GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

30 June 2015

'Selamat Menyambut Ulang Tahun' Tunku Mahkota Johor (TMJ)



Dalam kesempatan ini kami di MaelPengerang.blogspot mengucapkan 'Selamat Menyambut Ulang Tahun' kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Semoga di lanjutkan usia dan di permudahkan segala urusan Tunku olehNya sepanjang hayat. 

Kami sebagai anak Johor, bangsa Johor... Tetap teguh dan taat bersama Tunku dan Negeri Johor Darul Takzim


KENYATAAN TUNKU MAHKOTA JOHOR
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah mengucapkan selamat dan mendoakan saya sempena hari keputeraan saya. 
Saya telah membuat keputusan, setelah menerima pandangan dan nasihat DYMM Tuanku, untuk mengagihkan lembu di setiap daerah untuk berbuka puasa, selain menghulurkan sedekah kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Johor. Demikianlah niat saya. Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat. 
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim. Tunku Mahkota Johor 

27 June 2015

Pulangkan Selangor kepada rakyat semula! - Presiden MCA


Berikutan tindak tanduk bercelaru pemerintahan DAP dengan PAS di Selangor sehingga ke hari ini, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesa kerajaan negeri Selangor di pulangkan kembali kepada rakyat untuk membuat keputusan dengan membubarkan DUN dan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang baru.

Menurut Presiden MCA itu lagi, pakatan sudah tidak layak mengurus negeri Selangor atas sebab mereka sering gagal mencapai kata sepakat dalam apa sahaja hal sesama mereka.

"Mereka gagal wujudkan polisi yang dipersetujui bersama untuk memerintah negara kerana negara ini ada pelbagai jenis kaum maka satu konsensi yang dipersetujui bersama diperlukan" katanya.

"Biarpun kita lihat hubungan PAS dan DAP semacam gantung tidak bertali namun ianya tidak akan memisahkan hubungan kedua-dua parti itu...."

DS Liow Tiong Lai berkata DAP sedang cuba mencipta satu lagi Pakatan baru bersama PasMa atas nama PAS yang amal kesederhanaan.

Dalam hal ini, DS Tiong Lai menasihatkan orang ramai agar jangan sesekali terperdaya oleh sandiwara yang sedang dimainkan pihak DAP.

Kumpulan yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini bersama Teresa Kok
Beliau turut berpendapat DAP akan sentiasa menyembunyikan hasrat mereka yang sebenar asalkan mereka dapat kuasa. DAP akan tetap bersama PAS asalkan kehendak politik mereka tercapai..

26 June 2015

Semoga cepat sembuh! @Weekasiongmp Menteri di Jabatan Perdana



Umum tentu tahu, Datuk Ir. Dr Wee Ka Siong merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Orang Cina. Namun apa yang berlaku hari ini, semua aktiviti dan banyak program beliau kini terpaksa ditangguh. 

Apa yang di beritahu, beliau baru sahaja Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong baru lepas menjalankan satu pembedahan dengan jayanya dan kini dalam peringkat pemulihan. 

Walaupun tidak banyak maklumat yang kami terima setakat ini, namun MP berharap cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan supaya dapat meneruskan tugas beliau di JPM, demi kepentingan rakyat dan negara.  

Berikut MP kongsikan pesanan ringkas yang baru saja diterima untuk pengetahuan ramai.


'

25 June 2015

ETS akan merupakan rahmat bagi penduduk sekitar laluannya - DS Liow Tiong Lai



Hasrat orang ramai yang merancang pulang ke kampung ( laluan utara ) sempena Aidilfitri tahun ini dengan menaiki perkhidmatan KTMB mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, hari ini.

Perkhidmatan kereta api dengan menggunakan Tren Elektrik (ETS) yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Padang Besar, Perlis dijangka beroperasi bermula 1 Julai ini.

Beliau yang juga Presiden MCA dikatakan akan mengumumkan secara rasmi tarikh mulanya operasi Perkhidmatan Trans Elektrk (ETS) dalam masa terdekat, tidak lama lagi.

Menurut DS Liow Tiong Lai, beliau sendiri akan meninjau perkembangan ETS dan akan merasai sendiri kelajuan tren tersebut ketika dalam percubaannya nanti sebelum membenarkannya untuk beroperasi.

"ETS akan merupakan rahmat bagi penduduk yang tinggal di sepanjang laluannya", tambahnya lagi.


Laluan bermula dari stesen Kuala Lumpur - Butterworth ini bakal diteruskan hingga ke Padang Besar dengan mengambil masa perjalanan 4 jam merupakan satu khabar yang baik buat rakyat dan menyenangkan kepada pengguna perkhidmatan alternatif yang lain seperti bas ekspres.

Dilaporkan bahawa laluan sepanjang 329km dari Ipoh-Padang Besar akan diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan menjelang akhir tahun ini. Apabila siap nanti perkhidmatan ETS dari Padang Besar, Perlis ke Kuala Lumpur bakal memakan masa hanya 4 jam 15 minit berbanding kira-kira 12 jam menerusi perkhidmatan lokomotif diesel.

Dalam perkembangan lain, Sarbini Tijan, Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pula memberitahu perbincangannya dengan pihak SPAD menunjukkan perkembangan positif dan dia berharap mendapat kelulusan segera apabila selesai beberapa ujian keselamatan bagi menjamin keselamatan penumpang. 

Pihak KTM juga telah mengeluarkan 12 ribu tiket dan telah terjual lebih dari 10 ribu tiket bagi tempoh 10 hingga 18 julai sempena cuti perayaan Aidilfitri, pertengahan Julai ini.


