GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

28 May 2012

VIDEO HANGAT!!! Anwar keluar dari masjid setelah dihalau? Tengok ni!

  Selepas menonton video di atas, saya mengucapkan alhamdulillah beberapa kali kerana bangga dengan sikap dan cara berhemah yang ditunjukkan oleh AJK Masjid Tmn Sri Pulai Perdana yang menolak rancangan Anwar Ibrahim untuk berucap dan memberi 'tazkirah' di rumah ibadah tersebut.

Rakyat terutamanya umat Islam sudah semakin bijak menilai baik buruk seseorang itu untuk duduk memimpin di hadapan. 

Dalam soal ini, Islam tidak boleh berkompromi dengan manusia yang berkiblatkan nafsu, berTuhankan Syaitan dan bertopengkan Islam.

Semoga video di atas ni menjadi pengajaran berguna kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya. 

KLIK LINK DIBAWAH, BACA ARTIKAL PANAS TERDAHULU:

27 May 2012

VIDEO PANAS!!! Saksikan, Anwar kena bantai cukup-cukup dihadapan penyokong sendiri.


SIAL... SIAL.. SIALLL!!! Siapa SIAL?
Siapa bapak SIAL?
Saksikan video ini...


Sebelum ini, berlaku beberapa kali ceramah Anwar dibayangi Ummi dan memaksa Anwar larikan diri mengelak dari pertembungan seperti ini berlaku.

Tetapi lain pula gaya Anwar kali ini, semasa di Lembah Pantai dalam kempen ceramah pembangkang anjuran anaknya, Nurul Izah minggu lalu... Biarpun kedudukan lokasi ceramahnya berada dekat dengan tapak ceramah UMI bersama kumpulannya TIBAI, Anwar nampak tidak berganjak dan lari seperti dilakukannya sebelum ini.

Biasalah, ada yang kata Anwar nak tunjukkan pada Nurul Izah yang beliau benar-benar 'Papa Hebat'. Bagi Ummi pertembungan dan peluang seperti ini memang lama ditunggu-tunggu.

Nak dijadikan cerita, ceramah mereka berdua telah berjalan serentak. Bagi Ummi, Anwar dilihat seperti tikus dah termasuk perangkap.

Bermula dari kata-kata Anwar yang menyumpah UMNO dengan perkataan 'SIAL'... Ummi apa lagi, di balunnya cukup-cukup Anwar di hadapan anaknya Nurul Izah serta penyokong Anwar. 

Lihatlah wajah-wajah orang berdosa..





Malam itu, benar-benar mencoret lembaran hitam dalam sejarah politik dan hidup Anwar. Nurul Izzah, wakil Lembah Pantat (baca PANTAT) juga nyata kecewa apabila bapa terhebatnya di serang Ummi bertubi-tubi.

Pertemuan malam itu telah berupaya menunjukkan sifat sebenar Anwar dan kebenaran diatas segala kenyataan yang disebarkan Ummi Hafilda selama ini. Anwar seperti tidak lagi dapat menahan gelodak amarah dalam jiwanya sehingga diluahkan perkataan 'SIAL' terhadap UMNO dan Ummi yang menelanjangkannya.

Ternyata dengan lafaz bersumpah di hadapan Anwar anak beranak, Ummi begitu puas hati dengan segala yang diluahkannya. Mana taknya, berkali-kali Ummi mencabar Anwar menyaman dan mendakwanya ke mahkamah. Sehingga ke saat ini, Anwar langsung tidak berjawab.

Saksikan seterusnya kenyataan Ummi secara terus dihadapan Anwar serta penyokong-penyokongnya.Ini baru betul!!!

'Berani Kerana Benar'

24 May 2012

VIDEO: Seorang lagi pemimpin tertinggi PR mengugut media.. Klik tengok sini.

Seorang lagi pemimpin atasan PR dibidas kerana cuba mengugut media dengan tindakan saman sekiranya mereka menyiarkan sesuatu isu yang tidak disukainya.

Beberapa pihak mendakwa tindakan sedemikian menunjukkan Lim Guan Eng merangkap Setiausaha Agung DAP itu seorang hipokrit.

Beliau baru-baru ini memakai baju hitam dan reben kuning sebagai sokongan kepada Hari Kebebasan Media pada 3 Mei lalu. Sekarang dia pula ugut mahu saman media yang siarkan isu tidak digemarinya.

Tindakan Guan Eng mengugut media itu disiarkan di dalam laman web YouTube. 


Dalam rakaman itu, Guan Eng mendakwa mahu menyaman mana-mana akhbar sekiranya mengeluarkan berita mengenai isu yang dikatakan tidak digemarinya.

Guan Eng dipercayai bertindak demikian apabila disoal mengenai kesahihan cerita mengenai skandalnya dengan seorang guru wanita sekolah Cina seperti yang disiarkan di dalam laman web berbahasa Inggeris http://stopthelies.my sejak dua hari lalu.

Guan Eng tidak sepatutnya bersikap sedemikian terhadap wartawan, sebaliknya boleh memilih untuk tidak mengulas.

Beliau boleh menjawab 'tidak' sahaja atau enggan cakap langsung, tetapi kenapa mahu ugut media dengan saman.

Pendapat MP:
Puak-puak pakatan haram ni, banyak cakap dari buat. Cakap tak serupa bikin, woiiii!!!

VIDEO: Hadi Awang belasah Nik Aziz hal muzakarah. Klik saksikan!

Ntah apa yang merapu sangat Nik Aziz tu dok kata PAS nak bermuzakarah dengan UMNO...
Hadi Awang kata tak de pun?
Syarat yang di beri pun ntah apa-apa. 
Tapi, apa yang sebenarnya saksikan video di bawah: 

Dewan Ulama PAS ketepikan Nik Aziz. Baca sini!

Dewan Ulama PAS Pusat menyatakan pendirian senada dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar parti itu tidak meneruskan muzakarah dengan Umno.

Pendirian tersebut sekaligus bercanggah dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bertegas dan tidak akan berganjak dengan keputusannya mahu bermuzakarah dengan Umno mengenai isu Islam.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata beliau menyerahkan keputusan mengenai isu muzakarah tersebut kepada kepimpinan tertinggi parti sama ada mahu meneruskan ataupun tidak.

"Apa-apa pun kita perlu ikut kepimpinan parti, tak boleh ingkar. Datuk Seri Presiden sudah mengeluarkan kenyataannya...jadi kita ikutlah.

"Kalau beliau (Abdul Hadi) sudah beri kenyataan begitu (tiada muzakarah dengan Umno), maka itulah keputusan parti," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai percanggahan pendapat antara Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz dalam isu muzakarah dengan Umno.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan pada Rabu sekali lagi mengulangi pendirian bahawa beliau mahu meneruskan muzakarah dengan Umno bagi membincangkan mengenai isu 'mengapa Umno menolak Islam'

Bagaimanapun Nik Abdul Aziz menegaskan bahawa muzakarah itu bukan bertujuan untuk penyatuan kedua-dua parti antara PAS dan Umno.

Sebelum ini Nik Abdul Aziz mengenakan dua syarat untuk bermuzakarah dengan Umno iaitu Umno perlu menerima rakan pembangkang DAP dan PKR serta menukar dasar kebangsaan yang diguna pakai ketika ini kepada dasar Islam.

Pada Selasa beliau menambah satu lagi syarat iaitu menggunakan tajuk ‘Kenapa Umno Tolak Islam’ untuk muzakarah.

Pendapat MP:
Nik Ajis semakin nyanyok, gila kuasa... 
Hingga hilang sedar yang bahawa beliau hanya seorang penasihat bukanlah presiden parti.

Yang jelasnya, jangan dilayan semua ni!!!




PANAS: Wan Azizah & Shamsidar tutup mulut di mahkamah... Tengok ni!

Janganlah serius sangat Kak Jijah, woiii!!!
Ikuti antara kupasan dan pengalaman salah seorang wartawan Agendadaily pada hari Perbicaraan Anwar dan Azmin berkaitan isu BERSIH 3.0 di Mahkamah baru2 ini :-

Antara yang mencuri perhatian semasa prosiding pendakwan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali kerana kes Bersih pagi Selasa tentulah kehadiran Shamsidar Taharin dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sama.

