GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label PRK-Rompin. Show all posts
Showing posts with label PRK-Rompin. Show all posts

5 May 2015

#PRKRompin : 32 pusat pengundian ditutup jam 5 petang


Cuaca baik pada sebelah pagi itu membolehkan proses pengundian #PRKRompin berjalan lancar hari ini.
Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin hari ini tamat, selepas 32 pusat pengundian ditutup pada 5 petang sejak dibuka 8 pagi tadi.
Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata empat pusat mengundi telah ditutup pada 2 petang.
Tiga daripadanya di Pulau Tioman yang melibatkan Sekolah Kebangsaan Juara dengan 171 pengundi berdaftar, Balai Raya Kampung Genting (142 pengundi) dan Sekolah Kebangsaan Mukut (136 pengundi) serta Sekolah Kebangsaan Denai di Kuala Rompin yang mempunyai 170 pengundi berdaftar.
Sebuah lagi pusat mengundi di Pulau Tioman iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek (651 pengundi) ditutup pada 3 petang, dan pusat mengundi Dewan Stesen Mardi, Muadzam Shah untuk kawasan Bukit Ridan dekat sini yang mempunyai 312 pengundi, ditutup pada 4 petang.
Proses penjumlahan undi diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berkata kedudukan pusat pengundian yang jauh dan kawasan Parlimen Rompin yang besar iaitu sebesar Negeri Sembilan dan Melaka, menyebabkan keputusan PRK itu dijangka diumumkan seawal 11 malam ini.
Sementara itu, hujan lebat berlaku di beberapa kawasan Parlimen Rompin petang ini setelah cuaca cerah sepanjang pagi tadi.
PRK Rompin yang merupakan PRK kesembilan selepas pilihan raya umum lepas, menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad bagi mengisi kekosongan kerusi itu selepas kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.
Jamaluddin yang juga pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) meninggal dunia pada 4 April lepas akibat nahas helikopter di Semenyih, Selangor.


FELDA : WAJIB BACA : Khas Untuk Mu Pengundi #PRKRompin... KLIKSINI!

Hari ini adalah hari penentuan siapa yang akan menjadi pilihan pengundi kerusi Parlimen Rompin selepas mengharungi kempen selama 13 hari.

PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara calon Pas, Nazri Ahmad dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasan Arifin.

SIAPA PILIHAN HATI RAKYAT DI PARLIMEN ROMPIN?

Semangat yang di tunjukkan Barisan Nasional nampak lebih meyakinkan. Prinsip terus berjuang untuk agama, bangsa dan kemakmuran tanahairnya.









 









 

   











Bagi #PRKRompin kali ini, PAS parti sekutu 'Pakatan Pembangkang' dilihat begitu meluap-luap nafsu mereka mengejar dan memenangi hati pengundi untuk menentang BN di Rompin . Ternyata PAS kekal dengan sifat lamanya, Dari awal dan sepanjang gerakkan kempen mereka, kesana kemari hanya membawa dakyah-dakyah serta melepar tuduhan-tuduhan tidak berasas terhadap lawannya BN.

Namun, apa yang berlaku pada diri dan di kalangan parti serta rakan sekutu mereka...
Tunggang langgang, bagai kapal menanti karam di hempas ombak di lautan.

Berikut, lihatlah kecelaruan cerita mereka bersama keluarga serta sekutu mereka!    






















Akhirnya....



Inikah calon yang menjadi harapan dijadikan taruhan PAS? 

Dimana kononnya ingin ‘menyelamatkan FELDA’. 
Rupa-rupanya dalam diam calon pilihan PAS seorang penceroboh haram tanah tadbiran FELDA... Pemimimpin beginikah yang boleh diharap ‘menyelamatkan FELDA’? 

Adakah mengambil hak warga generasi baharu FELDA juga dianggap PAS sebagai usaha ‘menyelamatkan FELDA’?



Tidak "HARAM" kah tindakannya itu menceroboh tanah orang lain? Tidak 'HARAM' kah dengan mengambil hak generasi baharu FELDA?

Saksikan video dibawah... Ini buktinya!



Bagi MP, beginilah tingkah laku mereka sejak dulu.... PAS memang parti yang begitu arif dalam meletakkan hukum haram kepada orang lain, tetapi bila tekena batang hidung sendiri, maka semuanya jadi halal biarpun jelas HARAMnya!

Menjadi tidak pelik jika melihat tindakkan serta sikap puak-puak mereka ini... Bukan lagi sikap, tapi telah menjadi sifat dalam diri mereka yang terbiasa dengan amalan serta berpegang kepada prinsip ‘haram bagimu, halal bagiku’!



Dari itu, apa yang sepatutnya menjadi pilihan???


Berlatar belakangkan sifat parti dan calon seperti itu, apakah PAS mampu dan akan membela rakyat di Parlimen Rompin. Sudah sewajarnya pengundi membuat keputusan dan pilihan berdasarkan fakta semasa... Bukannya omong kosong dan 'tak berasa' diterima sebagai jaminan masa depan anak cucu dan Parlimen Rompin tetap kekal cemerlang. 

Kepada siapa undi seharusnya kita berikan... Pastinya pilihlah, undilah BN bersama calonnya 'Otai Yang Masih Berbisa' iaitu Datuk Hasan Arifin..



SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.