24 June 2015

Kejatuhan nilai ringgit tambah baik eksport FGVH


Banyak sangat pihak-pihak yang tertentu terutama pembangkang membangkitkan isu-isu FELDA untuk dijadikan alasan untuk menjatuhkan kerajaan. Sampai tahap sanggup menyebarkan dakyah fitnah untuk mengaburi mata rakyat dan meraih sokongan.

Kali ini kejatuhan nilai ringgit menjadi berita baru yang cuba dikaitkan dengan turun naiknya ekonomi Felda Global Vanture Holding.(FGV).

Namun, apa yang berlaku keadaan tersebut tdak akan menjejaskan perniagaan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) namun sebaliknya menambah baik eksport perladangan syarikat itu.

Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata syarikat tersebut kini sedang dalam usaha untuk menambah sumber pendapatannya melalui sektor perladangan yang menyumbang sebanyak 75 peratus kepada sumber kewangan syarikat.

Mohd Isa berkata keputusan untuk meluaskan kawasan ladang di Indonesia seperti yang dilaporkan baru-baru ini adalah berikutan kawasan yang terhad di semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Sebelum ini FGV dilaporkan sedang menimbang untuk membeli 37 peratus kepentingan dalam PT Eagle High Plantations Tbk Indonesia, sayap perladangan milik Rajawali Group, yang bernilai US$680 juta.

Pada 12 Jun lepas, ia telah memeterai perjanjian dasar induk dengan Rajawali Group bagi cadangan pembelian berkenaan.

Menurut FGV, angka itu dicapai antara lain dengan menimbang transaksi perladangan kelapa sawit yang dilaksanakan sejak 2013, seperti pengambilalihan New Britain Palm Oil Ltd (NBPOL) oleh Sime Darby pada 2014 dan Unico-Desa Plantations Bhd oleh IOI Corporation Bhd, serta urus niaga yang dijalankannya sendiri.

“Sebelum ini kita Felda Global Ventures telah mempunyai sekitar 20,000 hingga 30,000 ekar di Kalimantan Indonesia dan kini kita dalam perbincangan dengan PT Rajawali,” katanya pada majlis berbuka puasa, di sini, pada Selasa.

Bagaimanapun, katanya, perkara ini akan di dibawa ke mesyuarat agung luar biasa pada bulan Ogos ini.

23 June 2015

FGVH :Bayar zakat RM 23 juta bukti FELDA belum rugi.



Kejayaan Kumpulan FELDA sebagai sebuah syarikat konglomerat Melayu terbesar memang menjadi perhatian ramai pihak. 

Terutamanya mereka yang tidak senang dengan kejayaan syarikat serta orang-orang Melayu di negara ini. Umum ketahui hampir semua akhbar-akhbar pembangkang cuba berusaha keras untuk menjatuhkan kredibiliti FELDA di mata orang Melayu agar ianya ditolak.



Namun, biarpun pelbagai tohmahan dan fitnah yang dihadapi kumpulan ini hingga ada yang menyebar dakyah mengatakan FELDA akan 'bankrup'... Sebaliknya Kumpulan FELDA masih berjaya membayar zakat perniagaan bagi tahun 2014 sebanyak RM 23 Juta. Pembayaran oleh Kumpulan FELDA ini merupakan antara yang terbesar diterima oleh Lembaga Zakat pada bagi tahun ini.

Pemberian Zakat ini jelas membuktikan dimana FELDA masih terus mempunyai hasil keuntungan dan tidak sepertimana yang diheboh pihak pembangkang, sebelum ini.


Jumlah keseluruhan zakat perniagaan yang dibayar oleh FELDA

Cuba kita fikirkan sejenak, jika betul apa yang dicanang oleh pihak pembangkang bahawa Kumpulan FELDA ini satu syarikat yang mencatatkan kerugian yang besar, bagaimana pula FELDA boleh membayar zakat sebanyak RM 23 juta?

Apa pun, syabas dan tahniah MP ucapkan kepada Felda Global Vanture Berhad (FGV) yang terus berjaya memacu FELDA ke persada dunia. Terus memertabatkan nama bangsa dan negara... Sesungguhnya kejayaan mereka, kejayaan bagi kita semua.


18 June 2015

TAHNIAH : Khidmat Tan Sri Dr. Syed Hamid dilanjutkan 2 tahun lagi. - SPAD


Sejak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ditubuhkan pada 3 Jun 2010, buat kali keduanya Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar diberi kepercayaan sebagai Pengerusi suruhanjaya tersebut setelah perkhidmatannya dilanjutkan lagi dua tahun berkuatkuasa 4 Jun lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan SPAD, "Pelanjutan perkhidmatan Tan Sri Syed bakal memberi lebih masa kepada beliau untuk meneruskan transformasi penambahbaikan standard sistem pengangkutan awam darat di negara ini"

Tan Sri Dr, Syed Hamid Albar
Sejak SPAD ditubuhkan, bermacam-macam transformasi telah dilakukan. Baru-baru SPAD melancarkan Bas Rapid Transit yang pertama di Asia Tenggara...tujuannya untuk menampung permintaan perkhidmatan disamping dapat mengurangkan masalah kesesakan terutamanya pada waktu puncak apabila rakyat mahu menggunakan perkhidmatan LRT.

Selain memajukan infrastruktur berkaitan pengangkutan awam, SPAD turut menjaga kebajikan pemandu-pemandu pengangkutan awam sejajar dengan kehendak semasa.

Buktinya, pada tahun ini SPAD telah menaikkan kadar tambang teksi sepertimana yang dikehendaki persatuan-persatuan teksi di Malaysia. Biarpun mendapat reaksi pelbagai dari rakyat, SPAD tetap meneruskan atas kapasiti menjaga kebajikan pemandu teksi tanahair.


Bukan mudah tugas dan peranan SPAD...menjaga kebajikan pengguna, pemandu dan kemajuan pengangkutan awam..malah, SPAD turut menggariskan akta dan peraturan untuk dipatuhi semua pemandu pengangkutan awam...

