GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label MBJohor. Show all posts
Showing posts with label MBJohor. Show all posts

28 November 2015

XPURA 2015: Buka Peluang & Ruang Pamir Kepada Usahawan Tempatan.


EKSPO USAHAWAN KEJORA (XPURA 2015)

Buat julung kalinya Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) akan menganjurkan Ekspo Keusahawanan Kejora (XPURA 2015) di Dewan Bandaran Dan Tapak Bazar Bandar Penawar, Desaru.

Ketua Unit Ekonomi Dan Keusahawanan Kejora, Marlina Amir berkata, objektif utama ekspo ini dianjurkan adalah untuk memberi peluang kepada usahawan mengadakan pameran dan jualan produk masing-masing selain mencari peluang perniagaan dengan pihak yang berminat dengan produk yang dipamerkan.

Katanya, ekspo yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Disember ini mensasarkan 200 usahawan yang terdiri dari pelbagai produk termasuk makanan; minuman; herba atau ubatan; pakaian; kraftangan; produk segar, pertanian dan perkhidmatan.

Menurutnya, program ini juga melibatkan penyertaan 20 pakatan strategik dari agensi bimbingan usahawan yang lain untuk tujuan 'one stop centre' bagi permohonan bantuan dan bimbingan usahawan.

"Kerjasama yang akan dibuat adalah dalam bentuk khidmat nasihat kemudahan kredit; dana dan latihan serta lain-lain bimbingan pembangunan kemahiran keusahawanan kepada pengunjung yang hadir.

"Agensi yang terlibat di dalam program ini merupakan yang tersenarai di bawah Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ) dan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW)," katanya.

Antara pengisian program ialah penganjur seminar SETDA sepanjang tiga hari melibatkan 500 peserta yang terdiri dari kumpulan usahawan dan peniaga; pameran dan jualan produk; program bicara Addin dan malam cinta Rasul; pameran gerbang kerjaya dan pengambilan pelajar Institut Kemahiran Binaan Negara (IKBN) serta temuduga terbuka.

Turut diadakan aktiviti keceriaan seperti sukaneka, mewarna, pertandingan memasak, karaoke dan persembahan artis terkenal tanahair Azlan Typewriter; Zamani Slam; Caliph Buskers; Ajai; Asmida serta pengacara Raja Lawak Joe dan Am
------------
Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi urusetia ditalian 07-8843000 dan 07-8221601.

11 August 2015

#CYBERTROOPERS : "Belum apa-apa meletup jadi panas" - @NajibRazak


UMNO perlu menambah bilangan ‘cybertroopers’ untuk menangani serangan-serangan yang beliau terima ketika ini, kata Perdana Menteri YAB. Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, sebelum pentadbirannya, turut terdapat beberapa isu yang membelenggu pentadbiran kerajaan namun tanpa media sosial, isu tersebut tidak "sepanas" yang dihadapi beliau sekarang.

"Hari ini belum apa-apa meletup jadi panas, saya pun mendidih je sepanjang masa, tidak adil," katanya, ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang di Dewan Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor.


DS Najib turut berkata, dimana isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) juga diperbesar-besarkan media sosial, sedangkan syarikat itu belum lagi mengalami kerugian.

Beliau menyifatkan penyebaran fitnah kini ‘di hujung jari’ disebabkan ruang siber menjadi medan perjuangan penting berbanding sebelum ini secara fizikal atau berhadapan.




"Kalau kita sebut berkenaan askar kita, kita bukan sahaja menyifatkan askar kita di kalangan secara fizikal tetapi sekumpulan lagi yang perlu kita wujudkan dengan bilangan yang begitu ramai, iaitu saya anggap 'keyboard warrior' untuk Umno," katanya.

"Ini adalah kerana pembentukan minda hari ini, soal persepsi lawan realiti, taburan benar lawan batil, sebaran fitnah tohmahan berada di hujung jari," kata ahli Parlimen Pekan itu lagi.


Berikut MP kongsikan ucapan penuh YAB Perdana Menteri merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang di Dewan Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor, semalam.




16 June 2015

Jawatan Menteri bukan lesen 'biadap' kepada institusi DiRaja Johor


Kata-kata dan bahasa Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz mengeluarkan kenyataan balas terhadap Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini, ekoran status Facebook TMJ yang menyentuh isu pembatalan Forum “Nothing to Hid” minggu lalu dilihat begitu biadap dan nampak menghina.

Dalam kenyataan Datuk Seri Nazri, kata beliau Putera Mahkota Johor boleh dikenakan peraturan yang sama dalam politik jika ingin membuat komen, dan beliau akan dibelasah dalam politik.

Antara kata lain, sumber melaporkan Datuk Seri Nazri memberitahu Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya “jangan masuk campur politik” jika tidak, akan “dibelasah”.

“Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah secara lisan) dia,” menurut The Star Online.

“Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang (justeru tidak sepatutnya campur tangan dalam politik). Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik." kata DS Nazri Aziz.

"Jika kamu memegang jawatan penting sebagai keluarga diraja di negeri dan kamu mula mengulas (politik)... kalau kerajaan 'belasah' kamu balik, jangan marah." tambah beliau.

Setelah beberapa jam selepas teguran Datuk Seri Nazri Aziz terhadap Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Berita mengenai satu klip video pendek memaparkan wajah TMJ muncul dalam aksi yang mencabar dan penuh tanda tanya, tersiar di media sosial. (KLIKSINI). Klip video tersebut dikatakan mempunyai sangkut paut dengan kenyataan yang di sebut oleh DS Nazri Aziz sebelum itu.

