GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

29 December 2011

PAS rela serah kerusi kepada DAP dan PKR untuk PRU13... Tengok ni!

Belum-belum lagi PAS sudah mengakui kelemahannya berbanding DAP dan PKR di Johor.

Menurut kenyataan Dzulkefly Ahmad merangkap Timbalan Persuruhjaya Pas Johor, Pas Negeri Johor memutuskan untuk mengurangkan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang akan ditandinginya pada PRU 13 akan datang. KLIK
.
PAS dengan rela “menyerahkan” lebihan kerusi yang pernah ditandingi pada pilihan raya umum lalu kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). 


PAS mengakui, kesemua kerusi DUN dan Parlimen di Johor yang diserahkan PAS kepada DAP dan PKR itu merupakan kawasan campuran berdasarkan kedua-dua parti itu mempunyai kekuatan di kawasan terbabit.

Jelas PAS terus mengangkat DAP untuk lebih besar di dalam pakatannya.. 
Tonton liputan video di bawah ini, renung-renungkanlah...




Kata MP:
Di mana tempat PAS kuat disitu melayu merempat. Yang menjadi pendinding dan perunding ialah pemimpin PKR dan DAP. Takkan kemana lah perjuangan PAS dengan tanpa kekuatan majoriti kerusi di kalangan kumpulan pakatan mereka bertiga. 
JOHOR KEKAL 'BIRU' SELEPAS PRU13


26 December 2011

Negeri Johor kekal Biru selepas PRU 13. Klik baca sini!

Walaupun berhadapan dengan serangan bertali arus daripada pembangkang, bagaimana pun penduduk negeri kubu kuat Barisan Nasional (BN) ini tidak akan terpedaya dengan “gelombang fitnah” pembangkang.

Percaturan politik pembangkang yang bertunjangkan kepada fitnah dan pembohongan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kini telah terbongkar.


Satu demi satu permainan pembohongan oleh mereka (pembangkang) terbongkar dan rakyat menyedari akan gelombang fitnah yang dipelopori oleh pembangkang. Rakyat Johor tidak terpedaya.


Ramalan pembangkang yang mengatakan ia akan memecahkan kubu kuat BN di Johor dengan menambah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen sebagai “jauh tersasar daripada realiti.Tentang peluang mereka di Johor, negeri kelahiran Umno, itu hanyalah satu “gimik” dan percaturan politik pembangkang yang akan terbukti salah selepas PRU 13 kelak.


Pembangkang tidak mempunyai sokongan daripada penduduk Johor, malah ceramah politik mereka di negeri ini kebanyakannya dihadiri oleh “orang luar”, merujuk kepada rakyat dari negeri lain.


Dengan tidak ada pengalaman sebagaimana yang dibuktikan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, usaha pembangkang yang mahu menukar kerajaan daripada BN kepada pembangkang bakal menyebabkan negara ini “porak-peranda. Akhirnya, penduduk yang akan menanggung kesan buruk daripada ketiadaan pengalaman pembangkang itu.


Negeri Johor akan kekal Biru selepas PRU 13.

Sumber: N9kini.com : Temuramah BERNAMA bersama Sharifah  Azizah. ( Ketua Wanita Johor )

25 December 2011

Krismas 2004: Ingatkah kita pada bencana Tsunami yang melanda dunia? Klik sini!

Selepas tujuh tahun, bencana tsunami yang melanda rantau ini sehari selepas sambutan Krismas pada 2004 dan mengorbankan ratusan ribu nyawa termasuk hampir 70 di negara ini, kian dilupakan.

Di Kota Kuala Muda , 12 nyawa terkorban akibat ombak gadang yang tercetus susulan gempa bumi berukuran 9 pada skala Richter di Banda Aceh, Indonesia itu.

Namun, selain pembinaan tugu peringatan serta tinggalan rangka beberapa rumah yang musnah akibat bencana itu, tidak ada sebarang acara diadakan terutama oleh pihak berkuasa bagi mengenang tragedi tersebut.

Walau bagaimana pun, MaelPengerang mengajak semua rakan-rakan serta pembaca bertafukur sejenak memberikan Al-Fatihah kepada seluruh umat Islam yang terkorban menjadi mangsa Tsunami 2004.

Al-Fatihah...Amin.







AUKU baru di peringkat perbincangan... Adam Adli dah tunjuk biadap. Klik baca sini!



Menurut pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, dia tetap bertekad untuk meneruskan perjuangannya menuntut kebebasan mahasiswa di negara ini.