Isteri Azmin Ali itu tampil dengan pakaian warna cream hampir sama dengan warna dipakai suaminya.

Sewaktu di bilik mahkamah beliau asalnya tidak duduk sekali dengan Wan Azizah.

Beliau duduk di barisan belakang wartawan bersama beberapa penyokong pembangkang lain di situ.

Ini sehinggalah ada anggota keluarga Anwar bagi isyarat memanggilnya agar duduk sama dengan Wan Azizah.

Gerak geri mereka terus menjadi perhatian wartawan yang membuat liputan.Mereka nampak bersembang beberapa ketika semasa duduk bersama.

Kemudian kedua mereka ikut serta suami masing-masing semasa hendak membayar wang ikat jamin RM500 yang dikenakan untuk pertuduhan pertama kes itu.

Ditemui wartawan Agendadaily untuk mengulas dakwaan adanya skandalnya dengan Anwar yang heboh kebelakangan ini,Shamsidar dengan nada bersahaja kata..."saya tak mahu komen...saya tak mahu komen".

Sementara itu Wan Azizah yang lihat wrtawan Agendadaily hendak menyapanya terus lambai tangan isyarat tak mau cakap.

ARTIKAL TERDAHULU KLIK LINK DIBAWAH:

23 May 2012

Karpal buat kenyataan bukan Melayu jadi PM... PAS senyap ke? Baca ni!

Pemimpin-pemimpin tertinggi Pas dicabar untuk membuat kenyataan sama ada bersetuju atau tidak dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu individu bukan Melayu iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi perdana menteri.

Cabaran itu dilontarkan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melihat insiden kononnya Karpal hampir tersasul menyebut Guan Eng sebagai Perdana Menteri pada satu majlis di pasar Air Itam, Pulau Pinang semalam sebagai bukan disengajakan.

Sebaliknya, NGO-NGO berkenaan melihat pihak berkenaan sudah memasang niat untuk memastikan perkara itu berlaku jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu tampil untuk menjawab persoalan tersebut.

"Sanggupkah mereka menerima kenyataan tersebut dalam keadaan umat Melayu Islam sekarang berpecah-belah akibat dolak-dalik yang dibuat oleh pemimpin Islam Pas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam insiden berkenaan yang dilaporkan oleh The Star hari ini, Karpal seterusnya menjelaskan bahawa tiada salahnya dengan konsep bukan Melayu menjadi perdana menteri.

Menurut Mohd. Jurit, Pas pada hari ini sudah dilihat oleh umat Islam sebagai kuda tunggangan DAP, malah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengaku bersedia menjadi kuda tunggangan DAP, justeru kenyataan Karpal itu bukanlah suatu mainan.

Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah juga mencabar pemimpin tertinggi Pas untuk menjawab kenyataan Karpal itu secara terbuka.

"Apa yang diucapkan oleh Karpal itu bukan perkara mustahil dan kita mahu parti sekutu DAP iaitu Pas untuk menjawab sama ada setuju atau tidak kerana kita tengok sejak kebelakangan ini Pas meletakkan kepentingan yang pelik-pelik dalam partinya," katanya.

Kata beliau, Pas perlu sedar bahawa mereka sepatutnya menjadi parti yang dominan dalam pakatan pembangkang, bukan membiarkan DAP menjadikannya sebagai kuda tunggangan yang sekali gus akan menghancurkan umat Islam dan Melayu.

Sumber: Utusan Online.

Punca Kes Liwat Anwar Tertunda Begitu Lama Terjawab. Baca sini!

Kes Liwat Anwar yang membabitkan Saiful Bukhari telah berakhir dengan kejutan pada 9 Januari tahun ini, iaitu setelah lebih 60 kali atau lebih 3 tahun tertangguh jika dikira dari tarikh laporan polis dibuat.

Ketika kes masih berjalan, ramai yang tertanya-tanya apakah drama atau permainan yang sedang dimainkan oleh pihak pengamal undang-undang Malaysia? Mana tidaknya, jika kes jenayah seksual tersebut melibatkan rakyat biasa, pastinya ia sudah lama selesai, lebih-lebih lagi apabila terdapat bukti forensik dan saintifik yang nyata.

Ramai yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan keseluruhan perbicaraan apabila pihak pembela dilihat mendapat kelebihan untuk menangguhkan kes dengan berbagai-bagai alasan yang tidak masuk akal dan merapu. Lebih pelik lagi, pihak pendakwa juga tidak banyak menyanggah alasan-alasan yang tidak masuk akal dan merapu itu. Sebaliknya, pihak pendakwa membiarkan saja pihak pembela mempermainkan undang-undang dan seolah-oleh mengejek rakyat jelata yang dambakan keadilan.

Walaupun hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden begitu baik, konklusif, tepat serta layak diberi ‘tepukan berdiri’, tetapi sikap beliau yang keberatan atau enggan menyanggah strategi licik pembela untuk terus menunda kes membuatkan kita hairan.

Dan apabila peguam Anwar memilih untuk membela diri dengan hujah ‘suka-sama-suka’, mereka sebenarnya telah membuka ruang untuk pihak pendakwa mengikat terus keputusan berdasarkan undang-undang Malaysia yang mengharamkan aktiviti homoseksual tanpa mengira keadaan suka-sama-suka berlandaskan hak asasi dua orang dewasa yang waras.

Inilah yang dijangkakan oleh rakyat, kecualilah jika rakyat tidak dimaklumkan yang undang-undang ini telah dihapuskan?

Jika alasan penghakiman adalah DNA yang diperolehi dari lokap tidak wajar diterima, maka pihak pendakwa seharusnya berusaha memohon sampel melalui perintah mahkamah bagi mencari keadilan.

Namun, ini tidak berlaku. Rayuan juga tidak berlaku. Yang berlaku ialah Anwar lepas bebas. Pembebasannya membuatkan ramai yang kecewa termasuk orang-orang di dalam ‘inner-circle’nya yang bercita-cita untuk mengambil tempatnya. Dunia bagaikan terkedu sekejap, cuba menjustifikasi pembebasan beliau yang dianggap mustahil jika dilihat dari perkembangan perbicaraan.

Akhirnya, hari ini, sebahagian dari kemusykilan kita sudah terjawab iaitu apabila Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, bekas pendakwaraya dalam kes liwat tersebut kini dilantik sebagai peguam bela Anwar dalam kes BERSIH 3.0.

Benarlah, bila ianya melibatkan Anwar Ibrahim, tidak ada apa-apa lagi yang boleh mengejutkan kita. Begitulah juga dengan perkembangan terbaru ini.

Jika dulu, Karpal Singh adalah antara orang pertama yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah peliwat tegar, tetapi kemudian Karpal Singh juga yang menjadi peguambelanya menafikan yang beliau meliwat. Jika dulu Karpal Singh mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana terlibat dalam salahlaku homoseksual tetapi kemudiannya Karpal Singh juga yang berhujah bahawa aktiviti homoseksual di antara dua orang dewasa yang suka-sama-suka adalah tidak salah.

Justeru, apa beza Karpal dengan Datuk Mohd Yusof? Hampir tiada. Kedua-duanya dibayar untuk membela Anwar, dan kita pasti bayarannya amatlah lumayan sekali. Jika ada pun perbezaan, ialah kerana Karpal mendapat ‘bonus tambahan’ iaitu dari segi keuntungan politik.

Benar, dari segi perundangan Datuk Mohd Yusof tidak salah untuk membela Anwar. Yang nampak salahnya hanyalah dari segi etika kemanusiaan dan persepsi masyarakat yang melihat beliau sebagai tidak berpendirian.

Namun, melihat dari sikap Majlis Peguam yang langsung tidak punya etika, professionalisme dan integriti, maka seperti juga Anwar, tiada apa lagi yang mengejutkan kita mengenai watak-watak para pengamal undang-undang di Malaysia.

Bagi ramai pengamal undang-undang hari ini, undang-undang itu adalah mengatasi keadilan, moral, etika malah agama juga. Jika ada pun yang lebih ‘tinggi’ dari undang-undang, ia adalah wang!

Apapun, yang pasti, seperti juga kes liwat, Anwar mungkin menang dalam kes BERSIH 3.0.

