi DAP turut terlibat.

Memandangkan Anthony Loke yang mula-mula menyatakan kewujudan 500 surat dari perwakilan, maka sekurang-kurangnya DAP seharusnya mengambil tindakan terhadap beliau kerana menipu. Ini kerana, jika benar beliau tidak menipu, maka tentu tiada masalah bagi beliau untuk mengemukakan salinan asal surat tersebut seperti desakan ramai.

DAP wajib menunjukkan ketelusan dengan menghukum mereka yang bersalah. Tidak mungkin surat tersebut hilang begitu sahaja jika benar ia wujud seperti yang dikata.

19 September 2013

Apa kaitan Saiful Bokhari dan Rafizi PKR ni yeop? KLIK sini!


Hangat di internet mengatakan tentang seorang pemuda menterkesimakan pengarah strategi parti keadilan rakyat yakni YB Rafizi Ramli sehingga beliau tidak mampu menjawab soalan semudah

"Adakah rm 0.20 membebankan rakyat?"

Admin telah berjaya mendapatkan sedikit maklumat tentang saiful bokhari anak muda yang berasal dari pahang ini.

1)BIODATA:- Encik Saiful Mohd Bokhari. Berumur 38 tahun.  Asal dari Kuala Lipis Pahang.

-From Malay College Kuala Kangsar(MCKK).
-Chartered Institute of Management Accountants (CIMA).
- BA in Accounting and Finance from Lancaster University.
-Executive Director Syarikat Samudera Dalam Sdn Bhd oil trading.
- Previously 13 years in Shell Malaysia and Shell United Kingdom.
- Last position in Shell was Regional Advisor for Capital Project (Investment) for MEA (Middle East and Asia).
 -Pegawai Khas kpd Ahli Parlimen BN K.Lipis.
- Vice President Yayasan Amal Maaruf Malaysia.

Apa kaitan Saiful Bokhari dengan Rafizi dalam video dibawah?



Tunggu.... akan admin bongkarkan lagi nanti...

ARTIKAL TERDAHULU KLIK SINI

MEMPERKASA EKONOMI MELAYU: Apa kata aktivis Belia... KLIK baca sini!


PANDANGAN AKTIVIS BELIA TERHADAP AGENDA MEMPERKASA EKONOMI MELAYU - Saiful Zaini Mohd Bokhari
#Memperkasakan Ekonomi Melayu

Saya amat terusik dgn kata2 DAP dan rakan2 yg sependirian dengannya menghentam dasar dasar seperti yg dibentangkan oleh Dato Seri Najib hari Sabtu yg lepas, yg kononnya bersifat rasis dan membelakangkan golongan lain.

Saya amat tidak bersetuju dgn pandangan yg negatif yg sebegitu rupa. Negara ini kaya dgn sumber dan peluang2 yg ada. Adalah lebih adil sekiranya kekayaan negara ini diNikmati dgn lebih Adil lagi. Sekiranya kite melihat rata2 yg mendominasikan ruang2 ekonomi adalah dari kalangan Peniaga Cina. 10 Yg terkaya di Malaysia adalah dari golongan cina. Apa nak lagi?

Selanjutnya KLIK SINI

18 September 2013

Anwar tahu penyokongnya bodoh macam lembu? KLIK baca ni!


Akaun Bank: Kenapa Anwar Masih Membisu?

Mungkin ada yang berkata bahawa mengungkit dan mencabar Anwar agar menjawab tuduhan mengenai kewujudan lebih 20 akaun bank miliknya dengan jumlah puluhan dan ratusan juta ringgit sebagai satu tindakan yang membuang masa. Kononnya, kedudukan kewangan Anwar tiada kena mengena dengan negara dan rakyat. Kononnya, ia semua adalah pembohongan bagi memburukkan nama Anwar semata-mata.

Benar, mengorek dan mengungkit soal jumlah wang yang dimiliki seseorang adalah tidak relevan. Tetapi, kita harus ingat bahawa Anwar bukan ‘seseorang’ tetapi beliau adalah Ketua Pembangkang Malaysia yang kerjanya saban hari memfitnah kerajaan sebagai korup dan pemimpin negara sebagai gemar bermewah-mewah.

