GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

26 Mac 2015

DAPvsPAS: “Kalau nak putus biar putus habis..." - Wee Ka Siong


Bak kata pepatah "Bagaikan Retak Menanti Belah". Itulah ungkapan yang sesuai dapat MP perkatakan terhadap kekalutan yang di persembahkan pemimpin-pemimpin tertinggi parti DAP kepada rakan sekutunya parti PAS dalam Pakatan Rakyat.

Berlakunya situasi sebegini, tentu sekali telah menyedarkan lebih ramai lagi pengikut terutama bagi golongan muda ataupun yang masih mentah dalam menyertai politik PAS yang sekian lama tidur sebantal dengan DAP.

Pergolakkan antara DAP dan PAS di lihat semakin keliru dengan kenyataan terkini dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi DAP dan telah membuat keputusan memutuskan perhubungan dengan Hadi kerana mengkhianati persetujuan dalam Pakatan Rakyat.

Keadaan dilihat semakin meruncing apabila Setiauasaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP mengumumkan bahawa parti itu kini memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tidak lagi dapat dapat bekerjasama dengan presiden PAS yang disifatkan “tidak jujur”.

Pada masa yang sama, kini DAP hilang kepercayaan kepada PAS setelah melihat tindakkan PAS bersama 12 Adun Umno menyatakan sokongan sebulat suara terhadap pembentangan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) negeri Kelantan yang diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan pada 19 Mac 2015

Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan kelmarin meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini selepas kesemua 44 anggota dewan sebulat suara meluluskan rang undang-undang itu.



Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong turut menyatakan pendapat beliau dan menyifatkan tindakan DAP memutuskan hubungan hanya dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukannya PAS keseluruhannya adalah pelik, aneh dan ganjil.

Menurut Ka Siong. keputusan untuk melaksanakan hudud adalah keputusan parti, bukan keputusan Presiden PAS itu seorang.

“Hudud itu adalah pendirian parti PAS, bukan pendirian presiden sahaja, Ia bukan satu perkara yang boleh buat secara cincai, tak boleh dijadikan perkara remeh temeh,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Selasa.

Tambahnya lagi, seharusnya DAP memutuskan hubungan seluruhnya dengan PAS sekiranya parti itu benar-benar tidak mahu ada hubung kait dengan parti PAS dalam sebarang urusan.

“Kalau nak putus biar putus habis, jangan putus dengan seorang.

“Sebab Saya nampak tak logik kalau dia putus hubungan dengan seorang pemimpin tapi bukan dengan parti,” tambahnya.


Jelas Ka Siong, hudud telah dibangkitkan oleh PAS pada 1993, sepatutnya DAP sudah sedia maklum tentang pendirian PAS yang memang tidak pernah berubah sejak penubuhannya.

Pembangkang pertikai lagi kenapa Dr Mashitah tidak ditahan Polis.


MP DAP Ipoh Timur yang cuba bangkit mempertikaikan semula kredibiliti anggota Polis kononnya Polis tidak menahan Ketua Wanita UMNO Baling setelah mengeluarkan satu kenyataan sensitif semasa Perhimpunan Agung UMNO 2014 dianggap tektik untuk mendapatkan publisiti murahan.

Walaubagaiman pun, hal tersebut telah disambut oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi menjawab soalan Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M Kulasegaran yang bertanya kenapa pemimpin UMNO tidak ditahan berhubung kenyataan kontroversi yang dikeluarkan kerana kenyataan Dr. Mashitah dapat dirakam dalam tempoh 24 jam selepas aduan dibuat.

Dr. Mashitah yang dikaitkan sebagai pemimpin UMNO yang tidak ditahan berhubung kenyataan kontroversi yang dikeluarkan mengenai kejadian membakar Al-Quran di Kedah.

Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) bagaimanapun memberi kerjasama kepada polis apabila tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 8 Disember tahun lepas.

Mashitah sebelum itu dilapor membangkitkan isu berkenaan dalam perbahasannya di Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang berlangsung pada akhir November.

Susulan itu pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa siasatan dibuat terhadap Mashitah, manakala pada 28 November, Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching membuat laporan polis kerana kenyataan Dr Mashitah dianggap tidak bertanggungjawab.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam penjelasannya berkata, sebelum menyampaikan perbahasan, beliau dimaklumkan oleh Ketua Wanita UMNO Kuala Kedah bahawa berlaku peristiwa berkenaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubang Rotan, di Kedah.

Namun Menteri Besar Kedah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir kemudian menjelaskan bahawa siasatan awal mendapati kejadian itu dilakukan oleh mereka yang kurang siuman.


Selanjutnya ikuti sedutan ucapan Dr Mashitah yang dikatakan telah membangkitkan sensitiviti sesetengah pihak.

25 Mac 2015

FGV: Kini ceburi bidang software perbankan kewangan bersama SIP


Baru-baru ini FGV mengeluarkan satu kenyataan dimana anak syarikatnya Felda Prodata Systems Sdn Bhd dan Silverlake Innovation Partners Sdn Bhd (SIP) telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) untuk meneroka peluang perniagaan dalam aplikasi (software) kewangan dan perbankan.

Seperti yang dilaporkan portal The Edge Markets, tempoh kerjasama akan meliputi tempoh 6 bulan untuk melihat perkembangannya dan sudah tentu akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi untuk melihat hasilnya.

Sistem ini akan diaplikasikan didalam urusan perbankan Islam. Menurut FGV juga, anak syarikatnya Felda Prodata System Sdn Bhd akan dipertanggungjawabkan untuk bekerjasama dengan SIP untuk tujuan tersebut.

SIP merupakan sebuah syarikat yang mengendali konsultan dalam bidang software perbankan kewangan yang mana dimiliki oleh Taikun Teknologi, Goh Peng Ooi dari Silverlake Group.

Kadar Tambang Baru Teksi Diteruskan Perlaksanaannya - YB Nancy Shukri


Keluhan pemandu-pemandu teksi mengharapkan agar kadar tambang baru yang dumumkan baru-baru ini diteruskan telah di terima baik oleh pihak kerajaan.

Walaupun pada awalnya ada sedikit percanggahan pendapat di antara menteri-menteri kabinet, namun sebagai kerajaan yang mengutamakan kepentingan dan berlaku adil kepada semua rakyat, kerajaan di bawah kepimpinan YAB DS Najib telah membuktikan kata diikat dan janji pasti dikota...

