GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

31 July 2014

#MH17 : Pesawat Boeing 777 yang ditembak jatuh adalah MH370?



Peristiwa hitam yang menimpa dua pesawat negara milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) tentunya tercatat dalam buku sejarah penerbangan dunia kerana belum pernah sekali pun berlaku dimana-mana dan dialami mana-mana negara tragedi udara berulang dalam tempoh sesingkat empat bulan, sebelum ini.

Sehingga hari ini, MH370 yang hilang pada Mac 2014 lalu masih belum berjaya di temui.
 Tiada lain berita yang paling menyedihkan hingga kehari ini dan bukan sahaja memberi kesan kepada keluarga mangsa krew dan penumpang yang terlibat, malah seluruh rakyat Malaysia juga turut merasa sedih dengan kehilangan pesawat MH370 yang dikatakan berakhir di Lautan Hindi.
Berbeza pula ceritanya dengan pesawat MH17 (Boeing 777-200ER) yang membawa 295 penumpang dan anak kapal dipercayai ditembak jatuh pada 17 Julai  lalu dengan menggunakan peluru berpandu permukaan ke udara. Yang mana tidak ada lagi mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab dengan tindakan kejam terhadap mangsa dan pesawat itu.


Bermacam bentuk tajuk, topik dan cerita dari pelbagai sudut di taburkan. Tidak kurang juga pelbagai spekulasi tersebar dan terus bermain di laman-laman media sosial.

Sejurus insiden itu, seorang pakar perundangan yang berpusat di New York berkata... Tembakkan keatas pesawat Malaysia Airlines System ( MH17 ) di timur Ukraine dilihat sebagai satu tindakkan pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa. Pada masa yang sama, Ukraine dan Rusia mula saling menuding jari menuduh antara satu sama lain untuk bertanggung jawab terhadap tragedi yang berlaku itu.

Pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine menuduh kumpulan pemberontak pro-Rusia menggunakan peluru berpandu darat ke udara untuk menembak pesawat itu.

Tuduhan itu dikuatkan lagi apabila pesawat malang berkenaan dipercayai terhempas di perkampungan Grabovo, kira-kira 40 kilometer dari sempadan Russia iaitu kawasan di mana pemberontak pro-Rusia bergiat aktif dan mendakwa pernah menembak jatuh pesawat lain.

Tuduhan demi tuduhan dilemparkan Ukraine apabila Presidennya Anton Gerashchenko dalam Facebooknya berkata, pesawat B777 itu dipercayai terhempas berhampiran Donetsk dan ditembak menggunakan sistem anti-pesawat Buk oleh pengganas dengan sengaja.

Selain itu, ada juga tuduhan mengaitkan cubaan Ukraine untuk menyalahkan kumpulan pemberontak pro-Rusia secara konsisten.

Ukraine dikatakan menembak pesawat berkenaan untuk melabelkan kumpulan pemberontak pro-Rusia sebagai pengganas.


Terdapat juga andaian bahawa, target sasaran asal tentera Ukraine dikatakan tersilap apabila menyangkakan pesawat yang mana reka bentuk serta corak pada badannya tidak jauh beza dengan Ilyushin Il-96-300PU iaitu pesawat rasmi yang membawa Presiden Rusia Vladimir Putin itu, rupa-rupanya pesawat MAS MH17.

Dalam keadaan keluarga mangsa dan rakyat seluruh dunia diselubungi rasa sedih, saban hari menantikan khabar berita dan cerita. Kelmarin, sekali lagi kita dikejutkan dengan satu pendedahan berbeza dan kini sedang hangat diperkatakan. 

Kenyataan dengan turut disertakan beberapa keping gambar sebagai bukti sekaligus mengalih tuduhan terhadap Ukraine dan Rusia sepertimana berita mahu pun spekulasi-spekulasi yang dimainkan sebelum ini.

Katanya, insiden MH17 yang ditembak jatuh ada hubung kait dengan kehilangan pesawat MH370. Menurut maklumat yang di siarkan, tragedi yang menimpa dua pesawat MAS, dalang sebenar disebalik kekejaman yang berlaku adalah negara Israel.


Dari kenyataan yang di siarkan, walaupun penglibatan Israel tidak dapat dibuktikan, namun ada alibi tertentu yang menguatkan teori yang ada sepertimana maklumat serta sumber MP terima.. 

Sila KLIK LINK-TAJUK DIBAWAH:


#MP : Entah iya ke tidak berita ini... Wallahualam.
Alfatihah buat mangsa yang terlibat. Ameen...



30 July 2014

Pimpinan begini yang di gila-gilakan 'Macai Fuckatan'?



Buruknya perangai orang PKR
Lagi Pendedahan PANAS & Luahan Hati Mantan Setpol MB PAS Kedah tentang PKR.

Saya tak berhasrat membuka pekung atau mengungkit. Tapi bila Saifudin dan Rafizi mula mengungkitkan stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar.

PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati.

Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU-12 dulu adalah hari membilang kerusi. MB akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada?

Di mana Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR yang minta PAS contohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu?

Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR Kedah melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang.

Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim. Masa itu Rafizi dan Saifuddin ada di mana?

Sorang Adun yang kuat menahan diri daripada memakan umpan supaya melompat, menghadapi kes kahwin kali kedua tidak register pulak...lalu jadi senjata musuh untuk mengugutnya supaya menukar kem. Akhirnya DSAI arahkan dia meletak semua jawatan, walaupun Ustaz Azizan berpendapat cukuplah kalau lepaskan jawatan exco sahaja.

DSAI tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau. Daripada hari pertama melarikan dia daripada satu komplot BN yang bersiap membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuknya, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, hotel persembunyiannya, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung!

PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki Adun PKR yang belum melompat...

PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang Adun PKR yang telah keluar iklan insolvensi (kebankrapan) di akhbar hampir seratus ribu. MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran Adun-adunnya ?

Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap dan terbuka. Tugasan ini tidak perlu dilakukan pun jika Adun-Adun PKR tidak membuat honar dan bertemu berunding dengan broker di Kelab Cinta Sayang! Sebulan lebih mereka ke hulu ke hilir meninggalkan keluarga dan kerja, PKR di mana?

PAS terpaksa merangkak untuk mencari dana beratus ribu lagi untuk menjaga bekas Adun yang Anwar arahkan meletak jawatan selepas dia balik dari persembunyian di India, atas janji mereka kepada pengorbanannya.

Uruskan belanja dan keperluan bulanannya sehingga habis penggal, termasuk penyediaan tempat tinggal (rumah) dan hutang piutangnya! Bukan sedikit, beratus ribu! PKR di mana masa itu? Bukanlah dia orang PKR?