Walaupun klip video berkenaan tidak disertakan tajuk atau kapsyen, ia dimuat naik hanya selepas beberapa jam Nazri yang juga Menteri Kebudayaan dan Pelancongan jelas menjadi persoalan umum.

Namun, MP sebagai anak Johor dan berada dibawah naungan tahta Kesultanan Johor... Percaya dan berpendapat bahawa kata-katanya, memang biadap! Tidak sepatutnya DS Nazri merangkap sebagai Menteri serta pemimpin masyarakat bercakap dengan cara dan bahasa sedemikian.

Dia kena sedar akan martabat di Raja dan sepatutnya dia sebagai individu yang telah berada di pucuk kepimpinan tidak akan menunjukkan sifat begitu secara terbuka. Dah tu, dia seorang pemimpin UMNO pulak tu.... Jangan bikin malu dan buat taik la dalam UMNO.

Perlu di ingat..! Anda bercakap dengan bakal Sultan bukan bercakap dengan rakyat biasa!

MP percaya, daripada riaksi TMJ dalam klip video tersebut, menunjukkan maksud berkait rapat dendan tindak tanduk DS Nazri terhadapnya. Sudah tentu juga sebagai anak-anak dan bangsa Johor tidak dapat menerima kenyatan ini serta menolak sekeras-kerasnya kenyataan biadap Menteri Pelancongan itu...

Kalau iya pun, biarlah bersopan dan bercara... Ini tidak, bahasanya tidak sedikitpun dilihat punyai rasa hormat terhadap Raja dan institusinya. Selamba berani dan angkuhnya mengecam dan menyelar Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan baha kesat.

MP pasti hal ini juga tidak boleh diterima seluruh rakyat negeri Johor, antaranya Pemuda MIC (KLIKSINI) dan dua pemimpin UMNO dari Johor yang telah menyuarakan sokongan kepada TMJ dan beri mesej jelas kepada DS Nazri tentang perlunya menghormati institusi beraja..

Allah Berkati Johor... Allah Selamatkan Sultan.
Daulat Tuanku.

Dibawah, ikuti kenyataan media daripada YB Datuk Latif Bandi dan Datuk Zulkurnain Kamisan berhubung kenyataan DS Nazri Aziz sebagai Menteri terhadap Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ)

KENYATAAN 

Datuk Zulkurnain Kamisan
KETUA UMNO BAHAGIAN PARIT SULONG

Datuk Zulkurnain Kamisan
Saya menyarankan agar menteri ini lebih muhasabah diri dan cermin diri untuk mengatakan sesuatu perkara yg melibatkan institusi diraja. Jangan bermain api. Kita sudah cukup aman selama ini.
Rakyat Johor tidak pernah sesekali menderhaka dan kita akan menentang setiap anasir yang boleh merosakkan perpaduan antara rakyat johor.
Rakyat Johor akan pertahankan kedaulatan negeri dan juga kedaulatan bangsa Johor.
JANGAN UGUT DAN KURANG AJAR...
Jawatan sebagai menteri bukan lesen untuk bersikap kurang ajar kepada sesiapa.
Pendirian menteri ini tidak mewakili kepimpinan umno atau rakyat kerana beliau hanyalah ahli MKT yang dilantik..perlantikan beliau hanya oleh Perdana Menteri
JOHOR MESTI JADI JOHOR
Rakyat Johor sentiasa menghormati dan menyanjung tinggi kedaulatan institusi kesultanan...
Orang luar yang tidak suka cara johor tidak perlu mencerca atau menghina tetapi pintu sentiasa terbuka utk keluar mencari negeri lain...
Datuk Zulkurnain Kamisan
Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong



KENYATAAN 

YB Datuk Hj Abd Latif Hj Bandi
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor

YB Datuk Hj Abd Latif Hj Bandi

Setiap warganegara Malaysia yang prihatin berhak untuk menyalurkan pandangan khususnya dalam hal2 yg berkaitan dgn kepentingan awam.
Demikianlah juga bagi DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
Apatah lagi baginda seorang Putera Raja yang sangat perihatin terhadap rakyat baginda dan memiliki ramai peminat serta pengikut yang ratanya di kalangan anak-anak muda khasnya di Negeri Johor Darul Ta'zim.
Oleh hal yg demikian, adalah tidak wajar bagi sesiapapun untuk menafikan hak ini.
Malah adalah agak keterlaluan bagi mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan yg berbaur ugutan dan boleh mencemarkan nama baik institusi DiRaja Johor khasnya.
Sebagai seorang pemimpin politik yg berpengalaman, YB Datuk Nazri Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan kasar dan buruk sedemikian rupa sehingga boleh mengundang perbalahan dan reaksi balas negatif rakyat Johor kepada beliau.
Ianya juga secara tidak langsung boleh memburukkan lagi imej kepimpinan politik dan diharapkan sikap dan perlakuan seperti ini tidak diikuti oleh pemimpin2 yg lain.
YB Datuk Hj Abd Latif Hj Bandi
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor

15 June 2015

Kenyataan DS Nazri Aziz 'biadap'..! - Pemuda MIC Johor.


