#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

21 July 2015

FGV: Perluaskan Ladang Felda di Indonesia



Mengulas rancangan dan tujuan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) membeli tanah seluas 420,000 hektar daripada PT Eagle High Plantations (EHP) di Indonesia. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata cadangan tersebut dibuat setelah FELDA menghadapi kekangan untuk menambah keluasan ladang di negara ini.

"Ketiadaan tanah sesuai bagi memperluaskan sektor perladangan sedia ada menyebabkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) adakan cadangan untuk melabur di Indonesia."

PT Eagle High Plantations (EHP) 
Beliau merangkap Pengerusi FELDA juga berkata, FELDA beralih ke Indonesia kerana kedudukan negara tersebut paling hampir dengan negara ini.

"Lagipun kita memang sudah mempunyai ladang di Kalimantan,”ujarnya lagi.

Tanah seluas 420,000 hektar tersebut juga dikatakan sesuai untuk tanaman tebu dan boleh menampung keperluan kilang gula milik MSM Malaysia Holdings Berhad, anak syarikat FGV selain tanaman sawit.


Tan Sri Isa Samad bersama isteri Puan Sri Bibi Sharliza melayan tetamu
di majlis rumah terbuka beliau.
Menurut Tan Sri Isa, pada masa ini FELDA belum memiliki ladang tebu.

“Ini antara faktor yang FGV lihat untuk pelaburan di Indonesia itu. Kita juga berharap dengan penglibatan kita dengan EHP ini kita dapat memasuki pasaran Indonesia yang besar bagi memasarkan pelbagai produk FELDA termasuk minyak masak dan sebagainya.

Walau bagaimana pun, pihaknya sedang menunggu pandangan pihak ketiga dalam perkara ini dan ia akan dibawa pada mesyuarat agung luar biasa bulan depan, 
jelasnya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau, semalam.


Terdahulu (KLIKSINI), YAB.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut menyatakan, dimana kerajaan menerusi FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akan melakukan penelitian sebaik mungkin sebelum membuat keputusan berhubung perkara itu.

"Pembelian itu tidak dilakukan secara terburu-buru kerana perlu mengambil kira manfaatnya kepada pelbagai pihak khususnya peneroka FELDA dari segi keuntungan yang bakal diperoleh." jelas DS Najib.

Baru-baru ini juga (KLIKSINI), Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) telah membawa 50 wakil peneroka terdiri daripada kepimpinan peneroka dari 11 wilayah Felda dan Wanita Felda, termasuk ahli Majlis Belia Felda Malaysia selain beberapa pengurusan tertinggi syarikat perladangan itu bagi melawat ladang kelapa sawit dan tebu milik PT Eagle High Plantations (EHP) di Indonesia.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.