GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

RM2.6 wang 1MDB?

28 April 2014

KANTOIII! Bukti PKR dan pengundi hantu... KLIK tengok ni!



Hasil dari maklumat, pasukan pemantau PACA TSKI telah menyerbu sebuah bilik di Hotel Seng Chong, Simunjan Sarawak dan mendapati berlakunya aktiviti memangkah undi secara sulit untuk calon tertentu,

Ketika diserbu, mereka enggan membuka pintu.Setelah beberapa minit barulah dibuka dan dapati seorang anggota parti dari Hulu Selangor yang dikenal pasti serta dipercayai melakukan kerja-kerja memangkah kertas undi dan dimasukkan kedalam beberapa kotak.
 




Kejadian ini juga benar-benar memberi tamparan hebat kepada parti khususnya pimpinan PKR yang mana sebelum ini begitu lantang menuduh SPR dan BN mengamalkan penipuan setiap kali pilihanraya. Sedangkan, tiada satu tanda yang dapat dibuktikan oleh mereka hingga kehari ini. 

Selepas tersiarnya skandal ini, PKR dilihat dah seperti pekak dan bisu dengan serta merta dengan tanpa sebarang ulasan atau tindakan setakat ini. Biarpun hal ini telah diadukan kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat PKR (JPP).

 
Nah.. Lepas ini Anwar dan PKR menyalak lagi ke seluruh pelusuk negara berceramah mengatakan semua ini adalah 'salah' UMNO/BN. Phuiiii!

27 April 2014

Peruntukkan RM200,000 mendalami ilmu taranum Al-Quran - JAIJ


 

Jabatan Agama Johor (JAIJ) memperuntukkan sebanyak RM200,000 bagi membolehkan qari dan qariah di negeri ini mendalami ilmu taranum al-Quran bermula tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, qari dan qariah yang berminat akan mempelajari ilmu taranum di peringkat sijil itu di Darul Quran, Kuala Kubu Baru, Selangor.

"Inisiatif ini diambil bagi membolehkan qari dan qariah dari negeri ini mendalami serta meningkatkan ilmu taranum al-Quran mereka daripada tenaga pengajar berpengalaman.

"Justeru, adalah diharap agar qari dan qariah dapat merebut peluang yang disediakan ini agar mereka dapat pergi lebih jauh termasuklah mewakili negara pada pertandingan tilawah al-Quran," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Qurra' negeri Johor dan Kursus Peningkatan Taranum Tilawah Al-Quran di Pusat Islam Iskandar di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Persatuan Qurra negeri, Syed Ahmad Syed Abdullah Al-Aidrus.

Dalam pada itu, Abd. Mutalip berkata, lepasan sekolah menengah yang pernah menyertai pertandingan tilawah al-Quran digesa agar tidak mensia-siakan bakat mereka meskipun telah menyambung pengajian dan be­kerja.

"Kita mahu mereka ini terus mendalami ilmu taranum al-Quran selepas tamat persekolahan kerana adalah satu kerugian jika bakat yang ada itu dibiarkan begitu sahaja.

"Selain itu, ibu bapa juga boleh memainkan peranan masing-masing dengan menerapkan budaya membaca al-Quran dalam kalangan anak-anak sejak mereka kecil lagi," katanya.

- Sumber 
 

KEMALANGAN MAUT: Permit Kenderaan Syarikat Merry Holidays Sdn Bhd di gantung. - SPAD



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung permit kenderaan pengendali syarikat bas persiaran, Syarikat Merry Holidays Sdn Bhd yang terlibat dalam kemalangan pada 20 April 2014 sehingga mengakibatkan seorang penumpang terkorban. Penggantungan ini berkuatkuasa pada 27 April 2014 dan melibatkan sebanyak tujuh (7) permit bas persiaran yang beroperasi di laluan seluruh Semenanjung Malaysia.

Ini pergantungan kedua dalam bulan April 2014 di mana sebelum ini SPAD telah mengantung 27 permit bas ekspres Transnasional ( KLIK ) bagi laluan Timur-Sektor Utara, lanjutan daripada kemalangan yang melibatkan bas syarikat tersebut berkuatkuasa 23 April 2014. Keputusan tersebut diambil hasil pengauditan yang mendapati pihak syarikat tidak memantau had kelajuan dan mendapati system GPS tidak berfungsi.

Keputusan penggantungan ini di ambil kerana pengendali gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dibawah SPAD-ICOP Keselamatan, antaranya; tidak memasang GPS pada kenderaan, tidak melantik pegawai keselamatan, gagal memantau kelajuan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan gagal melakukan pemeriksaan keatas pemandu sebelum memulakan perjalanan.

Sejak Ogos 2013, SPAD telah menggantung sebanyak 542 permit kenderaan syarikat bas henti-henti, bas ekspres, bas pesiaran, bas sekolah dan kenderaan perdagangan yang terlibat dalam kemalangan dan telah melanggar syarat-syarat pelesenan serta SPAD – ICOP Keselamatan.

Sehubungan ini, SPAD ingin memohon kepada semua pengendali agar sentiasa memberi perhatian yang serius kepada aspek keselamatan penumpang dan pengurusan pemandu serta penyelengaraan kenderaan.

Segala maklumat atau aduan yang ingin di buat sila gunakan talian seperti dibawah:



25 April 2014

Pemimpin kanan DAP mahu MB Selangor dipecat. KLIK baca sini!


 

Kerajaan Selangor khususnya PKR semakin panas dek tekanan dari rakyatnya berikutan catuan air yang berpanjangan hingga ke hari ini.

