GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

30 September 2012

RAPID Pengerang: Hab Minyak dan Gas Terhebat


Pengerang, terletak kira-kira 45 kilometer dari bandar Johor Bahru yang mana sebahagian besar kawasannya, iaitu 70 peratus adalah tanah rancangan FELDA sementara 30 peratus adalah kampung tradisional.

Disebabkan lokasinya yang terletak di kawasan pedalaman, Pengerang pernah dilabel sebagai “tempat jin bertendang”. Apa tidaknya, kerana sepanjang perjalanan hanya kelihatan tanaman kelapa sawit, kelapa dan getah.

Aktiviti utama penduduk Pengerang ialah pertanian dan perikanan dan tarikan utama pelancong ialah pusat peranginan Desaru. Bagaimanapun pada waktu malam tidak ada banyak aktiviti berlaku dan ianya agak sunyi.

Bagaimanapun, Pengerang bakal bertukar wajah mulai 2013 apabila Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) di kawasan seluas 8,000 hektar, dimulakan.

Kompleks itu akan menempatkan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang dimajukan oleh Petronas dan Terminal Petroleum Laut Dalam Bebas oleh Kumpulan Dialog dan Royal Vopak dan Setiausaha Kerajaan Johor Diperbadankan (SSI).

Apabila kedua-dua projek itu siapdan memulakan operasi masing-masing pada 2017, Pengerang akan berubah wajah sebagai hab minyak dan gas terkemuka di Asia Pasifik dan barangkali, setanding dengan Rotterdam, Belanda.


Tetapi apa yang lebih penting, perlaksanaan projek-projek terbabit sudah pasti memberi kesan besar dan positif kepada lonjakan ekonomi di negeri Johor khasnya dan Malaysia, khasnya.

Untuk RAPID, Petronas dilaporkan akan melabur sebanyak RM60 billion untuk membina dua buah pusat penapis minyak yang dapat menghasilkan 450,000 tong sehari dan perekah nafta sebanyak 3.8 juta tan setahun.


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Mei lalu mengumumkan industri minyak dan gas di Pengerang bakal menerima pelaburan keseluruhan RM120 billon dalam tempoh llima hingga enam tahun.

Manakala PEMANDU menganggarkan RAPID bakal menyumbang RM17.7 billlion kepada Pendapatan Kasar Dalam Negara (KDK) menjelang 2020.

Jurong di Singapura dan Rotterdam, tidak mempunyai sumber gas atau minyak, tetapi boleh berjaya menempatkan diri mereka sebagai negara pengeluar gas dan minyak terbesar dunia, jadi tidak ada sebab mengapa Pengerang, yang memang kaya dengan sumber berkenaan tidak boleh mencapai taraf yang sama.

Apatah lagi kedudukan geografi yang strategik dan terlindung daripada angin monsoon, ia menjadi pilihan laluan kapal dagang antarabangsa.

Malah RAPID apabila siap akan lebih besar daripada kompleks sedia ada di Malaysia, iaitu Kerteh, Gebeng dan Melaka disatukan.

Perlaksanaan RAPID dan Terminal Petroleum Laut Dalam itu akan mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan.

Sehubungan itu, cadangan usahasama FELDA, Kementerian Belia dan Sukan serta Petronas untuk menaiktaraf Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN) di Bandar Penawar dengan memperkenalkan kursus-kursus berkaitan minyak dan gas, boleh memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan menghadapi masalah mendapat sumber tenaga kerja dalam bidang berkenaan.

Meskipun kedua-dua projek masih dalam peringkat perlaksanaan awal, metamorfosis sudahpun bermula di Pengerang.

Dengan siapnya Lebuhraya Senai-Desaru yang melintasi Sungai Johor, ia memudahkan laluan ke kawasan itu. Kini, perjalanan dari Desaru ke Johor cuma mengambil masa setengah jam, sekaligus membantu meningkatkan industri pelancongan di sekitar Desaru dan Pengerang.

Penduduk yang terbabit dengan kedua-dua projek mega itu akan dipindahkan mengikut fasa bermula Mac tahun hadapan. Penduduk tidak akan berpindah dengan tangan kosong, sebaliknya diberikan pampasan tunai berdasarkan nilai tanah, rumah, tanaman dan kebun sedia ada masing-masing.

Selain itu setiap pemilik tanah masing-masing diberikan 0.8 hektar tanah pertanian, sebuah tapak tanah perumahan seluas 6,000 kaki persegi dan subsidi untuk kos membeli atau membina rumah baru di tapak berkenaan.

Malah untuk memastikan penduduk memiliki rumah baru, Kerajaan Negeri akan memberi subsidi antara RM85,000 hingga RM140,000 seunit di penempatan baru seluas 154.8 hektar di Kampung Dato Abdul Ghani Othman yang terletak cuma 15 kilometer dari kampung asal mereka.

Pemindahan penduduk daripada tiga kampung dalam fasa pertama akan bermula Mac tahun hadapan sementara untuk fasa kedua, penduduk empat buah kampung akan berpindah pada Oktober 2013.

Bagi fasa pertama, kampung yang terbabit ialah Sungai Kapal, Teluk Empang dan Langkah Baik, sementara fasa kedua membabitkan Sebong, Batu Mas, Jawa dan Sungai Buntu.


Kedua-dua projek RAPID dan Terminal apabila siap kelak akan mewujudkan rangkaian ekonomi yang besar kepada penduduk. Sejajar dengan pembangunan rapid, Kerajaan Negeri akan menaiktaraf kemudahan awam termasuk jalan raya, sistem pengangkutan awam, bangunan, sekolah, masjid, tempat ibadat dan lain-lain.

Mengikut persempadanan parlimen, dua Dewan Undangan Negeri (DUN) terletak di bawah parlimen Pengerang, iaitu Tanjung Surat dan Penawar. Parlimen Pengerang mempunyai 35,425 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu majoriti adalah melayu, iaitu 87% (31,055), Cina 11% (3,820), India 1% (330) dan lain-lain 1% (220).

Sumber: Jurnal Malaysia

Bajet 2013: Langkah Tepat Kerajaan Utamakan Golongan Sederhana

Rata-rata kedengaran rakyat mengucapkan syukur atas pembentangan Bajet oleh Dato’ Seri Najib yang menyeluruh, padat dan tepat. Nampaknya, tiada yang terpinggir dari mendapat perhatian kerajaan iaitu dari golongan miskin dan sederhana serta merangkumi semua golongan seperti pelajar, pekerja, petani sehinggalah OKU, menunjukkan yang ianya dirancang dengan penuh prihatin lagi terperinci.

Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat luar bandar dan golongan miskin bandar adalah golongan yang paling ‘tercabar’ untuk bersaing dalam pembangunan yang begitu yang pesat dan ekonomi yang tidak menentu. Dengan itu, seperti kelaziman, kerajaan tidak pernah melupakan golongan ini dalam pembentangan Bajet tahunan. Rumah-rumah kos rendah dan berbagai program bantuan dan peningkatan pendapatan telah disusun khas untuk golongan ini bagi memastikan kesejahteraan mereka dalam jangka masa panjang.

Namun, hakikat hari ini ialah golongan berpendapatan sederhana iaitu dalam lingkungan RM3,000 – RM5,000 di bandar juga tidak terkecuali dari tekanan hebat peningkatan kos sara hidup. Golongan ini diwakili oleh mereka-mereka yang telah berkeluarga di mana pemilikan hartanah dan pendidikan anak-anak merupakan keutamaan.

Secara dasarnya, sebuah keluarga di bandar memerlukan sekurang-kurangnya dua buah kenderaan untuk memastikan segala-galanya ‘berfungsi’ dengan baik. Maka, kos bagi dua buah kenderaan dan sebuah rumah selalunya sudah menjangkau separuh dari pendapatan bulanan mereka. Itu belum lagi dikira kos pembantu rumah atau pengasuh, tadika, bas sekolah, kelas agama, tuisyen, keperluan harian serta kecemasan. Selain itu, kos sampingan yang perlu ditanggung mereka secara harian semata-mata untuk bekerja, seperti minyak, tol serta parkir yang tinggi di bandaraya Kuala Lumpur amatlah membebankan.

Dengan pendapatan sebegini, adalah sukar bagi sesebuah keluarga berpendapatan sederhana untuk membuat simpanan atau pelaburan untuk masa depan. Oleh itu, ramai yang memilih untuk berniaga sambilan bagi memastikan ekonomi rumahtangga mereka lebih ‘selesa’.

Akibatnya, masa berkualiti keluarga ini amat terhad, di mana masa ibu bapa banyak dihabiskan dalam kesesakan lalu-lintas, bekerja sambilan atau keletihan lalu menyebabkan anak-anak terabai sehingga menyumbang kepada masalah yang lain pula di dalam masyarakat, seterusnya, negara.

Alhamdulillah, nampaknya kerajaan cukup maklum dan sedar akan masalah yang membelenggu golongan ini sebagaimana terbukti dalam Bajet yang dibentangkan semalam. Antaranya, pengumuman mengenai rumah mampu milik sebanyak 123,000 unit di kawasan Sungai Buloh dan Seremban, iaitu kawasan di mana golongan ini tertumpu bagi mengelak kos sara hidup yang tinggi di bandar.

Selain itu, Skim Rumah Pertama yang sebelum ini dibuka kepada mereka yang berpendapatan bawah RM3,000 kini ditingkatkan kepada RM5,000 dengan gabungan pendapatan isi rumah di bawah RM10,000 bagi rumah di bawah harga RM400,000 juga pastinya mensasarkan kepada golongan ini.

Tidak cukup dengan itu, pengurangan cukai pendapatan sebanyak 1% bagi pendapatan RM2,500 – RM50,000 juga dilihat mampu mengurangkan beban golongan berpendapatan sederhana ini.