Walaupun sedar jalan yang ditempuhinya itu amat rumit, tetapi beliau dan rakan-rakannya dari kalangan mahasiswa tetap akan meneruskan perjuangan mereka sehingga pihak Kerajaan BN sendiri sedar dengan kesilapannya selama ini.


Menurut Adam, Kerajaan BN perlu sedar para mahasiswa juga mempunyai hak untuk bersuara dan tidak selamanya boleh dikongkong dengan pelbagai sekatan termasuk menerusi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang telah dilaksanakan sejak sekian lama di negara ini.


Apa benar kenyataan Adam dan rakan-rakannya dari kalangan mahasiswa ini bercakap di atas landasan yang sebenar? Atau ada udang di sebalik batu?


Adam Adli bersama ketua pembangkang negara, Anwar.
Secara zahirnya pun kita dapat lihat bahawa segelintir daripada individu dalam kumpulan mahasiswa ini mula di sokong dan di dokong oleh puak-puak pembangkang.


Ternyata parti pembangkang memang mahukan pelajar IPT diberi kebebasan untuk berpolitik supaya pembangkang mudah untuk memperalatkan mereka terutama pelajar Melayu. 


Ia adalah serampang dua mata, selain memperalatkan pelajar Melayu agar membenci pemerintah ia juga satu usaha untuk menggagalkan usaha kerajaan meningkatkan modal insan orang Melayu.


Kebanyakan pelajar yang menjadi mangsa mereka ialah pelajar yang datang dari kampung dan pemikiran mereka sudah dipesongkan oleh Pas dan Pkr sejak kecil lagi tambahan pula jika ibubapanya adalah Pas totok.


Pelajar Melayu patut malu kepada DAP yang tidak langsung menghasut atau mengganggu pelajar-pelajar bukan Melayu. Oleh sebab itu, ramai pelajar anak-anak DAP yang menuntut di IPTA lulus dengan cemerlang dan tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN. Malah mereka membantu dari segi kewangan kepada pelajar mereka.


Lihat sahaja David Nga Kor Ming, Teresa Kok dan ramai lagi dari kalangan Adun dan MP Dap, hampir kesemua mereka adalah graduan dari universiti tempatan.


Bezanya mereka tidak sibuk untuk berpolitik seperti pelajar Melayu. Kebanyakan pelajar Melayu hanya mendapat keputusan biasa-biasa sahaja dan mereka ini lah yang enggan membayar balik pinjaman pelajaran.


Manakala anak-anak Dap begelar siswazah cemerlang dan ada yang mendapat biasiswa untuk menyambung pelajaran mereka ke luar negara.


Sekarang siapa yang bodoh? Siapa pengkhianat? Jawapannya ialah anak-anak Melayu Pas totok dan Pemimpin Pas dan PKR seperti Anwar Ibrahim. Maka tidak salah jika mereka diberi gelaran pengkhianat dan perosak bangsa.


Apa pun ‘tahniahlah’ kepada SMM, sekurang-kurang kita mampu menilai bahawa ada di kalangan mahasiswa yang tidak layak digelar mahasiswa. Kebebasan bersuara yang diberikan telah dicemari dengan perbuatan biadab yang jelas membuktikan mereka tidak tahu menghormati pemimpin negara.


Adalah sesuatu yang malang apabila SMM menganggap tindakan menurunkan bendera wajah Perdana Menteri adalah perkara kecil berbanding tuntutan mereka.
Tanpa adab dan biadap menurunkan bendera wajah Perdana Menteri.
Kalau itulah pandangan mereka jelaslah, SMM adalah terdiri daripada sekelompok mahasiswa yang tidak matang dalam bertindak. Mereka melakukan sesuatu tindakan berdasarkan emosi dan bukannya akal.
Kalau benar mereka mahu melakukan protes atau memberikan pandangan berhubung AUKU lakukan secara beradab, jangan lupa ini Malaysia yang rakyatnya mempunyai tata susila dan adab sopan yang tinggi.
Sebenarnya, dari satu segi, protes SMM itu tidak perlu dilayan kerana pindaan AUKU baru peringkat perbincangan, belum lagi ada kata pemutus berhubung pindaan yang hendak dibuat.
Tidak sedar kah ini?

23 December 2011

Penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holding : Kelebihan tetap akan dijanjikan untuk warga FELDA...


Penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holdings membawa banyak menafaat kepada warga FELDA, orang Melayu, negara dan juga memacu ekonomi Malaysia kehadapan. Ini bersesuaian dengan dasar Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk menjadikan ekonomi Malaysia sebagai masyarakat berpendapatan tinggi dan merealisasi Wawasan 2020 untuk meletakan negara sebagai negara maju dan industri.