Tidak cukup dengan itu, hari ini MB Selangor Khalid Ibrahim menerima tamparan hebat apabila pemimpin DAP yang menjadi sekutu mereka secara terbuka menyatakan hilang kepercayaan kepadanya, ekoran kegagalan menangani isu air.

Selain itu, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi, pemimpin kanan DAP mahu Abdul Khalid dipecat kerana dakwanya, Menteri Besar Selangor itu memegang jawatan tersebut lebih lama daripada tempoh sepatutnya.

Beliau yang berang dengan kegagalan pentadbiran PKR di bawah Abdul Khalid menguruskan isu air sehingga catuan telah berlarutan sejak dua bulan lalu berkata, kejadian seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum ini termasuk ketika di zaman Barisan Nasional (BN).

“Setiap wakil rakyat mesti bayangkan kesusahan orang ramai ekoran masalah air ini. Kita tidak pernah menghadapi catuan yang berlarutan seperti ini termasuk ketika Selangor di bawah pentadbiran BN. Kegagalan pakatan (pembangkang) adalah kegagalan pakatan.

Katanya juga menerusi Facebooknya sambil mendedahkan bagaimana beliau yang mempunyai rumah di Subang Jaya terpaksa 'mandi kerbau' akibat masalah itu.

Dalam kenyataan sama, Jeff Ooi turut mempersoalkan, apakah Abdul Khalid mengalami kesusahan seperti dihadapi rakyat Selangor iaitu hampir setiap hari tiada bekalan air atau kediaman Menteri Besar Selangor tersebut bebas daripada masalah catuan.- Sumber

Jangan perlekeh soal keselamatan - Ketua Eksekutif SPAD


Mohamad Nur Ismal Kamal
Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohamad Nur Ismal Kamal sekali lagi mengulangi kenyataannya Prosedur Keselamatan telah pun dianjurkan pada tahun 2012 serta Kod Amalan Keselamtan telah pun dikuatkuasa dan diamalkan kan pada tahun 2013.

Sikap penggusaha ketara berubah semenjak kemalangan ngeri pada sebuah bas di Genting Highland yang meragut 37 nyawa.

Berikutan itu 42 penggusaha dan penggendali bas yelah di audit dan dari jumlah itu sebanyak 10 syarikat telah di gantung perkhidmatannya.

Nyata sekali sikap lekeh syarikat bas yang banyak bermasalah menyebabkan banyak kemalangan dan pelanggaran etika industri berlaku.

Dari statistik yang ada pada SPAD, ada sejumlah 4,534 bas ekpress dan sejumlah 5,158 buah bas pelancongan.

Ini semua ada lah jumlah yang besar untuk di pantau namun langkah seperti memaksa bas-bas mengunakan GPS bagi memantau had kelajuan di bawah kendalian masing-masing telah diujudkan.

Beliau berkata lagi, paling sukar antara semua hal ehwal bas ada lah menjaga disiplin pemandu. Ini ada lah tugas tersukar sekali.Mereka inilah yang memainkan peranan terbesar dalam banyak hal pelanggaran undang undang.

"Kebanyakan mereka mengambil dadah ,kurang tidor dan paling merbahaya sekali ada lah suka melayan sms , whatsapp ketika memandu. Entah apa lah yang penting sangat sehingga harus dijawap kesemua pesanan ringkas dan whatsapp masing masing." katanya lagi.

Urusan memantau lesen pemandu, keupayaan dan roadworthiness sesuatu kenderaan ada lah di bawah selian JPJ yang mana kadang kala tidak difahami oleh orang ramai mengenai bidang kuasa sesuatu Jabatan.

Tugasan memantau kepada semua ini bertambah berat apabila SPAD hanya ada sejumlah 23 pegawai dan 5 kakitangan untuk menguruskan audit kemalangan.

Harus di ingat, bukan semua hal-hal yang berbangkit bidang kuasa SPAD.

Bayangkanlah tiap kali ada kemalangan bas atau nahas , maka bagi rakyat yang tidak mengetahui atau pun kurang peka kepada hal-hal penguatkuasaan atau pun bidang kerja pihak berwajib maka perkara pertama di fikiran pastinya kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) atau pun JPJ.

Walau apa sekali pun, SPAD terus mengharapkan keperihatinan golongan masyarakat umum untuk bekerjasama dengan semua agensi untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan pengangkutan awam darat.

Segala maklumat atau aduan yang ingin di buat sila gunakan talian seperti dibawah:





Negeri mansuhkan yuran perpustakaan - @khalednordin


 

Kerajaan negeri hari ini mengambil inisiatif memansuhkan yuran keahlian dalam usaha menggalak budaya membaca dan menarik lebih ramai pengunjung ke perpustakaan awam di negeri itu.

YAB. Menteri Besar, Dato' Mohamed Khaled Nordin berkata, setakat ini, terdapat sebanyak 103 buah perpustakaan awam di seluruh daerah di negeri ini dengan keahlian 350,000 orang.

Katanya, yuran tahunan yang dikenakan kepada ahli sebelum ini adalah sebanyak RM5 untuk kanak-kanak dan warga emas manakala RM10 (remaja) serta RM20 (dewasa).

"Kita berharap dengan keahlian percuma ini dapat menarik orang ramai berkunjung ke perpustakaan awam di negeri ini yang dianggarkan menerima kira-kira sejuta pengunjung setiap tahun.

"Selain itu, kita mahu menerap budaya membaca dalam kalangan masyarakat dengan menjadikan perpustakaan sebagai medium untuk melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan,'' katanya selepas merasmikan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Setiap Hari di Perbadanan Perpustakaan Awam negeri, kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, YB. Md. Jais Sarday merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Johor serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong.

