GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

RM2.6 wang 1MDB?

30 Mei 2015

FITNAH FELDA : Presiden 'ANAK' Mazlan Aliman Bersalah


Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) diwakili oleh peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Nor Emelia Iszeham, berjaya membuktikan kesalahan dilakukan oleh Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman bersama Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. atas sebab mengeluarkan pernyataan-pernyataan yang berunsurkan fitnah serta berniat jahat bagi merendah-rendahkan imej dan merosakkan reputasi FELDA di mata masyarakat.

Pada 20 Julai 2009, FELDA telah memfailkan saman terhadap Mazlan dan penerbit buku bertajuk "FELDA. Dulu tolong Sekarang Ah Long" dan mendakwa buku yang di terbitkan mereka itu adalah fitnah dengan mengatakan lembaga itu adalah Ah Long atau pemberi pinjaman wang haram dengan kadar faedah yang terlampau tinggi.

FELDA dalam kenyataan tuntutannya mendakwa buku itu menggambarkan FELDA bakal mengaut keuntungan yang banyak daripada pelbagai rancangan kemajuan sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya hidup miskin akibat salah laku plaintif, dan mereka tidak ubah seperti hamba abdi ekoran dasar yang didakwa menindas.

Dalam pada itu, Hakim Mahkamah Tinggi memerintahkan Mazlan Aliman juga sebagai
 Ahli Jawatankuasa Pusat PAS dan syarikat buku terbabit, membayar RM350,000 bagi ganti rugi am dan teruk kepada FELDA kerana bersalah memfitnah lembaga berkenaan dalam sebuah buku.

Hakim, Datuk Su Geok Yiam turut memerintahkan Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. membayar kos guaman sebanyak RM150,00 kepada Felda

Selain itu, hakim juga mengarahkan kedua-dua mereka dapat memberikan butir-butir penjualan buku serta membayar keuntungan daripada jualan buku tersebut termasuk faedah 8% dari tarikh buku dijual sehingga tarikh keputusan kepada FELDA.

Hanipa Mahidin sebagai peguam mewakili Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. tidak hadir di Mahkamah untuk mendengar keputusan ini.

27 Mei 2015

PTPTN : Diskaun 30% Untuk Anak Peneroka FELDA


Diskaun tiga puluh pratus (30%) bagi bayaran balik pinjaman PTPTN diberikan kepada anak peneroka FELDA yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan sebahagian IPTS yang disenaraikan FELDA.

Menurut Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Abdul Samad, tawaran faedah tersebut terbuka untuk semua anak peneroka yang mendapat pinjaman PTPTN bermula 1 Januari 2014.

“Langkah ini diambil sebagai satu insentif bagi memastikan lebih ramai anak peneroka FELDA terus menyambung pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Pertama serta mengurangkan tanggungan bayaran balik mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Pengarah Besar FELDA Datuk Hanapi Suhada (kiri) dan
Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Agos Cholan saling bertukar dokumen selepas menandatangani
memorandum persefahaman (MoU), semalam.
Dalam pada itu, Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi turut memberitahu bahawa perjanjian bersama memorandum persefahaman yang telah selesai ditandatangani antara FELDA dan PTPTN baru-baru ini, merupakan satu strategi lautan biru antara kedua-dua pihak.

“Dulu Perdana Menteri pernah menyatakan supaya FELDA memikirkan cara bagi pemberian bantuan kepada anak muda dan ini merupakan cara yang kita fikirkan terbaik",jelas beliau.

Tambahnya lagi, untuk tahun ini, FELDA telah membelanjakan pembiayaan bayaran balik PTPTN sebanyak RM16 juta yang membabitkan 1825 pelajar baru.

“Dengan adanya kerjasama ini juga, tentunya akan lebih ramai anak muda dapat kemudahan ini,” kata Datuk Hanapi Suhada.

Memorandum persefahaman FELDA dengan PTPTN ditandatangani oleh Pengarah Besar FELDA Datuk Hanapi Suhada dan Ketua Eksekutif PTPTN Agos Cholan.

#1MDB : Menteri Kabinet Yang Tak Paham Letak Jawatan -TS Shahrir Samad.


Menteri yang masih tidak memahami isu pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun membuat keputusan bersama dalam mesyuarat Kabinet digesa supaya melepaskan jawatan.

Gesaan itu dibuat oleh Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Tegasnya, Kabinet Malaysia berasaskan prinsip tanggung jawab bersama dan mana-mana Menteri yang masih enggan memahami isu itu dianggap telah melanggari keputusan bersama.

“Prinsip Kabinet, prinsip tanggung jawab bersama dan keputusan yang diambil adalah keputusan kolektif dan bersama.

“Pilihankan ada, tiada siapa pun paksa jadi menteri…itu tak jadi masalah, kalau ada Menteri yang kata tak faham tapi keputusan telah dibuat, boleh keluar lah (Kabinet),” katanya.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li pada Isnin dilaporkan berkata, keseluruhan Kabinet perlu dipertanggungjawab atas masalah dihadapi 1MDB dan bukannya dibebankan kepada Perdana Menteri seorang sahaja.

Ku Li berkata jika Menteri Kabinet tidak sedar mengenai isu 1MDB, mereka sepatutnya membuat siasatan, bukannya menuding jari ke arah orang lain.

Mengulas lanjut, Shahrir yang juga merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, jika Menteri Kabinet masih tidak memahami isu yang dihadapi 1MDB, mereka boleh berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri sehingga berpuas hati (keputusan Kabinet).

“Kita diberi peluang untuk berbincang dan bertanya sampai kita puas hati. Kalau tak puas hati boleh pergi lagi jumpa Perdana Menteri tanya lagi dan tanya Kementerian Kewangan.

“Jika ada Menteri kata tak faham, cakaplah tak faham, tanyalah. 

Jangan sampai tak reti nak tanya, prinsip dalam Kabinet kita ada tanggungjawab bersama, kalau tak faham tanya lagi,” tegasnya.

