GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

27 April 2012

GEMPAR!!! Apa dah jadi di Dataran Merdeka? Tengok ni!



KENYATAAN INI DIKELUARKAN UNTUK ORANG AWAM SELURUH DUNIA

PENGUMUMAN
DATARAN MERDEKA
Ditutup kepada orang awam
mulai 6 pagi hingga 6 pagi Ahad !ini.
Penutupan di buat mengikut
Seksyen 65 Akta Kerajaan 1976
dan dikawal di bawah
Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan
(Dataran Merdeka)
(Wilayah Persekutuan Kuala  Lumpur)
1972.

ARAHAN:
DATUK BANDAR KUALA LUMPUR


AWAS!!!
Jauhi Diri & Keluarge Anda
Dari Terlibat Dengan Dadah
Serta
PERHIMPUNAN HARAM
BERSIH 3.0
Ingat!!!

22 April 2012

PRU: Mana dia 'Pengundi Hantu'...? Saksi video ini!


Bertahun-tahun pilihanraya diadakan. Pembangkang sentiasa membangkitkan isu 'Pengundi Hantu'. 
Dimana sebenarnya 'Pengundi Hantu' itu?
Riktorik lah!
 Saksikan penjelasan di dalam video di bawah:


Begini lah kalau sudah dalam keadaan gelabah.
Kali ini parti pembangkang lagi nampak mengelabah.
Bermacam-macam tindakkan cuba dilakukan untuk meraih simpati undi dari rakyat.

Untuk ketahui bagaimana gelabahnya pembangkang,
sila klik tajuk dibawah:
Apabila pembangkang menggelabah, ini jadinya!



Satu rakyat Malaysia tersenarai diantara manusia pelik di dunia? Mesti tengok!

Untuk mencari populariti, di kenali ramai dan keinginan untuk menjadi manusia yang pertama antara manusia-manusia yang lain... Macam-macam benda pelik sanggup dilakukan... Tengoklah ni, memang pelik.

Manusia pelik Di Dunia, Manusia hantu, Manusia seram, Manusia aneh, Manusia misteri, Manusia berhantu,Manusia menakutkan, Manusia kisah seram, Manusia filem seram, Manusia cerita seram, Manusia cerita, Manusia gambar, Manusia foto, Manusia lagu, Manusia latar belakang, Manusia misteri nusantara, Manusia cacat

Manusia Pelik Di Dunia


Lama rambut
Cina Pu???County, asli daerah kursi Lipu staf perempuan di department store.
Cahaya hitam, panjang di Amerika Serikat pada tahun 1994, memiliki rambut panjang 3,869 meter rambut panjang merupakan Guinness Book of World Records pada tahun 1999, mereka untuk rambut panjang 5,085 meter, mata-openers.


Lagi janggut
Lebih dari 60 tahun desa panjal India kuno kota di barat India?????
3,75 meter untuk menampilkan mereka janggut panjang, mulai dari 38-tahun-potong lagi pada janggut,
Dia telah diterapkan ke Guinness Book of World Records.


03
Kuku Terpanjang
Salt Lake City, Utah Amerika Serikat 65 tahun wanita dari Jerman, dan Jerman di Mongolia li ? sejak 1979, menolak untuk memotong kuku indah mereka sendiri, sehingga mereka lebih panjang.
Pada tahun 2006, panjang paku pada setiap dia lebih dari 0,84 meter (33 inci), kedua mencapai total panjang fingernails 8,53 meter (28 kaki)
Edmund di mana telah menjadi Guinness World Record for the longest fingernails dalam Manusia



Hidung terbesar di dunia
Turki dari 57 tahun telah membangun sekitar Danau Mehmet Oz ?
Karena yang panjang-panjang 8,8 sentimeter-panjang hidung, secara resmi dinamakan sebagai “telah lama hidung terbesar di dunia manusia” raksasa dan hidung juga telah dimasukkan ke dalam Guinness Book of World Records.

Lagi Hidung
Jurang yang????? Emmott 80-tahun dari orang tua yang tinggal di pedesaan Turki. Nya hidung dari usia muda dan tidak sama dengan orang lain. Pengukuran dari orang tua dan menemukan sebuah hidung memiliki panjang 14 cm panjang dan sekarang telah membuat sebuah Guinness Book of World Records lagi hidung.


06
Manusia yang paling menonjol mata
American Kim Goodman ? exophthalmos membuat matanya 11 millimeters berbeda.
13 Jun 1998, Los Angeles, California di Amerika Serikat “prime time: Guinness Book of World Records” TV show film di tempat matanya diukur.
Kim adalah dia memakai topi es di kepala setelah hit tiba-tiba, untuk pertama kalinya menemukan bahwa dia adalah unik dan mengejutkan beberapa bakat.
Her mata adalah jauh lebih menonjol dari biasanya.
Sejak itu yang menganga sepanjang pembayaran, ia akan ke mata.


Manusia yang paling payah nak mengaku
Haaa! Dari Malaysia ni!
Manusia ini antara manusia yang paling payah nak mengaku,
baik apa pun tuduhan terhadapnya.
Bukan saja bertegas untuk tidak mengaku, malah untuk membuktikan kebenaran 
terhadap dirinya pun tidak mahu. 
Antara contoh tuduhan yang dilemparkan terhadap manusia ini adalah 
sebuah siri video lucah yang dikatakan pelakunya adalah manusia ini sendiri.
Tuduhan yang dianggap menjatuhkan maruah dirinya ini, pun dibiarkan saja.
Kalau dilihat dengan mata kasar, kelihatan pelaku didalam video itu seiras benar dengan wajahnya...
Sehingga kini segala persoalan masih tidak dijawab malah beliau menafikan pembabitannya dalam video berkenaan dan menuduh apa yang berlaku itu adalan konpiorasi pihak-pihak tertentu.

Pelik.. pelik!
Bukan susah pun kalau nak membuat penafian.... Tapi tak mahu.
Saman pihak yang menuduh - Dia tak saman.
Tunjukkan saja jam Omega, kalau benar jam itu berada di tangan Ajijah - Dia tak tunjuk.
Bersumpah laknat kalau benar - Dia tak mahu bersumpah
Buat ujian Poligraft - Pun dia tak nak lakukan ujian itu

Emmm... 
Khabarnya manusia ini pernah berkata, 
walau apa terjadi sekalipun, beliau tidak akan mengaku atau menjawab segala tuduhan terhadap dirinya kecuali beliau sudah putus asa untuk menjadi Perdana Menteri..
Ohhh... rupa-rupanya segala yang berlaku ini hanya kerana gilakan kuasa...
Huhuhuuuu!!! Betul-betul gila kuasa! Korang kenal la kan siapa dia...
Ada pulak videonya ni.. Saksikan:


Kehkehkehhh....Jangan marah ya.
Sabo je lah yek!