YAB. Mohamed Khaled berkata, meskipun sumber bahan bacaan kini semakin mudah diperoleh termasuk menerusi Internet, namun peranan perpustakaan masih lagi relevan dan diperlukan oleh masyarakat.

Justeru, katanya, kerajaan negeri akan melakukan penambahbaikan ke atas perpustakaan awam bagi memastikan keselesaan para pengunjung pada masa akan datang. - Sumber

24 April 2014

#PRKGelugor : Tarikh Pilihan Raya kecil Parlimen Bukit Gelugor. KLIKSINI!



Pengerusi Suruhanjaua Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pilihan raya kecil ini akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2012 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih2013 bagi suku pertama, kedua, ketiga dan keempat.

"Pilihan raya ini melibatkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), untuk itu sebanyak 21 pusat pengundian akan dibuka iaitu 17 pusat pengundian biasa dan empat untuk pengundian awal," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

ARTIKAL BERKAITAN : KLIKSINI

23 April 2014

#PRAYFORMH370 : Perghhh!!! Amerika tembak jatuh MH370? KLIK baca ni!


 
Seorang bekas eksekutif syarikat minyak yang kini seorang penulis telah menyatakan bahawa Amerika mungkin telah menembak jatuh Penerbangan Malaysia Airlines MH370 - dan kini cuba untuk menutupinya.



Menulis di dalam OpEdNews.com, John Chuckman, mantan ketua pakar ekonomi untuk sebuah syarikat minyak yang besar di Kanada, mengutarakan pertanyaan:
 
"Kemungkinan bahawa Amerika Syarikat telah menembak jatuh pesawat MH370, sama ada secara sengaja atau tidak, dan kini mahu menutup rahsia tersebut? Dakwanya lagi , tentera Amerika mempunyai beberapa radar paling canggih di bumi, dan tanpa keraguan lagi, pemasangan radar yang berkeupayaan paling canggih di pangkalan rahsia Diego Garcia di Lautan Hindi. Selanjutnya KLIKSINI

#MP : Selagi tak jumpa bangkai, apa pun ceritanya...
Tak mustahil geng!







SPAD gantung 27 permit bas ekspress. - @SPADChannel



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) mengantung 27 permit bas ekspres Transnasional bagi laluan Timur-Sektor Utara, lanjutan daripada kemalangan yang melibatkan bas syarikat tersebut berkuatkuasa hari ini, 23 April 2014.

Keputusan ini diambil hasil pengauditan yang mendapati pihak syarikat tidak memantau had kelajuan dan mendapati system GPS tidak berfungsi. 


Pada masa yang sama, S.P.A.D. ingin menegaskan tindakan tegas sudah pasti akan diambil keatas syarikat-syarikat yang lain juga, yang terlibat dalam kemalangan di Temerloh dan Pekan sekiranya terdapat pelanggaran syarat pelesenan dan pekeliling-pekeliling berkaitan.

SPAD sentiasa memberi penekanan serius kepada segala aspek pengurusan keselamatan, pemandu dan penyelenggaraan bas oleh syarikat-syarikat bas ekspres. Setiap bas persiaran dan bas ekspres wajib dilengkapi dengan Global Positioning System (GPS) sejak tahun 2010 dan perkara ini telah termaktub dalam syarat perlesenan. Setiap pengendali harus memastikan GPS ini berfungsi dan dipantau sepenuhnya. Selain itu, Pekeliling mengenai Pelaksanaan Kod Amalan Industri SPAD-Keselamatan (ICOP) untuk Pengendali Bas yang dikeluarkan pada 20 Ogos 2013 mempertanggungjawabkan pengendali untuk memastikan segala aspek pengurusan pemandu dan penyelenggaraan kenderaan dilakukan secara betul dan berkala.

Selain itu, Pekeliling SPAD ICOP-Keselamatan juga telah menitikberatkan aspek pematuhan kepada had kelajuan yang mana ianya merupakan salah satu agenda keselamatan yang paling kritikal dan di pantau oleh pengendali setiap masa.

Sebagai usaha penambahbaikan, S.P.A.D. akan mengetatkan lagi prosedur supaya pengendali memberi tumpuan yang lebih serius kepada aspek pengurusan kelajuan dan keselamatan. Antaranya:

i. Pasukan audit S.P.A.D. akan mengaudit pemantauan pematuhan had kelajuan GPS bagi setiap pengendali bas ekspres di Semenanjung Malaysia dalam masa 30 hari. Sekiranya pengendali didapati gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan maka lesen pengendali mereka akan digantung sehingga pengendali patuh kepada proses pemantaun ini.
ii. Setiap pengendali perlu melantik Pengawal (controller) untuk memantau hadlaju bagi setiap perjalanan harian (realtime). Pengawal dipertanggungjawabkan untuk bertindak jika pemandu melebihi had kelajuan.
iii. Pengendali dikehendaki mengambil tindakan tegas terhadap pemandu yang ingkar mematuhi syarat-syarat keselamatan yang telah ditetapkan. Semua tindakan ini perlu dilaporkan kepada pihak S.P.A.D.
iv. Pengendali diwajibkan untuk mengemaskini data maklumat pemandu melalui “SPAD Driver Information System”.
v. Pengendali dikehendaki mengemukakan laporan pemantauan had kelajuan GPS kepada S.P.A.D., dan memberi penjelasan sekiranya terdapat pelanggaran had kelajuan yang telah ditetapkan.
vi. Pengendali dikehendaki mempamerkan nombor hotline penyelia didalam dan diluar bas supaya penumpang dan pengguna jalanraya lain boleh membuat aduan terus kepada mereka dan tindakan efektif perlu diambil dengan segera. Pengadu boleh melaporkan kepada S.P.A.D. jika tindakan penyelia kurang memuaskan.
vii. S.P.A.D. akan mengadakan kempen kesedaran umum mengenai aspek keselamatan penggunaan Pengangkutan Awam Darat dengan segera. Ini akan dilakukan supaya langkah-langkah penambahbaikan ini boleh menjadi lebih efektif.