Walaupun telah diumumkan bahawa ‘durian runtuh’ akan datang sebagai hadiah penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holdings kepada 112,000 warga FELDA dan ahli Koperasi Permodalan FELDA (KPF), namun ada usaha tertentu untuk mengagalkan gerak-kerja korporat ini.

Penentangan keras penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holdings ini dipercayai datang dari segelintir yang berkepentingan. Ini kerana selepas penyenaraian IPO ini, semua syarikat yang bernaung bawah KPF dan anak anak syarikat FELDA akan terangkum dibawah  struktur FELDA Global Ventures Holdings sepenuhnya. FGVH kemudian akan tertaluk kepada syarat syarat dan peraturan sebagai syarikat awam yang tersenarai dalam Bursa Malaysia. Ini bermakna, perjalanan keseluruhan keluarga FGVH akan tertakluk kepada urus tadbir korporat (corporate governance) yang ketat.

Jawatan kuasa tertentu akan diujudkan secara mandatori, termasuk JK audit dan imbuhan/pengajian.

Antara isu yang akan timbul ialah Lembaga Pengarah (BOD) syarikat syarikat dibawah KPF, akan akan diserapkan sebagai anak syarikat FGVH pra-penyenaraian IPO. Ada personaliti tertentu yang menduduki berpuluh BOD dan beroleh keuntungan peribadi yang lumayan dan berada dalam kedudukan amat selesa.

Seorang pengarah ‘Z’, menduduki 30 BOD syarikat berbeza dan menerima habuan sebanyak RM 597,000 sebagai yuran pengarah (directors fee) disamping elauns mesyuarat sejumlah RM 75,000 setahun. Seorang lagi ‘S’ dibayar RM 546,000 dan elaun mesyuarat RM 75,000 setahun. Seorang pengarah lain ‘A’ menerima RM 245,000 setahun sebagai yuran pengarah dan elaun mesyuarat RM 88,000 setahun.

Seorang pengarah ‘Y’ menerima RM 700,000 sebagai yuran pengarah dan elaun mesyuarat yang ditaksirkan sejumlah RM 120,000 setahun.

Semua ini tidak termasuk faedah faedah yang datang sebagai ahli lembaga pengarah syarikat seperti elauns rumah, elauns keraian, elauns motorkar, bil perjalanan yang ditanggung sepenuhnya (termasuk keluar negara), bil keraian dan juga perbelanjaan lain (akaun perbelanjaan) yang dibayar. Ada yang mendapat pengawal keselamatan dirumah, yang dibayar oleh syarikat.
Jelas, ini semua adalah kos yanggungan syarikat dan sekiranya kos ini tetap dibelanjakan tetapi hanya segelintir sahaja yang mendapat faedah sedangkan perbelanjaan ini adalah sama nilai sekiranya ianya dibelanjakan kepada ahli BOD sepuluh kali ganda lebih besar. Namun nilai dan khidmat professionalism untuk urus tadbir dan peranan strategik sesebuah syarikat adalah lebih bermutu sekiranya individu tertentu itu menduduki hanya tiga BOD berbanding dengan 30 BOD berasingan.

Selepas penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holdings, peraturan sebagai syarikat awam tersenerai tidak akan membenarkan urus tadbir bertimpa (30 BOD) ini berlaku. Mereka yang akan dan boleh dilantik sebagai BOD kepada lebih 100 buah anak syarikat bawah FELDA Global Ventures Holdings termasuk professional dikalangan orang Melayu yang tidak terlibat langsung dalam FELDA sebelum ini, samada sebagai warga FELDA Holdings Bhd atau FELDA sebagai agensi Kerajaan Persekutuan.

Sistem dan kawalan urus tadbir yang lebih kemas dan ketat boleh mula diterap dan laksanakan sejajar dengan penyeneraian FELDA Global Ventures Holdings. Sistem yang lebih telus termasuk pengagihan kontrak dan lantikan kontraktor akan datang, sejajar dengan kehendak dan persepsi sebagai syarikat awam tersenarai. Ini kerana sebelum ini banyak kontrak FELDA telah diberikan kepada anak anak syarikat dibawah KPF dan cara pengagihan kontrak ini termasuk kerja tanah bagi program penanaman semula pokok dikatakan tidak telus dan memihak kepada personaliti tertentu.

Bagi program CSR FELDA sebagai agensi, FELDA Global Ventures Holdings memberikan jaminan bahawa jumlah RM 1 billion akan diperuntukan setiap tahun. Ini termasuk meningkat infrastruktur dan program pembangunan sosio ekonomi dan kemasyarakatan semua gugusan FELDA seluruh negara.