KENYATAAN AKHBAR
S.DEVA
KETUA PEMUDA MIC JOHOR


MENGENAI KENYATAAN BIADAP DATUK SERI NAZRI AZIZ TERHADAP TMJ

PEMUDA MIC JOHOR mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan biadap Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz terhadap TUNKU MAHKOTA JOHOR, TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM.
Sebagai seorang pemimpin negara, Datuk Seri Nazri sepatutnya menunjukkan contoh ikutan yang baik kepada rakyat supaya menghormati INSTITUSI DIRAJA di negara kita dan bukannya bertindak seperti ketua kumpulan KONGSI GELAP dengan mengeluarkan kata-kata ugutan kepada TUNKU MAHKOTA JOHOR.
Untuk itu, PEMUDA MIC JOHOR mahu kepimpinan BARISAN NASIONAL PUSAT mengenakan TINDAKAN DISIPLIN kepada Datuk Seri Nazri.Ini selari dengan semangat BARISAN NASIONAL yang sentiasa mendokong prinsip RUKUN NEGARA yang salah satu daripadanya adalah KESETIAAN KEPADA RAJA dan NEGARA. PEMUDA MIC bimbang, sekiranya tiada tindakan diambil terhadap kebiadapan Datuk Seri Nazri ini, budaya MENGHINA dan BERSIKAP BIADAP terhadap INSTITUSI DIRAJA di MALAYSIA akan menular di kalangan para PEMIMPIN yg lain.
Selain itu, PEMUDA MIC JOHOR mendesak kepimpinan negara agar MEMECAT Datuk Seri Nazri Aziz daripada jawatan Menteri yang sedang disandangnya.
Lagipun, ia bersesuaian dengan KEGAGALAN Kementerian Pelancongan dalam program Tahun Melawat Malaysia tahun lepas apabila ia hanya mampu mencatat kemasukan pelancong sebanyak 27.4 juta pelancong walhal sasarannya adalah sebanyak 28 juta pelancong. 
Ini pun sudah jelas membuktikan bahawa beliau gagal menguruskan kementeriannya dengan baik. Negara kita memerlukan pemimpin yang bijak serta mampu mengurustadbir dengan baik dan bukannya hanya tahu bercakap seperti nyaringnya ‘TIN KOSONG’.
Sebagai ANAK JATI JOHOR, PEMUDA MIC juga mahu Datuk Seri Nazri Aziz menarik balik kenyataan biadapnya itu dan membuat PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA kepada TUNKU MAHKOTA JOHOR dengan kadar SEGERA ! Janganlah kerana sikap biadap anda membuatkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus TERCALAR.
Akhir sekali, PERGERAKAN PEMUDA MIC JOHOR berikrar akan sentiasa BERDIRI TEGUH di belakang INSTITUSI DIRAJA JOHOR dan tidak akan membenarkannya dihina dan dicaci seperti apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Nazri Aziz pada hari ini. 
Kami semua adalah ANAK JOHOR dan ingatlah bahawa hanya JOHOR YANG MENGENALI JOHOR.
S.DEVA
KETUA PEMUDA MIC Johor
14 JUN 2015

12 May 2015

JDT juara Kumpulan F (AFC League)


Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) melengkapkan aksi terakhir kumpulan F Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan bergaya setelah membenam wakil Singapura, Balestier Khalsa FC 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, malam tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad 'Harimau Selatan' muncul juara kumpulan F dengan kutipan 15 mata daripada enam perlawanan.

Pasukan JDT yang sudah mengesahkan kejayaan lebih awal ke pusingan kedua pada 28 April lepas, terpaksa menunggu pada minit ke-75 untuk membuka tirai jaringan menerusi Mohd Safee Sali hasil tendangan percuma Mohd Nazrin Mohd Nawi.

Skuad kendalian jurulatih dari Argentina, Mario Gomez itu menambah jaringan kedua pada minit ke-85 menerusi perancang tengah, Safiq Rahim yang memanfaatkan hantaran lintang Mahalli Jasuli.

Penyerang import JDT, Luciano Gabriel Figueroa mengesahkan kemenangan skuad 'Harimau Selatan' pada minit ke-89 selepas percubaan beliau terkena pemain pertahanan pelawat sebelum menerjah jaring.

JDT dijadual bertemu naib juara kumpulan H pada pusingan kedua di gelanggang mereka pada 27 Mei ini.

Kelab Liga Super Indonesia, Persib Bandung dan Ayeyawady United FC dari Myanmar akan membuat perhitungan di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, Rabu, bagi menentukan juara dan naib juara kumpulan H.

Dalam pada itu, wakil dari Hong Kong, Kitchee SC berjaya mengiringi JDT ke pusingan kedua kejohanan dengan kutipan 11 mata walaupun seri 2-2 menentang kelab dari India, East Bengal pada satu lagi perlawanan kumpulan F di Stadium Mongkok, Hong Kong.
- Sumber

18 April 2015

PRO RAKYAT JOHOR: Pencapaian 2014



15 November 2014

BAJET 2015: Durian Runtuh Untuk Johor!

Berita baik bagi rakyat Johor dalam Bajet Johor 2015 yang dibentangkan oleh MB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pagi semalam.


Antara durian runtuh yang diberi adalah seperti berikut :

Penjawat awam Johor diberi bonus setengah bulan gaji.

15,000 murid sekolah rendah agama nikmati bantuan makanan sihat.

Pelajar baharu IPT dapat bantuan anatar RM500 hingga RM1,000.

Nelayan terima bantuan sara hidup RM1,000
Pembeli rumah kos rendah diringkan beban dengan baucar RM1,000

Ketahui intipati selanjutnya bagi Bajet Johor 2015 sepertimana yang telah dibentangkan oleh YAB. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kelmarin... KLIKSINI

8 September 2014

Berhasrat ambil alih tanah bekas Kem Tebrau untuk bangunkan perumahan - @khalednordin


YAB. Mohamed Khaled, Menteri Besar Johor telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri berhasrat mengambil alih tanah bekas Kem Tebrau di sini seluas 154.59 hektar bagi membangunkan kawasan perumahan, selepas menyempurnakan majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Bandar Dato' Onn, kelmarin.
Beliau berkata, pengambil-alihan yang akan dilakukan oleh JCorp itu bertujuan membina kawasan bercampur termasuk penyediaan rumah mampu milik, seterusnya menyelesaikan masalah setinggan di kawasan berhampiran.