Diharapkan dengan pelanjutan kontrak Tan Sri Syed ini dapat meneruskan agenda pentransformasian pengangkutan awam negara ke tahap lebih berkualiti. 

MP mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tan Sri Syed atas pelanjutan kontrak ini.


17 June 2015

Kini sah maksud 'PR' itu 'Pakatan Rebah'..!



Pakatan pembangkang yang dianggotai parti DAP, PAS dan PKR berpecah, setelah DAP sendiri mengisytiharkannya,semalam Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti itu, PKR dan PAS tidak lagi wujud. 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata keputusan yang dibuat Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah "membunuh" pakatan itu.

“Oleh kerana Pakatan Rakyat dibentuk oleh muafakat tiga parti serta terikat dengan rangka dasar bersama, usul muktamar PAS secara berkesan telah menamatkan Pakatan Rakyat.

“Pakatan Rakyat justeru tidak lagi wujud,” kata Setiausaha Agung yang jawatannya belum disahkan, Lim Guan Eng, semalam.


KLIKSINI
Jawatankuasa eksekutif pusat DAP pada mesyuaratnya kelmarin juga telah mencapai kata
sepakat bahawa ikatan politik pakatan pembangkang yang di­mulakan pada 2008 sudah tidak lagi wujud, berikutan usul Muktamar Pas lalu yang memutuskan hubungan dengan parti tersebut sebelum ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, DAP bagaimanapun akan terus menjalankan kerjasama bersama PKR dan lain-lain pihak yang ingin melihat pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) ditamatkan. 
Sumber

16 June 2015

"Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur." - TMJ


Selepas Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz mengeluarkan kenyataan supaya Tengku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) supaya tidak mencampuri urusan politik (KLIKSINI)... TMJ telah pun memberi repon dengan merakam jawapan balas kepada kenyataan Nazri Aziz itu, kelmarin.

Ekoran daripada peristiwa itu, pada jam 4.00 tadi, satu perhimpuan secara aman oleh rakyat Johor yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah diadakan di hadapan perkarangan pintu gerbang Istana Bukit Serene sebagai tanda sokongan tanpa berbelah bagi dan kesetiaan rakyat Johor terhadap Tunku Mahkota  Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.


Sambutan ramai terhadap perhimpunan ini telah mendapat reaksi positif daripada rakyat yang sentiasa menyokong institusi Kesultanan Johor.

Berikut adalah titah TMJ pada perhimpunan yang di anjurkan petang tadi.


Dalam pada itu, TMJ turut memberi mesej untuk rakyat Johor dan Malaysia khususnya kepada kerajaan Malaysia supaya sentiasa berada dalam landasan yang betul untuk mentadbir negara. 

Bersama-sama ini MP kongsikan kenyataan terbaru Tunku Ismail kepada Datuk Seri Nazri Aziz dan juga kepada kerajaan Malaysia umumnya. Sila klik pada gambar di bawah atau KLIKSINI :


Sumber gambar dan berita daripada : FB JOHOR Southern Tigers 

Jawatan Menteri bukan lesen 'biadap' kepada institusi DiRaja Johor


Kata-kata dan bahasa Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz mengeluarkan kenyataan balas terhadap Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini, ekoran status Facebook TMJ yang menyentuh isu pembatalan Forum “Nothing to Hid” minggu lalu dilihat begitu biadap dan nampak menghina.

Dalam kenyataan Datuk Seri Nazri, kata beliau Putera Mahkota Johor boleh dikenakan peraturan yang sama dalam politik jika ingin membuat komen, dan beliau akan dibelasah dalam politik.

Antara kata lain, sumber melaporkan Datuk Seri Nazri memberitahu Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya “jangan masuk campur politik” jika tidak, akan “dibelasah”.

“Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah secara lisan) dia,” menurut The Star Online.

“Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang (justeru tidak sepatutnya campur tangan dalam politik). Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik." kata DS Nazri Aziz.

"Jika kamu memegang jawatan penting sebagai keluarga diraja di negeri dan kamu mula mengulas (politik)... kalau kerajaan 'belasah' kamu balik, jangan marah." tambah beliau.

Setelah beberapa jam selepas teguran Datuk Seri Nazri Aziz terhadap Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Berita mengenai satu klip video pendek memaparkan wajah TMJ muncul dalam aksi yang mencabar dan penuh tanda tanya, tersiar di media sosial. (KLIKSINI). Klip video tersebut dikatakan mempunyai sangkut paut dengan kenyataan yang di sebut oleh DS Nazri Aziz sebelum itu.

Walaupun klip video berkenaan tidak disertakan tajuk atau kapsyen, ia dimuat naik hanya selepas beberapa jam Nazri yang juga Menteri Kebudayaan dan Pelancongan jelas menjadi persoalan umum.

Namun, MP sebagai anak Johor dan berada dibawah naungan tahta Kesultanan Johor... Percaya dan berpendapat bahawa kata-katanya, memang biadap! Tidak sepatutnya DS Nazri merangkap sebagai Menteri serta pemimpin masyarakat bercakap dengan cara dan bahasa sedemikian.

Dia kena sedar akan martabat di Raja dan sepatutnya dia sebagai individu yang telah berada di pucuk kepimpinan tidak akan menunjukkan sifat begitu secara terbuka. Dah tu, dia seorang pemimpin UMNO pulak tu.... Jangan bikin malu dan buat taik la dalam UMNO.

Perlu di ingat..! Anda bercakap dengan bakal Sultan bukan bercakap dengan rakyat biasa!

MP percaya, daripada riaksi TMJ dalam klip video tersebut, menunjukkan maksud berkait rapat dendan tindak tanduk DS Nazri terhadapnya. Sudah tentu juga sebagai anak-anak dan bangsa Johor tidak dapat menerima kenyatan ini serta menolak sekeras-kerasnya kenyataan biadap Menteri Pelancongan itu...