Namun, selagi Anwar tidak sanggup bersumpah laknat, selagi Anwar terus bersekongkol dengan zionis dan kafir harbi, selagi Anwar tidak sanggup menunjuk jam omeganya dan selagi Anwar terus cuba menghuru-harakan negara dan memburukkan nama negara dengan berbagai cara, selagi itulah nama Anwar tidak akan bersih.

Biarpun terlepas dari undang-undang, sejarah tetap akan merekodkan riwayat hidup Anwar sebagai seorang peliwat dan pengkhianat.


21 May 2012

Wan Azizah di balun lagi... Baca ni!

Tindakan berdiam diri Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berhubung isu-isu yang melanda parti serta keluarganya terus dipersoalkan.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, tindakan Wan Azizah berdiam diri dalam isu membabitkan suami serta partinya membuktikan beliau adalah boneka atau patung yang mengikut arahan semata-mata.

Malah, katanya, sikap Wan Azizah itu memberi gambaran seolah-olah beliau merestui segala kontroversi yang melanda keluarga serta PKR.

"Sebelum ini banyak pihak mendakwa beliau adalah boneka kepada suaminya, Anwar serta PKR dan Wan Azizah telah membuktikan dakwaan tersebut dengan tindakan berdiam dirinya selama ini.

"Beliau adalah Presiden parti. Mengapa tidak membuat kenyataan mempertahankan atau menidakkan segala tuduhan yang dilemparkan kepada suaminya serta parti.

"Paling hebat pun, beliau meminta Azmin (Azmin Ali) pulang berjumpa ibunya. Sekiranya beliau Presiden, beliau perlu tegas memberi arahan serta bersungguh-sungguh mempertahankan ahli sekiranya yakin tidak bersalah, bukan sekadar berdiam diri atau 'meminta' melakukan sesuatu," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap berdiam diri Wan Azizah meskipun pelbagai kontroversi membabitkan Anwar seperti skandal video seks dan kenyataan menyokong Israel heboh diperkatakan pelbagai pihak.

Wan Azizah juga dilihat tidak tegas dan mengamalkan sikap tutup mulut membiarkan sahaja isu-isu parti terus menjadi bual bicara orang ramai.

Menurut Anuar, tindakan Anwar menggunakan Wan Azizah untuk kepentingan diri serta kesinambungan politiknya membuktikan sikap tidak bertanggungjawab Ketua Pembangkang itu.

Sementara itu, seorang bekas ahli PKR, Hamidzun Khairuddin menggesa Azizah meletakkan jawatan demi kepentingan parti itu dan juga dirinya sekiranya beliau masih dengan sikap berdiam diri.

Katanya, Azizah tiada lagi fungsi kepada parti, sebaliknya beliau lebih memainkan peranan penting sebagai 'aset' Anwar untuk meneruskan kesinambungan politiknya.

"Apa fungsi Presiden sekiranya segalanya ditentukan oleh Ketua Umum? Hakikatnya, PKR telah bertukar menjadi sebuah parti keluarga," ujarnya.

MUZAKARAH: Bercelaru...Nak pakai cakap sapa ni,woiii!?


Kalau orang ikut bahasa orang Penang, keadaan dalam PAS berikutan cadangan muzakarah ini kira CACAMARCA. Semuanya bermula selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat duk tak duduk buka mulut pasal kesediaan untuk bermuzakarah dengan UMNO.

Kenyataan Nik Aziz itu bagaimanapun disambut oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa muzakarah tersebut hanya akan dilaksanakan selepas pilihanraya umum ke 13. Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pulak kata tidak akan bercakap soal perpaduan dan meletakkan syarat-syarat yang ketat dan luar biasa.

Antaranya bersihkan sistem pilihanraya dan kebebasan akhbar yang tidak ada kena mengena dengan soal perpaduan umat Islam.

Dan pagi ini, Nik Aziz pula bercakap bahawa muzakarah itu boleh buat sebelum pilihanraya dan cara dia jawab soalan wartawan itu muzakarah tersebut macam rundingan politik bukan soal perpaduan umat Islam seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Masalahnya, cakap sapa yang hendak kita pakai ni? Nik Aziz, Hadi atau Tuan Ibrahim?

Nik Aziz di Kuala Terengganu pagi ini mencadangkan muzakarah bersama UMNO diadakan sebelum pilihan raya.

Menteri Besar Kelantan menegaskan UMNO perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh PAS sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.

"Kalau UMNO nak bersatu (dengan PAS), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

"UMNO kena terima PAS sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila UMNO dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 PAS Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah PAS di Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Nik Aziz Ahmad Fadhli bin Shaari dalam satu kenyataan di harakahdaily berkata, bukan Nik Aziz yang mengemukakan pelawaan untuk bermuzakarah sebaliknya jawab soalan wartawan ulas kenyataan Hadi Awang.

"Pendirian Mursyidul Am PAS dalam isu muzakarah ialah jelas. Pintunya sentiasa terbuka untuk sesiapa sekalipun. Tetapi untuk berpadu dengan UMNO bagi menyelamatkan UMNO yang sedang terkapai-kapai, pohon maaf," kata beliau.

Sumber: AgendaDaily.

MP bersetuju dengan pendapat ini:
Bila disaat kita mahu menumpukan persiapan Pilihanraya, baru PAS terhegeh-hegheh nak cerita pasal muzakarah ni. Kompom 'ada udang sebalik batu', tak caya tengok lah nanti kalau dilayan semua ni. Tunggu lepas PRU13 baru cerita, boleh tak PAS woiii! - MP

Nak muzakarah pula dengan UMNO? Tak Payah. Dulu mereka yang ajak UMNO, UMNO cuba terima. Bukan sekali. Dah 3 4 kali. Kemudian, kawan2 PAS dia juga yang hina kita balik. Untuk apa lagi? Pergilah kamu bermuzakarah dengan DAP. Bukankah kamu bakal bina Kerajaan bersama DAP? Untuk apa muzakarah dengan UMNO? Kamu juga kata UMNO ini kafir. UMNO ini munafiq. UMNO ini sundal. Tidak terima Islam. Khianat Islam. Pergilah kamu berbicara tentang Hudud dengan DAP. Bukankah Pemimpin DAP itu mengamalkan kepimpinan Umar Abdul Aziz? Bukankah DAP berpegang pada Prinsip Amal Ma'ruf Nahi Mungkar. Pergilah berbicara dengan DAP soal Hudud. Berani? Tanpa Pelakon Utama Anwar Ibrahim? Confirm tak akan bertahan kerjasama kamu. Nak kuasa cakap sahaja nak kuasa. Nak main politik main jela. Tak payah dok nak bermain menghina Islam nak ajak balik berbincang dengan UMNO. Kamu pelawa kita. Kemudian kamu hina kita balik. Jangan kata Pemimpin2 UMNO angkuh. Kamu yang mempelawa sekian lama kita terima. Najib sendiri cakap dia terima. Kemudian, kamu juga yang ludah kita balik. Ini nak main lagi drama Islam kamu? Tak payah. Duduklah dengan DAP tu. Sampai kiamat kamu memang takkan laksana Hudud. Kamu akan diludah oleh Penyokong2 kamu. Kalau ada orang UMNO terima, aku orang pertama yang bantai dia. Dah la dia yang ludah, dijilat balik. Kemudian ludah balik. Ini semua mainan orang2 suruhan DAP dalam PAS. BAHLUL.. TOLOL.. TAK ADA MARUAH.. TAK ADA PRINSIP... Haaa.. Geram aku. - Blog GELOMBANG RAKYAT



BERSIHkan!!! AMBIGA.1 : 60 peniaga ke rumah Ambiga... Baca ni!


Menamakan tindakan mereka sebagai “Bersih 4.0 - Mencucikan Bersih 1,2,3", peniaga terbabit berbuat demikian bagi menampung kerugian mereka akibat perhimpunan yang bertukar ganas yang dianjurkan Ambiga di ibu kota pada 28 April lepas.

Sekumpulan 60 peniaga merancang untuk berniaga di kawasan kediaman Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara pada Khamis dan Jumaat ini.
Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md. Yunus berkata, mereka akan berniaga pelbagai barangan, makanan dan minuman dari pukul 3.30 petang sehingga 8 malam pada hari terbabit.
"Kami berharap dapat memperoleh kembali kerugian akibat perhimpunan itu. Dianggarkan setiap peniaga boleh mendapat antara RM300 hingga RM500 sehari jika berniaga di kawasan itu (kediaman Ambiga)," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Sumber - BERNAMA

20 May 2012

KESAH BENAR: Nah... Pemimpin PAS berpelukkan setelah terima RM5000... Klik tengok!