Perlu diingatkan bahawa golongan berpendapatan sederhana bukan sahaja melibatkan pekerja kerajaan atau kakitangan awam, tetapi juga pekerja-pekerja swasta. Seperti yang kita maklum, pekerja swasta tentunya tidak berpeluang menikmati kemudahan pinjaman perumahan sepertimana kakitangan kerajaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa walaupun Bajet yang dibentangkan kerajaan adalah menyeluruh iaitu melibatkan golongan petani, pelajar, kakitangan kerajaan, polis, perubatan, tentera sehinggalah kepada peniaga dan korporat, tetapi ramai yang terlepas pandang akan golongan pekerja swasta. Oleh itu, pekerja swasta telah biasa merasa terpinggir dalam pengumuman Bajet oleh kerajaan.

Namun, dengan skim atau program perumahan yang dibentangkan dalam Bajet semalam, pekerja swasta kini boleh sama-sama tersenyum dan berterima kasih kepada kerajaan kerana turut berpeluang menikmatinya.

Justeru, tidak salah jika dikatakan bahawa Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri adalah bajet yang terbaik, tepat dan lengkap. Pembangkang boleh menuduhnya sebagai Bajet Pilihanraya atau apa saja, tetapi apakah salahnya Bajet Pilihanraya sekiranya ia berasaskan kemampuan sebenar setelah diambilkira maklumat kewangan yang tepat?

Bukannya seperti Bajet Alternatif yang disediakan dengan menggunakan imaginasi semata-mata di mana hasilnya ialah bajet khayalan yang tidak masuk akal dan mampu mengbankrapkan negara.

Jadi, bukankah seratus kali lebih baik bagi rakyat untuk memilih kerajaan yang membentangkan Bajet Pilihanraya daripada memilih pembangkang yang berkhayal sambil mencanangkan Bajet Imaginasi?

28 September 2012

Puak PAS Tipu! Dakwa Genting Beli Saham FGVH. Klik baca ni!


Mudah sungguh bagi Subky Latif membuat tuduhan di Harakahdaily bahawa Genting membeli saham FGVH. Mudah kerana ia tidak memerlukan fakta, angka dan bukti apa-apa untuk menguatkan tuduhan.

Siapa saja boleh menuduh apa saja malah kita juga boleh menuduh Subky Latif atau Hadi Awang ada membeli saham Genting dan kemudian melalut-lalut mengaitkan keturunan, kenalan dan sahabat handai mereka sambil memburuk-burukkan semuanya sebagaimana yang Subky lakukan terhadap FGVH dan Dato’ Seri Najib dalam tulisan tersebut.

Sehinggakan sekali baca, tampak seolah-olah Subky Latif ini bukannya ingin mempersoalkan Genting atau saham FGVH, tetapi dengki kerana tidak tergolong dalam keturunan orang-orang berada dan bernama seperti Dato’ Seri Najib.

Sebenarnya, sikap orang-orang PAS ini sama saja, tak kira penulis, penyokong atau pemimpin. Iaitu mereka gemar mempersoalkan tahap ‘keIslaman’ orang lain di samping menonjolkan diri sebagai yang ‘lebih Islam’ atau ‘paling Islam’. Dalam hal ini, mereka sengaja membangkitkan persepsi seolah-olah pengurusan Felda tidak tahu halal-haram atau tidak cukup Islam.

Mungkin kerana telah kalah dalam isu FGVH iaitu gagal menghalang penyenaraian, terbongkar segala penipuan dan niat jahat atau kerana menyesal tergadai peluang untuk sama-sama memperoleh keuntungan, maka PAS cuba mengalih pandangan dengan membangkitkan soal ‘keIslaman’ FGVH pula.

Untuk PAS dan Subky Latif, tidak perlulah meragui keIslaman FGVH kerana sesungguhnya pihak yang mengurus FGVH juga cukup peka dengan halal-haram sesuatu urusan perniagaan. Jika ada yang terlepas pandang atau kurang jelas, sama-samalah diperbetulkan bukan difitnah atau dijatuhkan kerana yang akan rugi nanti adalah orang-orang kita juga, orang Islam, orang Melayu yang menjadi majoriti peneroka Felda.

Tetapi, apa yang jelas haram atau dosanya di sini ialah tindakan menuduh dengan niat memfitnah terhadap orang lain seperti apa yang dilakukan oleh Subky Latif, Harakahdaily dan PAS.

Saham FGVH adalah bertepatan dengan syariah berdasarkan prospektus dan setakat ini, tiada pemegang saham atas nama ‘Genting’ yang direkodkan.

Bagaimanapun, jika Genting yang membeli saham sepatutnya bukanlah satu isu tetapi yang sepatutnya menjadi isu ialah jika FGV yang membeli saham judi Genting. Tetapi ini tidak pernah dan tidak mungkin berlaku selagi ia dipantau oleh kerajaan yang didominasi oleh orang Islam.

Lainlah jika Pakatan Rakyat yang menjadi kerajaan serta Anwar Ibrahim yang membawa fahaman pluralisme menjadi Perdana Menteri dengan DAP menjadi tulang belakangnya, maka mungkin sesuatu seperti itu boleh berlaku.

Dengan itu, Subky harus ingat bahawa bukan dia sahaja yang Islam di Malaysia ini. Orang-orang UMNO, majoriti peneroka Felda dan pengurusan FGVH juga Islam. Bezanya, satu pihak gemar mempertikai iman dan ilmu agama orang lain dan satu pihak lagi tidak. Itu saja.

Tetapi, pihak atau individu mana yang lebih beriman, lebih tinggi darjat dan akan mendapat berkat di sisi Allah SWT tiada siapa yang tahu, walau berapa kali pun Nik Aziz cuba membayangkan kepada kita yang dia tahu.

Justeru, tak usahlah Subky melalut menulis panjang-panjang sekadar untuk melepas geram memburukkan Perdana Menteri, keluarga dan tokoh-tokoh UMNO. Ini kerana tidak berbaloi menambah dosa sedangkan Perdana Menteri dan orang-orang yang dikutuk Subky langsung tidak terjejas dan tidak terasa apa-apa.

Perdana Menteri kekal tenang bekerja untuk rakyat, peneroka Felda terus gembira mendapat nikmat, Felda terus maju dan meningkat. Cuma Subky dan PAS saja yang penuh dengan dendam kesumat.


27 September 2012

Anwar Ibrahim Berbelanja RM960,000 Untuk 2 Hari... Baca ni!


Seharusnya pada masa sekarang kita sudah boleh meludah seorang pemimpin pembangkang yang beberapa minggu lalu ada berkata kalau beliau menjadi Perdana Menteri , beliau takkan duduk di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya. Kononnya ingin menjimatkan belanja dan tidak mahu membazir kerana kos membayar elektrik yang tinggi. Kata-kata beliau itu hanyalah sekadar tisu tandas yang boleh dipakai buang!

Ini berikutan laporan Utusan Malaysia secara ekslusif mendedahkan kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin pakatan pembangkang ke Labuan, Sabah pada pertengahan bulan ini adalah RM96,000 (AS$30,000). Kos tersebut meliputi semua caj termasuk bayaran juruterbang, jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd. (Tjets).

Difahamkan juga urusan tempahan jet berkenaan dilakukan oleh seorang individu dari Sarawak. Pengerusi Tjets, Datuk Mohd. Taufik Omar menjelaskan, beliau tiada hubungan persahabatan dengan Anwar, sebaliknya perkhidmatan pengurusan penerbangan jet eksekutif yang dinaiki oleh ketua pembangkang itu dilakukan secara profesional.

Sekarang nyatalah Anwar Ibrahim seorang pembohong! Anwar Ibrahim di laman sosial Twitternya ada mendakwa bahawa kemudahan beliau dan rakan-rakannya itu adalah hanya sumbangan dari seorang rakan yang tidak mengharapkan apa-apa balasan serta imbuhan. Bereapa pihak mula mendesak Anwar Ibrahim agar mendedahkan sumber kewangan beliau untuk menyewa jet berkenaan.

Dr Mohd Puad Zakarshi, Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, beliau mempunyai seorang kawan yang mempunyai jet persendiria. Apabila rakan beliau itu “parking’ sahaja di Taiwan, rakan beliau itu dikenakan bayaran sebanyak RM50,000. Beliau juga mengesa agar perkara berkenaan disiasat. Anwar Ibrahim adalah pelakon yang hebat. Beliau diibarat seekor “Chameleon” yang boleh merubah mengikut persekitaran.

Pada tahun 1998 dahulu, ketika berceramah, Anwar Ibrahim kembali menggunakan kereta Beetle Volkswagen semata-mata untuk menarik perhatian dan simpati orang ramai. Kata Anwar Ibrahim, selepas dia dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, dia telah kehilangan segala-galanya. Dia tiada lagi kereta kecuali kereta buruk itulah yang katanya, merupakan kereta yang digunakan sewaktu dia jadi mudir Yayasan Anda sebelum 1982.

Maka berlakonlah dia ke hulu ke hilir dengan kereta buruk itu untuk meraih simpati. Dan dia sebenarnya berjaya menipu dan memperdayakan kebanyakan rakyat Malaysia pada waktu itu dengan lakonannya yang amat mantap. Maka ramailah yang percaya, Anwar Ibrahim adalah pejuang rakyat dan Anwar Ibrahim adalah mewakili sebahagian besar rakyat Malaysia yang masih marhein.

Selama hari ini, Anwar Ibrahim menuduh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai seorang yang boros, bermewah-mewahan dan suka membazirkan duit rakyat malah dalam ceramah-ceramahnya, beliau menceritakan bahawa rakyat harus berkorban jiwa dan raga, serta harta benda demi menyelamatkan Malaysia.

Tapi hakikat sebenarnya, yang selamat hanyalah Anwar Ibrahim sebab dari penjara lagi, keluarganya hidup dalam keadaan mewah sepanjang beliau di dalam penjara. Malah apabila dibebaskan, beliau terus membina sebuah banglo di Segambut bernilai lebih RM7 juta.

Adalah difahamkan kereta pertama yang Anwar Ibrahim beli selepas dibebaskan ialah merupakan sebuah MG Rover 3500 cc yang mempunyai enjin Mustang. 