Kalau iya pun, biarlah bersopan dan bercara... Ini tidak, bahasanya tidak sedikitpun dilihat punyai rasa hormat terhadap Raja dan institusinya. Selamba berani dan angkuhnya mengecam dan menyelar Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan baha kesat.

MP pasti hal ini juga tidak boleh diterima seluruh rakyat negeri Johor, antaranya Pemuda MIC (KLIKSINI) dan dua pemimpin UMNO dari Johor yang telah menyuarakan sokongan kepada TMJ dan beri mesej jelas kepada DS Nazri tentang perlunya menghormati institusi beraja..

Allah Berkati Johor... Allah Selamatkan Sultan.
Daulat Tuanku.

Dibawah, ikuti kenyataan media daripada YB Datuk Latif Bandi dan Datuk Zulkurnain Kamisan berhubung kenyataan DS Nazri Aziz sebagai Menteri terhadap Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ)

KENYATAAN 

Datuk Zulkurnain Kamisan
KETUA UMNO BAHAGIAN PARIT SULONG

Datuk Zulkurnain Kamisan
Saya menyarankan agar menteri ini lebih muhasabah diri dan cermin diri untuk mengatakan sesuatu perkara yg melibatkan institusi diraja. Jangan bermain api. Kita sudah cukup aman selama ini.
Rakyat Johor tidak pernah sesekali menderhaka dan kita akan menentang setiap anasir yang boleh merosakkan perpaduan antara rakyat johor.
Rakyat Johor akan pertahankan kedaulatan negeri dan juga kedaulatan bangsa Johor.
JANGAN UGUT DAN KURANG AJAR...
Jawatan sebagai menteri bukan lesen untuk bersikap kurang ajar kepada sesiapa.
Pendirian menteri ini tidak mewakili kepimpinan umno atau rakyat kerana beliau hanyalah ahli MKT yang dilantik..perlantikan beliau hanya oleh Perdana Menteri
JOHOR MESTI JADI JOHOR
Rakyat Johor sentiasa menghormati dan menyanjung tinggi kedaulatan institusi kesultanan...
Orang luar yang tidak suka cara johor tidak perlu mencerca atau menghina tetapi pintu sentiasa terbuka utk keluar mencari negeri lain...
Datuk Zulkurnain Kamisan
Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong



KENYATAAN 

YB Datuk Hj Abd Latif Hj Bandi
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor

YB Datuk Hj Abd Latif Hj Bandi

Setiap warganegara Malaysia yang prihatin berhak untuk menyalurkan pandangan khususnya dalam hal2 yg berkaitan dgn kepentingan awam.
Demikianlah juga bagi DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
Apatah lagi baginda seorang Putera Raja yang sangat perihatin terhadap rakyat baginda dan memiliki ramai peminat serta pengikut yang ratanya di kalangan anak-anak muda khasnya di Negeri Johor Darul Ta'zim.
Oleh hal yg demikian, adalah tidak wajar bagi sesiapapun untuk menafikan hak ini.
Malah adalah agak keterlaluan bagi mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan yg berbaur ugutan dan boleh mencemarkan nama baik institusi DiRaja Johor khasnya.
Sebagai seorang pemimpin politik yg berpengalaman, YB Datuk Nazri Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan kasar dan buruk sedemikian rupa sehingga boleh mengundang perbalahan dan reaksi balas negatif rakyat Johor kepada beliau.
Ianya juga secara tidak langsung boleh memburukkan lagi imej kepimpinan politik dan diharapkan sikap dan perlakuan seperti ini tidak diikuti oleh pemimpin2 yg lain.
YB Datuk Hj Abd Latif Hj Bandi
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor

15 June 2015

Kenyataan DS Nazri Aziz 'biadap'..! - Pemuda MIC Johor.


KENYATAAN AKHBAR
S.DEVA
KETUA PEMUDA MIC JOHOR


MENGENAI KENYATAAN BIADAP DATUK SERI NAZRI AZIZ TERHADAP TMJ

PEMUDA MIC JOHOR mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan biadap Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz terhadap TUNKU MAHKOTA JOHOR, TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM.
Sebagai seorang pemimpin negara, Datuk Seri Nazri sepatutnya menunjukkan contoh ikutan yang baik kepada rakyat supaya menghormati INSTITUSI DIRAJA di negara kita dan bukannya bertindak seperti ketua kumpulan KONGSI GELAP dengan mengeluarkan kata-kata ugutan kepada TUNKU MAHKOTA JOHOR.
Untuk itu, PEMUDA MIC JOHOR mahu kepimpinan BARISAN NASIONAL PUSAT mengenakan TINDAKAN DISIPLIN kepada Datuk Seri Nazri.Ini selari dengan semangat BARISAN NASIONAL yang sentiasa mendokong prinsip RUKUN NEGARA yang salah satu daripadanya adalah KESETIAAN KEPADA RAJA dan NEGARA. PEMUDA MIC bimbang, sekiranya tiada tindakan diambil terhadap kebiadapan Datuk Seri Nazri ini, budaya MENGHINA dan BERSIKAP BIADAP terhadap INSTITUSI DIRAJA di MALAYSIA akan menular di kalangan para PEMIMPIN yg lain.
Selain itu, PEMUDA MIC JOHOR mendesak kepimpinan negara agar MEMECAT Datuk Seri Nazri Aziz daripada jawatan Menteri yang sedang disandangnya.
Lagipun, ia bersesuaian dengan KEGAGALAN Kementerian Pelancongan dalam program Tahun Melawat Malaysia tahun lepas apabila ia hanya mampu mencatat kemasukan pelancong sebanyak 27.4 juta pelancong walhal sasarannya adalah sebanyak 28 juta pelancong. 
Ini pun sudah jelas membuktikan bahawa beliau gagal menguruskan kementeriannya dengan baik. Negara kita memerlukan pemimpin yang bijak serta mampu mengurustadbir dengan baik dan bukannya hanya tahu bercakap seperti nyaringnya ‘TIN KOSONG’.
Sebagai ANAK JATI JOHOR, PEMUDA MIC juga mahu Datuk Seri Nazri Aziz menarik balik kenyataan biadapnya itu dan membuat PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA kepada TUNKU MAHKOTA JOHOR dengan kadar SEGERA ! Janganlah kerana sikap biadap anda membuatkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus TERCALAR.
Akhir sekali, PERGERAKAN PEMUDA MIC JOHOR berikrar akan sentiasa BERDIRI TEGUH di belakang INSTITUSI DIRAJA JOHOR dan tidak akan membenarkannya dihina dan dicaci seperti apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Nazri Aziz pada hari ini. 
Kami semua adalah ANAK JOHOR dan ingatlah bahawa hanya JOHOR YANG MENGENALI JOHOR.
S.DEVA
KETUA PEMUDA MIC Johor
14 JUN 2015