21 April 2012

PTPTN: Mahasewel wajib tengok video ini. KLIK!


Kita mesti sedar akan roh terciptanya PTPTN ini...
Jangan ikut sedap mulut saja untuk mahu menghapuskannya.
Mansuh PTPTN akhirnya siap yang rugi?
Anak kampung yang bijak pandai dan kurang kemampuan juga yang rugi...
Adakah kita, khususnya orang Melayu sedar?

Untuk saksikan video sebenar, sila
KLIK DIBAWAH:

20 April 2012

Penyenaraian FGVH diluluskan dan 8 Mei Najib umum jumlah 'Durian Runtuh'

Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) semalam meluluskan resolusi berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia Mei depan.

FGVH dimiliki 100 peratus oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang mana 49 peratus pegangannya dimiliki oleh Felda Holdings.

Manakala, KPF yang dianggotai oleh kira-kira 112,627 peneroka dan 23,000 pekerja Felda pula memiliki pegangan sebanyak 51 peratus di dalam Felda Holdings. - UTUSAN

Kelmarin, pihak media telah mengeluarkan kenyataan Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan jumlah durian runtuh bakal diterima oleh 112,635 peneroka FELDA seluruh negara susulan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) pada perhimpunan raksasa di Jerantut, Pahang, pada 8 Mei ini.

Dengan pengumuman Perdana Menteri itu, sudah tentu akan menggembirakan peneroka FELDA dari 317 tanah rancangan seluruh negara.

Ini bermakna, satu lagi janji beliau kepada rakyat, khususnya warga FELDA bakal ditepati.

Apa yang menjadi masalah selama ini adalah terdapat segelintir peneroka yang termakan hasutan pemimpin parti pembangkang.

Selanjutnya KLIK SINI:  http://pru13n9.blogspot.com/2012/04/kpf-setuju-penyenaraian-fgvh.html

PRU13 ( Video ) : Pakatan Pembangkang Selangor kecut perut, pilihanraya semakin hampir.


Pakatan Rakyat mengarahkan kerajaan Negeri Selangor untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat sekiranya PRU13 dibuat dalam masa terdekat ini..

Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat dengan alasan masih tidak berpuas hati dengan pembersihan nama pemilih yang dilakukan SPR setakat ini.

"Maka sekiranya pilihan raya diadakan dalam masa singkat kemungkinan besar negeri pakatan tidak akan turut serta terutamanya Selangor sementara negeri-negeri lain masih membincangkannya, tetapi di DUN Selangor kami mencadangkan kami mahu menunggu sehingga daftar pemilih itu benar-benar bersih,"kata Anwar selaku ketua pembangkang.

Dalam hal ini MP berpendapat, mereka (pembangkang) sebenarnya kecut perut selain dari mempunyai agenda lain yang lebih perlu dselesaikan. SPR bukan bukan alasan pokok. Dari apa yang MP ketahui, pada beberapa minggu yang lalu pihak SPR sudah pun mengesahkan akan kebersihan terhadap senarai-senarai nama pengundi di semua kawasan KLIK.

Jadi untuk apa urusan SPR yang nak dijadikan alasan lagi?

Ini semua, menampakkan tidak lebih dari mahu menutup kelemahan mereka (pembangkang) sendiri yang mana kita tahu bahawa pakatan pembangkang sedang dilambung kemelut dalaman dan banyak janji-janji pilihanraya lalu yang masih belum tertunai. Dengan janji mereka yang tidak tercapai, maka terpaksalah mencari helah dengan usaha apa sekali pun yang perlu dibuat lagi untuk mengukuhkan jentera mereka yang agak kucar-kacir sekarang ini.

Terjebak dengan sebaran pelbagai perkara yang mengaitkan prestasi buruk didalam kerajaan di Selangor juga satu masaalah besar yang mereka hadapi. Itu juga antara bukti banyak isu yang belum selesai. Dan tidak mustahil, itu antara sebab MP kira kenapa mereka mahu melengahkan pilihan raya di Selangor. Banyak perkara masih terbengkalai dan tergantung. Dari itu, kalau pilihanraya dibuat dalam masa terdekat, cerah masa depan yang mereka (pembangkang) akan kalah di Selangor pada PRU13 nanti.

Pembangkang sendiri pun cukup tahu rakyat Selangor sedang menunjukkan keyakinan dan pola sokongan yang semakin terarah kepada Barisan Nasional (BN)

MP juga yakin, keputusan Selangor untuk tidak membubarkan DUN dengan serentak ini. Ia adalah petanda yang mereka (pembangkang) tahu bahawa mereka akan tewas pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Kenapa? Tidak sanggup berhadapan dengan kehilangan kuasa di gengaman ke?

Apa pun, sama ada pilihanraya DUN diadakan serentak atau sebaliknya, yang nyata rakyat Selangor telah menunjukkan kebangkitan sokongan terhadap BN dan itu merupakan risiko yang perlu dielakkan pembangkang jika diadakan pilihanraya serentak.

Kita pasti, rakyat khususnya di Selangor lebih menyakini kepimpinan BN yang lebih mengutamakan agenda rakyat berbanding agenda peribadi pemimpin pembangkang yang tak pernah tamat dan berkesudahan.

Emm.. saksikanlah pengumuman yang di buat Anwar pada video di bawah:



19 April 2012

PTPTN: DAP dan PAS berang dengan Anwar Ibrahim dan PKR? Baca sini!

Berita ini penulis dapati dari sumber dalaman yang kuat dan boleh dipercayai. Semalam, di dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, terjadi perang mulut antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat akibat dari isu pemansuhan PTPTN.

DAP dan PAS dikatakan berang dengan Anwar Ibrahim dan PKR kerana menjerumuskan mereka ke dalam isu yang akhirnya memakan diri sendiri. Kini, seluruh parti Pakatan Rakyat terpaksa menepis dan merasionalkan cadangan PKR untuk menghapuskan PTPTN.

Akhbar-akhbar Cina juga kebanyakannya memberi reaksi negatif terhadap cadangan tersebut. Sin Chew, misalnya mempersoalkan walaupun semua orang menginginkan pendidikan percuma tetapi apakah cadangan tersebut logik untuk dilaksanakan. Pendidikan percuma untuk semua bermakna kerajaan memerlukan RM43 bilion setiap tahun dan itu belum lagi diambil kira janji-janji manis yang lain yang ditabur oleh PR yang membawa jumlah lebih RM200 billion.

Akhbar-akhbar Cina diketahui mempunyai pertalian yang rapat dengan DAP dan apa yang ditulis mereka kebanyakannya membayangkan pendirian DAP. Oleh itu, walaupun secara dasarnya mereka menentang penghapusan PTPTN tetapi mereka memberi sedikit ‘muka’ kepada Pakatan Rakyat dengan menyebut tentang pengalaman dalam bidang ekonomi yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Kewangan.

