GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

31 October 2013

KECOH!!! Puak Hindu bengang dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang.. KLIK baca sini!


Acara setahun sekali sempena sambutan Deepavali di Pulau Pinang menjadi kacau bilau dibuatnya....

Laporan yang diterima,
Kemeriahan pusat jualan peniaga-peniaga India di Little India, Queen Street kecoh dikerjakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) apabila tiba-tiba operasi merampas dan menutup beberapa gerai yang berada di situ dilakukan pada jam 9 malam tadi.



Beberapa peniaga turut mengeluh diatas tindakkan yang seperti langsung tidak berperi kemanusiaan itu.

Huhuhuuu! Semakin bermaharajalela pentadbiran negeri Pulau Pinang ni. Langsung tidak memikirkan keselesaan rakyatnya. Haaa... Undilah lagi puak-puak tu!


HOT!!! PM tertidur dengan nilai RM2.26 billion. KLIK baca ni!


WIEF: Antara RM2.26 billion Dengan Isu Tertidur

Forum Ekonomi Islam Dunia ke-9 menyaksikan Dato’ Seri Najib Razak menandatangani Memorandum Persefahaman dan juga Perjanjian bernilai USD720 juta (RM2.26 billion) dengan beberapa pihak yang merangkumi potensi kerjasama, pembelian dan pajakan serta perkhidmatan kesihatan.

Antaranya, BAE Systems PLC iaitu satu dari empat syarikat yang dikenalpasti bagi program penggantian MIG-29N, akan bekerjasama dengan NanoMalaysia Bhd dan ISIS Innovation Ltd untuk meneroka peluang bagi teknologi prototaip dan pusat pembangunan di Malaysia.

Selain itu, Clixster Mobile, Angkasa dan Hi-P International akan bekerjasama membangunkan, mengeluarkan dan juga memasarkan Android smartphone dengan perisian dan aplikasi Islamik untuk negara-negara Islam.

KFM Holdings Sdn Bhd pula akan bekerjasama dengan YDA Insaat Sanayi Ve Ticaret AS untuk membina kemudahan kesihatan yang canggih di Turki.

Felda Global Ventures Holdings Bhd akan bekerjasama dnegan Cambridge Nanosystems bagi mengeluarkan nanotiub karbon berkualiti tinggi daripada sisa kelapa sawit.

ACMS Trent Park Sdn Bhd bersama dengan Exim Bank Malaysia akan membangunkan pelaburan ke atas 8.42 hektar tanah dan lebih 20 bangunan.

Ini adalah antara ‘hasil’ dari WIEF yang melibatkan Malaysia.

Bagaimanapun, tiada satu pun di antaranya yang menarik minat pembangkang untuk diperkatakan. Pembangkang bagaimanapun, begitu seronok memainkan gambar Perdana Menteri yang terlelap sekejap di atas pentas WIEF tatkala program berlangsung.

PM tertidur akibat keletihan.

Perdana Menteri yang keletihan kerana telah bekerja tanpa henti sejak seminggu lalu. Beliau dikhabarkan tidak berehat langsung bagi menyediakan Bajet 2014 dan seterusnya membentangkannya pada hari Jumaat sebelum menghadiri Persidangan Parti Gerakan pada hari berikutnya dan kemudiannya terus ke London pula untuk WIEF. Setibanya di sana, beliau terus memenuhi jadual yang ketat termasuk perjumpaan dan acara rasmi dengan beberapa pemimpin luar tanpa mengira somptom gangguan ritma masa.

Maka, tidak hairanlah beliau begitu keletihan dan terlelap, itu pun setelah memastikan semua tugas penting berjalan lancar.

Terpulang kepada pengkritik untuk melihatnya sebagai satu tanda kelemahan, namun, apa yang pasti ialah ‘hasil’ RM2.26 billion tentunya bukanlah satu tanda kelemahan. Jumlah itu dengan sendirinya membuktikan keyakinan negara luar terhadap Malaysia sekali gus kebijaksanaan dan kecekapan Perdana Menteri.

Jumlah itu juga menjadikan segala pengorbanan masa dan tenaga beliau kepada negara adalah berbaloi.

Seharusnya, pembangkang turut merasa bangga dengan keyakinan negara luar terhadap Malaysia, bukannya gembira mempermainkan Perdana Menteri yang telah bertungkus lumus untuk kita.

PANASSSS!!! Blogger pro PAS pertikai gelarang Yang di-Pertuan Agong sebagai 'Ketua Agama Islam'..? KLIK baca ni!


Gelaran ‘Ketua Agama Islam’ Yang di-Pertuan Agong Adalah Bidaah - Wan Ji.

Blogger pro Pas, Wan Ji Wan Husein berpendapat Islam tidak sewajar diletakkan di bawah sistem pentadbiran kerajaan sepertimana yang dipraktikkan sekarang kerana ia akan merosakkan imej Islam.“Saya tidak bersetuju institusi keagamaan (Islam) diletakkan di bawah kerajaan kerana ia merosakkan imej agama.

“Buang aspek agama daripada kerajaan dan kerajaan akan menjadi lebih Islam,” kata Wan Ji dalam forum anjuran projek dialog yang bertajuk “Adakah Islam Bertentangan Dengan Hak Asasi.”


Projek Dialog disebut-sebut sebagai projek Islamic Renaissance Front (IRF) untuk mempromosi mempromosi idea liberal Islam di Malaysia.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut dikritik Wan Ji yang menggelar jabatan itu sebagai Jabatan Kekeliruan Islam Malaysia.

Beliau menambah bahawa perbuatan pihak tertentu yang beragama Islam yang menidakkan hak bersuara bukan Islam adalah bersamaan dengan menolak al-Quran. 

SELANJUTNYA KLIK SINI


#PRKSgLimau : PAS hantar SMS ugut dan ancam dalam penganjuran ceramah Ustaz Kasim? KLIK baca ni!


Ketika kempen ceramah anjuran Pas gagal menarik sokongan dan kehadiran pengundi di sekitar Sungai Limau, walaupun mereka menjemput beberapa artis seperti Abby Abadi, Leman Raja Lawak, Bob Lokman dan sebagainya. Ceramah di kem Barisan Nasional / Umno pula menunjukkan sebaliknya.

Dengan membawakan penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias ceramah tersebut berjaya dikategorikan ‘pecah panggung’ apabila berjaya mengumpulkan sekitar 5,000 pengundi. Dengan gaya bersahaja, ceramah Ustaz Kazim yang diadakan di RTC Simpang 3 itu menyebabkan para hadirin melekat dari mula hingga akhir.

Namun apa yang dikesalkan ialah, Ustaz Kazim memaklumkan sebelum kehadiran beliau ke Sungai Limau beberapa penyokong Pas telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur ugutan dan ancaman bagi menghalangnya hadir.

Menurut Ustaz Kazim, beliau telah diugut agar memakai plastik kerana bakal berdepan dengan serangan balingan telur sebagai tanda protes. Namun ia langsung tidak menggentarkan beliau walaupun sedikit, kerana ingin menyampaikan dakwah.

Beliau turut menegaskan, dirinya bukanlah penceramah bagi mana-mana parti politik, namun hanya sekadar memenuhi jemputan dan itulah antara pendekatan dakwah yang dilakukannya dahulu lagi.

Ustaz Kazim juga melahirkan rasa kecewanya apabila dilabelkan sebagai penceramah kerajaan hanya kerana isi kandungan ceramahnya tidak mengikut selera pembangkang. Menurut beliau lagi, beliau hanya menyatakan apa yang benar dan cuba untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya bila mana politik menggunakan Islam sebagai perisai.