Lanjutan ini, S.P.A.D. tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas pengendali bagi setiap kejadian pelanggaran had laju yang dikesan. S.P.A.D. juga ingin menegaskan kepada semua pengendali bas ekspres untuk sentiasa memberi penekanan yang serius dalam aspek pengurusan pemandu dan penyelengaraan serta mematuhi setiap piawaian yang telah ditetapkan didalam SPAD ICOP Keselamatan bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan untuk mengangkut penumpang sentiasa selamat. Dalam masa yang sama, S.P.A.D. sedang mengkaji kesesuaian penggunaan kotak hitam dalam kenderaan-kenderaan perdagangan.

S.P.A.D. juga ingin memohon kerjasama daripada masyarakat umum untuk bekerjasama dengan semua agensi untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan pengangkutan awam darat. 


Segala maklumat atau aduan yang ingin di buat sila gunakan talian seperti dibawah:



ARTIKAL TERDAHULU KLIKSINI

#PRKGelugor : Calon pengganti mendiang Karpal Singh di Parlimen Tasik Gelugor.


Ramkarpal Singh

DAP dijangka menamakan Ramkarpal Singh atau Sangeet Kaur sebagai calonnya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor pada Pilihan Raya Kecil kawasan berkenaan.

Kerusi Parlimen Bukit Gelugor diisytiharkan kosong berikutan kematian Ahli Parlimennya, Karpal Singh.
 

Ramkarpal, 38, dan Sangeet, 34, kedua-duanya peguam, merupakan anak ketiga dan keempat Karpal yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, Khamis lalu. Namun, pemimpin tertinggi DAP mengunci mulut mengenai perkara itu dengan berkata calon akan dipilih oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh pencalonan dan pemilihan pada Rabu.

Sebuah portal online melaporkan Karpal mahu Ramkarpal meneruskan perjuangannya sekiranya beliau dipenjarakan atas tuduhan mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak.

Perkara itu didedahkan wartawan warga New Zealand, Tim Donoghue, penulis biografi Karpal Singh 2013 - Tiger of Jelutong.
 

Sebuah akhbar berbahasa Cina sebaliknya melaporkan Sangeet telah dipilih untuk mengisi kerusi tersebut berdasarkan rayuan awam beliau. Antara nama lain yang dikaitkan untuk mengisi kerusi tersebut adalah Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Gooi Seong Kin dan Harvindar Singh, kedua-duanya juga merupakan ahli jawatankuasa DAP negeri.

Dari kiri: Jagdeep Singh Deo, Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh Deo,Sangeet Kaur Deodan Mankarpal Singh Deo pada majlis penghormatan terakhir mendiang Karpal di Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang, Ahad lalu.- foto ASRI ABDUL GHABI/THE STAR

ARTIKAL TERDAHULU : KLIKSINI

JOHOR: Persempadanan semula 16 PBT, terbaik untuk rakyat. - Datuk Abd. Latiff Bandi


 

Dalam usaha meningkatkan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada rakyat, kerajaan akan melakukan persempadanan semula kawasan melibatkan 16 PBT di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan ne­geri, Datuk Abd. Latiff Bandi berkata, cadangan tersebut kini di peringkat akhir kajian dan dijangka diumumkan tidak lama lagi.

Menurutnya, hasil kajian tersebut akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang supaya usaha persempadanan semula itu dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada tahun depan.

"Tujuan kita adalah untuk memastikan PBT dapat terus memberi serta meningkatkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, sekali gus mahu masyarakat gembira dengan perkhidmatan itu," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Datuk Bandar Ke­sembilan, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Abdul Rahman ­Mohamed Dewam, di sini, kelmarin.

Abd. Latiff berkata, antara PBT yang akan diberi tumpuan dalam cadangan persempadanan semula itu adalah MBJB, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). - sumber


21 April 2014

.myBuddies Zon Selatan bantu golongan berpendapatan rendah - Datuk Zulkurnain


 

Pemerkasaan pembangunan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) di Johor menerusi platform teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan e-dagang adalah langkah yang diambil kerajaan negeri kerana kemajuan teknologi kini begitu hampir dengan setiap aspek kehidupan masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, selari dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dijalankan kerajaan pusat, penggunaan ICT dalam IKS membolehkan penjenamaan dan pemasaran produk dilakukan secara mudah, pintar dan efektif.

"Suatu masa dahulu ramai yang pelik jika seseorang memiliki telefon bimbit kini berbeza kerana orang yang tidak memilikinya dilihat sebagai satu kejanggalan. Begitu juga pemilikan domain kerana dalam realiti dunia perniagaan hari ini, laman web bukan lagi kemewahan tetapi kemestian namun tidak sampai 20 peratus usahawan IKS menggunakannya.

"Pelancaran ini membuktikan kerajaan negeri serius dalam membantu golonga berpendapatan rendah dan sederahana meningkatkan pendapatan. 


