GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

RM2.6 wang 1MDB?

30 September 2014

Projek PIPC di Pengerang peluang kerjaya di masa hadapan - Pengerusi YAYASAN MESRA



Yayasan Mesra dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Biro Pendidikan UMNO Bahagian Kota Tinggi dan PIBG SMK Tan Sri Jaafar Albar untuk mempersiapkan anak-anak Tingkatan 4 dalam menghadapi peperiksaan SPM pada tahun hadapan.


Program yang dihadiri murid-murid dari sekolah-sekolah dari 2 DUN (DUN Sedili & DUN Johor Lama), SMK Tan Sri Jaafar Albar, SMK Bandar Kota Tinggi, SMK Bandar Easter, SMK Lokman Hakim, SMK Air Tawar, SMK Seri Aman, telah diberi suntikan motivasi dan semangat oleh Datuk Ehsan merangkap Pengerusi Yayasan Mesra agar mereka mengambil peluang untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan diri dan bersedia lebih awal untuk menghadapi SPM.

Pada masa yang sama, YB Datuk Ehsan mengingatkan kepada pelajar tentang ujudnya pembangunan di Pengerang di mana adanya projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).

Projek mega yang bersempadan dengan Kota Tinggi dan sudah tentu berpotensi besar dalam mendapatkan peluang kerjaya dan wajar diambil perhatian serta di munafaatkan.


Dikatakan sebanyak 100,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan menjelang tahun 2017 di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) dan tahun 2025 di Iskandar Malaysia, dari pelbagai jenis bidang seperti petroleum, kejuruteraan, perniagaan, pengurusan.

Pastinya rakyat tempatan bakal menerima pelbagai peluang ekonomi hasil daripada perlaksanaan projek terbabit.

Oleh itu, bertepatan dengan saranan Datuk Noor Ehsanuddin Bin Haji Mohd Harun Narrashid yang juga sebagai Ahli Parlimen Kota Tinggi kepada murid-murid yang bakal menduduki SPM tahun hadapan di dalam satu program "Motivasi Mesra: Insan Gemilang SPM 2015" agar ambil peluang yang ada dan gigih berusaha untuk mengubah nasib diri dan keluarga.

Penjara dan didenda RM20,000 kerana bersalah memberi rasuah kepada pegawai SPAD


Seorang lelaki warga Singapura dijel sehari dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memberi rasuah kepada seorang pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tahun lalu.

Tertuduh, Tan Choon Kiat, 39, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim, Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Choon Kiat didakwa cuba memberi rasuah sebanyak S$1,250 (RM3,215.78) kepada pegawai SPAD, Asmadi Mat sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap sebuah bas persiaran yang disita suruhanjaya tersebut.

24 September 2014

1 OKT: S.P.A.D Menambahbaik Laluan GO KL


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) akan menambahbaik Laluan Merah dan Laluan Biru perkhidmatan bas Bandar GO KL.

Melalui penilaian prestasi yang telah dijalankan keatas kedua-dua laluan ini semenjak mula beroperasi, S.P.A.D telah mengambil keputusan untuk melaksanakan langkah penambahbaikan laluan Merah dan Biru ini demi meningkatkan kadar penggunaan perkhidmatan ke tahap yang optima. 

Langkah penambahbaikan ini merangkumi perubahan lokasi mula dan akhir laluan, penambahan perkhidmatan ke destinasi tumpuan orang ramai dan pemberhentian perkhidmatan ke destinasi yang kurang mendapat sambutan pengguna Go KL. 

Untuk makluman, perkhidmatan bas Bandar GO KL ini telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 31 Ogos 2012 dengan dua (2) laluan sahaja iaitu Laluan Hijau dan Laluan Ungu dan kemudiannya Laluan Merah dan Laluan biru pada 1hb Mei 2014.

Sebelum ini, kedua-dua laluan ini bermula dan berakhir di Medan Mara bagi Laluan Biru dan Laluan Merah. Mulai 1hb Oktober, kedua-dua laluan Merah dan Laluan Biru Perkhidmatan bas Bandar Go KL ini akan bermula dan berakhir di Terminal Bas Jln Tun Razak yang mempunyai integrasi perkhidmatan pengangkutan awam lain seperti Monorail, LRT (laluan Ampang) dan bas ekspres. 


Maklumat lanjut mengenai penambahbaikan kedua-dua laluan adalah seperti berikut:

Laluan Merah

Empat (4) hentian baru akan diperkenalkan bagi Laluan Merah (Terminal Bas Jln Tun Razak ke KL Sentral)

1) Terminal Bas Jalan Tun Razak,
2) Hospital Damai
3) Chow Kit (Jalan Ipoh)
4) Grand Season


Oleh yang demikian, dua (2) hentian tidak akan beroperasi iaitu:
1) Wisma Sime Darby
2) Maju Junction

Sebagai alternatif, pengguna bagi hentian ini boleh mendapatkan perkhidmatan di Puteri Park Hotel dan Kompleks Pertama.