Saya tidak bermaksud mengecilkan pengorbanannya, saya salute kesanggupannya, tapi sayang! PKR di semua peringkat telah mengabaikan nasibnya yang telah berkorban untuk partinya. Ada sesiapa dari PKR yang pernah bertanya khabar anak isterinya?

Selama dua bulan lebih dia dalam pelarian atas kehendak PKR di India, anak isterinya tinggal di mana? Kamilah yang menguruskannya!

Pernahkan Rafizi atau Saifuddin atau Anwar ambil sekeluarga India yang anak-anaknya sedang membesar, bapanya hilang entah ke mana, keselamatan tidak terjamin, budaya dan agama jauh berbeza, tinggal serumah, sedapur, sebilik mandi dengan mereka?

Pernahkan penganut hindu yang taat, berada dalam tekanan, dalam serba kepayahan, menempatkan 'tokong' dan bersembahyang di ruang tamu rumah Rafizi di depan anak dan isterinya? Saifuddin pernah basuh tilam dan lantai bekas kencing budak kaum India di rumahnya? Peduli pun tidak, apalagi bertanya!

Apa lagi PKR buat untuk Kedah?

Sepanjang sejarah PR jadi kerajaan di Kedah, ada kes tuntutan perjalanan bulanan sorang sorang Exco dari PKR jauh melebihi gaji dan elaunnya... Pegawai-pegawai kerajaan pun terkejut dan mengadu. Elaunnya sekitar RM17 ribu, tuntutan perjalanannya pernah mencecah RM23 ribu! Siapakah yang menutupi keaiban besar ini?

Lima Adun PKR yang asal dan seorang yg menang PRK Bukit Selambau, enam semuanya pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri! Tidakkah ini pelik! Topidak bertolak ansurkah PAS dengan PKR dalam hal sebesar ini? Siapakah yang mengizin/mengarahkan tolak ansur ini kalau bukan Presiden PAS, tempat tumpah kesetiaan dan kepatuhan MB Kedah masa itu.

Mungkin tak cukup kerusi Exco, berebut pulak hendakkan senator sampai seorang Ketua Cabang keluar parti sewaktu PRK Bkt Selambau. Mereka menuntut macam-macam keistimewaan untuk diri dan kaumnya yang belum dapat dipenuhi, MP Padang Serai keluar parti. MP yang jarang pedulikan kawasan, tidak pernah turut serta dalam program peringkat kawasan dan negeri, tapi meminta peruntukan itu dan ini, akhirnya melompat jugak...

Adakah Rafizi atau Saifuddin datang bertanya khabar tentang karenah orang-orangnya? Adakah Saifuddin atau Rafizi tampil meminta maaf di atas karenah yang dibuat oleh Adun-adun PKR yang PAS terpaksa tanggung di Kedah? Tak pernah walaupun sekali...!

Belanja program parti PKR pun minta daripada PAS, termasuk belanja kotinjen PKR Kedah ke PRN Sarawak. MB terpaksa secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu permohonan sebuah syarikat yang mewakilinya, atas alasan PKR tiada belanja nak uruskan parti. Bila lulus dengan harga yang sama dengan pihak lain (RM16 ribu sehektar), diulang lagi memohon pengurangan harga pula. PAS Kedah tidak pernah mengambil kesempatan jenis ini! PKR tidak malupun untuk mengulang meminta.

Ahli2 Majlis PBT PKR hampir sama ramai dengan PAS walaupun kerusi mereka hanya lima berbanding PAS 16, MKK pun begitu juga... Belum saya ceritakan gelagat ahli majlis PKR yang berniaga dan melindungi perniagaan atas kapasiti mereka di PBT.

Ustaz Azizan terpaksa menebal muka mempertahankan pencalonan Darjah Kebesaran (Dato') untuk orang-orang besar PKR di hadapan Tuanku Sultan memandangkan belum ada jasa untuk disenaraikan. Hanya ada jawatan dalam parti yang jarang diambil kira oleh pihak istana. Saya boleh senaraikan penerimanya kalau mahu, termasuk yang bercakap pandai itu. Mereka meminta secara direct dan indirect...

Bintang-bintang dan pingat yang lebih kecil tak perlulah di sebutkan. Berebut-rebut dan merajuk kalau tak dapat, marah kalau orangnya tak lekat, mahunya pada pingat dan kebesaran bagai semut menghurung gula!

PKR seperti orang lumpuh daripada leher sampai ke kaki dengan semua karenah ini. Semuanya PAS yang kena jaga, kena bela, kena suap, terpaksa tanggung, terpaksa telan! Tetapi lagak pemimpinnya seperti raja. PAS buat macam-macam untuk menjaga maruah PKR, menjaga maruah kerajaan PR dalam keadaan mereka melompat dan menuntut segala macam...

Dengan karenah yang berbagai-bagai itu, patut saja mereka tidak ikut campur dalam krisis yang dicetuskan oleh seorang Adun PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan MB!

Kalaulah PKR menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah, cuba bilang kerusi PAS Selangor hari ini dan kira juga kerusi PKR di Kedah masa itu. Jangan lupa masukkan sekali yang melompat dan membuat onar!

Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB Kedah masa tu?

Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?

Kekalahan PR Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah Adun dan MP PKR yang melompat. Ia membangkitkan kebencian dan meluat.

Walaupun menang di kerusi mereka apabila mengemukakan semua muka baru, bekas-bekas Adun yang tidak dicalonkan melepaskan semua jawatan dalam parti. Pengundi melayu yang menyimpan geram dan meluat dengan gelagat PKR menghukum calon-calon PR di kawasan-kawasan melayu, PAS lah yang menanggung akibatnya! Ada hati nak mengungkit? Tak malu?

Hari ini tokoh yang mengarahkan PAS Kedah terus bersabar, mengarahkan MB Kedah terus bertolak ansur untuk memelihara kukuh Pakatan Rakyat di Kedah pada waktu lalu sedang diberi kata dua, di suruh menjawab itu dan ini hanya kerana dia menyatakan keputusan partinya.

Saya menanggung perit yang tersimpan selama ini hanya kerana susuk ini yang mengarahkan MB meraikan saja kelemahan, menutup kekurangan dan menampung apa yang kurang pada mereka. Itulah dakwah politik kita masa itu. Itulah toleransi Presiden PAS yang dipatuhi oleh Almarhum Ustaz Azizan.

