#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

4 July 2012

Artis ayu putus tunang, telan pil 20 biji...

HANYA kerana sekeping gambar panas yang tersiar di kolum gosip, hidup pelakon utama filem Appalam, Raja Ramilah Begum Raja Mohamad atau lebih dikenali sebagai Raja Ilya tak keruan.

Akui gadis berusia 27 tahun ini, dia pernah terlintas membunuh diri akibat tidak tahan tekanan. “Ketika insiden itu, keluarga tunang meminta saya melupakan hasrat menjadi pelakon kerana mereka tidak boleh menerima gosip. Disebabkan sayang, saya akur permintaan mereka.
 
“Selama setahun setengah saya buat macam-macam kerja dan situasi saya ketika itu amat sukar,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran drama rantaian 15 episod berjudul Mana Hilangnya Juwita terbitan Padi Pictures di Shah Alam, petang semalam.

Raja Ilya berkata, lebih menyedihkan, ikatan pertunangan dengan pemuda pilihan berakhir, Januari lalu.

“Kami putus kerana mereka masih mengungkit cerita lama. Saya cukup kecewa hingga dalam satu kejadian, saya menelan 20 biji pil tidur yang boleh mengakibatkan buah pinggang rosak.

“Mujurlah saya selamat diselamatkan rakan dan mereka menghantar saya ke hospital,” katanya.
Menambah lagi tekanan, bekas pramugari ini mendapat berita ibunya menghidap kanser kolon tahap empat.

“Satu demi satu dugaan datang melanda. Tapi mujurlah rakan dan keluarga memberi sokongan untuk saya bangkit dan melupakan peristiwa pahit,” katanya.

Tak toleh belakang

Raja Ilya enggan menoleh ke belakang meratapi kehancuran yang berlaku. Fokusnya ialah meneruskan langkah dalam bidang seni dan memantapkan lagi syarikat produksi, Universal Star Sdn Bhd yang baru ditubuhkannya.

“Sekarang, saya mahu mengamalkan sikap peduli apa orang nak kata. Terus terang, saya rasa memang tidak berbaloi mengikut kata bekas tunang yang mahu saya berhenti berlakon, namun akhirnya, ikatan itu terlerai.

“Jadi selepas ini, saya mahu berikan perhatian dalam bidang lakonan,” katanya.

Mengenai kemunculannya dalam Mana Hilangnya Juwita, Raja Ilya berkata, dia memegang watak model bernama Bella yang berkelakuan jahat.

Ditanya soal cinta, dia berkata:

“Saya malas hendak memikirkan soal cinta. Ibu saya tidak kisah sama ada saya mahu berkahwin atau tidak. Jadi, keputusan saya untuk bersendirian muktamad.”

2 comments :

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. sy suka sgt kak ilia...sy difahamkn bahawa ilia ni ank kelahiran Perak dan kacukan melayu pakistan dan india. (setahu la).

    tapi nama Raja Ramilah Begum Raja Mohammad ni sebab dia ni mamak ke? ataupun keturunan kerabat raja?

    tu yg sy keliru sgt..ade boleh bagi jawapan?

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.