Laluan Biru

Sepuluh (10) hentian baru akan diperkenalkan bagi Laluan Merah (Terminal Bas Jln Tun Razak ke Bukit Bintang)

1) Terminal Bas Jalan Tun Razak
2) Hospital Kuala Lumpur (HKL)
3) Institut Penyelidikan Perubatan (IPP)
4) Masjid Kampung Baru
5) Sekolah Khas Kampung Baru
6) Bukit Nanas
7) LRT Dang Wangi
8) Puteri Park Hotel
9) Chow Kit
10) Grand Season

Oleh yang demikian, tujuh (7) hentian tidak akan beroperasi:
1) Menara Uniasia
2) Monorail Medan Tunku
3) Kompleks Campbell
4) Maju Junction
5) Wisma MPL
6) The Weld
7) SOGO

Sebagai alternatif, pengguna bagi hentian ini boleh mendapatkan perkhidmatan di Medan MARA, Concorde Hotel, Wisma Boustead dan Menara Hap Seng.

Melalui perubahan yang akan dijalankan ini, laluan Merah yang menghubungkan Terminal Bas Jln Tun Razak ke KL Sentral dengan jarak perjalanan sebelum ini sebanyak 10.5 kilometer telah dipanjangkan menjadi 13.0 kilometer dengan jumlah 21 hentian. Laluan Merah ini akan mengambil masa perjalanan 50 minit pada waktu puncak dan 40 minit pada waktu biasa.
Manakala bagi Laluan Biru yang menghubungkan Terminal Bas Jln Tun Razak ke Bukit Bintang dengan jarak perjalanan sebelum ini sebanyak 9.2 kilometer pula telah dipanjangkan menjadi 12 kilometer dengan jumlah19 hentian. Laluan biru ini akan mengambil masa perjalanan 45 minit pada waktu puncak dan 35 minit pada waktu biasa.
S.P.A.D berharap agar masyarakat mengambil maklum akan perkara ini. Dalam masa yang sama, pihak S.P.A.D juga ingin menyeru pengguna untuk terus menikmati kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan ini seterusnya dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak. S.P.A.D akan terus berusaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan bas Bandar GO KL ini menjadi perkhidmatan bas dalam bandar yang mudah diakses, selamat, selesa dan dapat diguna ramai.



23 September 2014

SPAD turut buru UBER mulai 1 Oktober ini.

\
Mulai 1 Oktober, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan operasi memburu pemilik kenderaan persendirian yang menawarkan perkhidmatan Uber.

Penggunaan kenderaan persendirian untuk mengambil penumpang adalah melanggar Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, yang boleh didenda tidak melebihi RM10,000, penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Ia juga bercanggah dengan Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 kerana tidak memiliki lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam, yang pelakunya boleh didenda tidak melebihi RM10,000, penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Uber merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan menerusi aplikasi telefon pintar. Ditubuhkan pada 2009, ia menawarkan perkhidmatan di lebih 200 bandar raya serata dunia.

Malangnyua, perkhidmatan mereka Ini bagaikan teksi sapu. Biarpun perkhidmatan Uber semakin popular kerana lebih murah, cepat dan baik namun penumpangnya tidak dilindungi insurans.Contohnya caj dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ialah RM34.50 untuk perkhidmatan Uber bajet manakala teksi biasa RM55.20.

Perkhidmatan ini mula memasuki pasaran Asia Februari tahun lepas di Singapura dan seterusnya di Kuala Lumpur pada Oktober secara dalam talian melalui laman sesawang https: //www.uber.com/cities/kuala-lumpur.


Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad, pihaknya telah mengesan kira-kira 50 buah kereta termasuk kereta mewah seperti Jaguar dan Mercedes Benz yang menawarkan perkhidmatan Uber ini.

Selain individu yang menawarkan perkhidmatan Uber, lapan syarikat tempatan dikenal pasti bekerjasama menawarkan perkhidmatan Uber di sekitar Lembah Klang, katanya.

Oleh demikian itu, pihak berkuasa JPJ, SPAD dan PDRM telah mengambik kata putusn akan melancarkan operasi memburu mereka dan menyita kenderaan yang terlibat bermula 1 Oktober ini. Semua pihak, individu dan syarikat yang terlibat dalam menawarkan perkhidmatan Uber diminta supaya menghentikan perkhidmatan tersebut bagi mengelak daripada berhadapan tindakkan undang-undang yang telah ditetapkan.