"Dahulunya tapak itu adalah tanah kem yang kemudian diswastakan. Hingga kini pihak berkenaan tidak menjalankan sebarang pembangunan.

"Jadi, kerajaan tidak boleh biarkan keadaan ini berlarutan terlalu lama dan sebagai penyelesaian kerajaan negeri akan mengambil alih dan melantik JCorp bagi menjayakan pembangunan di kawasan berkenaan," katanya.

Dalam ucapannya juga, kerajaan pusat diminta mewujudkan semula bank atau institusi kewangan yang menyediakan skim sewa beli berkesan bagi memudahkan rakyat memiliki rumah.

YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin berkata, pembeli berdepan masalah sukar untuk mendapatkan pinjaman dan secara tidak langsung menjejaskan hasrat mereka untuk memiliki rumah yang telah disediakan oleh kerajaan negeri.

"Kerajaan perlu memikirkan pendekatan sewa beli bagi rakyat yang ingin memiliki rumah dan untuk memastikan keberkesanan matlamat berkenaan, perlu diwujudkan bank atau institusi yang menyediakan skim sewa beli.

"Dulu ada MBSB (Malaysia Buil-ding Society Berhad) tetapi atas sebab tertentu, peranannya sedikit berubah. Bagaimanapun, kerajaan perlu kembalikan atau mewujudkan satu badan yang dapat menjayakan skim sewa beli bagi memudahkan rakyat membeli rumah," katanya.
 

YAB. Mohamed Khaled berkata, JCorp menerusi anak syarikatnya Johor Land Bhd., akan membina sebanyak 8,000 unit rumah mampu milik dan kos rendah menjelang 2020 sebagai usaha menjayakan Dasar Perumahan Rakyat Johor.

"Sebanyak 1,150 unit rumah mampu milik akan dibina di Bandar Dato' Onn di sini dalam tempoh lima tahun hingga 2017 membabitkan dua fasa dengan harga RM80,000.

"Sasaran kerajaan negeri menjelang 2017/2018 adalah pembinaan 28,000 unit, tetapi mengikut kiraan yang dibuat sebanyak 37,000 unit akan siap menjelang tahun berkenaan," katanya.

3 September 2014

Johor Bangunkan Hab Institut Kemahiran- @khalednordin


Didalam amanat YAB. Menteri Besar Johor dihadapan lebih 2,000 penuntut baharu yang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi kemasukan sesi 2014/201, semalam. Johor akan membangunkan sebuah institut kemahiran di Bandar Tenggara sebagai salah satu usaha melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dan separa mahir yang diperlukan negara.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, institut berkenaan akan dibina di atas tanah seluas 202.34 hektar bermula tahun depan. Antara bidang yang menjadi fokus bagi merealisasikan penubuhan institut tersebut adalah minyak dan gas, hospitaliti dan kejuruteraan.
 

Menurut beliau lagi, perkara ini memang ada dalam perancangan kerajaan negeri. Johor memang ingin mewujudkan sebuah hab institut kemahiran. Perancangan mengenainya sedang dilakukan dan apabila semuanya lengkap, ia akan umumkan nanti.

Pembinaan institut kemahiran berkenaan juga akan melibatkan kerjasama dengan beberapa pihak dari dalam dan luar negara. Antara negara yang bersedia bekerjasama dalam membangunkan hab institut kemahiran itu adalah Jerman, United Kingdom, Jepun dan Australia.

"Hab institut kemahiran ini adalah berbeza dengan (konsep) di Educity kerana institusi pengajian yang dibina di sana adalah berasaskan akademik," tambah Menteri Besar.

"Kita masih dalam proses merancang dan mencari mekanisme terbaik bagi pelaksanaannya dan apabila semuanya selesai, kita akan umumkan," katanya.


Turut hadir
pada majlis Minggu Mesra Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2014, semalam, ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday dan Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Ir. Wahid Omar.

21 August 2014

@YayasanMESRA : Dakapan dari hati warga Kota Tinggi dalam MUAFAKAT RAYA untuk #GAZA #MH370 #MH17



Sememangnya suatu yang unik dan istimewa dirasakan lebih 30ribu pengunjung yang dapat bersama di dalam program Muafakat Raya Kota Tinggi 2014 yang berlangsung kelmarin sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

Selain di hidang dengan pelbagai jenis juadah, program bertemakan Dakapan Gaza, MH370 dan MH17 ini juga turut di serikan dengan kehadiran YAB. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta YAB. Dato' Muhamed Khalid Nordin, Menteri Besar Johor.

Ketibaaan YAB. Timb. Perdana Menteri disambut meriah

Menambat silaturahim rakyat bersama pemimpin.
Bersama TPM di tapak pameran.
Dalam bergembira dengan pelbagai aturcara dari siang hari hingga ke malam, penganjuran Muafakat Raya Kota Tinggi kali ini di lihat lebih bermakna apabila pengunjung diajak sama meraikan anak-anak yatim, anak-anak istimewa (OKU) yang tentunya perlukan perhatian, mengingati tragedi malang pesawat MH370 dan MH17 yang di tembak jatuh hingga mengorbankan 298 penumpang termasuk 44 rakyat Malaysia.

Anak-anak yatim tidak dilupakan.
Lebih 30 gerai didirikan dengan hidangan pelbagai juadah
Parlimen Pengerang bersama hidangan ais krim mereka.
Kemeriahan disambut tidak kira bangsa dan agama.
Kumpulan Marhaban
Pintu masuk utama ke tapak program Muafakat Raya Kota Tinggi 2014
Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung rakyat Palestin juga tidak dilupakan. Mengumpul sebanyak mungkin dana untuk disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Palestine (Media Prima Berhad) adalah antara tujuan utama program ini dianjurkan.