Anwar juga gemar menunjuk imej sederhana di mana anak isterinya juga seringkali hanya berpakaian biasa tanpa sebarang perhiasan walaupun ketika menghadiri acara besar. Dengan itu, penyokong-penyokongnya selalu membandingkan keluarga Anwar dengan keluarga pemimpin UMNO serta menyebarkan persepsi kononnya pemimpin UMNO boros dan ‘makan duit rakyat’.

Namun, penyokong-penyokong Anwar lupa untuk bertanya, dari mana datangnya wang untuk mengupah sebarisan peguam yang terkenal untuk membelanya dalam semua kes mahkamahnya selama ini? Tambahan pula, salah seorang peguam itu merupakan orang yang pertama menuduhnya atas kesalahan liwat tetapi kini bertindak membelanya pula. Bayangkan, berapa juta yang diperlukan untuk membuat seseorang berpaling tadah sebegitu?

Setakat apa yang terdedah, bayaran Anwar untuk peguam itu sahaja adalah RM50 juta. Bukan sahaja bayaran peguam yang mahal tetapi gaya hidup Anwar sekeluarga yang mengalahkan Ketua Negara cukup mencurigakan kita. Semua orang tahu bagaimana Anwar keluar masuk negara, tinggal di hotel-hotel mewah bernilai ribuan ringgit semalam. Beliau juga mempunyai sekurang-kurangnya 7 pengawal peribadi. Itu belum termasuk pemandu dan pembantu untuk dirinya dan keluarga.

Yang menjadi masalah ialah Anwar bukan seorang tokoh korporat atau taikun bertaraf dunia untuk mempunyai wang sebanyak itu. Beliau juga bukan Ketua Negara yang layak mendapat segala perkhidmatan dan kemudahan tersebut di bawah tanggungan kerajaan.

Justeru, desakan JMM agar Anwar membenarkan akaunnya didedah adalah wajar. JMM tidak mahu menyusahkan Anwar dan sanggup menunggu Anwar di mana sahaja asalkan beliau menandatangani kebenaran kepada Bank Negara untuk mendedahkan akaun beliau.

Malangnya, Anwar membisu seribu bahasa. Nampaknya Anwar tidak berminat pun untuk melayan isu ini dan penyokongnya juga pura-pura tidak tahu menahu dan tidak mendengar apa-apa.

Mungkin bagi penyokong Anwar, hanya pemimpin BN yang perlu dipantau, tetapi pemimpin mereka boleh saja menerima dana dari apa jua sumber, tiada salahnya. Jika wang Anwar datang dari lorong gelap atau darah umat Islam Palestine, Iraq, Afghanistan pun mereka tidak peduli. Kerana itu, Anwar terus membisu kerana beliau tahu penyokong-penyokongnya semuanya bodoh macam lembu.

KLIK: Fahami Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera


Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera: Memahami Punca dan Cabaran Perlaksanaan

Mengumumkan sesuatu program memanglah mudah. Membentangkan projek tersebut di atas kertas dan persembahan ‘powerpoint’ juga mudah. Membuat kira-kira mencari aggaran dan jangkaan tidaklah sesukar mana. Justeru, sesiapa sahaja dengan kebolehan berbahasa yang baik, pengetahuan mengenai ekonomi yang cukup serta keyakinan diri yang tinggi mampu membuat pengumuman yang cukup hebat didengar. Dalam kata lain, seorang eksekutif baru di mana-mana syarikat mahupun seorang graduan peringkat kepujian juga mampu mempersembahkan satu ‘teori’ yang hebat.

Oleh itu, kita dapati, dalam era teknologi maklumat di mana rakyat semakin kritikal dan sinis, sebarang pengumuman tidak lagi mengujakan. Malah ia disambut dengan kritikal dan sinis juga. Mungkin ada yang bersorak gembira dengan pengumuman ini tetapi kumpulan ini amatlah terhad di kalangan mereka-mereka yang telah pun berada dalam lingkungan penerima hasil langsung dari program-program terdahulu.

