GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

28 May 2014

RAKYAT JOHOR: Jom ke 'Hari Terbuka Suara Hati Johor' - @khalednordin



Pelan Suara Hati Johor adalah antara inisiatif kerajaan negeri bagi merakyatkan kerajaan , melestarikan pembangunan 'Pro Rakyat' dan memperkasa muafakat Johor dengan bertemakan 'Kerajaan Berteras Pencapaian'.

Tujuh fokus utama yang diutarakan rakyat telah dikaji sembilan penyelidik, tiga pegawai penyelidik dan 70 mahasiswa yang diuruskan oleh Universiti Teknologi Malaysia dengan peruntukan sejumlah RM200,000 kini di realisasikan sebagai satu pelan bagi menangani keperluan rakyat seperti perumahan, kesihatan; ekonomi dan keusahawanan; agama, kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat; keselamatan serta infrastruktur.

Pembentukkan Pelan Suara Hati Johor ini juga, menjadi sebahagian langkah strategi dalam 
memacu transformasi pentadbiran kerajaaan membawa negeri Johor terus membangun dengan gemilang.

Sehubungan itu, kerajaan negeri Johor akan mengadakan satu hari terbuka kepada seluruh rakyat negeri mengambil peluang mendekati serta 
mengetahui maklumat berkaitan dengan lebih lanjut selain memberi maklum balas terhadap pelan strategik tersebut.


 



Kepada rakyat Johor khususnya, di jemput hadir beramai-ramai ke makmal pameran 'Hari Terbuka Pelan Suara Hati Johor' yang akan dilangsungkan pada Sabtu, 31hb Mei 2014 bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Medini Mall Nusajaya, nanti.

Ikuti dan jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama sertai acara dan berkunjung ke ruang-ruang pameran yang di sediakan.

Ayuh, bersama melakar masa depan Johor!!!

Berikut, acara dan aktiviti yang akan di adakan:



23 May 2014

BATAL : Perhimpunan Aman Bantahan terhadap Hong Leong Bank.

 

Selepas perjumpaan diadakan diantara pihak penganjur Perhimpunan Aman Bantahan terhadap Hong Leong Bank yang diadakan bersama wakil dari ibu pejabat Hong Leong Bang Kuala Lumpur serta NUBE, semalam. Telah diadakan satu sidang akhbar dan keputusan bersama telah dibuat.

UMNO Bahagian Johor Bahru membatalkan cadangan mengadakan perhimpunan aman di hadapan Hong Leong Bank Berhad (HLBB) Taman Sri Tebrau yang dirancang 23 Mei 2014 Jumaat ini bagi membantah tindakan pengurus cawangan bank itu didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman terhadap seorang kakitangannya.
 
SELANJUTNYA KLIKSINI

WARKAH TERBUKA UNTUK DYANA (Calon DAP PRK Teluk Intan)

 
 
Warkah Terbuka dari Senior Dyana

"Uitm bukan milik UMNO,UiTM milik Rakyat".- kata calon DAP Teluk Intan, Dyana..

Ungkapan Calon DAP Dyana sebelum ini telah diungkapkan berkali-kali oleh Pemimpin Tertinggi DAP. Bezanya dahulu Cina yang ungkapkan dan sekarang Melayu yang ungkapkan..mesej yang dibawa tetap sama iaitu ingin Menghapuskan Keistimewaan Melayu. Sungguh licik permainan DAP ini persis permainan PAP suatu ketika dulu.

Saya adalah salah seorang dari ratusan ribu bekas pelajar UiTM. Saya terpanggil untuk menyatakan kepada semua terutamanya kepada bekas pelajar UiTM Adik Dyana bahawa UiTM bukan Milik UMNO tetapi UITM SEBENARNYA MILIK MELAYU dan UMNO adalah parti yang memperjuangkannya.