Akhirnya keputusan kadar tambang baru teksi yang diumumkan baru-baru ini, diterima dan di teruskan perlaksanaannya mengikut sepertimana kadar yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri telah membuat pengumuman menerusi satu kenyataan akhbar yang telah di keluarkan oleh beliau bertarikh 23 Mac 2015 di mana berkata, pelaksanaan tambang baharu perkhidmatan bas ekspres dan rel kini ditunda manakala tambang baharu teksi diteruskan mengikut sepertimana yang di umumkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), baru-baru ini.

Beliau berkata, bagi kadar tambang baru perkhidmatan bas ekspres dan rel. Perlaksanaannya ditunda hingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan itu diputuskan mesyuarat jemaah menteri pada Jumaat lepas.

Khamis lalu, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan bahawa tambang teksi dan kereta sewa naik antara 20 hingga 67 peratus manakala tambang bas ekspres naik 22.6 peratus bermula 15 Mei.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudian meminta SPAD menangguhkan pelaksanaan kadar tambang baharu pengangkutan awam itu.

Untuk keterangan lanjut, ikuti kenyataan akhbar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri seperti berikut:


24 Mac 2015

SAVE MALAYSIA: Mainan Politik Kit Siang - Presiden MCA


MP amat bersetuju dengan pendapat Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkaitan cadangan Lim Kit Siang sebelum ini terhadap pembentukan sebuah persekutuan baharu yang dikenali sebagai ‘Save Malaysia’ yang terdiri daripada ahli dari pelbagai latar belakang politik berbeza yang bermatlamat untuk memperjuangkan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang dilihat satu permainan yang sengaja direka setelah gagal menghalang PAS dalam isu 'Hudud'.

MP turut percaya dimana tindakan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menjemput ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menubuhkan ‘Persekutuan Baru’ disifatkan sebagai hanya untuk menutup kelemahan partinya yang kini semakin goyah juga ada benarnya.

Baru-baru ini, apabila ditanya ketika lobi Parlimen, 
Datuk Seri Liow Tiong Lai menolak bulat-bulat undangan Presiden DAP Lim Kit Siang untuk membentuk ‘Save Malaysia’ yang terdiri daripada ahli dari pelbagai latar belakang politik berbeza yang kononnya bermatlamat untuk memperjuangkan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.
Jelas beliau, DAP dilihat terpaksa mendapatkan sokongan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) apabila mereka gagal menghalang PAS meneruskan agenda pelaksanaan hudud.

“Kalau untuk pembangunan negara, kita memang terbuka dengan semua pihak untuk kerja bersama. Tapi kita sangsi dengan agenda Kit Siang..."

“Beliau sebenarnya cuba alihkan perhatian terhadap kegagalannya menghalang PAS…dia main politik dalam isu hudud,” katanya lagi.

Susulan daripada pembentangan dan kelulusan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 di DUN Kelantan baru-baru ini, Tiong Lai mahu DAP bertanggungjawab.

“Kit Siang tahu sejak awal bahawa PAS akan laksanakan hudud tetapi sekarang jelaslah bahawa dia gagal halang, sebab itu dia cuba main politik dengan isu hudud.

“Kita mahu rakyat tahu bahawa Kit Siang perlu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku,” katanya.

23 Mac 2015

Tindakkan DAP menentang pelaksanaan 'Hudud' bukan satu kejutan - Dr Mashitah Ibrahim

 

Tindakan Aisyah Tajuddin mempersendakan hukum Hudud melalui sebuah klip video bertajuk "Hudud Isi Periuk Nasi" pada 19 Mac 2015, tidaklah menjadi satu kejutan.

Jika diteliti latar belakangnya, Aisyah Tajuddin merupakan anak kepada ibu bapa yang menjadi ahli dan menganut fahaman DAP.

Video diterbitkan oleh BFMRadio itu mengkritik Hukum Hudud disebar luas dalam media sosial.setelah Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan pindaan ke atas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) pada 19 Mac, lalu.
Sepertimana semua ketahui, DAP adalah penentang utama hukum Hudud sekiranya dilaksanakan di Malaysia. Walaupun PAS dan DAP berada di dalam Pakatan Pembangkang yang sama, hukum Hudud kerap kali menyebabkan kedua-dua parti sering tidak bersefahaman.

Dr Mashitah Ibrahim, Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) telah mengingatkan di dalam rencana yang ditulisnya di dalam Sinar Harian dua bulan lepas yang bertajuk "Kenapa DAP Bantah Hudud". KLIKSINI. 
 
Dr Mashitah Ibrahim,
Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM)

Dr Mashitah dalam tulisannya berkata;

Menurut Lim Kit Siang, DAP mengambil keputusan tidak menyertai pakatan pembangkang bersama Pas ketika hadapi Pilihan Raya Umum 1986 dan 1990 kerana membantah hasrat melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan Negara Islam.

Malah, dalam PRU 1990, DAP meletakkan calonnya untuk bertanding di kerusi Dun Padang Garong dalam kawasan Parlimen Kota Bharu. Namun, calon itu, Lim Kok Kee, tewas.
Walaupun pemimpin Parti Semangat 46 kemudian berjaya menggabungkan DAP dan Pas dalam Barisan Alternatif, pakatan ini akhirnya berpecah pada 2001 kerana kepimpinan Pas menolak satu persefahaman yang dipanggil Pendirian Lima Perkara.

Inti pati Pendirian Lima Perkara adalah (1) Pas kena setuju tidak akan berlaku perubahan radikal terhadap Perlembagaan Persekutuan seperti penubuhan Negara Islam, Kristian, Buddhis atau Hindu (2) Selagi berada dalam pakatan pembangkang, Pas mesti bekerjasama dengan parti sekutu untuk mengangkat demokrasi, bukan Negara Islam (3) Sebelum membuat sebarang keputusan atau pindaan kepada undang-undang negeri, Pas mesti rujuk dan mendapat persetujuan parti sekutu (4) Pas kena bersetuju dengan penubuhan sebuah jawatankuasa tertinggi yang mesti dirujuk jika ingin buat kenyataan atau tindakan sensitif berkaitan agama, dan (5) Pas mesti terima hakikat Malaysia sebuah negara plural dan Negara Islam tidak sesuai serta tidak boleh ditubuhkan.