MyBuddies boleh dijadikan rangkaian mengembangkan perniagaan dan cara baru melakukan pemasaran produk," katanya ketika berucap merasmikan Program .myBuddies Zon Selatan di Dewan Besar, Pusat Iskandar, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC, Hasnul Fadhly Hasan; Ketua Pegawai Eksekutif Asertech Sdn. Bhd., Mohd Zairulanuar Mohamed Rasim; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Abdul Aziz Abdul Rahman; Pengarah .myBuddies Johor, Wan Zuraimi Wan Abdul Jamil dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Johor Bahru, Mohamad Alif A. Rahim.

Program .myBuddies Zon Selatan menawarkan inisiatif pemilikan sehingga 2,000 domain .my secara percuma berserta seminar yang ditaja oleh Asertech, bagi memberi pendedahan tentang dunia perniagaan berteras ICT serta peluang ekonomi digital.
- Sumber

ARTIKAL TERDAHULU KLIKSINI :  JOHOR: Miliki rumah mampu milik secara online.

18 April 2014

JOHOR: Miliki rumah mampu milik secara online.- @khalednordin


 

Rakyat negeri ini yang ingin memiliki rumah mampu milik dan rumah kos rendah kini boleh membuat permohonan secara dalam talian menerusi Aplikasi Sistem Permohonan Rumah Johor.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, medium tersebut diperkenalkan untuk memudahkan orang ramai membuat permohonan selain turut membantu kerajaan negeri membuat perancangan dengan lebih berkesan.

"Permohonan untuk rumah kos rendah dan rumah mampu milik di negeri ini boleh dibuat dengan melayari laman sesawang http://www.erumah.johor.gov.my

"Secara tidak langsung, sistem ini turut membantu meningkatkan kecekapan pihak kerajaan negeri dalam merancang dan menguruskan permohonan rumah mengikut permintaan rakyat," katanya selepas merasmikan Minggu Sains, Teknologi dan ICT (Misti) Negeri Johor 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini kelmarin.

Misti Johor 2014 yang bermula Rabu lalu hingga Isnin ini dengan tema 'Ke Arah Komuniti Pintar' menyasarkan kehadiran seramai 40,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat khususnya rakyat negeri ini.

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Ismail Karim dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad.

Menteri Besar berkata, sistem permohonan dalam talian tersebut turut selari dengan janji kerajaan negeri sebelum ini yang mahu mendirikan sebanyak 28,000 unit rumah mampu milik dan kos rendah dalam tempoh lima tahun sejak tahun lalu.

Sementara itu, Hasni memberitahu, kerajaan negeri telah mengenal pasti kira-kira 100 lokasi awal untuk mewujudkan kemudahan perkhidmatan WiFi terbuka untuk rakyat negeri ini.

"Kerajaan negeri kini sedang dalam perancangan mewujudkan perkhidmatan WiFi ke seluruh negeri, namun proses ini perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat.

"Buat permulaan, kita sudah mengenal pasti 100 lokasi bersesuaian yang majoritinya berada di wilayah Iskandar Malaysia sebelum perkhidmatan tersebut diperluaskan ke daerah lain," katanya. - Sumber


17 April 2014

GEMPARRR : Karpal Singh Maut di Lebuh Raya... KLIK tengok ni!


Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan berdekatan dengan Gua Tempurung, awal pagi ini.

Pembantu beliau Michael Cornandez turut meninggal dunia apabila kereta yang mereka naiki melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat di Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.

Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera.

Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi berhampiran kilometer 301.6 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

Gambar di kawasan kemalangan menunjukkan kereta kenderaan Karpal rosak teruk.




Karpal, 74, menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terbabit dalam satu kemalangan pada 2005.

Ahli politik lantang ini mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum bertanding kerusi Parlimen pada tahun 1978.

Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan.

Perkhidmatan lama beliau sebagai MP Jelutong sebelum ini serta ucapan berapi di Dewan Rakyat menyebabkan beliau digelar 'Harimau Jelutong'.

#MP: 'Over My Dead Body' Kenyataannya yang tidak pernah hilang di ingatan...

ARTIKAL TERDAHULU : KLIKSINI 

16 April 2014

DEMO 01 MEI : Tak cukup bantah GST, hina Sultan Johor pulak? KLIK baca ni!



Isu keputusan kerajaan untuk melaksana sistem cukai barang dan perkhidmatan ( GST ) mulai April 2015 hangat kembali. Masalah utama ialah sikap sesetengah pihak yang tidak henti-henti mempolitikkan GST. 

Walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui GST adalah sistem percukaian yang baik dan adil, namun pembangkang masih mahu “mengilas” dengan tohmahan tidak berasas dengan mengatakan GST akan membebankan rakyat dan meningkatkan inflasi. 

Hakikatnya, pembangkang cuba membentuk persepsi negatif rakyat terhadap GST demi kepentingan politik mereka. Justeru, rakyat mesti bersikap rasional dengan bersedia mendengar penjelasan kerajaan berkenaan GST.


Sudah seharusnya pembangkang perlu berhenti mempolitikkan isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ini, selain tidak meneruskan usaha mengelirukan rakyat berhubung pelaksanaannya.




Bukan hanya GST, menurut maklumat yang tersebar di laman-laman sosial
sejak beberapa hari lepas. Kesempatan pada cuti Hari Buruh pada 1 Mei ini juga 
di jadikan medan mereka menghina kedaulatan DYMM Tuanku Sultan Johor 
selain menjadikan tempat untuk menjalankan usaha mendapatkan sokongan dengan cara naikkan kemarahan rakyat terhadap Sultan Johor.


Apa cerita ni?


Sumber selanjutnya KLIKSINI

Tahniah! Kepada SUK Johor yang baru.



