GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label EXCOjhr. Show all posts
Showing posts with label EXCOjhr. Show all posts

28 November 2015

XPURA 2015: Buka Peluang & Ruang Pamir Kepada Usahawan Tempatan.


EKSPO USAHAWAN KEJORA (XPURA 2015)

Buat julung kalinya Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) akan menganjurkan Ekspo Keusahawanan Kejora (XPURA 2015) di Dewan Bandaran Dan Tapak Bazar Bandar Penawar, Desaru.

Ketua Unit Ekonomi Dan Keusahawanan Kejora, Marlina Amir berkata, objektif utama ekspo ini dianjurkan adalah untuk memberi peluang kepada usahawan mengadakan pameran dan jualan produk masing-masing selain mencari peluang perniagaan dengan pihak yang berminat dengan produk yang dipamerkan.

Katanya, ekspo yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Disember ini mensasarkan 200 usahawan yang terdiri dari pelbagai produk termasuk makanan; minuman; herba atau ubatan; pakaian; kraftangan; produk segar, pertanian dan perkhidmatan.

Menurutnya, program ini juga melibatkan penyertaan 20 pakatan strategik dari agensi bimbingan usahawan yang lain untuk tujuan 'one stop centre' bagi permohonan bantuan dan bimbingan usahawan.

"Kerjasama yang akan dibuat adalah dalam bentuk khidmat nasihat kemudahan kredit; dana dan latihan serta lain-lain bimbingan pembangunan kemahiran keusahawanan kepada pengunjung yang hadir.

"Agensi yang terlibat di dalam program ini merupakan yang tersenarai di bawah Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ) dan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW)," katanya.

Antara pengisian program ialah penganjur seminar SETDA sepanjang tiga hari melibatkan 500 peserta yang terdiri dari kumpulan usahawan dan peniaga; pameran dan jualan produk; program bicara Addin dan malam cinta Rasul; pameran gerbang kerjaya dan pengambilan pelajar Institut Kemahiran Binaan Negara (IKBN) serta temuduga terbuka.

Turut diadakan aktiviti keceriaan seperti sukaneka, mewarna, pertandingan memasak, karaoke dan persembahan artis terkenal tanahair Azlan Typewriter; Zamani Slam; Caliph Buskers; Ajai; Asmida serta pengacara Raja Lawak Joe dan Am
------------
Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi urusetia ditalian 07-8843000 dan 07-8221601.

18 April 2015

PRO RAKYAT JOHOR: Pencapaian 2014



15 November 2014

BAJET 2015: Durian Runtuh Untuk Johor!

Berita baik bagi rakyat Johor dalam Bajet Johor 2015 yang dibentangkan oleh MB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pagi semalam.


Antara durian runtuh yang diberi adalah seperti berikut :

Penjawat awam Johor diberi bonus setengah bulan gaji.

15,000 murid sekolah rendah agama nikmati bantuan makanan sihat.

Pelajar baharu IPT dapat bantuan anatar RM500 hingga RM1,000.

Nelayan terima bantuan sara hidup RM1,000
Pembeli rumah kos rendah diringkan beban dengan baucar RM1,000

Ketahui intipati selanjutnya bagi Bajet Johor 2015 sepertimana yang telah dibentangkan oleh YAB. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kelmarin... KLIKSINI

8 September 2014

Berhasrat ambil alih tanah bekas Kem Tebrau untuk bangunkan perumahan - @khalednordin


YAB. Mohamed Khaled, Menteri Besar Johor telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri berhasrat mengambil alih tanah bekas Kem Tebrau di sini seluas 154.59 hektar bagi membangunkan kawasan perumahan, selepas menyempurnakan majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Bandar Dato' Onn, kelmarin.
Beliau berkata, pengambil-alihan yang akan dilakukan oleh JCorp itu bertujuan membina kawasan bercampur termasuk penyediaan rumah mampu milik, seterusnya menyelesaikan masalah setinggan di kawasan berhampiran.

"Dahulunya tapak itu adalah tanah kem yang kemudian diswastakan. Hingga kini pihak berkenaan tidak menjalankan sebarang pembangunan.

"Jadi, kerajaan tidak boleh biarkan keadaan ini berlarutan terlalu lama dan sebagai penyelesaian kerajaan negeri akan mengambil alih dan melantik JCorp bagi menjayakan pembangunan di kawasan berkenaan," katanya.

Dalam ucapannya juga, kerajaan pusat diminta mewujudkan semula bank atau institusi kewangan yang menyediakan skim sewa beli berkesan bagi memudahkan rakyat memiliki rumah.

YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin berkata, pembeli berdepan masalah sukar untuk mendapatkan pinjaman dan secara tidak langsung menjejaskan hasrat mereka untuk memiliki rumah yang telah disediakan oleh kerajaan negeri.

"Kerajaan perlu memikirkan pendekatan sewa beli bagi rakyat yang ingin memiliki rumah dan untuk memastikan keberkesanan matlamat berkenaan, perlu diwujudkan bank atau institusi yang menyediakan skim sewa beli.

"Dulu ada MBSB (Malaysia Buil-ding Society Berhad) tetapi atas sebab tertentu, peranannya sedikit berubah. Bagaimanapun, kerajaan perlu kembalikan atau mewujudkan satu badan yang dapat menjayakan skim sewa beli bagi memudahkan rakyat membeli rumah," katanya.
 

YAB. Mohamed Khaled berkata, JCorp menerusi anak syarikatnya Johor Land Bhd., akan membina sebanyak 8,000 unit rumah mampu milik dan kos rendah menjelang 2020 sebagai usaha menjayakan Dasar Perumahan Rakyat Johor.

"Sebanyak 1,150 unit rumah mampu milik akan dibina di Bandar Dato' Onn di sini dalam tempoh lima tahun hingga 2017 membabitkan dua fasa dengan harga RM80,000.

"Sasaran kerajaan negeri menjelang 2017/2018 adalah pembinaan 28,000 unit, tetapi mengikut kiraan yang dibuat sebanyak 37,000 unit akan siap menjelang tahun berkenaan," katanya.

21 August 2014

@YayasanMESRA : Dakapan dari hati warga Kota Tinggi dalam MUAFAKAT RAYA untuk #GAZA #MH370 #MH17



Sememangnya suatu yang unik dan istimewa dirasakan lebih 30ribu pengunjung yang dapat bersama di dalam program Muafakat Raya Kota Tinggi 2014 yang berlangsung kelmarin sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

Selain di hidang dengan pelbagai jenis juadah, program bertemakan Dakapan Gaza, MH370 dan MH17 ini juga turut di serikan dengan kehadiran YAB. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta YAB. Dato' Muhamed Khalid Nordin, Menteri Besar Johor.

Ketibaaan YAB. Timb. Perdana Menteri disambut meriah

Menambat silaturahim rakyat bersama pemimpin.
Bersama TPM di tapak pameran.
Dalam bergembira dengan pelbagai aturcara dari siang hari hingga ke malam, penganjuran Muafakat Raya Kota Tinggi kali ini di lihat lebih bermakna apabila pengunjung diajak sama meraikan anak-anak yatim, anak-anak istimewa (OKU) yang tentunya perlukan perhatian, mengingati tragedi malang pesawat MH370 dan MH17 yang di tembak jatuh hingga mengorbankan 298 penumpang termasuk 44 rakyat Malaysia.

Anak-anak yatim tidak dilupakan.
Lebih 30 gerai didirikan dengan hidangan pelbagai juadah
Parlimen Pengerang bersama hidangan ais krim mereka.
Kemeriahan disambut tidak kira bangsa dan agama.
Kumpulan Marhaban
Pintu masuk utama ke tapak program Muafakat Raya Kota Tinggi 2014
Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung rakyat Palestin juga tidak dilupakan. Mengumpul sebanyak mungkin dana untuk disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Palestine (Media Prima Berhad) adalah antara tujuan utama program ini dianjurkan.

Kutipan dana Tabung Kemanusiaan Palestine
Para pemimpin turut sama hulurkan derma 

Pengunjung membeli cenderamata sambil menderma
Dengan iniasiatif Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin bersama gabungan Kerajaan Negeri Johor, Pejabat Daerah Kota Tinggi, Pusat Khidmat Ahli Parlimen dan juga agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama Yayasan Mesra serta sokongan seluruh warga daerah Kota Tinggi dapat di anjurkan dengan jayanya.


Cenderamata untuk TPM diserahkan oleh YAB. MB Johor
YAYASAN MESRA turut menyumbang ke Tabung Gaza


Hasil kutipan warga pendidik dan anak murid sekolah daerah K.Tinggi
 

Jumlah dana yang terkumpul turut berjaya melepasi jangkaan yang disasarkan dimana kutipan keseluruhanya mencecah RM 60,396.00. 

Menurut Datuk Ehasanudin selaku Pengerusi Yayasan Mesra, jumlah sebanyak ini tidak akan tercapai jika rakyat tidak sama2 menyokong.