Itu baru kereta peribadi beliau, belum lagi pegawai pengiring dan pengawal keselamatan Anwar Ibrahim. Inilah watak sebenar Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim seorang yang hipokrit dan cakap tak serupa bikin. 

Beliau harapkan ahli-ahli PKR untuk berkorban harta benda sedangkan dalam masa yang sama, beliau hidup mewah.

Sumber : http://www.selangordaily.com/?p=5857

26 September 2012

Nah... Salahuddin takut debat Azalina?


Seronok sungguh tengok air muka Salahuddin Ayub jawab cabaran ahli parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman yang mahu berdebat dengan Naib Presiden PAS itu berhubung isu Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (RAPID) di Johor itu.

Beria-ia beliau sahut cabaran debat pasal isu itu tetapi bukan nak debat dengan Azalina sebaliknya pilih Menteri Besar Johor Datuk Ghani Othman.

“Saya sangat bersedia berdebat dengan MB Johor atas isu itu. (Ianya) Perlu diselesaikan dgn tindakan lebih relevan oleh MN yang amat berkuasa atas isu tanah,” kata Salahuddin bila diaju cabaran Azalina.

Alasannya, berdebat dengan Azalina tidak beri kesan sebab Ghani yang berkuasa hendak jawab isu pengambilan tanah bagi projek tersebut.

Salahuddin bukan saja nak debat dengan Ghani tetapi juga mahu stesen televisyen buat siaran langsung.

“Kalau boleh live.oleh Astro, TV1 atau TV3, saya mahu debat dengan MB Johor,” ujarnya.

Menjawab soalan, Salahuddin yang digembar gembur bakal MB Johor jika pembangkang menang di negeri itu berpendapat, Azalina sesuai debat dengan Anis Afilda Mohd Ali, pengerusi NGO Pengerang yang perjuang isu RAPID.

“Bukan tak layak (Azalina debat dengannya). Biarlah wanita lawan wanita dan Anis sangat layak kerana beliau aitivis yang juarai isu itu,” katanya.

Boleh gelak juga dengan lidah Salahuddin berputar-putar semata-mata juga nak tunjuk standard beliau bakal MB Johor sebab itu mahu berdebat dengan Ghani.

Agaknya Salahuddin takut nak berentap dengan Azalina sebab takut kena tae kwan do dengan bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Ataupun kerana sudah lama sangat kawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Salahuddin juga sudah belajar, tanya lain, jawab lain.

Sumber : AgendaDaily

Saksi Video & Artikal berkaitan KLIK tajuk dibawah: 

25 September 2012

Azalina Cabar Salahuddin PAS Berdebat. Klik, baca ni!


Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman mencabar Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub untuk berdebat ekoran dakwaan pemimpin PAS itu bahawa nilai pampasan terhadap pengambilan tanah penduduk kampung di Pengerang hanya RM2.80, sedangkan harga sebenar ialah RM8 sekaki persegi.

Azalina turut membidas badan bukan kerajaan (NGO) dari Pengerang yang mengatakan kawasan pembangunan projek Komples Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) akan memberi kesan kepada alam sekitar dan menjejaskan sumber mata pencarian ekonomi penduduk.

“Itu semua dakwaan rambang dan rumusan secara menyeluruh. Harga pampasan tanah RM2.80 adalah untuk kawasan tanah yang jauh dari jalan utama, sedangkan kerajaan menilai bukan setakat tanah, tapi turut menilai bangunan, termasuk tanaman di atas tanah itu.

“Setakat ini jumlah tertinggi yang diberikan ialah RM8 sekaki persegi,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen, Selasa. Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Pengerang itu, berkata berdasarkan taklimat Johor Petroleum Developement Corporation (JPDC), fasa pertama untuk pemindahan penduduk di 10 kampung tradisi di Pengerang telah menyaksikan 179 borang H diserah tanpa sebarang bantahan.

“Daripada jumlah itu, 70 menerima tanpa bantahan, dan 109 menerima dengan syarat. Tiada yang menolak,” katanya sambil menafikan dakwaan Salahuddin yang mengatakan ada penduduk yang menolak pengambilan tanah itu.

Ditanya kenapa lokasi kampung itu dipilih, Azalina berkata ini kerana ia merupakan laluan utama kapal-kapal dagang yang menggunakan laluan itu untuk ke China.

“Ia kawasan laluan beratus kapal dagang, perkara ini sudah 10 hingga 15 tahun berlaku. Bercakap tentang pencemaran, kawasan itu bukan tumpuan pelancongan.

“Kawasan pelancongan di sebelah bahagian Desaru dan Sebana,” katanya.

Salahuddin sebelum itu mengadakan sidang akhbar bersama sebuah NGO di lobi Parlimen mengenai isu tanah itu sebelum Azalina membidasnya di satu sidang akhbar lain. - Sumber: http://ob21.net/?p=3307

22 September 2012

Hudud: Kit Siang 'Terajang' Nik Aziz


Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat beberapa hari lalu dalam satu kenyataan retoriknya menegaskan bahawa perlaksanaan hukum hudud di Malaysia tidak boleh dilengah-lengahkan lagi.

Nadanya tidak jauh berbeza dengan janji Presiden PAS, Hadi Awang di penghujung 1990-an yang mahu melaksanakan hukum hudud di Terengganu sebaik sahaja belum sempat ayam jantan habis berkokok.

Sejak itu hingga saat ini, sudah beratus ribu ekor ayam jantan telah serak anak tengkuknya berkokok saban pagi subuh namun hingga kini realiti perlaksanaan hukum hudud tidak pernah kelihatan.

Janji ditaburi dan kerap dimungkiri, itu perwatakan yang telah lama sebati dengan mana-mana sahaja pemimpin PAS.

Pun begitu, percayalah makin nak dekat musim pilihanraya, Nik Aziz dan pemimpin PAS yang lain tetap akan memainkan jua isu hudud sekurang-kurangnya untuk mengurangkan impak kejatuhan pengaruhnya dikalangan umat Islam.

Walau dikalangan sebahagian besar umat Islam amat faham kenyataan Nik Aziz itu hanyalah satu siaran ulangan yang berbentuk retorik dan propaganda kosong sahaja yang tarafnya sama seperti janji yang taburi oleh Hadi Awang, namun ia tetap mengundang 'serangan balas' dari sekutu kesayangan PAS iaitu DAP.

Dalam reaksi segeranya terhadap kenyataan Nik Aziz itu, Karpal Singh selaku Pengerusi DAP Pusat telah memberi amaran bahawa isu perlaksanaan hudud yang dicanang semula oleh PAS itu bakal menjahanamkan pakatan pembangkang yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAS.

Rentetan dari amaran tersebut, seperti biasa Nik Aziz berubah monyok bangang tak keruan, mulalah dia bersilat lidah memusing cerita dengan menyalahkan pula UMNO - satu tabiat biasa yang diamalkannya tiap kali tersepit dan terhimpit.

Melihat Nik Aziz merapu-rapu dan monyok macam tikus kesejukan ditimpa hujan, tidak semena-mena Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang pula membuka mulut mengulas polemik hudud. Katanya, sekalipun PR berjaya menguasai pemerintahan pusat, hudud tetap tidak akan dilaksanakan.

Menurut Lim lagi, tiada ruang untuk perlaksanaan hudud yang dicanang oleh PAS kecuali jika persetujuan secara sebulat suara dicapai. Dengan kata lain, angan-angan PAS berkenaan hudud memerlukan kebenaran rasmi dari DAP dan PKR.

Sama ada Lim mahupun Karpal, walaupun mereka tahu retorik Nik Aziz dalam mencanang kembali isu hudud hanyalah untuk menarik semula perhatian pengundi Islam tambahan pula sejak akhir-akhir ini menunjukkan pengaruh PAS sudah semakin merosot.

Tapi kesempatan ini sebenarnya dilihat peluang terbaik untuk DAP menunjukkan taringnya sebagai abang besar kepada PAS supaya imejnya dikalangan pengundi non muslim terus meningkat naik.

Reaksi Lim kali ini saling tak ubah seperti 'penerajang' singgah ke muka Nik Aziz. Memedihkan tapi cukup untuk menjadi pengajaran pada PAS supaya menyedari statusnya dalam PR bukan sahaja lebih rendah dari DAP malah sudah setaraf seperti keldai tunggangan sahaja layaknya.

18 September 2012

16 Sept : Anwar & kuncu-kuncunya meroyan gila di Kuching.


Sempena Hari Malaysia dan sambutan Ulangtahun Penipuan Terbesar Anwar Ibrahim iaitu untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September, Pakatan Rakyat mengambil kesempatan untuk meluaskan lagi penipuan dengan menabur janji kepada rakyat Sabah dan Sarawak melalui satu deklarasi yang dinamakan Deklarasi Kuching.

Deklarasi tersebut ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang di Chong Ling Park, Kuching. Ia juga turut ditandatangani oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Adam Ahid, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dan juga Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng.


Menurut PR, deklarasi tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah dan Sarawak serta pembangunan kedua-dua negeri selain sebagai menandakan komitmen Pakatan Rakyat untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963.

Tujuh perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut adalah:

1. Kerjasama Bersekutu

2. Perwakilan Yang Adil

3. Kewarganegaraan

4. Pengiktirafan Hak Ke Atas Tanah Adat

5. Kecekapan Dan Kemandirian Sarawak Dan Sabah

6. Keadilan Dalam Isu Minyak

7. Pembangunan Sekata

Tidak cukup dengan itu, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dalam ucapannya di Tuaran yang ditujukan kepada rakyat Sabah dan Sarawak, telah bertindak mengkritik kerajaan pusat kerana ‘meminggirkan’ kedua-dua negeri tersebut sehingga menyebabkan kemiskinan masih lagi berleluasa sedangkan mempunyai sumber alam yang tinggi.