Dipetik dari akaun facebook Menteri Besar Johor , Dato’ Mohamed Khaled Nordin
Saya bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh penjawat awam mahupun rakyat mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Haji Ismail bin Karim, di atas pelantikan beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru . Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat yakin dengan keupayaan Tuan Haji Ismail bin Karim, untuk membawa perkhidmatan awam Johor ke satu tahap yang lebih tinggi.

Kita yakin Tuan Haji Ismail bin Karim dapat menterjemahkan pengalamannya selama 32 tahun sebagai pegawai tadbir, dalam menjawat tugas sebagai orang nombor satu perkhidmatan awam negeri.

Tanggungjawab demi tanggungjawab, merangkumi pelbagai jawatan termasuk di daerah dan peringkat negeri yang dipikulnya selama ini, mampu menjadikan beliau seorang pentadbir yang berupaya memikul amanah mentadbir perkhidmatan awam Johor, antara yang terawal dalam sejarah negara.



15 April 2014

#PRAYFORMH370 - Anwar kata 1 saat boleh selesai hal MH370? KLIK baca ni!


Dalam keluarga serta rakyat seluruh dunia masih bersedih setelah lebih sebulan kehilangan pesawat MAS ( MH370 ) yang masih tidak dijumpai sehingga kini. Kumpulan serta puak-puak pembangkang terus menerus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang seperti ingin mempermainkan dan memperbodohkan rakyat khususnya keluarga terlibat.

Pada 5 April lepas, sebuah akhbar Cina dikatakan telah menyiar sebuah artikel wawancara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan majalah Southern Weekly bahawa jika dirinya Perdana Menteri, beliau hanya memerlukan satu saat untuk menyelesaikan isu kehilangan pesawat MH370.
 

Bermaksud kononnya Anwar mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dalam satu saat sekiranya diberi kuasa.

Berita ini juga telah dimainkan dan tersebar luas di laman-laman blog pro-pembangkang, antaranya seperti dibawah:







Persoalannya, dalam keadaan dunia sedang bersusah payah sehingga kehari ini. Menggunakan pelbagai aset ketenteraan. Anwar semudah itu bersuara. Apa halnya?
 

MP berpendapat, hal ini tidak boleh di pandang remeh. Pihak berkuasa harus bertindak menyoal siasat beliau dengan apa yang dimaksudkan 'beliau hanya memerlukan satu saat untuk menyelesaikan isu kehilangan pesawat MH370' itu

Hal ini juga di sentuh YAB Perdana Menteri berkata, apa yang diperkatakan oleh pemimpin terbabit benar-benar tidak masuk akal serta memperbodohkan akal budi rakyat.

"Ini memang tidak masuk akal sama sekali malah memperbodohkan pertimbangan akal budi rakyat Malaysia keseluruhannya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, di hari ini.

Najib berkata kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki hari ke-39, hari ini memerlukan sokongan dari negara luar berikutan kerumitan dan cabarannya yang di luar dugaan.


14 April 2014

Hub Antarabangsa Generasi Muda akan diujudkan - @khalednordin



Kerajaan Negeri Johor akan mewujudkan Hab Antarabangsa Generasi Muda Johor bagi membolehkan generasi muda membabitkan diri dalam pembentukan serta kemajuan masa depan negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata hab bernilai kira-kira RM20 juta itu akan dibangunkan di kawasan seluas lebih 14 hektar di Tampoi.

"Projek Hab Generasi Muda yang masih dalam perancangan lagi akan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) bersama-sama kerajaan negeri dan Kementerian Belia dan Sukan serta beberapa pihak lain," katanya.


Beliau berkata hab itu mempunyai persamaan dengan Youth Park di Singapura yang mempunyai pelbagai tarikan kepada golongan muda.
Hab pertama seumpamanya di negara ini dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini. Antara pengisian di hab yang akan mengekalkan keadaan semulajadi di kawasan itu adalah berdasarkan konsep kreatif, niaga, kesukanan, kajian dan pembangunan serta kepimpinan.

"Sebagai contohnya, di bawah konsep kesukanan, kita akan mempunyai sukan lasak.

"Usaha Iskandar Malaysia itu adalah untuk membangunkan golongan muda keranadalam tempoh 15 tahun lagi apabila Iskandar Malaysia mencapai kematangan, golongan itu akan mengambil alih kepimpinan pembangunan di Iskandar Malaysia," kata Ketua Eksekutif Irda Datuk Ismail Ibrahim

Golongan muda yang ingin menyertai hab itu boleh mendaftar secara dalam talian di https://www.facebook.com/johoryouthhub


13 April 2014

KEMALANGAN BAS BENTONG-RAUB : SPAD akan menjalankan siasatan terperinci.




Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjalankan siasatan terperinci ke atas syarikat bas yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 11 Jalan Bentong-Raub, Pahang yang meragut tiga nyawa pada Jumaat.

Menurut kenyataan SPAD pada Ahad, antara aspek yang akan diteliti ialah pengurusan keselamatan, pemandu dan penyelenggaraan syarikat bas berkenaan.

"SPAD tidak akan berkompromi dan pasti mengambil tindakan tegas terhadap pengendali (bas terbabit) sekiranya mereka melanggar syarat yang termaktub termasuk dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010," kata badan itu.

Bas ekspres Transnasional dua tingkat yang membawa 68 orang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu, Kelantan itu dilaporkan terbabas sebelum merempuh tiang elektrik dan terbalik.

Nahas pukul 12.30 malam hari Sabtu itu mengorbankan pasangan suami isteri Saeed Mohamad Mohamud Abdalla, warga Somalia, 31; dan Zarifah Alias, 26, dari Kota Baharu; serta Suhaisam Che Abdullah, 33, dari Batang Kali, Selangor.

