Sejak dua minggu lepas, heboh dilaman-laman media sosial tersebar kononnya
kerajaan negeri Johor bercadang mahu menukar kembali
cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu ke Sabtu dan Ahad.
Selepas melancarkan Road to MAHA 2014
Peringkat Negeri Johor, di Batu Pahat, hari ini.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,
secara rasmi mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut dan
kata beliau, berita itu tidak benar. Langsung tiada berbangkit sama sekali
di peringkat kerajaan negeri.
ARTIKAL TERDAHULU : KLIKSINI
Cayalah, nikmat bercuti hari jumaat ni hanya orang yang melaluinya saja yang tahu.
ReplyDeleteSemenjak cuti jumaat ... solat jumaat lebih ramai...bapa2 dpt bawa anak2 lelaki ke masjid. Syukur Alhamdulillah ...
ReplyDeleteAku duk kat JB selalu balik kg kat Muar bila cuti, biasanya 2 minggu sekali. Skrg bergerak ke Muar dan balik ke JB highway kurang sikit kete, sbb dah bg bg, ada yg cuti Jumaat, ada yg cuti Ahad.
ReplyDeletecuti jumaat ni dapat banyak masa dengan keluarga disamping dapat membawa anak-anak solat jumaat bersamanya.sementara sabtu pula selalunya memenuhi jemputan majlis perkhawinan saudara serta sahabat handai,setakat ni amat jarang majlis diadakan pd hari jumaat, tdak seperti sebelum ni kedua-dua hari sabtu dan ahad dipenuhi dengan majlis jemputan.
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam sejahtera. Mohon blog tuan support portal berita mahasiswa yang baru belajar ini .. mohon link ke universitynewscapital.com
ReplyDelete