Tak ada sedikit rasa malukah dengan kebaikannya selama ini mengarahkan segala kelemahan dan kekurangan malah kesialan kamu diraikan saja malah ditutup? Bila lemah meruntun bila rasa kuat mula jalannya pun mulalah mendongak!

SANUSI MD NOR, MANTAN SETPOL USTAZ AZIZAN RAZAK

#MP : “Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hati ku. .. Kikikikiii!!! 

KLIK tengok pulak ni... Kerasnya amaran DAP terhadap PAS.  Nk tunggu lagi? Tinggalkan saja la!!! Selanjutnya KLIKSINI

26 July 2014

Anda anak Johor ? KLIK Jom sertai Johor Talent! - @khalednordin



Satu inisiatif khas Kerajaan Negeri Johor untuk membina bakat kepimpinan generasi muda. Anda berpeluang untuk berkhidmat bersama barisan kepimpinan dan GLC negeri Johor.

Penyertaan terbuka kepada mahasiswa universiti tahun akhir. Juga terbuka kepada graduan ijazah sarjana muda.

Elaun dan latihan asas kerjaya turut disediakan.

Maklumat lanjut, Like page Johor Talent ini atau hubungi IKLAS di talian 07-224 5488.Tarikh tutup permohonan pada 10 Ogos 2014

“Johor Talent Membentuk Pemimpin Masa Hadapan”

Info Johor Talent

Johor Talent merupakan satu inisiatif merakyatkan Kerajaan Negeri Johor untuk membangun dan melahirkan modal insan berprestasi tinggi yang mempunyai personaliti dan berketrampilan unggul. Inisiatif ini selaras dengan pembangunan negeri Johor yang bakal menjadi sebuah bandaraya metropolitan dan pusat ekonomi yang berkembang maju.

Justeru, adalah menjadi satu hasrat barisan kepimpinan negeri Johor untuk membangun dan melahirkan kepimpinan generasi baharu yang berdaya saing,berintegriti, dinamik dan berakauntabiliti.

Selain itu, sifat kepimpinan terpuji berteraskan prinsip yadu al-ulya iaitu individu penyumbang turut menjadi teras dalam pelaksanaan inisiatif ini.

Program ini berperanan menjadi landasan bagi Kerajaan Negeri Johor mengenal pasti pelapis-pelapis kepimpinan, bakat dan peneraju Negeri Johor Darul Takzim berteraskan kepada prinsip berikut:

a)​Penglibatan orang muda dalam proses pentadbiran;
b) ​Pendidikan orang muda dalam bidang pentadbiran; dan
c)​Memberi peluang orang muda mencurahkan idea dan pendapat supaya cara dan gerak kerja Kerajaan Negeri kekal relevan di kalangan orang muda.

Sehubungan itu, Johor Talent merupakan satu platform dan wadah rasmi kepimpinan tertinggi kerajaan dan GLC untuk memberi bimbingan dan latihan secara berfokus dan intensif kepada calon terpilih.

Calon yang terpilih juga akan diberi latihan yang berteraskan enam teras utama iaitu Integriti, Kemahiran Komunikasi, Personaliti, Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Kerja Berkumpulan.

Enam komponen ini perlu diterapkan dalam diri setiap calon yang akhirnya akan membentuk keperibadian kepimpinan yang unggul.

Johor Talent mensasarkan penglibatan seramai 20 orang mahasiswa universiti tahun akhir. Gaduan jurusan ijazah sarjana muda yang akan dipilih melalui sesi temuduga.

Calon – calon yang terpilih akan ditempatkan dibawah seliaan organisasi utama kepimpinan kerajaan dan GLC negeri Johor.

Tempoh latihan Johor Talent ini adalah sehingga 6 bulan yang akan bermula pada bulan September 2014 ini. Tarikh tutup permohonan selewat – lewatnya pada 10 Ogos 2014.

Sebarang pertanyaan, hubungi IKLAS di talian, 07 – 224 5488 atau 07 – 221 3148 atau email kami di johortalent@gmail.com .

Layari  Facebook Johor Talent untuk mengikuti perkembangan dan info semasa mengenai Johor Talent.

https://m.facebook.com/profile.php?v=timeline&filter=1&id=756453584407360

25 July 2014

Wakil DAP, Wong Shu Qi desak kerajaan Johor batalkan caj kenderaan dari Singapura.



Berikutan dari keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju dengan cadangan kerajaan Johor mengenakan caj VEP sebanyak RM20 kepada kenderaan asing dari Singapura memasuki negeri itu. 


Baru-baru ini, seorang wakil DAP Wong Shu Qi (ADUN DAP Senai) mendesak kerajaan Barisan Nasional supaya membatalkan cadangan untuk mengenakan caj terhadap kenderaan dari Singapura yang masuk ke Malaysia melalui Johor. 

Hanya dengan alasan kononnya tindakan kerajaan itu akan mengakibatkan kesan buruk terhadap ekonomi negara kerana rakyat Singapura lebih cenderung berbelanja di Johor kerana ia lebih murah. 

Alahaiii... Apa la sangat RM20 tu kalau nak dibandingkan matawang mereka dengan duit kita?

Bercakap tu dah macam pemimpin dari sana pulak... Singapura di utamakan, Johor di ketepikan... Nampak sangat!

Selanjutnya KLIKSINI

24 July 2014

Politik PKR yang semakin mengarut!



Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus memaparkan adegan politik yang memualkan, apabila membuat keputusan memilih Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Walaupun sebenarnya, banyak lagi isu lain yang perlu diuruskan oleh kepimpinan PKR khususnya berikutan pemilihan parti itu yang berlangsung dalam suasana penuh kekecohan dan kelam-kabut tetapi ia tidak mendapat perhatian.

Sebaliknya apa yang ada dalam benak fikiran pemimpin-pemimpin PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Tetapi setiap kali langkah politik dilakukan oleh Anwar, beliau pasti mengutamakan isterinya, Wan Azizah. Wanita itu diutamakan menjadi Presiden parti, perempuan itu dipilih untuk menjadi wakil rakyat di Kajang dan kini si isteri juga bakal dilantik pula sebagai Menteri Besar.

Oleh itu tidak payahlah pemimpin-pemimpin PKR bercakap soal individu lain kerana mereka tidak akan mampu mencabar 'kehebatan' Wan Azizah. Dalam keadaan apa sekali pun Anwar akan mengutamakan Wan Azizah.

Sama ada Azmin Ali atau sesiapa sahaja dalam PKR, mereka perlu akur kepada kehendak Anwar kerana selama ini pun, itulah yang dilakukan oleh mereka iaitu hanya mengikut sahaja kata Penasihat PKR tersebut.