"SPAD ingin menegaskan kepada semua pengendali bas ekspres agar sentiasa memberi penekanan serius dalam aspek pengurusan pemandu dan penyelenggaraan bagi memastikan perkhidmatan mengangkut penumpang sentiasa selamat," kata kenyataan itu.


Berikut ada lah kenyataan penuh kenyataan akhbar SPAD.

13 April 2014 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjalankan siasatan terperinci ke atas syarikat bas yang terlibat dalam kemalangan yang telah meragut tiga nyawa di KM11, Jalan Bentong-Raub berdekatan kawasan Bilut.

Sebagai tindakan segera, SPAD akan meneliti secara terperinci segala aspek pengurusan keselamatan, pemandu dan penyelenggaraan syarikat tersebut.

SPAD juga akan berkerjasama dan sedia membantu semua agensi penguatkuasaan yang menjalankan siasatan mengenai kemalangan ini.

Sehubungan ini, pihak SPAD juga tidak akan berkompromi dan pasti mengambil tindakan tegas ke atas pengendali sekiranya mereka melanggar syarat - syarat yang termaktub dalam pekeliling serta Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Berikutan daripada tragedi bas di Tanah Tinggi Genting pada tahun lepas, sebagai langkah pencegahan SPAD telah mengeluarkan Pekeliling mengenai pelaksanaan kod amalan industri bagi keselamatan pengendali bas yang beroperasi di kawasan tanah tinggi pada 20 Ogos 2013 dimana ianya memberi penekanan serius kepada aspek keselamatan kenderaan yang beroperasi di tanah tinggi.

Selain itu, Pekeliling mengenai SPAD ICOP - Keselamatan juga telah dikeluarkan pada 9 September 2013 yang mempertanggungjawabkan pengendali untuk memastikan segala aspek pengurusan pemandu dan penyelenggaraan kenderaan dilakukan secara betul dan berkala.

Setakat ini, sebanyak 2300 syarikat pengendali bas telah menghadiri latihan SPAD ICOP – Keselamatan yang telah dijalankan sejak Disember 2012.

SPAD ICOP – Keselamatan mewajibkan semua pegawai keselamatan dan penyelia syarikat untuk menghadiri latihan yang dijalankan oleh SPAD serta memantau pemandu dan kenderaan sebelum setiap perjalanan dimulakan.

Sejak pertegahan tahun 2013, pihak SPAD juga telah menjalankan pengauditan ke atas 24 syarikat bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan jalanraya.

Hasil siasatan tersebut SPAD telah menggantung sebanyak enam (6) lesen pengendali dan membatalkan dua (2) permit pengendali yang didapati bersalah atas kesalahan-kesalahan tertentu di bawah SPAD ICOP - Keselamatan dan APAD 2010.

SPAD juga ingin menegaskan kepada semua pengendali bas ekspres untuk sentiasa memberi penekanan yang serius dalam aspek pengurusan pemandu dan penyelengaraan bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan untuk mengangkut penumpang sentiasa selamat.


12 April 2014

Roboh rumah di Kota Tinggi salah siapa? KLIK baca sini!



Huhhh! Agak lama juga MP untuk mendapat pasti akan kebenaran isu 'Kota Tinggi Runtuh Rumah Rakyat' ini. Akhirnya kini jelas...

Bak kata pepatah, 'Sudah jatuh ditimpa tangga'... Begitulah malangnya nasib yang menimpa beberapa keluarga juga mengakui dirinya penduduk dan sebahagian daripadanya menggelarkan diri mereka sebagai 'PENEROKA', disitu. Namun hakikat sebenarnya, kediaman mereka itu adalah penempatan berstatus rumah haram kerana di dirikan atas tanah yang bukan milik mereka serta tiada kebenaran sah dari pihak berkuasa sejak setahun lalu.

Berpunca kerana terlalu percayakan seseorang, 2 arahan notis pencerobohan yang dikeluarkan pihak penguatkuasa, langsung tidak diambil peduli hingga berlarutan ke tarikh 31 Mac baru-baru ini, pihak berkuasa datang bertindak menghalau keluar serta merobohkan rumah-rumah yang ada.

Kes membabitkan 14 termasuk 2 buah rumah separuh kekal yang dibina atas tanah seluas 17.81 hektar di Kilometer 11, Batu 8 Jalan Air Terjun, Kota Tinggi,Johor terpaksa dirobohkan pihak berkuasa tempatan sebab kesalahan menceroboh dengan mendirikan penempatan haram atas tanah kerajaan sejak lebih setahun lalu dan gagal mematuhi arahan notis pencerobohan yang sudah 2 kali dikeluarkan pada 20 November 2013 dan Februari 2014.


Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi, Jamaludin A. Hamid berkata, tindakan diambil selepas pemilik rumah terbabit gagal mematuhi arahan notis pencerobohan tanah kerajaan yang dikeluarkan pada 20 November 2013 dan Februari lalu.

Mengikut kanun tersebut, mana-mana pihak yang melakukan pencerobohan sama ada melakukan penerokaan atau membina bangunan secara haram boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya juga, tindakan dibuat adalah mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 bagi mengekang penerokaan tanah secara berleluasa.

Walau pun pada awalnya operasi itu berhadapan dengan halangan serta tentangan keras dari keluarga terlibat, Setelah penjelasan demi penjelasan serta kefahaman diberikan, mereka akhirnya akur dengan tindakkan yang dibuat.

Namun begitu jawapannya... Pendirian parti pembangkang pastinya berbeza dengan fakta sebenarnya. Sikap mengambil kesempatan dalam merosakkan fahaman rakyat dengan menyebarkan 'berita separuh masak' demi kepentingan politik mereka sememangnya itu sifat mereka. 