Walaupun Pas berpakat semula dengan DAP dan berserta PKR menghadapi tiga PRU selepas itu, DAP tetap membantah hukum hudud dan hasrat Pas menubuhkan Negara Islam. Ramai penyokong Pas tidak setuju, malah marah dengan tahaluf siyasi yang dijalin parti itu dengan DAP. Pemimpin Pas cuba menenangkan penyokong dengan berkata mereka akan mendidik pemimpin DAP mengenai Islam. Selama 15 tahun, Pas bukan sahaja gagal berbuat demikian, malah pendirian DAP terhadap hukum hudud semakin keras.

Kit Siang, anaknya dan pemimpin DAP terus-menerus mengkritik pemimpin Pas hingga ke hari ini, termasuk cadangan mengadakan sesi khas persediaan membawa rang undang-undang hudud ke Parlimen pada 29 Disember lalu yang terpaksa ditunda kerana bencana banjir.

22 Mac 2015

Akur Kadar Tambang Baru Teksi Dan Bas Ekspress Ditangguhkan - SPAD


Pada 19 Mac lalu (KLIKSINI) Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan kadar tambang teksi akan dinaikkan antara RM1.25 sen hingga RM8.00 mengikut jarak perjalanan dan lokasi, berkuatkuasa serta-merta.

Manakala tambang bas ekspres naik 2.1 sen atau 22.6% bagi setiap kilometer bermula 15 Mei ini berikutan kadar harga tambang yang tidak disemak sejak 2009 manakala tambang komuter sejak 20 tahun lalu.

Difahamkan pengumuman kenaikan ini beberapa kali tertangguh.Terbaru semasa banjir besar melanda Kelantan dan beberapa negeri baru-baru ini.

"Setakat hari ini kos penyelenggaraan teksi dan bas telah meningkat 33% di mana NGV sahaja naik 11.3%. Kita juga kena mengambilkira susut nilai dan kenaikan gaji," katanya.

Bagaimanapun selesai sahaja pengumuman dibuat, pihak SPAD terus dihujani berbagai komen dan desakkan dari beberapa pihak khususnya pengguna berikutan keputusan menaikkan kadar tambang teksi dan bas ekspress yang dikatakan membebankan rakyat.

Pada 21 Mac berikutnya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan SPAD untuk menangguhkan kenaikan tambang teksi meskipun kerajaan memahami asas bagi kenaikan tambang pengangkutan awam tersebut kerana kata beliau sekarang bukan masa yang sesuai untuk melaksanakannya.

Walaupun tambang yang diumumkan oleh SPAD dikatakan berasas oleh sesetengah pihak, tapi ada alasan yang mangatakan dimana faktor masa tidak sesuai memandangkan kerajaan akan melaksanakan GST membuatkan ramai pihak yang menuntut agar ianya ditangguhkan...

Namun biarpun berat bagi SPAD yang memikul hal ini, tetap akur dengan kehendak Kabinet yang mahu kenaikan tambang teksi ditunda kesuatu tarikh dan sedikit masa lagi. Selaku sebuah suruhanjaya yang bertanggungjawab mengawal selia pengangkutan awam. Bagi SPAD, segala apa tindakkan dan perlaksanaan yang di buat adalah tiada lain tujuannya selain ingin meningkatkan kualiti industri teksi sekaligus menampung sara hidup para pemandu teksi yang begitu lama tidak merasai kenaikan kadar tambang iaitu sejak tahun 2009 lagi.

Isu tuntutan menaikkan tambang bukan perkara baru bagi pemandu teksi...Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) antara NGO yang acap kali mendesak pihak SPAD dan kerajaan menaikkan tambang teksi...apa tidaknya, kos penyelenggaran kenderaan sentiasa meningkat...tambang tahap yang sama juga...disebabkan hal ini, ada pemandu teksi yang terpaksa mengambil risiko tidak menggunakan meter ketika menghantar penumpang...

Atas inisiatif toleransi dan diplomasi, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata "Kabinet mempunyai kuasa untuk menangguhkan kenaikan tambang berkenaan."

"SPAD mematuhi prosedur dan undang-undang. Kabinet mempunyai kuasa dan kami akan ikut arahan. Tidak perlu wujud persengketaan,".

20 Mac 2015

MOU KUIN-YPPM: Dilaksana atas keyakinan wujudnya sinergi dengan pengalaman - Dr Mashitah


Perjanjian yang di lakukan baru-baru ini, bukan sahaja satu lembaran baharu kepada kedua-dua belah pihak, malah membawa impak besar terhadap institusi dan perkembangan pengajian pondok di negara kita.

Dimana MEMORANDUM persefahaman antara Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia turut dilaksanakan atas keyakinan wujudnya sinergi dari segi pengalaman, pengetahuan dan sumber insan yang boleh memanfaatkan Kuin, YPPM dan negara, khususnya dalam usaha membangun dan memperkasakan institusi dan sistem pendidikan pondok di Malaysia.

Skop kerjasama ini meliputi bidang penyelidikan, perkongsian sumber teknikal dan kepakaran, penerbitan, kemudahan untuk kajian akademik dan penganjuran wacana ilmu seperti forum, seminar dan persidangan serta program yang membabitkan masyarakat (community engagement). Ia membuka ruang kepada kegiatan penyelidikan lebih luas terhadap institusi pondok dan penganjuran program, bukan sahaja di Malaysia malah Asia, Afrika, Timur Tengah dan Eropah bagi menambahkan lagi khazanah ilmu dan pengetahuan mengenainya.

Untuk melaksanakan matlamat ini, kedua-dua pihak bersetuju menubuhkan Pusat Kajian Pondok (PKP) di Kampus Kuin Kuala Ketil yang mula berfungsi pada 1 Mac lalu. KLIKSINI

Manakala YPPM pula bersetuju menyediakan kepakaran dan kakitangan, bantuan berbentuk fizikal dan bukan fizikal, serta sokongan logistik dan jaringan.

Dr. Mashitah yang juga Pengerusi Pembangunan Yayasan Pondok Malaysia turut bersetuju dilantik sebagai Pengarah PKP dan berkhidmat tanpa gaji demi mengangkat martabat Institusi Pondok tanahair.

Malah, usaha seperti ini perlu digalakkan memandangkan institusi yang memberi pengkhususan kepada kajian mengenai pondok tidak banyak.

