GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

31 August 2012

Membontotkan PM satu perbuatan yang dipuji puak pembangkang... Klik tengok ni!


Tindakan seorang pemuda yang tidak beradap dengan membuka seluar yang hampir menampakkan bontot dengan meletakkan gambar Perdana Menteri dibawahnya pun diberi pujian dan menjadi kebanggaan puak-puak tak bertamadun ni...

MP mendapat khabar ini daripada tersiarnya kenyataan tersebut di sebuah laman portal pro-pembankang (http://suarapakatanrakyat.com) Mereka mengganggap perbuatan yang dilakukan oleh pemuda ersebut adalah satu tindakkan berani dan patut diberikan anugerah.

Antara ayat yang tertulis iaitu " Kalau ada yang kenal dengan pemuda ini, penulis harap dapat dibawakan kepada penulis supaya sesuatu yang baik boleh dicadang untuk diberikan kepadanya dari Pakatan Rakyat".

Begitu juga dengan tindakkan beberapa orang yang memijak-memijak gambar Perdana Menteri sebelum itu (rujuk video dibawah), turut diberi pujuian.

"Walaupun faedahnya memang tidak ada, asal mereka dapat melepaskan perasaan sudahlah". tambah penulis berkenaan.

Memang sudah menjadi harapan mereka memperbanyakkan lagi perbuatan seumpama ini. Semuanya semata-mata untuk menyalakan kebencian rakyat terhadap Perdana Menteri dan bagi mereka, lebih kuat mereka benci kepada Najib, lebih untung Pakatan Rakyat.

Begitu besar hajat mereka untuk memerinah negara... Tapi, adakan tindak tanduk mereka yang hancur begitu untuk kita terima sebagai rakyat dan pemimpin masa depan negara yang bakal memayungi anak cucu kita suatu masa nanti... Saksikan lah video dibawah yang merasakan diri mereka itu seorang yang bijak. Esok lusa bila terkena batang hidung mereka sendiri, ntah apa pulak puak-puak pembangkang ini akan kata nanti.
Renung-renungkan lah...

MALAM MERDEKA: Bakar Gambar PM & Edar Risalah Tukar Jalur Gemilang


Perhimpunan Janji Demokrasi yang sedang berlangsung malam ini turut mendapat perhatian beberapa peserta berikutan pengedaran risalah desakan agar bendera Jalur Gemilang ditukar kepada reka bentuk yang pernah direkabentuk khas dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum mencapai kemerdekaan satu ketika dahulu.


Sebelum ini, aktivis politik Hishamuddin Rais yang juga merupakan salah seorang tulang belakang penganjuran Perhimpunan malam ini menerusi pernah mempersoalkan rekabentuk Jalur Gemilang dan cetusan lagu/lirik Negaraku. Kritikan beliau disiarkan menerusi rakaman Rentakini.TV. Ianya disiarkan menerusi rakaman Rentakini.TV berjudul 'Negara Ciplak.'


9.40 malam - Peserta mula berkumpul sambil meniup vuvuzela berhampiran Dataran Merdeka.

9.45 malam - Peserta dilihat semakin bertambah bermula di Jalan Lok Ann Hotel ke tapak bekas Stesen Bas Klang yang dirobohkan baru-baru ini.


11 malam - Lebih 3 Ribu peserta telah berkumpul di Dataran Merdeka.

11:15 malam - Kelihatan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuklah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mula tiba di Dataran Merdeka.

Bacaan puisi dari Sasterawan Negara A. Samad Said berlangsung sejurus jam 12 tengah malam. Ia disusuli dengan perarakan peserta hingga ke perkarangan Pusat Membeli Belah Sogo diketuai oleh Hishamuddin Rais.

Sumber: KLpos


Bakar gambar PM
Dimana letaknya akal mereka ni pun, tak tau lah... 
Saksi video ni!!!


Aksi yang dirakam di Dataran Merdeka - pengikut Ambiga bertindak liar apabila mula membakar dan memijak-mijak gambar DS Najib Tun Razak & Isteri.
-Video oleh Blogger YY

27 August 2012

PAS sanggup guna 'SIHIR' pulak dah? Baca ni!

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak dikhabarkan tidak hadir ke Majlis Terbuka Anjurannya sendiri di Mentaloon pada 25 Ogos lalu. Beliau dikatakan kurang sihat sejak beberapa hari sebelumnya dan semakin teruk pada malam 24 Ogos.

Menurut sumber-sumber dari saudara terdekat beliau, mereka sendiri berat untuk mengizinkan beliau bertanding dalam PRU-13 dan mendesak beliau agar memikirkan kesihatan serta menghabiskan waktu dengan keluarga. Tidak berbaloi kata mereka, untuk menghadapi segala ancaman, ugutan dan serangan semata-mata untuk mempertahankan jawatan.

Walaupun media enggan memainkan isu ini, namun di kalangan rakyat Kedah sudah sedia maklum tentang bagaimana Dato’ Seri Azizan Razak diserang dari berbagai arah dengan ilmu hitam oleh musuh-musuh politiknya. Lebih pelik lagi, yang terlibat ‘menyerang’ beliau bukannya dari parti lawan, tetapi dari dalam PAS sendiri.

Dikhabarkan juga, seorang exco yang pernah menuntut agar Dato’ Seri Azizan meletakkan jawatan telah berkata dengan bongkak dan yakin bahawa Azizan hanya akan dapat bertahan sehingga Jumaat (24hb Ogos) itu sahaja. Kata-kata ini dihamburkan dalam jamuan raya di rumahnya dan dapat didengar oleh begitu ramai hadirin.

Ironinya, keadaan Dato’ Seri Azizan benar-benar kritikal pada malam 24 Ogos tersebut sehingga memaksa sanak-saudara menghalangnya dari menghadiri Rumah Terbuka anjurannya pada keesokkannya. Doktor telah mengesahkan bahawa jantung, tekanan darah dan gula di dalam badan Dato’ Seri Azizan adalah dalam keadaan normal tetapi entah kenapa beliau semakin teruk sehingga tidak dapat berbual seperti biasa, lupa serta meracau.

Justeru, persoalan yang melanda rakyat Kedah dan terutamanya, keluarga Dato’ Seri Azizan ialah apakah exco yang disebut di atas ada kena mengena dengan apa yang berlaku itu?

Jika benar, bagaimana sebuah parti yang memperjuangkan Islam sanggup menggunakan ilmu hitam atau sihir untuk menjatuhkan lawannya? Tidakkah mereka tahu dan tidakkah tok-tok guru mereka mengingatkan bahawa sihir adalah perbuatan syirik dan syirik adalah dosa yang paling besar yakni, tiada dosa lain yang lebih besar darinya?

Tidak mungkin pemimpin-pemimpin parti Islam ini jahil sehingga tidak tahu akan akibat dosa syirik? Lebih dari itu, digunakan pula untuk menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap orang lain iaitu saudara seagama.

Nampaknya, PAS benar-benar sanggup melakukan apa saja demi kuasa.

Sehingga kini, PAS telah menggadaikan Negara Islam, walaupun enggan mengakuinya. PAS telah pun mempersetankan bangsa Melayu, walaupun kini kembali terhegeh-hegeh membela Melayu. PAS telah pun menghalalkan khalwat, zina dan liwat di kalangan pemimpin mereka dan pemimpin parti sekutu. PAS sanggup sehidup semati dengan kafir harbi. PAS sanggup menerima puak Syiah. PAS sanggup berarak di belakang pejuang murtad dan LGBT. PAS sudah tidak kisahkan kilang arak dan pusat-pusat maksiat yang tumbuh bagai cendawan di negeri-negeri yang diperintah PR.

Tetapi, untuk PAS mengamalkan sihir dan menyirikkan Allah S.W.T adalah amat keterlaluan.

Pendek kata, kalau sudah syirik, tak payahlah lagi menggunakan nama Islam. Kalau sudah syirik, maka apa jua yang PAS katakan atau amalkan sudah tidak membawa apa-apa makna lagi.

Walaupun UMNO bertekad untuk merampas kembali Kedah, tetapi UMNO tidak akan sekali-kali menggunakan cara syaitan. UMNO bekerja secara professional dan boleh menerima kekalahan dengan baik. Bagi UMNO, PAS juga adalah saudara seagama dan tidak akan sekali-kali menganiayai sesiapa dan UMNO telah pun membuktikannya.