Saya pernah beritahu kepada rakan (bekas pelajar UiTM) dan adik-adik yang sedang menuntut ungkapan UITM ini adalah Untuk Islam, (untuk) Tanah Melayu... Universiti Ini Tolong Melayu...Universiti Ini Tempat Melayu..

Anak Melayu tidak kira fahaman politik menuntut dalam pelbagai jurusan di UiTM. Yurannya berbeza dengan Universiti lain. Suasana pengajian berbeza dengan Universiti lain. Penerapan agama berbeza dan pendekatan semangat Melayu juga lebih dari universiti lain.

Wahai Dyana, YA, UITM bukan Milik UMNO... UITM Milik hakiki MELAYU dan UITM adalah kebanggaan Melayu.

Dyana, kamu muda lagi... usia kamu sedang meningkat. Bila kamu bergaul 23 jam besama Cina DAP. Kamu akan mudah terpengaruh dik. Jadi bergaul juga dengan Melayu.. Ingat Dik, Misi DAP adalah hapuskan keistimewaan Bangsa Kita Dik. Ingat ya.

Dik Dyana. Kena ingat pemimpin tertinggi DAP pernah kata Melayu Adalah Pendatang.. DAP tetap dan konsisten pecah belahkan Bangsa Kita Melayu. DAP pengaruhi pemimpin PAS dalam bab penghinaan pada Nabi Muhammad SAW sehingga ada pemimpin PAS berkata Muhammad (Rasulullah) adalah sama dengan Muhammad atau Mamat Kampung. DAP pernah pecah belahkan Islam dan Melayu melalui isu Kalimah Allah. DAP pernah mengharamkan sambutan Maulidurasul di Pulau Pinang..DAP pernah "sound" supaya tiada laungan Azan.. DAP pernah menggunakan Taktik "l
adang babi terbesar" untuk halau orang Melayu. DAP pertikai peruntukan untuk membina Masjid di negara kita.

Ingat Dik, DAP sedang menggunakan adik Dyana untuk pecahkan Islam dan Melayu melalui Isu HUDUD. Ingat Dik Dyana, DAP sedang gunakan adik dan Mak adik untuk pecahkan perpaduan Wanita Melayu yang sebelum ini menjadi TERAS kepada Melayu itu sendiri.

Deen Qassim
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Rekod, UiTM Kelantan dan Shah Alam

Pengerusi Pertubuhan Barisan Darulnaim Negeri Kelantan (BADAR)

21 May 2014

KEMALANGAN 3 MAUT: Gempar Bas bertembung helikopter... KLIK tengok sini!



Sepertimana laporan yang tersebar di beberapa ruang media sosial. Di katakan 3 maut akibat sebuah helikopter terhempas dan bertembung dengan sebuah bas di Lebuhraya PLUS berdekatan Kepala Batas, Pulau Pinang KM 38.5 pada jam 3.45 petang tadi.


Sebaliknya apa yang berlaku, ia adalah satu latihan sebagai langkah persediaan kepada PLUS jika kejadian tidak diingini seperti sebuah helikopter mendarat cemas di atas lebuh raya atas sebab-sebab teknikal.

“Sebenarnya itu adalah latihan tuan, kami adakannya dua hari lepas untuk bersedia jika ada helikopter terpaksa mendarat di lebuh raya jadi kami bersedia untuk semua kemungkinan,” katanya.

Syabas kepada pihak PLUS kerana mengadakan latihan sebegitu kerana ia pastinya tidak terfikir untuk sebuah helikopter mendarat di atas lebuh raya PLUS yang begitu sibuk digunakan oleh pengguna lebuh raya setiap hari.



Sumber

13 May 2014

TERENGGANU BUBAR : Ohhh.. jangan salahkan 'ibu mengandung'...Betul ke ni? KLIK baca ni!


Selepas PRU 13, MB Terengganu yang patut dilantik bukanlah Ahmad Said. Tapi Ahmad Said ugut mahu keluar UMNO. PM bagi peluang setahun sampai March 2014 untuk perbaiki BN Terengganu.

