Kehadiran Anwar adalah satu malapetaka bukan anugerah Tuhan sepertimana yang Ajijah katakan... |
Dari Seorang ahli akademik, akhirnya Profesor Dr. Chandra Muzaffar membuat keputusan untuk berkecimpung dalam politik. Bermula dari NGO ADIL kemudian bersama-sama membangunkan Parti Keadilan Nasional.
Selepas dua tahun menerajui Parti Keadilan, pada Disember 2001, Dr Chandra membuat keputusan drastik meninggalkan parti yang pernah dibangunkan itu.
Kenapa beliau meninggalkan Parti Keadilan tanpa sebarang alasan ?
“Saya masih ingat lagi salah satu daripada peristiwa yang mengecewakan saya selepas Peristiwa 11 September, dia (Anwar) menulis rencana dalam Times Magazine…. Dan kita sungguh kecewa dengan tulisannya itu. Kerana dia seperti memihak kepada Amerika Syarikat tanpa membangkitkan isu-isu tertentu tentang keadilan global.
“Seolah-olah dia salahkan orang Islam pada ketika itu…
Tulisan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimaksudkan Dr Chandra bertajuk
‘Who Hijacked Islam ?”, yang keluar dalam majalah Time pada 15 Oktober 2001.
Dalam rencana itu Anwar menuduh Osama bin Laden dan Mohammed Atta adalah pengganas yang menyebabkan pengeboman World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di New York dan Jabatan Pertahanan di New York, walhal tiada sebarang bukti yang mengesahkan tuduhannya itu.
Penulis Barat, Peter J. Boyer dalam rencananya bertajuk ” The Believer Paul Wolfowitz defends his war”, The New Yorker, 1 Novermber 2004, mengakui rencana Anwar di TIME itu telah menarik minat Paul Wolfowitz, seorang zionis yang ketika Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat untuk mendampingi semula dengan Anwar dan selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, Paul Wolfowitz membawa Anwar menjadi alat missionarinya di Amerika Syarikat.
Anwar menjadi pensyarah di John Hopkins juga bermula dari rencananya di majalah TIME.
Selepas itu bermulalah episod Anwar sebagai Pengerusi Foundation For The Future dan organisasi-organisasi tajaan Amerika Syarikat yang lain.
Ikutilah wawancara AIDC dengan Dr Chandra, pada 30 Jun 2011, di Pejabat JUST, Petaling Jaya.
AIDC : Dalam kenyataan media Prof pada 7 Mac 2008, Prof ada menyebut tentang proses memperdayakan ahli-ahli yang dilakukan dalam PKR iaitu pasukan ‘the knight’, iaitu pahlawan berkuda yang yang membawa keabadian syurga, keadilan dan kesamarataan. Boleh Prof ulaskan maksud tersebut ?
Dr Chandra : Itu sebenarnya frasa-frasa yang saya gunakan kerana kenyataan itu, kalau tak salah dalam bahasa Inggeris, “
the knight in shining armour.” Ada satu frasa yang pada lazimnya digunakan untuk mensifatkan seorang individu yang dianggap sebagai wira oleh masyarakat tertentu atau kelompok tertentu.
Mereka menganggap dia sebagai wira yang akan menyelamatkan mereka.
Jadi, saya kata sebagai jawapan kepada pihak-pihak tertentu yang kritik saya, kerana kenyataan saya tentang Anwar bahawa dia ini adalah malapetaka
Mereka Marah. Ramai marah bila saya kata ada usaha untuk menghidupkan
the knight in shining armour dalam parti Keadilan.
Yang marah itu, termasuk individu-individu tertentu, sekarang ini pun sudah keluar daripada PKR. Yang dulu mereka ini hebat marah saya, kritik, hentam saya dan sebagainya. Tapi hari ini mereka semua pun dah keluar.
Saya kata, adalah salah kepada perjuangan kalau kita menganggap Anwar itu sebagai
“the knight shining armour,” iaitu wira yang akan menyelamatkan negara ini. Walhal, dia ini manusia yang banyak kelemahan. Itulah konteks, saya menggunakan frasa itu.
Bermakna, Prof melihat dalam PKR itu sendiri ada proses pemujaan yang menganggap Anwar seperti dewa?