“Saya berkawan dengan semua orang. (Contohnya) apabila berceramah dengan orang asli, takkan saya dikategorikan sebagai penyokong orang asli.

“Saya juga turut berceramah dengan kumpulan lelaki lembut, takkan saya terus di cop sebagai penyokong golongan lembut. Relaks lah bro” ujar beliau secara berseloroh dan disambut dengan gelak tawa dari mereka yang hadir.

Inilah pendekatan pembangkang sejak dari dahulu, apabila mereka buat ia dianggap sebagai perkara biasa. Namun apabila mereka yang berlainan ideologi lakukan perkara yang sama, mereka akan diugut dan diancam dengan pelbagai cara.

Sedangkan sebelum ini mereka begitu lantang meminta kerajaan agar memberikan layanan yang adil kepada semua atas nama demokrasi hak bersuara. Sebenarnya Pas telah mula gelisah apabila melihat jentera mereka gagal menarik sokongan pengundi walaupun Dun Sungai Limau dikatakan sebagai kubu kuat parti itu.

Malah paling membimbangkan mereka, apabila isu perpecahan dalaman parti itu dilihat mula memberikan kesan sehinggakan ada di kalangan mereka yang mula saling boikot dan sabotaj antara satu lain.

Berbanding jentera BN/Umno yang dilihat semakin hebat dengan pendekatan dan misi pembangunan yang ingin dibawa. Apa pun bersamalah kita tunggu keputusan undi yang bakal diketahui seawal jam 9.00 malam pada 4 Oktober nanti.

Apakah Pas mampu mengekalkan kecemerlangan mereka ataupun tersungkur layu seperti yang berlaku ketika PRK Kuala Besut yang lalu.

GST: Pakatan nak kencing lg ke? KLIK baca ni!

Ini siapa? Kalau tak dari puak-puak pakatan haram?

Semalam, Anwar tak pasal-pasal menyatakan penerimaannya terhadap perlaksanaan GST (KLIK)..

Sedangkan Isnin lalu, Anwar ketika turut membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 bertindak memutar-belitkan fakta mengenai GST selepas menuduh pelaksanaan sistem percukaian itu merupakan perbuatan 'jenayah' Barisan Nasional (BN) kepada rakyat

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR akan melakukan bantahan ke seluruh negara mengenai perkara itu dalam masa terdekat.

"Kami akan turun padang membantah perlaksanaan GST ini di seluruh negara. Ini jenayah. Kamu biarkan ketirisan dan rasuah berlaku. Kamu biarkan rakyat tanggung bebannya.

Kami akan lawan habis-habisan," katanya pada perbahasan Belanjawan 2014, di sidang Dewan Rakyat, kelmarin. KLIK

Setelah itu, hari ini pula.. Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mengakui cukai barangan dan perkhidmatan (GST) merupakan sistem percukaian yang telus, efisien serta mampu memberi kebaikan jangka panjang kepada ekonomi negara.


Azmin pula menjelaskan, pembangkang berpendirian April 2015 bukan masa sesuai untuk kerajaan menguatkuasakan GST bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang kadarnya berjumlah hingga 16 peratus.

"Saya tegaskan pakatan pembangkang tidak pernah mengambil pendirian menolak GST" katanya.

"Pendirian kita jelas, GST ini sistem percukaian yang cukup telus, efisien dan dalam jangka masa panjang akan memberi kebaikan kepada ekonomi negara. Cuma persoalannya apakah Malaysia sudah bersedia," katanya semasa membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat hari ini. KLIK

MP: Apa yang korang nak belitkan lagi puak pakatan haram woiiii!!!


GST: HANGATTT!!! Anwar tampar mulut puak-puaknya? KLIK baca ni!


AKetua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai April 2015 merupakan sistem cukai yang efisyen namun beliau menggesa kerajaan mengambilkira beberapa faktor sebelum melaksanakannya.


“Saya akui memang saya pernah bersetuju dengan pelaksanaan GST pada 1993 ketika Tun Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan. Ketika saya ambil alih Kementerian Kewangan pada 1998, saya tidak pun laksanakan GST kerana kita ada catat lebih kecil pendapatan.


Nahhh... Ini merupakan satu tamparan hebat kepada puak-puak Pakatan Haramjadah di luar sana. Setelah berbondong-bondong kutukan mereka lontarkan kepada GST dan kerajaan akhirnya terdiam bila Anwar Ibrahim spin puji GST dek kerana dikaitkan dengan persetujuannya dengan perlaksanaan GST pada 1993 ketika Tun Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan.
Bukan Anwar Ibrahim kalau tak menipu. 

Spin jangan tak spin yeop. KLIK SINI!!!
Kah kah kah...


30 October 2013

#PRKSgLimau : Nik Aziz tak ubah seperti 'kereta sorong buruk' di Sg. Limau. KLIK baca ni!


Hairan bin Ajaib! Walaupun hari berkempen sudah memasuki ke hari ke-8, namun sehingga kini tiada satu pun poster Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kelihatan di sekitar kawasan Sungai Limau.

Berbanding sebelum ini, Nik Aziz sering dijadikan sebagai modal utama kempen bagi menarik sokongan pengundi yang dikatakan menghormatinya sebagai seorang ulama.

Tambah memelikkan apabila, kelibat Nik Aziz langsung tidak kelihatan atau setidak-tidaknya hadir untuk memberikan tazkirah di masjid atau surau. Apa sudah jadi? Nampaknya selepas Nik Aziz digugurkan dari jawatan Menteri Besar Kelantan, khidmat dan auranya turut hilang.

Lebih menyedihkan, khidmatnya sebagai penceramah juga langsung tidak diperlukan oleh jentera Pas Kedah, walaupun pemerhati politik merasakan parti itu bakal berdepan dengan laluan sukar bagi mempertahankan kerusi Dun di Sungai Limau.

Malah melalui sembang-sembang di kedai kopi, ada yang mengatakan Nik pada ketika ini sedang sakit tenat dan sukar untuk dibawa ke Sungai Limau bagi membantu jentera kempen.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak bersetuju dengan pemilihan Azam Samad sebagai calon Pas. Ini kerana Azam dikatakan bakal dijadikan sebagai boneka kumpulan liberal di dalam parti itu sekiranya menang sekali gus bakal menjadi kumpulan penentang terhadap kelompok pimpinan ulama Pas.

Walau bagaimanapun, dalam banyak isu yang dibangkitkan terdapat satu isu yang agak menarik untuk dikongsikan. Iaitu penolakan secara total oleh jentera Pas Kedah khususnya di Sungai Limau terhadap kehadiran Nik Aziz.

Ini kerana rata-rata di kalangan mereka dikatakan sangat terkesan dengan tindakan Nik Aziz yang dilihat menyebelahi Phahrolrazi dan Mahfuz. Malah Nik Aziz juga dikatakan langsung tidak membela Azizan ketika belaiu dijadikan sebagai sasaran oleh para pengikut Pas kerana dikatakan ‘Mesra BN’.

Sikap berdiam diri itu, akhirnya telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengikut Azizan yang merasakan tindakan berdiam diri Nik Aziz itu telah menyebabkan keadaan menjadi semakin buruk dengan pelbagai fitnah dan cacian. Sedangkan sebagai seroang Musyidul Am, Nik Aziz sepatutnya mengambil pendekatan untuk menenteramkan suasana.