Amboi! Mesranya pasangan 'Katak Hijau' ni... Hehehee!!!
Walaupun menyedari orang ramai disekelilingnya mengetahui dia adalah seorang pemimpin Pas cawangan namun Mohd. Zain dilihat ikhlas memeluk erat ADUN Chini dengan membiarkan jurugambar merakamkan aksinya.

ABU Bakar Haron (kiri) dipeluk Mohd. Zain Jusoh yang merupakan 
Imam Masjid Chini Timur 2 dan AJK Pas cawangan Chini di Felda Chini Timur 3 selepas majlis penyampaian cek durian runtuh Felda bagi fasa pertama di Dewan Orang Ramai Felda Chini Timur 3, di Pekan, kelmarin.
 
Mohd. Zain Jusoh, peneroka dari rancangan Felda Chini Timur 2 dan Othman Abd. Ghani, 59, dari Chini Timur 3 dikenali sebagai 'orang kuat' PAS dan mereka turut mempunyai jawatan di peringkat cawangan masing-masing.

Namun hari ini kedua-duanya adalah orang yang paling erat memeluk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Haron walaupun mereka berbeza fahaman politik.

Inilah Cek Bayaran Insentif Khas Penyenaraian FGVH yang diterima Peneroka FELDA
Segalanya disebabkan pemberian cek durian runtuh RM5,000 sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) yang disampaikan Abu Bakar kepada Mohd. Zain dan Othman bersama 3,348 ketua isi rumah di Gugusan Felda Chini.

Saat-saat menarik itu berlaku selepas majlis penyampaian cek berkenaan di Dewan Orang Ramai Chini Timur 3 apabila Mohd. Zain secara tiba-tiba datang ke arah Abu Bakar dan terus memeluk erat ADUN Chini berkenaan.

Terdahulu, Othman yang merupakan 'orang kuat' Unit Amal Pas di Pekan turut memeluk Abu Bakar sambil mengucapkan syukur dan terima kasih atas pemberian durian runtuh itu yang diberikan kepada semua peneroka Felda termasuk penyokong Pas sepertinya.

Abu Bakar pula dalam reaksi spontannya kepada Othman mengingatkan peneroka itu bahawa Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang adil kepada semua termasuk penyokong pembangkang.

Walaupun hanya menyambutnya dengan senyum simpul, Othman menganggukkan kepala sambil berseloroh mengatakan walaupun dia merupakan orang kuat Pas namun tetap bersama Abu Bakar.

Selain mereka berdua, turut hadir menerima cek pemberian durian runtuh pada majlis itu hari ini ialah Naib Ketua 1 Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Pekan, Jamaludin Shariff, 63.

Ironinya, beliau bukan sahaja pemimpin pembangkang di Pekan tetapi Jamaludin adalah penggerak utama di sebalik tindakan 770 peneroka di Gugusan Felda Chini yang memfailkan saman atas dakwaan Felda melakukan manipulasi terhadap Kadar Perahan Gred (KPG) buah kelapa sawit di Mahkamah Sesyen Kuantan, 26 April lalu.

Jamaludin yang ditemui pemberita kemudiannya berkata, dia dan rakan-rakannya yang lain tidak perlu berasa malu kerana wang tersebut adalah hasil titik peluh mereka sebagai peneroka sejak 30 tahun lalu.

"Bagaimanapun sebagai warga Felda, saya bersyukur atas pemberian durian runtuh ini kerana ia merupakan pemberian terbesar dalam sejarah sebagai peneroka.

"Usaha kerajaan seperti ini merupakan satu pemberian yang boleh dianggap sebagai contoh dalam menghargai keringat peneroka selama ini," katanya.

Pemberian durian runtuh fasa pertama untuk ketua keluarga peneroka di Felda Gugusan Chini itu melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM16.75 juta.

Sementara itu, peneroka Felda Chini Timur 2, Razali Haron, 55, berkata, rakan peneroka yang memfailkan saman kepada Felda seharusnya mengkaji perkara itu sebelum membuat sebarang tindakan.

"Renunglah kembali kesusahan selama ini dan siapa yang membantu kita sehingga berjaya seperti hari ini, jika bukan Felda. Sekarang kita mampu memiliki kereta dan rumah banglo sedangkan dahulu motosikal pun belum tentu," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia Online.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kata MP:
Terkilan dengan tindakan segelintir peneroka yang begitu mudah terpedaya, sampai menyaman Felda kerana termakan dengan kata-kata hasutan... Terpegun dek buruk sangka pembangkang pada segala usaha baik kerajaan untuk mensejahterakan rakyat.

Peringatan ini Allah abadikan dalam ayatnya bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua
sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan
kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran;
dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap suatu kaum
itu mendorong kamu tidak melakukan keadilan. 
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana 
sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. 
Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa
yang kamu lakukan”. (Al-Maidah : 8 )

Untuk renungan selanjutnya klik link dibawah ini: 


18 May 2012

Lihat ni! Dua Diktator Dalam Satu Pakatan

Parti PKR dan DAP mempunyai banyak persamaan kerana itu perkahwinan poligami mereka dengan PAS menyaksikan kemesraan yang lebih antara antara mereka berdua, berbanding dengan PAS.

Persefahaman antara mereka cukup utuh terutamanya dari segi matlamat iaitu ingin menjadikan negara ini sebagai Negara Republik, berfahaman plural, berpegang kepada prinsip liberal sekali gus menolak Islam sebagai agama rasmi, menghapuskan Raja-raja Melayu serta hak istimewa bumiputera.

Bagaimanapun, menyedari yang mereka tidak mungkin dapat meraih sokongan ramai jika mempromosi matlamat tersebut secara terang-terangan dan drastik maka cara halus dan perlahan-lahan digunakan untuk merombak fikiran rakyat. Ini dilakukan dengan berbagai cara menggunakan berbagai wajah seperti BERSIH, Seksuality Merdeka, SUARAM, SUHAKAM dan termasuklah menjemput Irshad Manji, lesbian tersohor dunia untuk mengasak minda muda-mudi kita agar menerima pemikiran ini.

Seharusnya dengan persefahaman yang sedemikian, PKR dan DAP sudah boleh bergabung sebagai satu parti. Lagipun, kedua-duanya sama-sama mempromosi diri sebagai parti berbagai kaum. Tidak lupa juga, kedua-dua mereka merupakan parti pengamal nepotisme dan kronisme yang nyata kerana diterajui oleh keluarga dan sahabat handai pemimpin tertinggi.

Justeru, jika matlamat, prinsip, pegangan dan hala tujunya sama, kenapakah mereka masih menjadi dua komponen berasingan?

Jawapannya, kerana pemimpin-pemimpin mereka gila kuasa, ingin bergelar Ketua dan tidak sanggup menjadi orang nombor dua. Walaupun DAP secara lahirnya menerima Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri tetapi umum tahu bahawa DAP mempunyai kuasa penuh ke atas Anwar kerana menyimpan segala bukti rahsia gelapnya.

Anwar pula, lebih rela menjadi boneka kepada DAP asalkan di atas kertas, jawatannya tertera sebagai orang nombor satu. Baginya, sekurang-kurangnya tanpa bergabung dengan DAP, dapatlah juga beliau mendabik dada sebagai Ketua yang sebenar iaitu kepada juak-juak dalam partinya yang akan sentiasa setia buta tuli kepadanya. Jika bergabung dengan DAP, pasti semua juak-juaknya menjadi keliru perintah mana yang perlu diikut, perintah Ketua Boneka atau Ketua yang sebenar?

Masalah yang lebih besar dari sekadar hairaki jawatan ialah sifat Anwar dan juga keluarga Lim itu sendiri iaitu mereka semua mempunyai sifat diktator tegar.