Menurutnya, hanya Universiti Utara Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Sains Islam Malaysia sahaja, selain Kuin, yang ada minat khusus terhadap kajian pondok.

"Saya cukup memahami tugas dan tanggungjawab yang dipikul, serta harapan banyak pihak terhadap PKP. Saya akan duduk berbincang dengan Rektor Kuin Prof Datuk Dr Mohd Yusof Kassim dan beberapa pihak lain untuk menetapkan hala tuju dan matlamat pusat kajian ini, serta cara paling baik dan berkesan untuk menghidupkan MoU yang baru ditandatangani. Pastinya ini meliputi, antara lain, soal penghasilan dan output, keperluan dana, kesesuaian staf, bahan penerbitan, aktiviti penyelidikan dan penganjuran program" ujar beliau lagi

Bagi pihak penganjur, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sudi merasmikan PKP dan menyaksikan majlis menandatangani MoU Kuin-YPPM.

Juga kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, barisan Exco Kedah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Lembaga Pengarah dan Mustasyar YPPM yang turut hadir, serta semua pihak yang terbabit menjayakan majlis bersejarah itu.

Kehadiran istimewa guru-guru pondok dan puluhan pelajar pondok yang datang ke TH Hotel and Convention Centre dengan bas telah memeriahkan majlis, terutama berselawat menyambut ketibaan Najib, yang juga Penaung YPPM dan semasa beliau meninggalkan majlis.

Ikon pelancongan tempatan dan bertaraf antarabangsa ada di Kota Tinggi


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di iringi
oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi ketika siri lawatannya ke Kota Tinggi.

Pihak kementerian sentiasa memberi sokongan dalam meningkatkan potensi pelancongan yang mana akan menubuhkan sekretariat untuk membantu membangunkan pelancongan di daerah-daerah yang bersesuaian

Antaranya daerah Kota Tinggi yang kaya dengan pelbagai produk pelancongan diyakini dapat menarik kehadiran lebih ramai pengunjung.

Tandatangan di buku pelawat Muzium Kota Johor Lama menjadi
bukti kehadiran Datuk Seri Mohamed Nazri


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata ikon pelancongan tempatan dan bertaraf antarabangsa yang ada di Kota Tinggi berpotensi menarik kehadiran pelancong asing khususnya rakyat Singapura.

"Contohnya ada Muzium Kota Johor Lama, Desaru Fruit Farm dan pantai manakala di sekitar bandaraya Johor Baharu terdapat beberapa taman tema dan pusat beli-belah Johor Premium Outlets.


Mengenai respon Nazri sepanjang lawatannya ke Kota Tinggi baru-baru ini berkata, kita melihat rakyat Singapura merupakan penyumbang terbesar ke Kota Tinggi kerana kedudukan yang berdekatan.

"Dengan kedudukan yang berdekatan Singapura, tarikan pelancongan ini sudah tentunya bukan sahaja menarik rakyat negara itu malah pelancong dari negara luar yang berkunjung ke Singapura," katanya kepada pemberita.

"Kita perlu menggiatkan promosi dan memperkenalkan pakej pelancongan yang sesuai kepada mereka," katanya.

.


Menurut beliau lagi, dengan usaha gigih Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid bersama pemimpin dan masyarakat setempat pasti akan meningkatkan industri pelancongan Kota Tinggi...

Selain faktor sejarahnya, Kota Tinggi mempunyai kedudukan geografi yang baik untuk menyediakan pelancongan berkonsepkan hutan lipur, homestay, keluarga angkat, chalet, river cruise, pakej percutian rumah rakit yang mampu menarik kaki-kaki pancing datang ke Kota Tinggi.

Bagi peminat makanan seafood, mungkin mereka boleh mencuba sajian yang ditawarkan di Restoran Terapung Bujang FireFly yang terdapat di Bandar Penawar. Sambil menunggu sajian, para pengunjung boleh menaiki bot untuk melihat kelip-kelip atau firefly pada waktu malam.


Banyak tempat-tempat menarik perlu pelawat lawati di Kota Tinggi ini. Dengan pakej alam sekitar yang ada tenyata ianya bertepatan dengan kehendak Menteri Pelancongan yang mana industri pelancongan Kota Tinggi perlu ditingkatkan bagi menarik lebih ramai pelancong ke daerah ini...

Dalam siri lawatan Nazri ke Kota Tinggi, beliau sempat melawat ke Wetland Belukar Durian, Muzium Johor Lama, Lotus Desaru Beach Resort, Desaru Damai Beach Resort serta Desaru Fruit Farm.



Turut sama pada lawatan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, Pegawai Daerah serta pemimpin-pemnimpin setempat.

19 Mac 2015

SPAD Sahkan Kenaikan Tambang Teksi Dan Bas Ekspress



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengesahkan bahawa kenaikan tambang teksi akan berkuatkuasa serta merta, manakala untuk bas ekspres bermula 15 Mei.

Kenaikan tambang yang perlu untuk memastikan daya maju komersil industri ini, kata Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar dalam satu sidang akhbar hari ini

Tambang teksi dan kereta sewa naik antara 20 hingga 67 peratus, manakala tambang bas ekspres akan naik 22.6 peratus.

Menurut Tan Sri Syed Hamid Albar, penetapan kadar baharu perkhidmatan teksi dan bas ekspres dilakukan atas sebab kenaikan kos termasuk penyelenggaraan dan insurans.

Katanya lagi, penetapan terpaksa dilakukan selepas kali terakhir semakan kadar tambang teksi dan bas ekspres pada tahun 2009.

Untuk teksi di Lembah Klang dan Johor Bahru, tambang jarak akan naik 38 sen bagi setiap km atau 43.7% kepada RM1.25 per km; manakala masa tambang akan meningkat 13 sen seminit atau 44,83% kepada 42 sen seminit. Kadar Flagfall kekal pada RM3.00.

Untuk Teksi 1Malaysia (TEKS1M) di Lembah Klang dan Johor Bahru, tambang jarak sehingga 63 sen bagi setiap km atau 72,41% kepada RM1.50 per km; manakala tambang masa naik sebanyak 21 sen seminit atau 72,41% kepada 50 sen seminit. Kadar flagfall terpulang RM1 atau 33% kepada RM4.