Bagaimanapun, menurut mereka, walaupun Anwar dan Tony Pua punya pengalaman dalam mengurus kewangan tetapi selagi mereka berdua tidak dapat membentangkan secara terperinci tentang bagaimana caranya untuk menampung kos lebih RM200 billion itu, maka mereka tidak ada pilihan selain dari meraguinya.

Dari laporan akhbar tersebut, nampaknya kaum Cina mengakui bahawa PTPTN banyak membantu kerana kebanyakan anak-anak mereka memilih untuk ke pusat pengajian tinggi swasta yang kosnya jauh lebih mahal dari pusat pengajian tinggi awam. Secara tidak langsung juga mereka telah mengakui bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan kaum mereka, walaupun mereka tidak menyatakannya secara terang-terangan.

Kita percaya, PAS juga banyak terhutang budi kepada kerajaan dalam isu PTPTN ini. Mana tidaknya, jika kebanyakan anak-anak mereka tidak layak mendapat biasiswa kerana kurang menyerlah dalam pelajaran akibat terlalu asyik berpolitik kerana terpengaruh dengan ibubapa sendiri. Jika ini senarionya maka hanya pinjaman seperti PTPTNlah sahaja yang dapat membantu anak-anak orang PAS ini mendapatkan pendidikan peringkat tertiari.

Begitu juga dengan PKR, contohnya Adam Adli dan semua rakan-rakannya yang ke hulu ke hilir berdemo menentang apa saja yang dibuat oleh kerajaan, tiada seorang pun di antara mereka yang cemerlang dalam pelajaran.

Justeru, munasabahlah jika PKR ditempelak oleh sekutunya DAP dan PAS kerana mengemukakan cadangan yang paling bodoh. Apakan daya, tahap itu sajalah pemikiran Ketua Pembangkang yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu kelas 3.

Apa nak dikata, bukan UMNO yang pilih Anwar jadi Ketua Pembangkang, tetapi PR sendiri yang melantiknya. Tak dapat dibayangkan jika Anwar menjadi Perdana Menteri. Entah apa lagi agaknya idea-idea bodoh yang akan dikemukakannya.

VIDEO : Mahasewel di serang ketika seronok berkhemah di Dataran Merdeka.

Haa.. Apa dah jadi? Katanya telah diserang ganster ketika sedang berseronok berkhemah di Dataran Merdeka. Tapi nampaknya masih tak serik. Dah tu, nak bercakap hal polis tak jaga lah, itu lah ini lah.. Korang sendiri kata masa hari pertama dulu, mintak polis jangan masuk campur dengan hal korang semua ni... 

Dah di suruh balik umah, tidur kat umah dengan famili pun korang tak nak kan..
Ni dah jadi gini, jangan dok salahkan orang plak, tu pun dah ada yang menyebut yang mana angkara ni di lakukan oleh kumpulan UMNO. Tu lah, UMNO juga yang disalahkan...




ANWAR TENAT: Anwar kena TIBAI dalam video ini... Saksikan!



Saksikan video anwar dok kena TIBAI

18 April 2012

TIBAI: Organisasi menentang Anwar! Tak tidur malam lagi laaa...


Anwar bertemu buku dengan ruas! Nampaknya Anwar Ibrahim terus semakin tenat apabila beberapa bekas Reformis dan Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak tampil menubuhkan sebuah Organisasi yang bertujuan menentang kepimpinan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Organisasi tersebut akan bergerak dibawah nama TIBAI bermaksud  Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim


Organisasi ini dipimpin bekas reformis Zaid Md Arip bertujuan bagi memberi kesedaran terhadap rakyat mengenai penipuan yang dilaungkan Anwar Ibrahim dalam bentuk serangan mahupun janji Pilihan Raya.

Zaid Md Arip yang bertindak sebagai Mursyidul Am Organisasi tersebut turut mengesahkan akan menganjurkan Siri Jelajah di beberapa kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi PKR bagi membongkar agenda jahat bekas Pemimpin beliau itu.

Menurut beliau, TIBAI akan turun secara maksimum di kawasan-kawasan yang ditandingi PKR bagi mendedahkan siapa Anwar sebenarnya dengan guna apa jua cara untuk menghalang Anwar. Sehingga  berada dalam ceramah di mana saja Anwar akan anjurkan. 

Antara negeri yang menjadi fokus TIBAI iaitu di Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Antara barisan bekas Pimpinan Gerakan Reformasi dan PKR yang menyerta organisasi tersebut termasuklah Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan Senator Mohd Ezam Mohd Noor; Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru yang juga merupakan salah seorang peguambela Anwar Datuk Zulkifli Nordin, Senator Datuk S Nalakaruppan dan Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong.

Turut serta bersama barisan TIBAI adalah bekas Setiausaha Sulit Anwar Anuar Shaari; Ketua Penerangan PERKASA yang juga bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional (sebelum bergabung bersama PRM) Ruslan Kassim, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Aminah Abdullah, Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin, bekas Pembantu Anwar Ibrahim Rahimi Osman dan bekas Reformis Ng Lum Yong.

Senarai nama-nama yang tercatat diatas ini adalah individu-individu terapat dan pernah berkerjasama erat dengan Anwar sebelum ini.

Tibai akan dilancarkan secara rasmi pada 22 April ini di Kelab Sultan Sulaiman. Ia akan dirasmikan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Ditanya bagaimana untuk menjadi ahli kelab itu, Muhammad Zahid berkata, keahlian adalah terbuka dan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Untuk jadi ahli, cukup hanya di dalam hati, sahaja aku sertai Tibai kerana ALLAH Taala," katanya.

ISU BISEKSUAL: Nah, lihatlah! Anwar hanya bersandiwara kononnya nak saman Datuk Nalla.

Baru-baru ini, blog MP ada menyiarkan artikal bertajuk Anwar Ibrahim terus senyap! Apa jadi dengan saman ratusan juta ini? Ia bertujuan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengingatkan Anwar akan kesungguhannya untuk menyaman Datuk Nalla yang kononnya menuduh dan memfitnah beliau sebagai seorang biseksual.

Buktikan pada rakyat, akan kebenaran yang mana kenyataan Datuk Nalla itu adalah satu fitnah dan tuduhan.

Apa yang mengejutkan, hari ini MP terbaca di laman suarapakatanrakyat.com dalam artikel terbarunya  bertarikh April 17, 2012 mendakwa saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Senator Datuk S. Nallakarupan akan dibatalkan.


Menurut portal pro-pembangkang itu, mereka menerima maklumat dari sumber dalam pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa saman sebanyak RM 100 juta yang difailkan ke atas Datuk S.Nallakarupan atas tindakan defendan mengeluar kenyataan fitnah menuduh Anwar sebagai seorang biseksual (disiarkan dalam Utusan Malaysia), akan dibatalkan.