Disebabkan itu, ada yang mengatakan Nik Aziz telah dinasihatkan agar tidak turun ke Sungai Limau bagi mengelakkan jentera Pas kawasan Jerai mengambil pendekatan boikot.

Selain dari Nik Aziz, turut menjadi tanda tanya ialah treler Pas yang digunakan ketika pilihanraya umum yang lalu. Sekiranya sebelum ini mereka begitu berbangga dengan kehadiran treler yang dikatakan canggih itu terutama ketika program-program ceramah. Namun ketika kempen PRK di Sungai Limau ini jangankan treler, kereta sorong pun tak nampak bayang.


Kesimpulannya, PRK Sungai Limau ini telah menyebabkan Nik Aziz tidak lagi dianggap relevan sebagai umpan atau model yang boleh membantu kemenangan calon parti. Nampaknya gambar Nik Aziz menangis itu, amat sesuai dengan keadaannya pada ketika ini yang tidak ubah seperti kereta sorong buruk.



COMANGO : Dong Zong, Comango apa bezanya? KLIK baca ni!


KALAU tidak silap penulis, sama ada hari ini Rabu 30 Oktober atau esok Khamis 31 Oktober, keputusan sama ada syor tuntutan-tuntutan 'tak masuk akal' Gabungan NGO Hak Asasi Manusia Malaysia (Comango) di Geneva, Switzerland akan diumumkan.

Itu setelah melalui proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) di bawah kendalian Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Itu hal Comango yang mahu memperlekehkan Malaysia menerusi peruntukan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan berkaitan Islam sebagai agama Persekutuan.

Dan pada masa sama, mencanangkan tohmahan Malaysia terlalu ekstrem dalam melaksanakan lunas Islam.

29 October 2013

GEMPAR!!! Nama Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat ditetapkan? KLIK baca ni!


Ingat tak lagi isu Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man menyifatkan isu khutbah yang menggunakan nama Lim Guan Eng menggantikan YDP Agong dan TYT sebagai 'sengaja dibesarkan oleh UMNO'.

Padahal 6 buah masjid yang telah dinamakan di lapor menggantikan YDP Agong dan TYT dengan nama Lim Guan Eng.

Ketika itu semua pemimpin utama Pakatan Rakyat Pulau Pinang menafikan perkara tersebut. Malah alasan yang diberikan ialah jemaah terkeliru dan tidak memahami Bahasa Arab. Sedangkan para saksi pula menyatakan khatib itu membaca doa dalam bahasa melayu.

Hari ini, dilaporkan bahawa surat pekeliling dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang telah mengeluarkan surat pekeliling. Dimana menetapkan nama Lim Guan Eng menggantikan YDP Agong dan TYT hendaklah dilakukan dalam pada setiap doa khutbah Jumaat.

Menutut sumber yg boleh dipercayai, kepada khatib yang melanggar arahan tersebut akan di 'banned' daripada terus menjadi khatib.

MP: Kalau Sungai Limau bg dekat PAS jugak...  Tak lama Sungai Limau pun akan alami benda yg sama macam ni...

#PRKSgLimau Isu Azizan: Ini yang disebut TPM. KLIK saksi video!

Ini kata-kata sebenar Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai isu gula dan penyakit kencing manis Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.


ARTIKAL BERKAITAN : KLIK SINI

#PRKSgLimau : PAS mengelupur bila dengar janji BN. KLIK saksi video sini!


Pas tidak perlu menggelupur menjelangnya hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan (DUN) Sungai Limau 4 Nov ini khususnya mengenai apa yang dijanjikan oleh Barisan Nasional (BN).

Bukankah setiap kali pilihan raya umum, parti-parti politik yang bertanding termasuklah Pas sendiri melancarkan manifesto dengan pelbagai tawaran kepada para pengundi dalam usaha menarik sokongan rakyat.


Mengulas mengenai soal ini, Pengerusi BN Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata apabila masuk pilihan raya sudah tentu ada sebab mengapa pengundi memilih calon yang ditawarkan kepada penduduk setempat.

“Bila kita masuk pilihan raya mesti ada sebab mengapa pengundi memilih calon kita atau calon mereka… Bukanlah dengan menampilkan calon kita sahaja dan ianya mestilah apa yang boleh dia bawa untuk manfaat di situ yang dianggap sebagai modal kempen.

“Jadi akhirnya ianya akan diterjemahkan dalam bentuk janji. Janji ini akhirnya ialah siapa yang dirasai oleh pengundi mampu untuk menunaikan janji…

“Tetapi yang penting adalah untuk mewujudkan satu penyelarasan dari peringkat pusat, negeri dan DUN…ini saya ingat satu kombinasi yang sangat baik bagi menjamin masa depan yang lebih cerah bagi masyarakat DUN Sungai Limau ini dan pihak lawan mungkin faham akan hakikat ini dan cuba mengalih perhatian pengundi daripada fakta tersebut,” ujar beliau.

SELANJUTNYA : KLIK SINI

#PRKSgLimau : KANTOIII!!! Pembohongan PAS terus terbongkar di Sg. Limau. KLIK baca ni!

Antara penipuan yg dilakukan PAS di PRK Sg. Limau.

Nampaknya kepimpinan PAS telah kekeringan isu terutama berkaitan kelemahan urus tadbir kerajaan Barisan Nasional Kedah sehingga terpaksa menjadikan menjaja nama Ustaz Azizan untuk meraih undi simpati.

Walaupun pelbagai penafian dilakukan termasuk dari mulut calon parti itu sendiri, hakikatnya nama Ustaz Azizan terus digadai dan dipergunakan bagi raih sokongan rakyat Sungai Limau. Tiada sebarang rasa hormat dalam sanubari kepimpinan PAS Kedah apabila sanggup menjadikan Ustaz Azizan sebagai alasan untuk rakyat kawasan ini terus mengundi PAS...

Selanjutnya KLIK SINI

28 October 2013

GEMPARRR!!! Gerakkan memijak Islam, Melayu & Negara. KLIK saksikan video!

Video ini bukan mewakili @ meminta anda menngundi mana-mana pihak.
Ini satu pendedahan!
Kami pasti mereka punyai usaha dan gerakkan untuk melakukan perkara berikut.
KLIK sakdikan video dibawah.



ARTIKAL TERDAHULU : KLIK SINI

#PRKSgLimau : PAS macam dah tak ada orang lain! KLIK baca ni...


Pas Kedah Benci Ulama

Ramai yang seolah-olah tidak dapat menerima hakikat apabila ada yang mengatakan tidak semua orang Pas itu dari kumpulan ulama atau mempunyai latar belakang agama. Pada mereka Pas itu Islam dan Islam itu Pas.

Sedangkan sekiranya diteliti, terdapat banyak kelompok di dalam Pas antaranya kumpulan Liberal, Syiah, Anwarinas @ Endorgan, Pak Turut, berlagak Alim, berpura-pura menyokong Islam (Kelab Penyokong Pas) dan sebagainya. Inilah realiti sebenarnya, di dalam Pas terhimpun pelbagai kumpulan yang mempunyai pelbagai ideologi atau dalam bahasa mudah ‘rojak @ pasembor’.

Malah sekiranya ada yang mengatakan Pas ingin memperjuangkan Islam, juga tidak kena dari bahasa. Kerana tidak sampai dari separuh pimpinan atasan parti itu yang mempunyai latar belakang agama.

Contoh yang paling dekat ialah, pemilihan Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah. Ia jelas membuktikan bahawa parti itu tidak lagi menitik beratkan Islam sebagai asas perjuangan.