CEO Proxcell Global System Sdn. Bhd. Cristoph Zilian
Penyeneraian IPO akan memberikan lebih ruang bagi FELDA Global Ventures Holdings untuk menimbangkan kedudukan mereka yang tersedia berkhidmat dalam mana mana syarikat Kumpulan FELDA sediada. Ini juga peluang untuk mengukuhkan usaha untuk menengahkan bakat dan kepakaran dikalangan professional Melayu. Kedudukan personaliti seperti seorang mantan Naib Presiden sebuah syarikat Telco di Singapuradan bebangsa Jerman Cristoph Zilian yang dilantik  sebagai CEO Proxcell Global System Sdn. Bhd. tidak melambangkan keyakinan bahawa professional dikalangan orang Melayu mampu mengalas tugas sebagai CEO sebuah syarikat perkhidmatan ICT.

Sebagai syarikat berasaskan perladangan kelapa sawit yang disenaraikan, FELDA Global Ventures Holdings akan berpeluang untuk menonjolkan kemampuan professional dikalangan orang Melayu yang mampu untuk mengurus syarikat MNC. Penjajaran syarikat syarikat dinegara asing termasuk ladang ladang di benua lain adalah peluang untuk professional Melayu yang dibawa masuk kedalam FGVH diberikan pendedahan dan pengalaman dipersada antarabangsa.
FELDA Global Ventures Holdings akan menjadi sebuah MNC pilihan bagi graduan Melayu untuk menimba pengalaman dan pendedahan sebuah MNC bertaraf global, sama seperti pilihan MNC luar negara sebelum ini.

Jelas penyeneraian FELDA Global Ventures Holdings bukan sahaja meningkatkan keududukan kommersial Kumpulan FELDA, membebas kuncikan (unlocking) nilai sebenar dan menjamin kesejahteraan perniagaan dengan urus tadbir korporat yang lebih baik, malah ianya akan menjadi pemangkin transformasi. Kedudukan sosio ekonomi asyarakat FELDA sejumlah 1.2 juta akan ditingkatkan secara strategik.

FELDA yang diujudkan bawah perhatian dan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan oleh ayahanda PM Najib akan ditingkatkan perlaksanaanya dan FELDA Global Ventures Holdings akan menjadi agen tranformasi agar Wawsan 2020 itu menjadi realiti dengan menjaga kepentingan orang Melayu secara strategik dan menyeluruh.

Peneroka FELDA wajib baca... Klik sini!

Jawapan lengkap soal penyenaraian FELDA Global 


Matlamat asal penubuhan FELDA untuk membasmi kemiskinan rakyat telah pun tercapai pada 50 tahun pertama pembangunan FELDA dan kini telah pun masuk kepada fasa kedua 50 tahun. Tanah-tanah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga peneroka telah pun dibangunkan dengan jayanya. Daripada tanah seluas 853,313 hektar yang dimiliki FELDA, seluas 521,938 hektar atau 61 peratus (%) merupakan kawasan berpeneroka dan selebihnya merupakan ladang FELDA.

Pengambilan peneroka dilakukan secara besar-besaran oleh FELDA mulai tahun 1956 hinggalah akhir tahun 1989. Tiada lagi pengambilan peneroka dilakukan selepas tarikh itu berikutan keputusan Kerajaan tidak lagi mengambil peneroka mulai 1 Januari 1990.

Baki tanah yang ada telah dijadikan sebagai ladang komersial dan diuruskan oleh FELDA Plantation Sdn. Bhd. selaku agen yang dilantik FELDA untuk menguruskan ladang bagi memastikan FELDA berdikari tanpa bantuan bajet tahunan dari Kerajaan.

Dalam fasa 50 tahun kedua, melalui transformasi yang dibawa oleh Kerajaan dan pimpinan Negara, FELDA telah mengorak langkah dengan mempelbagaikan lagi perniagaan dan tidak hanya bergantung kepada komoditi utama iaitu sawit dan getah.

Mengenai  penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia akan menjadikannya ‘blue chips’ perladangan terbesar di dunia berasaskan pertanian yang bersepadu yang akhirnya akan memberi keuntungan kepada negara.

Dengan mengekalkan teras FELDA sebagai peneraju perladangan, penyenaraian ini akan membantu pertumbuhan ekonomi negara dengan penglibatan pelabur-pelabur  tempatan dan antarabangsa di sektor yang berkaitan dengan pertanian seterusnya mewujudkan persaingan yang sihat antara para pelaku industri tersebut.