14 June 2015

Wanita MCA: Langkah tersendiri menangani nasib mangsa 'Gempa Sabah'



Tragedi gempa bumi berukuran 5.9 pada skala richter dan kedalaman 54km, yang melanda Ranau hingga menggegarkan Gunung Kinabalu serta meragut nyawa 13 pendaki, termasuk seorang Malim Gunung pada pagi Jumaat lalu, kesedihannya turut dikongsi oleh Wanita MCA dengan mereka yang kehilangan anggota keluarga dalam gempa bumi itu.

Sebagai sebuah parti politik yang berkhidmat untuk rakyat.. Antara usaha bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa. Wanita MCA mengambil langkah tersendiri dengan adakan kutipan dana serta sumbangan melalui penjualan 'penyimpan berus gigi' dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM10.00


Datuk Heng Seai Kie
"Hasil jualan 'penyimpan berus gigi' itu akan disalurkan terus kepada mangsa gempa di Sabah dan pembeli mempunyai pilihan samada mahu membeli atau hanya hulurkan derma bagi tabung bantuan ini," kata Ketua Pergerakan Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie.

'Penyimpan berus gigi' ini boleh didapati dan akan dijual di mana-mana aktiviti beliawarnis dan wanita MCA.

Wanita MCA memang amat peka terhadap permasalahan rakyat lebih-lebih lagi yang sedang ditimpa bencana. Dahulu pun masa banjir teruk di Kelantan, MCA turut memberi khidmat bakti meringankan beban mangsa banjir pantai timur.



Dalam misi bantuan ini, Wanita MCA akan menyertai MCA Crisis Relief Squad. Sebarang maklumat untuk menyalurkan bantuan boleh terus menghubungi Sekretariat Wanita MCA di talian 03-22033880...

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dalam kenyataannya telah telah menghubungi Presiden MCA , Datuk Seri Liow Tiong Lai dan telah memaklumkan bahawa MCA telah memberi beberapa peruntukan.


Datin Paduka Chew Mei Fun
"Peruntukan khas dari MCA Crisis Relief Squad telah diumumkan di mana sejumlah RM 30,000 akan diberi kepada SJKC Pai Wen dan sejumlah RM 20,000 akan diberikan kepada rumah agama Hwa Shan Sheng Zu Gong" kata Mei Fun

Untuk rekod setakat ini pegawai JKR dan pejabat pelajaran telah mendapati dari 12 bilik darjah 4 bilik masih boleh digunakan.

MCA antara parti politik yang cepat memberi bantuan jikalau ada mana-mana tempat ditimpa bencana. 


Syabas wanita MCA dan MCA Crisis Relief Squad atas usaha amal ini.



13 June 2015

TUN M : "Beliau mahu saya letak jawatan kerana saya menolak tuntutan peribadinya" - @NajibRazak



Tentunya ramai yang tertanya-tanya apa yang buat Tun Mahathir menyerang Perdana Menteri kebelakangan ini... Pergolakkan 2 pemimpin ini juga telah mengundang kekeliruan rakyat hingga timbul berbagai spekulasi yang memeningkan kepala.

Berikut kenyataan eksklusif MP paparkan, jawapan dari YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak, yang di petik terus daripada blog NajibRazak.com.


Ramai yang bertanya – apa yang mendorong Tun Mahathir menyerang Perdana Menteri? 

Jawapannya adalah: 

1. Beliau mahu saya meletakkan jawatan, sebagaimana beliau mahu Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan kerana saya menolak untuk melaksanakan tuntutan peribadinya.

2. Saya menolak kerana ia adalah tugas saya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara demokratik untuk memimpin negara ini dan melakukan apa yang saya percaya adalah baik untuk negara ini, bukan untuk seorang individu. Saya tidak percaya yang rakyat mahu seorang mantan Perdana Menteri memerintah melalui proksi.

3. Tun mencetuskan krisis apabila beliau secara melulu mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1MDB dan aset kewangan syarikat, bernilai kira-kira RM16 bilion, adalah tidak bernilai. Kenyataan-kenyataan tersebut adalah palsu dan menyebabkan suasana panik yang tidak sepatutnya.