Oleh itu, UMNO mendoakan Dato’ Seri Azizan Razak segala kekuatan untuk menentang kejahatan dari syaitan dan juga manusia. Jika berpeluang berentap lagi dalam PRU kali ini, kita pasti akan berhadapan dengan Dato’ Seri Azizan secara anak jantan, dan bukan dengan cara syaitan.

Semoga cepat sembuh, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kami ucapkan kepada Dato’ Seri Azizan. Kita harap, individu yang bertanggungjawab menyerang Dato’ Seri, akan segera insaf, bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

25 August 2012

Penyiasat Persendirian Punca Altantuya Terbunuh


Watak penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam (Balasubramaniam Perumal) pastinya masih ramai yang mengingatinya berikutan peranannya sebagai saksi dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu serta pernah mempunyai kaitan langsung dengan Abdul Razak Baginda.

Selain itu dia juga dikenali ramai kerana dua kenyataan bersumpahnya yang berubah-ubah dengan pelbagai fakta yang bercelaru tapi sedikit sebanyak masih dapat dimanfaatkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk tujuan menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Razak Baginda yang bersedap-sedap termasuklah menampung kehidupan Altantuya sejak mengenalinya pada 2004, orang lain pula yang terkena getah nangkanya.

Sesuatu yang perlu kita pegang erat dalam ingatan kita, pada 10 Oktober 2006 sehari selepas tiba di Malaysia, Altantuya telah meminta bantuan P.Balasubramaniam untuk membantunya menemui Razak Baginda.

Sebelumnya, beberapa ketika sebelum Altantuya tiba di Malaysia, Razak Baginda dilaporkan telah mengamanahkan sejumlah wang RM50,000 kepada Bala untuk diserahkan kepada Altantuya bagi tujuan untuk rawatan anaknya yang berada di Mongolia.

Persoalan sekarang di manakah wang RM50,000 tersebut yang sepatutnya diserahkan kepada Altantuya? Apakah Bala telah dengan sengaja menggelapkan wang tersebut untuk kepentingan dirinya?

Mengikut sumber-sumber, seandainya wang RM50,000 tersebut sampai pada tangan Altantuya dengan selamat, berkemungkinan kematian Altantuya yang tragis itu tidak akan berlaku.

Sekiranya Altantuya telah menerima wang tersebut tentunya dia tidak akan tergesa-gesa datang ke rumah Razak Baginda dan membuat kecoh sebaliknya terus pulang ke Mongolia.

Tapi disebabkan sikap tidak amanah yang ada pada Bala, timbullah kekecohan selepas kedatangan Altantuya ke rumah Razak Baginda. Rentetan dari situ menyebabkan berlakunya salah faham komunikasi antara Razak dengan dua anggota polis yang dipercayai membawa kepada berlakunya pembunuhan tersebut.

Jadinya, tidaklah salah untuk kita nyatakan, disebalik peristiwa tragis yang pernah dijadikan isu politik oleh Anwar dan sekutunya sebelum ini, P.Balasubramaniam telah menyebabkan Altantuya mati terbunuh

24 August 2012

PAS kemaruk mengejar kuasa... Baca ni!


Acapkali kita lihat dan dengar buah butir pengakuan atau perbualan dari ahli dan penyokong PAS yang mendabik dada menjulang parti itu sebagai parti Islam, berjiwa Islam dan pejuang Islam yang tujuan serta
asas juangnya adalah demi agama Islam.

Sesetengahnya yang terlebih taksub pula beriktikad dan percaya sepenuhnya yang parti PAS itu adalah Islam dan Islam itu pula adalah PAS, dua perkara yang sebenarnya berbeza tetapi dianggap sama saja.

Beza antara parti politik dengan agama langsung tak tefikir oleh akal mereka kerana terpesong fahaman bila mana menyalahtafsir kenyataan yang menyebut "politik itu sebahagian dari agama".

Tanpa fikir panjang dek kerana akal hanya sejengkal maka yang difahaminya ialah PAS itulah sebahagian dari agama ataupun sudah dianggap PAS itu setaraf dengan agama Islam.

Bagi kita yang waras dan celik akal fikiran, kita melihat sikap taksub penyokong PAS terhadap parti yang mereka dukung itu sebagai satu kecelaruan fikiran gara-gara waktu tahun-tahun sebelumnya mereka terlampau jahil murakkab.

Bila tiba seru mahu mencari semula arah hidup tersalah langkah terus terjerumus pula dengan ajaran songsang yang meletakkan PAS sebagai sebahagian dari Islam ataupun sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Yang sebenar-benarnya, PAS hanyalah sebuah parti politik sama sahaja seperti organisasi lain yang membezakan PAS kelihatan Islamik secara luaran atau kulitnya ialah serban, jubah, kopiah dan penggunaan label Islam dalam partinya, itu sahaja.

Malah kewujudan PAS itu sendiri hasil restu penjajah British yang melihatnya sebagai peluang yang boleh dimanipulasi untuk merencatkan kebangkitan UMNO dikala saat itu sokongan majoriti umat Islam solid bersatu bersama UMNO dalam mendukung perjuangan menuntut kemerdekaan dari British.

Dalam keadaan British tidak mampu menolak kewujudan UMNO untuk bergerak secara sah disebabkan tekanan gelombang yang kuat dari segenap akar umbi orang Melayu Islam, bila sahaja datangnya serpihan dalaman yang mahu melawan UMNO lantas kesempatan itu dimanfaatkan oleh British maka luluslah penubuhan PAS pada 16 September 1951 dengan nombor pendaftaran 733.

Susur galur wujudnya PAS pula bermula dari fungsinya sebagai badan atau sayap di dalam UMNO yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, apabila wujud kekosongan yang memerlukan pertandingan bagi memilih Yang Dipertua baru UMNO, Ahmad Fuad turut beradu nasib dan tewas di tangan Tunku Abdul Rahman.

Dendam kerana tewas dan malu air mukanya membawa kepada kata sepakat keluar dari UMNO seterusnya sejak diluluskan oleh British sebagai pencabar UMNO, bermulalah adegan dan dusta berselindung label dan kalimah agama untuk memenangi hati umat Islam yang selama ini berpaut kasih dengan UMNO.

Perjuangan UMNO bersama rakan Perikatan diperlekahkan, dasar menuntut kemerdekaan dipandang sebelah mata oleh pimpinan PAS tika itu hinggakan tergamak mereka menghina cita-cita murni itu dengan ungkapan kata-kata "jarum sebatang pun tak mampu dibuat, mana mungkin layak untuk merdeka?".

Penghinaan tersebut datangnya dari mulut pemimpin PAS yang rendah akal budinya dan cetek pemikirannya dek kerana yakin British begitu hebat di mata mereka dan jika pun perlu untuk Tanah Melayu merdeka tika itu satu-satunya cara bagi mereka ialah dengan bergabung bersama Indonesia membentuk Indonesia Raya.

Tapi mujurlah apabila pilihanraya umum pertama 1955 dilangsungkan, PAS hanya mampu menang di satu kerusi sahaja daripada keseluruhan 52 kerusi yang dipertandingkan, jika tidak sama ada sekarang kita masih dijajah oleh British ataupun mungkin sudah menjadi salah satu wilayah Indonesia.

Di awal-awal kewujudan PAS, pemimpinnya melihat Perikatan yang tika itu merupakan gabungan UMNO-MCA-MIC adalah satu kerjasama yang merugikan orang Melayu, lantaran itu beberapa tahun selepas negara merdeka PAS cukup aktif menggembar gemburkan dokrin dikalangan para ulama dan tok guru bahawasanya "jika redha dengan orang kafir yang ada dalam perikatan, maka jadi kufur dan kafirlah seseorang itu".

Tidak sedikit ulama dan tok guru pondok yang tertipu dengan mainan ayat suci Al-Quran dan hadis yang ditakwilkan bagi menghalalkan tuduhan PAS itu sehingga umat berpecah belah, kaum kerabat keluarga terdekat putus ikatan dan kariah masjid bercakaran serta kenduri kendara dipulau.

Namun berpuluh tahun kemudiannya hakikat kebenaran membuktikan gabungan perikatan yang kini dikenali Barisan Nasional (BN) akhirnya menjadi rujukan PAS untuk bersama Pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) selepas mereka menyedari tanpa kerjasama sedemikian jauh panggang dari api untuk PAS menikmati kuasa tampuk pemerintahan.