Kutipan dana Tabung Kemanusiaan Palestine
Para pemimpin turut sama hulurkan derma 

Pengunjung membeli cenderamata sambil menderma
Dengan iniasiatif Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin bersama gabungan Kerajaan Negeri Johor, Pejabat Daerah Kota Tinggi, Pusat Khidmat Ahli Parlimen dan juga agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama Yayasan Mesra serta sokongan seluruh warga daerah Kota Tinggi dapat di anjurkan dengan jayanya.


Cenderamata untuk TPM diserahkan oleh YAB. MB Johor
YAYASAN MESRA turut menyumbang ke Tabung Gaza


Hasil kutipan warga pendidik dan anak murid sekolah daerah K.Tinggi
 

Jumlah dana yang terkumpul turut berjaya melepasi jangkaan yang disasarkan dimana kutipan keseluruhanya mencecah RM 60,396.00. 

Menurut Datuk Ehasanudin selaku Pengerusi Yayasan Mesra, jumlah sebanyak ini tidak akan tercapai jika rakyat tidak sama2 menyokong.

Sebagai sebuah institusi yang berteraskan kebajikan kepada masyarakat, tentu sekali pencapaian-pencapaian seperti ini menjadi suatu yang amat bermakna. Kejayaan ini juga, secara tidak langsung memberi kekuatan buat Yayasan Mesra dalam mewujudkan program-program kemasyarakatan dan kebajikan secara proaktif dan berterusan di masa hadapan. 

Datuk Ehsanuddin Harun Narrashid turut tampil mendeklamasikan

sebuah sajak bertajuk Aku Palestin
Keluarga dan warga kerja YAYASAN MESRA
- Selanjutnya KLIK saksi video di bawah:



ARTIKAL BERKAITAN KLIK LINK DIBAWAH - 


15 August 2014

#PeluangAnakJohor : Rebut 4 Peruntukkan Bantuan/Tajaan Keusahawanan Serta Kerjaya Belia.



'Keusahawanan Kerjaya Pilihan'

Fokus Pelan Suara Hati Johor: 
Meningkatkan Ekonomi dan pembangunan Usahawan

Satu lagi Inisiatif Pembangunan Pro Rakyat,

Kerajaan negeri melalui Perbadanan Islam Johor (PIJ) mengumumkan empat program baharu yang dirangka untuk belia Islam bagi meningkatkan ekonomi umat Islam di negeri ini.

Kita mahukan budaya keusahawanan diterapkan dari peringkat awal dan kerajaan negeri berusaha memberi penekanan menjadikan golongan belia menjadikan keusahawanan kerjaya pilihan.

Secara peribadinya, kita tidak mahu melihat umat Islam di negeri ini tercicir dalam arus pembangunan negeri ini yang semakin pesat ini. Dengan pelbagai inisiatif serta program pembangunan usahawan yang telah dirangka oleh Kerajaan Negeri ini, maka terpulanglah kepada rakyat untuk merebut setiap peluang yang telah disediakan untuk mereka.

Mereka yang berminat, boleh membuat permohonan kepada PIJ selewat-lewatnya 10 September ini atau menghubungi 07-2277611.

Empat (4) Program:

1. Program Bantuan Usahawan Belia:    Geran RM 5,000 dalam bentuk sewaan pejabat atau peralatan pejabat

2. Program Bantuan Penjaja Kecil:    Bantuan RM 500

3.Program Bantuan ’Youth Collective’:   Set khemah, kerusi dan meja bagi usahawan-usahawan belia yang mempunyai    produk jenama sendiri.

4. Program Tajaan NGO Belia Islam:    Bantuan tajaan untuk program-program NGO Belia
    Peruntukan keseluruhan  RM 650,000



26 July 2014

Anda anak Johor ? KLIK Jom sertai Johor Talent! - @khalednordin



Satu inisiatif khas Kerajaan Negeri Johor untuk membina bakat kepimpinan generasi muda. Anda berpeluang untuk berkhidmat bersama barisan kepimpinan dan GLC negeri Johor.

Penyertaan terbuka kepada mahasiswa universiti tahun akhir. Juga terbuka kepada graduan ijazah sarjana muda.

Elaun dan latihan asas kerjaya turut disediakan.

Maklumat lanjut, Like page Johor Talent ini atau hubungi IKLAS di talian 07-224 5488.Tarikh tutup permohonan pada 10 Ogos 2014

“Johor Talent Membentuk Pemimpin Masa Hadapan”

Info Johor Talent

Johor Talent merupakan satu inisiatif merakyatkan Kerajaan Negeri Johor untuk membangun dan melahirkan modal insan berprestasi tinggi yang mempunyai personaliti dan berketrampilan unggul. Inisiatif ini selaras dengan pembangunan negeri Johor yang bakal menjadi sebuah bandaraya metropolitan dan pusat ekonomi yang berkembang maju.

Justeru, adalah menjadi satu hasrat barisan kepimpinan negeri Johor untuk membangun dan melahirkan kepimpinan generasi baharu yang berdaya saing,berintegriti, dinamik dan berakauntabiliti.

Selain itu, sifat kepimpinan terpuji berteraskan prinsip yadu al-ulya iaitu individu penyumbang turut menjadi teras dalam pelaksanaan inisiatif ini.

