GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label WWW1. Show all posts
Showing posts with label WWW1. Show all posts

23 December 2013

RAJIMEN ANARKI: @PDRMsia Pendedahan identiti penghina Sultan Johor. KLIK baca ni


Sekian lama mencari siapakah dia facebooker PR yang selalu maki hamun Sultan Johor dengan bahasakan Baginda dengan gelaran-gelaran yang tak sepatutnya Baginda di gelar.

Dengan bantuan serta saluran maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, Rejimen Anarki ini sebenarnya adalah seperti berikut.

Nah...inilah dia.


No ic: 850408146443
Nama: Ali bin Abd Jalil 


Katanya beliau adalah antara pengikut Syiah di negara ini.

Kita kerap terkeliru antara Rejimen Anarki, Zul Yahya, Rakyat Anarki, dan Ahmad bin Abd Jalil. Jangan keliru.

Si budak Rejimen ni nama dia Ali. Ada kembar nama Ahmad dan itu ialah abang dia yg pakai nama Zul Yahya dan dah kena tangkap dah.

So utk meneruskan perjuangan ini di sinilah Ali bin Abd Jalil yang berkerja di Milenium Hotel KL take over his brothea place.

Kenapa adik beradik ini begitu dendam dengan Sultan Johor?

Misteri ini ada kaitan dengan 'Istana Runtuh' Kesultanan Melayu Johor di Tebing Sungai Danga yang mana telah di rosakkan semasa perang dunia ke-2 oleh British. Istana ini juga menjadi tempat tentera2 Jepun membuat kubu persiapan utk serangan ke Singapura semasa Singapura di pertahankan oleh Pegawai dari Rejimen Askar Melayu Diraja Leftenan Adnan dari di tawan askar Jepun pada 1942.

Ini misteri lampau melibatkan keluarga Sultan dan pembesar2 Sultan yang mana dendam ini melarat kepada anak cucu sehingga tiada penyudahnya.

Bab tu later kita deal. Tapi persoalannya hari ini ialah tindakan KURANG AJAR org ni menconteng arang ke wajah Sultan Johor walau sapapun keturuanannya di masa lampau dulu.

Akibat tindakan nya ini menyebabkan orang-orang cina telah hilang hormat pada Sultan-Sultan Melayu and it has to be stop.

Jadi kepada kaum kerabat Istana Johor, pihak-pihak berkuasa dan anak-anak Melayu Johor. Diharap dengan pendedahan ini eloklah cepat-cepat bertindak.

Diharap juga PASUKAN ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR (JMF) JUGA BERTINDAK DEMI MARUAH DYMM SULTAN JOHOR DAN KELUARGANYA.

Jangan tunggu lagi! Soal masa silam itu antara moyang Baginda dengan moyang mereka2 ini. Persengketaan itu sudah tamat pd 1960an lagi dan harus DI TUTUP KES ITU. Lagi pula situasi telah bnyk berubah. Bukan hanya melukakan hati anak2 Johor malah dalam posting terbaru nya sebelum pendedahan yang mula di buat Rejimen Anarki dengan mendabik dada mengajar seluruh Rejimennya ugut MELANGGAR POLIS masa malam tahun baru 2014. 


Kepada pembaca khususnya anak-anak Johor. Segala apa maklumat yang tercatat di atas semuanya MP terima daripada rakan FB yang menggunakan nama di facebook Su'ul Qhotimah.

Dalam pada itu, daripada pendedahan yang telah disiarkan oleh Su'ul Qhotimah... Persatuan Muka Buku Pulau Pinang telah membuat laporan polis bertujuan agar dapat dibuka kertas siasatan terhadap pihak berkenaan.


SIDANG AKHBAR: Persatuan Muka Buku bersama media.

Berbanyak-banyak terima kasih MP ucapkan kepada Su'ul Qhotimah dan juga warga Persatuan Muka Buku Pulau Pinang di atas keperihatinan kalian terhadap kami rakyat Johor.


