#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

6 July 2012

Blogger Melayu aibkan Sultan Johor akhirnya ditahan... Baca ni!

Polis Johor menahan pengamal para normal, Syed Abdullah Syed Hussein, yang mengendalikan laman blog www.uncleseekers.blogspot.com berhubung kenyataannya yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan semalam berkata Syed Abdullah, 46, ditahan pada jam 9.45 malam di Tol Senawang, Seremban.
 
Kenyataan itu menyebut seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, turut ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya.

Mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Pada 1 Julai lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penyiaran artikel di dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sentral itu memohon pihak berkuasa menyiasat terhadap blog, www.uncleseekers.blogspot.com, yang dikatakan turut mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor. 

Sumber - BERNAMA

KLIK DIBAWAH UNTUK ARTIKAL BERKAITAN:

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.