Rakyat Sabah dan Sarawak pasti terhibur mendengar janji-janji PR ini tetapi kita pasti majoriti mereka cukup bijak untuk menilai sesebuah janji berdasarkan rekod si penabur janji. PR boleh berjanji apa saja, bulan bintang, gunung matahari tetapi apakah jaminan bahawa parti ini mampu menunaikan segala janji?

Kita tidak perlu pergi jauh untuk menilai kemampuan PR menunai janji kerana tarikh 16 September itu sendiri sudah cukup untuk menggambarkan segala-galanya mengenai parti tersebut.

16 September bukan sahaja menjadi bukti PR adalah parti penipu kerana Anwar tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang dijanjikan, tetapi juga menjadi bukti bahawa ia adalah parti yang tidak punya integriti kerana ingin mengambil alih negara melalui jalan belakang, membelakangkan pilihan rakyat, yakni dengan kaedah merasuah atau membeli pemimpin.

Selain itu, sebelum terbawa-bawa dengan hiburan yang dibawa oleh pemimpin PR di pentas ceramah, rakyat Sabah Sarawak wajar belajar dari rakyat Pulau Pinang yang kini sedang terngadah dahi masing-masing setelah terhantuk kuat dengan janji-janji PR untuk membela mereka. Apa yang nyata kini di Pulau Pinang ialah kerajaan DAP hanya membela golongan yang telah sedia kaya, serta menindas yang lain.

Kampung dirobohkan, tanah dirampas dan perniagaan ditutup atas nama ‘undang-undang’ dan peraturan tanpa mengambil kira kesusahan rakyat yang terlibat. Iaitu satu perkara yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan BN.

Seperti Pulau Pinang, negeri Selangor yang berada di bawah PKR juga menyaksikan harga tanah menjulang tinggi dan pembinaan rumah-rumah kos tinggi dan terlalu tinggi sahaja, semenjak PR mengambil alih. Jelas, satu-satunya golongan rakyat yang mendapat faedah dari keputusan-keputusan yang dibuat oleh kerajaan PR ialah golongan berpendapatan tinggi dan amat tinggi, terutamanya di kalangan ahli-ahli perniagaan yang berjaya.

Semuanya gara-gara ingin menunjukkan peningkatan dalam rekod pendapatan negeri, tanpa mengambil kira akibatnya kepada rakyat dari golongan sederhana, rendah dan miskin. Justeru, bagaimana rakyat Sabah Sarawak mampu mempercayai yang PR akan membela nasib mereka yang benar-benar memerlukan pembelaan dan bukannya yang telah sedia berjaya?

Keprihatinan yang diluahkan oleh Hadi Awang di dalam ucapannya kepada rakyat Sabah Sarawak juga tidak wajar diambil serius. Ini kerana, negeri yang berada di bawah pemerintahan PAS selama lebih 20 tahun iaitu Kelantan, masih, dan selamanya merupakan negeri paling mundur dengan catatan kemiskinan paling tinggi di Malaysia.

Oleh itu, rasanya adalah lebih afdal jika rakyat Sabah dan Sarawak menyeru Hadi Awang agar membuktikan keprihatinannya kepada rakyat Kelantan dahulu, sebelum menabur janji kepada rakyat negeri lain.

Umum telah sedia maklum bahawa PR memang gemar bermain kata-kata.

Contohnya, ‘menolak dan menentang hudud adalah tidak sama’. Atau ‘bersekongkol dan bekerjasama dengan DAP tidak membawa kepada tindakan yang sama’. Serta yang terbaru dan paling penting untuk diberi perhatian ialah ‘manifesto PR bukan janji’.

Berdasarkan permainan kata-kata ini, apakah kemungkinan yang PR tidak akan berkata bahawa ‘Deklarasi Kuching bukan janji’ sekiranya mereka berjaya memenangi Sabah / Sarawak dalam PRU nanti. Tidak mustahil, seperti juga manifesto mereka, PR hanya menyenaraikan dan mengumumkan perkara-perkara di dalam deklarasi tersebut untuk suka-suka sahaja bagi meraih undi rakyat, tanpa niat pun untuk menunaikannya.

Oleh itu, dengan penipuan, ketidakadilan serta ketidakcekapan PR yang jelas dan nyata dapat dilihat di negeri-negeri yang diperintah mereka, tentulah tidak salah untuk kita berpesan kepada rakyat Sabah dan Sarawak bahawa ‘Bila ianya PR, ia tidak boleh dipercayai.

Deklarasi Kuching PR: Sebuah Janji ala Manifesto yang Bukan Janji?

RAPID PENGERANG: Orang luar sibuk berdemo...


Isu Rapid Petronas di Pengerang yang dipolitikkan oleh pembangkang sebenarnya bukan satu masalah kerana ianya telah mendapat sokongan penduduk tempatan. Yang buat demonstrasi hanyalah orang luar yang cuba mempolitikkan isu yang sebenarnya bukan isu.

Sementara penduduk yang terikat dengan sentimen ‘pusaka’ sebenarnya lebih kepada termakan hasutan mereka yang berkepentingan politik dan menafikan hak anak cucu mereka untuk masa masa mendatang, Mereka ini tidak mahu memikirkan masa hadapan anak cucu mereka dan lebih rela mereka menjadi nelayan dan kekal sebagai nelayan atau petani.

Saban hari kini Pengerang menjadi tumpuan parti politik dan NGO yang kononnya untuk membela nasib penduduk kampong yang terlibat dengan pengambilan tanah mereka bagi tujuan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) Petronas di Pengerang.

Kini kawasan Sungai Rengit menjadi tumpuan penghasut didalam cubaan untuk menghasut penduduk bagi menghalang kelancaran pembinaan RAPID di Pengerang setelah cubaan mereka di beberapa buah kampong lain yang terlibat gagal.

Yang hairannya Sungai Rengit ini tidak terlibat langsung dengan pembinaan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) Petronas ini, tetapi mengapa ianya menjadi pusat untuk menghasut penduduk kampung membantah dan menolak projek?, apa motif mereka menghasut penduduk setempat yang majoritinya kaum Cina?..selanjutnya baca disini..

Sumber & Tulisan Asal: http://ob21.net/

16 September 2012

Lagi Jembalang Pakatan Hina Sultan Johor.. Klik tengok ni!


Apa yang Sultan Johor telah lakukan pada Rakyat Anarki, apa dosa Sultan Johor pada keluarga rakyat anarki?
Dimana pihak berkuasa yang bertanggungjawab soal keamanan? Kepada rakan2/NGO yang ada kemampuan, tolong laporkan hal ini kepada PDRM...
Minta KDN siasat dan ambil tindakan keras bukan amaran keras...
Lihat ni posting yang dia buat...


15 September 2012

Tali barut pembangkang? Saksi video SPRM kena tibaiii!


TIBAI sudah hilang kepercayaan terhadap agensi tersebut dan percaya ada jerung-jerung besar yang menjadi tali barut, alat dan perkakas kepada pembangkang.
Saksikan kenyataan video dibawah:



Sumber: KLpos

14 September 2012

Pindahkan 'Kubur' jadi isu politik di Pengerang. Klik baca ni!

Ada pihak dikesan cuba mengambil kesempatan dengan mempolitikkan isu pemindahan kubur orang Islam dan jirat masyarakat Cina di Pengerang sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk di situ.

Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor Elias Hasran berkata hasil pertemuan di kalangan masyarakat Islam dan Cina di situ mendapati hanya segelintir sahaja yang membantah pemindahan itu.

Beliau berkata sebelum ini terdapat bantahan di kalangan masyarakat Islam untuk pemindahan kubur kerana menyangka ia akan dipindahkan di kawasan berpaya sedangkan itu tidak benar.

"Kita akan tambak dahulu kawasan itu dan kerja-kerja meratakan kawasan tersebut telah dimulakan oleh kontraktor yang dilantik. Kita mengambil berat saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan kita mewujudkan kawasan perkuburan yang teratur seperti di Damansara dan Putrajaya.

"Pada pandangan kita yang bantah hanya segelintir dan hasil dialog yang diadakan didapati sebahagian besar menyokong kuat projek yang kita jalankan ini...ada yang menentang kerana terdapat elemen politik cuba ganggu pelaksanaannya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi taklimat khas bersama media berhubung perkembangan semasa projek minyak dan gas Pengerang di sini hari ini.

Taklimat itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) Mohd Yazid Jaafar dan Timbalan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Johor Azmi Rohani.

Elias berkata isu berhubung pemindahan kira-kira 1,545 kubur orang Islam untuk memberi laluan kepada projek Kompleks Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (Rapid) dan Terminal Petroleum Air Dalam Bebas Pengerang bagaimanapun berjaya diselesaikan dengan baik.

Ia hasil perbincangan penduduk lima kampung terlibat dengan Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Johor iaitu Kampung Teluk Empang, Kampung Sungai Kapal, Kampung Sebong, Kampung Jawa Laut dan Kampung Jawa Darat, katanya.

Beliau berkata perkuburan baharu terletak kira-kira tiga kilometer dari kawasan penempatan baharu di Kampung Datuk Abdul Ghani Othman dan pemindahan dijangka dilaksanakan dalam tempoh empat bulan mulai awal Oktober depan.

Sementara itu, katanya proses perbincangan bagi pemindahan 3,700 jirat Cina ke kawasan seluas 23.4 hektar di Bukit Gelugor dijangka selesai tidak lama lagi.

Elias berkata kerajaan negeri telah melantik konsultan yang mahir dalam bidang tersebut dan akan dipantau oleh lima persatuan kaum Cina untuk memastikan ia benar-benar mengikut agama dan budaya masyarakat Cina.

"Kawasan baharu itu di kawasan berbukit dan kerja-kerja pemindahan dijangka dimulakan pada Mac tahun depan.

"Ini bukan merupakan kali pertama kita memindahkan jirat Cina kerana sebelum ini pun kita pernah melakukan perkara yang sama untuk pembinaan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL), jadi saya hairan kenapa kali ini ia dipolitikkan," katanya.