Alasan kepada pembatalan tersebut, menurut sumber mereka, kononnya kerana Anwar mahu fokus kepada kempen pilihanraya umum yang akan datang, disamping majoriti daripada pasukan pembelaannya sekarang, yang akan turut bertanding dalam pilihanraya umum tersebut.

Bagaimanapun, saman ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel fitnah tersebut akan diteruskan.

Dengan mengenepikan saman ke atas Nalla,kononnya harapan Anwar untuk memenangi saman tersebut dalam masa yang singkat dikatakan cerah, kerana dengan alasan bukti ke atasnya begitu kukuh sekali melalui penyiaran artikel tersebut.pada 20 Mac 2012, dibandingkan dengan masa panjang yang bakal diambil jika saman ke atas Nalla diteruskan.


Sekarang, terjawablah teka teki besar yang bermain diminda ramai orang, kenapa writ saman ke atas kedua defendan tersebut masih tidak diserahkan sehingga sekarang, walaupun telah lama difailkan.

Terang-terang fokus utama dalam kes ini ialah Nallakarupan sebagai orang yang mengucapkan fitnah tersebut, bukan Utusan yang hanya menyiarkannya.Kenapa tidak teruskan saman kepada kedua-dua pihak itu sekali.

Dengan berlakunya hal sebegini, penulis suarapakatanrakyat.com mengeluh dan bingung bagaimana mereka nak mempertahankan Anwar setelah dikatakan pihak peguam bela Anwar sendiri tiada kesungguhan untuk menghentikan fitnah jahat ini dari terus berlarutan tanpa ada titik penamat?

Khabarnya, para blogger pro Pakatan Rakyat sendiri sudah kehabisan alasan untuk menjawab persoalan kepada Anwar ‘tidak berani’ menyaman beberapa individu tertentu, termasuklah Datuk Nalla ini.


Bukan hanya rakyat, suarapakatanrakyat.com juga sedar, dimana sebenarnya ramai pehak sudah bosan melihat pelbagai saman dikemukakan kepada Utusan sahaja, tidak kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan dan tidak kurang yang melihat saman ke atas Utusan ini hanya bermotifkan politik kerana akhbar tersebut dikatakan milik UMNO.

Sedangkan kalau dikira dari logik akal, pihak yang mengeluarkan kenyataanlah yang sepatutnya di saman dahulu. Walaupun sebagai penyiar Utusan turut sama bertanggungjawab, tapi rakyat mahu lihat orang yang mengucapkan perkataan fitnah itu sendiri di saman.

Lihatlah dunia! Bukan hanya rakyat saja yang muak mendengar setiap alasan yang dikeluarkan oleh Anwar. Blogger-blogger mereka sendiri pun kebingungan akan putar belit yang dipermainkan oleh Anwar. Please la Anwar, sudah-sudahlah tu dengan asyik nak memperbodohkan rakyat!

17 April 2012

Kecoh! Guan Eng DAP desak kerajaan minta maaf dengan tahanan ISA? Tengok ni!


DESAKAN Pakatan Rakyat agar kerajaan memohon maaf kepada semua bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan baru-baru ini, menimbulkan tanda tanya yang besar di kalangan rakyat jelata yang penulis temui.

Persoalan mereka, perlukah kerajaan meminta maaf kepada bekas tahanan ISA yang majoritinya terdiri daripada pengganas komunis, perisik asing, pembuat wang/dokumen palsu dan mereka yang cuba mengganggu ketenteraman awam yang boleh mencetus konflik perkauman – termasuklah dalam kes penahanan Lim Guan Eng (Operasi Lalang 1987) yang mengemukakan cadangan agar kerajaan meminta maaf ini

Adakah Guan Eng mencadangkan kerajaan Malaysia minta maaf dengan komunis. Kenapa komunis, adakah kerana komunis menjadi ikon perjuangan DAP? Komunis yang terlibat membunuh ramai orang cina dan melayu semasa zaman darurat itupun Guan Eng nak kerajaan minta maaf hanya kerana dia ditahan di bawah ISA? Kalau dah memang itu tempatnya yang layak atas keganasan yang dilakukan mereka, kenapa Guan Eng nak kerajaan minta maaf pula?
Begitu juga dengan perisik asing dan orang yang cuba mensabotaj ekonomi negara dengan mencetak wang palsu. Guan Eng nak kerajaan melutut minta maaf kepada mereka ini semua?

Akal ada ka?

Ironinya, tahanan ISA terakhir yang ditahan dibawah Akta tersebut disebabkan oleh perbezaan politik ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad sendiri!!! Manakala, penyalahgunaan ISA untuk kepentingan peribadi terakhir digunakan oleh Anwar Ibrahim apabila mengarahkan Special Branch menangkap Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar untuk menukar pengakuan masing-masing berhubung dakwaan liwat ke atas Anwar.

Dalam kes Tun Mahathir, negarawan ulung negara ini ditahan di bawah ISA pada 1969 atas arahan Menteri Dalam Negeri ketika itu Allahyarham Tun Dr. Ismail kerana beliau menulis buku Malay Dilemma yang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Selepas dari itu, kesemua individu yang ditahan dibawah ISA adalah mereka dalam kategori yang penulis sebutkan pada para 2 di atas.
Malah, Operasi Lalang 1987 yang dikatakan menjadi ‘bukti tunggal’ kepada dakwaan kononnya penyalahgunaan akta tersebut oleh kerajaan BN untuk menekan politik pembangkang itupun sebenarnya adalah atas tujuan ketenteraman awam akibat dari isu berkaitan sekolah cina yang hampir mencetus konflik perkauman ketika itu.

Kalau atas sebab fahaman politik, tidaklah orang UMNO pun turut di tahan dalam operasi besar-besaran tersebut.

Pendek kata, dakwaan kononnya kerajaan banyak menyalahgunakan ISA untuk menekan pembangkang adalah dakwaan yang paling tidak berasas. Jadi apa perlunya kerajaan meminta maaf?

Penulis bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin di Parlimen semalam, yang menyebut bahawa pembangkang hilang arah apabila kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengotakan janji untuk menghapuskan ISA ini kerana Anwar Ibrahim yang berangan-angan mahu mencatat namanya dalam sejarah negara ini sebagai ‘Perdana Menteri’ yang menghapuskan ISA.

Nak menutup kehilangan arah itulah yang menyebabkan soal minta maaf semua ini keluar pun.

2016: DS Najib sahkan projek RM60bil dibawa ke Pengerang. Itupun ada yang bantah?

Petronas akan melabur dalam penapisan bersepadu RM60bil utama dan kompleks petrokimia di Pengerang, Johor, yang dikatakan sebagai yang terbesar.

Yang dikenali sebagai Refinery dan Petrokimia Bersepadu Projek Pembangunan (Rapid), ia dijangka akan mula beroperasi menjelang akhir 2016, sebagai sebahagian daripada usaha syarikat minyak nasional itu untuk mengembangkan pengeluaran hiliran.