Istilah kononnya pemilihan Wan Azizah dilakukan secara sepakat masih boleh dipersoalkan kerana beberapa jam kemudian pemimpin-pemimpin parti itu sendiri mempertikaikan keputusan tersebut.

Ia bermakna boleh dikatakan Wan Azizah bukanlah dipilih dengan restu seluruh kepimpinan PKR tetapi atas kehendak politik Anwar.

Persoalannya, hebat sangatkah Wan Azizah sehingga segala-galanya beliau diberi kepercayaan untuk menguruskannya?

Sebenarnya, Wan Azizah tidak sehebat mana, malah dalam kalangan pemimpin PKR sendiri, mereka menganggap kemampuan politik beliau lebih rendah berbanding ketua PKR di peringkat cabang.

Sebab itulah sepanjang menjadi Presiden parti itu, Wan Azizah tidak lebih sekadar 'penghias organisasi' sahaja, segala-galanya diurus dan dicaturkan oleh suaminya.

Wujud juga persoalan, kenapakah gerakan untuk menyingkirkan Abdul Khalid dilakukan secara drastik? Apa dosa besar Abdul Khalid di Selangor? Apakah kesalahan yang dilakukan oleh beliau sehinggakan PKR melihat hanya Wan Azizah boleh mengatasi segala masalah di negeri itu? Teruk sangatkah pemimpin-pemimpin lelaki PKR di negeri tersebut sehingga tidak ada seorang pun yang layak bergelar MB?

Apakah benar konflik politik beliau dengan Azmin memungkinkan semua ini berlaku sedangkan Azmin sendiri dilihat tidak berpuas hati apabila Wan Azizah dipilih?

Penulis tiada jawapannya tetapi apa yang pasti langkah politik Anwar dan PKR semakin mengarut.

Mereka membuat tindakan di Selangor seolah-olah PKR parti paling berkuasa di negeri tersebut, sedangkan semua orang tahu PKR diberi ihsan oleh Pas dan DAP untuk menduduki jawatan Menteri Besar, itu pun atas pertimbangan meneruskan kepimpinan Abdul Khalid.

Faktanya PKR hanya mempunyai 14 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berbanding Pas dan DAP yang masing-masing mempunyai 15 kerusi.

Sepatutnya, sebelum membuat apa-apa keputusan khususnya bagi menggantikan Menteri Besar, PKR perlu merujuk kepada kedua-dua parti itu dan paling afdal menyerahkan kembali kerusi tersebut bagi membolehkan Pas dan DAP membuat keputusan.

Tetapi malangnya, keadaan itu tidak berlaku, PKR bertindak seolah-olah mereka 'tuan besar' di Selangor, pandangan Pas dan DAP tidak dirujuk terlebih dahulu kerana mereka yakin kedua-dua parti tersebut tidak akan membantah.

Sebelum ini, mereka juga mengatur Pilihan Raya Kecil DUN Kajang tanpa berunding dengan kedua-dua parti tersebut.

Namun Pas dan DAP tidak membantah kerana mungkin merasakan mereka tidak memiliki pemimpin yang boleh menandingi 'kehebatan' Anwar.

Apa pun, langkah terbaharu PKR berkaitan soal perebutan jawatan Menteri Besar Selangor membuktikan, tiada agenda lain dalam kamus politik parti itu selain mencari kuasa. PKR sama sekali tidak mempunyai agenda untuk kesejahteraan rakyat, sebaliknya lebih tertumpu kepada perebutan kuasa.

Sebab itulah, pemilihan parti itu menjadi kelam-kabut dan penuh dengan tindakan-tindakan samseng kerana masing-masing mahu mencari kuasa.

Justeru timbul persoalan, apakah kali ini Pas akan terus menjadi 'pak turut' terhadap percaturan politik PKR atau bertindak untuk menuntut kerusi Menteri Besar dikembalikan kepada parti itu dan DAP.

Penulis difahamkan, berikutan tindakan terbaharu PKR yang sewenang-wenangnya mencalonkan Wan Azizah bagi menggantikan Abdul Khalid sudah ada desakan kuat di peringkat akar umbi Pas yang mahu Pas menduduki kerusi Menteri Besar kalau benar Abdul Khalid tidak boleh dipertahankan lagi.

"Kenapa PKR dengan mudah membuat keputusan untuk menggantikan Abdul Khalid seolah-olah mereka mempunyai kerusi majoriti di DUN? Tindakan pemimpin PKR itu menunjukkan mereka tidak menghormati semangat pakatan,'' kata seorang pemimpin muda Pas Selangor ketika dihubungi.

Sememangnya, perebutan jawatan Menteri Besar Selangor antara pemimpin-pemimpin PKR kini menyeret Pas dan DAP. Selama ini pun PKR merupakan parti paling banyak mendatangkan masalah kepada pakatan pembangkang.

Atas sebab itulah, penyokong-penyokong Pas merasakan tindakan PKR di Selangor sudah melampau dan kepimpinan Pas tidak boleh lagi bertolak ansur.

"Kita bagi kerusi Menteri Besar kepada PKR kerana mahu menyambung kepimpinan Abdul Khalid tetapi sekarang beliau akan digugurkan, maka PKR tidak boleh buat keputusan sendiri.

"Kalau mereka boleh mencalonkan nama, maka saya berpendapat Pas juga perlu mengemukakan nama untuk dipertimbangkan, Pas tidak boleh selama-lamanya membiarkan PKR mencaturkan segala-galanya di Selangor,'' kata seorang lagi pemimpin Pas negeri itu kepada penulis.

Kepada rakyat Selangor khususnya, kini mereka boleh melihat sendiri wajah sebenar PKR yang selama ini sering digambarkan sebuah parti reformasi dan membela nasib rakyat.

Sudah jelas kini tiada lagi soal reformasi, tiada lagi soal demokrasi, sebaliknya apa yang dipertontonkan oleh pemimpin-pemimpin PKR ialah berebut kerusi, itulah yang berlaku di Selangor.

Semoga pemimpin-pemimpin pembangkang lain khususnya Pas akan mampu menyekat politik PKR yang semakin mengarut itu supaya mereka tidak dihukum rakyat apabila tiba masanya nanti. - Sumber.

22 July 2014

Wajib pamer nombor talian aduan di dalam dan luar bas - SPAD



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengeluarkan pekeliling yang mewajibkan semua pengendali bas ekspres dan persiaran mempamerkan nombor talian aduan di dalam dan luar bas. 