- Bernama

Baca ni, Anwar dan Khalid Ibrahim... Serupa saja!

Sebelum ini riuh rendah pemimpin pakatan pembangkang yang bernaung di bawah gabungan tidak berdaftar PR memperlekahkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai bacul dan dayus berikutan cabaran debat dari Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim tidak dilayan.

Mereka dengan angkuh meremehkan kesibukan Dato' Seri Najib sebagai PM yang jadual tugasannya agak padat dan ketat dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan negara berbanding dengan tugasan Ketua Pembangkang di Parlimen yang agak longgar ruang masanya dan lebih banyak cakap tanpa kerja buat bermanfaat.

Disebabkan terlampau banyak ruang masa itulah yang digunapakai sepenuhnya oleh Anwar untuk membuat ceramah politik kepartian ke pelusuk negara termasuklah sempat lagi menggayakan aksi pedang bengkok di lokasi kegemarannya.

Rupa-rupanya gelaran bacul dan dayus yang mereka palitkan pada PM serta Kerajaan Barisan Nasional itu hanyalah polemik saja untuk menutup kebebalan dan kelemahan pakatan pembangkang.

Ini terbukti apabila Menteri Besar Selangor dari PKR, Khalid Ibrahim tidak semena-mena terbang ke Bangkok, Thailand pada hari sepatutnya dia berdebat dengan Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkenaan isu hutang Talam di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak.

Tiba-tiba sahaja lari ke luar negara konon ada acara sebagai alasan, untuk kurangkan rasa malu maka dihantarnya 3 orang balaci sekadar untuk mengabui mata khalayak.

Lagi tambah menarik perhatian ramai bila Setiausaha Politik MB yang mengiringi mereka dengan selambanya mengaku telah cilok (mencuri) dokumen sulit kerajaan negeri yang sepatutnya tidak boleh di bawa keluar dari pejabat MB. Sengal betul.

Pemimpin dan penyokong pembangkang juga pernah mengatakan yang PM dan BN terlalu dayus dan bacul untuk bubar parlimen serta memanggil segera PRU 13. Bunyinya macamlah geng-geng pemimpin pembangkang sudah tidak sabar untuk mengalahkan BN.

Tapi yang berlaku sekarang ialah, Anwar selaku Penasihat Ekonomi Seringgit sudah pun mengesahkan bahawa Selangor tidak akan membubar DUN serentak dengan parlimen atas sebab konon daftar pemilih belum bersih.

Sebelum ini beriya-iya mereka menuduh BN takut menghadapi pilihanraya, rupanya yang sebenar-benar takut, bacul dan dayus ialah mereka sendiri. Takut dilihat gelaran bacul dan dayus terpalit atas dahi sendiri, tak pasal-pasal daftar pemilih SPR pula yang dijadikan kambing hitam.

Andai betul daftar SPR tak bersih, yang Anwar dan balacinya yang lain memandai-mandai cabar BN bubar parlimen secepat mungkin apahal? Sangap sungguh.

Kalau alasan daftar pemilih SPR benar tidak bersih, dari mana pula datangnya angan-angan mat jenin untuk tawan tiga lagi negeri lain. Tak ke kontradiks namanya tu?

Jadi, sekarang siapa yang dayus dan bacul sebenarnya? Bukankah ia kembali terpalit pada dahi pemimpin pakatan pembangkang sendiri lebih-lebih lagi Anwar dan Khalid yang sama-sama anak Ibrahim.

Cakap-cakap Anwar semakin merapu... Klik baca ni!


Heboh di dalam alam siber berkenaan ceramah Anwar di Ampang di mana beliau terus menabur janji-janji manis yang tidak masuk akal. Harga minyak turun, mansuh PTPTN dan berbagai-bagai lagi janji manis yang akan ditunaikan secara serta-merta iaitu dalam masa 24 jam setelah mengambil-alih kuasa. Beliau juga berjanji yang media boleh bertanya apa saja ketika itu, tapi bukan kepadanya, tetapi kepada Dato’ Seri Najib yang ‘terpaksa’ turun dari takhta, katanya. 

Anwar bercakap seolah-olah beliau berada dalam alam fantasi, di sebuah negara olok-olok ala Beringin Rendang dalam cerita fantasi P.Ramlee. Jika Anwar bukan bergurau, beliau tentunya benar-benar benak kerana membayangkan begitu mudahnya untuk menurunkan harga minyak dan menukar sebarang keputusan atau undang-undang yang berkaitan dengan kewangan negara tanpa mengkaji dan membincangkannya.

Atau mungkin Anwar benar-benar terlupa untuk ‘berkongsi’ dengan rakan-rakannya yang lain seperti Kit Siang dan Hadi Awang serta membolot kuasa secara mutlak untuk dirinya semata-mata. Justeru itu, segala keputusan akan dibuat secara sendirian tanpa perlu dibawa ke meja perbincangan.

Namun, apa yang membuatkan kita lebih ‘cuak’ dengan Anwar ialah apabila beliau memberi masa yang tepat iaitu jam 2.30 petang untuk membuat mengumumkan kejayaannya menawan Putrajaya. Kata beliau, “"Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR,"

Rasanya tidak salah jika ada yang meragui kewarasan Anwar dengan kenyataan di atas. Anwar bukan lagi gila kuasa tetapi sudah benar-benar gila. Beliau mula menganggap imaginasinya sebagai realiti. Keputusan pilihanraya hanya akan dikeluarkan seawal 5 petang, bagaimana Anwar mampu menilik kemenangannya pada jam 2.30 petang?

Mungkin ada yang berkata bahawa ini adalah kenyataan ‘pre-emptive’ Anwar untuk mengambil-alih kuasa melalui jalan belakang iaitu dengan menjatuhkan kredibiliti SPR. Namun, kita tidak boleh mengenepikan terus kemungkinan Anwar telah tidak berpijak di bumi nyata dan apa yang diperkatakannya bukanlah strategi ‘pre-emptive’ tetapi fantasinya.

Anwar membayangkan dirinya menjadi Perdana Menteri selepas PRU nanti tetapi di masa yang sama beliau tahu yang beliau sukar untuk menang. Justeru, imaginasinya memberitahu bahawa beliau boleh terus bersikap seperti Perdana Menteri, mengambil tindakan terhadap SPR serta memerintahkan Dato’ Seri Najib agar turun dan berundur.

Bagaikan seorang kanak-kanak melayan imaginasi ingin menjadi superhero, Anwar juga membayangkan yang beliau boleh berbuat dan menjadi apa saja yang beliau mahukan. Memandangkan imaginasi tidak mempunyai batasan maka kerana itulah Anwar mampu menabur janji-janji setinggi bintang di langit dan membayangkan senario PRU sesuka hatinya.

Sedar atau tidak, nampaknya akhir-akhir ini cakap-cakap Anwar sudah semakin merapu. Semakin banyak beliau bercakap, semakin terserlah bahawa beliau tidak lagi bercakap menggunakan akal yang waras.

Sikapnya yang tidak tenang dan sering menunjuk marah terhadap wartawan dari media pro-kerajaan selama ini adalah simtom-simtom awal ketidakwarasannya.

Apapun, kita tunggu dan lihat apa akan terjadi pada PRU nanti. Apakah kegilaan Anwar akan terserlah dengan lebih jelas pada ketika keputusan diumumkan dan tidak memihak kepadanya? Atau apakah beliau akan benar-benar bertindak mengikut imaginasinya iaitu mengabaikan undang-undang, peraturan dan logik dalam membuat tindakan dengan mengumumkan kemenangannya walaupun proses pengundian belum lagi tamat? 

11 September 2012

Nik Aziz Ahli Mesyuarat Tingkap? Baca ni!


Mengikut laporan beberapa media yang membuat liputan berkenaan mesyuarat Majlis Syura PAS tempohari, Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat hanya sempat mempengerusikan mesyuarat tersebut untuk selama kira-kira 20 minit sahaja sebelum beredar keluar dengan wajah yang agak sugul.

Sepanjang 20 minit itu, Nik Aziz yang juga adalah Mursyidul Am PAS sempat menyentuh isu berkaitan Nasharudin Mat Isa sebelum menyerahkan tanggungjawab sebagai pengerusi kepada timbalannya, Datuk Haron Din.

Barangkali tak terjangka kelibat Nik Aziz ponteng keluar awal dari mesyuarat telah dapat dikesan oleh media, akhirnya PAS melalui Ketua Penerangannya terpaksa membuat penjelasan khusus bagi menjustifikasikan kewajaran sikap tidak cakna Mursyidul Am PAS itu.

Menurut penjelasan Tuan Ibrahim Tuan Man itu, tindakan Nik Aziz keluar awal dari mesyuarat tersebut disebabkan MB Kelantan itu mengadu tidak sihat serta sedikit kepenatan.

Punyalah jauh datang dari Kelantan semata-mata untuk mempengerusikan mesyuarat penting di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur tiba-tiba saja alasan masalah kesihatan dan kepenatan dijadikan sandaran untuk melepaskan dirinya dari dikritik oleh ahli dan penyokong PAS.

Alasan sebegini sudah acap kali kita dengar sama ada dari mulut Nik Aziz sendiri mahupun orang kanannya baik yang membabitkan mesyuarat parti, mesyuarat mingguan exco negeri mahupun mesyuarat bulanan anak syarikat serta agensi negeri Kelantan.

Bukan satu rahsiapun sejak Nik Aziz menjawat kedudukan sebagai MB, paling lama dia akan berada dalam sesuatu mesyuarat hanya sekitar sejam sahaja malah banyak mesyuarat di peringkat kerajaan negeri acapkali di pengerusikan oleh orang lain.

Ini pun satu sebab lagi kenapa dikalangan ramai rakyat Kelantan, Nik Aziz lebih terkenal sebagai MB paling kuat berceramah atas pentas politik tapi paling tak memberi manfaat untuk agama, bangsa mahupun negeri sendiri.