Tapi malangnya, tatkala dalam gabungan BN, UMNO kekal sejak dulu sebagai peneraju mengetuai barisan dalam mencorak masa depan negara secara muafakat, PAS pula di dalam PR hingga kini kekal sebagai balaci dan juak murahan yang hanya mampu mengekor dari belakang sambil angguk dan geleng mengikut arahan abang besarnya, DAP si kafir harbi.

Sudahlah jauh tertinggal di belakang dalam soal peri penting bermuafakat bersama kaum dan agama lain, bila di beri peluang memperbetulkan langkah yang songsang terjerumus pula sebagai keldai dan kuda tunggangan sepanjang zaman hinggakan dasar dan prinsip memperjuangkan negara Islam dan Hudud sebagai undang-undang pun gagal dipertahankan.

Sekarang, setelah ramai menyedari betapa baghal, bebal dan keldainya PAS sejak dulu kala hingga kini, saban hari para ulama, agamawan dan tok guru-tok guru pondok mula berubah arah berpaling dari mendengar dusta PAS sebaliknya semakin mendekat diri bersama jamaah UMNO yang bukan sahaja disokong oleh majoriti umat malah terbukti berjaya menyatu padukan rakyat.

Tidaklah menjadi kejutan sekiranya beberapa detik sebelum PRU 13 secara rasmi membuka tirainya, PAS akan tiba-tiba tampil bermuka-muka menonjolkan kembali dirinya lebih Melayu dan Islamik dari UMNO selepas bertahun-tahun sejak bersama PR, PAS lebih selesa kelihatan liberal dan terbuka atas bawah sampaikan tergadai maruah.

Bezanya antara PAS dengan UMNO, walau kedua-duanya dikuasai oleh orang Islam, PAS terlampau kemaruk mengejar kuasa hingga agama dan maruah bangsa digadai dan gagal dipertahankan tatkala bersemuka dengan kekuatan si kafir harbi DAP dalam pakatan pembangkang.

UMNO pula walau tidak mempergunakan label dan istilah Islam dalam perjuangannya, tetap utuh memanfaatkan kuasa mendaulatkan Islam secara bijaksana dan tidak pula menindas atau terikut dengan arahan si kafir zimmi yang menjadi rakan kerjasama dalam BN.

Saat tikanya UMNO sesekali tergelintir dari landasan, tidak pula pimpinan UMNO lokek untuk muhasabah diri dan memperbetulkan kembali arah tuju perjuangan.

Jauh berbeza dengan PAS, sudahlah bebalan sepanjang zaman, tetap juga bodoh dan bangang enggan mengaku salah silap sendiri seolah-olah tujuh petala langit dan bumi mahu diarah mengikut perwatakannya yang sering khilaf dan terpesong dari arah tuju perjuangan.

Apa sahaja tingkah laku PAS sejak ia diperanakkan dari perut UMNO hinggalah derhaka menentang perjuangan UMNO diikuti hingga kini terus taksub dengan pegangan anti UMNO tapi mesra pada kafir harbi dan semakin meliberalkan Islam, segalanya itu menunjukkan PAS hanyalah sebuah parti politik sahaja yang serba tidak sempurna tapi bebal untuk mengakui kelemahan dek kerana perasan dengan label "Islam" yang ada pada nama partinya.

23 August 2012

Bila termakan 'Nasi Kangkang'... Ni lah jadinya!


PAS dan hudud macam aur dengan tebing, semua orang tahu. Bukan nak laksanakan sangat pun tapi sebab dengan adanya hudud, PAS boleh dapat banyak kerusi parlimen dan DUN, silap-silap hari bulan, boleh memerintah di beberapa buah negeri pun.

Sebab itu PAS tidak akan bercakap langsung tentang hudud selepas pilihanraya berakhir, kalau ditanya orang pun, alasan yang remeh temeh saja yang akan diberi. Contoh macam semasa PAS menang di Terengganu pada 1999, bila disuakan soalan hudud, jawapan Hadi Awang (Menteri Besar) ketika itu ialah, hudud tidak perlu disegerakan kerana hanya 0.0001% sahaja bahagiannya dalam Islam, ada lebih banyak benda lain lagi.

Berbeza pula bila dekat nak pilihanraya semula, PAS akan kembali mati-matian perjuangkan hudud, kalau Terengganu dulu diambil contoh, PAS kemukakan draf hudud Terengganu pada 2003 – iaitu beberapa bulan sebelum pilihanraya umum 2004. Tindakan PAS ini melihatkan DAP meningalkan Barisan Alternatif (BA) – pakat-pakat palsu yang sama macam Pakatan Rakyat hari ini.

Jadi moralnya, PAS perjuang hudud hanya untuk undi, untuk dapat kuasa, bukan betul nak laksana.

Hari ini dan sekarang ini, isu hudud kecoh kembali, sebab apa? Sebab pilihanraya umum akan diumumkan pada bila-bila masa dari sekarang. Walaupun PAS baru sahaja tukar dasar perjuangan parti tersebut kepada negara berkebajikan tahun sudah (ada majlis pelancaran dan sebagainya), ia hanya dipersetujui oleh satu kelompok, kelompok yang lain tidak bersetuju, macam Hasan Ali dan Nasrudin Tantawi, termasuk Nasharudin Mat Isa.

Tapi masing-masing bila bercakap atas kapasiti sebagai pemimpin PAS atau paling tidak Ahli Parlimen PAS.

Cuma yang berbeza kali ini, kerana nama Pakatan dikaitkan sekali, DAP yang duduk dalam Pakatan perlu tampil mempertahankan pendirian partinya, atau nanti dia pulak mengulangi malapetaka 1999 bila Karpal dan Lim Lit Siang pun boleh kalah!! Pedih tu, sebelum benda jadi melarat, lebih baik Karpal cepat-cepat ke depan mempersoalkan PAS, termasuk menyaman Nasharudin kerana menuduhnya anti Islam.

Walaupun Karpal mengakui dia memang anti hudud tapi pada pandangannya tidak sampai dia anti Islam. Sedangkan Nasharudin berpendapat, menolak hudud sama dengan menolak Islam, melalui beberapa ayat-ayat al-Quran yang biasa digunakan ke atas BN sebelum ini. BN takpelah, parti lawan, DAP parti kawan, itu yang payah tu.

Apa sekalipun, kerana Karpal menolak hudud, PAS sekarang terbahagi kepada 2. Ada yang sokong Nasharudin dan ada yang sokong Karpal. Bukan setakat ahli-ahli dibawah, pemimpin PAS pun ramai yang berpecah belah. Khabarnya tak ramai yang berada di belakang Nasharudin, lebih ramai dibelakang Karpal.

Terbaru, ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifly Ahmad dipetik Sinar Harian sebagai berkata, “Tidak setuju hudud dilaksanakan kerana belum sampai masa”.

Kalau Dzulkifly ini orang UMNO, baca dari tajuk saja pun beliau akan dituduh sebagai kafir, tak payah baca dalam-dalam lagi. Nasib baik Dzulkifly ahli Parlimen PAS, terselamatlah dia dari ‘murtad’, apatah lagi bila dia bersama-sama dengan Karpal dalam hal ini.

Bagaimanapun penulis percaya, Dzulkifli tetap tidak akan terlepas dari kecaman, bukan kerana dia menolak hudud tapi kerana alasan yang diberikannya itu sama dengan alasan yang diberikan BN bila menjawab isu hudud sebelum ini. Kalau terdesak sangat pun, fikirlah alasan sendiri, apa alasan BN itu juga yang diceduk dan di kitar semula?

Orang PAS tahu sajalah, apa pun boleh asal saja jangan yang ada kaitan walau sedikit dengan BN. Maklumlah musuh nombor satu PAS tak sama dengan musuh nombor satu orang Islam yang lain, syaitan tapi BN.

Tapi nampak sangatlah PAS dah banyak berubah. Tak tahulah nasi kangkang siapa yang PAS dah makan, nasi kangkang Karpal ke, Teresa Kok ke atau siapa sehingga parah benar perubahannya. Penulis nak guna perumpamaan lembu dicucuk hidung pun tak sesuai sebab keadaan PAS sekarang lebih teruk dari itu.

Alasan penulis mudah saja, pemahaman PAS tentang hudud sebelum ini ialah, hudud adalah hukuman tuhan yang tak boleh tidak mesti dilaksanakan. Masa dia cakap tu, ada surahnya, ada rujukannya, ada kitabnya, biasalah PAS. Janganlah cuba-cuba nak cakap pasal hudud, selain dari yang membawa maksud nak melaksanakannya, confirm dituduh Kafir.