Shahrir turut ditanya mengenai kesahihan dakwaan yang dibuat oleh Ku Li itu, bagaimanapun beliau hanya menyifatkan ia sebagai dakwaan semata-mata. 
- Sumber

#Isu berkaitan KLIKSINI

26 Mei 2015

ISU ROHINGYA : 'ASEAN' perlu ambil langkah terbaik. - Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar



Berikutan kebanjiran pelarian Rohingya ke Malaysia dan rantau ini, sebagai pengerusi negara-negara Asean, Malaysia perlu mengambil langkah terbaik menyelesaikan masalah berkenaan.dan harus memanggil mesyuarat tergempar dengan semua negara anggota ASEAN bagi membincangkan isu pelarian Rohingya itu.

Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar, Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai Rohingya, berkata tidak ada cara lebih baik untuk menangani isu itu selain melibatkan semua pihak yang terbabit.

Tan Sri Syed turut menegaskan bahawa, ASEAN tidak boleh pandang remeh isu pelarian Rohingya dan perlu berfikir atas dasar kemanusiaan dan perlu melihat hingga ke akar sebab perkara ini berlaku.

Setakat ini, kita telah menyaksikan lebih seribu pelarian Rohingya mendarat secara haram di Pulau Langkawi kerana lokasinya paling utara dekat sempadan Thailand yang kemudian ditahan dan ditempatkan di Depoh Tahanan Jabatan Imigresen di Belantik, Kedah," katanya lagi.

"Etnik Rohingya kini tidak diterima negara Myanmar berikutan isu pelarian, dan kedua adalah pemerdagangan manusia. Isu ini penting dan sekiranya tidak diatasi, ASEAN akan berhadapan dengan pelbagai masalah," jelas Tan Sri Dr. Syed Hamid.


Beliau berkata demikian ketika apabila ditanya selepas melancarkan pakaian seragam baru kakitangan kaunter Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sempena ulang tahun pertama pejabat SPAD di Kelana Jaya

Tindakkan menukar pakaian seragam yang baru itu adalah antara usaha SPAD bagi meningkatkan identiti korporat mereka.

Sebagai Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar berkata, selain profesionalisme dan peningkatan mutu perkhidmatan kepada pelanggan, SPAD telah melakukan pelbagai penambahbaikkan di pejabatnya termasuk pengenalan sistem rating dan maklumbalas daripada pelanggan dan sistem pengurusan 'queue'.


Majlis perasmian yang juga disempurnakan oleh Pengerusinya itu, turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal, Ketua Pegawai Pembangunan, Dr. Prodyut Dutt dan Ketua Bahagian Operasi, En. Halim Husain.

24 Mei 2015

#1MDB : Satu lagi pengakuan peribadi dan perlu kita tahu...


Macam-macam kenyataan dan macam-macam penilaian tersebar di media-media sosial tentang 1MDB. Ini satu lagi pendedahan terbaru yang berlegar-legar di alam maya dan group-group media sosial. Iya atau tidak kebenaran ceritanya, rasanya perlu kita bacanya terlebih dahulu... Setelah itu fikir-fikirkanlah ye...

1MDB Selamatkan Puluhan Bilion Wang Negara Dari Masuk Ke Kantung IPP

KUALA LUMPUR – Pendapat seorang pengguna laman sosial Facebook, Eol Zari mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimuat naik pada 18 Mei lalu mendapat reaksi dari pelbagai pihak dan menjadi viral.

Tulisan pendapat Eol Zari berkisar isu dana dalam projek tersebut telah pun dikongsi di laman sosial yang sama sebanyak 247 dalam waktu yang singkat.

Tegas Eol Zari yang berkerja sebagai perunding cecair gas asli (LNG), 1MDB yang menjadi isu utama ketika ini menyebabkan beliau mahu mengutarakan pendapat dirinya sendiri berdasarkan pengalaman pernah bekerja sama dengan syarikat gergasi dalam industri yang sama seperti Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pemandu.

Tulisan pendapat beliau boleh dilihat di pautan ini: https://goo.gl/jhhvvr

Berikut adalah terjemahan pendapat Eol Zari yang diambil dari laman Facebooknya sendiri:
Sebelum ini, saya tidak memberikan pandangan tentang isu kontroversi mengenai 1MDB. Mengapa 1MDB? Apakah peranan 1MDB dan sumbangannya kepada ekonomi negara kita?

Saya mempunyai pelbagai maklumat berkaitan 1MDB dan saya simpan hanya untuk diri sendiri memandangkan keadaan masa yang tidak begitu sesuai untuk dikongsi bersama pembaca saya. Bagaimanapun, hari ini saya telah mendapat maklumat mengenai 1MDB dari sahabat saya sendiri dan mendapati ia hampir sama dengan yang saya simpan selama ini.

Saya yakin, maklumat-maklumat ini bukanlah bersifat tidak adil mahu pun berat sebelah. Sebagai seorang perunding cecair gas asli sejak tiga tahun lalu, saya mempunyai peluang berkerjasama dan berinteraksi dengan Petronas, TNB, Pemandu, Suruhanjaya Tenaga dan organisasi lain hampir tiga tahun sejak tahun 2011 menceburi bidang kerjaya ini.

Saya banyak membantu dalam memberikan pendidikan kepada kakitangan Pemandu, TNB, Suruhanjaya Tenaga mengenai sumber tenaga baru iaitu cecair gas asli sebagai bahan utama untuk loji kuasa gas.

Kepakaran saya dalam bidang ini adalah sumber tenaga. Pengalaman saya adalah pernah menjadi ketua pakar dalam operasi perkapalan LNG di Petronas. Sudah hampir 35 tahun saya telah berkecimpung dalam bidang ini. Sumber tenaga merupakan perkara tunjang dalam pembangunan infrastruktur dan menjadi perkara utama bagi negara kita untuk mencapai peningkatan ekonomi dalam memacu negara ke arah sebuah negara yang maju.

Saya serahkan kepada pembaca saya yang setia untuk mentafsir mengenai apa yang saya telah digariskan. Kita adalah manusia biasa dan saya berpendapat setiap seorang daripada kita mempunyai pandangan yang tersendiri.

1. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah memperkenalkan konsep Loji Tenaga Bebas (IPP) untuk penjanaan elektrik. Inisiatif ini adalah perlaksanaan di bawah bekas Perdana Menteri kita, Tun Mahathir.

Peneraju utama yang memiliki IPP ialah Tan Sri Syed Mokhtar, kumpulan YTL, Genting dan Tan Sri Ananda Krishna. Sime Darby juga salah satu pemegang IPP tetapi tidak diberikan perhatian penuh memandangkan syarikat ini adalah sebauh syarikat yang berkaitan kerajaan (Government Link Company).

Peneraju-peneraju ini mendapat perjanjian menarik dan ia berpihak kepada satu pihak. Bekas pengerusi TNB, Allahyarham Tan Sri Ani Arope, seorang lelaki yang berintegriti enggan menandatangani perjanjian dan secara sukarela meletak jawatan sebagai tanda protes.

Parti-parti pembangkang mengambil peluang menghentam kerajaan kerana memberikan satu perjanjian bersifat berat sebelah. Mereka tegas menyatakan bahawa ia adalah “perjanjian kroni ” dan mempersoalkan keperluan tindakan kerajaan untuk memberikan subsidi yang besar kepada IPP.
Malah pada Mei tahun 2011, salah seorang ahli pembangkang menganggap IPP ini sebagai “sebuah kilang dadah utama” yang memerlukan subsidi yang besar daripada Kerajaan dianggarkan RM19 bilion setahun.

2. Pada pertengahan tahun 2011, saya telah diambil bekerja sebagai Perunding LNG untuk mengkaji kemungkinan mengimport LNG melalui Terminal Regas Melaka di Sungei Udang.

Terminal ini merupakan laluan terbuka sama seperti yang saya telah lakukan di United Kingdom – LNG Regas Terminal Dragon terletak di Milford Haven di Wales. LNG Regas Terminal Sungei Udang yang dimiliki oleh PETRONAS dan LNG yang diimport diwap sebagai gas untuk dialirkan ke dalam saluran paip PGU.

Ini merupakan pandangan di mana gas domestik yang tidak mencukupi dari Pantai Timur iaitu kira-kira sebanyak 950 mmscfd. TNB pula memerlukan kira-kira 1350 mmscfd.

Kapasiti sumber tenaga untuk Sungei Udang kira-kira 500mmscfd atau bersamaan dengan kira-kira 40 kargo LNG yang diimport melalui kapal Q Flex LNG kapasiti 210,000 m3 setiap.

“Dengan rasa rendah diri, saya ingin menyatakan bahawa konsep simpanan terapung LNG menggunakan dua kapal LNG lama kami dengan pulau jeti, yang pertama di dunia telah diilhamkan oleh saya untuk Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Gas yang juga pemilik projek ini.”

Idea untuk konsep ini telah dibincangkan bersama beliau ketika dalam kereta dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Narita dari Tokyo. Dengan idea ini, Petronas telah diselamatkan untuk tidak melakukan projek pengorekan dan kawasan penyimpanan LNG greenfield pantai yang menelan kos sangat besar.

3. Hasil daripada perbezaan yang disenaraikan antara LNG yang diimport dan harga gas domestik, TNB memperolehi margin tipis daripada IPP tidak dapat menyerap perbezaan harga ini dan menyebabkan situasi di mana tidak mampu membeli gas dari LNG yang diimport secara langsung. 

Akhirnya, PETRONAS telah menjadi pengimport dan juga pengeluar subsidi.

4. Sebuah syarikat, My Power telah ditubuhkan oleh kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Najib untuk memulakan rundingan semula dengan IPP bagi mendapatkan perjanjian yang seimbang.

5. Selepas itu, 1MDB membeli IPP dari Ananda pada Mac 2012 dan diikuti oleh pembelian Genting pada bulan Ogos 2012. Selepas itu, pada bulan Oktober 2012, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan keputusan mengenai perjanjian konsesi dengan IPP.

Seperti yang digariskan dalam perjanjian ini, tidak ada lanjutan konsesi bagi IPP yang dimiliki oleh Ananda dan juga konsesi baru bagi tiga IPP lain. Hanya konsesi baru yang akan diberikan kepada 1MDB dan TNB.

Susunan baru ini akan memastikan bahawa syarikat-syarikat swasta tidak akan mendapat perolehan berlebihan atas perbelanjaan subsidi Kerajaan.

6. Disebabkan kesilapan yang dilakukan sejak tahun 1990-an, kerugian dialami oleh Petronas dan TNB dianggarkan sebanyak RM100 billion kerana perjanjian yang lemah ini sejak 20 tahun.

7. Sebenarnya, penghargaan harus diberikan kepada Najib, Suruhanjata Tenaga dan 1MDB kerana telah menyelamatkan negara ini dari subsidi berlebihan yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang melakukan perjanjian tersebut.

8. Hakikatnya, kadar tarif bagi pengguna di Semenanjung Malaysia perlu ditambah pada Julai 2014 dan Januari 2015 di bawah Fuel Cost Pass Through (FCPT).

Tetapi ia tidak pernah meningkat kerana perjanjian baru yang disemak semula telah bertambah baik dan seimbang kepada TNB iaitu pembeli akhir. Sebaliknya, tarif elektrik dikurangkan daripada Mac 2015 disebabkan oleh pengurangan harga arang batu dan pengurangan tarif IPP ini.

8. Di bawah perjanjian baru ini, TNB mula mencatatkan keuntungan yang besar daripada tahun 2013, 2014 dan suku pertama 2015.

Ia mencatat keuntungan sebanyak RM2.3 bilion dalam tempoh 3 bulan pertama tahun 2015.
Oleh itu, pensttrukturan semula ini memberi faedah-faedah yang sangat baik antaranya, :

1. TNB mendapat keuntungan yang lebih tinggi.

2. Pengguna Malaysia mendapat faedah daripada tarif yang lebih rendah disebabkan oleh pengurangan harga minyak.

3. PETRONAS tidak perlu menanggung subsidi yang tinggi di mana manfaat hanya diperolehi oleh syarikat-syarikat swasta, dan,

4. Pengguna elektrik adalah pemenang utama.

9. Yang rugi adalah pemilik asal IPP. Dan ini mungkin menjadi sebab mengapa mereka yang juga dari pemimpin tertinggi UMNO tidak gembira dengan 1MDB dan Najib.