Memang. Cara dia didewakan, dipuja dan sebagainya. Semasa saya dalam parti dulu, saya pernah mengkritik sikap ini.
Saya masih ingat, saya pernah diserang oleh beberapa pemimpin Keadilan. Dan peristiwa yang saya maksudkan itu adalah perkhemahan latihan Pemuda Keadilan latihan di Janda Baik, Pahang yang dirasmikan oleh Dr. Wan Azizah.
Saya dijemput sebagai penceramah untuk mengupas isu-isu kepimpinan. Sifat-sifat yang mesti ada dalam kepimpinan dan apa maksud kepimpinan dalam konteks masyarakat.
Saya membincangkan ini bukan atas sifat saya sebagai Timbalan Presiden parti semata-mata, tetapi saya juga memasukkan idea-idea sains politik. Kerana itu adalah latar belakang saya.
Saya kata, pemujaan terhadap individu itu akan merugikan pergerakan. Kita harus menilai pemimpin-pemimpin secara adil dan kita jangan taksub. Saya gunakan istilah itu, ‘kita jangan taksub dengan pemimpin’
Selepas saya beri ucapan itu, mereka bangun mengkritik saya, apa maksud Dr…, adakah pemimpin utama kita yang dimaksudkan..
Saya (ketika dalam ceramah itu) tak sebut nama pun. Tujuan saya bukan untuk mengkritik Anwar. Hanya untuk kefahaman tentang kepimpinan. Memang itu tujuan saya.
Tidak perlu lah saya sebut nama-nama mereka yang mengkritik saya dulu kerana mereka ini, sekarang sudah keluar PKR dan cukup hebat mengkritik Anwar.
Saya sebagai Timbalan Presiden, memang saya sokong Anwar pada masa itu. Bukan saya nak kritiknya tetapi untuk mempertingkatkan pengetahuan, kefahaman dan sebagainya. Tetapi mereka sudah kritik macam-macam kepada saya.
Saya jawab. Masa itu saya kata, semua pemimpin itu ada kekuatan dan kelemahan termasuk
brother kita, dia pun ada kelemahan.
Tetapi, oleh kerana jawapan saya, dianggap seimbang, mereka tak suka, mereka
attack. Mereka keluarkan gambar, kalau saudara masih ingat lagi isu itu berlaku pada tahun 2000. Mereka keluarkan di beberapa laman web pro-reformasi.
Mereka buat
border hitam, dan mereka desak saya letak jawatan. Saya dan Anuar Tahir (Setiausaha Agung) jadi sasaran. Anuar Tahir atas sebab-sebab lain. Saya kerana ucapan itu. Mereka suruh letak jawatan, kritik hebat.
Selepas, tiga, empat minggu, saya merenung kembali peristiwa itu. Mengapa boleh berlaku begitu? Sedangkan saya adalah Timbalan Presiden.
Kalau mengikut budaya politik kita, sekiranya saya dijadikan sasaran, diserang dan sebagainya, tak mungkin anggota-anggota lain berani berbuat begitu tanpa restu daripada pihak-pihak tertentu.
Jadi, saya tanya kepada Dr. Wan Azizah. Adakah Dr. Wan Azizah minta mereka
attack saya?
Prof tanya direct?
Tanya
direct. Saya tanya dia. Dia kata tak. Dan saya percaya bukan dia yang buat ini.
Saya kata pada diri sendiri, mungkin ada ‘seorang’ lagi yang arahkan.
Yang berada di penjara?
Masa itu, prosiding kes Anwar berjalan (perbicaraan mahkamah). Dari masa ke semasa, saya juga turut hadir sebagai pemerhati.
So,
one those occasion, saya tanya dia secara langsung.
Tanya terbuka ?
Terbuka. Masa kita sembanglah. Saya tanya, Anwar..siapa yang buat ini? Ada orang kata
you yang merancang ini. Anwar kata ‘Hey takkanlah..macam mana boleh terbongkar ni. (ketawa).
Jadi, saya sudah tahu, dia ini yang merancang, sebenarnya macam-macam dia buat. Tapi saya sabar. Saya tak berundur pada masa itu. Saya tunggu dan saya cuba ubah dari dalam. Tapi gagal.