Tapi itu pun masih di tangguh sampai Mei 2014.

Kali ni Ahmad Said mintak tangguh sampai 17 Mei 2014 dengan alasan anak nak kahwin.
Alasan Ahmad Said tidak kukuh. Alasan anak kahwin. Majlis sudah di-set-kan tarikh dan seumpamanya agak sedikit meragukan jika diandaikan point di bawah adalah benar:


Kesimpulan: Sepatutnya Ahmad said sudah boleh aturkan majlis perkahwinan anaknya mengikut tempoh yang sudah diberikan iaitu setahun yg berakhir pada Mac 2014.

Jika Ahmad Said dengan cara yang berdisiplin mengikut tempoh yg sudah ditetapkan ia tidak menjadi isu "Majlis perkahwinan sudah ditetapkan" pada tarikh tersebut.

Jadi, tidak timbul soal maruah Ahmad Said diaibkan oleh sesiapa kerana Ahmad Said sendiri tahu akan tempoh dan tarikh beliau sepatutnya meletakkan jawatan (walaupun sebenarnya telah ditangguhkan). Boleh dikatakan Ahmad Said sendiri yang mencari penyakit. - Sumber.

#MP : So... Kita tunggu dan lihat je lah ye!


11 May 2014

UMNO KE-68 : Jangan sampai 'ditelan zaman' - @khalednordin



"Selamat menyambut dan memperingati hari ulang tahun UMNO ke-68. Semoga seluruh ahli UMNO kekal teguh bersama semangat juang serta terus mempertingkatkan iltizam yang tinggi untuk sama-sama memperkukuhkan kedudukan parti dan memantapkan lagi misi perjuangan dalam menentukan parti UMNO mampu serta berjaya berhadapan dengan cabaran-cabaran yang mendatang"
Itu antara harapan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, sempena menyambut dan memperingati hari ulang tahun parti terbesar orang Melayu parti UMNO, hari ini... 
  
“Dalam zaman ini maknanya kita memerlukan ahli yang kualiti selain menjadi golongan yang penuh berpengetahuan, mempunyai idea dan mampu berfikir. bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah dan berhadapan dengan cabaran, tetapi ahli mesti mempunyai idea dan pendekatan untuk membawa dan memperjuangkan parti supaya di terima oleh rakyat, selamanya” tegasnya lagi.

"Sekiranya perkara ini tidak ditekankan maka tidak mustahil zaman teknologi ini akan ‘menelan’ parti UMNO".
Ikuti selanjutnya KLIKSINI

------------------------------------------------------------------------
#MP ::
Pada kesempatan ini juga, di ucapkan kepada para pejuang UMNO
'SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN UMNO KE-68'
Maaf Zahir Dan Batin
Ikhlas dari MaelPengerang

ARTIKAL BERKAITAN KLIK :
UMNO68: Tekadlah membantu umat Me­layu!

10 May 2014

#PRKGelugor : BN tak bertanding? KLIK baca ni



Seperti diketahui umum, proses penamaan calon untuk PRK P51 Parlimen Bukit Gelugor akan berlangsung dua hari lagi dan calon yang disahkan layak bertanding akan mengetahui timbul atau tenggelamnya nasib masing-masing setelah selesai pembuangan undi pada 25 Mei 2014, nanti. 

DAP meletakkan Ramkarpal Singh, 38, iaitu anak ketiga mendiang bekas pengerusi kebangsaan Karpal Singh sebagai calon untuk bertanding.

Namun begitu, sehingga ke hari ini masih tiada lagi kedengaran siapakah taruhan Barisan Nasional (BN) sebagai calon untuk bertanding merebut kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang telah kosong kerana kematian penyandangnya, Karpal Singh akibat kemalangan jalanraya.
 

Ada juga cakap-cakap yang mengatakan BN tidak begitu berminat untuk 'buang masa' meletakkan calon dan bertanding di kubu kuat DAP itu. Sebaliknya BN katanya lebih berminat untuk tumpu kekuatan untuk berentap dengan DAP di Teluk Intan, akan datang.