Apa yang penting, penumpang perkhidmatan Uber diingatkan bahawa mereka tidak dilindungi skim insurans sekiranya berlaku kemalangan. Baru-baru ini juga, mahkamah serantau Jerman dilaporkan mengeluarkan injunksi sementara terhadap Uber kerana pemandunya tidak mempunyai lesen komersial yang diperlukan untuk mengambil penumpang.

Perkhidmatan Uber juga dilaporkan tidak dibenarkan beroperasi di Jakarta kerana tidak memiliki permit pengangkutan awam.

Artikal Berkaitan KLIKSINI

22 September 2014

#MuktamarPAS60 : Jangan ikut telunjuk PKR, DAP!!!


Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 selama tiga hari di Batu Pahat, yang berakhir semalam ternyata menjadi medan ahli-ahli parti itu di peringkat akar umbi meluahkan perasaan geram, marah, sedih dan kecewa terhadap gelagat atau perangai sesetengah pemimpin Pas yang lebih cenderung mengikut apa kata Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Tema ucapan dasar Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar tahun lalu yang bertemakan 'Rahmat Untuk Semua' seolah-olah menjadi kenyataan pada tahun ini apabila tercetusnya krisis jawatan Menteri Besar (MB) Selangor. Ia memandangkan konflik itu ibarat satu rahmat untuk ahli-ahli Pas bagi mengenali wajah sebenar sesetengah pemimpin mereka sejak Pas menjalinkan tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP.

Berikutan situasi itulah Abdul Hadi memilih tajuk 'Terus beristiqamah' untuk tema ucapan dasar beliau dalam muktamar kali ini kerana sememangnya dalam kalangan sesetengah pemimpin dan ahli Pas, ramai yang semakin longgar istiqamahnya dan ada pula yang masih tercari-cari dengan siapa mereka sepatutnya beristiqamah.

Atas sebab itulah muktamar yang berlangsung seolaholah menjadi medan pertempuran bagi mengecam golongan tersebut supaya menghormati adab berjemaah kerana mereka berada dalam parti memperjuangkan Islam.

Ahli-ahli Pas marah dengan sikap sesetengah pemimpin mereka yang menyanggah Abdul Hadi secara terbuka. Mereka kesal dengan perangai PKR dan DAP yang mahu Pas mengikut telunjuk kedua-dua parti itu. Mereka kecewa apabila ulama terus dihina dan mereka benci apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih disanjung berbanding Presiden Pas sendiri.

Bukan sahaja Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dikritik secara terbuka oleh perwakilan Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari kerana membuat kenyataan bertentangan dengan Abdul Hadi tetapi perwakilan juga menjadikan pemimpin-pemimpin yang terlalu 'mengagungagungkan' PKR dan Anwar sebagai sasaran.

Kelompok inilah dilihat membawa 'virus' sehingga menyebabkan golongan ulama yang sudah banyak menaburkan jasa kepada Pas dihina dan diperlekehkan.

Berikutan itulah seorang perwakilan dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas pada Rabu lalu mengingatkan pemimpin dan ahli Pas agar tidak terlalu kagum dengan Anwar sehingga mengetepikan pucuk kepimpinan parti sendiri dan dasar perjuangan Islamnya.




20 September 2014

Aplikasi myJourney : Dengan sokongan MCMC-SPAD untuk kemudahan pengguna pengangkutan awam..


Kecanggihan teknologi masa kini telah memberi banyak kemudahan komunikasi kepada kerajaan serta seluruh masyarakat negara dan seluruh dunia.

Jika dahulu, suratkhabar, telefon dan televisyen merupakan antara media massa yang paling penting dalam menyalurkan maklumat. Kini dengan perkembagan teknologi dalam komunikasi telah mempelbagaikan saluran untuk menyampaikan maklumat dan ianya juga lebih pantas.

Tidak kurangnya bagi industri pengangkutan juga turut menerima perkembangkan teknologi yang sememangnya canggih pada masa kini. Terutama didalam langkah menjimatkan masa perjalananan dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

Penyelenggaraan LRT dan komuter antara sebahagian daripada sistem pengangkutan yang sepenuhnya mengunapakai teknologi masa kini. Terbukti menjadi pilihan utama bagi warga kota untuk pergi dan balik dari kerja sekaligus memudahkan usaha kerajaan dalm menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.
Ianya bukan sahaja menjimatkan masa malah menjimatkan duit kerana penggunaan banyak minyak petrol di dalam keadaan jalan yang sesak dan sekaligus dapat mengurangkan tekanan kepada mereka yang memandu.