Alih-alih sekarang, bila ada ahli PAS dan pemimpin Pakatan (yang PAS buat kawan) terang-terang kondem, perlekeh dan pijak hudud pun, PAS masih boleh berbahasa-berbahasa lagi.

Betul-betul besar punya munafik PAS ni ya.

22 August 2012

Masih ada masa lagiii! Klik sini untuk tidak terlepas peluang...


Salam kepada semua kenalan MP,

Ingat lagikah kalian dengan entri MP yang lalu (KLIK SINI)... Dimana MP ada kongsikan cerita pada u all pasal macam mana cara menjana pendapatan dengan hanya menginvite keluarga, kawan serta siapa-siapa sajalah yang u all boleh hubungi...

Nampaknya masih ramai  yang tak tahu pasal PrelaunchX nie. Tapi tak pe, jangan dipening-peningkan... Sebab segala persoalan yanyg dah buat kepala otak u all hingga bertambah kecamuk tu, tak lama lagi segalanya akan terjawap setelah pelancaran lama web PrelaunchX  nie terlaksana nanti.

Emmm... masih ada masa lagi!!! Sementara nunggu detik bersejarah tibanya hari pelancaran ( bila-bila masa ) tesebut. Ayuh, marilah kita sama-sama turut serta, kerahkan sedikit tenaga dengan kerja-kerja mempromosikan secara pukal dengan mengajak seluruh kenalan, sama ada di Facebook mahu pun Twitter dan Blog sertai ( Sign upPrelaunchX nie.

Belum cuba, belum tahu geng!!!
Nah... lihat dan baca seterusnya, macam mana nak turut serta ( Sign up

Okey, mula-mula...

1. KLIK SINI > PrelaunchX.com
    Pastu, u all dapat lihat gambar seperti di bawah:



2) Selanjutnya ikut saja arahan seperti yang ditunjukkan di bawah:


3) Lastly, terpapar page yang menyatakan bahawa akaun u all telah dibena.

4) Pastu, teruskan dengan 'log in' akaun u all guna username dan password sepertimana yang u all daftarkan pada ruangan sign up sebentar tadi.


5) Setelah log in, u all teruskan dengan step berikutnya seperti dibawah bermula dengan klik perkataan              'tasks' :





6) Selesai saja semua step di atas, sekarang u all dah boleh mulakan kerja-kerja menginvite atau menjemput seramai mana kenalan u all yang ada dengan guna (copy) 'Referral Link' yang diberi.


* P/s - Kunci (Lock up) yang ada di ruang 'Social Circle' hanya akan terbuka setelah u all berjaya menginvite lebih daripada 5 orang. Untuk mendapatkan komisen lebih, invite lah rakan u all ramai-ramai ye!

SEBAGAI PERINGATAN:
U all dikehendaki untuk sentiasa aktif menginvite kenalan u all, sama ada sebelum atau selepas laman web PrelaunchX ini dilancarkan. Kerana, pembayaran hanya akan diberikan kepada ahli yang aktif sahaja.


17 August 2012

Jelas PAS Bukan Parti Islam... Baca ni!

Taksub Yang Membutakan Mata hati
Menjadi satu trend kebiasaan bagi penyokong dan pemimpin PAS tatkala bertelikah pendapat sesama Islam, mereka akan sentiasa mengambil pendirian mendahulukan kepentingan politik kepartian sekalipun ianya langsung tidak menepati anjuran Islam yang mahu umatnya berlapang dada dalam menerima perbezaan pandangan.

Sikap bongkak dan perilaku taksub pada parti yang ditonjolkan oleh penyokong dan pemimpin PAS dalam banyak hal membabitkan kepentingan ummah seakan sudah satu lumrah berkemungkinan berkait rapat dengan asal usul penubuhan PAS itu sendiri yang lahir dari perasaan dendam dan irihati.

Lanjutan dari itu menyebabkan ramai penyokong PAS mahupun pemimpin mereka sentiasa berusaha mencari alasan untuk memperlihatkan pendirian mereka dalam sesatu isu adalah betul dan tidak pernah silap, manakala apa sahaja yang diusahakan oleh UMNO akan cuba dipropagandakan sebagai salah dan tidak pernah betul di mata mereka.

Pada mereka, hanya PAS sahaja yang layak diiktiraf sebagai pejuang Islam sedangkan orang-orang Islam yang mendukung perjuangan UMNO dianggap sebagai telah lari dari landasan Islam sekaligus dihukum sebagai kafir dan hanya neraka jahanam sahajalah tempat yang sesuai untuk orang Islam yang menentang PAS.
Bila sahaja UMNO tampil dengan pelbagai program pembangunan Islam misalnya penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Tabung Haji, membina masjid-masjid dan surau misalnya, tidak bertangguh lagi PAS segera menggerakkan jenteranya bertujuan memperlekehkan segala daya usaha tersebut sebagai kononnya tiada nilai di sisi Allah s.w.t.

Di awal penubuhan Tabung Haji, Bank Islam dan UIA, tidak sedikit kata nista dan tuduhan jahat dilemparkan konon semuanya itu sekadar wayang oleh pihak Kerajaan Pusat pimpinan BN untuk menarik sokongan umat Islam yang di dakwa semakin telah beralih arah kepada PAS.

Tidak cukup dengan tuduhan tersebut, ada pula yang lancang mulutnya menghukum sesiapa sahaja yang mengerjakan haji dengan menggunakan khidmat Tabung Haji maka ibadah hajinya tidak sah dan perlu dilaksanakan sekali lagi.

Sedangkan sejak Tabung Haji beroperasi secara rasmi pada 1963, badan tersebutlah yang paling banyak berjasa membantu umat Islam merencanakan wang tabungan mereka, membantu menguruskan perjalanan dan penginapan sehinggalah selesai terlaksana ibadah haji di Kota Suci Mekah.

Malah kini, tiada siapa pun dapat menafikan hampir di segenap pejabat Tabung Haji di seluruh negara pastinya mudah untuk kita bersua muka dengan penyokong PAS yang mencari rezeki di Tabung Haji tanpa sedikitpun rasa segan atau malu pada kata dusta dan tuduhan yang pernah pemimpin mereka lemparkan dulu.

Jika benar penubuhan Tabung Haji itu hanyalah wayang atau haram berurusan dengannya, apa perlu lagi untuk penyokong PAS menumpang rezeki di sana? Atau sebenarnya segala tuduhan sebelum ini hakikatnya hanyalah omong kosong politik kepartian dek kerana benci dan iri hati dengan kebijaksanaan pemimpin UMNO dalam menguruskan hal ehwal kemaslahatan umat.

Demikian juga bila Bank Islam dan UIA ditubuhkan, bukan sedikit propaganda dimainkan oleh pemimpin PAS cuba menghasut umat supaya meyakini kedua-duanya itu hanyalah 'senjata politik baru' UMNO untuk melemahkan pengaruh PAS.

Dalam pada hasutan terus dilaksanakan, tak semena-mena bila PAS mengambilalih Kelantan pada 1990, boleh pula MBnya membuat keputusan menyimpan wang kantung negeri tersebut dalam Bank Islam. Malah dengan bangga pula Nik Aziz mengumumkan kononnya Kelantan adalah satu-satunya negeri yang menyimpan dan berurusan dengan Bank Islam.

Pelik bukan? Sekian lama sebelumnya penubuhan Bank Islam diperlekehkan hanya kerana ia hasil usaha pemimpin UMNO, selang bertahun kemudiannya PAS berbangga pula dapat berurusan dengan 'senjata politik baru' UMNO.

Inilah tabiat kebiasaan PAS yang agak terserlah sekian lama, malu untuk mengakui jasa bakti UMNO dalam membangunkan umat Islam dan meningkatkan imej agama, tapi di masa yang sama kerana wujudnya sikap taksub pada parti sendiri telah menghalang pemimpin PAS untuk memberi pengiktirafan sewajarnya.

Begitu juga bila UIA mula beroperasi, ramai pemimpin PAS mendakwa penubuhannya semata-mata untuk meningkatkan imej Islamik UMNO. Saban tahun berlalu selepas itu, universiti tersebutlah yang banyak menghasilkan produk anak muda yang pro PAS malah ada kalangan pemimpin PAS sekarang pun datangnya dari universiti itu.

Masjid dan surau pula yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan hasil keprihatinan UMNO terhadap amal ibadat umat Islam juga dipandang sepi oleh pemimpin dan penyokong PAS.