10. Isu Tun Razak Exchange (TRX) dan pembelian tanah oleh Tabung Haji adalah tidak penting berbanding dengan jumlah yang dijimatkan oleh semakan semula perjanjian itu yang dimulakan oleh pimpinan Kerajaan sekarang.

11. Di sebalik cerita lain, terdapat dakwaan dari pembangkang pula mengenai dana yang disalah guna oleh 1MDB, peranan yang dimainkan oleh Jholow, kehilangan hasil daripada pelaburan Petro Saudi dan terkini isu kontroversi mengenai penjualan sebidang tanah kira-kira 1.5 ekar bernilai RM188 juta kepada anak syarikat Tabung Haji.

12. Isu ini mula ditimbulkan pada penghujung tahun lepas apabila 1MDB dilihat sudah tidak mampu meningkatkan dana untuk membayar ansuran pinjaman mereka.

13. Isu ini semakin menjadi isu panas dengan maklumat yang telah diputar belit bagi memperlihatkan 1MDB telah kerugian RM42 bilion (ed.) yang mana ia bukan fakta sebenar.

Sebenarnya, 1MDB tidak mengalami kerugiaan sebanyak RM42 bilion (ed.) seperti yang didakwa. 

Apa yang berlaku ialah mereka mengalami kerugian kerana perlu mencari dana untuk membayar ansuran pinjaman. Buat sementara waktu, pendapatan mereka tidak mencukupi untuk menampung ansuran pinjaman dan perbelanjaan pengurusan.

Namun jika diberi masa mereka akan berupaya memulihkan keadaan. 

Malangnya, dengan segala publisiti buruk yang dicipta, 1MDB mungkin berhadapan dengan masalah tambahan kerana terdapat khabar angin Deutsche Bank mahukan pembayaran awal dilakukan jika 1MDB tidak mendapat jaminan cagaran tambahan.

Justeru jika mahu 1MDB berjaya, kita perlu untuk mengelak dari membuat sebarang spekulasi sementara menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara yang dijangka selesai pada akhir bulan Jun 2015.

14. Tokoh-tokoh lain termasuk peguam terkemuka dan bekas menteri, Zaid Ibrahim mengulas bahawa sebagai Pengerusi 1MDB, Najib perlu mengharungi cabaran ini dengan memberikan maklum balas terhadap dakwaan tersebut.

Begitu juga dengan Pengerusi CIMB iaitu adik Najib memberitahu kepada Pengerusi Lembaga Pengarah dan ahli-ahli 1MDB untuk melakukan perkara yang sama ketika mesyuarat majlis makan tengah hari diadakan.

15. Penghargaan yang harus diberikan kerajaan yang diterajui oleh Najib kerana telah menyelamatkan negara ini dalam berhadapan usaha pembangkang untuk merosak dan menutup 1MDB.

16. Ironinya semasa pentadbiran Tun Mahathir dan Tun Abdullah, pembangkang adalah pihak yang sangat lantang bersuara mengenai layanan istimewa yang diberikan kepada pemilik IPP.

17. Dan kini, mereka pula telah bersuara mengkritik dan menjatuhkan PM yang berusaha menyelamatkan negara dari menanggung subsidi yang besar melalui 1MDB.

18. Namun satu perkara yang pasti, agenda utama pihak pembangkang adalah untuk mencari kesalahan dan membesarkan kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan mahu pun GLC untuk mendapat kelebihan termasuklah meraih undi kepada pihak mereka.

Ini adalah pandangan saya yang jujur dan saya serahkan kepada pembaca saya untuk membuat penilaian sendiri dan pertimbangan mengenai isu ini.

Terima kasih.
[Terjemahan bebas oleh: Nur Azlina Shaari]

...............................................................................................

#MP:
Allah berikan kita akal... Gunakannya sebaik mungkin.
Renung-renungkanlah...


KLIA2 : "Tiada masaalah untuk audit semula" - Datuk Seri Liow Tiong Lai



Susulan desakan oleh pihak pembangkang Tony Pua yang mempertikaikan penambahan perbelanjaan dalam kerja-kerja pembinaan KLIA 2, baru-baru ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengeluarkan satu kenyataan media yang mana beliau tidak bermasalah jikalau Jabatan Audit mengaudit perbelanjaan pengurusan KLIA 2.


Berikut adalah kenyataan media dari DS Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia.


23 Mei 2015

PELARIAN ROHINGYA : PLKN sedia beri dua kem untuk perlindungan sementara - Datuk Seri Hishammudin



Langkah persetujuan Kerajaan Malaysia baru-baru ini bagi menyediakan bantuan kemanusiaan serta tempat perlindungan sementara kepada ham­pir 7,000 pe­larian etnik Rohingya dan Bangladesh yang masih tersadai di perairan antarabangsa berdekatan dianggap sebagai satu tindakan yang amat munasabah dan sepatutnya.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Malaysia dan Indonesia bersepakat untuk membantu tujuh ribu warga asing termasuk dari etnik Rohingya yang masih mencari tempat perlindungan.

Menurut beliau, kedua-dua negara telah mencapai persetujuan dengan memberikan perlindungan sementara di kawasan yang sesuai dalam tempoh masa setahun.

Selaku Pengerusi ASEAN, tentu sekali krisis ini takkan dibiarkan dan harus kita
 ­ta­ngani sebelum me­ngundang ke­mu­daratan tehadap pelarian terbabit.

Antara usaha terkini, dua Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) bakal dijadikan penempatan sementara bagi etnik pelarian Rohingya.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin dalam akaun mikro twitter miliknya. Namun demikian, DS Hishammudin tidak mengumumkan kem mana akan digunakan sebagai penginapan interim bagi etnik ini.

Keperihatinan pihak PLKN dalam menyediakan bantuan penempatan itu, tentunya akan meringankan kesengsaraan hidup kumpulan pe­larian itu untuk jangka masa pen­dek sebelum jalan penyelesaian yang sesuai ditemui.