Dalam sidang akhbar selepas membuat lawatan dan tinjauan pengurusan penjualan tiket serta operasi bas ekspres menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri di Terminal Bersepadu Selatan, kelmarin. Pengerusi S.P.A.D, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, tindakan itu penting bagi memberi penekanan terhadap aspek keselamatan dan pengurusan aduan agar tindakan pencegahan dapat diambil dengan segera.
Jelasnya, pengendali bas perlu memastikan nombor talian aduan dipaparkan aktif dan boleh dihubungi ketika kenderaan beroperasi.

"Ini adalah kesinambungan kepada arahan terdahulu yang berkait dengan isu keselamatan penumpang seperti pengaktifan dan pemasangan GPS (penentu kedudukan global) pada kenderaan, pelaksanaan Kod Amalan SPAD ICOP - Keselamatan dan pelaksanaan bilik kawalan operasi bagi tujuan pemantauan kelajuan bas," tambah TS Syed Hamid.


Beliau turut menyarankan semua pengusaha atau pengendali syarikat bas ekspres agar membuat pendaftaran lesen perubahan sementara (LPS) lebih awal terhadap semua bas ekspres tambahan dan bas catar yang digunakan semasa musim perayaan bagi mengelakkan sebarang masalah.

Turut sama hadir dalam lawatan dan tinjauan ini, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Ismail Mohamed Kamal dan Ketua Pegawai Pembangunan SPAD, Azmi Abd. Aziz.


*Kepada pengguna pengangkutan awam darat yang mahu melaporkan sebarang aduan kepada S.P.A.D, sila hubungi talian seperti dibawah:



21 July 2014

CEO Felda Global Ventures pakar terkemuka dunia.



Presiden dan CEO Felda Global Ventures (FGV) yang dilantik setahun lalu, bukannya rakyat asing seperti didakwa sesetengah pihak sepertimana yang tersebar di laman-laman sosial, sebelum ini.

Keadaan bertambah buruk apabila ada pula dalang dari anak FELDA yang dipengaruhi parti pembangkang mengambil kesempatan terhadap isu perlantikan ini.

Mohd Emir Mavani, CEO FGVH (KLIK)
Untuk makluman, Mohd Emir Mavani Abdullah, berusia 49 tahun, adalah warganegara Malaysia kelahiran Merlimau, Melaka. Telah dilantik ke Lembaga Pengarah pada 1 Januari 2012 sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tetap (CEO) FGV pada 1 Januari 2013 dan dilantik semula sebagai Eksekutif Bukan Bebas Pengarah. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pemandu Lembaga FGV.

Sebelum ini dikenali sebagai seorang pakar terkemuka dalam pembaharuan ekonomi dan pentadbiran kerajaan di Timur Tengah dan Asia, berkelulusan Ijazah Kimia dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1987 dan memperolehi Ijazah Sarjana Pengurusan Kejuruteraan dari Warwick University, United Kingdom pada tahun 2000. 

Emir Mavani juga merupakan Penasihat Kanan kepada Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai pelbagai projek di rantau Timur Tengah dan Utara Afrika antara tahun 1998 hingga 2004, Penyelaras bagi Tadbir Urus yang Baik Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan bagi rantau Arab antara tahun 2002 hingga 2004, yang Penasihat kepada Menteri Kewangan di Emiriyah Arab Bersatu 2002-2007 dan Penasihat Strategik kepada Majlis Eksekutif Abu Dhabi bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010. 

Dengan punyai rangkaian dan kenalan yang begitu luas di merata dunia serta rekod pencapaian cemerlang yang ada, tentunya beliau layak.

Dalam menempa nama dan usaha FELDA, menentukan kedudukan FGV antara yang teratas dalam carta antarabangsa, sudah tentu tidak silap bagi FELDA memilih dan melantik beliau bagi menerajui Felda Global Ventures Holding Berhad ( FGVH )


Ternyata kemampuannya terbukti, apabila perniagaan FGVH dilihat terus meningkat ketahap lebih tinggi selain membawa pulangan dan keuntungan yang memberangsangkan kerpada FELDA keseluruhannya, setakat ini.

Dibawah pacuan CEO Emir Mavani, dengan pengstrukturan dalam tranformasi sepertimana yang dirancang... FGV nampaknya bakal menggandakan pendapatannya sehingga 8 kali dan jika berjaya diterjemahkan dimana ia mampu meraih RM100 billion pada tahun 2020, nanti.

Baru setahun sahaja menyandang jawatan sebagai Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif  FGV ini, beliau sudah mampu meramalkan bahawa keuntungan 8 kali itu bakal meletakkan FGV didalam kedudukan yang kompetitif dipersada dunia.

Dalam pada itu, dengan perkongsian pengalaman serta kepakaran yang dibawa oleh beliau dalam kumpulan pentadbiran sedia ada. Sudah tentu akan memberi munafaat dan contoh kepada seluruh organisasi serta kakitangan yang sebahagian besarnya adalah anak-anak peneroka FELDA.


Bas henti-henti luar bandar guna sistem 'Kad Bayaran Berkomputer' akhir tahun ini.


Tan Sri Syed Hamid di Majlis Buka Puasa Bersama Pengusaha Pengangkutan Awam
Johor, di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) akan diwujudkan satu skim baharu bagi menggantikan Skim Dana Sementara, bertujuan membantu pengendali bas henti-henti di kawasan luar bandar yang menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan operasi mereka.

Skim baharu itu dijangka dilaksanakan di di Kota Tinggi dan Kluang pada akhir tahun ini sebelum diperluas ke tempat lain kata Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar kepada pemberita semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengusaha Pengangkutan Awam Johor, di Johor Bahru semalam.

Menerusi skim baharu itu pengendali perkhidmatan bas tidak perlu bimbang untuk mengutip bayaran tiket kerana penumpang akan menggunakan kad bayaran yang akan direkodkan sistem berkomputer yang dipasang pada bas terbabit.

"SPAD akan menyemak rekod itu, kemudian membuat bayaran penuh kepada pengendali bas mengikut perjalanan yang dibuat oleh penumpang", tambah beliau.

Menurut beliau, SPAD yang menerima peruntukan RM400 juta daripada kerajaan telah membantu 150 syarikat bas henti-henti di Semenanjung dan juga termasuk syarikat di Sabah dan Sarawak yang tidak berada di bawah bidang kuasa SPAD.

Beliau berkata ini merupakan tahun ketiga SPAD melaksanakan skim tersebut. 

19 July 2014

SPAD laksana pemantauan berterusan sempena Aidilfitri.



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melaksanakan pemantauan berterusan terhadap pemandu serta pengusaha bas ekspres menjelang Aidilfitri ini.