Anwar adalah seorang Ketua yang tidak demokratik, kerana itu beliau sanggup memanipulasi undi dalam pemilihan parti untuk memastikan hanya ‘orang-orangnya’ yang kekal di jawatan tertinggi. Walaupun PKR mempunyai Presiden iaitu isteri beliau sendiri, tetapi Presiden PKR hanyalah ilusi, atau bayang yang tidak wujud secara nyata. Keputusan parti dibuat seratus-peratus oleh Anwar tanpa mengambil kira pendapat dan pandangan orang lain. Kerana itu, seorang demi seorang rakannya meninggalkannya setelah menyedari bahawa mereka hanyalah alat yang diambil dan ditolak ke tepi mengikut keadaan semasa dan mengikut nafsunya.

Sifat diktator Lim Guan Eng pula sudah menjadi pengetahuan umum. Beberapa kali sifat tersebut mengheret beliau ke dalam konflik, krisis dan keadaan memalukan. Kes sPICE misalnya, telah membuka luas karektor kuku-besinya yang keterlaluan.

Namun, seperti juga Anwar, Guan Eng terlalu angkuh untuk mengakui dan memperbaiki kesilapan. Mereka sering mempersetankan segala kritikan dan membawa keangkuhan mereka ke tahap lebih tinggi setiap kali dikritik, sehingga akhirnya menyerlahkan sifat zalim.

Kerana itu Guan Eng tega meranapkan kampung-kampung dan perniagaan Melayu dan India yang baginya tidak menyokongnya. Tetapi para peniaga Cina yang dianggap penyokongnya dibela dan perniagaan mereka tidak diganggu walaupun berniaga di kawasan yang dilarang serta menghalang lalu-lintas.

Semua ini didedahkan oleh Tunku Aziz, serentak dengan pengumuman beliau untuk keluar dari DAP. Bagi Tunku Aziz, Guan Eng adalah dari jenis yang berlainan dari bapanya yang tidak berpegang kepada integriti dan membuat sesuatu dengan hanya mengikut emosi dan ego sendiri.

Mungkin Tunku Aziz sudah terlalu lama berkawan dengan Kit Siang atau mungkin juga beliau terlalu lurus dan mudah percaya sehingga gagal melihat bahawa Kit Siang adalah borek, dan Guan Eng adalah rintik. Siapa lagi yang mengajar Guan Eng, jika bukan Kit Siang agar tidak perlu menghormati sesiapa? Keluarga Lim ini hidup dengan beraja di mata, bersultan dihati. Orang lain adalah hamba, dan bangsa lain adalah anjing yang boleh disenyapkan, disepak-terajang atau dibunuh jika perlu.

Justeru, dengan dua orang diktator berada dalam satu pakatan, bagaimana kita mengharapkan yang mereka dapat bekerjasama dengan baik jika menjadi pemerintah? Pemerintahan dua orang diktator pastinya menjanjikan kezaliman dan penindasan dua kali ganda juga.

Seperti yang kita lihat hari ini, keangkuhan mereka membuatkan mereka sering berbuat silap dan merugikan diri serta parti.

Maka, jika dua diktator ini menjadi pemerintah sekali gus, pasti kesilapan yang dilakukan mereka juga akan berganda sehingga akhirnya akan menyebabkan negara kerugian dengan berlipat kali ganda juga

WAJIB BACA: Portal Pro-Pembangkang Hina Yang Di-Pertuan Agong - @PDRM

Tengok! Logo Polis ditulis 'Boikot!!' oleh puak pro-pembangkang.
Apa yang MP ingin paparkan disini adalah daripada tersiarnya kenyataan dari satu laman portal pro-pembangkang (suarapakatanrakyat.com) dimana portal tersebut menghasut dan mengajak rakyat agar memboikot Polis selama seminggu.



Antara kenyataannya berbunyi, "Justeru, penulis menggesa semua penyokong Pakatan Rakyat memboikot pihak polis selama seminggu bermula dari hari ini bagi membantah kezaliman dilakukan sepanjang himpunan rakyat Bersih 3.0 berlangsung... Boikot boleh dilakukan dengan mengelak dari memberi kerjasama kepada pihak polis selama 1 minggu ini, melainkan dalam situasi dimana tidak ada pilihan lain seperti tuntutan insuran kemalangan dan yang seumpama dengannya" kata penulis portal tersebut.

Huhh! Tang tuntutan insuran kemalangan nak cari Polis pulak. Kenapa? Takut rugi ke?

Harus di ingat, kejadian rusuhan BERSIH 3.0 itu juga satu kerugian besar dialami negara. Siapa pulak penganjurnya?

Dalam kenyataan lain, dalam isu rumah Ambiga di kawal Polis juga turut dipertikaikan. Ambiga di gesa menarik balik semua report Polis yang telah dibuat. Katanya, memalukan. "Unit Amal PAS pun sudah mempunyai kekuatan anggota yang mencukupi untuk mengawal persekitaran rumah Ambiga, tidak perlu meminta bantuan polis pun" tambah penulis.


Emm... Besar betul kuasa Unit Amal PAS? Ini semua cadangan-cadangan yang sengaja hendak dibuat untuk membentuk kekecohan. Apa kuasa Unit PAS Amal dalam menjaga keselamatan negara? Rasanya MP tak perlu ulas panjang tentang kuasa Polis ni... Semua rakyat tahu. Bukan Polis ni baru ditubuhkan. Pikir la woiii!

Kepada pihak Polis, harap dapat pikir-pikirkan hal ini. MP beranggapan, tindakkan puak pro pembangkang (suarapakatanrakyat.com) ini amat keterlaluan. Bagi MP, pasukan Polis bukan hanya memikirkan tentang keselamatan di kalangan perserta-perserta BERSIH saja. Malah banyak tanggungjawap lain juga dipikul oleh pasukan keselamatan PDRM ini.

Dalam pada masa yang sama, tindakan hasutan memboikot PDRM (POLIS DIRAJA MALAYSIA) secara tidak langsung juga, ini boleh klasifikasikan sebagai satu hasutan mengina dan menafikan kuasa Yang Di-Pertuan Agung.

Fikir-fikirkan lah ye!

17 May 2012

PRU 13: Pada 08 Julai tarikhnya? Klik tengok sini!


Setelah jangkaan pada 9 Jun 'terbang' bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke United Kingdom malam kelmarin, sumber dalaman Umno memberitahu Sinar Harian, satu perhimpunan besar-besaran ahli parti komponen BN akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Jun ini.

"Selepas itu, Perdana Menteri dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk bubar Parlimen. PRU13 mungkin pada 7 atau 8 Julai, iaitu sebelum puasa," katanya menerusi SMS yang dihantar malam tadi.

Berkongsi tarikh yang sama,Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian ketika dihubungi sebelum itu berkata, PRU13 mungkin diadakan pada awal Julai.

“Semalam (kelmarin) Najib terbang ke United Kingdom dan mungkin apabila kembali pada hujung bulan ini. Beliau akan menggunakan masa yang ada bagi mengenal pasti calon BN yang akan bertanding nanti.Perkara ini (pemilihan calon) tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa bagi mengelakkan timbul isu lain. Saya menjangkakan Julai depan tarikh PRU13 iaitu sebelum bulan Ramadan atau secara tepatnya, 8 Julai," katanya.

Menurut Sivamurugan, jika negeri Pakatan Rakyat (PR) masih mahu meneruskan pilihan raya berasingan,ia akan memberi kelebihan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Saya melihat ini (pilihan raya berasingan) memberi kelebihan kepada BN dari segi logistik dan jentera pilihan rayanya, tetapi PR juga dilihat belum bersedia melakukan pilihan raya berasingan kerana kosnya agak besar,” katanya.

Dalam pada itu,Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak pula berkata, jika Perdana Menteri masih tidak membubarkan Parlimen bulan depan, hampir pasti PRU13 diadakan pada September ini.Beliau bagaimanapun berkata,Najib masih mempunyai masa sehingga pertengahan Jun untuk memastikan PRU13 sempat dilangsungkan pada awal Julai, sebelum bermula Ramadan.

"Hari ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 2 Jun, jadi Perdana Menteri masih boleh bubarkan Dewan Rakyat pada Isnin selepas itu (4 Jun)," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan Parlimen dibubarkan sebelum 2 Jun, Dr Mohamed Mustafa berkata, kemungkinan itu amat tipis kerana Najib sudah tentu tidak akan memiih untuk meraikan hari ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri kerajaan sementara (caretaker government).

