Didalam amanat YAB. Menteri Besar Johor dihadapan lebih 2,000
penuntut baharu yang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda
bagi kemasukan sesi 2014/201, semalam. Johor akan membangunkan sebuah institut kemahiran di Bandar Tenggara sebagai salah satu usaha melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dan separa mahir yang diperlukan negara.
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, institut berkenaan akan dibina di atas tanah seluas 202.34 hektar bermula tahun depan. Antara bidang yang menjadi fokus bagi merealisasikan penubuhan institut tersebut adalah minyak dan gas, hospitaliti dan kejuruteraan.
Menurut beliau lagi, perkara ini memang ada dalam perancangan kerajaan negeri. Johor memang ingin mewujudkan sebuah hab institut kemahiran. Perancangan mengenainya sedang dilakukan dan apabila semuanya lengkap, ia akan umumkan nanti.
Pembinaan institut kemahiran berkenaan juga akan melibatkan
kerjasama dengan beberapa pihak dari dalam dan luar negara. Antara negara yang bersedia bekerjasama dalam membangunkan hab institut
kemahiran itu adalah Jerman, United Kingdom, Jepun dan Australia.
"Hab
institut kemahiran ini adalah berbeza dengan (konsep) di Educity kerana
institusi pengajian yang dibina di sana adalah berasaskan akademik," tambah Menteri Besar.
"Kita
masih dalam proses merancang dan mencari mekanisme terbaik bagi
pelaksanaannya dan apabila semuanya selesai, kita akan umumkan,"
katanya.
Turut hadir pada majlis Minggu Mesra Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2014, semalam, ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday dan Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Ir. Wahid Omar.
SOUTHERN Blogger
-
Beyond the constraint of Donald Trump's tariff
-
*"My earth is spacious" - Quran Surah Ankabut Verse 56*
On April 2nd, 2025, POTUS Donald Trump announced his reciprocal tariff
strategy in a White House R...
1 month ago
-
Wanita DAPig Mulakan Pancutan Di Mahkota
-
*Bercukur la para pengikut umdap kerana tuhan politik dapig mereka dah mula
bekerja menawan hati pengundi cina. Kiranya atas kertas macam umdap dan
se...
9 months ago
-
Mat Hasan should take over from Zahid and rebuild Umno/BN
-
Umno was thrashed once again the other day.
It won only 19 of the 108 seats contested in the six state elections.
Fourteen of the seats won by the party ...
1 year ago
-
CARILAH CALON YANG MEMERANGI RASUAH DAN LGBT KAWASAN ANDA.
-
Carilah Calon dikawasan anda yang Partinya memerangi Rasuah dan menolak
amlan LGBT.
Wahai Rakyat Malaysia sesungguhnya mati itu benar, Soalan Kubur Nokar D...
2 years ago
-
BN UMUM CALON SABTU INI
-
BN UMUM CALON SABTU INI KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan
mengumumkan 28 calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri
(PRN) Melaka pada j...
3 years ago
-
GEMPAR: Mahathir angkat sumpah
-
*NEWS:*
Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri
Malaysia di hadapan Yang di Pertuan Agong di Balai Rong Seri, Istana
Neg...
5 years ago
-
PH catat sejarah dividen ASB paling buruk
-
Tahniah PH, anda berjaya cipta rekod pemberian dividen ASB paling buruk
5 years ago
-
Cara Untuk Naikkan Penjualan Minyak Kelapa Sawit??? Menteri PH Sewajarnya
Lebih Bijak!!!
-
Bukankah lebih baik jika Kerajaan mensyaratkan maksima 3x gorengan sahaja
utk minyak masak yg diguna di permis2 jualan makanan? Jika penjual2 goreng
pisang...
6 years ago
-
#BuktiRM2.6B : DS Najib merompak, menyamun & mencuri berbilion-bilion?
-
Pendedahan secara terbuka berserta tunjuk bukti dokumen berkaitan isu
RM2.6 oleh DS Najib Tun Razak yang sering ditunjukkan oleh
pemimpin-pemimpin ...
6 years ago
-
Kakitangan SPAD Harap Kerajaan Pertimbangkan Semula Bubar SPAD..
-
Agak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri..itulah luahan yang dirasa
rata-rata pekerja dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang
mana S...
7 years ago
-
SIAPA CALUN BN LAWAN TSMY DI PAGOH?
-
PPBM dan umumkan, bahawa Tan Sri Muhyiddin akan mempertahankan kerusi
Parlimen Pagoh. Berbanding nama-nama besar lain dalam PAKATAN yang melompat
ke kerus...
7 years ago
-
-
AWESOME - HANYA DI JOHOR RaSUK 2017
-
Alhamdulillah Negeri Johor mempunyai MB yang berwawasan dan mempunyai
iltizam yang kuat untuk membangun Negeri johor menurut acuan yang di terima
rakyat ...
8 years ago
-
Tujuh Beranak Tinggal Di Kaki Lima Kedai Dapat Perhatian Wakil Rakyat
-
JOHOR BAHRU, 23 Feb — Nasib tujuh sekeluarga yang menjadikan kaki lima
sebuah rumah kedai di Masai, di sini, sebagai tempat berteduh mendapat
perhatian Ahl...
8 years ago
-
Pemimpin ....
-
Pemimpin yang baik akan disayangi dan dicintai oleh orang dibawahnya.
Setiap pemimpin perlu mengetahui suatu proses aliran yang wujud dalam
kepimpinannya...
10 years ago
-
KEKAL MB : Khalid Ibrahim 'Penderhaka'. Saksi video.
-
Setelah Menteri Besar Selangor di istihar status ahli serta kedudukannya
dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di 'pecat'...
Lunyai Khalid Ibrahim dikerjakan...