Mungkin tulisan ini bukanlah tulisan yang akan menggembirakan kepimpinan, namun inilah hakikat yang dapat disimpulkan setelah beberapa hari pengumuman mengenai pemerkasaan ekonomi bumiputera dibuat oleh YAB Perdana Menteri.

Kesungguhan Perdana Menteri untuk mempertahankan bumiputera tidak perlulah dipertikaikan. Kita pasti bahawa program tersebut dibuat kerana beliau benar-benar prihatin dan mendengar keluh-kesah rakyat. Sama ada ia dibuat bersempena Pemilihan UMNO, ia adalah cerita lain. Yang penting, program-program yang diumumkan cukup mantap dan bertepatan dengan kedudukan kewangan negara dan bukan sekadar janji manis ala Anwar Ibrahim.

Namun, kerajaan tidak boleh menyalahkan rakyat yang semakin bijak meneliti, menganalisa dan mengkritik sebarang pengumuman yang dibuat oleh kerajaan. Rakyat menjadi begini setelah melihat beberapa kelemahan dan kesilapan jelas lagi ketara dalam urustadbir negara sejak pemerintahan Tun Abdullah Badawi. Mungkin mengungkit kelemahan pentadbiran terdahulu bukanlah perkara yang baik. Namun, jika benar kerajaan ikhlas ingin melakukan perubahan yang bermakna, maka segala kesilapan dan kelemahan wajib diakui terlebih dahulu bagi membolehkan pembaikan dan pembetulan dilakukan.

Malang sekali, apa yang dikhuatiri rakyat masih tidak dapat ditangani sepenuhnya melalui program pemerkasaan ini. Ini kerana, walaupun rakyat menghargai program baru yang cukup baik lagi hebat yang diumumkan kerajaan untuk bumiputera tetapi hakikatnya, rakyat bukan mendambakan program baru, tetapi lebih berminat untuk melihat pembaikan atau pembetulan ke atas program yang telah tersasar.

Penting untuk difahami bahawa apa yang paling menggusarkan hati bumiputera ialah apabila melihat badan-badan yang bakal terlibat dalam perlaksanaan program-program baru ini, turut berhadapan dengan kontroversi.

Antaranya, GLC-GLC termasuk Petronas yang mana kedudukan bumiputera di jawatan tinggi dan tertinggi kini menjadi persoalan. Kita musykil dengan berita bagaimana personaliti-personaliti yang dikenali sebagai nasionalis yang telah berjaya mengangkat Petronas sehingga ke puncak, telah ‘terbuang’ atau terpinggir secara sistematik. Tempat mereka kemudian digantikan dengan liberalis dan bukan Melayu yang gemar memperlekehkan para nasionalis konon tidak cukup bijak. Apa yang berlaku dalam GLC-GLC ini kemudiannya semakin mencurigakan dan prestasi sebahagiannya juga semakin lembab selepas diambil-alih oleh kumpulan yang kononnya lebih ‘bijak’ dari para nasionalis tersebut. Di bawah pentadbiran mereka juga, vendor-vendor bumiputera semakin terpinggir secara perlahan-lahan.

Justeru, rakyat melihat rancangan kerajaan untuk meletakkan pembangunan usahawan bumiputera di bawah sayap GLC-GLC ini, sebagai sesuatu yang sinis sekali.