Pilihanraya kecil Teluk Intan juga dibuat ekoran kematian penyandangnya wakil rakyat DAP, Seah Leong Peng dan telah ditetapkan pada 31 Mei manakala penamaan calon pula pada 19 Mei.
Ramai dikalangan pemerhati politik turut berpendapat, BN wajar fokus pada satu kawasan saja dalam keadaan dua pilihanraya kecil yang tempoh masanya begitu rapat itu.

Seandainya kali ini, keputusan untuk tidak bertanding diambil oleh BN di Bukit Gelugor, ia bukannya suatu yang pertama kali berlaku. Sebelum ini, pada tahun 2009 BN pernah tidak bertanding dalam pilihanraya kecil kawasan DUN Penanti di Pulau Pinang berikutan perletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Mohamad Fairus Khairuddin.


Memetik dari siaran dan kenyataan di dada-dada akhbar, kelmarin. YAB. DS Najib Tun Razak ditanya pihak media dalam satu sidang akhbar mengenai perkembangan dua PRK yang bakal berlangsung itu dan hanya berkata," tunggulah...kita akan buat keputusan, nanti.".

9 May 2014

UMNO: Tekadlah membantu umat Me­layu!



SETAHUN lalu tsunami politik membadai dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pakatan pembangkangnya cuba mengambil kesempatan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan penyele­wengan dan demonstrasi seluruh negara terjadi. Akhirnya strategi Anwar kantoi apabila dia gagal membuktikan pengundi Bangladesh mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Sekarang ini pemilihan peringkat cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) berlaku pergolakan dan ketidaktelusan sehingga 17 daripadanya diminta bermesyuarat semula. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.


UMNO masih terus berkuasa walaupun Anwar mendakwa undi popular memihak kepadanya. Macam Anwar tidak tahu sejak terlibat dalam politik, undi popular tidak berbangkit. Kemenangan diukur berasaskan kerusi majoriti.

Anwar dan pembangkang cuba menimbulkan kebencian menggunakan slogan ABU (asal bukan UMNO). Apa saja peristiwa yang berlaku di Malaysia dikaitkan dengan UMNO sehingga kehilangan MH370 pun dikaitkan dengan UMNO.

Menyemai sikap membenci ini akhirnya memakan diri. Sekarang ini orang PKR sendiri membuat sindiran tentang politik kroni berasaskan keluarga dan terhubung dengan pengaruh Istana Bukit Segambut.

Peranan Anwar sebagai pemersatu dalam politik PKR ternyata semakin lemah. Strategi reformasi 2 kurang mendapat sambutan. Demonstrasi GST di Dataran Merdeka diambil kesempatan oleh Anwar untuk membuat kenyataan tempoh tahanan beliau akan dina­ikkan sehingga 10 tahun.

Anwar menghina mahkamah dan hakim-hakim semahu-mahunya tetapi contempt of court tidak terjadi. Perbicaraan terhadap dirinya dianggap sebagai konspirasi politik dan hukuman yang dijatuhkan dirancang.

Anwar ke United Kingdom baru-baru ini berjumpa Al Gore dan Al Gore dikatakan menasihatkannya supaya berpindah ke luar negara. Beberapa hari yang lalu Anwar berada di Indonesia untuk menyatakan benda yang sama kepada kawan-kawannya.

Apakah ini berikutan kunjung­an Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Jakarta dan memberi penjelasan kepada Fahmi Idris, bekas menteri dalam Kabinet Indonesia mengenai siapa Anwar sebenarnya.

Setahun yang berlalu, Anwar tidak pernah berputus asa kerana kalau takdirnya Anwar dihukum penjara oleh Mahkamah Persekutuan, PKR tidak berada dalam suasana yang kondusif. Perebutan jawatan kepimpinan menimbulkan gelora baru yang tidak mudah dileraikan. Takdirnya Azmin Ali menang, Anwar tidak akan rasa selesa kerana regu Anwar ialah Saifuddin-Rafizi-Nurul Izzah yang kelihatan tidak dapat dukungan yang baik di kalangan ahli parti.