"Untuk majlis rasmi meraikan Yang di-Pertuan Agong sudah tentu belum mahu hadir sebagai Perdana Menteri yang sebenar," katanya.

16 May 2012

MOU LONDON: Baca! Tranformasi jayakan warga Felda ke peringkat dunia.


FGVHB bakal jadi konglomerat komoditi terbesar dunia


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak percaya perjanjian kerjasama strategik antara Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) dan Louis Dreyfus Commodities Asia Pte. Ltd. (LDCA) serta memorandum persefahaman (MoU) dengan Vitol Group akan menjadikan syarikat perladangan kelapa sawit itu muncul sebagai konglomerat komoditi antarabangsa terbesar di dunia.

Menurut beliau, sebahagian daripada strategi baru Felda berikutan dengan penyenaraian FGVHB ialah untuk menjadikannya sebagai syarikat komoditi terbesar daripada peringkat peladangan hingga pemasaran.

''Pasarannya di luar negara termasuk di Eropah, Asia Barat dan Rusia dan ini memerlukan kita menggabungjalinkan Felda dan FGVHB dengan syarikat komoditi yang mempunyai rangkaian dan mengetahui selok-belok penyenaraian komoditi.

''Saya yakin dan percaya dengan wujudnya kerjasama strategik ini Felda Global Ventures boleh muncul sebagai syarikat komoditi terbesar di dunia," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Najib menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu yang turut dihadiri oleh Pengerusi Felda dan FGVHB, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FGVHB, Datuk Sabri Ahmad, manakala Louis Dreyfus Holdings diwakili oleh Pengerusinya, Baroness Margarita Louis-Dreyfus, Presiden dan CEO Kumpuan Vitol, Ian Taylor.

Perjanjian FGVHB dengan Louis Dreyfus membabitkan kerjasama dalam urusan perladangan dan pemasaran iaitu FGVHB ialah sebagai pengeluar dan pemproses minyak mentah sawit (CPO) dan LDCA sebagai pengeluar minyak bertapis dan barangan pengguna.

Sementara itu, MoU antara FGVHB dan Kumpulan Vitol ialah perjanjian yang melibatkan kerjasama bagi membekal, perdagangan antarabangsa, operasi logistik dan pengurusan risiko.

FGVHB ialah syarikat langsung Felda yang terlibat dalam pertanian global dan komoditi yang beroperasi di 10 negara dan buat masa ini pengeluar minyak sawit ketiga terbesar di dunia. Ia menguruskan 343,521 hektar ladang kelapa sawit di Malaysia yang mengeluarkan 5.2 juta metrik tan kelapa sawit pada 2011.

Vitol pula yang ditubuhkan di Rotterdam, Belanda terbabit dalam pasaran tenaga dunia dan perdagangan komoditi. Ia juga ialah antara pengendali kapal tangki minyak dan minyak kelapa sawit terbesar di dunia.

Sumber: Utusan - LONDON 15 Mei 

BERSIH 4.0: PAS kata buat... Ambiga kata tidak? Baca ni!

Semalam, MP terbaca lagi isu pendirian PAS juga Nik Aziz terhadap himpunan BERSIH yang tersiar di laman portal pro-pakatan. Apa yang MP nak persoalkan disini tentang sikap angkuh kepemimpin PAS dan begitu bersungguh untuk menganjurkan BERSIH 4.0.

Selain Nik Aziz, Hadi Awang dan timbalannya Mat Sabu turut menggesa agar Himpunan Bersih 4.0 dianjurkan dan berhasrat untuk membawa lebih sejuta peserta.

Lain pulak ceritanya apabila hari ini tersiar kenyataan Ketua penganjur Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih ( BERSIH ) S. Ambiga dimana dikatakan belum ada sebarang rancangan untuk mengadakan perhimpunan Bersih 4.0.

“Pihak saya tidak terfikir lagi mengenai sebarang agenda untuk mengadakan perhimpunan Bersih 4.0,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Nah... Apa sudah jadi? PAS kata lain, Ambiga pulak kata sebaliknya. Siapa penganjur? Adakah PAS akan mengambil alih tugasan Ambiga bagi penganjuran BERSIH 4.0 yang kononnya sedang di rancang itu?


Sebelum ini Nik Aziz telah mempertikai fatwa bahawa ‘merusuh untuk menentang kerajaan adalah haram’, yang terhasil dari kajian 24 ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Kritikan keras Nik Aziz terhadap para Mufti ini adalah semata-mata untuk menjustifikasikan rusuhan BERSIH 3.0 sebagai sesuatu yang dibenarkan dalam agama Islam.


Mudahnya, apa yang MP dapat simpulkan dalam hal ini... Pertamanya, PAS adalah dalang dan pencetus sekiranya berlaku BERSIH 4.0 ini nanti. PAS harus bersedia untuk menerima dan bertanggungjawab terhadap segala kemungkinan serta musibah yang berlaku.

Dari itu tidak salah lah kita semua wajib tolak PAS ini. PAS pengundang kehancuran. Hancur PAS!!!

KLIK LINK DIBAWAH UNTUK SAKSI VIDEO KOTOR YANG DIKATAKAN BERSIH :

Haramjadah betul...!!!



'Puaka Mengganas' di sebalik video ini... Saksikan!

Begitu kecewa setelah menyaksikan puaka di sebalik video ini... Segalanya terjadi akibat daripada sekumpulan banjingan berhati hitam. Bersusah payah pemimpin terdahulu berkorban, membena dan memartabatkan nama negara di mata dunia. Semudah ini mereka hancurkan. 

Marilah!!! MP mengajak kepada rakyat yang cintakan Malaysia...
Sebarkan sebanyak mungkin video berpuaka ini, agar seluruh mata dunia ketahui bahawa
'Pakatan Pembangkang' puaka pencetus keganasan serta penghancur negara.

Saksi dan sebarkan video di bawah ini:


KLIK LINK DI BAWAH INI UNTUK SAKSI VIDEO BERKAITAN:
Tak puas mengganas dalam negara, di negara orang pun nak buat kecoh!

15 May 2012

BUKTI VIDEO: Tengoklah! Biadapnya puak 'Pakatan Haram' terhadap Perdana Menteri...

Tengoklah perangai anak-anak didik pimpinan 'Pakatan Haramjadah' ni...Video di bawah ini menjelaskan kepada kita semua betapa bahalolnya puak-puak ikutan pakatan Rakyat dengan selamba memalukan Malaysia dimata dunia.

Tidak cukup dengan memporak perandakan negara pada 28 April lalu dengan mencetuskan keganasan, kali ini bertindak menyerang Perdana Menteri DS Najib di London, petang semalam..

Inilah sikap biadap yang dipamerkan mereka. Lihat lah wahai rakyat Malaysia! Bukalah mata, nilai sifat mereka... Dalam pada belum lagi menjadi kerajaan dan mendapat kuasa, inilah gaya sebenar mereka...

Biadap!!! 
Kurang Ajar!!!
Bangsat!!!
Tak Berakal!!!

Tak tau apa lagi yang patut digelar pada mereka yang di lihat langsung tidak berpedoman ini.
Jangan kerana mereka fikir yang mereka dinaungi pemimpin pembangkang,
mereka nak cuba berani besar kepala...

Untuk apa lagi dibiarkan!
Kena ajar cukup-cukup puak didikan 'Pakatan Haram' ni!!!
 
Saksikan bukti video ini:

14 May 2012

Sandiwara PAS ni sampai bila? Klik tengok sini!


Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Dr. Raja Ahmad Al Hiss menegaskan bahawa kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai perlaksanaan hudud sekiranya PR menang pilihanraya adalah tidak bercanggah dengan prinsip Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Harun Taib juga berpendapat yang sama dan menyarankan agar bantahan Karpal dipersetankan saja. Karpal Singh sebelum ini menempelak Hadi Awang kerana membangkitkan kembali soal hudud yang dianggapnya sudah tamat, iaitu tidak akan dilaksanakan sama sekali apabila PAS bersetuju membuang Negara Islam dari perjuangan dan ditukar kepada Negara Kebajikan.

Karpal juga merujuk kepada kenyataan Hadi Awang baru-baru ini yang ingin membuang Islam sebagai agama rasmi negara dan sebaliknya akan menerapkan cara hidup Islam (Addin) kepada semua.