Malah sejurus selepas perlantikan Mahfuz sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah,Phahrolrazi Zawawi selaku Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas negeri telah mengambil satu tindakan drastik dengan meletakkan jawatan.

Walaupun dia mendakwa ingin memberi peluang kepada Mahfuz untuk memilih kepimpinan baru, namun umum mengetahui Phahrolrazi sebenarnya kecewa kerana tidak terpilih untuk menggantikan Azizan bagi menerajui kepimpinan Pas negeri.

Malah ketika diminta mengulas mengenainya, Phahrolrazi secara sinis mengatakan dia tidak berapa rapat dengan Mahfuz.

“Biarlah dia membawa idea baharu sebab kalau lantik yang lama masih lagi terikat dengan pendekatan lama," katanya.

Paling menarik perhatian ialah, sejurus selepas Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) mengumumkan kekosongan kerusi DUN Sungai Limau, Pas Kedah kembali bergolak apabila masing-masing ingin meletakkan calon pilihan mereka.

Parti itu, sebelum ini dikatakan telah menyenarai pendek seramai 8 nama calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, 4 November ini kerana berdepan dengan masalah pepecahan dalaman.

Malah menurut sumber dalaman, wujud kem dalam kepemimpinan Pas Kedah pada masa ini iaitu kumpulan yang pro dengan bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, kem Phahrolrazi Zawawi dan kem Mahfuz Omar. Masing-masing dikatakan mahu meletakkan calon pilihan masing-masing.

Kumpulan Allahyarham Azizan sebelum ini turut dikatakan kecewa dengan keputusan Pas Pusat melantik Mahfuz seolah-olah Pas Kedah sudah ketandusan pemimpin yang mempunyai latar-belakang agama.

Macam dah tak ada orang lain! Itulah antara komen yang dilemparkan oleh salah seorang penyokong Pas yang jelas tidak bersetuju dengan perlantikan itu.

“Agaknya depa ni benci dengan ulama. Pas Kedah banyak melahirkan ulama. Lulus pondok ada, lulus Al-Azhar pun ada. Tapi kenapa Mahfuz yang dipilih. Kalau macam ni mamposlah Pas Kedah” marah salah seorang pengikut Pas yang ditemui.

Kesimpulan, jelas itu tidak lagi menjadikan dasar Islam sebagai perjuangan parti. Apa yang penting pada mereka ialah mendapatkan kuasa, walaupun terpaksa mengunakan apa sahaja cara. Kepada Mahfuz, selamat mengemudikan jentera Pas negeri agar jangan mampos (sekadar mengulang kembali kenyataan tadi).

ARTIKAL TERDAHULU : KLIK SINI.


ISU COMONGO: Hangattt! PAS buat bodoh dengan tuntutan menyentuh sensiviti umat Islam ? KLIK baca ni!



Bukan sahaja tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang perlu dihadapi oleh Pas tetapi sebenarnya parti itu akan berdepan dengan lebih banyak tuntutan yang mencabar prinsip Islam sekiranya masih terperangkap dalam tahaluf siyasi parti-parti pembangkang.


Pas perlu segera keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya tidak mahu imej 'kuda tunggangan' dan 'lembu dicucuk hidung' terus membelenggu parti itu oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkembangan yang baik jika dalam Pas ujud usaha mendesak Comango menggugurkan segala tuntutan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Bagaimanapun, kita melihat tahaluf siyasi masih membelenggu banyak pemimpin utama Pas kerana sehingga kini mereka tidak berani menempelak Comango walaupun perkara itu bertentangan dengan prinsip Islam dan menyalahi fitrah manusia.

Lagi lama Pas bertangguh untuk keluar daripada pakatan pembangkang, lagi banyak Pas akan berdepan dengan tuntutan-tuntutan oleh rakan pembangkangnya yang akan menghakis kepentingan orang Islam dan Melayu.

Sebelum ini, Ketua Delegasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro), Azril Mohd. Amin berkata, keberanian Comango mengemukakan tuntutan yang menyentuh sensiviti umat Islam kepada PBB dipercayai ada kaitan dengan sokongan pembangkang.

Majlis Syura dan Dewan Ulama Pas digesa untuk mengemukakan pendirian sebenar parti itu terhadap tuntutan Comango.

Kalau perjuangan mereka serius, usul mengenai tuntutan Comango ini perlu dibentangkan dan dibahaskan dalam Muktamar Pas nanti.

Tuntutan Comango ini merupakan ujian untuk mengukur sejauh mana dominasi Pas dalam tahaluf siyasi, kalau Pas takut dan teragak-agak untuk menjuarai isu orang Islam, ternyata tahaluf siyasi itu telah gagal.

Pas perlu mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku dengan perpaduan ummah sehingga Comango berani membuat tuntutan yang mencabar Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan agama Islam di ne
Sekiranya tiada perpaduan, dibimbangi perkara-perkara yang lebih buruk akan dituntut oleh lebih banyak NGO, maka Pas perlu mengutamakan perpaduan ummah supaya umat Islam menjadi kuat dan disegani serta digeruni oleh pihak lawan dan kawan.



Tahukah Anda?: DAP Itu Mak Bapak Lim Guan Eng Punya! KLIK baca ni!


Kemelut dalaman Parti DAP berterusan dan bertambah kusut dari sehari ke sehari. Parti yang sering mendabik dada sebagai lebih cekap, lebih telus, bijak dan amanah berbanding Barisan Nasional itu ternyata tidak mampu menyaingi BN walaupun sebesar hama.

Bayangkanlah pemilihan parti yang hanya melibatkan lebih kurang 2,000 orang sahaja kelam kabut sehingga terpaksa dikira semula dan kemudiannya dibuat pemilihan semula.

Itupun belum juga selesai lagi.

Sana-sini terdengar rungutan dari pihak ahli biasa sehinggalah ke pemimpin-pemimpin peringkat negeri. Yang tidak merungut hanyalah pemimpin CEC.

Rungutan mengenai tidak menerima notis mesyuarat, kehilangan misteri para perwakilan dan juga perjumpaan khas yang hanya melibatkan orang-orang terpilih adalah antara aduan yang dibuat. Bagaimanapun, aduan yang paling mengejutkan ialah berkenaan pemilihan semula yang dibuat tanpa mengikut perlembagaan parti.

Akibatnya, DAP cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Sepang, Goh Swee Huat telah bertindak menghantar surat aduan kepada ROS supaya menyiasat pemilihan CEC pada 29 September lalu.

Swee Huat berkata, aduan tersebut terpaksa dibuat selepas ramai ahli DAP tidak berpuas hati dengan CEC baru kerana pemilihan semula hanya boleh diadakan dalam Kongres Kebangsaan parti, bukan Kongres Khas sepertimana yang berlaku.

Persoalannya, apakah Lim Guan Eng sebagai Setiuasaha Agong tidak tahu perlembagaan parti?

Sudahlah tidak tahu mengira, tidak tahu menggunakan komputer dan kini tidak tahu perlembagaan parti sendiri pula. Apa jenis pemimpin yang menerajui DAP ini?

Hanya ada dua kemungkinan penjelasan mengenai apa yang berlaku iaitu sama ada Lim Guan Eng benar-benar bodoh atau beliau benar-benar jahat.

Kemungkinan besar ia adalah sebenarnya gabungan kedua-duanya iaitu bodoh dan jahat yang lahir dari sikap bodoh-sombongnya.

Kita percaya, pemimpin DAP bukan tidak tahu mengira undi tetapi sengaja mengumumkan tersalahkira kerana ingin memanipulasi keputusan agar orang-orang tertentu sahaja yang menang. Bukan mereka tidak tahu menggunakan komputer tetapi perlu menyalahkan komputer bagi mencapai tujuan mereka untuk memanipulasi keputusan undian.