Penyenaraian ini juga merupakan ‘durian runtuh’ kepada peneroka yang merupakan pemegang syer utama dalam Koperasi Permodalan FELDA (KPF). Melalui model bisnes baru, KPF akan menjadi pelabur utama dalam  FGVH yang mana ahlinya terdiri daripada peneroka, generasinya dan petugas Kumpulan FELDA.

Melalui penstrukturan ini, keuntungan yang akan diperolehi akan dinikmati dalam bentuk  dividen yang menguntungkan ahli-ahli KPF seramai  224,000 orang. Melalui penyenaraian juga, sebahagian keuntungan FGVH melalui lonjakan nilai pelaburan KPF akan diagihkan kepada peneroka melalui ganjaran khas.
Penyenaraian  ini  juga memberi  jaminan bahawa ia sama sekali tidak akan menjejaskan hak peneroka dan petugas FELDA secara keseluruhannya kerana ia hanya melibatkan tanah milik FELDA yang dipajakkan kepada FGVH.

Ini bermaksud, tanah kebun dan tapak rumah peneroka tidak akan terlibat dan akan kekal milik peneroka. Manakala segala keistimewaan yang merupakan peruntukan-peruntukan khas yang diberi kepada peneroka dan generasinya akan diteruskan seperti bonus produktiviti, bantuan hari raya, bantuan persekolahan, tuisyen, pinjaman IPTA, khairat kematian, program kemasyarakatan dan program kemahiran generasi FELDA akan terus dinikmati oleh warga FELDA.

Untuk makluman, pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi yang berkaitan dengan FELDA adalah berdasarkan kepada Tatacara dan Urustadbir Syarikat (Memorandum & Articles Association). Sehubungan dengan itu, pelantikan beliau sebagai Pengerusi di dalam beberapa syarikat berkaitan FELDA dan KPF tidak menimbulkan konflik kepentingan kerana semua syarikat tersebut adalah di bawah Kumpulan FELDA dan setiap pertubuhan atau syarikat tersebut diuruskan mengikut akta-akta yang berkaitan dengan entiti berkenaan.

Kesimpulannya, penyenaraian FGVH yang merupakan perubahan positif besar yang dibawa oleh Kerajaan ini diyakini akan memberi faedah dan nikmat bukan sahaja kepada warga peneroka dan FELDA tetapi juga rahmat yang turut dikongsi bersama rakyat dan Negara keseluruhannya. Rahmat perkongsian kemakmuran ini adalah manifestasi kejayaan wawasan pintar suatu keajaiban sebuah mutiara gemilang yang bernama FELDA.-


Tulisan ini berasal dari jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan di Dewan Negara pada 21 Disember 2011.


ARTIKAL LAIN, KLIK TAJUK DI BAWAH : 

Penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holding : Kelebihan tetap akan dijanjikan untuk warga FELDA...

18 December 2011

Anwar Ibrahim Bukan Umat Nabi Muhammad S.A.W? Klik, baca penjelasan ini...

Seorang penulis bernama Azman Ariffin meluahkan rasa kecewa dengan hujah-hujah penggulungan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi tuduhan meliwat terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Azman yang menulis di laman suarapakatanrakyat.com, dengan tajuk “Anwar Ibrahim Bukan Umat Nabi Muhammad S.A.W?” turut kecewa dengan sikap peguam veteran, Karpal Singh yang sebelum ini diwar-warkan sebagai ‘peguam terhebat’, akhirnya tidak mampu mempertahankan Anwar dan lebih cenderung untuk merumuskan berlakunya aktiviti liwat itu, tetapi bukan secara paksaan seperti didakwa oleh pengadu, sebaliknya aktiviti itu berlaku secara suka sama suka.

Tulisan lengkap boleh di baca di bawah :

- Luahan Azman Ariffin

WALAUPUN pahit, kita terpaksa mengakui bahawa penggulungan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kita dikasihi tidak berakhir dengan begitu baik. Apalah daya seorang individu melawan seluruh sistem kehakiman dan kerajaan. Namun, apa yang kita kesali ialah sikap yang diambil oleh peguam bela, terutamanya Karpal Singh sebagai ketua yang seolah-olah tidak mencuba sebaik mungkin dan mengaku kalah sebelum berjuang ke titisan darah yang terakhir.


Komen-komen Karpal kepada media bila ditanya mengenai kes ini juga menunjukkan yang dia sudah putus asa. Sikap ini dapat dilihat dari tindakan Karpal menyerahkan penggulungan kepada dua peguam junior iaitu Sankara Nair dan Ram Karpal secara bergilir dan tidak melakukannya sendiri sehingga akhir sepertimana sepatutnya.