Karpal dengan itu menuntut agar PAS menghentikan semua cakap-cakap mengenai Islam terutamanya hudud. Kata Karpal, cakap-cakap mengenai Islam ini semakin mengelirukan pengundi, selain tidak bersandar kepada prinsip Pakatan Rakyat.

Kita bersetuju dengan Karpal bahawa PAS perlu membuat keputusan mengenai pendirian mereka terhadap hudud secara muktamad untuk kesekian kalinya.

Di awal penubuhan PAS, parti itu menjadikan hudud sebagai matlamat perjuangan yang paling tinggi. Berpegang kepada matlamat ini, ramai ahli-ahli PAS menjadi fanatik dan menentang kerajaan yang dianggap mereka sebagai sekular, hatta kafir kerana tidak melaksanakan hudud. Peristiwa Memali dan Sauk adalah antara tragedi berdarah yang berakar dari fahaman ekstrem yang dibawa PAS.

Tanpa mereka sedari, ‘hudud’ hanyalah sebuah drama untuk memancing sokongan umat Islam yang tercari-cari pegangan. PAS tahu, orang Melayu mudah tersangkut dengan drama picisan murahan yang meleret-leret tanpa penghujung. Dengan itu, PAS telah mempergunakan sepenuhnya sikap ini untuk terus membuai mereka dalam mimpi yang tidak berkesudahan.

Apabila menghidu peluang untuk ke Putrajaya dengan bekerjasama dengan Anwar Ibrahim, PAS secara tiba-tiba menjadi ‘lembut’ sedikit dan lebih terbuka berkenaan perlaksanaan hukum hudud. Bagi membuktikan sikap terbuka mereka, Hadi Awang pun berkata:

“Hukum Hudud adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam tetapi menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melaksanakannya.” - (Hadi Awang / 07 Mac 2000 / Utusan Malaysia).

Jelas, dengan kedudukan hudud yang hanya sebahagian kecil dari keseluruhan Islam yang luas, maka ketaksuban PAS terhadap undang-undang itu sehingga sanggup mengkafirkan orang lain, adalah satu bentuk ektremisme yang dibuat-buat sekadar untuk meraih keuntungan politik melalui perpecahan ummah.

Dalam ertikata lain, PAS, terutamanya Hadi Awang sendiri hanya berlakon – kekadang beliau berlakon sebagai terbuka, dan kadang-kadang pula sebagai ekstrem, mengikut arus politik semasa dan mengikut kepala otaknya.

Namun, menyedari bahawa pendirian ini telah mengecewakan ramai ahli-ahli fanatik mereka, maka PAS pun terpaksa berdolak dalih mengenainya setiap kali ditanya.

Akhirnya, apabila lakonan mereka ternyata berjaya membantu mereka menang di Kedah dan mengekalkan Kelantan, PAS bersetuju menggugurkan terus prinsip Negara Islam yang termaktub dalamnya hukum hudud, semata-mata kerana tidak mahu melepas peluang merebut Putrajaya bersama dengan DAP dan PKR. Maka berkatalah PAS lagi:

“Kita ada persetujuan, untuk peringkat ini kita tidak bincangkan soal Hudud. Misi kita yang utama ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihanraya”. – (Nik Amar Nik Abdullah, Timbalan Pesuruh Jaya Pas kelantan merangkap Exco Kerajaan Pas Kelantan / 03 September 2010 / Utusan Malaysia)

Sangka PAS, prinsip terbuka mereka akan diterima baik oleh semua termasuk para penyokong mereka. Tidak pernah terfikir oleh mereka bahawa keputusan tersebut telah memakan diri. Akibat lakonan yang buruk dan tidak mantap, PAS kini dilihat sebagai alas kaki, kuda tunggangan ataupun anjing suruhan DAP yang tiada maruah dan tiada harga diri.

PAS dicemuh dan dihina kerana menggadaikan prinsip, yakni agama dan juga bangsa kerana politik. Lebih buruk lagi apabila sikap terbuka PAS menjadi keterlaluan sehingga sanggup bekerjasama dengan Ambiga yang menyokong murtad dan LGBT, sedangkan mereka pernah berjihad menentangnya.

Melihat keadaan semakin parah, di mana penyokong semakin marah dan pengundi atas pagar memalingkan terus muka dari mereka, PAS sekali lagi cuba menyambung sinetron hudud yang sepatutnya sudah tamat. PAS percaya inilah strategi yang paling tepat bagi menghadapi pilihanraya iaitu menunjukkan ketegasan menempelak kembali Karpal Singh yang berkeras menentang hudud.

Langsung PAS tidak dapat melihat bahawa tindakan ini hanya akan menambahkan rasa menyampah dan muak terhadap mereka. Ini kerana, yang pasti, Karpal Singh tetap konsisten sejak dari dahulu sehingga kini beliau dan DAP tegar menentang hudud dan Negara Islam. Yang jelas tidak konsisten, tiada pendirian dan tiada maruah hanyalah PAS.

Justeru, PAS perlu menerima hakikat bahawa sinetron hudud sudah tidak laku, apatah lagi dengan menggunakan pelakon dan skrip yang sama.

PRU 13: Tarikh PRU13. Betul ke ni? Saksikan video ini...

Sejak kebelakangan ini macam-macam tekaan dan spekulasi tentang bilakah PRU13... Beliau ini tidak ketinggalan untuk sama-sama sebuk memperkatakannya... 

Saksikan!

 

Kahkahkahkahhhh!!! Macam-macam lah sekarang ni...


13 May 2012

GEMPARRR : Skandal terbaru Anwar bersama seorang pemuda... Saksi video pengakuan sumpah ini!


Anwar: Eaaa... Boleh bagi gambar...
Insan terlibat: Eaaa.. Gambar apa, Datuk Seri...
Anwar: Alaaa... You know la, gambar ringan-ringan...
Insan terlibat: Saya tak paham la Datuk Seri...
Anwar: Alaaa... Bagi la gambar... Yang tak pakai baju ke...


Kenyataan diatas telah dibuat dengan pengakuan bersumpah oleh pehak yang membongkarkannya.
Begitula bunyinya komunikasi antara Anwar dengan 
insan terlibat itu...


Selanjutnya saksikan video dibawah:


Kantoi lagi!!! Apa nak jadi si Al-Juburit niii!

Isu lain yang perlu di ketahui klik: 

AIS KRIM AZMIN: Ini ke wanita yang bersama Azmin tu? Klik saksi video!


Kena tibai dah!!!
Inilah rupanya, saksikan video di bawah:


Jangan salahkan UMNO!!!


12 May 2012

Melutut Melayu PR dengan DAP.. Tengok lah!


Keputusan DAP tidak menyambung tempoh anggota Dewan Negara Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim adalah satu indikasi bagaimana parti rasis dan chauvinis Cina itumelihat kepada pemimpin Melayu di dalam parti.

Apa yang terjadi kepada Naib Presiden DAP itu sepatutnya menjadi pengajaran amat berguna kepada orang Melayu dan beberapa kerat individu Melayu yang kononnya melihat parti itu memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Untuk memancing undi, DAP cuba menonjolkan imej prihatin kepada orang Melayu dengan mengatakan mereka memberi tempat kepada pemimpin Melau di dalam parti itu.

Maka Tunku Aziz pun dilantik sebagai salah satu naib presiden DAP untuk mengaburi mata orang Melayu.

Keadaan itu berubah apabila Tunku Aziz bersuara sedikit mengkritik penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 yang disokong DAP dan parti pembangkang yang lain.
Dengan pantas DAP yang dikatakan sayang dan mengambil berat kepada Orang Melayu mencantas anggota diraja Kedah itu daripada terus memegang jawatan Senator.

Bagi DAP, orang Melayu boleh pegang jawatan tinggi dalam parti itu, mungkin juga sampai menjadi pengerusi, tetapi mereka hendaklah diam membisu serta menjadi seperti tunggul.

Membuka mulut untuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu di dalam DAP bermakna mengundang padah kepada karier politik mereka.
Taktik DAP memikat hati orang Melayu setakat ini telah berjaya menjadikan PAS sebagai kuda tunggang yang setia.

Kesetiaan PAS kepada DAP terbukti apabila parti itu sanggup mengorbankan prinsip perjuangan negara Islam semata-mata untuk menjaga hati DAP.

Kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak boleh melaksanakan hukum hudud dan mewujudkan negara Islam sehingga mencukupi syarat.

Apa yang dikatakan beliau amat bertentangan dengan semangat berkobar-kobar PAS Kelantan meluluskan enakmen hukum hudud 20 tahun dahulu kononnya sebagai langkah pertama penubuhan daulah Islam di negara ini.

Persoalannya apa yang sudah jadi dengan enakmen undang-undang hudud versi PAS? Adalah disebabkan persengkolan mereka denga parti rasis Cina DAP, hukum hudud pun PAS sanggup campak ke luar tingkap?

Inilah sikap hipokrit dan bermuka dua yang ditunjukkan PAS dalam isu negara Islam.
Semasa mereka belum menjadi rakan kongsi bersama DAP dalam Pakatan Rakyat, DAP dianggap sebagai musuh kerana mereka golongan kuffar.

Tetapi apabila sudah tidur sebantal dengan DAP, semuanya menjadi halal.

DAP tidak lagi dilabel sebagai kafir harbi, malah PAS berkata perjuangan parti itu selari dengan slogan 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan parti itu.

Kenyataan Abdul Hadi membuktikan bahawa PAS telah melutut sepenuhnya kepada kehendak DAP yang menentang konsep Daulah Islamiyahnya.

Berbeza dengan DAP yang terus mengekal slogan 'Malaysian Malaysia'nya, PAS pula telah menukar warna politiknya.

Daripada perjuangan menegakkan Negara Islam, PAS melunakkannya menjadi Negara Berkebajikan untuk menjaga hati DAP.

DAP adalah seperti serigala yang berbulu biri-biri.

Jika PAS dan orang Melayu di dalam DAP dan PKR masih dibuai mimpi berfikir DAP akan menjaga dan memperjuangkan hak serta nasib mereka, satu hari nanti mereka akan bangkit dari tidur lena sebagai rakyat kelas dua yang ditindas seperti mana di Singapura.

Hangat... hangat video ni! Panas hati pembangkang... Klik saksi!

Memang hangat! Belasah jangan tak belasah yeop!!!



   

11 May 2012

Betul-betul hampasss la perempuan ni... Klik tengok!

Haramjadah betul la... Pandai pulak mengadu rasa kecewa apabila terkena batang hidung sendiri. Tau pulak bercakap tentang hal undang-undang dan mengganggu ketenteraman.

Keluh Ambiga, beliau kecewa kerana menganggap tindakan itu tidak wajar dan turut mengganggu ketenteraman jiran di sekitar kawasan perumahannya.

“Ini bukan caranya, jika mahu menuntut ganti rugi perlu dilakukan berdasarkan prosedur undang-undang dan biar mahkamah tentukan perkara itu, ” katanya lagi.

Oooo...! Dia ingat tak apa yang berlaku sepanjang pengajurannya dalam BERSIH selama ini. Habis porak peranda negara dibuatnya, para peniaga hilang hasil pendapatan, rosak harta benda awam, pasukan keselamatan di belasah, mencabul perintah mahkamah dan bermacam-macam lagi lah yang berlaku.

Lu ingat BERSIH ka??? Itu GANASSSS namanya. Tengok ni!


Semalam, baru saja salah seorang daripada ahli Pertubuhan IKHLAS memacak sebuah gerai burger di hadapan rumahnya, terus menyalak keliling kampung.

Apa yang dilakukan kumpulan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) yang mewakili peniaga di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) adalah bertujuan untuk mendesak Ambiga membayar ganti rugi dianggarkan RM200,000.

Menurut Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah, jika Ambiga gagal berbuat demikian dalam tempoh dua minggu, akan lebih banyak gerai membabitkan pelbagai jenis perniagaan akan dibuka depan rumah beliau.

Alooo.. Ambigooo! Sendiri mau ingat la!!!


BERSIH 3.0: Anak Tokoh Dihormati Terjerat Mainan Pembangkang...



Ada juga sebenarnya beberapa kerat penyokong & peserta BERSIH 3.0 yang non-partisan masih memegang erat kepercayaan bahawa BERSIH hanyalah sebuah NGO yang berniat baik sebagaimana digambarkan melalui 8 tuntutannya yang kelihatan tulus dan murni.

Bab kata orang, mudah terpesona melihat kulit buku dan tajuknya hingga terlupa peri penting isinya perlu dihalusi dahulu sebelum mengotakan niat untuk membeli buku tersebut.

Marina Mahathir adalah antara peserta BERSIH 3.0 yang tergolong dalam kumpulan tersebut, terpengaruh dengan tuntutan yang dilihat bagus dan menarik kemudiannya terjebak untuk mempertahankan segala tindak tanduk BERSIH atas nama kebebasan bersuara, keadilan dan hak asasi manusia.

Menulis dalam blognya pada 08 Mei, Marina meluahkan pendapatnya mempertahankan BERSIH 3.0 sebagai agenda rakyat yang langsung tiada kaitan dengan kebangkitan di negara Arab khususnya yang berlaku di Mesir, Yemen, Libya dan Syria.

Katanya lagi, tiada alasan untuk dibimbangi tentang kemungkinan BERSIH 3.0 bertukar menjadi kacau bilau seperti yang terjadi di negara-negara Arab tersebut.

Itu kata Marina yang kita ketahui kerap bergiat aktif bersama pelbagai NGO, berfikiran sedikit liberal & terbuka tapi naif soal sepak teranjang dunia politik sekalipun ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohammad adalah tokoh politik terkenal tanahair.

Sebenarnya ternampak jelas, Marina samaada lurus bendul atau sebenarnya sudah terjerat dalam mainan politik pembangkang hingga terpaksa mencari dalil dan hujah untuk menghalalkan penglibatan dalam kerusuhan yang tercetus gara-gara BERSIH 3.0

Hakikatnya apa yang berlaku 28 April lalu hanyalah lanjutan kepada cubaan pembangkang yang mahu meng'tahrir'kan Dataran Merdeka sebagaimana diterjemahkan melalui perarakan anti-PTPTN yang diadakan pada 14 April 2012 yang kemudian meleret menjadi perkhemahan siang malam di sana selama beberapa hari.

BERSIH 3.0 temanya 'Duduk dan Bantah' manakala penegasan oleh Pengerusi Bersama BERSIH 3.0, Datuk S. Ambiga sehari sebelum perhimpunan berlangsung ialah mereka hanya akan duduk dan bantah di kawasan yang sehampir mungkin dengan Dataran Merdeka tanpa melanggar atau mengalih pengadang jalan yang didirikan oleh pihak polis dan DBKL.

Jika BERSIH 3.0 berniat tulus ikhlas untuk mengadakan perhimpunan aman tentu saja sebaik arahan oleh Ambiga yang mahu peserta bersurai maka semuanya berakhir begitu saja tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Namun apa yang berlaku ialah perhimpunan diteruskan dan berlakunya serbuan peserta ke arah Dataran Merdeka selepas Anwar dan Azmin berbalas isyarat yang kemudiannya diikuti dengan tindakbalas pihak berkuasa untuk menyuraikan serbuan tersebut.

Malah ucapan Azmin Ali kira-kira sejam sebelum keributan berlaku jelas membayangkan hasrat pembangkang yang mahu mengepung dan menawan Dataran Merdeka - satu bukti nyata mereka mahu menjadikan Dataran Merdeka sama seperti yang berlaku di Dataran Tahrir.

Begitu juga ucapan Anwar Ibrahim sebelum masuknya waktu solat Zohor yang mahu peserta BERSIH 3.0 menuju masuk ke Dataran Merdeka - bukankah itu terbukti membelakangi arahan mahkamah yang memerintahkan supaya tiada perhimpunan di adakan di kawasan tersebut.

Arahan mahkamah akhirnya dicabuli, undang-undang dilanggar dan harta benda awam dijahanamkan dan anggota polis dicederakan - realitinya perhimpunan aman yang kononnya memperjuangkan ketelusan dan keadilan sebagaimana digambarkan selama ini oleh BERSIH dan pembangkang, sebetulnya hanyalah tong kosong yang dipukul bertalu-talu bunyi kuat tapi isinya zero tiada manfaat.

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.