4. Sekiranya Tun berpegang pada fakta dan menjelaskan bahawa RM42 bilion sebenarnya hutang, maka itu lain kisahnya. Ini adalah kerana syarikat biasanya harus mempunyai aset yang bernilai lebih tinggi sebagai cagaran terhadap hutangnya. Dalam kes 1MDB, hutang RM42 bilion disokong oleh RM51 bilion aset seperti yang dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan 1MDB bagi 2014. Tetapi beliau memilih untuk tidak mengendahkannya

5. Adalah salah bagi Tun membuat dakwaan palsu bahawa RM42 bilion, atau RM27 bilion selepas beliau mengubah angka itu, adalah “hilang”. Selepas 1MDB mendedahkan di mana beradanya RM42 bilion itu, Tun kemudiannya berkata beberapa bilion pula telah hilang. Perubahan angka dan hujah-hujah ini mencetuskan keraguan yang serius terhadap tuntutan beliau. Disebabkan beliau merupakan bekas ketua kerajaan, sentimen pasaran dan rakyat telah dipengaruhi secara negatif.

6. Sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan bahawa semua entiti di bawah bidang kuasa kerajaan, bukan sahaja 1MDB, ditadbir dengan baik. Atas sebab inilah saya mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan siasatan ke atas 1MDB, dan laporan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) yang dwipartisan untuk penelitian telus. Jika terdapat pihak yang terlibat dalam salah laku, saya akan memastikan undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian.

7. Jika Tun benar-benar mahukan jawapan kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan, beliau hanya perlu menunggu beberapa siasatan – oleh Ketua Audit Negara, Bank Negara dan PAC – untuk membuat kesimpulan. Bagaimanapun, beliau nampaknya tidak percaya kepada institusi-institusi dan pihak berkuasa yang sah, atau berminat dengan jawapan mereka.

8. Ini kerana serangan Tun ini pada hakikatnya tidak didorong oleh 1MDB – beliau hanya menggunakan syarikat itu sebagai alasan dan cuba menjatuhkan Perdana Menteri yang sedang berkhidmat. Jika 1MDB tidak pernah wujud, Tun akan mencari alasan lain.

9. Ia memalukan apabila Tun sekali lagi, telah berpaling menentang kepimpinan partinya sendiri. Serangan umum hanya akan merosakkan UMNO, kerajaan dan akhirnya Malaysia. Kelakuan tidak wajar ini akan menjadi catatan tambahan yang mencemarkan legasi beliau.

10. Tun mengatakan BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi sejak bilakah seorang individu mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak yang mengundi? Pembangkang berada dalam keadaan huru-hara, dan memandangkan perpecahan dalam ideologi asas gabungan mereka, akan berlaku kelumpuhan negara jika mereka memegang tampuk pemerintahan. Jika Barisan Nasional kekal bersatu dan membuktikan diri sebagai pemerintah terbaik bagi tahun-tahun akan datang, saya percaya rakyat akan membuktikan bahawa dakwaan Tun adalah salah, pada pilihan raya akan datang – selepas didedahkan bahawa dakwaannya itu adalah palsu dan didorong oleh kepentingan diri sendiri, bukan demi kepentingan Malaysia.

Sumber : NajibRazak.com

8 June 2015

GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel



Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur di perkenalkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat  pada 31 Ogos 2012 dengan hanya dua laluan iaitu Laluan Hijau dan Laluan Ungulaluan KLCC-Bukit Bintang dan Pasar Seni-Bukit Bintang ) ketika itu.

Dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kelolaan RapidKL. Perkhidmatan bas bandar GoKL di ujudkan tidak lain dari untuk memberi kemudahan pengguna penganggkutan awam di kota terutama warga kerja di sekitar kawasan Central Business District (CBD) Kuala Lumpur.


Melalui penilaian prestasi yang telah dijalankan keatas Laluan Hijau dan Unggu oleh pihak SPAD semenjak mula beroperasi, demi meningkatkan kadar penggunaan perkhidmatan GoKL ke tahap yang optima. SPAD telah melaksanakan penambahbaikkan dengan menambah Laluan Merah dan Biru pada 1hb Mei 2014. (selanjutnya KLIK)

Menyediakan perkhidmatan ini adalah merupakan sebahagian daripada Pelan Transformasi Kerajaan dalam usaha mempertingkatkan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di kawasan CBD Kuala Lumpur. Kesemua laluan, meliputi kawasan tumpuan orang ramai seperti pejabat-pejabat, terminal pengangkutan awam, pusat membeli-belah serta tempat-tempat pelancongan yang menarik dan berdasarkan kaji selidik, perkhidmatan Go KL telah dinaiki hampir 20,000 penumpang 
setiap hari.

Namun begitu, bagi usaha meningkatkan mutu serta penambahbaikan bas bandar GoKL... Demi rakyat, langkah kerajaan khususnya SPAD takkan terhenti setakat itu. 




20 buah bas baharu GoKL bagi menggantikan bas yang telah beroperasi sepanjang laluan Biru dan Merah daripada 1 Mei, 2015 lalu, diperkenalkan hari ini.

Bas baharu yang mematuhi piawai NGV EURO 5 mempunyai kapasiti bagi 65 penumpang. Selain dilengkapi dengan internet WiFi, tempat kerusi roda, ‘ramp’ dan lantai rendah bagi kemudahan warga emas dan OKU.


Bagi meningkatkan tahap keselamatan, setiap bas baharu dilengkapi 4 kamera CCTV, sistem audio bagi mengumumkan semua hentian atau destinasi dan sistem penjejakan GPS. 
Warga kota sekarang boleh menikmati pengangkutan yang lebih baik dengan pengenalan 20 bas GoKL baharu oleh SPAD yang berupaya memberikan mod pengangkutan yang selesa dan lebih selamat, terutama pada masa puncak. 


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, SPAD En. Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal dalam kenyataan media SPAD baru-baru ini berkata, dengan adanya 20 bas baharu ini dianggarkan seramai 27,000 penumpang akan menggunakan perkhidmatan GoKL setiap hari. 