Dalam pada itu, disebabkan taksub pada semangat kepartian, boleh pula PAS menumpukan usaha khusus untuk mengambil alih jawatankuasa sesebuah masjid dan surau untuk keperluan melebarkan pengaruhnya melalui program keagamaan di Rumah Allah itu.

Untuk kepentingan politik PAS tidak segan menyeleweng hasil usaha UMNO yang sepatutnya digunakan untuk kepentingan umat. Mereka hanya tahu mengomel kata dusta mempertikaikan segala usaha UMNO, tapi bila tiba masanya mereka jugalah yang paling ke depan menyalahgunakan kemudahan tersebut.

Segalanya ini membuktikan PAS bukanlah sebuah parti Islam sebagaimana kerap dipropagandakan oleh pemimpin mereka. PAS hanyalah sebuah parti politik yang memperalatkan Islam demi manfaat peribadi, puak dan parti.

PAS gagal melihat realiti dengan mata hati akan hakikat dirinya yang sebenar. Ketaksuban pada parti menyebabkan PAS dibutakan mata hati hingga gagal melihat kenyataan yang sejak lebih 60 tahun usia PAS, hanya air liur dan kecelaruan fikiran sahaja yang dapat disumbangkan olehnya kepada umat dan negara.

14 August 2012

PAS gelar Ulama, anjing, unta dan 'celako' dimakinya bila diajak tinggalkan DAP? Baca ni!

Tuan Haji Abdullah Saamah, pengasas pondok Mahiliah Geting Tumpat telah menegaskan bahawa membantu memenangkan DAP, berjuang bersama DAP atau dalam ertikata lain, bekerjasama dengan DAP, hukumnya adalah haram. Antara ulama yang menyokong pandangan ini ialah Tan Sri Harussani.

Ini menunjukkan bahawa kedua-dua Ulama berjawatan dan Ulama pondok juga berkongsi pendapat yang sama.

Dari segi kelayakan, Ulama berjawatan seperti Tan Sri Harussani tentulah tidak perlu dipertikaikan lagi.

Manakala Ulama pondok pula, seperti Tuan Haji Abdullah Saamah juga bukan calang-calang tinggi kelayakannya kerana beliau telah berguru di berbagai tempat antaranya, Pondok Berangan, Pondok Pohon Durian Jahar, Pondok Bermin, Pondok Hj. Ismail Tok Som, Pondok Pujuk Dusun Belaga dan akhirnya di Mekah di mana beliau berguru dengan empat orang guru selama 12 tahun. Tempoh pembelajaran beliau di kesemua pondok-pondok tersebut termasuk Mekah adalah melebihi 27 tahun.

Oleh itu, apabila kedua-dua golongan Ulama ini bersatu dalam memberi pendapat mengenai haramnya menyokong dan bekerjasama dengan DAP, maka ia bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan atau diketepikan. Ini kerana, soal sokongan dalam parti politik akan menentukan masa depan ummah dan agama Islam di negara ini.

Ini bukan kali pertama Tuan Haji Abdullah Saamah menegur kepimpinan PAS yang semakin celaru dan sesat bersama DAP. Pada tahun 2010, beliau penah menegur PAS kerana berpolitik di dalam masjid iaitu berceramah dan menyampaikan khutbah atau tazkirah yang bertujuan menyebar kebencian dan memecahbelahkan ummah.

Akibatnya, beliau telah dicerca oleh ahli-ahli PAS sebagai ‘anjing yang menjelir lapar dibeli UMNO’, digelar oleh Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah sebagai ‘unta’ dan dimaki ‘celako! celako!’ oleh Nik Aziz sendiri.

Sebagaimana sewajarnya sikap seorang Ulama, Tuan Haji Abdullah tidak pula melenting dengan PAS tetapi meneruskan teguran beliau pastinya dengan harapan agar dapat membawa pulang ahli-ahli PAS, kalau pun tidak pemimpinnya, ke pangkal jalan.

Malang sekali, walau apapun teguran yang diberi, ahli-ahli dan pemimpin PAS tetap berdegil untuk bersama DAP. Malah Dato’ Harun Din juga mula mengeluarkan kenyataan di dalam Harakah, membela DAP dengan menafikan parti tersebut sebagai kafir harbi. Menurut beliau, kafir harbi tidak wujud selagi tidak wujud Negara Islam yang sebenar.

Tanpa beliau sedar bahawa Negara Islam yang sebenar tidak mungkin wujud selagi ada kafir harbi yang menentangnya. Lebih-lebih lagi jika Harun Din sendiri membantu memenangkan si kafir harbi yang ingin memastikan agara Negara Islam tidak akan wujud sama sekali.

Dato’ Harun Din mungkin seorang Ulama yang mempunyai kelayakan rasmi namun nampaknya beliau juga menjadi celaru dan keliru akibat terlalu sayangkan persahabatannya dengan kafir harbi DAP. Inilah akibatnya bila seorang Ulama yang berkelayakan seperti Harun Din meletakkan dirinya di bawah jubah Ulama jalanan atau Ulama angkat bakul seperti Nik Aziz dan Hadi Awang.

Bukanlah kita sengaja hendak menghina kedua-dua ‘Ulama’ PAS ini tetapi kita tertanya-tanya apakah kelayakan mereka yang meletakkan mereka jauh lebih tinggi dari para mufti dan juga Ulama-ulama pondok yang berpuluh-puluh tahun menghabiskan hidup mereka dengan berguru dalam bidang agama?

Mengikut rekod ringkas, Hadi Awang adalah lulusan Universiti Islam Madinah dan kemudiannya Universiti Al-Azhar yang mana beliau ‘menamatkan’ pengajian dalam masa 2 tahun sahaja. Sebelum itu, beliau hanya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin dan belajar bahasa Arab dan politik dari bapanya.

Oleh itu, pengkhususan beliau dalam bidang agama agak kabur dan ahli-ahli PAS sendiri tidak punya maklumat mengenainya.

Manakala Nik Aziz pula hanya belajar agama di Deobond, India. Ada juga biodata yang menulis beliau belajar di Pakistan dan juga Al-Azhar. Namun, seperti juga Hadi Awang, pengkhususan mereka kabur atau dikaburkan. Setelah pulang ke Malaysia, Nik Aziz hanya menjadi guru KEMAS sahaja. Ini yang membuatkan kita musykil kerana tidak mungkin seorang graduan dari Al-Azhar mendapati sukar untuk mendapat kerja pada ketika itu sehingga terpaksa menjadi guru KEMAS?

Dan kenapakah beliau mahupun Hadi Awang tidak disebut-sebut sebagai Ulama Al-Azhar sepertimana Dato’ Nakhaie, Dato’ Dusuki, Dato’ Ismail Ibrahim mahupun YAB Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah dan arwah Dato’ Fadzil Nor?

Benar, bahawa keimanan bukan boleh diukur dengan sijil kelayakan yang dikeluarkan oleh manusia melalui universiti-universiti tersohor atau akuan guru-guru pondok. Tetapi, untuk menjadi pemimpin parti politik atau pemimpin negeri dan negara, seseorang itu wajib mempunyai kelayakan yang jelas kerana ‘manusia lebih mengetahui tentang urusannya di dunia’. Lebih-lebih lagi jika mereka memakai nama Ulama yang berhak mengeluarkan fatwa dan pendapat mengenai hukum-hakam agama.

Tanpa kelayakan yang jelas, bagaimana kita boleh menjustifikasi fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz atau Hadi Awang itu sebagai tepat? Bagaimana kita boleh membandingkan pendapat mereka dengan pendapat Ulama-ulama yang telah terbukti kelayakan seperti Tuan Haji Abdullah atau Tan Sri Harussani?

Hakikatnya, para pemimpin dan juga ahli PAS telah menjadi pak turut kepada dua manusia yang tidak layak. Manakala kedua-dua manusia tersebut pula telah menjadi barua kepada kafir harbi.

Akhirnya, seluruh parti PAS telah menjadi pengikut kafir harbi sehingga sanggup membela mereka dengan apa jua cara sedangkan si kafir harbi pula sanggup mati sekiranya negara Islam ditegakkan oleh sesiapa saja.

11 August 2012

VIDEO: Kesahnya Anwar Ibrahim Demokrat Palsu. Klik! saksikan...


Profesor Dr Chandra Muzaffar ketika ditemui berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah seorang demokrat tulin kerana rekod-rekod peribadinya tidak mencerminkan ciri-ciri ke arah itu.