Dalam memperkatakan tentang ekuiti bumiputera juga, rakyat melihatnya dengan penuh curiga. Secara umumnya, inilah yang dipersoalkan rakyat:

Ekuinas yang bertanggungjawab untuk membantu syarikat bumiputera tidak melakukannya secara terus, tetapi melantik syarikat CIMB Private Equity, KFH Asset Management, Navis Capital Partners, CMS Opus Private Equity Sdn Bhd, KAF Fund Management Sdn Bhd (KFM), dan RM Capital Partners Sdn Bhd sebagai pengurus dana. Dalam kata lain, ‘meng-sub-kontrakkan' kerja mereka. Selaras dengan itu, bumiputera tertanya-tanya, berapa banyakkah syarikat bumiputera yang telah atau akan dibantu dengan menggunakan dana yang berbilion itu? Atau, mungkin lebih tepat lagi, ke manakah dana itu dilaburkan dan siapakah yang akan mendapat manfaat terbanyak dari pelaburan tersebut? Syarikat pengurus danakah, ekuinaskah atau atau syarikat-syarikat bumiputera yang seharusnya dibantu? Lebih menyesakkan dada ialah apabila terdedah bahawa antara pemilik syarikat pengurus dana yang dilantik mempunyai kaitan dengan Ethos Consultant iaitu syarikat yang sedia menjadi kontroversi berkenaan penglibatannya dengan kerajaan Malaysia sehingga membawa kepada kejatuhan Tun Abdullah Badawi.

Selain ekuiti dan penglibatan bumiputera dalam GLC, rakyat turut ‘cuak’ apabila mendengar bahawa UDA Holdings bakal bertanggungjawab dalam mengatasi masalah pemilikan hartanah di bandar bagi bumiputera.

Ini kerana UDA Holdings baru-baru ini telah dipersoal oleh Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) mengenai tindakannya memberi pajakan selama 75 tahun kepada syarikat bukan bumiputera iaitu Central Market Management bagi menguruskan Central Market. Central Market Management merupakan anak syarikat Kha Seng Group. Secara automatik, apabila sesuatu itu jatuh ke tangan Cina, maka kaum lain pun akan dipinggirkan. Peniaga bumiputera di Central Market kini menghadapi masalah ‘klasik’ di mana pengurusan menaikkan sewa mendadak dan tidak memberi ruang untuk sebarang tolak ansur. Kita sedia maklum bahawa ‘method’ yang sama dilakukan oleh pengurusan KLCC, Alamanda, Subang Parade dan semua pusat perniagaan yang diterajui bukan Melayu untuk memberi tekanan kepada peniaga bumiputera termasuk yang berdaya maju, agar mereka tidak dapat bertahan dan akhirnya ‘gulung tikar’.

Ini hanyalah masalah yang melanda sebahagian dari ‘bakal’ badan pemantau atau perlaksana program pemerkasaan ekonomi bumiputera yang diumumkan oleh Perdana Menteri, yang telah diketahui ramai. Tiada siapa tahu dengan pasti apa yang berlaku di dalam badan-badan yang lain-lainnya walaupun desas-desus mengenainya cukup membimbangkan.

Harapan rakyat ialah agar semua badan-badan perlaksana dan pemantau ini dipulihkan terlebih dahulu sebelum kerajaan meletakkan nasib bumiputera di tangan mereka.

Selain itu, keterdesakan kerajaan untuk meningkatkan jumlah graduan di dalam negara bagi memperlihatkan kesungguhan dalam membantu bumiputera dari segi pendidikan diambil sebagai isyarat bahaya, bukan penyelesaian.

Untuk pengetahuan kepimpinan, hampir semua rakyat setuju bahawa penambahan graduan bukanlah masalah sebenar, tetapi kualiti graduan. Dengan meletakkan matlamat untuk menambahkan kuantiti graduan, kursus dan juga kolej atau universiti maka ia dikhuatiri akan merendahkan lagi kualiti graduan yang telah sedia rendah pada masa ini. Ini tentunya akan menambahkan masalah dan bukannya menyelesaikan masalah.

Apa yang menggumam masyarakat hari ini ialah sikap para pendidik bermula dari sekolah rendah sehinggalah ke universiti. Ini termasuklah semua proses pembelajaran termasuk buku-buku teks yang tidak berkualiti.