Akibatnya, hujah penggulungan dilihat tidak konsisten dalam menyatakan pembelaan. Malah, kita juga amat terkejut apabila Karpal seolah-olah cuba menggambarkan yang kejadian liwat itu berlaku secara suka sama suka.


Antara hujah yang digunakan ialah Saiful punya banyak peluang untuk keluar dari bilik tidur itu sebelum dakwaan liwat itu dilakukan dan beliau memilih untuk tidak berbuat demikian. Karpal langsung tidak mempertikaikan tarikh, masa dan tempat kejadian iaitu di unit 1151 walaupun cuba menimbulkan keraguan terhadap unit tersebut sebelumnya.


Karpal juga tidak mempertikaikan dakwaan mengenai kewujudan KY Jelly dan bahawa Saiful makan karipap serta minum kopi selepas kejadian. Selain dari itu, penampilan Najwan Hilmi sebagai saksi pembelaa dan provokasi seolah-olah cuba untuk menggambarkan Saiful sebagai seorang gay hanya menguatkan lagi bahawa liwat benar-benar berlaku.


Pembelaan diri yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar dari kandang tertuduh di mana, pastinya atas nasihat dan hujah-hujah yang disediakan Karpal juga, tidak terdapat satu pun hujah yang menerangkan bagaimana konspirasi dilakukan sehingga membolehkan DNA Anwar dijumpai di dalam dubur Saiful. Malah, nasihat Karpal untuk membiarkan bela diri dilakukan dari kandang tertuduh yang tidak boleh disoal-balas juga jelas adalah satu nasihat yang salah.


Karpal pula menyediakan hujah-hujah secara am sahaja dalam menafikan bukti saintifik yang dikemukakan pendakwa. Lebih dari itu, semua saksi pembela yang dibawa Karpal terbukti tidak punya kredibiliti dan kenyataan mereka dengan mudah boleh dipertikai dan dipatahkan oleh pendakwa.


Satu persoalan yang bermain di kalangan penyokong Datuk Seri Anwar ialah, tidak mungkin Karpal tidak terlebih dahulu menyelidik latar belakang saksi-saksi pembela yang dikemukakannya. Apakah Karpal tersilap terlalu memandang rendah terhadap pihak pendakwa dan menyangka yang mereka tidak akan mampu mendedahkan latarbelakang yang meragukan saksi-saksi yang dikemukakannya? Inikah sikap peguam yang kononnya tersohor?


Politik apa yang dimainkan Karpal sehingga memerangkap Datuk Seri Anwar?


Karpal mungkin menyangka yang hujah mengesahkan bahawa kejadian liwat berlaku secara suka sama suka akan membantu Anwar mendapat sokongan luar. Namun, sedarkah Karpal impak hujah sedemikian terhadap sokongan terhadap Anwar dari kalangan umat Islam?


Tidak mungkin Datuk Seri Anwar yang warak itu melakukannya secara suka sama suka mahupun paksa. Sebagai seorang Muslim yang beriman Datuk Seri Anwar pasti tahu bahawa liwat adalah satu dosa besar yang dilaknat Allah S.W.T. Perlakuan sedemikian akan menyebabkan Nabi Muhammad tidak mengaku sebagai umatnya.


Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: “Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu adalah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Luth.” (Hadis riwayat Ibn Majah, at-Tirmidzi dan al-Hakim).


Tabiat suka kepada pasangan sejenis bermula pada zaman kaum Nabi Luth yang gemar hidup menentang arus, mengikut nafsu serakah tanpa mempedulikan nilai agama dan kemasyarakatan. Walaupun Nabi Luth menasihati mereka, ia tidak diterima sedikitpun, sehinggakan tetamu baginda sendiri mahu diusik. Disebabkan itu, mereka ditimpa musibah yang sungguh dahsyat, buminya tenggalam sehingga menjadi lautan.


Kisah ini diceritakan dalam al-Quran melalui beberapa surah, antaranya surah al-Akabuut, an-Naml dan al-Hijr.


Jelas di sini, bahawa Karpal Singh sudah benar-benar terlalu angkuh dan tidak membuat kerjarumah dengan baik bagi membela Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak hairanlah terdapat desas-desus bahawa berlaku perbalahan di kalangan peguam-peguam Datuk Seri Anwar yang menimbulkan dolak dalih dalam membuat keputusan sama ada untuk mengsapina Tan Sri Musa Hassan. Perbalahan ini tidak mungkin berlaku jika Karpal adalah seorang ketua yang baik.