Dalam menambah kemudahan disamping meningkatkan keselesaan orang ramai menggunakan pengangkutan awam terutama di ibu kota, satu aplikasi bernama myJourney dibena untuk membolehkan orang ramai lebih mudah merancang perjalanan ketika menaiki pengangkutan awam.


Aplikasi itu dibangunkan dengan sokongan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD

Pada fasa pertama, aplikasi yang akan diperkenalkan pada Oktober akan datang ini menyediakan maklumat tentang pilihan laluan yang ada dan jenis pengangkutan seperti LRT dan bas RapidKL dan teksi untuk pergi dari satu tempat ke tempat lain khususnya di ibu kota Kuala Lumpur.

Pengguna bukan saja diberi maklumat perjalanan mereka, malah disertakan bersama maklumat had tambang yang perlu disediakan selain informasi destinasi hendak dituju hanya menerusi aplikasi myJourney dengan telefon bimbit

Seterusnya di fasa kedua pula, aplikasi myJourney akan memberi maklumat-maklumat seperti data masa ketibaan dan pelepasan bas. Di samping itu, aplikasi myJourney juga
merancang menyediakan satu sistem maklum balas yang membolehkan pengguna untuk memfailkan aduan.

Aplikasi myJourney adalah percuma di kedua-dua telefon pintar bagi Android dan IOS.

Di dalam Laporan Tahunan ETP 2013 - KANDUNGAN & INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI; SKMM juga telah menyarankan aplikasi myJourney bagi menggalakkan gaya hidup digital di kalangan wargakota.

Maka, pada bulan Disember lalu pemilihan pemenang oleh SPAD bagi pertandingan myJourney adalah seperti berikut;






14 September 2014

Tayar Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) berakhir 30 November ini. - SPAD


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengingatkan pemandu teksi yang belum memohon program penukaran tayar Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma 1.0 / TR1Ma 2.0) supaya segera berbuat demikian berikutan tarikh akhir permohonan pada 30 November ini.

SPAD dalam satu kenyataan berkata, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Jun lalu, semua pemandu teksi yang memegang status sebagai ‘pemandu pertama’ layak untuk menerima subsidi tayar di bawah TR1Ma.

Program TR1Ma ini adalah inisiatif kerajaan untuk memberi subsidi kepada pemandu teksi yang bertujuan meringankan beban mereka menanggung kos penyelenggaraan kenderaan dan sekali gus dapat meningkatkan tahap keselamatan di Malaysia.

sehingga akhir Oktober 2012, sebanyak 99,871 baucar telah dikeluarkan di seluruh negara, mewakili hampir 70% daripada jumlah keseluruhan teksi yang berdaftar.

Setiap seorang pemandu teksi mendapat dua keping baucar dengan jumlah RM520. Nilai baucar TR1Ma adalah berdasarkan kepada kajian yang dijalankan yang mana majoriti teksi yang digunakan di Malaysia menggunakan tayar bersaiz 13 inci dan bagi teksi yang menggunakan tayar bersaiz melebihi 13 inci, kos tambahan perlu ditanggung oleh pemandu teksi terbabit.

Dalam pada itu, SPAD turut menggalakkan pemohon menghubungi talian bebas SPAD di 1800-88-7723 atau lawati laman web SPAD, (KLIK)  http://www.spad.gov.my/tr1ma sekiranya memerlukan sebarang maklumat lanjut.

12 September 2014

UPSR BOCOR : Tak mustahil ada 'dalang' disebalik kejadian...


Isu berkaitan kertas soalan bagi peperiksaan UPSR 'bocor' dan melibatkan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 selepas kebocoran kertas Sains 018, 028 dan 038 yang dimaklumkan semalam semakin bercelaru apabila berdepan pelbagai kenyataan yang diterima oleh orang ramai, terutama di laman-laman media sosial, hari ini.

Terdahulu, Jabatan Pendidikan Perak menafikan berita yang tersebar dalam media sosial kononnya seorang guru di Perak telah ditahan kerana bertanggungjawab membocorkan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekoleh Rendah (UPSR) bagi subjek Bahasa Melayu Penulisan, Matematik dan Sains. 

Jabatan itu juga menafikan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab seperti yang diedarkan melalui media sosial terutama WhatsApp itu. 

Pengarahnya Idris Ramli berkata, perkara itu tidak benar dan pihaknya sudah memeriksa dengan semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang mengesahkan bahawa tidak berlaku sebarang penahanan membabitkan guru di negeri ini. 

"Ia tidak benar dan kami sudah periksa dengan PPD‎, tiada laporan mengenai kejadian sedemikian," katanya ketika dihubungi di sini tadi.