Sebagai penghargaan: Najib menerima logo Refinery dan Petrokimia Pembangunan Bersepadu (Rapid) projek dari Petronas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Shamsul Azhar Abbas selepas pengumuman di ibu pejabat Petronas di Kuala Lumpur semalam. - Azhar MAHFOF / The Star

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan ini, berikutan cerita StarBiz berita berbuka pada hari Rabu.

Projek raksasa dijangka mewujudkan sekurang-kurangnya 20,000 pekerjaan semasa fasa pembinaan dan 4,000 pekerjaan yang berpotensi untuk pekerja berkemahiran tinggi.

Ini tidak termasuk banyak faedah sampingan dalam sektor berkaitan, Najib berkata, semasa mengumumkan projek di ibu pejabat Petronas di sini, semalam.

"Ia benar-benar inisiatif yang luar biasa dan mercu tanda yang penting bagi Malaysia. Projek ini membentangkan Malaysia dengan kenderaan utama untuk menarik pelaburan langsung asing, meningkatkan pelaburan swasta dan memperluaskan akses negara kepada teknologi bertaraf dunia.

"Ia juga akan memberikan peluang bagi generasi baru profesional teknikal untuk membangunkan kemahiran dan keupayaan mereka," katanya, sambil menambah bahawa kerajaan akan memberikan sokongan penuh dan bantuan.
Projek Rapid, Najib berkata, akan terdiri daripada tiga komponen utama:

  • Penapisan minyak mentah dengan kapasiti kira-kira 300,000 tong sehari, lebih besar daripada gabungan kapasiti kilang penapisan di Melaka dan Kerteh.
  • Keropok nafta dengan keupayaan untuk menghasilkan tiga juta tan etilena, propilena serta C4 dan C5 olefin;
  • Petrokimia pembangunan bersama dengan kapasiti pengeluaran gabungan tiga juta tan setiap tahun, lebih daripada kapasiti pengeluaran gabungan kompleks bersepadu di Kerteh dan Gebeng, Pahang.Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata walaupun projek Rapid tidak adalah sebahagian daripada projek permulaan di bawah Program Transformasi Ekonomi, ia masih sejajar dengan rancangan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab industri petroleum yang terkemuka di rantau ini.

Kawasan itu, Najib berkata, adalah dipilih kerana keluasan tanah yang besar, lokasi strategik berhampiran laluan perkapalan antarabangsa yang utama, kemudahan pelabuhan laut dalam dan berdekatan dengan pusat-pusat permintaan serantau.

Sumber : thestar.com

Pada isu berkaitan, pembangunan yang dirancang ini turut mendapat gangguan dari puak-puak pembangkang.


Hanya beberapa kerat muncul menentang projek RAPID yang didalang Singapura dan diusahakan sini oleh DAP dan PKR. Baca Boo Cheng Hau sini

Jelas sekali seperti dikatakan MP Pengerang, Dato Az;lina bahawa hanya orang luar dan orang asing yang terlibat dalam demonstrasi tersebut. Baca di laman Web DAP sini

Ketua PKR Johor Chua Jui Meng membuang pembohongan mengatakan projek ini radioaktif seperti tuduhan sama terhadap Lynas.

BigCat sini memberitahu mereka bayar 18 orang tempatan dan ini adalah kempen nak menghentam polis saja. Kepala demo Suhaizat Kaiat dari PAS adalh juga pendemo yang atur Demo Anti PPSMI. Ini hanya usaha politik untuk melemahkan BN Johor.

Keadaan sebenar di Pengerang adalah berikut yang dijumpai MyMassa:

Warong Kopi Di Sg. Kapal, Pengerang Sunyi Sepi Tiada Orang

Demo PKR Yang Dirancang Di Pengerang Pada 8/4/2012 Dibatalkan Kerana Tiada Sambutan

Rakyat Di Pengerang Menyokong Projek RAPID Petronas Di Kg Mereka,
Cina DAP/PKR Atas Desakan Singapura Menentang Kerana Takut Menyaingi Singapura

Singapura Mengarahkan DAP & PKR menentang Projek RAPID Petronas

Walaupun letih, yang penting kami dapat memberikan anda input bagaimana DAP dan PKR, menerima desakan-desakan sulit dari Singapura, khususnya Temasek Holdings supaya menghalang kemajuan dan pembangunan di Pengerang, Johor. Lee Kuan Yew tidak mahu Singapura mengalami kerugian apabila projek Petronas di Pengerang menjadi kenyataan.

Pada tahun 1990an, Lee Kuan Yew amat marah dengan Tun Mahathir apabila Pelabuhan Tanjung Pelepas(PTP) dibuka kerana kapal-kapal mula singgah di PTP memandangkan kos yang murah dan kawasan yang luas. Lee Kuan Yew menasihati anaknya supaya berusaha menghalang kemajuan di Pengerang kerana ia akan membinasakan Singapura dalam jangka masa yang panjang.

Siapa bantu mereka? DAP dan PKR!

Isu ini juga turut dikongsikan dari : http://theunspinners.blogspot.com

16 April 2012

Anwar akan terus bakar hati Mahasiswa untuk tolak PTPTN dengan janji ini!

Timbul lagi berita kononnya rakyat bakal dibawakan oleh Anwar Ibrahim, iaitu elaun sara hidup berjumlah RM5,000 setahun bagi pelajar pusat pengajian tinggi swasta selain dari pendidikan percuma yang dijanjikan sebelum ini.

Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa perkara ini akan diumumkan sendiri oleh  Anwar dalam perhimpunan besama mahasiswa yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dalam perhimpunan yang sama, Anwar juga akan mengumumkan secara rasmi pemansuhan yuran universiti milik kerajaan PR mulai September mengenai pendidikan percuma sepenuhnya di UNISEL dan juga KUIS iaitu dua pusat pengajian tinggi di bawah kerajaan Selangor seperti yang mana tersiar di laman-laman portal pro-pembangkang sebelum ini.

Satu persoalan disini, kenapa pihak-pihak yang berkenaan seperti UNISEL, langsung seperti tidak mengetahui akan hal ini kerana mendapati surat rasmi yang dihantar kepada bakal pelajar baru UNISEL masih tertera ayat “The university also fully guide students to apply any available scholarship (Yayasan Selangor, Karangkraf, MARA, MyBrain etc.) and to fill on-line PTPTN loan application.”- (para ke-3)



Sekiranya hal yang akan dijanjikan ini benar, takkan pihak UNISEL tidak dimaklumkan mengenai keputusan kerajaan Selangor untuk memberikan pendidikan percuma di Universiti tersebut?

Bukti ini memberikan gambaran bahawa Pakatan Rakyat seolah-olah seperti cuba menambah lagi janji-janji palsunya seperti yang lepas-lepas. Kononnya apabila PR memerintah, dengan adanya janji ini ia merupakan satu bonus untuk rakyat Malaysia kerana bukan sahaja kos sara hidup dapat diturunkan tetapi segala elaun dan bantuan yang dijanjikan tetap akan dikotakan.