Pada 10 Mei lalu, negara telah dikejutkan dengan berlakunya penahanan seramai 1,158 pendatang tanpa izin Rohingya dan Banglades selepas bot mereka mendarat secara haram di Langkawi dan angka itu dilaporkan paling besar setakat ini.

Ada mengatakan, mereka mendarat di Malaysia selepas Thailand mengambil langkah memerangi sindiket pemerdagangan manusia secara besar-besaran selepas menemukan lebih 30 mayat di sebuah kawasan perkuburan di selatan negara itu, awal bulan ini.


Dari sumber Jabatan Imigresen, pada masa ini terdapat seramai 13,321 tahanan di 12 depot tahanan imigresen di seluruh negara, dan daripada jumlah itu, 4,531 adalah terdiri daripada etnik Rohingya manakala 1,466 lagi Bangladesh.

Bagaimanapun Perdana Menteri berkata, demi kedaulatan negara, kita tidak boleh membenarkan orang luar masuk ke sempadan kita dengan sesuka hati dan begitu mudah.
Namun atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan setelah melihat keadaan pelarian Rohingya, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang merana akibat kelaparan, kehausan dan keletihan, beliau telah mengarahkan operasi menyelamat dilakukan di perairan negara.

Berikut saksikan kenyataan Perdana Menteri berikutan isu kebanjiran pelarian Rohingya masuk ke perairan negara, baru-baru ini.



PAS vs DAP : Tak putus-putus lagi ke?


PAS bersedia untuk menamatkan hubungan dengan DAP, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita pada Jumaat.

Laporan itu berkata, ini kerana DAP mewujudkan kabinet bayangan tanpa penglibatan parti Islam yang menjadi rakan sekutu dalam pakatan pembangkang.

Selain itu Presiden PAS itu turut menyifatkan DAP hanya 'cakap kosong' dan tidak realistik kerana Kabinet bayangan perlu mengambil kira pelbagai perkara dalam perlembagaan negara dan bukan sekadar kepentingan kelompok tertentu.

"Dia (DAP) nak putus, putus lah, saya kena berpijak di bumi Malaysia, bumi Malaysia ini bumi masyarakat majmuk.

"Kita sudah ada dewan-dewan himpunan, NGO-NGO bukan Islam pun banyak," katanya ketika ditemui pemberita di Marang selepas solat Jumaat tengah hari tadi.

Tambahnya, DAP bukan satu-satunya parti yang mewakili bukan Islam di negara ini.

..............................................................................................
#MP:
Hal putus-memutus PAS dan DAP ni, sebenarnya dah lama jadi bualan ramai... Tapi sampai sekarang, apa pun tarakkk oiii! Cakap je lebih... 
Antaranya KLIKSINI.


22 Mei 2015

#RMK11 : "Harap lebih ramai penduduk kampung mampu mengubah kehidupan" - Datuk Dr. Wee Ka Siong.



RMK 11 merupakan rangka tindakan bagi Malaysia sebagai perkembangan besar dalam tempoh lima tahun akan datang menuju cita-cita Wawasan 2020, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Datuk Dr Wee Ka Siong, semalam.

Datuk Dr Wee Ka Siong antara pemimpin yang awal mengulas tentang RMK11 yang dibentangkan YAB Perdana Menteri.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib atas pengumuman RMK11 itu yang mana mampu memacu negara ke hadapan berpendapatan tinggi.


Antara lain, pendapat beliau juga telah diterima apabila YAB. Perrdana Menteri bersetuju untuk terus memberi perhatian kepada Kampung Baru Cina terutamanya dalam bentuk Program Skim Pinjaman Khas Kampung Baru Cina untuk membantu 607 penduduk Kampung Baru Cina memulakan perniagaan.

Program yang dilancarkan sejak 2011 ini telah memberi manfaat kepada masyarakat Cina sehingga 2014. 

Datuk Dr. Wee dalam kenyataan tersebut berharap lebih ramai penduduk kampung mampu mengubah kehidupan mereka melalui perniagaan selepas ini.

Apa yang dilakukan Datuk Seri Najib sekarang ini berada pada landasan sebenar.

"Beliau tidak sesekali meminggirkan bangsa lain dalam mengecapi pembangunan lebih mapan menuju 2020," tambah Datuk Dr. Wee.

Keadilan sosial merupakan suatu faktor tumpuan bagi memberi penilaian dalam membantu rakyat yang benar-benar layak dibantu. Antaranya ialah BR1M.

"BR1M telah memberi sedikit kenikmatan bagi mereka yang benar-benar memerlukan", kata beliau lagi.

Intipati Ucapan Perdana Menteri KLIKSINI

Di bawah ini juga antara butir-butir penting yang dibentangkan YAB PM, semalam seperti berikut:

BUTIR-BUTIR PENTING DALAM RMK11 BERTEMAKAN PERTUMBUHAN BERPAKSIKAN RAKYAT

Purata Pendapatan Isi Rumah B40 digandakan lebih RM5,000 menjelang 2020

Kerajaan akan bina 3,000 km jalan berturap lagi di luar bandar (2016-2020)

Lebih RM3 bilion turut diluluskan untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang akan beri impak kepada hampir 40 ribu rumah

Kerajaan akan mewujudkan Malaysia Vision Valley seluas 108,000 hektar merangkumi Nilai,Seremban dan Port Dickson.Ia akan lengkapi pertumbuhan Lembah Kelang..

Lebih RM10 bilion akan diluluskan bagi membekalkan air bersih & terawat melalui Projek Bekalan Air Luar Bandar

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera akan terus jadi agenda nasional. Peratus bumiputera kpd populasi negara kini adalah 68%.

Pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera 2 akan dilancarkan, tertakluk kepada syarat penabungan minima.

2 hospital di Sabah iaitu Hospital Tawau dan Hospital Kota Marudu serta Hospital Miri di Sarawak akan dinaiktaraf.

6 hospital baru akan dibina di Kemaman, Bentong, Baling, Pendang, Pasir Gudang dan Maran.

165 buah Klinik 1Malaysia akan dibina dengan kos sebanyak RM33 juta.