10 years ago
-
JELAJAH 1 BELIA 1 KEMAHIRAN : Di Kota Tinggi 26 Februari.
-
JELAJAH 1 BELIA 1 KEMAHIRAN akan berada di Dewan Jubli Intan Kota Tinggi
sempena PROGRAM MEMBARA UMNO BHG. KOTA TINGGI pd 26 FEBRUARI 2014 (RABU)
bermula j...
11 years ago
-
SYUKUR ALHAMDULILLAH dgn. projek Hab Inst. Kemahiran ini - harapnya BUMIPUTERA yg. MISKIN diberi keutamaan.
ReplyDeleteTapi, harapnya juga, K'jaan Johor (dan seluruh Malaysia ini) tolong henti bangunkan industri perumahan mewah sama sekali terutamanya yg. diBOIKOT oleh warga asing dan Pendatang, termasuk dari Singapura.
Bayangkanlah jenerasi muda BUMIPUTERA pd. masa depan yg. tak dak tanah atau mampu beli rumah, walau berpendidikan tinggi - sedgkan warga asing/Pendatang dapat bergembira duduk kat TANAH PUSAKA KITA nenek moyang kita. Pptutnya HAPUSkan saja program Rumah Keduaku! Lihat peningkatan PERAMPASAN tanah pusaka BUMIPUTERA Islam Palestin oleh si ZIONIS/Israel/JAHANAM - kerana TANAH adalah ASET/WARISAN yg. paling penting utk. penguasaan politik/ekonomi/sosial (yg. termasuk penyambungan tradisi nenek moyang kita)!
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Islam-Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BANGSA BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari PELBAGAI bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera [BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah “(SATU) BANGSA Malaysia“ sebenaqnya adalah PALSU].
Tak guna kita bangga ada pendidikan tinggi jika kita terpaksa MEREMPAT/MENGEMIS kat bumi PUSAKA nenek moyang kita sendiri! PENDIDIKAN mesti seiring dgn. PEMILIKAN TANAH/RUMAH utk. setiap BUMIPUTERA termasuk anak-cucu di masa hadapan - mesti diperjuangkan habis-habisan! Aku cadangkan BANK TANAH/RUMAH BUMIPUTERA - yg. mesti bantu setiap BUMIPUTERA miskin/pertengahan tanpa sebarang cagaran utk. memiliki tanah atau rumah kos rendah/sederhana.
ReplyDeleteLihat perjuangan MULIA utk. BUMIPUTERA oleh KP UMNO WP, nak Razlan ni (patut menggantikan saja si mamat-kari-LIBERAL yg. makin memuakkan) di - http://riziqin.blogspot.com/2014/09/tanah-kerajaan-harus-dibina-rumah-mampu.html , Tanah Kerajaan Harus Dibina Rumah Mampu Milik Bukannya Atas Tanah Pemaju @razlanrafii @BernamaTV @tengkuadnanreal @NajibRazak , September 3, 2014:
Soal anak muda bandar untuk memiliki rumah di dalam bandar menjadi penanda aras sama ada seseorang itu berkemampuan dari segi ekonominya ataupun terhimpit dalam suasana hidup yang tidak memungkinkannya untuk bernafas lebih tinggi daripada paras lumpur yang hampir menutupi lubang hidung.
Malam semalam, beberapa isi penting yang sempat dicatit semasa Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Rafii mengupas isu kekangan anak muda memiliki rumah di bandar dalam siaran secara langsung di BernamaTV.
Antaranya beliau menggesa supaya pihak berwajib terutamanya kerajaan memperhalusi pelaksanaan yang memihak kepada golongan sasar terutama apabila ia mengambil aspek taraf hidup golongan muda. Kerana kebelakangan ini, kita lihat banyak projek² perumahan dibangunkan akan tetapi golongan sasaran masih gagal membeli rumah² ini.
Salah satu sebabnya adalah kekurangan tanah yang semakin meruncing terutama sekali di bandaraya Kuala Lumpur. Pembinaan rumah² mewah diyakini tidak akan menyelesaikan masalah sosial dan masalah sara hidup golongan ini. Kerajaan harus menyediakan satu plan terbaik di mana ia boleh diklasifikasikan sebagai menang dan menang kepada kedua² pihak.
Pihak kerajaan dicadangkan supaya menyediakan kawasan untuk dibangunkan oleh Pemaju di mana tanah tersebut tidak dibeli oleh Pemaju terlibat. Pemaju hanya perlu membangunkan kawasan tersebut dan hasilnya kelak rumah yang dibina akan mampu dimiliki kerana harga kos tanah telah ditanggung secara total oleh kerajaan & pembeli hanya perlu membayar harga kos pembinaan rumah sahaja.
Peranan syarikat milik kerajaan, UDA Holding Berhad dicadangkan ditukarkan menjadi Perbadanan dan secara tidak langsung tanggungjawab dan objektif mereka membantu masyarakat Bumiputera mempunyai sekurang²nya 30% daripada kegiatan perdagangan dan perusahaan di semua peringkat dalam tempoh 20 tahun semenjak penubuhannya ketika era kepimpinan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Razak akan berjaya dan membuahkan hasil yang baik untuk manfaat Bumiputera khususnya.
Andai terdapat premis yang dikuotakan kepada Bumiputera dan tidak terjual, kerajaan digesa untuk tidak membukanya kepada kaum lain. Sebaliknya agensi² kerajaan seperti FELDA, Yayasan² serta NGO² Bumiputera perlu diberi tanggungjawab membeli premis berkenaan sebagai penyelamat hak bagi Bumiputera dan menjualnya kepada yang berkemampuan selepas daripada itu dengan harga yang sama.:::::
Makcik Sambal Belacan.
Sokong pendapat Mak Cik Sambal Belacan
ReplyDelete