Kalau dah begini bentuknya, nak percaya ke pada Anwar ni?
Setakat nak menabur janji untuk meraih undi simpati pada PRU13 tu, tak payah lah.
Janji yang lepas-lepas pun banyak lagi tak selesai tu....
Ada ke kuasa Anwar di Selangor pada Setember ni nanti? Huhuhuuuu!!!

Sandiwara yang sama akan berulang... Moh kita imbas kembali kesah ini... Saksikan!

HIMPUNAN BANTAH PTPTN: Khemah ditutup, ugut mogok lapar pulak dah!


GEMPAKNYA dahsyat, gebangnya hebat tapi hasilnya alahai…itulah yang boleh digambarkan mengenai demonstrasi pemansuhan PTPTN oleh sekumpulan budak-budak minggu sudah.

Setelah perhimpunan yang menyasarkan 5,000 orang pada Sabtu, gagal mencapai matlamat apabila 250 orang sahaja yang datang, sekumpulan 30 orang mahasewel hardcore perhimpunan tersebut cuba memanjangkan bantahan dengan berkhemah di Dataran Merdeka.

Tapi penulis dimaklumkan sebentar tadi, kesemua khemah tersebut telah selamat dilipat dengan sempurna, menandakan berakhirnya demonstrasi pemansuhan PTPTN ini secara rasmi. Menariknya, pihak penguatkuasa yang terlibat bukannya Polis Diraja Malaysia seperti biasa tapi penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tak pasal-pasal DBKL yang hanya setaraf pihak berkuasa tempatan (PBT) ini pun dianggap zalim seperti Nazi oleh media belaan Pakatan Rakyat. Penulis serahkan kepada pembaca sama ada nak nangis atau ketawa.

Dalam masa yang sama, Safwan Anang (ketua bersama mahasewel) mengugut mahu mengadakan mogok lapar sehingga PTPTN ini dihapuskan. 

 Apa cerita dengan ugutan yang itu dan siapa pula yang memantau sama ada Safwan Anang benar-benar berlapar atau cakap saja yang degar-degar?

Setakat yang penulis dimaklumkan, semasa DBKL datang ‘membantu’ membersihkan khemah-khemah itu semua pagi tadi, tidak ada pula yang kelihatan tidak bermaya kerana tidak makan sejak Sabtu lepas. Semua pun bertenaga cuba menghalang pihak DBKL dari menjalankan tugas.

Bercakap tentang mogok lapar ini dari sudut penceritaan berbeza, ia sekadar mendedahkan bagaimana banyaknya unsur-unsur agama hindu dibawa ke dalam demonstrasi yang disertai majoriti orang Islam ini. Unsur hindu satu lagi yang penulis maksudkan ialah tindakan segelintir budak tak cukup akal ini mengalungkan bunga ke gambar Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi – menyamai adat istiadat penganut agama hindu bagi orang yang sudah meninggal dunia.

Provokasi jenis apakah ini dan apa yang cuba disampaikan budak-budak ini dengan tindakan sedemikian? Adakah itu ugutan halus yang membawa maksud untuk membunuh Perdana Menteri? Jika itu benar, maka eloklah tindakan yang lebih keras dikenakan ke atas budak-budak yang jelas sudah tidak ada masa depan ini. Penulis serahkan kepada polis untuk menyiasat kerana ancaman serupa ini bukan kali pertama, sebelum ini pun sudah ada dari kalangan mahasewel ini juga yang mengugut untuk meletupkan helikopter yang dinaiki Perdana Menteri.

Apa pun yang lebih penting, demo yang gagal itu sebenarnya sangat memalukan Pakatan Rakyat dan persatuan mahasiswa yang menjadi dalang disebaliknya. Pelik, bagaimana Pakatan Rakyat boleh meletakkan kepercayaan kepada beberapa orang budak tak cukup akal ini untuk melaksanakan agenda politik besar seperti ini? Malah disebut-sebut pula bahawa demonstrasi ini adalah warming up kepada demonstrasi Bersih 3.0 yang lebih besar pada 28 April nanti!!

Yang maha sewel itu sudah tentulah sewelnya, yang kononnya bijak pandai dalam Pakatan harami ini sebenarnya lebih sewel lagi kerana menyerahkan tugas dalam skala sebegini besar kepada budak-budak, hanya untuk melihat ianya gagal dan akhirnya memalukan mereka semula. Maklum, nak demo besar tapi kos rendah, dapatlah hasilnya macam yang kita lihat pada Sabtu.

Penulis mendengar, ada sesuatu yang buruk sedang menanti untuk didedahkan mengenai Adam Adli ini. Apa yang diambilnya untuk mengisi ‘masa lapang’ sehinggakan mata kuyu dan badannya kurus kering macam jerangkung. Tapi sebagai seorang yang professional dan punya intergriti, tunggulah sehingga bukti saintifik yang sahih diperolehi, sebelum pendedahan boleh dibuat ya.

BONGKAR (VIDEO): Anwar Ibrahim terus senyap! Apa jadi dengan saman ratusan juta ini?

Apa tunggu lagi? Rakyat perlukan penjelasan!



Setelah hampir 14 tahun mengunci mulut, akhirnya pada Mac 2012, Senator Datuk S Nallakarupan mula buka mulut.

“Saya mahu perbicaraan dimula dengan segera sebab saya mahu rakyat Malaysia tahu kebenaran tentang hubungan sulit Anwar dan Shamsidar. Saya yang disuruh oleh Anwar untuk mengatur pertemuan sulit ini.

“Saya juga akan beritahu ‘hasil’ yang diperoleh Shamsidar dan Anwar daripada perhubungan sulit ini,” katanya dalam sidang media di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur, 28 Mac.

Shamsidar, wanita yang disebut Nalla itu adalah merujuk kepada Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR.

Ummi Hafilda, adik bongsu Azmin yang turut hadir dalam sidang media Nalla itu berkata beliau pernah mengintai Nalla membawa Anwar dan Shamsidar pada pada 30 Jun 1997 dari Bangsar Shopping Complex ke Tivoli Villa.

“Saya pergi mengintai Datuk Nalla, 30 Jun 1997, (di mana Nalla) menaiki kereta Daimler WBV 37. Saya rakamkan semua gambar-gambar tersebut.

“Saya cabar Anwar, Azmin, Shamsidar saman saya”, katanya.

Nalla mengesahkan kebenaran kata-kata adik Azmin Ali itu.

“Ummi Hafilda sudah jadi camera man..dia tangkap gambar di Tivoli Villa, bila saya angkat Anwar di dalam kereta”, katanya.