“Kita harus memahami kenapa Anwar begitu berminat memainkan peranan ini.

“Adakah beliau begitu sayang pada hak asasi manusia ? Sekiranya beliau begitu sayang kepada hak asasi manusia, tanyalah pada individu-individu yang pernah bekerjasama dengan Anwar dulu, masa Anwar berkuasa, apa yang telah beliau lakukan ?

“Cara beliau kontrol, cara beliau menguasai seperti menguasai media, apakah ini sifat seorang demokrat ?,” soalnya.

Dengan mengambil contoh ‘kebebasan media’ (freedom of press), Dr Chandra berkata apa yang diperkatakan Anwar sekarang berbeza dengan apa yang dilakukan ketika beliau berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Kita tahu bahawa pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pemimpin kerajaan, pemimpin BN dan UMNO, beliau serahkan media kepada Anwar.

“Anwar menguasai Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times dan akhbar-akhbar lain.

“Di TV3…kita tahu beliau menguasai sepenuhnya dan beliau tidak demokratik. Beliau pilih orang yang memihak kepadanya. Beliau menguasai dari segi kedudukan dan kepentingannya. Yang tidak memihak kepadanya, akan disingkirkan”

Menurutnya lagi Anwar juga tidak demokratik dalam memimpin partinya sendiri, PKR, malah kebanyakan pihak berpendapat cara pimpinannya lebih cenderung kepada diktator, di mana individu-individu yang mengkritiknya mempunyai dua pilihan sama ada dipecat atau mengumumkan diri keluar parti.

“Jadi, apa kredibiliti Anwar dalam soal ini. Kalau nak kata beliau adalah pejuang demokrasi, apa kredibilitinya?

“Kajilah rekod Anwar tentang demokrasi, adakah Anwar benar-benar seorang pemimpin demokratik ? Ini yang menjadi persoalannya.

“Bagi saya, jelas, kalau dilihat dalam persidangan-persidangan atau mesyuarat-mesyuarat yang beliau hadiri, kita tahu, bahawa kumpulan-kumpulan dan individu-individu tersebut adalah memihak kepada satu pihak tertentu, yakni AS dan kuncu-kuncunya.

“Mereka inilah yang menganjurkan persidangan-persidangan tersebut dan mereka ada agenda tertentu. Kita tahu agenda mereka”.

Menurutnya lagi, Anwar adalah demokrat palsu yang berfahaman ‘anwarisme’ berjuang untuk kepentingan dirinya sendiri.

Pada 1 Disember 2005, selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, Anwar berucap di program NED (National Endowment for Democracy), New York.

Ucapan Anwar yang bertajuk “Masa Depan Demokrasi Islam” itu dipengerusikan oleh Carl Gershman, Pengerusi NED.


10 August 2012

Baca ni! Anjur Perhimpunan ganas di malam Merdeka pulak, pembangkang ni!


Selama lebih dua minggu para pemimpin parti pembangkang yang melabelkan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat (PR) telah beriya-iya mengecam dan menyerang slogan "Janji Ditepati" yang dijadikan tema untuk Sambutan Kemerdekaan Ke 55, konon kata mereka tema tersebut berbau politik dan tidak patriotik.

Serentak dengan kecaman tersebut, mereka melancarkan pula tema dan logo sendiri sekaligus tercatat dalam sejarah tanahair inilah pertama kalinya sambutan kemerdekaan memiliki dua tema berasingan dari dua kem yang berbeza.

Malangnya, dalam pada pihak pembangkang bersungguh melancarkan kempen boikot terhadap tema Janji Ditepati atas alasan kemerdekaan negara dicemari unsur politik, kini tidak semena-mena timbul pula gabungan 20 NGO pro pembangkang yang mahu membuat himpunan 'Janji BERSIH' di Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos 2012.

Kesemua muka-muka individu yang mengaku mewakili 20 NGO itu merupakan muka sama yang mendukung perjuangan PR malah terlibat secara langsung menganjurkan himpunan Bersih 3.0 yang berakhir dengan huru-hara dan keganasan pesertanya tempohari.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0 yang mengetuai kesemua NGO tersebut juga secara sinis menyindir tema "Janji Ditepati" sebagai janji-janji kosong oleh kerajaan, di masa yang sama turut menyeru rakyat Malaysia memakai pakaian kuning sempena sambutan kemerdekaan kali ini.

Tanpa segan atau malu, mereka masih juga mengusung 8 tuntutan berkaitan pilihanraya yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 sekalipun tahu ia tidak kena pada masa dan tempatnya.

Bak kata pepatah, kata dulang paku serpih, sibuk mengata pada kerajaan rupanya PR yang lebih.

Dalam pada itu, perhimpunan 'Janji BERSIH' yang mereka rancang itu berkemungkinan besar langsung tidak akan menepati tema yang mereka suarakan.

Rekod sebelum ini menunjukkan sebaik selesai sahaja perhimpunan anjuran puak-puak ini, sampah sarap dan kotoran yang beratnya bertan-tan pasti kelihatan di merata-rata tempat mereka berhimpun.

Situasi sama yang bersepah-sepah dengan sampah sarap, kondom dan kotoran lain pastinya akan berulang jika dilihat pada muka-muka sama yang terlibat langsung menganjurkan perhimpunan kali ini.

Selain itu, jika kita masih ingat semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas, sekalipun pada awalnya pemimpin PR dan NGO proksi mereka menjanjikan perhimpunan yang aman damai serta tenteram, hakikatnya banyak kerosakan harta benda awam, kemusnahan kenderaan polis dan kecederaan berlaku disebabkan perilaku ganas peserta mereka.

Pendek kata janji manis mereka untuk bersurai secara aman selepas dibenarkan berhimpun tanpa halangan bukan sahaja gagal ditepati malah dicabuli pula dengan aksi ganas dan tidak bertamadun.

Patutlah begitu sekali meroyannya pemimpin PR dan NGO proksinya apabila "Janji Ditepati" diangkat sebagai tema Kemerdekaan yang Ke-55.

Berdasarkan apa yang telah berlaku sebelum ini, tidak salah untuk kita andaikan kemungkinan perhimpunan malam merdeka anjuran NGO proksi PR ini juga akan berakhir dengan aksi ganas dan perlakuan luar tabie yang lain. Betul tak?

Ahli PAS! Hukum apakah ini? Atau agama apakah ini? Klik baca..


Jika sebelum pilihanraya Pakatan Rakyat telah bertelagah sakan berkenaan corak pentadbiran yang akan mereka laksanakan, maka bagaimana agaknya keadaan di Malaysia sekiranya mereka berjaya memenangi pilihanraya nanti?

Pertelagahan mereka pula, bukannya berkenaan isu yang baru timbul, tetapi isu lama, iaitu ‘hudud’ yang diulang-ulang dan tenggelam timbul mengikut musim pilihanraya. Hudud, yang tuntutannya hanya 0.0001% dalam Islam, tetapi dijadikan perkara tonggak oleh PAS kerana ketandusan isu untuk membuktikan diri mereka jauh lebih Islam dari UMNO.

Dan hudud juga menjadi tonggak penentangan DAP yang pada dasarnya memusuhi segala apa yang berkaitan dengan Melayu, termasuk agama Islam, Raja-raja dan sebagainya.

Kini, para Ulama telah memfatwakan bahawa menyokong DAP adalah haram kerana mereka merupakan kafir harbi, iaitu memusuhi Islam. Malah, fatwa ini juga dipersetujui oleh Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan tetapi beliau memberi alasan ia dikecualikan dalam hubungan PAS-DAP kerana melawan UMNO/BN yang menolak hudud.

Dalam kata lain, mengikut hukum PAS, boleh bekerjasama dengan kafir harbi yang menolak hudud demi menjatuhkan pihak lain kerana pihak itu juga menolak hudud. Dan sekiranya PR menang dalam pilihanraya, maka tidak salah bagi PAS untuk berkongsi kuasa dengan pihak yang juga menolak hudud.

Hukum apakah ini? Atau agama apakah ini?

Oleh kerana ‘tidak melaksanakan hudud’ merupakan dosa besar sehingga UMNO/BN perlu ditolak, maka logiknya DAP juga perlu ditolak atau akan mendapat dosa besar juga.

Justeru, selagi PAS masih bersama DAP maka semua ahli dan pemimpinnya adalah berada di dalam dosa besar.