“Ini secara terus meningkatkan lagi kawasan perkhidmatan GoKL bagi memberikan ketersambungan kilometer pertama dan akhir kerana adanya 70 hentian sepanjang laluan-laluan GoKL. Ini termasuk stesen-stesen LRT dan KTM Komuter di dalam bandar dan menjadi sebahagian daripada integrasi sistem pengangkutan awam", tambahnya lagi. 


"Sehingga kini, Kerajaan, melalui SPAD, telah melabur RM28.4 juta bagi pengoperasian perkhidmatan bas GoKL. Perkhidmatan bas percuma GoKL diadakan sebagai alternatif berdaya maju dan ekonomi bagi kegunaan warga kerja, membeli belah, pelajar dan juga pelancong di dalam kawasan perniagaan pusat," jelas En.Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.


Sempena pengenalan bas baharu dan galakkan kepada pengguna terhadap perkhidmatan bas percuma GoKL tersebut. SPAD juga mengumumkan peraduan #GoKLNow melalui laman 'twitter'nya (klik @SPADchannel) dengan menerusi tunjuk bakat kreatif anda merakam gambar-gambar atau video ketika menaiki bas bandar GoKL.


Maklumat tambahan mengenai peraduan (dari 1 Jun sehingga 26 Jun 2015) tersebut boleh didapati di laman Facebook SPAD atau klik logo GoKL diatas.SPAD berharap agar masyarakat mengambil maklum akan perkara ini. Dalam masa yang sama, pihak SPAD juga ingin menyeru pengguna untuk terus menikmati kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan ini seterusnya dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan terus berusaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan bas Bandar GO KL ini, menjadi perkhidmatan bas dalam bandar yang mudah diakses, selamat, selesa dan dapat diguna ramai.


7 June 2015

RM50 Juta Untuk Skim Pembiayaan Usahawan (PKS) Kaum Cina - Presiden MCA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan chek replika RM50 juta
kepada Pengerusi Koperasi Jayadiri Malaysia Sdn Bhd (KOJADI) Datuk Ng Peng Hay

Langkah kerajaan bagi melahirkan ramai lagi usahawan dalam kategori Perusahawan Kecil Sederhana (PKS) selain berjaya memacu negara terus maju dan berpendapatan tinggi, SAME iaitu sebuah unit pembangunan PKS dan mikro kredit yang ditubuhkan pada 1 Oktober tahun lalu di bawah Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan sumbangan dana sebanyak RM50 juta kepada Koperasi Jayadiri Malaysia Sdn. Bhd. (KOJADI), kelmarin.

Sumbangan tersebut di sampaikan oleh YAB. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Pelancaran Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (Same) Jabatan Perdana Menteri dan Skim Pembiayaan Usahawan (PKS) Kaum Cina di Galaxy Banquet Hall, Jalan Sentul.

Sebagai satu badan punyai rekod pencapaian cemerlang serta badan yang diiktiraf pihak Surunhanjaya Koperasi Malaysia dangan status lima bintang. KOJADI telah dilantik untuk mengagihkan skim tersebut kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana kaum Cina.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, skim pinjaman tersebut juga sebagai usaha kerajaan menghargai hubungan MCA sebagai rakan lama kepada Barisan Nasional (BN) dan berharap skim ini akan memberi manfaat kepada rakyat selain mampu mengurangkan gejala 'Ah Long' di negara ini.

Skim Pembiayaan PKS Kaum Cina ini menerima peruntukan khusus RM50 juta daripada kerajaan dan menawarkan pinjaman daripada RM50,000 hingga RM250,000.



Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Dr. We Ka Siong mengiringi Datuk Seri Najib ketika
melancarkan Buku Panduan Sumber Kewangan SAME padaMajlis Pelancaran SAME dan
Skim Pembiayaan Usahawan PKS kaum Cina di Kuala Lumpur, kelmarin.
YAB. Perdana Menteri turut berkata, menerusi dua program itu, perjalanan Malaysia merealisasikan ekonomi negara maju, diyakini berjaya.

Turut hadir, Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong serta Ketua Pegawai Eksekutif SAME Neil Foo.

Selanjutnya ikuti ucapan YAB. Perdana Menteri pada Majlis Pelancaran Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (Same) dan Skim Pinjaman Usahawan Perusahawan Kecil Sederhana (PKS) Kaum Cina di Galaxy Banquet Hall, Jalan Sentul pada Jumaat lalu. - Astro AWANI




6 June 2015

Geran RM4 Juta Untuk Kelab P & I Malaysia

Disaat industri perkapalan Malaysia yang terjejas akibat kelembapan ekonomi global dan krisis kewangan dunia, Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui menterinya Dato' Sri Liow Tiong Lai mengumumkan 6 bantuan dan sokongan kepada Malaysian Shipowners' Association (MATA).

Ini jelas membuktikan kerajaan tidak pernah sekalipun terlepas pandang kepada persatuan pemilik kapal Malaysia itu.

Dalam hal ini, MOT mengambil langkah membentuk Malaysia P & I Club bagi kapal-kapal di bawah 300 tan muatan kasar bagi tujuan penyelarasan dengan Kementerian Kewangan untuk geran permulaan sebanyak RM4 juta kepada kelab itu. 

Daripada pembentukkan ini, Malaysia P & I Club sekaligus akan menjadi badan bertindak bagi mengendalikan penawaran premium insurans yang berpatutan kepada pemilik kapal kecil yang melibatkan liabiliti pihak ketiga. 

Menurut Dato' Sri Liow lagi, insurans ini akan meliputi pelbagai liabiliti termasuk kematian, kecederaan diri, kerosakan harta, pembuangan bangkai kapal dan juga peninggalan pelaut.

"Saya difahamkan bahawa penubuhan kelab ini di peringkat akhir dan kami akan memulakan operasi sebelum akhir tahun ini," jelasnya.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan (MOF) juga sedang menimbangkan beberapa permintaan termasuk feri, baj, bot tunda, kapal bekalan, kapal anak kapal dan kapal-kapal lain dan anak kapal yang bekerja dikecualikan daripada cukai korporat dan peribadi masing-masing. 

