GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label AUDIT2012. Show all posts
Showing posts with label AUDIT2012. Show all posts

10 October 2013

LAPORAN AUDIT: Anwar jangan cakap lebih!


Laporan Audit: Anwar Perlu ‘Bersihkan Negeri PR’ Dahulu

Laporan Audit Negara yang baru dibentangkan menerima reaksi yang kurang menyenangkan dari semua pihak. Ketirisan yang masih berlaku amatlah dikesalkan. Benar, ia merupakan kes-kes terpencil yang melibatkan individu secara berasingan tetapi jumlah yang mencecah billion bukanlah kecil, terutama dalam keadaan ekonomi yang begitu menguji.

Walaubagaimanapun, pendedahan terbuka yang dibuat oleh Ketua Audit Negara menunjukkan yang kerajaan Malaysia adalah telus dan professional dalam menangani soal kewangan negara.

Dari sudut lain, ia juga membuktikan yang kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim adalah tidak telus dan tidak professional. Ini berikutan ketirisan yang berlaku bukan hanya melibatkan negeri BN tetapi juga negeri PR, namun Anwar telah memilih untuk menghentam kerajaan pusat seolah-olah negeri-negeri yang diperintah PR membentangkan audit yang sempurna dan tiada cacat cela.

Hakikatnya, beberapa laporan ketirisan audit di negeri PR memperlihatkan penglibatan di peringkat tinggi dan keseluruhan jabatan atau organisasi. Malah, ketirisan yang berlaku dalam audit tahun lalu juga masih belum ditangani oleh PR. Antara ketirisan audit di Selangor sahaja, iaitu negeri yang berada di bawah ‘nasihat’ Anwar ialah:

1. Isu tanah Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor yang memperlihatkan seolah-olah ada ‘cubaan rampas’ oleh kerajaan negeri untuk dijadikan pusat budaya Cina.

2. Isu Talam

3. Isu KHSB

4. Kutipan premium tanah yang tidak seimbang

5. Pembinaan kilang secara haram

6. Penggunaan tanah tanpa kebenaran

7. Memberi bonus tiga hingga empat bulan bagi kakitangan Pusat Pelaburan Kerajaan Selangor selama tiga tahun berturut-turut yang berjumlah RM887,620 dengna menggunakan lebihan perutukan kerajaan.

8. ‘Program hadiah anak masuk universiti’ yang merekodkan pengurusan yang lemah di mana seramai 21 penerima telah menerima lebih dari sekali sumbangan manakala ramai yang menerimanya lewat sehingga lebih tiga tahun dan RM8.23 juta lagi masih terhutang kepada anak-anak Selangor yang berjaya masuk ke universiti.

Selain Selangor, Kelantan juga merekodkan penemuan audit yang mengejutkan antaranya:

1. Anak syarikat kerajaan Kelantan, Kelstone Sdn Bhd (KSB) yang menerima konsesi melombong emas di 12 kawasan telah mencatat kerugian terkumpul sebanyak RM2.7 juta sehingga RM1.54 juta di antara tahun 2009 dan 2011. Syarikat itu mula melombong di dua atau tiga tempat sahaja di antara tahun 2011 dan 2012 tetapi gagal menemui emas dalam jumlah yang memuaskan.

2. Indah Prima Sdn Bhd (SIPSB) diberikan subkontrak untuk meneroka emas di kawasan Sokor di Tanah Merah pada tahun 2008 tetapi tidak pernah langsung memulakan kerja-kerja itu.

3.Pembayaran bonus hingga 11.5 bulan gaji anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ladang Tapis Sdn Bhd (LTSB) pada 2011 sedangkan syarikat tersebut mengalami kerugian

Ini hanya beberapa ketirisan dari dua negeri yang diperintah PR. Hakikatnya, banyak lagi yang tidak disenaraikan di sini.

Justeru, bukankah lebih baik Anwar menumpukan kepada siasatan terhadap apa yang terjadi kepada kewangan negeri-negeri PR sebelum membuat bising mengenai ketirisan yang melibatkan kerajaan BN? Jika 4 negeri sahaja tidak mampu ‘dibersihkan’, bagaimana Anwar boleh berangan ingin membersihkan seluruh Malaysia sekiranya PR memerintah?

4 October 2013

AUDIT 2012: Semua KSU mesti disiasat? KLIK baca ni!


Ketua Setiausaha (KSU) di setiap kementerian mesti dipertanggungjawabkan ke atas semua ketirisan dan penyelewengan yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara supaya laporan yang dikeluarkan itu bukan sekadar suatu rekod tahunan untuk tatapan umum semata-mata.