Berikut adalah kandungan dan kenyataan pada berita yang tersebar hari ini dalam media sosial;


Dari kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pihak polis menyiasat insiden kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga ke akar umbi supaya mereka yang bertanggungjawab boleh dihadapkan ke muka pengadilan.

Beliau harap pihak polis mengambil tindakan tegas dan seterusnya satu hukuman seberat-beratnya diambil terhadap pelaku.
 

Menurutnya yang juga Menteri Pendidikan, berkata kebocoran itu mungkin dilakukan dengan sengaja sebagai tindakan sabotaj terhadap dirinya dan Kementerian Pendidikan. 
- SUMBER

Bagi MP, itu tidak mustahil...

Kalau kita ingatkan kembali kisah-kisah beliau sebelum ini.dan melihat kepada kedudukan YAB. TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kebetulan beliau juga memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia bersama kenyataan-kenyataan yang pernah dan telah luahkan. 


 

Tentu sekali, beliau adalah satu-satunya pemimpin yang berani bercakap dan menegakkan kedudukan bangsa Melayu dalam beberapa isu yang dibangkitkan pihak pembangkang.

Tan Sri Mahyuddin pernah ditanya "Are u Malay first or Msian first?" He firmly said "I am Malay first!!"
 

Emmm, berapa ramai pemimpin UMNO yang berani isytihar semangat kemelayuwan secara terbuka seperti beliau? Yang berdiam diri bila hak Melayu diruntun boleh tahanlah ramai... 

Maka, tak heran la akan ada suara-suara yang menuntut perletakan jawatan terhadap Tan Sri Muhyiddin.

Antara kata-kata yang MP sendiri dah dapat terima dan mula disebar serta dimainkan oleh puak-puak pembangkang iaitu "Kalau di Korea dan Jepun... Menteri dah resign..."  Kononnya itulah tanda 'responsibility' seorang pemimpin. Dan kalau tak lepaskan jawatan pun, ia akan di pecat, kata mereka.


Nampak tak permainan mereka...

Zaman Tun M dulu, Cina akan senyap hanya dengan sindiran Tun berbunyi "Jangan bermain dengan api"... Tapi, sekarang? Siapa???


Masa nak merdeka kita lihat, berlaku tolak ansur secara hormat yang di termakan sebagai kontrak sosial antara Melayu, Cina dan India diantaranya tidak akan ada sesiapa menyentuh hak keistimewaan orang Melayu, agama Islam sebagai Agama Persekutuan serta hak Raja termasuklah hak kerayatan untuk orang-orang Cina dan India.

Kesemuanya termaktub dalam Perlembagaan Negara... Tapi kini sebahagian orang cina mula mempertikaikan hak org Melayu... Sedangkan orang Melayu masih lagi bertolak ansur menghormati kontrak sosial tanpa mempertikaikan hak mereka...

Soalnya sampai bila orang Melayu akan terus bertolak ansur? Sampai bila mereka akan pertikaikan hak Melayu... Sampai bila Melayu sanggup berdiam diri tidak mempertikaikan hak orang-orang Cina?

Umum telah nampak, sebahagian puak Ah Beng mula tuntut pada kerajaan bukak kuota kaum dalam civil service dan GLC. Tapi kerajaan tak pernah tuntut pada mereka dedahkan berapa ramai Melayu yang diambil oleh Cina untuk pegang jawatan tinggi dalam beberapa institusi serta syarikat mereka

Fikir-fikirkanlah...


Sebab tu la bila kita ada pemimpin yang tegas seperti YAB. TPM yang berkebolehan mempertahankan hak Melayu serta tanpa segan silu dan secara terbuka berani mengaku bahawa beliau "Melayu dahulu" ( I am Malay first!! ) 

Sikap beliau yang dilihat amat 'perihatin' terhadap gejala puak Ah Beng yang sengaja 'menghina' Melayu dan Islam, kebelakangan ini.
Jadi, memang tak mustahil ada yang sanggup menjadi dalang mencari jalan menghancurkan kredibilitinya dengan cara menimbulkan isu-isu terhadap beliau seperti ini. Ada juga dikalangan orang-orang kita sendiri, terutama puak pembangkang.
 
Nanti, bila hilang pemimpin Melayu yang berani seperti beliau... Maka hak Melayu lepas ni boleh di 'steamroll' kan saja oleh puak-puak yang seangkatan dengan mereka.

Selepas itu, siapa lagi yang berani beri amaran dengan ayat "Jangan bermain dengan api" seperti Tan Sri Muhyiddin selain Tun M lagi???


#MP - Jangan diracuni minda anak-anak yang baru ingin mengenal ilmu dan dunia...