Amatlah malang bagi Datuk Seri Anwar kerana terperangkap dalam keangkuhan Karpal. Kes ini mungkin tidak akan berakhir begini jika Karpal lebih bertanggungjawab serta tidak bersikap terlebih yakin.


Sumber dari : AIDC

17 December 2011

Pas takut bayang-bayang sendiri... Klik baca sini!

Tindakan Pas mengheret UMNO dan menuduh Pengerusi Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa terperangkap dalam agenda parti Melayu terbesar itu jelas menunjukkan parti itu takut kepada bayang-bayang mereka sendiri.

Segelintir pemimpin Pas kini semakin terdesak untuk menjaga kepentingan masing-masing dalam parti dan sewenang-wenangnya menuding jari ke arah pihak lain.

"Seperti sebelum-sebelum ini, Pas terus menjadikan UMNO sebagai kambing hitam pada setiap masalah yang menimpa mereka. Mereka terlalu takut untuk menggalas tanggungjawab selesaikan masalah sendiri.

"Dalam hal Hasan dan Nasharudin ini, kedua-dua secara jujurnya menyuarakan pendirian mereka. Adakah setiap kali terdapat pemimpin jujur, berfikiran terbuka dan tak amalkan politik sempit, golongan itu terperangkap dengan UMNO?

UMNO tidak ada kena-mengena berkaitan perkara ini. Bagaimana pula dengan kedudukan Ketua Pemuda Pas (Nasrudin Hassan) yang menyokong Hasan? Terperangkapkah mereka dengan UMNO?.

Kepada semua umat Islam yang selama ini terperangkap dengan agenda Pas supaya sedar daripada permainan parti tersebut yang menggunakan agama demi kepentingan politik semata-mata.

Kepada Pas, janganlah membuta tuli mengikut telunjuk DAP yang sudah menjadi 'taukeh baru' mereka. Secara jelas, tindakan tersebut menukar kiblat politik mereka kini, semuanya berpunca daripada DAP.

16 December 2011

LIWAT SAIFUL: Anwar Ibrahim mengaku bersalah?

PRU13 selepas 9 Januari? - Anwar dakwa takkan Mengalah.


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menjangkakan beliau akan didapati bersalah atas pertuduhan liwat yang dikenakan ke atasnya. 

Ianya bukan disebabkan beliau mengiyakan perlakukan tersebut, akan tetapi ianya adalah Konspirasi jahat bagi menghalang beliau menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional.
Ketua Umum PKR itu turut berikrar akan berjuang menumbangkan Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib waimah dipenjarakan atas pertuduhan tersebut.

Anwar akan meneruskan penguatkuasaan kesatuan Pakatan untuk mengaplikasi perjuangan reformasi beliau walaupun pada ketika itu beliau menjangkakan akan dipenjarakan.
Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut walaubagaimanapun tidak berminat untuk mempersoalkan tindakan bekas Pembantu beliau Saiful Bukhari, akan tetapi musykil dengan tarikh yang dipilih bagi membuat keputusan kes beliau itu.
Anwar mendakwa tarikh 9 Januari tersebut merupakan akan disusuli dengan pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU13 diadakan. [VIDEO DISINI]
Sumber: KLpos
Kata Kawan: 
Kahkahkahh! Handal Al-Juburit ni spin cerita kesalahannya. Woiii.. mana ada konspirasi jahat yang sampai punyai saksi, bukti dan pengakuan org yang terlibat. Di suruh bersumpah pun, lari.. Duduk je la kat dalam tu Nwar.. Itu lah tempat kamu...

8 December 2011

Anwar patut malu dengan hal ini... PKR : Parti Kian Rebah. Baca lah!

Di bawah adalah cerita dalaman yang berlaku semasa Rapat Rakyat di Shah Alam baru-baru ini. Artikel oleh Gelagat Anwar.

Sila baca:-
Tidak semua yang hadir di Rapat Rakyat (Shah Alam) itu penyokong kuat Anwar. Tak juga. Sebab itu, bersungguh sangat PKR Selangor memastikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi pun turut hadir.

Ramai penyokong PAS yang datang daripada Tanjung Karang, Sekinchan, Sabak Bernam dan Jeram; turut bersama hadir. Mereka hadir, tapi duduk di belakang.

Mereka pun tidak mahu sangat nak dekat dengan PKR Selangor. Pada mereka, kalangan pemimpin PKR Selangor adalah kalangan ‘elitis’ di dalam Pakatan Rakyat.