Pas dengan isu hudud bertekad untuk melaksanakannya di Kelantan ditentang oleh rakan politik­nya DAP dan PKR, meskipun Anwar suatu ketika dulu ialah pemimpin ABIM yang memperjuangkan Islam sebagai suatu cara hidup.

Daripada cita-cita negara Islam dan hudud ke arah Negara Berkebajikan dan terakam dalam Buku Jingga sebagai persetujuan bersama, tiba-tiba Pas tersedar dalam lena tahaluf siasinya yang sangat mengecewakan Anwar. Apakah sikap Pas boleh menyebabkan Pakatan Rakyat mengalami perpecahan kerana perbezaan antara perjuang­an Pas dengan yang lain adalah perbezaan fundamental?

UMNO yang dibenci oleh Anwar dan Pas perlu lebih bersedia menghadapi tahun-tahun mendatang menjelang PRU ke-14. Gambaran Pas semacam mahu bekerjasama dengan UMNO kerana isu hudud tidak dapat memberi jaminan bahawa Pas akan menyedari kesilapannya melakukan tahaluf siasi dengan yang lain.

UMNO harus lebih jelas memperjuangkan nasib umat Melayu terutama dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Ternyata ianya sedang berjalan dengan baik.


UMNO harus memberikan fokus menyantuni golongan muda dan pelajar supaya proses pengkaderan ke arah orientasi Islam terjadi. Bahagian latihan kepimpinan UMNO harus diperkemaskan dengan kurikulum yang lebih berdaya maju supaya masa depan umat Melayu dan Islam terbela di tangan ke­pimpinan UMNO.

Sekiranya UMNO terus mendekati generasi muda dengan berkongsi maklumat secara telus tentang apa yang terjadi, penulis yakin generasi muda akan lebih memahami kerana retorik tanpa pelan tindakan memperkasa umat Melayu bakal ditelan zaman.

Tekad membantu umat Me­layu perlu dijadikan agenda utama agar meyakinkan generasi muda peri pentingnya UMNO kepada negara Malaysia.- Sumber

8 May 2014

PANASSS! Pengerusi perhimpunan bantah Hong Leong Bank terima lebih RM100K? KLIK baca ni!



Ingat tak lagi artikar terdahulu yang MP telah siarkan disini. Yang mana Hong Leong Bank dah nampak seperti mula mengelabah apabila Melayu mula bangun untuk bertindak. KLIKSINI

Isu dimana Hong Leong Bank telah cuba membeli pihak penganjur dengan ganjaran ratusan ribu... Entah tak tau apa hajat mereka sebenarnya.

Tapi ternyata, khabar angin itu satu kenyataan yang benar dimana terbukti Pengerusi penganjur bagi Perhimpunan Aman di hadapan Hong Leong Bank cawangan Johor Bahru itu telah menerima sekeping kad kredit dimana had kreditnya bernilai ratusan ribu.


Untuk mengetahui kebenarannya KLIK SINI


HUDUD - MCA jangan hayal dengan karenah DAP!



"MCA akan mengkaji kedudukan parti komponen itu dalam Barisan Nasional (BN) jika Umno menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan kata Datuk Dr Wee Ka Siong."
 

Tetapi, oleh kerana kenyataan di atas oleh portal pro-pembangkang, The Malaysian Insider, kita perlu sangat berhati-hati dengan laporan tersebut dan dapatkan kesahihannya.

Persoalan sudah pasti timbul, apakah maksud 'mengkaji kedudukan parti tersebut dalam Barisan Nasional'?

Apakah ianya bermaksud, parti MCA berniat untuk meninggalkan parti Barisan Nasional?