10 September 2014

USTAZ WAN JI (VIDEO): Tanam misi hapus 'Sistem Raja Berpelanggaan'


Dalam rakaman tersebut, dia berkata sedang merancang untuk menghapuskan sistem raja berperlembagaan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

“Ana punya cita-cita pada 2030, Sultan tak ada dan Malaysia dah jadi negara Republik.

“Kita dah buat perancangan ini sejak 2011, dan game (gerakan) pertama (ialah) untuk membuatkan orang berkata (menanam persepsi) Sultan itu Syaitan” katanya di dalam rakaman berdurasi 3.05 minit itu.

Bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor itu turut menjelaskan, bagi membolehkan misinya itu berjaya dengan memastikan ada individu yang ditangkap disebabkan faktor Sultan.

Diakhir rakaman tersebut Wan Ji turut berkata sistem monarki yang digunakan pada ketika ini mempunyai sedikit kebaikan namun lebih banyak mendatangkan mudarat sambil menyifatkan hukum pemerintahan Raja ini bersamaan dengan hukum babi (najis berat).


Saksi video penuh di bawah...







#MP : Macam manusia tak bertamadun pulak dah!

'Wasatiyyah Dalam Al-Quran dan Sunnah' pertama dari Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar


Selain dari mempengerusikan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta berkecimpung dalam dunia politik sebelum ini, Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar buat pertama kalinya menceburkan diri dalam arena penterjemahan.

Usaha beliau yang disokong oleh Internasional Institute of Advanced Studies (IAIS), Kuala Lumpur menterjemah sebuah buku Bahasa Inggeris berjudul Moderation and Balance in Islam: The Quranic Principle of  Wassatiyyah, hasil karya seorang tokoh akademik, Professsor Dr. Mohammad Hashim Kamali.


Bukunya bertajuk 'Wasatiyyah Dalam Al-Quran dan Sunnah' telah berjaya di lancarkan semalam oleh YB Dato' Seri Sabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia di IAIS, Kuala Lumpur.

Dalam ucapan beliau berkata, Wasatiyyah atau kesederhanaan dan keseimbangan merupakan sebahagian daripada ajaran Islam yang menyentuh pelbagai bidaang dalam peradapban atau tamadun Islam. Kesederhanaan penting dalam mencapai kesejahteraan dan keseimbangan dalam masyarakat serta hubungan sesama insan.



"Konsep Wasatiyyah sebenarnya cukup indah. Ia bukan sahaja diktirafkan sebagai kesederhanaan, malahan ianya boleh difenasikan sebagai tidak melampau atau tidak ekstrim," kata Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar

Tambahnya lagi, ringkasan 'wasat' membawa tiga makna, iaitu to moderate, to be in the middle and to be the best. Wasatiyyah dari perspektif Islam bermakna umat Islam mesti bersederhana, lari dari sifat ekstrim atau menggalakkan diri dari sifat ekstrim atau mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau perilaku ekstrim dan melampaui batas.

Professsor Dr. Mohammad Hashim Kamali. 
Pada majlis pelancaran tersebut, turut dihadiri oleh penulis asal buku Professsor Dr. Mohammad Hashim Kamali.  

Pelancaran buku 'Wasatiyyah Dalam Al-Quran dan Sunnah' itu, dikendalikan bersama oleh MPH Group Publishing dan kini boleh didapati di semua kedai buku besar seluruh negara dengan harga RM20 senaskah.

Butir-butir buku seperti berikut:

TAJUK     : WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN SUNNAH
ISBN        :  978-967-415-201-7
HARGA    : RM 20.00
SAIZ         : 14.9sm X 22.4sm
FORMAT  : Kulit Nipis (Paperback)
 


9 September 2014

#PrayForMH17 : Dua jenazah mangsa tregedi MH17, selamat pulang.

 
Dua lagi jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu dibawa pulang ke tanah air dan diberikan penghormatan hari ini.

MH17: Keluarga reda hanya jenazah Tambi tiba pagi ini
 
Allahyarham Tambi bersama isteri Ariza dan semua anak mereka yang terkorban dalam tragedi 
 
MH17.


Mereka ialah Allahyarham Tambi Jiee dan Benjamin Lee Jian Han

Pesawat yang membawa dua jenazah mangsa MH17 tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tiba pada pukul 8.28 pagi tadi.

ISTIADAT PENGHORMATAN JENAZAH. Antara waris dan keluarga mangsa yg hadir memberi penghormatan terakhir
 
Ketibaan pesawat tersebut disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet.