Ucapan setengah jam Anwar misalnya, ramai kalangan ahli PAS yang keluar dan menghisap rokok.

Penulis menegur beberapa orang ahli PAS, kenapa tidak bersama mendengar ucapan Anwar – ‘mereka kata benda dah biasa dengar…malas nak dengar’. Kami datang sebab Nik Aziz. Bukan Anwar.

Demikianlah sebenarnya suasana dan pandangan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Mereka sendiri tidak bersama. Masih berpecah. PAS Selangor selalu rasa tertinggal daripada permainan politik Negeri.

Kalangan wakil rakyat PAS tidak dilayani dengan baik. Selalu kena minta derma dengan orang PKR. Mereka pun tak tahan.

Anwar banyak mengungkap mengenai pandangan Malek Bennabi di dalam ceramahnya. Asas: ‘inner struggle of conscience’.

Orang PAS yang sedikit educated – mula bertanya; ‘Anwar ada ke struggle of conscience’? Ada ke?

Kebanyakan orang PAS yang ditemui kecewa kerana Anwar gagal mengurus diri dan kembali terjebak dalam perlakuan Zina. Ini adalah sangat nyata. Level of respect orang PAS kepada Anwar sudah mula berkurangan.

Mereka tidak menganggap Anwar sebagai peneraju dalam Pakatan Rakyat.

Kepada mereka – zaman Anwar sudah berlalu.

Sebab itu, apabila sahaja Anwar menggunakan nama Malek Bennabi, Malcom x sebagai sumber kekuatan ucapan – mereka menganggap Anwar sudah semakin desperate dan terdesak.

Dalam keadaan terdesak, Anwar akan menggunakan apa sahaja cara untuk menguatkan hujahnya.

Soalnya, apakah Anwar tidak berasa malu bila bercakap mengenai Malek Bennabi – tapi dia sendiri rebah dalam dakapan China Doll dan lelaki muda???

Anwar sebenarnya sangat CEMAS dengan data sokongan orang Melayu kepada PR di Selangor.

Sangat CEMAS.

Walaupun angka tidak menggambarkan segala-galanya, Anwar berhak berasa risau kerana Selangor adalah battlefield paling hebat dalam PRU akan datang.
 Sumber: Dr MiM

6 December 2011

Lebam mata PAS, di beduk Ustaz Kamal Saidin.....

Secara tiba-tiba beberapa nama yang mempunyai keberanian untuk menyanggah PAS dan doktrin-doktrin parti itu dengan ayat-ayat al Quran dan al Hadis, seperti Kamal Saidin muncul.

Sekaligus menjadikan nama-nama itu sangat dibenci oleh puak-puak PAS totok yang selama ini hidup dalam khayalan, merekalah MAKHLUK PILIHAN ALLAH TAALA DI BUMI MALAYSIA!!!

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kamal Saidin bahawa Undang-Undang Hudud yang dideraf oleh PAS sebagai menyalahi hukum Allah Taala, benar-benar telah membuatkan darah mereka mendidih.

Lantas, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu mencabar Kamal Saidin untuk berdebat dengan mereka berhubung perkara berkenaan.

Perkara yang dipersoalkan dan mencabar kejantanan Dewan Pemuda PAS Terengganu itu ialah apabila Kamal Saidin menyatakan meliwat isteri dibenarkan dalam undang-undang hudud PAS.

Dan DPPNT berasakan kelebihan berada di pihak mereka memandangkan meliwat isteri adalah tertakluk di bawah undang-undang takzir, maka mereka pun berani mendebatkannya.

Yang mereka tidak sedar atau buat-buat tidak nampak ialah, tidak ada sepatah perkataan pun yang menghalakan hukuman meliwat isteri itu kepada hukuman takzir di dalam Undang-Undang Syariah (II) Kelantan 1993 itu.

Bahkan ramai di kalangan puak PAS yang tidak menganggap hukuman takzir sebagai hukum Islam, memandangkan takzir tertakluk kepada pemerintah atau kerajaan untuk menentukan bentuk serta kaedah perlaksanaan hukumannya.

Mungkin pendedahan-pendedahan yang dibuat oleh orang seperti Kamal Saidin menyentakkan puak-puak PAS yang selama mereka berasa merekalah yang paling hebat dalam ilmu agama berbanding orang-orang UMNO sedangkan hakikatnya mereka lebih banyak berangan-angan berbanding benar-benar berilmu.




3 December 2011

Dasyat sungguh fanatiknya puak PAS terhadap Nik Aziz.. Nabi dia kata...

Handal puak-puak Nik Aziz ni... Klik tengok sendiri video ni.

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.