Suka atau tidak, kita tidak dapat menafikan bahawa guru-guru hari ini jarang sekali mempunyai pengetahuan am yang secukupnya. Majoritinya tidak terdedah pada pembacaan yang luas serta tidak mempunyai ‘passion’ terhadap ilmu. Ini menjadi punca kenapa anak-anak murid tidak mampu mengembangkan imaginasi mereka dan tidak mempunyai minat yang mendalam terhadap subjek. Ia kemudian menjadi satu kitaran yang berterusan di mana murid-murid tadi mungkin akan menerapkan pemikiran yang sama kepada generasi selepas mereka apabila dewasa.

Jika kita masih tertanya-tanya kenapa Malaysia tidak mampu melahirkan walaupun seorang pencipta, maka inilah puncanya iaitu anak-anak kita mempunyai imaginasi yang terhad dan tidak mampu melihat ‘keseronokan’ dalam ilmu itu sendiri.

Secara dasarnya, rakyat Malaysia melihat dunia dalam konteks yang sempit dan Malaysia hari ini dipenuhi oleh anak-anak muda (dan dewasa) yang malas berfikir, ingin mencari wang mudah, sering terbawa-bawa dengan emosi serta tidak tahu ke mana hendak di arah bakat, minat dan kebolehan semulajadi mereka. Masyarakat kita terkongkong dalam dunia yang berkisar mengenai wang, politik, glamour, status, populariti dan agama semata-mata serta tidak mampu membayangkan dunia yang lebih luas di sebalik semua ini.

Contohnya, jika seorang barat mempunyai wang yang banyak, beliau akan mengembara mencari ilmu dan meneroka sejarah, tetapi seorang Melayu yang punya banyak wang hanya memikirkan tentang membeli belah dan status. Itulah bezanya pandangan kita dengan barat mengenai ‘dunia’ dan ‘kehidupan’.

Sebenarnya, inilah punca kepada semua masalah bumiputera. Ia juga menjadi punca kenapa badan perlaksana, pemantau dan apa saja yang dirancang untuk membantu bumiputera, sukar untuk berfungsi dengan baik dan mencapai matlamatnya.

Justeru, jika kerajaan benar-benar ingin memperkasakan bumiputera, maka segala tenaga, peruntukan dan perhatian harus diberi kepada pembentukan minda yang bermula dari sekolah, atau lebih baik lagi dari maktab perguruan iaitu semua penuntut bidang pendidikan termasuklah tenaga pengajar kepada mereka. Daripada membawa tenaga pengajar dari luar untuk mengajar anak-anak kita di sekolah, adalah lebih baik membawa tenaga pengajar dari luar untuk mengajar bakal pengajar anak-anak kita, iaitu bakal-bakal guru. Bentukkan dahulu minda bakal-bakal guru agar mengagumi kehebatan ilmu dunia ciptaan Maha Esa. Hanya dengan cara itu, mereka dapat mengembangkan imaginasi dan daya fikir bakal anak-anak murid mereka.

Apa yang dapat dilihat, perkara asas ini tidak pun dijadikan sebagai perkara utama dalam program pemerkasaan bumiputera. Sebaliknya program-program yang bersifat ‘memberi’ dan ‘membantu secara langsung’ diberi penekanan penuh. Maka, tidak hairanlah jika ramai yang sangsi dengan keseluruhan program ini kerana ia dilihat sebagai tidak mampu menyentuh perkara pokok, tetapi hanya membaja tumbuhan termasuk parasit dan lalang yang tidak lagi dimahukan.

Lebih dari itu, bumiputera dan juga seluruh rakyat tertanya-tanya apakah projek atau program hebat yang bakal menjana kewangan negara bagi membolehkan segala program pemerkasaan ekonomi ini berjalan lancar? Jangan nanti, bumiputera tenggelam dalam keterbukaan pasaran atas alasan mencari wang untuk menampung program ini. Jika ini berlaku, bumiputera bukannya semakin perkasa tetapi berkemungkinan hilang di telan pasaran terbuka.

16 September 2013

CEC DAP HANCUR: ‘Dari kaum Cina, untuk kaum Cina dan kerana kaum Cina’


Tony Pua Sahkan DAP Membawa Semangat Radikal 13 Mei

Apa maksud Tony Pua menyeru ‘sertai saya berjuang dan mengubah Malaysia supaya Cina menguasai kerajaan’? (Join me to fight & change Malaysia for Chinese to Rule The Government).