“Saya ikut Datuk Nalla daripada Bangsar Shopping Complex..dua jam saya tunggu Anwar dan Shamsidar dalam kondo (Tivoli Villa), 5.30 petang hingga 7.30.. Magrib”, sambung Ummi Hafilda.

Untuk memahami episod bersejarah yang bermula pada 30 Jun 1997 hingga membawa kepada pemecatan Anwar sebagai ahli UMNO dan terpaksa bergelut di mahkamah pada tahun 1998 , sila baca di sini

Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, peguam popular masa kini yang dilantik Nalla mewakilinya berkata anak guamnya akan melakukan pembelaan kebenaran untuk melawan saman fitnah Anwar.

“Beliau (Nalla) akan timbulkan pembelaan justifikasi ataupun pembelaan kebenaran bahawa apa yang beliau cakap itu adalah benar.

“Dengan itu injunksi (menghalang Nalla bercakap tentang isu ini yang dipohon Anwar) akan runtuh dengan sendiri. Mana-mana mahkamah pun tidak akan terima injunksi jika ada pembelaan yang sedemikian” katanya.

Katanya, kes ini bukan kes peribadi sebaliknya melibatkan kepentingan awam.

“Isu ini bukan isu peribadi di antara seorang dengan seorang yang lain, tetapi ini adalah satu isu di mana masyarakat ada hak nak tahu.

“Sebab ia melibatkan pemimpin, bakal pemimpin (Perdana Menteri), rakyat mesti tahu, apa kebenaran yang sebenarnya”, katanya.

Berdasarkan bukti-bukti yang ada pada Nalla, Shafie yakin beliau boleh menang dalam kes ini.

“Yang saya yakin kita boleh menang (kes ini), kalau saya boleh sebut istilah dalam Bahasa Inggeris, Datuk Nalla ini akan bercerita dari ‘horse’s mouth‘ (satu sumber maklumat yang dianggap sebagai asal atau yang tidak dapat disangsi).

“Mengikut beliau (Nalla), beliau ada di mana-mana tempat, bukan satu, dua tempat,”, katanya.

Kehadiran YB Zulkifli Noordin dan Anuar Shaari mengukuhkan lagi hubungan akrab Nalla dan Anwar sekitar tahun 1990-an, di mana tempoh masa hubungan sulit Anwar-Shamsidar berlaku.

Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar di Kementerian Kewangan berkata Nalla sering datang ke pejabatnya untuk menemui Anwar tanpa perlu membuat temu janji.

Zulkifli yang pernah menjadi salah seorang peguam bela Anwar untuk kes 1998 mengesahkan lagi hubungan rapat Anwar-Nalla di mana beliau pernah dilantik sebagai peguam pemerhati kepada Nalla yang ketika itu masih berpihak kepada Anwar.

Sumber : AIDC

15 April 2012

ISU PTPTN (VIDEO): Dah di beri betis nak peha. Tengok la ni!

Sikap kurang ajar yang tak pernah kenang dek untung.
Kerajaan tanggung kadar faedah antara 4 hingga 5 peratus dikenakan PTPTN

Kerajaan membiayai 85 hingga 95 peratus daripada yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) setiap tahun

Malah,kerajaan menanggung kadar faedah antara empat hingga lima peratus setahun yang dikenakan institusi kewangan terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi pinjaman pelajar yang disediakannya.

Pada tahun ini saja, kerajaan perlu membayar RM1.09 bilion dalam bentuk kadar faedah, manakala untuk tempoh 2004 hingga 2011, kerajaan akan menanggung kadar faedah sebanyak RM3.62 bilion.

Mengambil contoh, pelajar perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hanya perlu membayar yuran pengajian sebanyak RM9,000 atau hanya 5.4 peratus saja bagi tempoh lima tahun, berbanding jumlah sebenar kos kursus ialah RM166,000 atau 94.6 peratus yang ditanggung kerajaan.
 
“Begitu juga dengan pelajar kejuruteraan di UKM yang hanya membayar yuran RM5,600 untuk tempoh empat tahun berbanding yuran sebenar pengajiannya RM61,200.
 katanya.

“Jadi, pelajar hanya bayar 9.2 peratus saja, manakala bakinya oleh kerajaan,”

Pelajar juga hanya menggunakan 15 hingga 30 peratus saja pinjaman PTPTN bagi membayar yuran pengajian, manakala 70 hingga 85 peratus lagi adalah untuk kos sara hidup di kampus.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Perdana Himpunan Siswazah Kelantan 1Malaysia di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM di sini, malam tadi.

Saksikan apa pula kesahnya video dibawah ini:

14 April 2012

VIDEO HIMPUNAN BANTAH PTPTN: Lihatlah! Mahasiswa melayu haprak, pijak kepala Perdana Menteri

Saksikan gelagat mahasiswa melayu haprak yang lupa akan asal usulnya. Mereka ini lupa akan jasa kerajaan yang ber Perdana Menteri kan melayu inilah yang memperjuangkan nasib mereka untuk terus berjaya di masa hadapan.

Jika difikir untuk masuk ke Universiti jauh kelayakkan anak Melayu itu berbanding bangsa Cina. Tetapi kerana pemimpin Melayulah anak Melayu yang hanya mendapat keputusan cukup cukup makan diberikan peluang untuk mengubah masa depan mereka agar satu hari nanti mencurahkan bakti dan keringat dalam membangunkan negara.

Macam nak gila mak bapak cari duit untuk menyekolahkan mereka-mereka ini, berhempas pulas pemimpin-pemimpin melayu berpolitik untuk memastikan nasib anak bangsa terus terbela. Hari ini, melayu-melayu haprak ini lupa akan segala-galanya.

Saksikan video manusia yang MP anggap lansung tak bertamadun ini:


Kerana melayani tekak pakatan pembangkang, sanggup korang semua lakukan begini... 
Kurang Ajar!!!

Artikal berkaitan klik tajuk dibawah:

LIVE HIMPUNAN BANTAH PTPTN: Tidak cukup bantah PTPTN... Berarak bawa agenda parti pembangkang. Tengok ni!

LIVE HIMPUNAN BANTAH PTPTN: Tidak cukup bantah PTPTN... Berarak bawa agenda parti pembangkang. Tengok ni!



Ini dikatakan "Sorong papan, tarik papan... Buah keranji didalam kotak...Di suruh makan dia makan... Di suruh mengaji, dia memberontak...

Dengan tindak-tanduk serta hasutan pemimpin pakatan pembangkang sebelum ini. Seramai kira-kira 300 orang mahasiswa hari ini memberanikan diri berhimpun di ibu negara bagi  menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan sepertimana yang di gembar-gemburkan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim.

Apa yang kita juga sedia maklum dimana PTPTN ini adalah usaha Anwar Ibrahim semasa beliau bergelar Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dulu KLIK. Termasuklah parti PAS yang menjadi antara penyokong kuat bagi usaha ini KLIK

Perhimpunan diketuai Adam Adli Abdul Halim yang juga kita tahu dimana beliau telah dijadikan anak emas pembangkang bagi meneruskan usaha menghasut mahasiswa supaya menolak kerajaan hari ini.