Ini kerana setiap tahun Laporan Ketua Audit Negara melaporkan tentang ketirisan, pembaziran dan penyelewengan namun perkara itu seolah-olah tiada apa-apa makna kepada semua kementerian, sebaliknya kesalahan sama berlaku secara berulang.

Sehubungan itu, sudah sampai masanya satu bentuk tindakan paling tegas diperkenalkan oleh kerajaan dan mengheret mana-mana kakitangan awam ke muka pengadilan bagi memastikan penyalahgunaan wang rakyat dapat dihentikan serta-merta.

Tokoh ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, tanpa tindakan undang-undang yang tegas dikhuatiri amalan pembaziran, penyelewengan dan ketirisan yang berlaku sejak bertahun-tahun akan menjadi budaya dan identiti kerajaan.

"Kita mesti mengucapkan tahniah kepada Audit Negara kerana berjaya mengemukakan satu laporan bebas secara konsisten tetapi apa pula tindakan kepada kementerian-kementerian yang melakukan masalah.

Ini perlu dijawab oleh kerajaan.

"Saya percaya semua rakyat Malaysia mempunyai persoalan yang sama. Tanpa tindakan undang-undang, rakyat akan memberi gambaran bahawa kerajaan tidak cukup serius menangani masalah yang berlaku dalam pengurusannya," katanya di sini.

Bekas Presiden Transparency International Malaysia itu percaya rakyat yang membayar cukai berkongsi rasa kecewa dengan hasil Laporan Ketua Audit Negara itu kerana wang mereka tidak diguna dan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Katanya, sudah sampai masanya kerajaan melihat pembaziran dan ketirisan dalam membelanjakan wang rakyat adalah satu kesalahan besar.

"Semua KSU mesti disiasat untuk memastikan mereka mencari punca motif pembaziran dan ketirisan yang berlaku. Secara logiknya, kelemahan dalam tadbir urus tidak boleh berlaku jika setiap kementerian mempunyai pasukan pemantau terbaik dan sistem yang sempurna.

"Sebaliknya, apa yang berlaku ini menggambar ada yang tidak kena dalam tadbir urus dan sistem kerajaan," tambahnya.

Memberi kesimpulan terhadap Laporan Ketua Audit Negara, Navaratnam berkata, hasil laporan itu sebenarnya menyukarkan lagi usaha kerajaan untuk mengurangkan bajet defisit dan hutang negara.

Berikutan itu, beliau merayu supaya ahli-ahli Parlimen memainkan peranan terbaik dalam membantu menangani masalah ini supaya setiap kementerian memiliki rasa tanggungjawab semasa mengggunakan wang rakyat.
 - MalaysiaGazette

ARTIKAL BERKAITAN KLIK SINI


2 October 2013

Audit Negara 2012: SPRM akan lakukan tindakan susulan... KLIK baca ni!



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) akan meneliti selengkap-lengkapnya Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan semalam sebelum mengambil sebarang tindakan susulan terhadap segala ketirisan dalam urus tadbir kewangan peringkat kerajaan pusat dan negeri.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull ketika dihubungi berkata pihaknya akan melakukan tindakan susulan setelah satu kajian terperinci dilakukan terhadap segala maklumat yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara itu.

“Kami akan melihat laporan tersebut dengan teliti dan kajian lanjut akan dilakukan oleh pihak kami terhadap segala maklumat yang diberikan dari laporan tersebut. Kita mengambil serius terhadap segala penemuan yang dilaporkan dalam laporan tersebut,” katanya.

Menurut Mohd Shukri lagi, penelitian tersebut berkemungkinan memakan masa antara seminggu hingga ke dua minggu dan setelah itu barulah tindakan-tindakan susulan akan diambil dari pihak mereka.

Melalui Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan di Parlimen semalam, terdapat banyak berlaku ketirisan dalam urus tadbir kewangan dalam kementerian, badan berkanun dan juga kerajaan negeri.

Antara pendedahan-pendedahan yang dilaporkan dalam laporan tersebut adalah seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah kehilangan aset berjumlah RM1.33 juta melibatkan antaranya gari, senjata api dan kenderaan antara tahun 2010 hingga 2012.

Selain itu, Kementerian Pertahanan telah rugi sebanyak RM34.5 juta dalam pembekalan makanan kepada Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Malah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dikesan tidak menguruskan pemberian bantuan kewangan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) dengan betul. - Sumber


SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.