Bagi menjamin keselamatan semua pihak, antara langkah-langkah yang menjadi tumpuan serta perhatian SPAD di sepanjang operasi pemantauan, adalah seperti berikut:
  1. Menempatkan pegawai yang menyamar untuk menaiki bas ekspres bagi menilai prestasi pemandu di beberapa lebuh raya terpilih.
  2. Ujian air kencing akan dikenakan kepada pemandu sebelum mereka memulakan tugas pemanduan mereka.
  3. Lakukan pemeriksaan sistem kedudukan global (GPS) sentiasa di pasang pada setiap bas ekspres selain menyemak profil kelajuan bas berkenaan. Jika terdapat mana-mana bas tanpa dilengkapi GPS, pihak SPAD akan mengenal pasti pengendali bas dan membatalkan lesen. 
  4. Menempatkan pegawai penguatkuasa di terminal bas seperti Terminal Bersepadu Selatan, Pudu Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi memantau perkhidmatan pengangkutan awam termasuk bas ekspres.
  5. Menetapkan syarat kepada pengusaha bas meletakkan dua pemandu bas untuk perjalanan yang melebihi 300 km dengan mempunyai buku log untuk merekodkan masa berhenti dan masa menukar pemandu. SPAD akan menyemak rekod dari semasa ke semasa.
Datuk Che Hasni Che Ahmad sentiasa risaukan keselamatan pengguna. 
Menurut statik yang diberi oleh Ketua Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad, dari sejumlah 207 operator bas yang berdaftar terdapat 33 dari mereka telah digantung lesen mereka.

Antaranya disebabkan oleh kegagalan pemandu memantau had kelajuan bas, tidak memasang alat GPS dan kegagalan memeriksa bas sebelum perjalanan.

Sehingga Jun 2014, 468 buah bas telah ditahan kerana tidak mempunyai permit, 91 kes kerana mengenakan caj berlebihan kepada penumpang atau tidak mempunyai keseragaman tiket dan 118 kes kerana tidak mempunyai pemandu kedua serta menunggu terlalu lama di lokasi-lokasi yang tidak dibenarkan. Kesalahan lain termasuk 181 kes kerana mengambil dan menurunkan penumpang di tempat yang tidak dibenarkan, 39 kes yang beroperasi di luar kawasan yang diluluskan, dan 83 kes kerana meletakkan kenderaan di lokasi yang tidak dibenarkan. Jika sabit kesalahan, pesalah akan menghadapi denda maksimum RM500,000, penjara dua tahun atau kedua-duanya, di bawah Seksyen 22, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Akta 2010.


Menjadi tanggung jawab kepada semua pengusaha dan syarikat-syarikat bas sentiasa memastikan pemandu mereka berdisiplin dengan mematuhi syarat keselamatan yang dikuatkuasakan oleh undang-undang sedia ada.

Datuk Che Hasni sempat berpesan, supaya orang ramai membeli tiket di kanter rasmi yang ada dan elakkan dari membeli dari ulat-ulat tiket yang berkeliaran.

Bagi penumpang pula, diharap turut memberi kerja sama dengan memaklumkan kepada SPAD setiap kesalahan berlaku di depan mata seperti bas yang dinaiki di pandu terlalu laju, cara memotong dengan keadaan yang merbahaya serta pemanduan yang sambil lewa. Bolehlah hantarkan maklumat terus melalui saluran atau talian seperti yang tertera dibawah.

 

18 July 2014

Syed Mokhtar 'monopoli' gula ternyata putar belit pembangkang.



Tindakkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba memutar belitkan fakta dan kelirukan sidang dewan, akhirnya terdiam apabila kenyataanya di bidas oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid. 

Sebagai pemimpin yang berpengalaman dan diakui oleh pengikut-pengikutnya, takkan mungkin Anwar tak tau hal sebenar atau sengaja timbulkan kebenciannya terhadap Syed Mokhtar.


KLIK, saksikan video ini...




Namun, apa sekali pun niat beliau dalam mendakwa ahli perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menguasai industri gula dan mampu mengawal harga gula , di dewan Parlimen Jun lalu. Sama sekali tidak benar. 

Menurut Datuk Noor Ehsanuddin dalam membalas dakwaan berkata, dimana benarnya kenyataan Anwar Ibrahim, sedangkan MSM ( MSM Malaysia Holding Berhad ) adalah pengeluar utama?


Dalam pada itu, mungkin ramai juga yang masih berpendapat ‘Raja Gula’ hari ini masih Robert Kuok, tetapi hakikatnya industri gula di negara ini telah pun dikuasai Felda Global Ventures (FGV). Dengan memiliki Malayan Sugar Manufacturing Sdn Bhd (MSM), sejak 2009.

Pembabitan Syed Mokhtar dalam Tradewinds hanyalah 37% dan selebihnya adalah milik MSM. FELDA hanya memiliki saham dalam Tradewinds di antara 50-70%. Dengan fakta ini, ia membuktikan Anwar yang mengatakan Syed Mokhtar dan Tradewind yang menguasai industri gula itu ternyata satu tuduhan.

Maka itu, hari ini dapatlah kita ketahui bahawa MSM (anak syarikat FGV) yang sebenarnya menguasai pasaran gula sekarang dan bukan 
Robert Kuok yang selalu digembar gemburkan puak-puak pembangkang atau Tradewinds sepertimana tuduhan dari mulut Anwar Ibrahim.

Terima kasih juga diucapkan kepada Datuk Noor Ehsanuddin kerana telah membetulkan dakwaan Anwar yang entah dari mana datang fakyanya itu.




#MH17 : Didakwa jatuh berkecai kerana di tembak. KLIK saksi video.



Saksikan video penuh tragedi yang menimpa pesawat MAS MH17 yang membawa 295 penumpang.

MH17 didakwa berkecai di tembak ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di sempadan timur Ukraine, malam tadi.


Untuk melihat video
KLIK LINK DI BAWAH

https://m.youtube.com/watch?v=j1XSvxCfIuo

Al Fatihah buat mangsa yang terbunuh.
Ameen..

17 July 2014

HARGA LESEN MEMANDU: Naik Harga? KLIK baca ni!



Pak Menteri kata tidak...
Tapi, senarai harga baru lesen memandu
masih di edar.

Jangan terpedaya!


Lihat dan baca lagi dibawah..


Sekali lagi di ingatkan...
Harga lesen kereta / motor ( B2 & D ) tidak naik!

Elakkan Diri Anda Dari Di Tipu


14 July 2014

JAKIM tolong siasat produk ini!