Tidak ketinggalan media dan portal pembangkang juga turut menggunakan isu ini, bagi menghangatkan suasana dengan pelbagai andaian, kononnya hal ini ada kena mengena dengan Barisan Nasional khususnya UMNO. Sedangkan terang-terang hal ini dinyatakan langsung tidak ada kaitannya dengan politik seperti yang dinyatakan dalam video dibawah. 

Saksikan...



Nah, sekarang siapa yang bersalah dan siapakah nama-nama yang di sebut itu?
Apa yang berlaku, dilihat terdapat kegiatan sindiket menjual tanah tersebut dengan secara senyap tanpa diketahui pihak berkuasa.

Sindiket telah mengutip sebahagian wang dikatakan akan sentiasa memaklumkan kepada pembeli yang mereka sedang menyelesaikan permohonan TOL dan sebagainya dengan pejabat tanah.


Akhirnya tanpa disedari pembeli, mereka telah ditipu dan terpaksa akur apabila pihak berkuasa daerah bertindak merobohkan rumah-rumah mereka.

6 April 2014

RAPID PENGERANG : Kerajaan Johor bangunkan lagi akademi industri minyak dan gas - @khalednordin



Kerajaan negeri Johor akan memberi sepenuh kerjasama dan sentiasa menyambut baik langkah Petronas untuk memastikan pembangunan di negeri itu terus berjalan lancar.

Pembangunan projek Kompleks Bersepadu Pengerang (KBP) yang melibatkan pelaburan besar itu pastinya perlu dilakukan secara teliti dengan kerjasama semua pihak.


YAB. Menteri Besar, Dato' Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya juga akan memastikan persekitaran projek itu berada dalam suasana kondusif.


Kerajaan negeri juga sedang membangunkan Akademi Petroleum Malaysia bagi melahirkan belia terlatih dan tenaga kerja mahir dalam industri minyak dan gas.

Menurutnya pada sidang akhbar selepas melancarkan Road To MAHA 2014 peringkat negeri di Dataran Penggaram, Jumaat lalu. Antara usaha kerajaan negeri memberi lebih banyak peluang untuk penduduk setempat menerima manfaat kerjaya dalam sektor berkaitan yang siap dibangunkan di kawasan tersebut. Beberapa lagi institusi seumpama itu akan dibangunkan menerusi kerjasama dengan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan pihak swasta, Prestariang Sdn. Bhd.

Kelmarin, Lembaga Pengarah Petronas meluluskan keputusan pelaburan akhir (FID) untuk pembangunan kompleks tersebut di Pengerang, Kota Tinggi.

FID yang diluluskan itu merupakan perkembangan terbaru bagi projek KBP yang mengandungi Pembangunan Bersepadu Kilang Penapisan dan Petrokimia berskala dunia.


ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI

4 April 2014

'Karut' Johor cadang tukar kembali cuti hujung minggu - @khalednordin



Sejak dua minggu lepas, heboh dilaman-laman media sosial tersebar kononnya 
kerajaan negeri Johor bercadang mahu menukar kembali
cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu ke Sabtu dan Ahad.



Selepas melancarkan Road to MAHA 2014
Peringkat Negeri Johor, di Batu Pahat, hari ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,
secara rasmi mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut dan
kata beliau, berita itu tidak benar. Langsung tiada berbangkit sama sekali
di peringkat kerajaan negeri.

ARTIKAL TERDAHULU : KLIKSINI

@khalednordin Skim RM6 juta untuk rakyat Johor.



Satu skim baharu akan diperkenalkan membabitkan peruntukkan sebanyak RM6 juta bagi memulakan projek pertanian secara berkelompok dan berskala besar yang turut melibatkan bidang penternakan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamad berkata, skim tersebut merupakan simpanan terkumpul daripada dana pinjaman industri kecil berasaskan tani dan makanan di negeri ini yang dikendalikan Agro Bank.

“Baki peruntukan terdahulu dilaburkan sehingga jumlah terkumpulnya menjadi RM6 juta yang membolehkan skim baharu diwujudkan.

“Jadi dengan wang ini lebih banyak cabang pertanian dapat dilakukan sekaligus meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan di negara ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pakej Projek Usahawan Lebah Peringkat negeri di Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh di Muar, kelmarin.

Dalam perkembangan lain, peniaga kecil digalakkan membuat pinjaman dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) Nasional berbanding Agro Bank.

“Syarat pinjaman Tekun lebih mudah tanpa memerlukan cagaran dengan tawaran pinjaman serendah RM5,000 hingga RM15,000.

“Kita mendapati peminjam Tekun dapat menjelaskan bayaran balik lebih teratur mengikut jadual kerana ada pegawai datang ke rumah setiap minggu memungut hutang,” katanya.

Beliau berkata, kelebihan Tekun pula akan menawarkan kadar pinjaman yang lebih tinggi secara berperingkat sehingga RM100,000 jika prestasi bayaran baik.

Jelasnya, Agro Bank terpaksa mengambil tindakan menyenaraihitamkan 25 peserta Skim Satu Daerah Satu Industri kerana gagal melunaskan pinjaman mengikut kadar dan masa yang ditetapkan.

“Perkara ini (tidak bayar hutan) disebabkan banyak faktor antaranya perniagaan yang dilakukan tidak berjaya, masalah kesihatan, bencana alam dan sengaja tidak mahu bayar hutang.

“Kita mahu peminjam mempunyai rasa tanggungjawab untuk membayar balik pinjaman kerana boleh menjejaskan peluang orang lain untuk memulakan perniagaan,” katanya. 
-Sumber


SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.