Di Pulau Pinang, tambang teksi bajet jarak sehingga 63 sen bagi setiap km atau 72,41% kepada RM1.50 per km; manakala tambang masa adalah sehingga 21 sen seminit atau 72,41% kepada 50 sen seminit. Kadar flagfall tetap sama.

Bagi TEKS1M di Pulau Pinang, jarak dan masa tambang dua kali ganda kepada RM1.75 per km dan 58 sen seminit masing-masing, daripada 87 sen bagi setiap km dan 29 sen seminit sebelum. Kadar flagfall tidak berubah.

Semua tambang teksi disemak semula adalah berkuatkuasa serta merta dan boleh dikenakan ke atas pelanggan sekali pengusaha teksi recaliberated meter mereka, kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Ismal Kamal.

SPAD menganggarkan ia akan mengambil pemandu teksi dan pengusaha kira-kira dua bulan untuk mempunyai meter recaliberated, sebelum teksi boleh mengenakan caj kadar baru.

SPAD juga akan menaikkan tambang bas ekspres kepada 11.4 sen setiap km, sehingga 22,58% daripada 9.3 sen setiap km sebelum, efffective pada 1 April 2015.

Mengenai kenaikan tambang, Syed Hamid berkata: "Semakan yang bertujuan untuk menyelaraskan kadar tambang dengan kos operasi yang sebenar, juga menyerang keseimbangan yang adil antara kebajikan penumpang dan pemandu serta operator," kata Syed Hamid.

Beliau berkata pelarasan tambang teksi telah dibuat pada rundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan sebelum keputusan itu dibuat.

"Pelarasan ini tambang telah kira GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), walaupun tambang ini tidak mempunyai GST, tetapi kos operasi perniagaan melakukan menanggung GST," katanya.


Mohd Nur juga dianggarkan bahawa akan menjadi satu lagi semakan tambang keretapi dalam tahun ini, tetapi menegaskan bahawa bergantung kepada KTM Bhd dan Syarikat Prasarana Negara Bhd menjalankan kajian semula tambang.

Mohd Nur juga berkata SPAD telah dimaklumkan oleh Majlis Ekonomi, bahawa Petroliam Nasional Bhd akan menaikkan harga Gas Asli Kenderaan (NGV) pam, yang bersamaan dengan gas asli mampat, kepada RM1.05 seliter, kenaikan 54,41% dari 68 sen seliter.

Semakan terakhir NGV harga pam ialah pada 2005, manakala tambang teksi dan bas ekspres kali terakhir disemak pada tahun 2009.

Mohd Nur juga mengingatkan pengusaha teksi yang mereka perlu mengenakan kadar yang sedia ada sehingga meter mereka telah caliberated.


18 Mac 2015

Ahli Parlimen Kota Tinggi menolak tanggapan Rafizi menyatakan GST membebankan...

Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid
Ahli Parlimen Kota Tinggi 
Sekalipun kerajaan tidak mempunyai jawapan terhadap semua persoalan, dalam konteks sejarah negara Malaysia, sudah terbukti selama ini kerajaan yang memerintah berjaya menangani aspirasi rakyat terbanyak. Sejak sekian lama, kerajaan bersungguh untuk mewujudkan ekosistem terbaik bagi merealisasikan hasrat menjadi sebuah negara maju serta berpendapatan tinggi.

Sebagai sebuah kerajaan, sudah tentu mahukan kehidupan rakyat hari ini lebih baik daripada hari semalam dan kehidupan mereka pada masa depan akan lebih baik lagi daripada hari ini. Ke arah matlamat itu, pastinya segala rancangan dibuat menjanjikan kejayaan serta kemajuan buat kita semua.

Termasuklah GST, antara rancangan ataupun produk terbaru yang ingin dilaksanakan kerajaan, saban hari ditentang dan dijadikan bahan tohmahan pihak pembangkang. Walaupun dah berbagai kempen dijalankan, dari papan tanda, sesi penerangan, iklan TV/Radio, Internet dan bermacam-macam lagi lah... Kerajaan tetap dipersalahkan.

Apa saja kerajaan / BN buat semua bangkang! Pendek kata apa saja masalah yang mereka hadapi dalam kehidupan seharian semuanya berpunca daripada salah kerajaan, BN atau UMNO yang memerintah pada hari ini.

Setakat ini, kita mendapati sebanyak 160 negara telah laksanakan GST...

Daripada jumlah 160 itu, 8 negara yang melaksanakan GST bukanlah negara angota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB dan daripada jumlah 193 negara anggota PBB pula sebanyak 41 sahaja negara, belum melaksanakan GST.

Antaranya Malaysia dan telah bercadang untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST pada 1 April ini. Mengikut beberapa fakta yang di sebut, ternyata sistem cukai ini (GST) bukannya suatu perkara baru yang sengaja diada-adakan oleh Barisan Nasional sebagai kerajaan yang memerintah Malaysia ketika ini

Pendek kata perlaksanaan GST akan menguntungkan semua pihak, kerajaan dan rakyat. Ya, dalam apa sistem sekalipun, ada kelemahan tapi ada juga kebaikan, ini sistem manusia bukan sistem Tuhan. Yang penting apa pun kebaikan tu kita perbaiki bersama, bukan bantah bila GST belum pun dilaksanakan lagi.

Mujurlah pemimpin dan rakyat 160 negara yang terdahulu melaksanakan GST sebelum ini, tidak ada PAKATAN RAKYAT di negara mereka. Jika negara mereka ada Pakatan Rakyat, sudah tentu pelaksanaan GST di negara mereka akan terganggu dek kerana kerajaan terpaksa melayan kerenah pemimpin pakatan yang hanya tahu mencipta propaganda kononnya apa yang kerajaan buat semuanya tak betul dan membebankan rakyat...

Semakin dekat tarikh pelaksanaan GST, semakin galak pulak puak-puak 'fuckatan' membangkang dan menggasak kerajaan.


Terkini dimana Setiausaha Agong PKR, Rafizi Ramli telah mengeluiarkan kenyataan, cuba jadikan isu gunting rambut pun turut dikaitkan dengan kelemahan Barisan Nasional dan kenyataan Ahli Parlimen Pandan itu telah mendapat perhatian Ahli Parlimen Tinggi sekaligus Datuk Ehsanuddin menempelak kenyataan Rafizi Ramli yang mendakwa GST itu membebankan rakyat...