Kali ini ada sesuatu yang MP mahu kongsikan . Hal ini juga bukan hanya buat untuk pengetahuan kita... Harap mendapat perhatian pihak2 tertentu, khususnya yang bertanggung jawab dalam menilai kualiti bagi produk-produk makanan yang berstatus halal termasuklah JAKIM yang sememangnya agensi yang mengeluarkan 'Sijil Halal' pada produk-produk makanan.


Ia berkaitan mufin 'Chiffon in a CUP' yang telah menimbulkan syak dan was-was utntuk kita memakannya. Berita ini MP terima dari rakan pembaca untuk di sebarkan.

Satu produk makanan ( muffin ) berjenama MASSIMO dimana tempoh masa atau tarikh luputnya telah mencurigakan pengguna... Bayangkanlah hingga mencapai tempoh 3 bulan ketahanannya.


Tak tau bahan awet apa yg digunapakai sampai boleh bertahan selama 3 bulan dibuatnya. Slalunya produk makanan seperti muffin ini, paling lama pun 2 minggu tempoh tarikh luputnya.

Yang menjadi persoalannya, Mussimo guna bahan apa yang boleh tahan hingga 3 bulan ni? So, walaupun ada logo halal diletakkan pada pembungkus produk ini, minta puhak berkuasa khususnya JAKIM tolonglah siasat, ye...


#MP : Menurut maklumat yang di terima... Mussimo ni selalu dok attack produk Gardenia, semata-mata kerana dipunyai oleh Syed Mokhtar khabarnya... Huhuhuuu!

12 July 2014

SPAD arah KTMB tutup landasan kereta api Gemas – Gua Musang.



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) hari ini telah mengarahkan KTMB agar penutupan landasan secara separa di sektor Gemas – Gua Musang dilaksanakan dengan serta merta selepas insiden kegelinciran tren berhampiran Stesen Kemayan, Pahang pada 8 Julai 2014.

Tindakan ini akan membolehkan KTMB menjalankan kerja-kerja memeriksa serta menyelenggara landasan secara komprehensif di sektor berkenaan pada waktu siang sebelum membenarkan tren beroperasi semula pada waktu malam.

Sebelum ini, S.P.A.D. telah bersetuju pada 26hb Jun 2014 untuk KTMB menutup secara spara landasan KTM sektor Gemas-Gua Musang mulai 15hb Ogos 2014. 

Keputusan ini dibuat selepas mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan oleh KTMB serta komitmen pengendali rel ini untuk mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko kemalangan dan menjamin keselamatan penumpang di sepanjang sektor berkenaan.

Arahan S.P.A.D. ini akan mengurangkan risiko terhadap aspek keselamatan penumpang dan operasi tren. Susulan daripada arahan ini, KTMB juga dikehendaki untuk melaksanakan dengan segera plan komunikasi menyeluruh serta penjadualan semula perkhidmatan mereka.

Walaupun keputusan ini akan memberi kesan terhadap perjalanan perkhidmatan tren yang disediakan, S.P.A.D. selaku pengawal selia pengangkutan awam darat sentiasa meletakkan aspek keselamatan penumpang sebagai asas utama dalam membuat apa-apa keputusan.


Baru-baru ini berlaku lagi, insiden kegelinciran tren berhampiran Stesen Kemayan, Pahang. Perkhidmatan KTM Intercity di Pantai Timur Selasa mengalami gangguan selepas Tren No. 28 Ekspres Wau dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan mengalami kegelinciran pada 1.50 pagi, Selasa lalu.

Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad dalam satu kenyataan berkata kejadian berlaku di Km 80.0 di antara Kemayan-Triang, membabitkan satu daripada lapan gerabak tren yang membawa 200 penumpang itu.

Memandangkan Aidilfitri akan tiba, di mana lebih ramai lagi pengguna akan menaiki kereta api... Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berulang, maka memang sudah sepatutnya S.P.A.D bertindak awal demi keselamatan pengguna.

ARTIKAL BERKAITAN: KLIKSINI

9 July 2014

OPS PARASIT : 16 'Ulat Tiket' di tahan sepanjang Mei-Jun. - SPAD



Dalam tempoh Mei dan Jun lalu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menahan 16 ‘ulat tiket’ menerusi Ops Parasit yang dijalankan bersama agensi penguat kuasa lain.

Jumlah itu adalah sebahagian daripada 155 “ulat” yang ditahan sejak Jun 2011 hingga Jun tahun ini. 

Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, berkata jumlah itu adalah hasil lebih 80 operasi yang dijalankan di seluruh negara termasuk di lapangan terbang, stesen bas dan kereta api yang menjadi tumpuan ulat tiket.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 50 individu sudah dibicarakan di mahkamah, 20 masih dalam siasatan, 29 sedang menunggu perbicaraan dan selebihnya diberi amaran.

“Pada bulan Mei dan Jun lalu, kita berjaya menahan masing-masing empat dan 12 ulat tiket manakala Julai pula lima individu sudah dikenal pasti terbabit dalam kegiatan itu dan kini dalam proses pemantauan.

“Tindakan memujuk atau mendesak bagi maksud menawarkan perkhidmatan yang berkaitan adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.


“Sekiranya disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya lagi

Che Hasni berkata, pihaknya akan mempertingkatkan operasi setiap hari bagi membanteras kegiatan terbabit terutama menjelang sambutan Aidilfitri hujung bulan ini.

Menurutnya lagi, ketika ini SPAD telah menugaskan anggota secara statik di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan termasuk di Pudu Sentral, Terminal Bersepadu Selatan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2.

“Ops Parasit akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa melalui penyamaran untuk memberi kesan yang maksimum kepada semua pesalah.

“Kita menasihatkan orang ramai menggunakan sistem tiket elektronik (E-Ticketing) yang lebih mudah dan selamat malah dapat mengelak kegiatan ulat tiket," tambahnya.

8 July 2014

FIC : FELDA kukuhkan kedudukan dengan memiliki Encorp Bhd.



FELDA mengukuhkan lagi kedudukan dalam sektor pembangunan hartanah apabila sayap pelaburannya, FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) membeli 49.45 peratus kepentingan dalam Encorp Bhd membabitkan urus niaga bernilai RM239.71 juta.

FIC didaftarkan pada Julai 2013, merupakan unit di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang bertujuan memaksimumkan aset-aset lembaga itu dalam usaha meningkatkan sumbangan kepada golongan peneroka.

Encorp dalam makluman kepada Bursa Malaysia Mei lalu mengumumkan dua pemegang saham terbesarnya, Lavista Sdn Bhd dan Pegang Impian Holdings Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli bersyarat berasingan bersama FIC bagi tujuan berkenaan.