Program ini berperanan menjadi landasan bagi Kerajaan Negeri Johor mengenal pasti pelapis-pelapis kepimpinan, bakat dan peneraju Negeri Johor Darul Takzim berteraskan kepada prinsip berikut:

a)​Penglibatan orang muda dalam proses pentadbiran;
b) ​Pendidikan orang muda dalam bidang pentadbiran; dan
c)​Memberi peluang orang muda mencurahkan idea dan pendapat supaya cara dan gerak kerja Kerajaan Negeri kekal relevan di kalangan orang muda.

Sehubungan itu, Johor Talent merupakan satu platform dan wadah rasmi kepimpinan tertinggi kerajaan dan GLC untuk memberi bimbingan dan latihan secara berfokus dan intensif kepada calon terpilih.

Calon yang terpilih juga akan diberi latihan yang berteraskan enam teras utama iaitu Integriti, Kemahiran Komunikasi, Personaliti, Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Kerja Berkumpulan.

Enam komponen ini perlu diterapkan dalam diri setiap calon yang akhirnya akan membentuk keperibadian kepimpinan yang unggul.

Johor Talent mensasarkan penglibatan seramai 20 orang mahasiswa universiti tahun akhir. Gaduan jurusan ijazah sarjana muda yang akan dipilih melalui sesi temuduga.

Calon – calon yang terpilih akan ditempatkan dibawah seliaan organisasi utama kepimpinan kerajaan dan GLC negeri Johor.

Tempoh latihan Johor Talent ini adalah sehingga 6 bulan yang akan bermula pada bulan September 2014 ini. Tarikh tutup permohonan selewat – lewatnya pada 10 Ogos 2014.

Sebarang pertanyaan, hubungi IKLAS di talian, 07 – 224 5488 atau 07 – 221 3148 atau email kami di johortalent@gmail.com .

Layari  Facebook Johor Talent untuk mengikuti perkembangan dan info semasa mengenai Johor Talent.

https://m.facebook.com/profile.php?v=timeline&filter=1&id=756453584407360

26 June 2014

JDT JUARA: Kerajaan Negeri Istihar Cuti!




Kerajaan negeri mengisytiharkan cuti umum esok bersempena kejayaan pasukan
Johor Darul Takzim menjuarai Liga Super, malam tadi.

Pengumuman dibuat, Setiausaha Kerajaan Negeri,
Datuk Ismail Karim di Dataran Bandaraya 
sebaik tamat perlawanan JDT menentang Sarawak berkesudahan 1-0
yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak.

"Pengumuman cuti ini dibuat setelah mendapat perkenan
Tuanku Sultan Johor,Sultan Ibrahim Iskandar.

"Ia satu kejayaan selepas 24 tahun Johor tidak memenangi sebarang piala.
Ia tanda penghargaan kerajaan negeri buat rakyat Johor," katanya.



Esok di jemput seluruh rakyat Johor hadir meraikan kemenangan JDT di tempat mengikut arah laluan seperti dibawah:


12 June 2014

Pemindahan 'Kubur Cina' di Pengerang berjalan lancar.



Kerja pemindahan lima tanah perkuburan bukan Islam di Pengerang berjalan lancar dengan kontraktor yang dilantik menggali semula 436 mayat setakat Isnin lepas,

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd Noorazam Osman berkata, kontraktor terbabit, Pengerang Memorial Sdn Bhd (PMSB), menyambung kerja itu Jumaat lepas dan semua tugas dijangka disiapkan menjelang hujung Ogos ini.

PMSB sebelum ini menangguhkan kerja berikutan kekeliruan berhubung kes yang dibawa ke Mahkamah Tinggi Johor Baharu pada 26 Mei yang membawa kepada perintah sementara untuk menghentikan kerja.

"Pihaknya dimaklumkan pada 5 Jun bahawa Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada 19 Jun dan perintah sementara dikeluarkan untuk menghentikan kerja hanya bagi kubur yang terlibat dalam kes mahkamah itu," tambah Noorazam.

Kubur lain di Pengerang tidak terjejas kerana kerajaan mematuhi semua proses perundangan dan pentadbiran dalam melaksanakan tugas berkenaan.Tanah perkuburan terbabit diisytiharkan ditutup pada 15 Januari selepas beberapa peringatan disiarkan dalam akhbar mengingatkan waris supaya mendaftarkan kepentingan mereka.

Menurut beliau lagi, perkuburan lama itu terletak di atas tanah kerajaan dan waris diberi peringatan dan notis yang lebih daripada mencukupi.

Sementara itu, jurucakap PMSB berkata kerja pemindahan itu berjalan lancar hasil kerjasama dan persefahaman waris yang terlibat.Setakat ini, 53 mayat dikebumikan semula manakala 373 lagi dibakar dan abunya disimpan di columbarium (tempat simpan abu mayat) di Bukit Glugor Memorial Park.

Sepuluh lagi mayat dihantar ke luar Pengerang berdasarkan permintaan waris.

"Kami bekerjasama rapat dengan keluarga terbabit untuk mencari penyelesaian sama ada mayat itu dikebumikan semula atau dibakar mengikut kemahuan atau kepercayaan keluarga," kata jurucakap itu. 

10 June 2014

@khalednordin : Pembangkang Johor tidak bantah penubuhan LPHJ. KLIK baca ni!



Alhamdulillah Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan Dan Hartanah Johor 2014 telah pun mendapat kelulusan dan kata sepakat seluruh ADUN setelah di bahaskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, semalam.

Walau pun cadangan ini mendapat kritikan dan tohmahan pelbagai pihak sebelum ini, ketiga-tiga ADUN yang mewakili pihak pembangkang bersetuju tanpa bantahan terhadap rang undang-undang tersebut setelah melihat usaha Kerajaan Negeri itu satu langkah baik untuk mengatasi masaalah di dalam industri serta isu-isu perumahan.