Ikuti kenyataan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi mengenai kenyataan "tak sekolah" Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli tentang pelaksanan GST yang saya petik di portal BNBBC :


“Apa yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Pandan itu memang mengelirukan rakyat kerana ada empat perkara penting yang boleh dilihat kesan positifnya.

“Pertama, daripada dua cukai jadi satu cukai iaitu 16 peratus menjadi 6 peratus sahaja, banyak barangan yang daripada mahal menjadi makin murah, harga boleh direbat daripada kerajaan oleh pembekal, pengilang dan pengedar, serta bukti yang paling jelas adalah sebanyak 160 daripada 190 buah negara yang telah menggunakan cukai GST ini,” katanya if kepada BNBBC.my di Parlimen, Isnin.


Sebelum itu, Rafizi sewaktu membahaskan titah Diraja menekankan soal GST yang kononnya akan membebankan rakyat.


Menurut Ehsanuddin, GST adalah selaras Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan di mana peniaga tidak boleh mengenakan harga jualan dengan kadar yang sangat tinggi kerana kerajaan mampu mengawal harga berdasarkan sistem rebat yang dikenakan kepada setiap peniaga, pengilang mahupun pembekal.


“Di sini semua pihak akan dapat manfaatnya, baik dari segi peniaga akan mendapat keuntungan, pengguna dapat berbelanja dengan harga di bawah kawal manakala kerajaan akan mendapat sumber pendapatan daripada percukaian yang akhirnya cukai tersebut akan dinikmati oleh semua pihak,” katanya.


Selain itu, penggunaan GST juga akan dapat meyakinkan para pelabur untuk melabur di Malaysia memandangkan negara kita akan turut menyertai 160 negara lain mengenakan cukai yang sama.


“Ini bermakna cukai GST ini bertaraf antarabangsa kerana banyak negara luar yang telah menggunakan cukai tersebut lebih awal daripada kita,” tambahnya.


Justeru, beliau menolak tanggapan Rafizi yang menyatakan GST hanya membebankan rakyat kerana ia bertentangan matlamat kerajaan meletakkan rakyat sebagai keutamaan dalam semua aspek khususnya menerusi perlaksanaan GST bermula April ini.


Nah... begitu lah! Sememangnya kalau ditanya puak 'fuckatan'... Takkan ada betulnya tindakkan yang dilaksanakan BN atau kerajaan pada hari ini. Mereka tidak mempedulikan soal benar atau salah” tetapi hanya mahukan kelebihan politik dan peluang untuk menyerang kerajaan.

Sesiapa saja yang mampu memberikan keuntungan politik bagi mereka, biarpun individu atau kumpulan yang disokong mereka itu mempunyai salah laku atau pun mempunyai pendirian yang melampau mengatasi norma kehidupan bermasyarakat negara... Ia menjadi sokongan pada mereka.







17 Mac 2015

Angkut teksi degil -SPAD


Sikap degil sesetengah pemandu teksi di beberapa lokasi sekitar ibu negara telah memaksa lebih 90 penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membuat operasi membenteras secara besar-besaran di beberapa lokasi sekitar ibu negara

Berikutan adanya lagi pemandu yang bertindak menyalahi undang-undang, sebagai sebuah badan yang diberi peranan dan tanggungjawab dalam memastikan sistem pengangkutan awam darat lebih selamat, boleh diharap, responsif, mudah diakses selain menjadi mod pilihan rakyat, operasi penguatkuasaan yang berterusan terpaksa dijalankan.

Operasi kali ini diadakan setelah menerima aduan orang ramai mengenai teksi yang tidak menggunakan meter. Sebanyak 30 kes teksi berjaya ditahan dalam operasi kali ini. 27 kesalahan melibatkan kesalahan pemandu teksi tidak menggunakan meter, 2 kes tiada kad pemandu yang sah manakala satu kes kad pemandu telah tamat tempoh.

Mejar Jen (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad
Menurut Pengurus Besar Penguatkuasaan dan Latihan SPAD, Mejar Jen (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, dalam sidang media selepas itu berkata, 30 kumpulan penyamaran telah dihantar untuk membuat operasi dan kejayaan adalah 100%. Operasi kali ini hanya melibatkan pihak SPAD sahaja yang melibatkan 61 anggota.

"Operasi ini akan diteruskan dari masa ke semasa. Teksi-teksi yang disita akan diambil tindakan pendakwaan selepas kertas siasatan siap. Selain dari pendakwaan, tindakan pentadbiran untuk mengantung kad pemandu juga akan dilakukan." tambah beliau lagi.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar operasi dijalankan:





 

16 Mac 2015

#MCA66 : "Double Six" (ke-66) jadikannya titik perubahan - Dato' Sri Liow.



Hari ulang tahun dengan perkataan "Double Six" (ke-66) yang berkebetulan disambut pada Tahun Cina daripada Ram menandakan tahun yang baik dan ini harus menjadi titik perubahan untuk kita" kata Presiden parti Malaysian Chinese Association (MCA) Dato' Sri Liow Tiong Lai ketika berucap di majlis sambutan ulang tahun ke-66 parti itu di Wisma MCA, semalam.

"Hari ini kita menyambut ulang tahun MCA. Kita perlu membina semula kecemerlangan dengan menentukan tindakan, dedikasi kepada parti, Menjadi satu pihak yang boleh memberi atau menawarkan kecemerlangan dan kekuatan kepada parti itu adalah hadiah yang paling berharga untuk parti dan kita", kata
 Dato' Sri Liow dihadapan lebih 2,500 anggota MCA yang menghadiri majlis sambutan ulang tahun itu yang bertemakan "Merealisasikan Kesederhanaan, Membina Pragmatisme."



Melalui perlaksanaan transformasi yang terperinci dengan sikap kepimpinan yang mahu memperbaiki diri serta mengurangkan jurang antara mereka dan pengundi, Beliau meletakkan keyakinan dan kepercayaan tinggi terhadap MCA yang pastinya berupaya bangkit semula.

Bersama kemajuan besar dicapai pada 11 bidang yang menjadi tumpuan MCA sejak kepimpinan parti baru mengambil alih jawatan, antara bukti MCA semakin teguh, kata beliau.