Seruan ini terpampang di laman sosial miliknya dengan begitu jelas sekali. Apakah ini bermakna DAP telah mengambil keputusan untuk tidak berselindung lagi? Mungkinkah DAP kini telah bersedia menunjukkan warna sebenar, iaitu rasis dan chauvinis?

Tidak mustahil DAP sudah ‘letih’ berlakon dan melaungkan skrip kononnya ia adalah parti yang mewakili semua kaum. Lebih-lebih lagi apabila lakonan mereka telah beberapa kali terkantoi terutama apabila manipulasi pemilihan CEC terbongkar.

Hakikat bahawa DAP adalah parti ‘dari kaum Cina, untuk kaum Cina dan kerana kaum Cina’ sudah tidak boleh dinafikan lagi. Hanya Melayu dan India ahli DAP sahaja, yang sama ada pura-pura tidak faham, atau benar-benar benak tidak mampu memahaminya, yang masih menafikan hakikat ini.

Apa yang diseru Tony Pua membuktikan bahawa semangat puak radikal yang mencetuskan tragedi 13 Mei masih segar di dalam dirinya dan juga DAP. Benarlah apa yang diperkatakan selama ini bahawa DAP itu adalah komunis yang berjuang dalam bentuk parti politik yang sah.

Matlamat mereka tidak pernah berubah iaitu untuk menguasai negara ini dan memaksa perubahan mengikut acuan mereka, iaitu acuan komunis. Ini bermakna tiada Islam sebagai agama rasmi, tiada Raja-raja dan tiada Hak Istimewa Melayu.

Ini juga membuktikan bahawa DAP bukannya menentang BN kerana ia korup atau tidak telus. Tetapi, DAP menentang BN kerana ia diterajui UMNO iaitu parti yang mewakili Melayu. Sekiranya BN diterajui MCA dan bukan UMNO, maka tidak mustahil DAP sudah lama dibubarkan.

Kita menghargai sikap terus terang Tony Pua. Sekurang-kurangnya ada di kalangan DAP yang berani berjuang atas matlamat yang sebenar tanpa bersikap hipokrit. Cara ini adalah lebih ‘gentleman’ dan perlu dipuji.

Malah, kita wajar berterima kasih kepada Tony Pua kerana rakyat kini dapat membuat pilihan dengan lebih mudah. Sesiapa yang suka diperintah oleh rasis Cina boleh saja memilih DAP dan yang tidak suka, tidaklah akan terpedaya dengan slogan ‘parti untuk semua kaum’ seperti yang dilaungkan sebelum ini.

Berdasarkan bukti sifat rasis dan semangat radikal yang diwarisi dari nenek moyang mereka, wajarlah diingatkan agar masyarakat lebih berhati-hati dengan DAP. Tentu ada sebab kenapa mereka inginkan penjenayah dibebaskan melalui penghapusan Akta Pencegahan dan ada sebab kenapa mereka turut mendesak yang sama ke atas Akta Hasutan.

Ada sebab mereka terlalu takutkan Tanda Putera dan ada sebab mereka membikin filem The New Village yang menjulang komunis sebagai wira.

Jangan kita terlepas pandang akan pengajaran dari sejarah kerana mereka yang gagal belajar dari sejarah akan dihukum mengharunginya berkali-kali. Bukan kita ingin menuduh DAP sedang merancang anarki tetapi tidak salah kita mengambil sikap ‘paranoid’ terhadap DAP kerana mencegah adalah lebih baik dari tengadah.

15 September 2013

14 September 2013

Ucapan YAB. PM: PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA... KLIK baca ni!


UCAPAN
YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA

SEMPENA
MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA

PADA 14 SEPTEMBER 2013 (SABTU),
JAM 10.00 PAGI,

BERTEMPAT DI 
DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM, SELANGOR.



SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.