Saya nampak dia ini memang susah, sebab itu saya keluar. Dua setengah tahun, saya berada dalam parti Keadilan, lepas itu saya keluar parti.
Bukan kerana soal moral atau peribadi. Itu pun satu daripada faktor. Tapi yang lain. Hubungan dia dengan kumpulan-kumpulan di luar negara. Apa yang dia lakukan dalam negara dari segi politik, kaum dan sebagainya. Dan sikap dia terhadap ahli-ahli parti, caranya mempermainkan individu-individu tertentu. Dia sokong pihak itu, dan pada masa sama, dia juga sokong pihak lain.
Saya fikir, tak ada manusia macam ini dalam politik negara kita.
Selepas Prof keluar Keadilan, Prof tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan di media?
Pada peringkat awal, kenyataan saya dalam bahasa Inggeris. Saya kata, minta kedua-duanya, Anwar dan isterinya,
to be honest their conscious. Minta mereka bersikap ikhlas. Minta mereka dengar suara hati mereka.
Beberapa bulan selepas itu, saya buat kenyataan dalam forum kepimpinan. Saya katakan tentang,
opportunist men in politic yang ditafsirkan oleh Azmin Ali dan yang lain, merasakan saya tujukan kepada mereka. Mereka mula
attack saya semula.
Ini berlaku pada awal tahu 2002. Saya jawab tapi jawapan saya tak serang mereka.
Apa yang berlaku hari ini dalam PKR, iaitu seorang demi seorang keluar parti dan Anwar hanya mahu menaikkan Azmin Ali. Sebenarnya senario ini sudah berlaku dari dulu dan Prof mengalaminya, adakah ini perkara yang sama?
Ya betul. Betul. Saya pernah mengalami dulu. Pengalaman saya dari tahun 1999 hingga 2001. Lebih ramai yang tak sedar apa yang berlaku. Kalau kita tengok pada ucapan-ucapan Datuk Zahrain ataupun Zulkifli Nordin dan yang lain-lain, tidak begitu berbeza.
Pada akhirnya berpunca daripada Anwar Ibrahim?
Memang Anwar. Punca masalah ini termasuk dalam pemilihan parti, adalah Anwar. Dan itu memang stailnya. Stail suka berjanji kepada individu tertentu dan pada masa yang sama, dia sokong yang lain.
Sebab itu, macam Datuk Zaid Ibrahim yang dulu dianggap sebagai wira. Dapat sokongan daripada Anwar. Lepas itu, dia nampak Anwar tidak menunaikan janjinya, sebab itu dia kecewa.
Jadi, saya nampak itulah masalah Anwar. Dia ini individu yang banyak masalah dari segi karektor. Puncanya karektor. Itu yang menjadi masalah besar.
Pengalaman Prof mengenali Anwar iaitu ketika beliau dipecat dari UMNO dan semasa Prof menyertai Keadilan. Adakah Anwar yang sama Prof kenali?
Bagus soalan itu ya. Beginilah. Saya mengenali Anwar sebagai individu yang pada satu masa dulu ketika sama-sama memperjuangkan isu-isu seperti akta pertubuhan. Kita menentang bersama-sama.
Pada masa itu, dia sebagai Presiden ABIM, saya sebagai Presiden ALIRAN. Dan ada beberapa isu lain tentang masyarakat, hak asasi manusia, kita juga bekerjasama. Itulah hubungan saya dengan Anwar sebelum dia masuk UMNO.
Sekitar tahun 1970-an?
Tahun 1970-an dan awal 1980-an. Sebelum dia masuk UMNO. Pada tahun 1982 dia masuk UMNO, hubungan saya pada masa itu lebih mirip kepada isu-isu hak asasi manusia.
Ketaatan dia kepada perjuangan itu tidak dapat dipersoalkan. Dia memang bersungguh-sungguh memperjuangkan isu-isu itu. Kita sokongnya dan dia sokong perjuangan kita.
Selepas dia masuk UMNO, sebenarnya saya tidak ada interaksi dengannya, lama. Mungkin sepuluh tahun tak ada interaksi langsung dengannya. Tidak bermakna kita jadi musuh. Tetapi tidak ada interaksi. Jadi, saya tidak terlibat dalam kepartian.