Bukan juga mereka tidak tahu perlembagaan parti, tetapi sengaja tidak peduli kerana bagi mereka, DAP adalah milik Dinasti Lim dan tidak perlu mengikut undang-undang jauh sekali tunduk kepada mana-mana pihak berkuasa.

Pendek kata, mereka mengambil sikap DAP itu adalah milik mutlak Lim Guan Eng yang kemudiannya menyifatkannya sebagai ‘mak-bapaknya yang punya!’.


Justeru, ahli-ahli dan para pemimpin DAP di semua peringkat wajib memahami perkara ini.

Ahli-ahli DAP boleh merungut atau mengadu, meletakkan jawatan, keluar parti ataupun membunuh diri sekali pun. Namun, untuk mengharapkan pemimpin DAP memberi perhatian dan memperbaiki diri serta cuba berlaku adil kepada mereka, sama lah dengan mengharapkan Israel berhenti menceroboh Palestin.

Ini kerana perjuangan DAP bukanlah untuk mengsejahterakan rakyat. Perjuangan DAP hanyalah untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Melayu Islam. Itu saja.


Di celah-celah itu, DAP turut berusaha untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin melalui syarikat-syarikat besar yang diberi kontrak dan projek supermega. Bak kata orang, sambil membina terowong di dalam laut, sambil minum air laut.

Untuk itu, Dinasti Lim perlu kekal berkuasa dengan apa jua cara.

27 October 2013

GST PANSSSS!!! Bajet alternatif Anwar telah ‘dibakul sampahkan’..? KLIK baca ni!

Kahkahkahhhh!
Sejurus selepas pengumuman bajet 2014 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Jumaat lalu, pembangkang mula menjadi isu Cukai Barang dan Perkhidmatan atau Good And Service Taàax (GST) sebagai isu yang cuba digunakan untuk terus menanamkan sentimen kebencian rakyat. Mereka mengatakan kononnya kerajaan BN/Umno sengaja mahu menindas membebankan rakyat dengan mewujudkan pelbagai cukai baru.

Mereka cuba memainkan isu secara berterusan untuk memastikan rakyat dapat menghadam sekali gus menerima semua tohmahan ini tersebut dan menganggap ia sebagai perkara yang betul. Itulah resam pembangkang, mereka akan cuba menjadikan semua isu untuk meletakkan kesalahan kepada kerajaan.

Dulu lain, sekarang lain Anwar ni... Heèe!

Sedangkan secara realiti ia adalah sebaliknya. Pada yang masih kabur dan samar, GST adalah merupakan cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan, termasuk yang diimport melainkan yang dikecualikan oleh Kerajaan.

#PRKSgLimau: PAS KANTOOIII!!! Heboh satu Sg. Limau... KLIK saksikan video!


Rata-rata pengundi di Sungai Limau baru-baru ini dikejutkan dengan laporanharakahdaily yang mengatakan kononnya bapa kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyokong calon Pas dalam pilihan raya kecil kali ini.

Tidak cukup dengan laporan tersebut, jentera Pas juga seakan terdesak apabila turut mengedarkan risalah dan gambar lawatan rombongan calon parti itu ke rumah Baharom Ramli bagi meyakinkan pengundi.

Datuk Jamil Khir Baharom
Namun bak kata pepatah, ‘bangkai gajah masakan dapat ditutup dengan nyiru’. Pembohongan mereka akhirnya terbongkar, apabila Baharom Ramli yang juga dikenali sebagai Pak Ngah menafikan laporan tersebut.

Malah beliau turut melahirkan rasa kesal atas fitnah tersebut yang jelas cuba menarik sokongan pengundi dengan cara yang kotor.

26 October 2013

#PRKSgLimau: PAS terdesak? KLIK saksikan video!


Benarkah Bapa Jamil Khir Menyokong Calon Pas

Menjelang PRK Sungai Limau, PAS dilihat cuba memanipulasi keadaan dengan mengheret bapa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Dalam tempoh berkempen, PAS yang membuat ziarah rumah ke rumah tidak melepaskan peluang untuk menziarahi bapa kepada menteri ini yang dikatakan penyokong kuat PAS.

Melalui video yang disiarkan oleh TV PAS, Datuk Mahfuz Omar ada mengatakan bahawa bapa ahli politik itu mendoakan kemenangan calon PAS di PRK Sungai Limau. 

Namun, kata-kata Mahfuz itu tidak disokong dengan bukti yang kukuh, sekadar menyiarkan video leteran panjang Mahfuz memuji-muji kebaikan bapa Datuk Seri Jamil Khir.

Malangnya, tidak pula dijelaskan butiran doa yang dibacakan En. Baharom itu, hanya sekadar video yang dilapikkan dengan suara Mahfuz. Video yang berdurasi 2:50 itu memaparkan aktiviti kempen PAS yang turut membawa calon mereka menziarahi penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Persoalannya, kalau benar En. Baharom berdoa untuk kemenangan PAS, kenapa tidak diperjelaskan suara beliau di dalam video tersebut. Kenapa perlu digantikan dengan suara Mahfuz yang membuat ulasan panjang berkenaan kempen ziarah itu?

Ini lagi satu permainan PAS yang cuba menggunakan perang psikologi kepada pengundi di Sungai Limau. Dengan menggunakan modal bapa menteri, mereka cuba memancing undi.

Ini jelas menunjukkan PAS kekeringan modal untuk berkempen sehingga mengheret mereka yang tidak mempunyai kepentingan bagi melancarkan kempen mereka.

Namun, sejauh mana perkara ini boleh membantu mereka mempertahankan kerusi kawasan itu. Adalah lebih baik jika PAS lebih bersikap jujur dan telus.

Jika benar bapa Datuk Seri Jamil Khir berdoa kepada kemenangan PAS, siarkan secara penuh. Tidak salah, malah boleh juga seluruh rakyat mengaminkan doa tersebut, itu pun jika benar isi kandungan doa itu seperti yang dikatakan Mahfuz melalui video tersebut.

Kepada jentera PAS, sudah-sudahlah menggunakan taktik kempen sebegini, sudahlah digunakan nama arwah ustaz Azizan walaupun sebelum ini kerap dikecam, sekarang pula menggunakan bapa orang untuk meraih undi.

Nampak sangat terdesak...... KLIK dan saksikan video dibawah!

GAY: Apa nk jadi dengan Nurul Izzah ni? KLIK baca sini!


Kenapa Nurul Izzah Sokong, NGO Yang Memperjuangkan Golongan GAY

Cuba bayangkan, bagaimanakah perasaan ibu dan bapa, apabila anak yang di didik dengan penuh kasih dan sayang secara tiba-tiba datang memberitahu bahawa dirinya ingin memeluk agama Kristian? Atau memberitahu keluarga bahawa dia seorang Gay ataupun Lesbian? Apakah mereka akan dapat menerima dengan hati yang terbuka dan menerima keputusan anaknya itu demi menghormati hak asasi manusia?

Atau menangis dengan penuh penyesalan kerana GAGAL memberikan pendidikan agama yang secukupnya sehinggakan mereka sanggup untuk murtad dan keluar dari Islam. Atau menyesal dan kembali meletakkan kesalahan kepada pemerintah kerana terlalu mengikut kehendak dan tuntutan dunia luar.