Lebih dahsyat lagi, jika Pakatan Rakyat akhirnya berjaya menjadi pemerintah dan PAS masih tidak melaksanakan hudud bagi memelihara kerjasama dengan DAP maka tentulah dosanya jauh lebih besar lagi.

Kita yakin, sekiranya PR benar-benar berjaya berkuasa, maka PAS akan memberi alasan bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan kerana mengambil kira realiti Malaysia yang bermasyarakat majmuk.

Tetapi rakyat tidak mungkin menerima alasan ini kerana UMNO telah memperjelaskan alasan yang sama mengenai hudud selama bertahun-tahun, tetapi PAS menolaknya mentah-mentah.

Oleh itu, jika UMNO dituduh PAS sebagai jatuh kafir atau berdosa kerana menganggap hudud tidak sesuai dengan masa, keadaan dan tempat, maka PAS juga sama.

Malah PAS lebih dahsyat lagi kerana bersekongkol dengan DAP yang bukan sahaja menolak hudud, tetapi memusuhi segala-galanya tentang Islam.

Kita merasa kasihan melihat kecelaruan PAS gara-gara terlalu gilakan kuasa. Sedangkan DAP sanggup mati dan keluar parti demi menentang Negara Islam, tetapi PAS jangankan tidak sanggup mati kerana hudud, malah nak keluar dari Pakatan Rakyat pun tak sanggup.

Inikah rupa parti yang kononnya mampu membawa umat Islam ke syurga?

Email dari pembaca: RAMADHAN Dimana Hilangnya Pemimpin DAP



Alhamdulillah hari ini telah masuk hari ke - 22 umat ISLAM Malaysia berpuasa. Di negara ini kita bertuah kerana dapat berpuasa dan beribadah dalam keadaan aman dan tenteram, bukan seperti saudara-saudara islam kita di Syria, myammar, palestine dan sebagainya. Di Malaysia juga kita bertuah sebab kita ini mempunyai rakyat yang berbilang kaum dimana setiap kaum itu, dengan secara automatiknya akan menjaga kebajikan kaum – kaum yang lain. Ini juga dapat ditunjukkan melalui contoh perkongsian kuasa antara parti – parti Barisan Nasional (BN).

Tetapi, secara logiknya, kita juga mahu melihat perkongsian kuasa dan sikap prihatin ini juga di kalangan parti – parti pembangkang. Sebagai rakyat di Negara ini, kita juga mahu, contohnya Ahli parlimen DAP berada bersama umat Islam ketika bulan puasa. Walaupun tidak boleh memasuki masjid (atas sebab uzur) atau sebagainya, mungkin dengan memberi sedikit sumbangan kepada masjid – masjid di kawasan parlimen. Bukanlah kita ini mengharap sumbangan, tetapi ini adalah satu tanda “appreciation” ahli parlimen kepada penduduk di kawasan parlimen tersebut.

Malangnya, di kawasan saya sendiri di Seputeh, yang jumlah pengundi nya ada hampir 85,000 orang ini tidak sekali pun ahli parlimen YB Teresa Kok hadir pada bulan puasa kali ini. Ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila kawasan Seputeh ini, dari 85,000 orang pengundi, hanya 4,500 orang sahaja pengundi berbangsa Melayu Islam. Persoalan saya disini, sebagai seorang pemimpin kanan parti DAP yang tidak habis mencanang sana sini sebagai parti untuk seluruh rakyat Malaysia, kenapa 4,500 orang Melayu di Seputeh pun YB Teresa Kok tidak boleh nak jaga?

Bukan itu sahaja, yang lebih menyedihkan, mana PAS kawasan Seputeh? Saya hendak bertanya kepada pembaca – pembaca yang penyokong PAS ini, adakah wajar jika 4,500 orang Melayu di Seputeh ini dibiarkan begitu sahaja hanya sebab kawasan ini kawasan DAP? Jika begini lah erti perkongsian kuasa Pakatan Rakyat (PR), dimana kawasan Cina DAP jaga, Melayu PAS jaga dan PKR jaga kawasan campuran mungkin, habis itu bagaimana pula nasib golongan minority kawasan tersebut? Seperti yang kini berlaku di Seputeh?

Nasib baiklah di Seputeh ini gerakan UMNO bahagian sangat kuat, dimana pelbagai bantuan telah diberikan kepada peniaga – peniaga Melayu untuk mencari rezeki. Jika dilihat di Taman Desa terutamanya, bukan main besar lagi foodcourt orang Cina disebelah station SHELL, tetapi Alhamdulillah hasil usaha Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda UMNO Seputeh Saudara Razlan Rafii, sebuah bazar Ramadan berjaya dilaksanakan. Walaupun kecil tetapi peluang disediakan untuk orang – orang Melayu mencari rezeki sempena bulan yang mulia ini.

Nasihat saya terutama nya kepada YB Teresa Kok, jika YB rasa 4,500 orang pengundi Melayu Seputeh ini tidak penting itu terpulang kepada YB, tetapi janganlah sampai abaikan terus penduduk melayu di kawasan – kawasan PPR dan sebagai nya. Ini hanya mencerminkan sikap Rasis dan Hipokrit YB dan parti YB (DAP) yang menipu rakyat kata berkhidmat untuk “Malaysians” tidak kira agama atau bangsa, tetapi melakukan yang sebaliknya.

RENUNG-RENUNGKAN LAH!

9 August 2012

Tidak Salah Berkongsi Kuasa Dengan Kafir Harbi? Baca ni!


Tidak Salah Berkongsi Kuasa Dengan Kafir Harbi – Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan

Sokong DAP Haram, itu kata putus para Ulama. Sebabnya, DAP menentang Islam dengan tegas dan lantang. DAP juga sudah terserlah sebagai parti yang tegar memperjuangkan agama Kristian serta mempunyai agenda jelas tidak menerima Raja-raja Melayu (yang melindungi kedudukan agama Islam di Malaysia) serta tidak senang dengan Islam sebagai agama rasmi.

Kemungkinan besar, tidak salah jika dikatakan bahawa DAP berada di belakang isu murtad di Selangor kerana jelas mereka memberi sokongan kalau pun tidak membela atau menjadi dalang dalam isu ini.

Namun, PAS tetap teguh bersama DAP, cuba menutup dan memperkecilkan isu murtad malah sanggup menyepak keluar Dato’ Dr. Hasan Ali yang lantang membangkitkan isu tersebut.

Maka seluruh umat Islam di Malaysia menjadi hairan bagaimana PAS yang begitu takbur mendabik dada sebagai parti Islam ekstrem, yang pernah bermimpi untuk memisahkan wanita dan lelaki di pasaraya, bas, kolam renang dan menghukum sesiapa saja yang tidak berpakaian mengikut ‘standard’ pemakaian mereka serta menganggap selagi terdapat botol arak di Malaysia, maka kerajaan Malaysia wajib ditentang kerana sekular atau kafir, kini memandang sebelah mata sahaja akan isu murtad.

Sedangkan ‘murtad’ adalah sehabis besar isu bagi umat Islam kerana ia melibatkan umat meninggalkan agamanya. Tiada apa lagi yang jauh lebih besar atau lebih tragik daripada seorang Muslim menjadi murtad.

Oleh itu, kita hanya mampu menggelengkan kepala melihat bagaimana PAS telah memperkecilkan isu yang sebegitu besar, hanya kerana ingin terus bersama DAP.

Namun, apa yang nak dihairankan dengan sikap PAS sedangkan prinsip untuk menegakkan Negara Islam juga sudah lama digadai mereka gara-gara begitu teruja atau ‘gila’ untuk bersama bergandingan tangan dengan DAP menuju ke Putrajaya. Hanya akhir-akhir ini, soal hudud dipolitikkan semula memandangkan Pilihanraya sudah semakin hampir.

Kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud mengenai hukum haram bekerjasama dengan DAP membuktikan ‘kegilaan’ PAS demi mengejar kuasa politik. Menurut beliau, “adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO”.

Ertinya, beliau mengaku adalah haram untuk bekerjasa dengan DAP yang menentang Islam tetapi ia dibolehkan bagi menentang UMNO/BN yang didakwanya menentang Islam juga.

Nampaknya, PAS meletakkan UMNO/BN yang telah membina beribu-ribu masjid, melahirkan begitu banyak ‘Ulama’ dalam berbagai bidang, menjaga kebajikan rakyat, memelihara keamanan dan menyeru kepada perpaduan sepertimana yang dituntut Islam, sebagai jauh lebih ‘kafir’ dari kafir harbi DAP.