Bila dia menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia memperkenalkan konsep dialog antara peradaban. Oleh kerana ini adalah satu tema yang rapat dengan hadiri, melalui kawan-kawan tertentu di Pulau Pinang, kita berbincang dan mengaturkan beberapa persidangan.
Apabila Anwar dipecat daripada kabinet dan UMNO, masa itu, saya menganggap diri saya adalah sebagai kawannya. Hubungan kita pun bagus sebagai kawan. Dan saya pun berpindah dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur. Berinteraksi dengannya dan sebagainya.
Soal persahabatan merupakan salah satu daripada faktor yang mendorong saya mengambil
stand tertentu sokong dia. Tetapi yang lebih penting adalah apa yang saya anggap pada masa itu adalah sebagai kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar.
Dia dibelasah di penjara dan matanya ditumbuk oleh IGP dan sebagainya. Itu yang menjadi isu besar pada masa itu.
Saya bersama-sama dengan Dr. Wan Azizah, tubuhkan NGO ADIL. ADIL sebelum parti KeADILan.
Itulah pada mulanya saya memperjuangkan isu Anwar. Selepas dua tahun dalam parti itu, saya sudah nampak stail politiknya. Kekotoran politiknya. Cara dia melakukannya benda-benda tertentu yang saya tidak boleh terima. Sebab itulah saya undur.
Isu yang membimbangkan saya tentangnya, saya secara terus-terang membangkitkan kepadanya. Setiap kali dia memberi jawapan tertentu, beri alasan. Termasuk isu moral dan peribadi.
Ada penjelasan?
Ada.
Prof berhujah dengan dia tentang soal moral ini termasuk liwat?
Ya..ya.. Saya terus-terang dengan dia. Saya berhujah dengan dia. Bila saya dengar isu-isu ini sebelum dibahas di khalayak ramai, saya sudah bincangkan isu-isu ini dengannya. Dia ada dia punya jawapan.
Dia kata, ini memang rekaan, ada musuh-musuh dia nak kenakan dia. Tapi, selepas tiga..empat kali, orang pun mula berfikir. Ini benar ke tidak?
Dari segi politik antarabangsa, saya masih ingat lagi salah satu daripada peristiwa yang mengecewakan saya selepas Peristiwa 11 September, dia menulis rencana dalam Times Magazine.
Dan kita sungguh kecewa dengan tulisannya itu. Kerana dia seperti memihak kepada Amerika Syarikat tanpa membangkitkan isu-isu tertentu tentang keadilan global. Seolah-olah dia salahkan orang Islam pada ketika itu.
Saya bangkitkan perkara ini kerana ramai kawan-kawan pun rasa kecewa dengan artikelnya. Jadi, saya bangkitkan. Dia ada jawapannya.
Dia kata, saya ini berada dalam penjara, saya pun tak tahu apa yang berlaku.
Walhal, artikel itu atas namanya.
Prof membangkitkan artikel tersebut?
Perkara ini berlaku pada Oktober 2001. Saya keluar parti pada bulan Disember 2001. Saya keluar selepas tiga bulan selepas peristiwa pendiriannya di Times Magazine.
Dalam artikel itu, saya sudah nampak pendiriannya, kecenderungannya. Saya nampak dia memang sanggup menjadi boneka kepada mereka (zionis).
Juga tentang politik tempatan. Dia selalu berhujah tentang rasuah, politik wang dan sebagainya. Tapi, saya sendiri tahu apa yang berlaku dalam Parti Keadilan. Itulah sebabnya saya membuat keputusan ini. Keluar parti. Saya tahu dalam Parti Keadilan itu ada politik wang. Wujud politik wang.
Dan saya juga tahu dalam soal-soal tertentu tentang perkauman. Kita sebagai Parti Keadilan pada masa itu kritik BN kerana perkauman. Tetapi perkauman juga berlaku dalam parti kita, yang saya maksudkan, cara kita mempermainkan isu-isu perkauman.
Dalam Pilihan Raya Kecil Lunas umpamanya. Keadilan mempermainkan sentimen kaum untuk menang pilihan raya. Jadi, saya nampak Anwar banyak kontrakdiksi. Itu sebab saya menarik diri.
sumber : anwaraidc.com