16 October 2013

SIRI 1 : PANASSS!!! Kebenaran @ Fitnah dalam pemilihan Ketua Bahagian UMNO Ampang? @NajibRazak @tengkuadnanreal


Mohd Isa Mohd Saidi (gambar atas). Beliau merupakan antara calon yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Ampang pada pemilihan agung UMNO Tahun 2013 kali ini.

Dalam amalan demokrasi yang di amalkan oleh UMNO, tiada salah bagi sesiapa pun yang ingin menawarkan diri bagi merebut sebarang jawatan asalkan menepati syarat yang ditetapkan.

Walaupun begitu, dalam kes bagi Mohd Isa ini telah timbul beberapa persoalan dan kemusyikilan yang menyentuh kelayakkan beliau sebagai calon untuk bertanding di pentas Pemilihan UMNO 2013, kali ini.

Tidak cukup dengan itu, ketika ini beliau sedang berdepan dengan kritikan-kritikan panas seperti yang tersebar melalui sebuah blog Aku Peduli Apa @ APA.

Adakah itu sebenarnya kisah beliau atau semuanya itu fitnah semata-mata dari pihak tertentu yang rasa dirinya tercabar?

Sama-sama kita ikuti pengakuan eksklusif dari mulut beliau sendiri dalam siri selanjutnya di sini nanti... Tungguuu!!!


16 September 2012

Lagi Jembalang Pakatan Hina Sultan Johor.. Klik tengok ni!


Apa yang Sultan Johor telah lakukan pada Rakyat Anarki, apa dosa Sultan Johor pada keluarga rakyat anarki?
Dimana pihak berkuasa yang bertanggungjawab soal keamanan? Kepada rakan2/NGO yang ada kemampuan, tolong laporkan hal ini kepada PDRM...
Minta KDN siasat dan ambil tindakan keras bukan amaran keras...
Lihat ni posting yang dia buat...


6 July 2012

Blogger Melayu aibkan Sultan Johor akhirnya ditahan... Baca ni!

Polis Johor menahan pengamal para normal, Syed Abdullah Syed Hussein, yang mengendalikan laman blog www.uncleseekers.blogspot.com berhubung kenyataannya yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan semalam berkata Syed Abdullah, 46, ditahan pada jam 9.45 malam di Tol Senawang, Seremban.
 
Kenyataan itu menyebut seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, turut ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya.

Mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Pada 1 Julai lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penyiaran artikel di dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sentral itu memohon pihak berkuasa menyiasat terhadap blog, www.uncleseekers.blogspot.com, yang dikatakan turut mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor. 

Sumber - BERNAMA

KLIK DIBAWAH UNTUK ARTIKAL BERKAITAN:

1 July 2012

Seorang lagi blogger Melayu dikata aibkan Sultan Johor. Klik baca sini!


30 individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis berkenaan dibuat pada jam 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral, di sini bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.

Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen sulit yang dipaparkan pada blog itu. 

"Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini.

"Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog berkenaan semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya," katanya. - BERNAMA


KLIK DIBAWAH UNTUK ARTIKAL TERDAHULU:

1 June 2012

WWW1 - Lihat ni, RPK hina dengan ayat "Mengapa Sultan begitu bodoh?"

Raja Petra Kamarudin (RPK)
WALAUPUN tidak secara terang atau secara terus seperti Nizar, artikel Raja Petra Kamarudin (RPK) bertajuk Why is the Sultan so stupid? yang secara jelas mengkritik dan menghina tindakan DYMM Sultan Johor membida untuk mendapatkan nombor plat WWW1 itu memang tidak sepatutnya terlepas dari kecaman seluruh rakyat kita.

Idea yang diberikan RPK agar Sultan Johor meminta bantuan Datuk Seri Hishamudin dan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan hak memiliki nombor tersebut secara percuma (tanpa perlu membida), secara jelas adalah satu penghinaan yang dibuat secara terang.