Berlatarbelakangkan sebuah syarikat hartanah terkemuka dan merupakan syarikat pemaju hartanah yang memiliki beberapa projek hartanah berbentuk kediaman serta komersial termasuk di Lembah Klang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) le­bih RM3 bilion. Maka tidak silap bagi FELDA memilih keputusan ini dalam usaha memasyhurkan lagi namanya di peringkat antarabangsa.

Ternyata, pelaburan ini mampu memberikan pulangan menguntungkan kepada FELDA serta dijangka akan melonjakkan lagi penguasaan FELDA dalam bidang hartanah, memandangkan Encorp Berhad sehingga kini sudah mempunyai projek-projek berprofil tinggi antaranya:

ENCORP CAHAYA ALAM.



ENCORP STRAND MALL KOTA DAMANSARA


ENCORP MARINA PUTERI HARBOUR NUSAJAYA.


Objektif utama FIC menerusi pengambilalihan ini adalah bagi memberi fokus kepada perniagaan strategik menerusi kerjasama yang membawa manfaat kepada pemegang berkepentingan termasuklah warga FELDA.
Antara kelebihan lain, ia sudah tentu akan memudahkan lagi urusan pembangunan perumahan dan hartanah bagi FELDA. 
Tambahan pula Encorp Bhd ialah antara perintis teknologi IBS yang menjimatkan kos dan tenaga dalam industri perumahan, sekaligus membina keupayaan FIC dalam pembangunan hartanah termasuk di kawasan utama Lembah Klang dan bandar-bandar lain di seluruh Malaysia.

Dengan ujudnya penggabungan FIC dan Encorp Bhd ini, pastinya akan meluaskan lagi peluang kerjaya selain menjamin masa depan buat generasi muda FELDA.

6 July 2014

FGVH : Peneroka FELDA seluruh negara terima dividen.


Hari ini, YAB. Perdana Menteri mengumumkan pembayaran dividen akhir Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) kepada peneroka Felda berjumlah RM72.9 juta.

Pengumuman tersebut, sudah tentu menjadi khabar gembira buat semua 112,635 warga peneroka seluruh negara, dimana akan menerima imbuhan sebanyak RM647.78 setiap seorang dalam menyambut Aidilfitri, bulan hadapan.

Pembayaran dividen akhir FGV ini membabitkan jumlah 10 sen sesaham yang mana ia akan dibayar menerusi Tabung Amanah pada Jumaat ini (11 Julai).

Seperti biasa, bagi meringankan lagi beban kewangan peneroka dan keluarga dalam membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. Duit raya sebanyak RM300 bagi setiap keluarga peneroka akan turut di beri.

Pemberian ini juga sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda selain membantu perbelanjaan persiapan Hari Raya mereka.

Pengumuman ini disifatkan sebagai durian runtuh kepada peneroka yang bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

DS Najib mengumumkannya ketika berucap pada majlis berbuka puasa sempena Ihya Rahmat Ramadan Warga FELDA peringkat Kebangsaan 2014 di Pejabat FELDA Terengganu.


Selain daripada itu beliau turut menyerahkan zakat perniagaan bagi pihak Kumpulan FELDA, berjumlah RM22.02 juta..

Sementara itu bersempena majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 6,000 orang, kumpulan Felda turut memberikan sumbangan amal dan saguhati kepada masjid Felda yang melibatkan jumlah sebanyak RM927,500 yang akan diagihkan kepada Pengerusi Masjid, Imam, Bilal dan Siak.


5 July 2014

AL-FATIHAH : Biduanita negara, Sharifah Aini meninggal dunia.




Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara di sini pada sekitar pukul 1.30 pagi tadi kerana komplikasi paru-paru.

Allahyarham disahkan mengidap masalah paru-paru yang serius semenjak dua tahun lalu dan sejak itu, berulang alik dirawat di hospital.

Keadaan Allahyarham, yang baru menyambut hari kelahiran pada 2 Julai, dikatakan semakin kritikal semenjak beberapa hari lalu dan menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.- Sumber.

#MP : 
Takziah di ucapkan kepada keluarga beliau. 
Semoga rohnya di cucuri rahmat serta ditempatkan bersama 
orang-orang yang beriman. 
Al Fatihah, Aamin... 

3 July 2014

SPAD jadi mangsa hentaman Menteri baru dilantik.


Tanah mendap di persimpangan Jalan Pudu / Jalan Imbi / Jalan Hang Tuah
Menteri baru dilantik dari MCA, DS Liow Tiong Lai, yang mengetuai Kementerian Pengangkutan, dengan tiba-tiba saja mengeluarkan kenyataan di laman sosial Twitter menghentam SPAD berikutan kejadian tanah mendap di persimpangan Jalan Pudu / Jalan Imbi / Jalan Hang Tuah, semalam.

Malangnya, hentaman beliau bukan kepada pihak yang sebenar.


Sebagai seorang Menteri baru, Liow Tiong Lai seharusnya membuat kerja rumah sebelum beliau mengeluarkan kenyataan bodoh. Tidakkah beliau tahu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bukan terletak di bawah kementerian beliau? 

Tidakkah Liow Tiong Lai tahu bahawa SPAD terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) di bawah selian Menteri YB Hajah Nancy Shukri? Kesian SPAD, umpama orang makan nangka, orang lain yang kenyang, orang lain yang dapat getahnya.


Liow Tiong Lai seharusnya mentelaah dan menghafal 'handbook' kementeriannya sendiri, ambil tahu tugas-tugas sebagai Menteri Pengangkutan. Janganlah hendak berlagak, mentang-mentanglah Menteri baru, tidak perlulah sehingga hendak membelasah hal ehwal kementerian lain yang tidak ada kena mengena dengan kementeriannya. Betulkanlah kemennterian sendiri dulu. Jangan sibuk menjaga tepi kain orang.



Keduanya, tidakkah Liow Tiong Lai membaca kenyataan media daripada Menteri Wilayah Persekutuan, DS Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa projek bawah tanah yang menyebabkan tanah mendap adalah di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Bukankah DBKL sudah mengakui akan mengambil langkah berjaga-jaga dan membaikpulih kawasan berkenaan?

Apa lagi Liow Tiong Lai mahu?

Sebagai seorang Menteri, Liow Tiong Lai sendiri tidak faham / tidak tahu / tidak mahu ambil tahu bahawa SPAD di bawah JPM, bawah Hajah Nancy Shukri yang mana Hajah Nancy Shukri tidak pernah sekalipun membelasah SPAD secara terbuka. 


SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.