"Bidang-bidangnya ialah pemantapan senarai anggota, pembaharuan terhadap pemilihan parti, mekanisme pemilihan calon, penubuhan bilik tempur tetap pilihan raya, mengkaji dan menyusun semula peristiwa bersejarah parti, pembaharuan terhadap latihan untuk kader, latihan mengenai mekanisme latihan, bidang tinjauan pendapat, mendekati golongan muda, menyemai semangat kesukarelaan dalam tugas kepartian, melaksanakan pembaharuan terhadap urusan publisiti dan publisiti siber serta meletakkan kembali MCA pada kedudukan kukuh dalam Barisan Nasional (BN) dan kerajaan", tambahnya.



Menurut Dato' Sri Liow, MCA giat berusaha untuk melakukan transformsi terhadap Kampung Baharu berikutan penduduknya yang semakin berusia lanjut dan berkurangan. MCA juga akan berusaha membantu usahawan kecil dan sederhana untuk memperbaiki nasib mereka, termasuk membantu mereka meneroka ke luar negara.

Beliau juga telah mengarahkan penubuhan Jawatankuasa Promosi Perdagangan Luar Malaysia-China, yang akan diketuai Timbalan Presiden Datuk Seri Wee Ka Siong sebagai langkah usaha menyatukan dan menggembleng semua perusahaan kecil dan sederhana (SME) melalui bantuan politik bagi memanfaatkan kekuatan syarikat berkaitan kerajaan yng bertaraf gergasi di rantau ini seperti Petronas dan Felda Global Venture untuk meneroka pasaran besar yang terdapat di China.




Sehubungan dengan tema yang dibawa, beliau sebagai Presiden MCA turut menyatakan tentang pendirian parti itu yang menyokong kesederhanaan sepertimana gesaan pengasasnya dan menegaskan bahawa MCA tidak akan bertolak ansur dengan pelampau agama.

"Dalam usaha untuk menggalakkan kesederhanaan, kita sama sekali tidak boleh bertolak ansur dengan kebangkitan pelampau agama", tegas beliau.


"Kesederhanaan adalah amat penting untuk negara kita dan ia sebenarnya bukan sesuatu yang baharu... Malah, presiden MCA pertama, (mendiang) Tun Tan Cheng Lock menekankan mengenai kepentingan bersederhana dan keperluan untuk menolak ekstremisme," katanya lagi.



Dato' Sri Liow juga menyeru kepada 1 juta ahli MCA yang ada, supaya kembali pada sejarah dan seharusnya memuji Tun Tan Cheng Lock terhadap pandangan jauh beliau bahawa MCA mesti mengejar kesederhanaan walaupun berkali-kali pihak pembangkang mencemarkan nama, mencerca dan mengkhianati MCA, agar orang akan tetap suka pada MCA.

YPPM-KUIN Terajui Pusat Kajian Pondok


Pelancaran dan majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) penubuhan Pusat Kajian Pondok (PKP) antara Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) dengan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) telah diadakan di TH Hotel & Convention Centre, Kedah, baru-baru ini.

Berlangsungnya majlis bersejarah tersebut, disempurnakan dengan rasminya oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga penaung YPPM.


Tertubuhnya pusat kecemerlangan yang tentunya memberi tumpuan kepada penyelidikan yang terperinci dan menyeluruh dalam pelbagai aspek berkenaan institusi 'Pondok' serta sistem pengajiannya di Malaysia serta luar negara itu akan diterajui Pengerusi YPPM, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, selaku Pengarah yang pertama.

Turut disaksikan Perdana Menteri, melalui MoU yang ditandatangani oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim (YPPM) manakala KUIN diwakili oleh Rektornya, Prof Datuk Dr. Mohd. Yusof Kassim telah membentuk persetujuan dimana pihak KUIN akan bertanggungjawab dalam menyediakan kepakaran dan kakitangan, kemudahan penyelidikan atau bantuan berbentuk fizikal seperti perpustakaan, bilik dewan serta sokongan logistik.


YPPM pula akan menyediakan kepakaran dan kakitangan, bantuan berbentuk fizikal dan bukan fizikal serta logistik dan jaringan yang diperlukan bagi program yang akan dijalankan bersama kelak.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain.


Dengan termeterainya MOU di antara YPPM dan KUIN ini, maka terbentuk selangkah lagi kejayaan dalam usaha menaikkan martabat warga 'Pondok' di negara ini.

Bukan hanya penyelidikan terperinci berkaitan institusi 'Pondok' serta kajian terhadap tokoh-tokoh 'Pondok' tempatan yang telah banyak berjasa akan ditumpukan. Namun skop PKP turut meliputi sistem pengajian sama di negara-negara Asia, Timur Tengah, Afrika dan Eropah. 

13 Mac 2015

Ahli Parlimen DAP Mohon Maaf Setelah Fitnah Naib Presiden MCA


Bagi membuktikan kebenaran dan keadilan, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun baru-baru ini telah menghantar surat tuntutan (Letter of Demand) kepada Ahli Parlimen DAP Bakri, Er Teck Hwa (DAP-Bakri) bagi meminta penjelasan ke atas kenyataan beliau.

Kenyataan berunsur fitnah dan diterbitkan oleh sebuah portal berita pada 4 Mac lalu pada artikal bertajuk 'Chew Mei Fun contoh legasi pemikiran sempit Barisan Nasional' dengan mendakwa Mei Fun, yang juga Naib Presiden MCA, menyokong satu kenyataan sensitif serta bersifat perkauman.

Surat tuntutan berkenaan telah dihantar oleh Tetuan Halim Hong dan Quek, Peguambela dan Peguamcara, yang bertindak bagi pihak Mei Fun.

Surat tuntutan berkenaan menyatakan dengan jelas bahawa dakwaan dalam artikel berkenaan sama sekali tidak berasas dan berniat jahat untuk memburuk-burukkan dan memusnahkan imej Mei Chew.

Surat tuntutan itu juga menyatakan bahawa tindakan undang-undang akan diambil sekiranya Ahli Parlimen Bakri berkenaan gagal untuk menjawab dalam tempoh 48 jam dari tarikh penerimaan notis surat tuntutan.



Namun apa yang berlaku dalam satu Sidang Media kepada wartawan di luar lobi Parlimen semalam, Er Teck Hwa yang tidak fasih berbahasa Malaysia memohon maaf atas kesilapannya dan berkata,

"Saya membuat kesilapan dengan menamakan Datin Paduka Chew Mei Fun dalam artikel tersebut. Saya memohon maaf dan berharap beliau akan menerima permohonan maaf saya. Apabila saya membuat kesilapan, saya akan mengakuinya."