SELANJUTNYA KLIKSINI

9 June 2014

ISU JOHOR - MALAYSIAKINI : Siapa yang langgar prinsip dan tanggungjawab? KLIK baca ni!



Nah... Kembali semula kita membicarakan tentang tingkah laku sebuah lagi laman media ( pro-pembangkang ) yang cuba nak menyentuh soal prinsip pihak lain, sedangkan tindakkannya sendiri langsung tiada berprinsip.



Jom, ikuti kenyataan dan bantahan tegas yang dikeluarkan oleh Koordinator Negeri BNYV JOHOR, berikutan tersiarnya artikel di laman portal Malaysiakini yang penuh dengan berita palsu dan berunsur fitnah pada 5 Jun 2014 lalu bertajuk 'Enakmen Baru Johor Langgar Prinsip Tanggungjawab', (KLIK)

Selanjutnya di bawah:

         Mengeluarkan spekulasi dan kritikan sedangkan pembentangan Rang Undang-Undang (RRU) Lembaga Perumahan Dan Hartanah Negeri Johor (LPHNJ) belum lagi dibuat di Dewan Undangan Negeri. Perkara ini pada awalnya telah ditimbulkan oleh portal berita Malaysiakini dan menjadi sensasi di media massa tanpa mengambil kira kepada fakta yang sebenar. 

        Malaysiakini secara tidak bertanggungjawab telah menabur fitnah secara jelas terhadap kerajaan negeri Johor dan mereka telah memadam laporan awal isu ini dari laman sesawang mereka. 

        Jika Malaysiakini berpegang kepada prinsip integriti kewartawanan yang sebenar, mereka harus mengambil tanggungjawab atas apa sahaja yang disiarkan di laman sesawang mereka. Kebebasan media yang kerap dilaungkan harus selaras dengan tanggungjawab sosial.

         Rentetan itu, kenyataan mula keluar satu per satu daripada badan-badan tertentu seperti Majlis Peguam Malaysia yang menuduh bahawa RUU ini bertentangan dengan perlembagaan. 

         Sebagai sebuah badan profesional dan berkredibiliti mereka tidak pun mendapatkan penjelasan malah terus mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa. Mereka sepatutnya melakukan 'due diligence' atau usaha sewajarnya bagi mendapatkan fakta yang tepat.

          Respon yang juga diberikan oleh seorang ahli akademik, Dr. Abdul Aziz Bari yang sepatutnya membawa mesej yang bebas dan jelas kepada rakyat yang telah disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia juga tidak berasas kerana beliau hanya membuat andaian dan spekulasi bahawa Sultan mempunyai kuasa eksekutif terhadap pentadbiran LPHNJ sedangkan Menteri Besar memegang kuasa eksekutif di dalam LPHNJ jika RUU ini diluluskan.

           Ini memburukkan reputasi dunia akademia yang sepatutnya tidak melatah dan cepat ingin menyatakan pendapat tanpa soal selidik.

           Hakikatnya apa yang perlu difahami adalah kelebihan dan faedah yang akan dirasai oleh rakyat Johor melalui pembentukan LPHNJ ini. Antaranya adalah pihak yang berkaitan akan dihukum jika melanggar enakmen undang-undang ini. 

            Dalam erti kata lain, jika pemaju gagal melaksanakan projek mereka, kerajaan kini boleh mengambil tindakan terhadap pemaju sehingga mereka boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda Ringgit Malaysia Lima Ratus Ringgit.

            Selain dari itu, LPHNJ membolehkan kerajaan berupaya untuk mengambil kembali projek terbengkalai di negeri Johor bagi kepentingan rakyat. Ini memastikan pemaju tidak boleh leka dan perlu komited dengan kepentingan rakyat.

           Malah, LPHNJ juga akan menyebabkan individu di dalam lembaga perlu mengistiharkan kepentingan jika terlibat dengan sebarang keputusan yang akan diambil oleh lembaga. 

           Apabila kepentingan tersebut diistiharkan, kehadiran beliau tidak akan dikira sebagai korum di dalam mesyuarat. Jelas bahawa LPHNJ menekankan soal integriti pentadbiran negeri Johor.

           LPHNJ akan berperanan dengan sendirinya membina rumah mampu milik bagi rakyat negeri Johor dan tidak meletakkan masa depan perancangan hartanah negeri Johor di dalam tangan kapitalis-kapitalis. Perlu diingati LPHNJ membolehkan kerajaan berupaya melantik pakar-pakar dalam bidang hartanah untuk turut menyumbang kepada polisi perumahan dan hartanah kerajaan negeri Johor.

           Tentangan demi tentangan akan terus berlaku apatah lagi dari pihak berkepentingan kerana mereka kini perlu bertanggungjawab atas sesuatu yang mereka perlu dilaksanakan suatu ketika dahulu. Mungkin sebab ini ada pihak cuba menggagalkan pembentangan undang-undang ini? 

Siapakah mereka?

           BNYV Johor bertegas dan berpendirian akan menyokong dan seterusnya menyeru kerajaan negeri terus membawa RUU dengan berani demi kepentingan rakyat negeri Johor. Kita juga sebagai rakyat Johor perlu berganding bahu dan bersolidariti bersama kepimpinan negeri dengan menunjukkan bahawa negeri Johor berupaya bersatu dan kuat walaupun menghadapi cabaran dan kritikan soal cara kita menyelesaikan masalah di negeri kita sendiri. LPHNJ akan memastikan rakyat Johor berpeluang mempunyai sebuah rumah dalam keadaan kepesatan arus pemodenan negeri Johor dan agar tidak terus terpinggir.

Demi Johor, Kepada Johor, Untuk Johor.

Ahmad Solehin Bin Abd Ghani
Koordinator Negeri
BNYV JOHOR

..............................................................................................................