Perhimpunan ini juga telah menunjukkan bukti jelas dimana kumpulan mahasiswa yang turut sama berarak, bukan hanya melaungkan selogan mengikut matlamat asal mereka berkaitan bantahan terhadap PTPTN. 

Malah kumpulan mahasiswa ini turut membawa agenda pembangkang apabila melaungkan slogan antaranya "Najib Altantuya", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan "Jahanam Najib." Tidak cukup dengan itu, di hadapan Sogo, kumpulan pelajar berkenaan bertindak mengalungkan bunga pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.




Kehadiran 2 orang MP PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar juga antara bukti penglibatan pakatan pembangkang terhadap perhimpunan ini.

Ini lah yang menjadi cita-cita serta sikap perjuangan sebenar pakatan pembangkang... Mereka seronok melihat negara menjadi huru-hara dengan  mengadakan demonstrasi jalanan. 

Bukan semata-mata mahu mengusung isu perubahan yang mereka mahukan. Sebaliknya, sengaja menyalakan api kemarahan sekaligus menyemarak sifat kebencian kepada kerajaan... Selain daripada menagih undi simpati dikalangan rakyat yang mudah termakan hasutan fitnah mereka...

HINA RAJA-RAJA MELAYU: Sokong diberi tindakkan keras!

Azmin serta koncho-konchonya dikatakan biadap kerana mempersendakan Raja-Raja Melayu.
Sepertimana artikal yang MP siarkan bertajuk Azmin Biadap Semasa Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong pada 12 April lalu... MP amat menyokong dan bersetuju sekali diatas keputusan Majlis Jaksa Pendamai Kelantan mahu pemimpin pembangkang yang didapati mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu dikenakan tindakan keras sebagai pengajaran kepada semua pihak.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu memang tidak boleh diterima sama sekali kerana ia seperti mempersenda kedudukan raja-raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan. Tindakan tersebut juga seolah-olah mempersendakan ketuanan Melayu yang mendukung institusi raja berperlembagaan.

Sudah sepatutnya perangai sebegini tidak boleh dibiarkan kerana ia tidak menghormati kedaulatan dan kedudukan raja-raja Melayu, lebih-lebih lagi apabila di lakukan oleh individu yang berstatus pemimpin. Hal ini seharusnya diambil tindakkan bagi mengelak daripada berulang dan menjadi ikutan. Ia betul-betul memalukan orang Melayu.

Sepertimana kenyataan Timbalan Presidennya, Datuk Dr. Mohd. Kaisan Ab. Rahman, “Jika zaman dahulu mana-mana pihak mempersendakan raja-raja boleh dikenakan hukuman keras termasuk buang daerah, maka tindakan serupa perlu dikenakan kepada mereka terlibat,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Dr. Rahman Kadir 
Terdahulu, Pegawai perubatan, Dr. Rahman Kadir mempertahankan pendedahannya bahawa kejadian beberapa pemimpin pembangkang mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu memang benar-benar berlaku.

Malah, beliau yang bertugas semasa majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara berkata, ada beberapa saksi lain boleh mengesahkan kejadian tersebut berlaku.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas panjang.

"Apa yang berlaku adalah benar dan saya ada beberapa saksi lain yang turut mendengar dengan jelas segala tutur kata beberapa pemimpin pembangkang yang dimaksudkan dan pendedahan ini demi kebenaran.

"Selebihnya saya tidak boleh ulas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Sumber: Utusan Online

.

13 April 2012

PTPTN: Bukti PAS menjadi pak turut...

Adakah PAS terus begini pada Bershit 3.0 nanti?

Kali ini dokumen hansard Parlimen pada 14 Mei 1997 menjadi bukti PAS menyokong akta PTPTN ketika dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga.


Ironinya, semasa pembentangan Akta PTPTN PAS menyokong akta tersebut tetapi membelasah Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri kerana hipokrit. Kerana dulu Anwar Ibrahim pernah memperjuangkan AUKU semasa pelajar tetapi tidak memansuhkan AUKU semasa berkuasa. Sama seperti PTPTN, Anwar berjanji memansuhkan PTPTN sebelum berkuasa tetapi mampukah Anwar Ibrahim mengotakan janjinya bila berkuasa kelak?

Jika PAS menyokong PTPTN ketika penubuhannya, kenapa parti yang sama perlu menentangnya ketika ini?



Anda tau jawapannya?
Semua ini semata-mata hanya untuk meraih undi.

Sumber: MyMassa

12 April 2012

ISU ANWAR & SHAMSIDAR: Huhhh!!! Dasyat sidang media Kak Jijah & Shamsidar hari ni...Saksikan!

Hari ini, adalah hari yang di tunggu-tunggu yang mana dikatakan Kak Jijah dan Shamsidar madunya itu akan mengadakan sidang media bagi membuat penyelesaian hal skandal yang berlaku antara suami Kak Jijah dengan Shamsidar yang dikatakan perempuan sundal kepada Ummi Hafilda suatu masa dahulu.


Apa sudah jadi!!!. 


Sidang media yang kononnya akan diadakan petang ini di ibu pejabat PKR di Tropicana iu, akhirnya dibatalkan dengan alasan pihak ibu pejabat PKR mendapat maklumat bahawa ada pihak-pihak tertentu yang berusaha menggagalkan sidang media tersebut atas sebab yang tidak dapat dipastikan. Iye lah tu yeop!!!

Ujung-ujung UMNO juga di persalahkan!!! 
Huhhh... cakap tak guna. Buktikan laaa!!!

Apabila dikatakan pihak-pihak tertentu yang dimaksudkan itu tentulah ada kaitan dengan UMNO kerana UMNO akan kehilangan modal paling besar untuk memburukkan reputasi Anwar & Azmin terutama dalam menghadapi kempen pilihanraya umum akan datang jika sidang media tersebut diadakan.

Lagi kesian MP kepada penulis SUARA PR. Merata-rata cari maklumat , antaranya di laman web Parlimen berkenaan dakwaan Azmin kononnya telah menjawab di Parlimen sebelum ini tetapi gagal menemui sebarang sesi perbahasan mengenai perkara tersebut (hubungan sulit Shamsidar & Anwar serta pemilikan saham).

Sudah-sudah la tu! Kepada penulis SUARA PR, untuk pengetahuan kamu sekali lagi... Apa yang berlaku ini bukan hanya sekali. Tak menjadi suatu yng mengejutkan pun. Dah aku katakan sebelum ini dan kalau tak paham... Klik dan baca sekali lagi artikal bertajuk seperti dibawah:


Azizah-Shamsidar nak bersidang? Kencing lah!




SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.