Dalam tempoh RMK10, 74,300 rumah mampu milik telah dibina oleh sektor swasta. Di bawah RMK11, 653k unit akan dibina juga oleh pelbagai pihak

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau ASWARA akan dinaiktaraf daripada tahap akademi kepada status universiti

RM1 bilion akan diperuntukkan kepada Tabung Pembangunan Kemahiran, berbanding RM500 juta pada tempoh Rancangan yang lalu

Pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera 2 akan dilancarkan,...

Sekurang-kurangnya 80 sekolah baru akan dibina di seluruh negara. Antaranya, 2 di Perlis, 2 di Melaka, 5 di Sabah dan 5 di Sarawak

Projek Rancangan Tebatan Banjir: Krjn akan melaksanakan RTB Sg Kelantan secara bersepadu melalui pembinaan empangan Nenggiri & Lebir

Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 2,239 kilometer yang sedang dibina, akan meningkatkan hubung-jalin di Sabah dan Sarawak .

Lebuh Raya Pantai Barat yang dijangka siap pada 2019, akan menyediakan akses yang lebih baik kpd penduduk pantai barat di Perak dan Selangor .

Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru dengan jarak 197 kilometer akan dilaksanakan

KV MRT Laluan Sungai Buloh ke Kajang, Laluan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya dan LRT3, kesemuanya akan berlangsung dalam RMK11

Isi rumah di ibu negeri dan kawasan pertumbuhan berimpak tinggi, akan dapat akses perkhidmatan jalur lebar berkelajuan 100 megabit sesaat .

Di kawasan pinggir bandar dan luar bandar pula akan dapat akses perkhidmatan jalur lebar 20 megabit sesaat.

Loji2 janakuasa elektrik baharu untuk menjana 7,626 MW akan dibina dengan anggaran kos pelaburan RM28b, mewujudkan 35k peluang pekerjaan

Projek infra utama yang akan dilaksanakan dalam Rancangan ini termasuklah pembinaan lapangan terbang Mukah dan Lawas di Sarawak

Dalam #RMK11, Kerajaan mensasarkan pendapatan purata isi rumah B40 meningkat kpd lebih RM5,000 sebulan pada tahun 2020 drpd RM2,500 (2014)

KL, JB, Kuching dan Kota Kinabalu telah dikenal pasti utk melonjak pertumbuhan ekonomi, akan merangka pelan induk persaingan masing-masing.

#FGVH : FELDA bentuk satu lagi hasil untuk warganya... Pembangkang bikin apa?


Di saat, saham Felda Global Venture Holding (FGVH) sedang merosot disebabkan keadaan semasa global yang tidak memihak kepada industri sawit dan bukan kerana salah urus sepertimana dakyah dan tohmahan pembangkang, kebelakangan ini.

Anak syarikat FGVH yang juga pengeluar minyak sawit mentah terbesar dunia, FGV Applied Technologies (FGVAT) telah mencetuskan satu lagi inovasi terbaru dimana tandan buah kelapa sawit yang sebelum ini hanya dibuang atau dibakar akan dicipta menjadi 'Palet' sebagai sumber bahan api yang lebih berharga dan bakal menjadi sumber pendapatan baru bagi Felda Global Venture (FGV), pada masa akan datang.

Bagi program penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan 'Pelet' sebagai bahan api berkualiti tinggi dengan mengguna pakai teknologi TORWASH ECN pada tempoh selama 18 bulan itu. FGVH diwakili anak syarikatnya, FGV Applied Technologies (FGVAT) telah mengikat perjanjian kerjasama dalam satu majlis menandatangani MOU dengan Pusat Penyelidikan Tenaga Belanda (ECN), kelmarin

GAMBAR BERSAMA: DARI kiri,

Ketua Kounsil FGVH Abu Bakar Isa Ramat, Palaniappan, Presiden dan Ketua Pegawai
Eksekutif FGVH Mohd Emir Mavani Abdullah, Ketua Pegawai Operasi ECN Robert Kleiburg,
Pengarah Urusan ECN China Levien de Legé dan Ketua Pegawai Eksekutif FGVAT
Syed Salim Syed Ali di Majlis menandatangani perjanjian kerjasama FGVH-ECN
di Kuala Lumpur, kelmarin.



Sepertiman kenyataan Ketua R&D dan kelompok Perkhidmatan Agri FGV, S Palaniappan, dengan teknologi TORWASH itu, ia boleh mengubah tandan kosong kepada 'Palet' sebagai bahan bakar berkualiti tinggi yang dikatakan boleh menghasilkan tenaga letrik.

"Bahkan teknologi yang sama juga boleh digunakan bersama dalam loji tenaga arang batu." ujar S Palaniappan,

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi ECN Robert Kleiburg berkata, teknologi yang mereka bangunkan masih perlu melalui demonstrasi pertama. 



Oleh itu, perkongsian dengan FGV sangat penting untuk bekerjasama dengan FGV bagi memastikan demonstrasi ini berjaya,” jelasnya lagi.

"Perolehan global industri tenaga masih boleh diperbaharui dan terbukti dengan pertumbuhan perolehan global sebanyak AS$40 bilion pada 2004 dan terus menunjukkan peningkatan yang amat besar mencecah AS$300 bilion pada tahun lalu," tambahnya.

Apa yang pasti, dengan adanya teknologi pembuatan 'Pelet' untuk bahan api ini, ia tentunya akan meningkatkan nilai tambah industri sawit negara, kelak.




FGVH turut menjangkakan potensi pasaran yang besar untuk pelet bahan api berkualiti tinggi ini dan untuk permulaan, ia mengintai peluang untuk menembusi Korea Selatan dan Jepun dengan permintaan untuk pelet bahan api, terutama bagi tenaga alternatif mesra alam dan rendah karbon yang semakin meningkat penggunaannya diperingkat antarabangsa.

Selari dengan aspirasi global FGVH untuk mewujudkan produk biomas yang lebih mapan dan menguntungkan, sebuah kilang perintis TORWASH akan dibina di kilang Pusat Teknologi Biomas (MBTC) berdekatan dengan Kompleks Penyelidikan PPTR FGV di Tekam, Pahang.