ARTIKAL BERKAITAN KLIK:

6 June 2014

HANGAT!!! Malaysiakini cuba pesongkan pemikiran rakyat Johor?



Nampak seperti hebat laporan Malaysiakini. Memasukkan semua perkara tidak benar mengenai perkara lain, tetapi walhal semuanya adalah salah.

Dalam artikal yang disiarkan Malaysiakini yang mengambil pendapat dari pakar perlembangaan Abdul Aziz Bari kononnya Rang undang-undang baru yang akan dibentangkan di DUN Johor pada hari Isnin ini akan membuat kuasa meluas kepada Sultan untuk menyelia akaun Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor.
.
Sedangkan mengikut kanun itu, isu tersebut adalah tidak benar sama sekali.
Selanjutnya KLIKSINI.

3 June 2014

PELAN SUARA HATI JOHOR : KLIK Ikuti Kenyataan YAB. Menteri Besar Johor. - @khalednordin



Kerajaan negeri Johor, baru-baru ini telah melancarkan Pelan Suara Hati Johor dalam usaha memastikan pentadbiran negeri ini dilaksanakan mengikut dasar dan program yang selari dengan kehendak sebenar rakyat.

Selanjutnya ikuti kenyataan penuh dari YAB. Dato' Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor, berkaitan Pelan Suara Hati Johor yang telah beliau lancarkan, Sabtu lalu.

"Pelan Suara Hati Johor yang saya lancarkan pada Sabtu merupakan pemacu transformasi pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan usahanya menangani segala permasalahan rakyat masa kini dalam usaha memastikan pentadbiran negeri ini dilaksanakan mengikut dasar dan program yang selari dengan kehendak sebenar rakyat.

Pelan ini merupakan satu pelan pencapaian yang berlandaskan permantauan, ukuran dan berstrategi bagi menangani tuntutan semasa rakyat sekaligus menjurus ke arah pembangunan negeri yang mapan  secara berterusan sehingga tahun 2018. Budaya dipacu prestasi akan terus menjadi budaya baru dalam pentadbiran kerajaan negeri dengan semua projek dan program mempunyai sasaran yang boleh diukur.

Tidak ada lagi retorik, omongan politik dan pembangunan kosong, semua projek dan program akan melalui proses penilaian

Kita buka ruang untuk rakyat Johor menyatakan apa yang mereka perlukan. Kita perhalusi setiap cadangan dengan tekun. Kita bincang bagaimana sesuatu itu boleh dilaksanakan dalam konteks pembangunan mengikut acuan kita

Setiap exco yang bertanggungjawab diberikan petunjuk prestasi tahunan sebagai sasaran untuk dicapai. Mereka kemudiannya akan dipantau dan diukur prestasi masing-masing menggunakan indeks dikenali sebagai Indeks Penilaian Prestasi (INPRES) oleh badan bebas yang dilantik.

Tujuh fokus itu adalah meningkatkan tahap keselamatan, menyediakan perumahan mampu milik, menangani kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat, menyediakan kemudahan awam dan infrastruktur, memartabatkan agama Islam, menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan meningkatkan tahap ekonomi dan pembangunan usahawan.

Fokus pertama membabitkan keselamatan selepas semua rakyat menyatakan keprihatinan terhadap keselamatan kerana masing-masing mendambakan Johor yang bebas jenayah.Rakyat mahukan keadaan keselamatan dipertingkatkan dan saya berjanji akan meletakkan keselamatan negeri di atas segala-galanya.

Fokus kedua pula mengenai pertumbuhan ekonomi yang mapan secara adil kerana rakyat mahukan pekerjaan dan bukan ihsan, malah memerlukan kehidupan lebih bermaruah dengan pendapatan yang membolehkan mereka berdikari.

Ketiga pula membabitkan tempat berlindung sebagai hak asasi yang mana memiliki rumah bukan lagi keperluan, tetapi hak yang mesti mampu dimilikiSaya memahami betapa peritnya untuk melihat sektor perumahan tumbuh dengan pesat, tetapi tujuannya untuk ditawarkan kepada warga asing dengan harga yang amat luar biasa tingginya.

Keempat pula mengenai kos kehidupan di Johor yang diharapkan lebih munasabah dan sesuai dengan pendapatan.Rakyat merasa terbeban dengan kos hidup yang semakin meningkat. Kita tidak boleh membiarkan perkara ini berterusan dan perlu ditangani

Ramai yang merasakan kemudahan awam Johor jauh dari memuaskan, sedangkan Johor yang maju dan moden mesti mempunyai prasarana setara negara maju sebagai perkara asasi sebagai fokus kelima.

Kemudahan kesihatan yang baik dan bermutu tinggi menjadi fokus keenam kerana rakyat bukan sahaja memerlukan kemudahan kesihatan yang mudah didapati, malah kepakaran yang terbaik.

Akhirnya, di sebalik semua keperluan material dan asasi, rakyat juga mahukan pemerintahan dan masyarakat Johor yang Islamik serta berpegang kepada agama dan nilai. Semua ini adalah hasrat sebenar rakyat Johor. Ia adalah setulusnya suara hati rakyat Johor, tetapi saya tidak boleh hanya menjadi pendengar yang baik sahaja.

Saya dan rakan-rakan dalam pentadbiran negeri mesti respons secara objektif, praktikal, terancang dan mempunyai impak kepada tujuh fokus utama ini. 

- YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin.
Menteri Besar Johor.

Dibawah: Gambar sekitar Hari Terbuka Pelan Suara Hati Johor yang telah berlangsung di Madini Mall, Nusajaya pada Sabtu, 31Mei lalu.










SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.