Yang dia tahu cuma tandatangan itu ini tanpa mahu membaca sebarang isi kontrak. Dan dia akan setuju apa sahaja tanpa memperhalusi butiran perjanjian, apa yang dibisikkan oleh penasihatnya itulah yang dia pegang tanpa faham penting atau tidak sesuatu perkara.

Nama Majlis Syura Ulama PAS ini pun hanya beberapa minggu kebelakangan ini sahaja sedikit popular tapi selama ini jarang orang tahu bahawa badan tertinggi PAS itu walaupun sudah lama di pengerusikan oleh Nik Aziz tapi nak nampak batang hidung Nik Aziz dalam mesyuarat dwi bulanannya yang jarang-jarang diadakan itu pun amatlah payah.

Ramai pemimpin PAS pernah merungut atas kelesuan Majlis Syura namun bila tiba-tiba sahaja isu Nasharudin meletus dan badan tersebut dijadikan rujukan terpaksa jugalah Nik Aziz menggagahkan diri menghadiri mesyuarat setelah merasakan itulah peluangnya bagi mengenakan Ustaz Nasharudin yang sekian lama dibencinya itu.

Malangnya baru 20 minit mempengerusikan mesyuarat, sudah pancit awal dan hasil mesyuarat pula tak menepati kemahuannya. Gayanya tak lebih tak kurang, Nik Aziz lebih sesuai diangkat sebagai Ahli Mesyuarat Tingkap sahaja.

Anwar nak bertindak samseng dihari mengundi PRU13?


Nah, baca petikan berita dibawah ni! Belum apa-apa tunjuk dah, ciri-ciri seorang diktator si Anwar ni... Macam samseng pun , iya jugak. Bayangkan lah sekiranya dia berkuasa kelak? Huhhh!!!

Berita Dipetik dari antarapos.com
AMPANG: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menaburkan janji-janji 'bulan dan bintang' semasa ceramah beliau di Ampang, malam tadi (Ahad), suatu tindakan yang boleh dilihat sebagai membuai mimpi kepada rakyat di negara ini.

Beliau yang berucap dalam ceramah ketika menjadi tetamu jemputan sambutan Aidilfitri Parlimen Ampang di Taman Kosas hari ini masih mengulangi janji kepada rakyat mengenai penurunan harga minyak, kebebasan media serta pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"(Setelah) 24 jam ambil alih, kita akan lakukan, harga minyak seluruh negara diturunkan. Media bebas untuk tanya kepada sesiapa, (lebih-lebih lagi) Ketua Pembangkang (ketika itu) Datuk Seri Najib.

"Kita akan mansuhkan PTPTN.. Bagi pendidikan percuma kepada semua dari sekolah rendah sampai kepada universiti.

Selain daripada itu beliau turut membayangkan dirinya sebagai bakal Perdana Menteri negara turut berimaginasi untuk menggunakan kuasa diktator untuk mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mengumumkan 'kejayaan' beliau menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

"Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR," tambahnya.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas ketika diaju pemberita mengenai isu tidak mengangkat tangan ketika bacaan Rukun Negara pada malam ambang kemerdekaan anjuran negeri Selangor baru-baru ini.


9 September 2012

2Km Bakar Ikan Cipta Malaysia Book Of Records


Rekod Ikan Bakar Terpanjang di Malaysia ini, berjaya mengatasi rekod sepanjang 1.5 kilometer yang dibuat di tempat yang sama pada 2008 ketika Azalina menyandang jawatan Menteri Pelancongan. 

Usaha mencipta rekod berkenaan adalah salah satu daripada acara menarik yang disediakan sempena Konsert SIJORI yang berakhir semalam, anjuran Badan Rekreasi Dan Komuniti Pengerang. 


Kejayaan itu disaksikan sendiri oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman.

DS Azalina bersama peserta di tapak membakar ikan yang disediakan 2 km panjangnya.

Enam tan arang serta dua setengah tan ikan cencaru digunakan oleh kira-kira 100 sukarelawan Parlimeng Pengerang dan Persatuan Belia Felda Air Tawar 1 (MBFM) untuk menyediakan ikan bakar sepanjang 2 kilometer dan sekaligus mencipta nama dalam Malaysia Book Of Records.

Jam 5 petang acara membakar bermula hingga ke malam dan ikan bakar yang telah masak diagihkan secara percuma kepada para pengunjung yang hadir.





FIRAUN seperti NAJIB??? Baca ni!!!


Membaca tulisan terbaru dari blog pro pembangkang, suarapakatanrakyat.com bertajuk "Buat Apa Minta Maaf Maaf Pada Firaun Seperti Najib?", pastinya membuatkan hati kita membuak marah dengan tulisannya yang agak melampau dan berbaur fitnah.

Blog tersebut bukan sahaja telah mempertikaikan kesediaan ibu bapa kepada Mohamad Ammar Ab Rahman dan Ong Sing Yee untuk memohon maaf dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di atas kesilapan yang dilakukan anak-anak mereka.

Malah tanpa berselindung turut memperlekehkan tindakan ibu bapa terbabit sebagai satu kelemahan yang ketara dan tidak patut dilakukan apatah lagi memohon maaf dengan DS Najib yang digelarnya sebagai firaun kedua selepas Tun Dr Mahathir.

Padahal apa sahaja agama mahupun bangsa atas dunia ini tidak ada satupun yang memandang remeh kesediaan seseorang insan memohon maaf atas keterlanjuran yang berlaku, sebaliknya menyanjung tinggi kesedaran yang datang dari hati yang tulus ikhlas.

Gelaran firaun yang dilemparkan terhadap DS Najib pula ternyata agak melampau dan terbukti memperlihatkan sikapnya yang kurang ajar serta tidak beradab.

Melihat pada gambar replika kepala firaun dengan logo UMNO seperti terpampang di blog tersebut pula bukan setakat menyebabkan amarah kita membuak-buak tetapi juga mengimbas kembali ingatan kita kepada gerakan reformasi yang terkenal dengan kempen melampaui batas dan kurang ajar satu ketika dulu.

Ternyata doktrin kebencian dan sikap kurang ajar yang disemai oleh pemimpin pembangkang semasa zaman gelap reformasi tahun 1990-an dulu nampaknya masih lagi kuat melekat dikalangan sebahagian besar penyokong totoknya.

Bertahun-tahun dulu di zaman kegelapan reformasi tersebut, panggilan mahafiraun, mahazalim dan sebagainya cukup popular meniti dari bibir ke bibir penyokong pembangkang yang bergabung tenaga di belakang Anwar Ibrahim.

Tidak cukup dengan gelaran-gelaran itu, diguna pula kreativiti mereka dengan memuat naik gambar superimposed Dr Mahathir yang sengaja diperlihatkan seperti firaun.

Apa yang berlaku dulu kini seperti cuba dilaksanakan kembali menunjukkan hakikat yang PR sudah ketandusan idea dalam mendepani cabaran PRU 13 yang semakin hampir disebalik tanda-tanda nyata kekuatan mereka sudah kian merudum.

Memfitnah DS Najib dengan gelaran firaun dan kononnya zalim mungkin berjaya menambah kebencian penyokong pembangkang terhadap kepimpinan DS Najib yang menerajui Kerajaan Barisan Nasional, namun realitinya majoriti rakyat tidak dapat menerima kempen politik yang melampaui batas seperti itu.

Jika dulu rakyat telah menghukum pakatan pembangkang dengan menghadiahkan kemenangan kepada BN gara-gara keceluparan dan sikap kurang ajar penyokong Anwar sewaktu di zaman Dr Mahathir sebagai PM, pastinya PRU 13 kelak penangan yang lebih teruk bakal melumpuhkan terus PR dari persada politik negara.

7 September 2012

9 September: Ustaz Nasha bakal 'digantung sampai mati'...? KLIK baca ni!


Hanya tinggal beberapa puluh jam sahaja dari sekarang, Majlis Syura Ulama PAS akan bersidang untuk menentukan untung rugi nasib bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berikutan kenyataan kerasnya sekembali dari Mekah yang dianggap melanggar dasar parti.

Dalam kenyataan yang bersifat ultimatum itu, Ustaz Nasharudin telah meminta PAS mengkaji semula kedudukan dalam PR selepas DAP secara konsisten menolak dasar PAS yang mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud sebagai perundangan negara.

Sebelum itu, penyiaran gambarnya yang dilihat mesra dengan Perdana Menteri sewaktu pertemuan khusus dengan beberapa orang ulama Arab Saudi di Mekah juga telah menerima kecaman keras dari ramai pemimpin PAS dari kumpulan Anwarinas.

Antara komen yang agak pedas termasuklah dari Mursyidul Am PAS sendiri yang juga Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang secara terbuka menghalau Ustaz Nasharudin untuk segera keluar dari parti.

Berikutan kontroversi itu, Presiden PAS, Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat Lajnah Politik & Pilihanraya PAS Pusat selepas itu telah menyerahkan kepada Majlis Syura untuk membuat keputusan muktamad berhubung perkara tersebut.

Sejak seminggu lepas, pelbagai usaha dan kempen secara terbuka dan berbisik hebat dijalankan oleh beberapa pihak dalam PAS untuk mempengaruhi pandangan ahli-ahli Majlis Syura agar mengikut telunjuk mereka.

Dilihat dari segi kempen dan kekuatan pengaruh ditambah pula dengan tekanan dari Nik Aziz sendiri yang cukup anti pada Ustaz Nasharudin, besar kebarangkalian senario 'gantung sampai mati' seperti yang menimpa bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali akan berulang kembali.

Walaupun sejak beberapa hari lalu, beberapa orang pemimpin 'ulama' PAS termasuklah Timbalan Mursyidul Am PAS, Haron Din kelihatan bertungkus lumus untuk mempertahankan hak Ustaz Nasharudin memberi pandangan yang berbeza, namun masih dilihat tidak cukup kuat untuk membendung pengaruh kumpulan Anwarinas yang didukung kuat oleh Nik Aziz.