11 Mac 2015

#PrayForMH370: Laporan Interim MH370 (Versi Melayu) KLIK baca sini!


Mengulas mengenai laporan Interim MH370 yang diterima dari Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai MH370.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan berkata apa yang telah diterimanya itu adalah kertas laporan sementara ber maklumat faktual dari hasil siasatan yang dijalankan dan bukannya analisis terhadap sebab-sebab kehilangan pesawat MAS-MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang dan hilang dari imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada 8 Mac, tahun lalu.

Laporan itu antara lain menyatakan pasukan berkenaan telah menemubual lebih 120 orang dan mengunjungi pelbagai badan berkaitan.

Antara yang ditemubual ialah petugas DCA, MAS, waris anak kapal, pengisi minyak pesawat, penyaji makanan untuk penerbangan, pencuci pesawat, pengendali dan operator kargo, penghantar barangan, pembekal dan penerima konsain.



Sebagai Menteri di Kementerian yang bertanggungjawab dan terlibat secara langsung dalam mengendali tragedi kehilangan pesawat berkenaan. Datuk Seri Liow Tiong Lai telah membuat ketetapan akan mengambil langkah mengkaji semula serta meneliti sedalam-dalamnya keseluruhan maklumat hasil siasatan Pasukan Penyiasat Keselamatan yang tercatat pada laporan interim MH370 .

"Saya telah tugaskan kementerian saya melakukan kajian segera dan buat analisis terhadap maklumat faktual yang dilampirkan bersama laporan berkenaan dan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat sebarang kelemahan, termasuk kecuaian manusia,bagi memastikan sebarang kelemahan dan kekurangan tidak berlaku lagi di masa hadapan." kata Datuk Seri Liow.

“Kami tegas…jika ada sebarang kelemahan…kita akan ambil tindakan segera,” tambahnya lagi kepada pemberita selepas perasmian mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen Ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, semalam.

Kepada yang ingin ketahui laporan penuh hasil dari siasatan Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia bagi MH370. Kementerian Pengangkutan telah memuat turun sepenuhnya dalam ruangan Portal MOT untuk pengetahuan umum atau sila KLIKDISINI ( Versi Melayu )





10 Mac 2015

KES RASUAH : Tiada Apa Perlunya Dirahsiakan FELDA


Heboh diperkatakan tentang isu penahanan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikat FELDA kerana disyaki lakukan penyelewengan wang dalam pembelian sebuah hotel di Port Dickson bernilai lebih kurang RM40 juta sebelum ini, di sahkan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tersiarnya kenyataan ini juga, tentu sekali dapat menjawab beberapa tuduhan yang tersebar di media sosial bahawa FELDA dan juga pihak SPRM cuba merahsiakan kes ini daripada pengetahuan pihak media, sebelum ini.
Untuk keterangan serta pengetahuan umum. Berikut MP lampirkan (bawah) kenyataan media SPRM yang telah dikeluarkan secara rasminya, semalam.


Walau bagaimanapun, status siasatan masih diteruskan. 

Dalam menegakkan integriti dan menambah kredibitliti, tiada apa perlu dirahsiakan terutama sekali kes melibatkan salahguna kuasa, terutama salahlaku yang membabitkan penyelewengan dan rasuah.

FELDA dan FGVH turut membuktikan ketegasannya dalam hal-hal sebegini apabila bertindak menandatangani ikrar integriti korporat dengan pihak SPRM pada tahun 2012 lalu.  Langkah tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan bagi memastikan syarikat dan anak-anak syarikat yang berada dibawah naungannya akur kepada undang-undang terutamanya membabitkan isu perolehan selain dapat menambah kekuatan organisasi tersebut bagi mengatasi masalah kebocoran (daripada segi kewangan) serta dapat meningkatkan hasil syarikat.

5 Mac 2015

Hentian Bas Greenwood berhenti beroperasi - SPAD



Suruhanjaya Penhgangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan media yang mengumumkan pemberhentian Hentian Bas Greenwood sebagai stesen setempat bas ekspress bagi perjalanan ke Pantai Timur dan akan berkuatkuasa pada 9 Mac 2015.


Bermula dari tarikh tersebut, semua bas ekspress terbabit yang sebelum ini mengendalikan perkhidmatan mereka ke pantai timur hanya akan beroperasi dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS).di Bandar Tasik Selatan.

Kaunter Tiket Hentian Bas Greenwood
Untuk menambah keperluan dan kemudahan para pengguna atau penumpang dengan peralihan ini, SPAD telah menetapkan waktu perjalanan tambahan dari Greenwood ke stesen LRT Titiwangsa melalui perkhidmatan bas RapidKL dan U2 untuk penumpang yang mahu menuju ke TBS. 

Penetapan waktu perjalanan tambahan setiap hari adalah sebanyak lima pada waktu dan masa seperti berikut:


Tambahan waktu perjalanan dengan perkhidmatan bas itu telah pun dimulakan operasinya sejak 1 Mac 2015 lalu dan boleh ditambah dengan sewajarnya bagi memenuhi permintaan pengguna sekiranya perlu.
KLIK sini untuk ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Pengguna atau penumpang dari Batu Caves, Taman Wahyu, Kg. Batu, Batu Kentonmen dan Sentul boleh menggunakan perkhidmatan KTM Komuter ( Laluan Sentul dan Pelabuhan Klang) menuju dan berhenti ke stesen KL Sentral untuk pertukaran tran ( Laluan Seremban dan Rawang ) bagi menghubungkan mereka ke stesen Bandar Tasik Selatan bersebelahan Terminal Bersepadu Selatan (TBS)


Dengan langkah ini, untuk pengguna bas ekspress bagi laluan ke Pantai Timur akan dapat menikmati perkhidmatan sebuah terminal bas yang lebih selamat dan lebih selesa di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang dilengkapi antara lain, dengan tempat duduk yang mencukupi, penghawa dingin, 24 jam operasi dan keselamatan, sistem tiket berpusat, ruang ketibaan dan berlepas khas yang lengkap dengan jadual waktu perjalanan (skrin elektronik) termasuk kemudahan-kemudahan lain seperti loker simpanan bagasi, mesin ATM, kedai-kedai dan restoran-restoran yang bersih serta selesa berbanding Hentian Bas Greenwood.




SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.