Tidakkah terfikir oleh RPK kalau Sultan Johor meminta nombor itu diberikan secara percuma kepada baginda, rakyat akan kehilangan hasil sebanyak lebih RM 500,000? Tidak terfikirkah oleh Raja Petra bahawa bukan baginda seorang sahaja yang ingin menggunakan nombor tersebut, dan adakah adil kepada pihak-pihak lain yang mengintai peluang sama jika nombor itu diberikan secara percuma kepada baginda?

Sekurang-kurangnya mereka tahu mereka gagal menggunakan nombor tersebut kerana tidak berupaya membida dengan harga lebih tinggi.

Isu ini tidak sepatutnya menjadi isu kalau bukan dibangkitkan oleh melayu derhaka bernama Nizar Jamaludin. Entah apa dibisikkan DAP di telinga Nizar sehingga dia tidak segan silu menghasut rakyat supaya membenci institusi beraja di negara ini – buat kesekian kalinya dengan menjadikan bidaan nombor plat ini sebagai alasan.

Kali pertama sudah tentulah ‘sembah derhaka’nya ketika mempertikai tindakan DYMM Sultan Perak menolak permohonannya untuk membubarkan DUN Perak pada 2009.

Jadi alasan RPK bahawa rakyat tidak mempertikaikan soal pembelian ini dari segi pembaziran yang konon dilakukan Sultan Johor, adalah tidak benar sama sekali. Kalau diikuti betul-betul Twitter Nizar, jelaslah dia memang mahu rakyat membenci Sultan Johor kerana menggunakan ‘wang rakyat’ sebanyak itu untuk membida nombor tersebut.

Sedangkan hakikatnya Sultan Johor tidak menggunakan wang rakyat, sebaliknya wang baginda sendiri untuk tujuan itu. Mesej inilah yang disampaikan Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail, sebaik Twitter derhaka Nizar mula menjadi isu nasional.

Sebenarnya, inilah yang Nizar mahukan. Komen-komen dan pandangan negatif seumpama inilah yang mahu diterapkan Nizar di pemikiran rakyat Malaysia. Ini hanya permulaan kepada agenda yang lebih besar iaitu menubuhkan sebuah Republik Malaysia.

Kebetulan, selepas pilihanraya 2008 lebih ramai rakyat di negara ini semakin lupa asal usul masing-masing, termasuk kenapa mereka memiliki kerakyatan automatik walaupun dari sejarahnya mereka bukanlah penduduk asal negara ini – sekurang-kurangnya selepas sistem berkerajaan wujud di negara ini.

Sebab itu timbal balik kepada ganti kerakyatan automatik iaitu menerima sistem beraja, agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (sekadar menyebut beberapa), semakin tidak dipedulikan. Yang depa tahu, asal ibu bapa warganegara Malaysia, secara automatik mereka juga warganegara Malaysia.

Itulah yang membawa kepada beberapa tindakan kurang ajar seperti menghina sistem beraja negara ini dengan menggunakan segelintir ‘melayu sesat’ sebagai kuda tunggangan, nak buat sendiri takut pulak.

Kebetulan, Nizar adalah antara beberapa kerat melayu yang sanggup jadi alat DAP untuk melaksanakan agenda republik yang tersirat disebalik slogan Malaysian Malaysianya.

Nafilah sebanyak manapun, memang itulah agendanya. Peluang dan kesempatan dari kebebasan menggunakan internet di negara ini, digunakan sebaik mungkin untuk menghasut pemikiran generasi muda hari ini agar menolak sistem raja berpelembagaan melalui tindakan seumpama ini.

Sebagai manusia yang tidak bernegara, RPK memang boleh semahu-mahunya mengkritik sistem di Malaysia ini dari jauh. Tapi tindakannya itu secara jelas adalah perbuatan seorang pengecut dan lebih kepada penghasut.

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.