Namun itulah kemungkinan yang BAKAL terjadi sekiranya negara ini diperintah oleh mereka yang meletakkan kepentingan kuasa berbanding tuntutan agama dan kepentingan rakyat. Semua ini tidak MUSTAHIL terjadi, apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang merasakan tindakan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) sebagai TIDAK MEMBAHAYAKAN NEGARA.

BELANJAWAN 2014: Touch Point Bajet 2014


UCAPAN BAJET TAHUN 2014
Oleh
YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN

KETIKA MEMBENTANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2014)

DI DEWAN RAKYAT
PADA JUMAAT, 25 OKTOBER 2013

“ MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI,
MEMPERKASA TRANSFORMASI DAN MELAKSANA JANJI ”

Untuk membaca semula ucapan beliau KLIK SINI


Dibawah adalah 
Touch Point Bajet 2014


25 October 2013

LIVE BUDGET 2014: TERAS BAJET 2014 BAJET RAKYAT ATASI KOS KEHIDUPAN


Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan belanjawan yang dekat di hati rakyat.

Ini kerana kerajaan pimpinan beliau memahami sekali masalah yang menimpa rakyat terutamanya berhubung kenaikan kos kehidupan yang semakin mencabar.

Keadaan ini lebih jelas khususnya di kawasan bandar di mana peningkatan kos kehidupan lebih dirasai.

Sebagai kerajaan yang merasai denyut nadi rakyat bawahan, pelbagai rancangan dan program telah di laksanakan bagi meringankan beban.

Terbaru keputusan kerajaan untuk memperluaskan lagi jaringan dan jumlah Kedai Rakyat 1Malaysia atau KR1M kepada 99 buah di seluruh negara.

BELANJAWAN 2014: Live!!! Bajet Rakyat Atasi Kos Kehidupan. KLIK!


TERAS BAJET 2014 BAJET RAKYAT ATASI KOS KEHIDUPAN

Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan belanjawan yang dekat di hati rakyat.

Ini kerana kerajaan pimpinan beliau memahami sekali masalah yang menimpa rakyat terutamanya berhubung kenaikan kos kehidupan yang semakin mencabar.

Keadaan ini lebih jelas khususnya di kawasan bandar di mana peningkatan kos kehidupan lebih dirasai.

BUDGET 2014: Pengumuman Belanjawan 2014 hanya 'Live' disini... Saksikan!!!

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak rakyat untuk sama-sama mengikutiembentangan Belanjawan 2014 di Parlimen esok secara langsung menerusi laman twitter miliknya.

Najib berkata tweet secara langsung pembentangan bermula jam 4 petang itu boleh diikuti menerusi laman Twitter @NajibRazak.

"Kongsi berita ini dengan teman-teman dan keluarga anda, serta lawati laman FB (Facebook) ini untuk perkembangan terkini," kata Perdana Menteri melalui laman sosial Facebook dan Twitter beliau.

Najib yang juga Menteri Kewangan menarik perhatian bahawa belanjawan itu telah dirangka untuk memastikan ekonomi negara terus stabil dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.

Siaran langsung pengumuman Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak juga akan disiarkan pada Jumaat 25 Oktober 2013 pada pukul 3 petang melalui siaran rasmi yang dibawakan khas menerusi RTM dan Astro Awani selaku media rasmi penyiaran Bajet 2014. 

Tema untuk pembentangan bajet 2014 kali ini adalah 
”Mengotakan Janji Merancakkan Transformasi”.

Live Streaming Pembentangan Bajet 2014 Belanjawan Malaysia Online

Live Streaming – http://www.treasury.gov.my

Waktu Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2014

Tarikh: 25 Oktober 2013 (Jumaat)

Masa: 3 Petang

Siaran Rasmi: TV1, TV2, Astro Awan

#PRKSungaiaLimau: Kalau dah calon 'Penipu' macam mana nak menipu rakyat? KLIK!


CALON PAS PRK DUN Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat didakwa tidak mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sebaliknya beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah.

Azam dikatakan anak sepupu kepada Phahrolrazi, iaitu tokoh yang menjadi musuh politik Allahyarham semasa menjadi Menteri Besar Kedah.

Semalam dah mula kecoh apabila ada adik beradik arwah Azizan mempertikaikan tindakkan calon PAS tergamak berbohong kepada wartawan Sinar Harian kononnya beliau ada pertalian saudara dengan keluarga arwah, walhal beliau tidak langsung mempunyai sebarang pertalian keluarga dengan arwah.

Keluarga arwah juga kesal kerana calon PAS mengaku yang beliau merupakan anak didik arwah, padahal semasa arwah hidup, calon PAS ini merupakan salah seorang yang menentang arwah dan sanggup bersekongkol dengan musuh arwah secara diam-diam.

PAS nampaknya sudah terdesak untuk meraih undi dengan menggunakan gambar arwah Azizan untuk undi simpati.

Gambar calon PAS dengan arwah Azizan terpaksa Photoshop semata mata untuk meraih sokongan.

Hakikatnya Calon PAS PRK Sungai Limau adalah anak sepupu kepada Phahrolrazi.

ARTIKAL SELANJUTNYA: KLIK SINI

24 October 2013

KALIMAH ALLAH: Allah itu 'Tunggal'. KLIK baca ni!


Isu itu mula tercetus apabila Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009, membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam agar The Herald dibenarkan menggunakan kalimah Allah.


Berbalik kepada keputusan Mahkamah Rayuan itu, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang ketika ini berada di Mekah selepas menunaikan fardu Haji dalam satu mesejnya yang diberikan kepada Utusan Malaysia Khamis lalu (17 Oktober) mengajak semua umat Islam di negara ini bersyukur dengan keputusan tersebut.

Beliau membuat mesej tersebut pada Hari Raya Aidiladha iaitu selepas selesai menunaikan ibadat wukuf di Arafah.

''Namun dalam proses undang-undang ini kita faham masih ada satu lagi tempat atau medan perjuangan yang namanya Mahkamah Persekutuan. Mungkin arahan yang tidak terduga berlaku nanti.

''Mungkin juga Malaysia bukan medan untuk pertarungan kalimah Allah. Mungkin ada Mahkamah Antarabangsa di Geneva yang mungkin akan sampai ke sana (untuk dibicarakan),'' kata Haron dalam mesej tersebut.

Walau apa pun beliau berkata, sebagai umat yang faham bahawa Islam itu adalah agama tauhid iaitu agama yang mengesakan Allah, yang beriktikad Allah itu Tunggal, kalimah suci itu wajib dipertahankan.

Menyentuh lebih lanjut mengenai isu kalimah Allah, beliau yang juga bekas Profesor di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, semua pihak di negara ini wajib menerima bahawa kalimah suci itu hanya eksklusif untuk umat Islam sahaja.

Beliau berkata, perkataan Allah dalam Islam merujuk kepada Allah Yang Maha Esa, Allah Yang Satu, Allah Yang Tunggal atau Allah Yang Ahad.

Selama-lamanya begitu, kata Haron sambil merujuk kepada pengertian Surah al-Iklhas yang mengandungi empat ayat.

Beliau berkata, di dalam surah tersebut Allah menyebut Qul, katakanlah (wahai Muhammad) kepada manusia, (Tuhanku) adalah Allah Yang Esa, Yang Tunggal. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

Diperjelaskan kata Haron dengan sejelas-jelasnya di dalam surah itu, Allah yang tidak ada anak dan tidak ada bapa.

''Selepas pengertian Ahad (Esa) tadi itu dipermudahkan dengan kefahaman tidak ada anak dan tidak ada bapa diterangkan lagi bahawa tidak ada bagi Allah SWT sekutu dengan apa-apa pun,'' katanya lagi.