Kilang yang bakal dibina ini dijangka bakal menjana kira-kira RM10 juta bagi setiap kilang dalam tempoh setahun. 


Siapa sangka tandan buah kelapa sawit yang sebelum ini hanya dibuang atau dibakar ini akan di ubah menjadi sumber bahan api ataupun 'Palet' yang lebih berharga dan bakal menjadi sumber pendapatan baru bagi Felda Global Venture (FGV).

Menerusi program ini dipahamkan, semua Harta Intelek (IP) dan kajian yang dihasilkan akan menjadi hak milik bersama FGVH dan ECN.- Sumber

..............................................................................................
#PENDAPAT MP: 
Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan dan FELDA tidak duduk daiam usaha mencorak masa depannya apabila terbentuk satu lagi inovasi terbaru dimana memberi nilai tambah pada industri sawit melalui industri hiliran dengan menghasilkan 'Palet' berasaskan tandan kosong yang selama ini terbuang begitu saja... Kejayaan ini, tentu sekali dapat membantu meningkatkan pendapatan pemain industri sawit negara, khususnya warga FELDA.

Ia jauh sekali kalau nak kita bandingkan dengan tingkah laku puak-puak parti pembangkang yang hanya sentiasa kesana kemari menyalak menghasud rakyat dengan fitnah dan dakyah. Habuk pun takde!

Kononnya nak menyelamatkan masyarakat FELDA... Apa yang nak diselamatkannya?


20 Mei 2015

TUN M : "Bila orang terima BR1M, mereka suka.." kata Setiausaha Agung MCA


Sejak dari awal pelaksanaan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hinggalah hari ini, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad tidak henti-henti menunjukkan tentangannya terhadap skim itu dengan mengemukakan pelbagai kenyataan dan alasan.

Baru-baru ini juga, beliau  mendakwa pemberian BR1M turut memalaskan rakyat.
   Antara yang terkini, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam program Bicara Negara di Ipoh, kelmarin sekali lagi membangkitkan isu BR1M dengan satu kenyataan mendakwa masyarakat Cina tidak menyukai pemberian wang tunai di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan oleh kerajaan itu.

Namun, dakwaan tersebut ditolak pihak MCA dan menganggap ianya suatu pandangan yang tidak berasas.

Setiausaha agungnya Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, Dr Mahathir perlu memberikan fakta di sebalik dakwaaannya kerana belum ada orang Cina yang menzahirkan rasa tidak gembira dengan BR1M.

"Ini pandangan yang tiada sokongan asas, kerana jika berkata demikian, perlu ada angka kata orang suka. Saya rasa ini saja cakap Dr Mahathir." kata Datuk Seri Ong.

"Kalau hendak menjadikan kenyataan ini benar, perlu disokong dengan angka," tambah beliau ketika ditemui media di Ibu Pejabat MCA di Kuala Lumpur,semalam.

Berhubung dakwaan dimana pemberian BR1M itu satu rasuah, beliau berkata sebagai pemimpin MCA, beliau belum pernah mendengar cakap dari kaum Cina mengatakan ianya satu rasuah.

"Saya tidak pernah dengar cakap-cakap (rasuah) sedemikian daripada penerima. Orang yang tidak terima boleh cakap macam-macam. Orang yang menerima, saya tidak pernah dengar mereka kata itu rasuah.

"Orang yang terima, pandangannya tepat. Orang yang tidak terima mungkin iri hati. Itu tidak tepat. Tanya pada orang yang menerima.

"Ia menjadi satu mekanisme bagi menangani kos sara hidup, BR1M bukan sahaja di amalkan di Malaysia... Tetapi juga di negara maju seperti Hong Kong dan Taiwan juga buat."

Tujuannya sama, untuk ekonomi aktif,” katanya.

Berbalik kepada soal penerimaan BR1M oleh kaum Cina yang layak, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata...

"Bila orang terima BR1M, mereka suka.... Contohnya di kawasan saya, tahun pertama saya serah dengan tangan saya, semua terima, semua suka. Itu pandangan saya," jelasnya yang juga ahli Parlimen Tanjung Malim.



19 Mei 2015

Perkukuhksn keselamatan di sempadan Sabah - Presiden MCA



Memandangkan serangan dan kekacuan terhadap negeri Sabah selalu nya datang dari pihak sebelah Negara jiran, maka seruan Presiden MCA ini amat wajar dan kena pada tempat nya.


Terdahulu Datuk Seri Liow Tiong Lai. berkata, "Kami harap pihak keselamatan tempatan dapat memperkukuhkan dan mengkaji semula prosedur keselamatan yang di laksanakan di kawasan terbabit."

Dalam masa sama kami mahu Negara kita untuk mendapat bantuan dan komitmen dari Negara jiran kita untuk tindakan yang serupa” Ujar Datuk Seri Liow lagi.

Pada insiden terbaru di mana warga dari Negara Filipina di percayai puak Abu Sayaf menceroboh masuk dan menjadi kan sebuah restoren makanan laut sebagai sasaran nya untuk menjadikan tebusan menuntut wang, ia ada lah perkara ulangan dalam siri penculikan.


Kata Datuk Seri Liow, insiden di Sabah ini sudah tentu menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keselamatan industri pelancongan Negara di daerah sempadan berkenaan.

"Siapa pula mahu gadaikan diri untuk melancong ke daerah yang tidak ada jaminan keselamatan." tambahnya lagi.

"Namun kita sedar bahawa menjaga perairan yang luas adalah kerja yang amat sukar ditambah lagi sempadan laut yang amat dekat antara kedua Negara," kata beliau.

Wan Azizah Gagal Lagi!!!


Pemimpin pembangkang Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyalahkan kekurangan pembaharuan Parlimen dan pembiayaan sebagai sebab mengapa Pakatan Rakyat (PR) parti komponen telah menubuhkan kabinet bayangan yang berasingan mereka sendiri.

Presiden PKR berkata bahawa Kabinet Bayangan PR hanya boleh terbentuk selepas Parlimen bersetuju untuk membayar kos dan saraan.