 Alfatihah buat mereka... Amin

8 September 2014

Berhasrat ambil alih tanah bekas Kem Tebrau untuk bangunkan perumahan - @khalednordin


YAB. Mohamed Khaled, Menteri Besar Johor telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri berhasrat mengambil alih tanah bekas Kem Tebrau di sini seluas 154.59 hektar bagi membangunkan kawasan perumahan, selepas menyempurnakan majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Bandar Dato' Onn, kelmarin.
Beliau berkata, pengambil-alihan yang akan dilakukan oleh JCorp itu bertujuan membina kawasan bercampur termasuk penyediaan rumah mampu milik, seterusnya menyelesaikan masalah setinggan di kawasan berhampiran.

"Dahulunya tapak itu adalah tanah kem yang kemudian diswastakan. Hingga kini pihak berkenaan tidak menjalankan sebarang pembangunan.

"Jadi, kerajaan tidak boleh biarkan keadaan ini berlarutan terlalu lama dan sebagai penyelesaian kerajaan negeri akan mengambil alih dan melantik JCorp bagi menjayakan pembangunan di kawasan berkenaan," katanya.

Dalam ucapannya juga, kerajaan pusat diminta mewujudkan semula bank atau institusi kewangan yang menyediakan skim sewa beli berkesan bagi memudahkan rakyat memiliki rumah.

YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin berkata, pembeli berdepan masalah sukar untuk mendapatkan pinjaman dan secara tidak langsung menjejaskan hasrat mereka untuk memiliki rumah yang telah disediakan oleh kerajaan negeri.

"Kerajaan perlu memikirkan pendekatan sewa beli bagi rakyat yang ingin memiliki rumah dan untuk memastikan keberkesanan matlamat berkenaan, perlu diwujudkan bank atau institusi yang menyediakan skim sewa beli.

"Dulu ada MBSB (Malaysia Buil-ding Society Berhad) tetapi atas sebab tertentu, peranannya sedikit berubah. Bagaimanapun, kerajaan perlu kembalikan atau mewujudkan satu badan yang dapat menjayakan skim sewa beli bagi memudahkan rakyat membeli rumah," katanya.
 

YAB. Mohamed Khaled berkata, JCorp menerusi anak syarikatnya Johor Land Bhd., akan membina sebanyak 8,000 unit rumah mampu milik dan kos rendah menjelang 2020 sebagai usaha menjayakan Dasar Perumahan Rakyat Johor.

"Sebanyak 1,150 unit rumah mampu milik akan dibina di Bandar Dato' Onn di sini dalam tempoh lima tahun hingga 2017 membabitkan dua fasa dengan harga RM80,000.

"Sasaran kerajaan negeri menjelang 2017/2018 adalah pembinaan 28,000 unit, tetapi mengikut kiraan yang dibuat sebanyak 37,000 unit akan siap menjelang tahun berkenaan," katanya.

#MBSelangor : PKR dan DAP 'Derhaka' pada Sultan Selangor


Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP hanya menghantar satu nama calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor dianggap biadap dan satu penderhakaan kepada titah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda turut merasa dukacita diatas tindakan kedua-dua parti yang hanya menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekaligus engkar titah baginda yang meminta parti dalam Pakatan Rakyat (PR) memberikan lebih dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar. 


Rasa dukacita baginda dizahirkan melalui kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Sulit baginda Datuk Mohamad Munir Bani, pada pagi Isnin.

Menurut kenyataan itu, baginda sudah menerima senarai nama daripada PAS,PKR dan DAP seperti titah Sultan Selangor melalui surat bertarikh 27 Ogos lalu.

Namun, demikian hanya parti PAS yang akur dengan menyenaraikan tiga nama calon Menteri Besar Selangor.

Manakala DAP dan PKR masing-masing hanya mengemukakan nama Wan Azizah.

“Sultan Selangor amat dukacita atas tindakan parti DAP dan PKR yang engkar terhadap titah baginda bertarikh 27 Ogos . Tindakan pari DAP dan PKR menggambarkan kebiadaban kepada instutusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah Sultan Selangor,” kata kenyataan itu.

Titah Sultan Selangor supaya mengemukakan lebih dua nama adalah amalan konvensi yang dilaksanakan baginda bagi membolehkan Tuanku membuat pemilihan terhadap bakal menteri besar dengan melihat bukan sahaja sokongan majoriti Adun malah kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seorang Adun tersebut.

Menurut kenyataan itu, dengan penerimaan senarai calon-calon tersebut, baginda akan menelitinya dan akan mengambil kira segala aspek dalam menilai setiap calon sebelum sebarang keputusan dibuat. Dalam masa sama memandangkan kuasa melantik Menteri Besar terletak pada budi bicara Sultan Selangor, baginda akan meneliti nama-nama Adun yang lain dari pakatan rakyat yang berkelayakan pada fikiran baginda mendapat kepercayaan majoriti Adun.- sumber

5 September 2014

PKR di perbodohkan Anwar...