Tambahan pula, jika sekiranya keputusan Majlis Syura memihak kepada Ustaz Nasharudin, impak buruknya agak menggoncang imej dan pengaruh Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS sekaligus akan memberi kesan besar dalam merobek kekuatan PAS di negeri Nik Aziz sendiri.

Menurut maklumat terbaru dari seorang pemimpin kanan PAS yang bersimpati dengan Ustaz Nasharudin, sedikit masa yang tinggal ini sebelum Majlis Syura bermesyuarat pada 9 September nanti adalah terlalu panas, hangat dengan kempen-kempen yang agak melukakan hati.

Katanya lagi, seperti sudah tiada peluang kedua untuk Ustaz Nasharudin, ruang demokrasi dan keadilan seperti sudah tertutup dalam PAS. Kalaupun Ustaz Nasharudin terlepas dari hukuman pun, berkemungkinan beliau akan di 'peti sejukkan' begitu sahaja.

Jika benar seperti dikatakannya, maka jelaslah 9 September kelak akan menjadi hari yang paling sial untuk Ustaz Nasharudin.

6 September 2012

RAPID PENGERANG: 4 kategori rumah untuk keluarga terlibat.


Kerajaan Negeri Johor menawarkan skim pemilikan rumah eksklusif untuk penduduk kampung yang rumah mereka terlibat dengan pengambilalihan untuk projek Kompleks Petroleum Bersepadu ( Pengerang Integrated Petroleum Complex- PIPC) di Pengerang.

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor, Tuan Haji Elias Bin Hasransaid berkata keluarga yang terlibat dalam penempatan semula akan ditawarkan sebuah rumah baru berkembar dengan keluasan tiga bilik tidur beserta dengan tanah pada harga yang sangat rendah dan mampu milik.

Di bawah pakej khas pemilikan rumah ini, empat kategori rumah akan ditawarkan dengan harga angaran di antara RM120, 000 ke RM245, 000 se unit.

Walau bagaimanapun, penduduk kampung yang terlibat hanya perlu membayar di antara RM35,000 dan RM105, 000 dan selainnya akan di beri subsidi oleh Kerajaan Negeri. Mereka yang terlibatdi jangka mampu untuk memiliki rumah yang di tawarkan ini dengan menggunakan wang pampasan yang akan di berikan oleh Kerajaan Negeri bagi mengimbangi kos untuk memiliki rumah-rumah baru tersebut.

Semua rumah baru akan di bina di atas keluasan tanah dengan ukuran 6,000 kaki persegi (sq) bagi setiap buah rumah, penduduk hanya perlu membayar yuran biasa sebanyak RM1 sahaja

Elias berkata di samping rumah baru, mereka yang memiliki tanah pertanian juga akan dianugerahkan dua (2) ekar tanah ladang pada premium minimum.

Perbicaraan pengambilalihan Tanah dan pampasan kerajaan bermula di Pengerang hari ini. Pendengaran awam akan berterusan sehingga 14 Sep.

Keluarga yang terbabit di kampung-kampung akan dipindahkan ke kawasan penempatan baru, Taman Bayu Permai di Kampung Dato Abdul Ghani Othman, dalam lingkungan 15km dari kampung mereka yang sedia ada. Fasa pertama proses pemindahan ini akan bermula pada bulan Mac 2013.

” Skim pemilikan rumah penduduk kampung Pengerang, adalah satu program menyeluruh yang direka untuk memenuhi keperluan dan aspirasi semua penduduk kampung yang terjejas,” katanya, sambil menambah bahawa rumah baru tidak hanya mampu tetapi akan mempunyai kemudahan awam yang lengkap dan perkhidmatan.

”Akhirnya matlamat kami adalah untuk menyediakan satu persekitaran hidup yang selesa, jimat dan moden untuk rakyat dan meningkatkan kualiti hidup mereka,” tegas beliau.

Empat kategori rumah adalah:

a) JENIS Kenanga
RM120, 000 unit berkembar dengan 750 kaki persegi ruang binaan.
(Untuk penduduk kampung yang memiliki rumah bernilai RM10,000 kepada RM40,000)
Mereka perlu membayar hanya RM35,000
Kerajaan Negeri menawarkan RM85,000 dalam bentuk subsidi.

b) JENIS Anggerik
RM180, 000 unit berkembar (1,000 kaki persegi)
(Bagi penduduk kampung yang memiliki rumah bernilai RM40,001 sahingga RM75,000)
Mereka hanya membayar RM65, 000
Subsidi Kerajaan Negeri – RM115, 000.


c) JENIS Cempaka
RM215, 000 rumah berkembar (1,300 kaki persegi)
(Bagi penduduk kampung yang memiliki rumah yang bernilai RM75,001 hingga RM95,000)
Mereka hanya membayar RM85,000
Subsidi Kerajaan Negeri – RM130,000

d) JENIS Teratai
RM245, 000 unit berkembar (1,600 kaki persegi)
(Bagi penduduk kampung yang memiliki rumah-rumah bernilai melebihi RM95,000)
Mereka hanya membayar RM105, 000
Subsidi Kerajaan Negeri – RM140, 000.


Kerajaan negeri akan memperolehi 20,000 ekar tanah di Pengerang untuk pembangunan PIPC itu. Kira-kira 6300 ekar kawasan akan dibangunkan oleh PETRONAS untuk projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID), Manakala kawasan seluas 650 ekar akan di peruntukkan bagi pembinaan Terminal Petroleum Laut Dalam Bebas,

Ini adalah kali pertama dua projek yang akan dibangunkan serentak di PIPC Pengerang, Dengan kerjasama diantara Dialog Group dan Vopak serta Kerajaan Negeri.

Sumber:  http://ob21.net


5 September 2012

PAS Anjing DAP... Baca ni!!!


Ya! selayaknya PAS cocok sekali digelar sebagai anjing DAP. Kenapa tidak? Banyak bukti, fakta dan realiti semasa semuanya menjurus kepada hakikat PAS adalah anjing kepada DAP.

Setianya menurut perintah si tuan dan patuh mendengar arahan lagak seperti anjing kurap hinggakan kawan sendiri pun tergamak diratah dan diterkam.

Malah prinsip perjuangan yang mendasari PAS sekian lama pun sudah tergadai, segalanya kerana mahu sesuaikan dirinya dengan kehendak dan kemahuan DAP.

Demi kerana DAP dan disebabkan lemah kekuatan jatidiri serta kurangnya penghormatan pada agama sendiri, PAS membiarkan saja kalimah suci Allah s.w.t digunapakai oleh penganut Kristian.

Demi kerana DAP dan disebabkan terdesaknya PAS berpaut pada kekuatan tuannya itu, akhirnya dibiarkan saja pub hiburan, rumah urut dan pusat pelacuran tumbuh bagai cendawan selepas hujan di merata pelusuk negeri Selangor dan Kedah.

Demi kerana DAP dan disebabkan bacul dalam mendepani kekuatan palsu DAP, pemimpin PAS mengorbankan Hasan Ali hanya semata-mata Hasan banyak terlibat dalam gerakan membasmi kegiatan maksiat dan rumah pelacuran.

Demi kerana DAP dan disebabkan akal pemimpin PAS hanya sejengkal, satu demi satu orang Islam dibiarkan murtad sedang bila saja Jabatan Agama bertindak untuk membendungnya, jabatan agama itu pula yang PAS balun bertubi-tubi.

Demi kerana DAP dan disebabkan rendahnya sensitiviti dalam diri pemimpin PAS, satu demi satu surau dan masjid menjadi lokasi untuk pemimpin Kristian DAP melaksanakan aktiviti politik termasuklah bersenamrobik dan memberi 'tazkirah' pada orang Islam.

Demi kerana DAP dan disebabkan bangangnya PAS mengalahkan keldai, orang Melayu Islam yang dipecat oleh kerajaan DAP Pualau Pinang dibiarkan sengsara begitu sahaja dek kerana perintah pemimpin DAP dianggap jauh lebih utama berbanding untung rugi nasib saudara seagama dan sebangsa.

Demi kerana DAP dan disebabkan pemimpin PAS lebih setiakan pada tuannya DAP, di diamkan saja perancangan DAP yang mahu mengecilkan saiz kakitangan awam walau diketahui kesannya buruk pada masa depan ramai insan.

Demi kerana DAP dan disebabkan PAS sudah selesa dibelai mesra oleh si harbi DAP, semua perancangan kerajaan pusat seperti BR1M, KR1M, KAR1SMA yang bermanfaat untuk rakyat dihentam diperlekehkan semata-mata untuk menggembirakan hati tuannya DAP.

Demi kerana DAP dan disebabkan PAS tidak cakna pemasalahan rakyat, nasib penduduk India Kampung Buah Pala dibiarkan begitu sahaja tanpa pembelaan, sedangkan sebelumnya PAS jugalah yang menyokong janji pembelaan yang ditaburi sekutu utamanya.

Demi kerana DAP dan disebabkan PAS sudah kemaruk dengan lamunan mimpi di puncak kuasa, PAS cuba ranapkan keharmonian perancangan FELDA dengan propaganda dan tipu daya fakta demi memenuhi cita-cita DAP yang mahu melihat FELDA hancur berkecai.

Demi kerana DAP dan disebabkan pemimpin PAS kemaruk mengejar harta duniawi, banyak tanah milik Melayu dan Orang Asli di alibabakan terutama sekali di Kelantan dan Kedah, semata-mata untuk mendapatkan komisyen bagi mengisi tabung parti dari Cina DAP dan Cina Singapura.

Demi kerana DAP dan disebabkan longgarnya semangat persaudaraan sesama Islam, PAS lebih redha bersahabat baik dengan DAP untuk melemahkan kekuatan kuasa politik Melayu Islam yang sekarang ini masih diterajui oleh UMNO yang merupakan saudara seIslam dengan pemimpin PAS.