Timbalan presiden MCA Datuk Wee Ka Siong menegaskan bahawa parti itu akan mengkaji semula kedudukan mereka dalam BN sekiranya Umno tetap dengan pendirian menyokong usul PAS di Parlimen untuk melaksana hudud di Kelantan.

Wee berkata MCA mempertahankan seratus peratus asas perlembagaan persekutuan yang dipersetujui BN sejak merdeka.

"Kalau berlaku (Umno sokong hudud) perkara itu kita akan bincangkan kedudukan kita dalam BN.

"Kita tidak akan sokong hudud PAS," kata beliau dalam program wacana membincangkan pelaksanaan undang-undang tersebut, di Shah Alam hari ini.

Wee menjawab soalan oleh moderator Maszlee Malik yang bertanya sekiranya MCA akan bersama Umno dalam BN, memandangkan parti tersebut membuka ruang kepada PAS untuk nembentangkan rang undang-undang di parlimen.

Wee menegaskan, Umno tidak pernah meminta persetujuan MCA dan komponen BN lain berhubung sokongan kepada usaha tersebut.


#MP - Jangan MCA terperangkap dengan mainan politik parti DAP yang mengheret parti komponen BN tersebut di dalam wayang kulit dan ketidaksefahaman di antara DAP, PKR dan PAS di dalam Pakatan pembangkang, sudah la! Jangan hayal...


7 May 2014

#HIMPUNAN23MEI : Gemparrr!!! Cubaan membeli penganjur oleh Hong Leong Bank? KLIK baca ni!


 

Setiausaha UMNO Bahagian Johor Bahru, Tuan Haji Abu Talib Haji Alias merangkap Pengerusi Perhimpunan Aman yang akan dianjurkan di hadapan Hong Leong Bank Berhad cawangan Johor Bahru mengumumkan keputusan untuk menangguhkan perhimpunan tersebut yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di hadapan Hong Leong Bank, Wisma Tiong Hua, Jalan Keris, Taman Sri Tebrau pada 9 Mei 2014.

Khabarnya penangguhan itu di buat atas sebab kematian Pengerusi Persatuan Tiong Hua Johor Bahru yang mana tarikh upacara pengkebumiannya jatuh pada tarikh yang sama. Selanjutnya KLIK

Emm.. Tengoklah hormatnya dan begitu tinggi kefahaman kita dalam menilai erti kemakmuran antara kaum... Agak, kalau berlaku perkara yang sama, adakah tindakkan serupa akan mereka lakukannya?

Berbalik kepada cerita Perhimpunan Aman yang akan diadakan pada 23 Mei nanti... Belum apa-apa, bermacam-macam cerita dan berita dapat MP dengar, baru-baru ini.

Bermula dari tindakkan Setiausaha UMNO Bahagian Johor Bahru memotong kad kreditnya sebagai simbolik bantahan setelah tindakkan seorang ketua pengurus Hong Leong Bank bersikap biadap terhadap seorang pekerja Melayu. 


Lanjutan dari itu, pihak UMNO Bahagian Johor Bahru pula mengambil keputusan dan berkeras untuk terus menganjurkan Perhimpunan Aman dan akan menyerahkan memorandum kepada Hong Leong Bank cawangan Johor Bahru pada 23 Mei 2014 ini, walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak terutamanya dari Persatuan Tiong Hua Johor Bahru.


Hong Leong Bank dah mula mengelabah khabarnya... 

Dengarnya Hong Leong Bank telah cuba membeli pihak penganjur dengan ganjaran ratusan ribu... Nak mintak batalkan perhimpunan yang bakal dianjurkan tu kot?

Maklum sajalah, besar mana sangat wang ratusan ribu tu daripada menanggung malu. Sebelum ni pun dah berapa banyak sikap biadapnya terhadap Melayu, mereka telah lakukan? (KLIK SINI)

Jeng..jeng..jeng. Nak tau kebenarannya? Kita tunggu kesah selanjutnya dalam sehari dua ini... Tungguuuu!!!

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.