Kesediaan ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk terus diperbodohkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu nepotisme kronik membabitkan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sangat menghairankan.

Ini kerana, ketika Pas sendiri yang sebelum ini merupakan penyokong kuat Anwar pun sudah 'buka mata' dan sanggup menentang usaha Ketua Pembangkang mencalonkan Wan Azizah, tetapi ahli PKR masih gagal melihat amalan nepotisme kronik biar pun di depan mata.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, dalam sejarah politik negara belum pernah mana-mana pemimpin mencalonkan isteri sendiri sebagai menteri besar tetapi amalan tidak sihat itu berlaku di dalam PKR akibat nafsu politik Anwar.

"Tindakan Anwar ini sebenarnya kerana mahu meneruskan talian hayat politiknya yang ketika ini berada di hujung tanduk walaupun beliau tahu bukan sahaja pihak Istana Selangor, bahkan Pas sendiri menolak Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.

"Sebab itu bagi saya secara peribadi, saya hanya memandang lekeh ahli politik seperti Anwar yang sanggup mencalonkan isteri sendiri tetapi kemudian menafikan ia bukan amalan nepotisme," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar dan PKR sehingga kini masih bermati-matian mahu menabalkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim walaupun dikecam hebat pelbagai pihak termasuk oleh Pas sendiri.

Malah, menerusi Ketua Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang dilabelkan sebagai anak emas Anwar yang baharu, parti itu mencabar mana-mana ahlinya meninggalkan PKR jika tidak bersetuju dengan pendekatan Ketua Pembangkang tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata, tindakan Anwar bukan sahaja tidak beretika dan menggugat kestabilan politik di Selangor tetapi hampir setiap langkah politik yang diambil Ketua Pembangkang itu akhirnya hanya menyusahkan rakyat.

"Kepada ahli-ahli PKR bukalah mata dan nilai melalui akal yang waras apakah mereka mahu lihat amalan nepotisme seperti ini berlaku dalam negara hanya kerana ingin memenuhi nafsu politik individu sedangkan tanggungjawab kepada negara jauh lebih utama," katanya.
- Sumber

KEMELUT SELANGOR : Sifat dan falsafah politik Anwar Ibrahim

 
 
KEMELUT politik Selangor belum nampak penghujungnya. Tiga parti yang membentuk pakatan tidak rasmi untuk membentuk kerajaan negeri ditunjangi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini goyah. Semuanya bermula dengan Langkah Kajang yang diatur oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menyaksikan negeri terkaya di Malaysia itu dalam krisis. 
 
ISMAIL MINA AHMAD
Ikuti wawancara wartawan media dengan Presiden Muafakat Malaysia, ISMAIL MINA AHMAD, lulusan sosiologi dari Universiti Malaya (UM) yang mempunyai sejarah panjang bersama Anwar di dalam jemaah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), mengenai sifat dan falsafah politik 'sahabat' lamanya itu.
 
Selanjutnya KLIKSINI

3 September 2014

Johor Bangunkan Hab Institut Kemahiran- @khalednordin


Didalam amanat YAB. Menteri Besar Johor dihadapan lebih 2,000 penuntut baharu yang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi kemasukan sesi 2014/201, semalam. Johor akan membangunkan sebuah institut kemahiran di Bandar Tenggara sebagai salah satu usaha melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dan separa mahir yang diperlukan negara.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, institut berkenaan akan dibina di atas tanah seluas 202.34 hektar bermula tahun depan. Antara bidang yang menjadi fokus bagi merealisasikan penubuhan institut tersebut adalah minyak dan gas, hospitaliti dan kejuruteraan.
 

Menurut beliau lagi, perkara ini memang ada dalam perancangan kerajaan negeri. Johor memang ingin mewujudkan sebuah hab institut kemahiran. Perancangan mengenainya sedang dilakukan dan apabila semuanya lengkap, ia akan umumkan nanti.

Pembinaan institut kemahiran berkenaan juga akan melibatkan kerjasama dengan beberapa pihak dari dalam dan luar negara. Antara negara yang bersedia bekerjasama dalam membangunkan hab institut kemahiran itu adalah Jerman, United Kingdom, Jepun dan Australia.

"Hab institut kemahiran ini adalah berbeza dengan (konsep) di Educity kerana institusi pengajian yang dibina di sana adalah berasaskan akademik," tambah Menteri Besar.

"Kita masih dalam proses merancang dan mencari mekanisme terbaik bagi pelaksanaannya dan apabila semuanya selesai, kita akan umumkan," katanya.


Turut hadir
pada majlis Minggu Mesra Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2014, semalam, ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday dan Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Ir. Wahid Omar.

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.