Dalam ertikata lain, PAS sanggup menjatuhkan saudara seagama demi untuk berkongsi kuasa dengan kafir harbi.

Ini adalah pendirian PAS seperti yang telah ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulama mereka sendiri. Ia diungkapkan dalam ayat yang mudah untuk difahami, jelas serta tidak diputar-belit oleh sesiapa.

Kini, para Ulama telah pun menyatakan hukum bekerjasama dengan DAP mengikut Islam iaitu haram, dan Dewan Ulama PAS juga telah menyatakan hukumnya mengikut ideologi PAS iaitu harus.

Jelas, PAS telah memilih untuk mengutamakan politik dari agama maka dengan itu tiada guna lagi bagi kita mempersoalkan pendirian mahupun hala tuju parti tersebut selepas ini.

Justeru, mulai hari ini, kita semua wajar berhenti dari merasa hairan dengan segala tindak tanduk PAS yang bertentangan dengan Islam.

Kita wajar menerima hakikat bahawa PAS sudah begitu selesa, gembira dan tenang bergandingan dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO, menuju ke puncak kuasa bersama-sama. Untuk itu, Islam dan hukum-hakamnya sentiasa perlu diubah untuk disesuaikan dengan kehendak Kristian-DAP agar kerjasama mereka kekal utuh.

Apa yang tinggal kini ialah terpulanglah kepada para Muslimin Muslimat di dalam PAS untuk memilih Islam ataupun PAS.

8 August 2012

prelaunchX Invitation

You're invited to join prelaunchX

Register free buat masa ini.. join jer terus dapat USD100.. so jom kita try join beramai-ramai..tak kena bayar pun untuk SIGN UP..tak salah kan kalo nak mencuba..tapi selepas dilancarkan pada 27 Ogos 2012, dah xleh free dah..kena bayar USD100..

Komisen akan dibayar pada tarikh tersebut..haa.mana tau ada rezki lepas gak duit raya....try jom..sign up je..kalo nak tau step,sila inbox/massage k.

Untuk sign up klik sini: http://prelaunchx.com/x/zuritssml

PERHATIAN.. 

DIMINTA YG BARU JOIN PLX SILA GUNAKAN GUIDELINE INI UNTUK CLEAR TASK ANDA DI WEBPAGE PLX.. TQ

01) Pertama sekali..klik link penaja anda..sebagai contoh saya adalah penaja anda..anda cuma perlu klik link ini untuk info dan daftar percuma sehingga 28/08/2012.. kemudian klik 'Sign Up'. Pastu isikan Username anda suka..pastu isikan email anda sendiri serta password and...a..selepastu isikan sekali lagi password anda di kotak verify password..pastikan password anda adalah sama dgn password semasa anda isikan password mula2 tadi dan mudah diingat..selepas tu Sign up..anda akan masuk kembali ker log in page..taip username anda dan password anda sama seperti yang anda taip di page sign up tadi..

02) Kedua bila anda Login, anda akan masuk ke Page akaun anda sendiri....anda lihat $100 tu milik anda. anda lihat sebelah atas kanan page akaun anda di mana ada tertulis "TASK". anda klik Task tu dan masuk ke page Task List. anda klik "click here" di area "Task: Subscribe to email updates." Isikan email anda tadi utk "FeedBurner Email Subscription Request" dan kemudian verify subscription.

03) Ketiga, Klik petak I have subscribed dan klik "clear task".
Kemudian "click here" di area "Task: Enter your payee information." Isikan email anda di kotak "Payee Email Adress", "Payee Full Name" iaitu nama penuh anda ikut Mykad" dan isikan juga di kotak "Payee Physical Address" iaitu alamat rumah atau pejabat anda. anda kena isi nama dan alamat yg tepat dan betul krn maklumat tu akan di tulis ke dlm check anda nanti utk hantar bonus. kalau isi nama samaran atau alamat tak betul, check tu akan bermasalh bila nak masuk ke akaun bank anda nanti atau check tu tak sampai ke rumah anda. dah selesai semua tu anda klik "Update Information". Kemudia di page Task lIst tu anda klik di kotak "I have entered my payee information! dan kemudian klik "clear task.

7 August 2012

Pakatan Haram Hina Lee Chong Wei


Setelah terbaca twitter ADUN DAP dan artikel di laman Suara PR mengenai kekalahan Datuk Lee Chong Wei maka sahlah bahawa Pakatan Rakyat sememangnya agen pemecah belah masyarakat. Dan seperti yang telah diketahui, sama ada PAS, DAP mahupun PKR, semuanya berpegang kepada strategi ‘pecah dan perintah’ demi mencapai matlamat mereka.

PAS terkenal dengan memecah belah sesama umat Islam melalui Amanat Hadi sehingga menyebabkan tragedi solat dua imam sehinggalah tragegi berdarah Memali dan Sauk. DAP pula terkenal dengan sifat perkauman yang membenci kaum Melayu serta selamanya berjuang untuk memisahkan kaum sejak di bangku sekolah serta membina ‘tembok’ ekonomi antara kaum Cina dengan bangsa lain. Manakala PKR pula terkenal dengan strategi mengadakan huru-hara, melaga-lagakan rakyat dengan pihak berkuasa, undang-undang serta sistem kehakiman melalui sifat talam dua-ratus muka dengan semua pihak, semua agama, semua kaum dan semua golongan manusia di dunia.

PAS, PKR dan DAP semuanya telah membuktikan kepada kita bahawa parti mereka tidak punya -semangat patriotik, malah bersifat pengkhianat. Di mana-mana saja mereka memburuk-burukkan Malaysia, mengsabotaj ekonomi negara sendiri serta sengaja ingin menggoyah kestabilan negara. Malah, tanpa segan silu mereka memperlekehkan 1Malaysia yang membawa semangat kebangsaan dan kenegaraan.

Kerana itu, kita tidak hairan apabila ADUN DAP, Manoharan Malayalam menghina Lee Chong Wei kerana kalah dalam pertandingan badminton di sukan Olympic baru-baru ini. Lebih memualkan, Manoharan bukan sahaja menghina kekalahan Chong Wei tetapi juga seolah-olah memperlekeh penampilan beliau dengan memuji lawannya, Lin Dan dari China sebagai lebih bergaya dan moden.

Laman Suara Pakatan Rakyat pula dengan tidak semena-mena mengaitkan UMNO dalam mengulas kekalahan Chong Wei. Menurut laman tersebut, UMNO harus malu kerana tidak mampu mengangkat kaum Melayu di dalam sukan sehingga semua nama-nama besar di dalam sukan di Malaysia adalah dari kaum lain.

Malah, dalam artikel kemudiannya pula, laman tersebut memanggil Chong Wei dengan gelaran kuda tua??!!

Pakatan Rakyat nampaknya menyedari bahawa sukan mampu menyatupadukan rakyat iaitu sesuatu yang amat bertentangan dengan strategi mereka.

Maka, agenda PR mengutuk Chong Wei adalah untuk memastikan kaum Cina, Melayu dan India kekal bertelagah dan prejudis sesama sendiri sehingga membelakangkan semangat kenegaraan.

Pemimpin-pemimpin PR telah melihat bagaimana sukan berjaya menyatukan dan menyerlahkan kekuatan semangat cintakan negara ketika sukan komanwel 1998 berlangsung di Kuala Lumpur di mana, pada ketika yang sama, gerakan reformasi Anwar Ibrahim sedang mengganas di bandaraya. Namun, seluruh tumpuan rakyat adalah tetap kepada sukan tersebut dan bukan Anwar Ibrahim. Malah, laungan yang bergema di stadium iaitu ‘hidup Mahathir!’ yang pada ketika itu Perdana Menteri, melambangkan penyatuan rakyat Malaysia di bawah kepimpinan Barisan Nasional, berjaya menenggelamkan terus mimpi Anwar sehingga ke hari ini.

Sukan juga digunakan oleh Nelson Mandela ketika beliau ingin menyatukan rakyatnya sehingga mereka melupakan isu warna kulit untuk seketika, dan kemudiannya untuk selama-lamanya.

Berdasarkan hakikat inilah, maka PR sedaya upaya ingin memastikan yang rakyat Malaysia tidak akan bersatu walaupun dalam sukan. Begitu khianat sekali para pemimpin PR terhadap negara dan rakyat sehingga sanggup menggadaikan semangat kesukanan dan patriotisme semata-mata kerana ingin berkuasa.

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.