"Saya juga telah menghantar surat kepada YB Menteri Kewangan II untuk mempertimbangkan permintaan itu dengan baik," tambah beliau.


Dalam bajet 2012, kerajaan merancang untuk mengurangkan pengecualian cukai sedia ada bagi syarikat perkapalan dari 100% kepada 70% pendapatan berkanun mereka. Walau bagaimanapun, 
pandangan MOT dan rayuan MASA itu ditangguhkan sehingga 2015. 

MOT juga sedang berusaha menyediakan laporan komprehensif untuk mewajarkan mengapa pengecualian cukai 100% perlu dikekalkan dan korelasi dengan perkapalan Malaysia di pasaran global.

"Pengekalan cukai 100% adalah juga penting bagi perkapalan Malaysia untuk berdaya saing dan menjadi berdaya saing dalam pasaran perkapalan dunia sangat kompetitif ini," kata Dato' Sri Liow.



iv) Dalam ucapan belanjawan 2014, sebanyak RM3 bilion diperuntukkan sebagai pinjaman mudah di bawah Tabung Pembangunan Maritim melalui Bank Pembangunan Malaysia. Dana ini bertujuan untuk menyediakan pembiayaan kepada pemilik kapal untuk membangunkan industri perkapalan, limbungan pembinaan, minyak dan gas serta aktiviti sokongan berkaitan maritim. Oleh itu, untuk memastikan bahawa objektif Kumpulan Wang yang telah dipenuhi dan digunakan, Kementerian memudahkan pelbagai perbincangan dengan agensi-agensi yang berkaitan untuk mempercepatkan pengeluaran Kumpulan Wang itu dan dalam hal ini, saya ingin mengucapkan terima kasih MASA untuk penglibatan dan penyertaan mereka dalam perbincangan banyak yang telah diadakan ; dan akhirnya

v) Menyedari kritikal industri perkapalan kepada ekonomi Malaysia dan rakyatnya, Kementerian, Institut Maritim Malaysia (MIMA), MASA, Jabatan Laut Malaysia dan pihak-pihak berkepentingan yang lain merangka strategi dan pelan tindakan untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh Malaysia perkapalan dalam Pelan Induk Penghantaran Malaysia. Pelan Induk Penghantaran Malaysia dijangka mengenal pasti isu-isu dan membuat cadangan yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Antara lain, kita akan mengulas lanjut dan mencadangkan strategi yang sesuai dan langkah-langkah yang berkaitan dengan industri perkapalan khusus dan industri sokongan secara umum.

vi) Saya telah dimaklumkan bahawa draf Pelan Induk Penghantaran Malaysia yang akan siap menjelang akhir tahun ini untuk pertimbangan Kementerian. Saya amat yakin bahawa Pelan Induk akan berubah keseluruhan spektrum perkapalan Malaysia dan menggerakkan ia ke tahap yang lebih besar apabila dilaksanakan

5 June 2015

FELDA: Datuk Faizoull tidak dilantik semula sebagai Ahli Lembaga Pengarah


Datuk Haji Faizoull Ahmad
Pada Mesyuarat Agung Tahunan Keempat (ke-4) Syarikat yang akan diadakan pada 2 Jun 2015, lalu. Ahli Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dengan resolusinya telah menetapkan, atas saranan Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan, bahawa tidak menyokong pemilihan semula Datuk Haji Faizoull Ahmad memandangkan beliau tidak lagi memegang jawatan Pengarah Besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) termasuk kedudukan beliau sebagai pengarah syarikat MSM Malaysia Holdings.

Syarikat itu turut berkata, resolusi untuk melantik semula 
Datuk Haji Faizoull Ahmad sebagai pengarah MSM pada Mesyuarat Agung Tahunan itu juga tidak dijalankan kerana beliau dianggap telah bersara sebagai ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.Datuk Faizoull memulakan langkahnya berkhidmat dengan Felda sejak tahun 1986 dan diakui mempunyai pengalaman kerja yang begitu luas setelah memegang pelbagai jawatan ketika bersama Felda.

Antaranya, beliau adalah bekas pegawai pentadbiran Jabatan Belanjawan dan Jabatan Sosial, Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, Pengarah Jabatan Inovasi dan Pembangunan Generasi Baru Felda dan Timbalan Ketua Pengarah Felda (Pembangunan Komuniti).

Sebelum ini, Datuk Faizoull telah digantung dari berkhidmat selama 2 bulan oleh Felda atas arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bermula Disember 2014 lalu.


Beberapa sumber mengesahkan, penggantungan serta merta terhadap beliau adalah disebabkan kes yang berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara (KLIK) dan bukannya ada kena mengena dengan isu pertembungan dalaman antara beliau dengan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sepertimana yang digembar-gemburkan mulut politik pembangkang.

Beliau turut diarah pihak JPA untuk menjawab surat tunjuk sebab yang diberikan kepadanya dalam tempoh 21 hari.

Pada masa yang sama, Felda mendapati beliau yang sebagai Pengarah Besar Felda ketika itu, telah melakukan hal-hal yang bertentangan dengan polisi organisasi lembaga berkenaan.

Antaranya, menaikkan pangkat beberapa kakitangannya dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh beliau sendiri yang mana sepatutnya di pengerusikan oleh Tan Sri Isa Samad dan ahli-ahli Lembaga Pengarah Felda yang lain.

Felda Global Ventures Sdn Bhd memiliki 40,03% daripada MSM Holdings Bhd, manakala FGV Holdings Bhd memiliki 10.97% dan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd 20%.
- Sumber

Berikut MP sertakan NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-4 MSM MALAYSIA HOLDINGS BERHAD






SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.