'Sekutu' ujar Haron bermakna penolong, pembantu atau apa sahaja yang dinamakan pelengkap kepada Allah.

Menurut tokoh agama tersebut, Allah itu maha sempurna dan perkara serupa juga ditekankan di dalam Surah al-Kafirun (mengandungi enam ayat).

''Surah ini amat popular. Boleh dikatakan kebanyakan imam kita sama ada di kampung atau di bandar terutama ketika solat maghrib biasanya surah ini amat popular. Rakaat pertama dibaca Surah al-Kafirun dan rakaat kedua Surah al-Ikhlas,'' katanya lagi.

Sebenarnya, kedua-dua surah tersebut amat berkait rapat tentang keesaan Allah, tentang Allah Yang Ahad dan Allah Yang Tunggal.

Oleh itu apabila ada pihak yang mahu mengambil kalimah suci itu dan kemudian diletakkan kepada Tuhan yang tidak Ahad, sudah tentu perkara tersebut sesuatu yang amat bertentangan dengan nas.

Sebab itu juga kata Haron, Surah al-Kafirun menerangkan sejelas-jelasnya kedudukan Allah kepada orang Islam.

Dalam surah tersebut dimulakan dengan kalimah Qul, katakanlah (Wahai Muhammad) kepada semua umat manusia, wahai orang kafir. Aku tidak sembah apa yang kamu sembah. Dan kamu pun tidak sembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu, kamu ada Tuhan sendiri, itu hak kamu. Aku ada agamaku yakni agama yang menyebut Tuhan yang satu (Allah Yang Ahad).

Sehubungan itu kata beliau, mana mungkin Allah boleh dijadikan sebagai satu kesyirikan yang nyata sebagai contoh apabila dikaitkan kepada agama Kristian.

''Mereka berpegang kepada kepercayaan mereka. Tuhan mereka tidak satu, Tuhan mereka tidak tunggal,'' katanya lagi.

Beliau di dalam mesejnya itu turut mengemukakan sepotong ayat di dalam Surah al-Maidah ayat ke 73 yang bermaksud: "Sesungguhnya kufurlah orang yang mengatakan Allah itu adalah salah satu dari tiga tuhan, padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa.

''Yakni tidak ada Tuhan yang sebenar disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Esa, Allah Yang Tunggal. Inilah kalimah Allah yang patut diterima pakai dan dipertahankan,'' katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, ajaran agama tauhid yang merujuk kepada agama yang mengesakan Allah bukan perkara baru.

Katanya, daripada Adam AS sehingga Nabi Muhammad SAW, para anbiya serta rasul yang diutuskan kepada manusia kesemuanya membawa agama menyembah tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah yang Tunggal, Allah Yang Esa.

''Daripada Adam, Idris, Nuh, Hud, Lut, Saleh, Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, Yusuf, Ayub, Zakaria sampai kepada Nabi Muhammad para rasul dan nabi yang mulia ini membawa agama tauhid.

"Jika Allah itu sudah tidak Ahad sudah tidak Esa maka rosaklah prinsip kefahaman paling asas dalam Islam. Ia juga boleh mengundang kemurkaan Allah,'' katanya lagi.

Sesungguhnya kata Haron, dalam dua kalimah syahadah (Rukun Islam pertama) setiap umat Islam wajib menyebut dengan jelas bahawa: "Saya bersaksi dengan seluruh hati nurani saya bahawa tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Esa."

Juga dilafazkan: "Saya bersaksi dengan jiwa raga saya bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah SWT Yang Maha Tunggal".

GEMPAR!!! Tikam 2 orang hingga mati di Gombak. KLIK saksi video!


Info terbaru!! Kt stesen putra melati gombak polis tmbak mati seorg lelaki telah mengamuk menetak 4 org mangsa...

Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.

Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral.

Difahamkan, suspek adalah seorang penuntut ajaran sesat dan ketika ditangkap mulutnya membaca sesuatu.Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, mengesahkan suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan mangsa maut di lokasi kejadian.

"Suspek kemudian larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta Toyota Prius yang dipandu remaja lelaki."Suspek kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian. 

Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.


Suspect di tangkap (atas)


Saksikan video dibawah


#PRKSungaiLimau: Calon mana yang patut diberi undi? KLIK, tengok sini!

Calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim (kiri) dan calon PAS Mohd Azam Abd Samat.

KELEBIHAN: Latarbelakang dan pencapaian peribadi calon.

Undi calon PAS = Undi Phahrolrazi musuh ketat
bekas MB Kedah dulu.

Nah...
Ini dia calon yang sepatutnya dipilih dan
diberi undi pada PRK N20 Sungai Limau.
Saksikan Dr Ahmad Sohaimi Lazim
(calon BN)
di klip video dibawah. 




UNDILAH BARISAN NASIONAL
'Segala Janji Di Tepati'

ARTIKAL BERKAITAN KLIK SINI.

Dasyat!!! Mudahnya turunkan harga 'Petrol'..! KLIK baca ni!


PETROL PRICE CONTROL

kalau betul.....why not try?.....

Tolong baca sampai habis*.buah fikiran yg sangat baik*.mari kita renung
dan fikir fikirkan*kemudian kita lakukan.

Idea daripada orang-orang yang kerja kat PETRONAS - price control

Idea yang sangat menarik? Tapi adakah ianya berkesan?
Nampaknya menjelang tahun depan harga petrol akan menghampiri RM 3.00.
Mahu supaya harga petrol turun? Kita perlukan satu tindakan bijak dan
bersepadu.

Philip Hollsworth menawarkan idea bagus ini. Ianya LEBIH BERKESAN
berbanding kempen jangan beli petrol pada hari tertentu' yang
dilakukan pada April atau Mei lalu. Syarikat minyak hanya akan
mentertawakan seba b merekatahu dengan tidak membeli petrol, kita akan
menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan pengguna sendiri
berbanding penjual.

Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang
benar-benar berkesan.Sila teruskan membaca dan ambillah bahagian
dalam rancangan ini.

Mengikut kenyataan dari negara-negara pengeluar minyak anggota OPEC
harga seliter petrol adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja. Tetapi
syarikat-syarikat pembekal minyaklah yang mengaut keuntungan besar
dari situasi sekarang ini.
Kita sebagai pengguna perlukan tindakan agresif untuk 'mengajar'
mereka bahawa PEMBELI juga ada kuasa untuk yang mengawal harga, bukan
penjual sahaja.

Dengan harga petrol yang naik begitu tinggi sekarang ini, kita
pengguna perlu bertindak segera. Satu cara yang disarankan untuk
menurunkan harga petrol ialah dengan memberikan tamparan 'market
leader' industri berkenaan, iaitu dengan tidak membeli petrol dari
penjual tertentu. Ini dapat kita lakukan tanpa menyusahkan diri kita
sendiri.
Ideanya begini :-

Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli petrol dari TIGA SYARIKAT
MINYAK TERBESAR DIDUNIA iaitu

1) ESSO/MOBIL
2) SHELL
3) PROJET
Tiga syarikat gergasi inilah yang sebenarnya mengawal harga runcit
petrol dan mengaut keuntungan untuk diri mereka sendiri.
Jika mereka tidak merasa penjualan petrol mereka menurun secara
tiba-tiba sedangkan pesaing mereka akan terus maju, mereka akan mula
menurunkan harga. Dan jika mereka berbuat demikian yang lain akan
turut serta. Tetapi, untuk kaedah ini memberi kesan, kita kena
memberitahu berjuta pembeli ESSO/MOBIL,SHELL dan PROJET.

Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan disini caranya:-
Saya menghantar mesej ini kepada ramai orang.Jika setiap kita
menghantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (30 x 10 = 300)?
Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (300
x 10 = 3,000)? dan seterusnya. Sebaik mesej ini sampai kepada generasi
penerima yang ke 6, ia sebenarnya telah disebarkan kepada lebih TIGA
JUTA pengguna petrol. Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan ialah :
1) Menghantar mesej ini kepada 10 orang atau lebih, itu saja.
2) Berhenti dengan serta merta membeli petrol dari ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.
Itu sahaja.....
Berapa lama ia akan berlaku? Jika setiap kita menghantar email kepada
10 orang dalam satu hari, semua 3 JUTA orang akan dapat dihubungi
dalam masa 8 hari sahaja.

Saya cabar anda, jangan sangka anda tiada kuasa, bertindak secara
bersama. Ia pasti akan membuahkan hasil.
Jika anda terima sar ana n ini, sila sebarkan email ini.
TOLONG KEKALKAN KOMITMEN ANDA SEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGA DALAM
LINGKUNGAN 80 SEN SELITER.
Mudah saja, anda cuma perlu....... ......

1. Forwardkan email ini kepada kawan-kawan dan kenalan,
2. Beli petrol dari PETRONAS , dan CALTEX sahaja .....jauhi diri anda dari lain-lain stesyen petrol, selain dari nama ini.

SUMBER - Idea dari Pekerja2 PETRONAS,CALTEX

MP: Tepuk dada.. Tanyalah selera tu ye!
Lu pikir laaa sendiri!!!

22 October 2013

#prksglimau : PAS terpaksa korbankan calonnya di Sg. Limau kerana Sabu? KLIK baca ni!


Suka atau tidak ramai menjangkakan pilihanraya kecil DUN Sungai Limau bakal menyaksikan satu persaingan yang sengit di antara Umno / Barisan Nasional dan Pas. Bagi pihak Umno/BN, peluang ini sudah tentu merupakan satu peluang keemasan bagi merampas kerusi Sungai Limau bagi mengukuhkan kuasa politik di Kedah.

Manakala bagi Pas, ia adalah merupakan kerusi yang WAJIB di pertahankan kerana ia adalah maruah buat parti itu yang kebelakangan ini dilihat semakin hilang pengaruh di kalangan orang Melayu Islam.

Tambahan pula, Pas secara jelas mengatakan pendirian parti itu untuk membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Sedangkan isu tersebut dilihat penting kerana mereka sedar antara sebab utama Kristian mahu menggunakan kalimah Allah di dalam Bible ialah untuk mengelirukan masyarakat.

AL-FATIHAH: Penyanyi lagu 'Siang Terbayang Malam Merindu' meninggal.

 Noreen Noor
Artis popular dengan lagunya 'Siang Terbayang Malam Merindu', meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Selangor awal pagi tadi.

Allahyarhamah yang berusia lingkungan 40an, meninggal dunia akibat penyakit darah tinggi dan buah pinggang.

Selain menyanyi, Allahyarhamah Noreen Noor juga terkenal
sebagai pelakon di layar perak. Filem pertama lakonannya,
berjudul 'Talak' diterbit pada tahun 1980.


Antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah
Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam.

Allahyarhamah meninggalkan dua orang anak.
Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah.

PRK SG.LIMAU: Jom kenali calon BN. KLIK saksi video disini!


Orangnya cukup simple. Malah tidak ramai yang menduga beliaulah orangnya sewaktu orang ramai berkumpul di Bilik Gerakan Pusat BN Sungai Lentang, Sungai Limau untuk mendengar pengumuman calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri situ.

Selain berpakaian biasa macam orang kebanyakan beliau kelihatan hanya duduk di celah hadirin lain di situ.


Itulah Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 
anak tempatan Sungai Limau yang diumumkan oleh 
YAB. Timbalan Perdana Menteri 
sebagai calon Barisan Nasional pada 
Pilihanraya Kecil Sungai Limau, Kedah.

Kenali latarbelakang beliau lebih lanjut
seperti bawah:

21 October 2013

OPS CANTAS: Naib Presiden PKR ‘tak ada telor’... KLIK baca ni!


Naib Presiden PKR, N, Surendran sebelum ini mendakwa polis dengan sengaja melepaskan tembakan bagi membunuh (shoot-to-kill) para penjenayah ketika menjalankan operasi. Surendran turut mendakwa polis gagal mematuhi dan mengikutiProsedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Dia juga mempertikaikan tindakan polis menangkap dan menembak penjenayah berbangsa India sebagai profail berdasarkan kaum (racial profiling) sangat berbahaya. Dalam kenyataannya kepada portal pro pembangkang, kata Surendran, hampir 70 peratus penjenayah yang ditangkap dan terbabit dalam kejadian tembakan adalah dari kaum India.

Ekoran dari kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 11 Oktober telah mempelawa Surendran yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Serai untuk turut serta dalam operasi membanteras penjenayah bersenjata yang bakal diadakan nanti.


Pelawaan itu bertujuan untuk membolehkan Surendran melihat sendiri cara dan pendekatan yang diambil oleh pihak polis ketika berdepan dengan saat getir yang boleh meragut nyawa pada bila-bila masa.

Walaupun Surendran telah pun menyatakan kesudian untuk turut serta dalam operasi yang bakal diadakan, namun sehingga kini dia masih gagal untuk menandatangani suratperjanjian indemniti yang diperlukan oleh pihak polis.

Surat perjanjian indemniti itu, bertujuan untuk membebaskan polis daripada memikul sebarang tanggungjawab jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Dalam erti kata lain, dia tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap kerajaan Malaysia, pihak polis, Ketua Polis Negara, atau mana-mana pegawai yang terlibat dalam operasi itu.

Paling menarik, apabila meneliti kandungan surat perjanjian indemniti itu penasihat undang-undangnya R. Sivarasa telah menasihatinya agar membatalkan hasratnya untuk menyertai operasi berbahaya itu bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.

Persoalannya bukankah mereka sebelum ini mendakwa, polis DENGAN SENGAJA ingin melepaskan tembakan untuk bunuh dan tidak mengikuti prosedur? Sedangkan penjenayah-penjenayah yang ingin ditangkap itu LANGSUNG tidak berbahaya. Jadi apa perlu untuk Surendran takut menurunkan tandatangan tersebut.

Tambahan pula masakan, penjenayah berbahaya dari keturunan India sanggup menembak Surendran yang ingin memperjuangkan hak dan kebebasan mereka.

Surat perjanjian indemniti itu secara dasarnya bertujuan untuk mengelakkan pihak polis terbeban dengan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan nyawa Surendran. Ini kerana ketika operasi dilakukan, selain menangkap penjenayah, sudah tentu anggota dan pegawai yang menyertai operasi perlu menjaga keselamatan dan nyawa mereka sendiri.

Kesimpulannya, Surendran perlu berhenti dari bermain politik murahan atau mencari isu yang mempunyai political mileage. Sekiranya dia inginkan kepastian berhubung SOP yang dijalankan oleh polis sila sahut cabaran tersebut. Kegagalan dia menyahut cabaran tersebut bakal membuktikan mereka di kalangan pembangkang hanya berani untuk bercakap namun takut berdepan dengan realiti.

Atau dalam bahasa kasar, mereka sebenarnya ‘tak ada telor’.

ARTIKAL BERKAITAN KLIK SINI


SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.