"Kami sentiasa merancang untuk menubuhkan 'Kabinet Bayangan' bersama sejak 2008, tetapi kerana kita tidak mempunyai infrastruktur kami tidak dapat untuk membuat ini menjadi kenyataan kerana tidak ada pembaharuan Parlimen," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen.

"Pada masa ini, setiap pihak dalam PR telah membentuk sendiri (shadow kabinet) mereka kerana mereka membayar 
sendiri untuk itu .

"DAP mempunyai jurucakap (bagi setiap portfolio), PAS juga mempunyai jurucakap sendiri kerana tidak ada pembaharuan parlimen."

Dr Wan Azizah berkata demikian pengumuman DAP hari ini bahawa ia telah menubuhkan kabinet bayangan sendiri, selepas tidak dapat mewujudkan satu kolektif di peringkat gabungan.

Tetapi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyalahkan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai sebab bahawa 'Kabinet Bayangan' PR akan menjadi mustahil, memetik keengganan pemimpin parti 
Islam itu untuk bekerjasama.

MP PAS Khalid Samad menolak ini sebagai pendirian peribadi Lim, dan berkata keputusan muktamad tidur dengan PR.

Alam MP Shah juga mengesahkan bahawa ketiga-tiga pihak dalam PR mempunyai kabinet bayangan mereka sendiri, dan bahawa pengumuman DAP hari ini bukan perkara baru.

"Semua pihak mempunyai senarai mereka, dan kita mengatasinya antara satu sama lain, dan akhirnya PR akan membuat keputusan," katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau berkata ini adalah mengapa Ahli Parlimen PR "tidak bercanggah antara satu sama lain", kecuali rang undang-undang ahli persendirian Hadi mengenai hudud. - sumber

18 Mei 2015

KES ROGOL : Mohon Timbang Semula Keputusan - Wanita MCA


Berikutan dari keputusan Mahkamah Rayuan di Sibu keatas satu kes rogol baru-baru ini, dimana telah membebaskan pesalahnya daripada jenayah itu walaupun mengaku bersalah, Wanita MCA akan memohon serta mendesak bagi semakan kehakiman berhubung kes rogol statutori di Sibu itu daripada Peguam Negara.

Bunya Jalong, 60, bukan hanya mengaku merogol mangsa (gadis 14 tahun) , empat tahun lepas. Malah, gadis tersebut juga telah melahirkan seorang anak yang DNA bayi itu sepadan dengan Bunya.

Pada sidang media di Wisma MCA, kelmarin. Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie berkata, Wanita MCA berpendapat penjelasan yang sahih perlu diberikan bagi justifikasi keputusan itu kerana keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan tetapi juga mesti dilihat telah dilaksanakan.

Hal ini turut mencetuskan kemarahan banyak pihak selain meminta Mahkamah Rayuan menimbang semula keputusan tersebut.

Berhubung keputusan kes yang amat mengejutkannya itu, Datuk Heng berkata beliau dan pasukannya akan berjumpa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada minggu hadapan.

Menurut beliau lagi, pergerakan itu juga telah menubuhkan Jawatankuasa Semakan Undang-Undang untuk mengkaji undang-undang dan peraturan yang tidak memihak kepada wanita, remaja perempuan dan kanak-kanak.

"Antara aspek yang akan dikaji adalah penjagaan dan kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan wanita warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing" katanya lagi.
Bagi tujuan ini, Wanita MCA berharap untuk mengadakan perbincangan dengan NGO (badan bukan kerajaan) dan kumpulan wanita. Datuk Heng berkata Seksyen 375 Kanun Keseksaan juga perlu dipinda untuk memberikan definisi lebih luas tentang rogol.

....................................................................................

#MP: 
Pesalah mengaku merogol gadis 14 tahun dibebaskan? Boleh gitu? 
Dah seperti membiarkan penjenayah seks hidup bebas pulak ni... Nampaknya kanak-kanak perempuan atau gadis remaja, macam dah tiada perlindungan di mahkamah... Macam ni punya gaya, bertambah ramai la yang “tak bertanggungjawab” dan sesuka hati buat jenayah rogol merogol ni... 

Apa pun, tahniah Wanita MCA. Terbaik tuuu,.. MP sokong 100%..!

PERINGATAN: Lapor jika ada tambang bas lebih 'mahal' - Ketua Penguatkuasa SPAD



Tibanya musim perayaan dan cuti yang panjang tidak lama lagi. Ketua Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad mengulangi amaran kepada semua pengendali/operator pengusaha bas express agar jangan sesekali menjual tiket pada harga lebih mahal dari yang sepatutnya.


 Ketua Penguatkuasa SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad bersama pemberita selepas
operasi bersepadu SPAD bersama-sama agensi penguatkuasaan
lain di Plaza Tol Jasin di sini, Jumaat lalu. 
SPAD juga memandang serius terhadap kegiatan haram 'ulat tiket' dan turut diingatkan kepada semua pengendali/operator bas tidak terlibat mahu pun bersekongkol dengan mereka.

AWAS... Jauhi 'Ulat Tiket'
Kepada yang engkar atau melanggar undang-undang yang telah ditetapkan itu, tindakan tegas akan dikenakan mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan."

Pada operasi bersepadu SPAD bersama-sama agensi penguatkuasaan lain di Plaza Tol Jasin, baru-baru ini. Sebuah pengusaha bas ekspres telah ditahan setelah disyaki terlibat dengan kegiatan ulat tiket. Hasil pemeriksaan dan siasatan, SPAD mendapati terdapat harga tiket berbeza-beza ditawarkan kepada penumpang hingga ada di antaranya tidak memiliki tiket bas.

Bagi kes-kes seperti ini, SPAD akan menjalankan siasatan lanjut terhadap pemandu, penumpang dan pengusaha bas berkenaan bagi tindakan susulan," jelas Datuk Che Hasni.
"Sehubungan itu, kepada penumpang yang mengalami situasi serupa, hendaklah melaporkannya terus kepada SPAD untuk tindakan selanjutnya," tegas beliau lagi.

Talian Aduan SPAD

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.