Demi kerana DAP dan disebabkan taat setianya PAS pada perintah tuannya dari DAP, bekas Timbalan Presidennya sendiri mahu dihentam dan diperlekehkan hanya semata-mata menyuarakan cadangan supaya PAS mengkaji semula hubungannya dengan DAP si harbi.

Demi kerana DAP dan disebabkan pemimpin PAS hanya berminat memperalatkan Islam untuk kepentingan politik, hukum hudud yang sekian lama diperjuangkan akhirnya terpaksa dibakul sampahkan hanya kerana tidak mendapat kelulusan pemimpin DAP.

Demi kerana DAP dan disebabkan PAS sudah lama sebati mempergunakan kesucian Islam demi parti, akhirnya dasar negara Islam yang berpuluh tahun dikendung keliling kampung di campak ke longkang konon katanya tiada dalam Al-Quran kini diganti dengan negara kebajikan semata-mata untuk memenangi hati pemimpin DAP.

Demi kerana DAP dan disebabkan hidup mati PAS hanyalah mengejar kuasa duniawi dan bukannya demi ukhrawi, siang malam pagi petang sejak 1998 kerja PAS hanyalah mencuci tahi dan daki bagi menggilap dan membentuk imej suci si harbi DAP pada pandangan orang Melayu Islam.

Segala-galanya demi kerana DAP, ini semua bukannya lagi fantasi atau sekadar halusinasi sebaliknya sesuatu yang hakiki. Bukankah ini semua sudah memadai sebagai bukti PAS adalah anjing DAP.

Masihkah lagi kalian redha memberi undi kepada PAS anjing DAP?

Pembangkang Sedia RM1 Juta Untuk Penderhaka. Baca ni!!!


Sehingga kini pihak polis telahpun mengedarkan 11 keping gambar yang memaparkan wajah 11 peserta Himpunan Janji Demokrasi yang disyaki telah melakukan pelbagai kesalahan semasa perhimpunan haram tersebut pada malam sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka 30 Ogos lalu.

Antara individu yang dikehendaki polis itu termasuklah seorang pemuda yang menunjukkan aksi punggungnya seakan mahu buang air besar di khalayak ramai serta beberapa individu lain yang mengibarkan bendera sang saka Malaya yang dicipta oleh anak buah Anwar Ibrahim.

Menurut laporan terbaru pemuda yang menonjolkan punggung sendiri itu telahpun ditahan oleh polis beberapa jam lalu. Sebelum ini di awal kekecohan saat gambarnya tersiar, lelaki tersebut yang juga seorang pelajar kolej swasta telah melarikan diri ke Johor.

Bagaimanapun terdapat berita baik untuk pemuda tersebut dan baki 10 orang lagi soldadu pembangkang merangkap penderhaka negara yang masih bebas.

Melalui sumber dalaman PR yang baru diperolehi, dana bantuan guaman berjumlah sekurang-kurangnya RM 1 juta sudah siap menanti bagi membantu menyelamatkan kesemua 11 orang penderhaka tersebut dari disabitkan dengan kesalahan.

Dengan mengambil kira saiz dana tersebut, bukan satu masalah untuk PR mengupah beberapa orang peguam handalan yang pakar memutar belit fakta kes seterusnya melencongkan fokus perbicaraan mahkamah kepada isu teknikal semata-mata.

Lagipun berdasarkan beberapa sejarah perbicaraan lalu telah terbukti ramai peguam pro pembangkang berupaya memanipulasi undang-undang untuk kepentingan anak guam mereka lebih-lebih lagi jika melibatkan penyokong pembangkang mahupun penjenayah tegar yang lain.

Yang penting bagi mereka jumlah upah yang besar bermakna lebih kuat mereka gigih berusaha mencari kelemahan undang-undang demi manfaat anak guam dan poket mereka sendiri. Soal keadilan dan keluhuran undang-undang bukannya satu masalah besar kerana bagi mereka soal bayaran itu yang lebih utama.

Manakala bagi PR pula, soal besar mana saiz dana tidak pernah menjadi persoalan rumit sementelah lagi terlalu banyak sumber kewangan dari dalam dan luar negara yang bila-bila masa sahaja bersedia menyumbangkan bantuan wang ringgit demi menjayakan misi menjahanamkan keharmonian negara ini.

Jadi tidaklah pelik kenapa sejak akhir-akhir ini terlampau banyak tingkah laku bobrok, sumbang dan kelakuan jenayah kerap berlaku saban waktu dan acapkali pihak berkuasa pula yang akhirnya dituding jari sebagai perlu beratnggungjawab.

Dana pembelaan sentiasa tersedia dan peguam bela yang membelakangi undang-undang pun sudah kian ramai, jadinya logiklah makin ramai yang tidak takut membuat kesalahan termasuklah menghina bendera negara, merompak, meragut dan menunjukkan punggung di depan ramai.

"Kita tidak boleh duduk diam dengan fitnah pembangkang" - Azalina

Peranan ahli Umno bukan setakat datang ke mesyuarat, sebaliknya perlu rajin menghadiri ceramah-ceramah yang dianjurkan untuk menangkis tuduhan pembangkang.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said berkata, orang Umno jangan sekadar melaungkan sokong kerajaan semata-mata kerana mereka telah memberi undi dan datang mesyuarat, tetapi perlu tunjukkan lebih daripada itu.

“Kita tak boleh duduk diam apabila pembangkang sibuk menabur fitnah dan tuduhan,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka dan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pengerang di Dewan Bandar Penawar, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, tanggungjawab kepada parti bukanlah dengan bertanya apa yang parti boleh beri, tetapi apa yang boleh dilakukan untuk parti.

“Kita jangan tanya pasal jawatan atau kontrak baru nak bekerja. Jangan masa pilihan raya sudah dekat baru nak kelam kabut terangkan isu kepada rakyat.

“Jangan cakap mulut saja. Kalau sayang kena tunjuk. Takkanlah kita tunjuk sayang lima tahun sekali apabila keluar mengundi. Sekarang pembangkang guna macam-macam pendekatan untuk tawan Putrajaya.

“Ayuh kita semua lupakan segala sengketa dan salah faham. Jangan saling bermusuhan kerana musuh utama adalah pembangkang dan pengkhianat negara, bukannya sesama ahli Umno,” katanya.

3 September 2012

Malam Merdeka Atau Malam Reformasi? Tengok la ni!


Lazimnya malam ambang kemerdekaan negera akan diselang seli dengan pekikan "Merdeka, Merdeka, Merdeka" ataupun lain-lain laungan yang bersifat kenegaraan dan patriotik.

Tapi berbeza sekali dengan ambang merdeka yang dianjurkan oleh NGO proksi pakatan pembangkang tempohari apabila laungan politik kepartian lebih mendominasi suasana malam tersebut.


Jelas kedengaran pekikan "reformasi, reformasi" bersilih ganti dengan laungan "hancur, hancur, hancur Najib" mengiringi kedatangan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu manakala di sudut yang lain pula gambar Perdana Menteri dan isterinya dipijak dan dibakar.


Kelihatan juga sekumpulan anak muda pro PKR dan PAS berarak dari Dataran Merdeka ke bangunan DBKL yang berdekatan, kelihatan bendera PAS dan PKR dikibarkan langsung tidak menggambarkan suasana malam merdeka sebaliknya lebih kepada malam demonstrasi ala-ala reformasi.

Sementara itu, di sepanjang persimpangan jalan di hadapan bangunan DBKL dan Dataran Merdeka juga seperti sengaja dimonopoli oleh geng-geng kuning pro pembangkang sehingga lalulintas menjadi sesak selama beberapa jam. Budak-budak motor pro pembangkang bersama teman wanita masing-masing pula berpeleseran di tepi jalan menambah lagi kesasakan lalulintas.


Disebalik rimbun pokok lanskap, beberapa pemuda PKR berbangga menayangkan headband berlogo mata satu bertuliskan Parti Keadilan Rakyat, di suatu sudut berdekatan sekumpulan pemuda pro pembangkang dengan gah mengibarkan bendera baru yang dinamakan sang saka malaya bagi menggantikan Jalur Gemilang.


Di perkarangan bangunan DBKL pula, Mat Sabu dan Hishamuddin Rais bergilir-gilir memberi ucapan politik sambil mendesak pilihanraya bersih diadakan, langsung tiada kaitan dengan sambutan malam kemerdekaan.

Suasana malam tersebut jelas sekali kontradiks dengan janji yang ditaburi oleh pihak penganjur Himpunan Janji Bersih yang memberi jaminan tiada unsur politik dalam sambutan anjuran mereka dan tiada ucapan dari mana-mana pemimpin politik.

Malah langsung tiada unsur-unsur patriotik atau roh sambutan kemerdekaan tanahair melainkan dipenuhi dengan unsur politik, subversif dan menghina kemerdekaan negara.

Sedangkan sebelum ini merekalah yang paling ke depan memprotes penggunaan tema "55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati" dengan alasan tema tersebut berbau politik dan tidak bercirikan perpaduan.

Serentak dengan itu, sebahagian besar pemimpin PR menolak tema tersebut dan beralih kepada tema mereka sendiri "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" yang diciplak dari risalah perpaduan yang dicipta oleh Kementerian Penerangan.

Berbakul-bakul alasan yang mereka ciptakan untuk merancakkan polemik dan pertikaian terhadap terhadap tema "Janji Ditepati" disamping untuk menghalalkan langkah songsang mereka merintis kekeliruan dan perpecahan disaat negara mahu menyambut kemerdekaan yang ke 55.




Ternampak jelas, penganjuran Janji Bersih yang diwar-warkan kononnya berniat suci untuk sama-sama meraikan kemerdekaan negara bukan sahaja gagal menepati janji mereka, sebaliknya telah mengotori sejarah perjuangan anak bangsa.

Malam kemerdekaan yang ke 55 ini sepatutnya diraikan dengan penuh gemilang akhirnya tercemar dek kerana mainan politik subversif yang dipelopori pembangkang, selayaknyalah untuk mereka yang terbabit dihukum oleh rakyat dalam pilihanraya umum kelak.

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.