Sebagai sebuah institusi yang berteraskan kebajikan kepada masyarakat, tentu sekali pencapaian-pencapaian seperti ini menjadi suatu yang amat bermakna. Kejayaan ini juga, secara tidak langsung memberi kekuatan buat Yayasan Mesra dalam mewujudkan program-program kemasyarakatan dan kebajikan secara proaktif dan berterusan di masa hadapan. 

Datuk Ehsanuddin Harun Narrashid turut tampil mendeklamasikan

sebuah sajak bertajuk Aku Palestin
Keluarga dan warga kerja YAYASAN MESRA
- Selanjutnya KLIK saksi video di bawah:



ARTIKAL BERKAITAN KLIK LINK DIBAWAH - 


15 August 2014

#PeluangAnakJohor : Rebut 4 Peruntukkan Bantuan/Tajaan Keusahawanan Serta Kerjaya Belia.



'Keusahawanan Kerjaya Pilihan'

Fokus Pelan Suara Hati Johor: 
Meningkatkan Ekonomi dan pembangunan Usahawan

Satu lagi Inisiatif Pembangunan Pro Rakyat,

Kerajaan negeri melalui Perbadanan Islam Johor (PIJ) mengumumkan empat program baharu yang dirangka untuk belia Islam bagi meningkatkan ekonomi umat Islam di negeri ini.

Kita mahukan budaya keusahawanan diterapkan dari peringkat awal dan kerajaan negeri berusaha memberi penekanan menjadikan golongan belia menjadikan keusahawanan kerjaya pilihan.

Secara peribadinya, kita tidak mahu melihat umat Islam di negeri ini tercicir dalam arus pembangunan negeri ini yang semakin pesat ini. Dengan pelbagai inisiatif serta program pembangunan usahawan yang telah dirangka oleh Kerajaan Negeri ini, maka terpulanglah kepada rakyat untuk merebut setiap peluang yang telah disediakan untuk mereka.

Mereka yang berminat, boleh membuat permohonan kepada PIJ selewat-lewatnya 10 September ini atau menghubungi 07-2277611.

Empat (4) Program:

1. Program Bantuan Usahawan Belia:    Geran RM 5,000 dalam bentuk sewaan pejabat atau peralatan pejabat

2. Program Bantuan Penjaja Kecil:    Bantuan RM 500

3.Program Bantuan ’Youth Collective’:   Set khemah, kerusi dan meja bagi usahawan-usahawan belia yang mempunyai    produk jenama sendiri.

4. Program Tajaan NGO Belia Islam:    Bantuan tajaan untuk program-program NGO Belia
    Peruntukan keseluruhan  RM 650,000



26 July 2014

Anda anak Johor ? KLIK Jom sertai Johor Talent! - @khalednordin



Satu inisiatif khas Kerajaan Negeri Johor untuk membina bakat kepimpinan generasi muda. Anda berpeluang untuk berkhidmat bersama barisan kepimpinan dan GLC negeri Johor.

Penyertaan terbuka kepada mahasiswa universiti tahun akhir. Juga terbuka kepada graduan ijazah sarjana muda.

Elaun dan latihan asas kerjaya turut disediakan.

Maklumat lanjut, Like page Johor Talent ini atau hubungi IKLAS di talian 07-224 5488.Tarikh tutup permohonan pada 10 Ogos 2014

“Johor Talent Membentuk Pemimpin Masa Hadapan”

Info Johor Talent

Johor Talent merupakan satu inisiatif merakyatkan Kerajaan Negeri Johor untuk membangun dan melahirkan modal insan berprestasi tinggi yang mempunyai personaliti dan berketrampilan unggul. Inisiatif ini selaras dengan pembangunan negeri Johor yang bakal menjadi sebuah bandaraya metropolitan dan pusat ekonomi yang berkembang maju.

Justeru, adalah menjadi satu hasrat barisan kepimpinan negeri Johor untuk membangun dan melahirkan kepimpinan generasi baharu yang berdaya saing,berintegriti, dinamik dan berakauntabiliti.

Selain itu, sifat kepimpinan terpuji berteraskan prinsip yadu al-ulya iaitu individu penyumbang turut menjadi teras dalam pelaksanaan inisiatif ini.

Program ini berperanan menjadi landasan bagi Kerajaan Negeri Johor mengenal pasti pelapis-pelapis kepimpinan, bakat dan peneraju Negeri Johor Darul Takzim berteraskan kepada prinsip berikut:

a)​Penglibatan orang muda dalam proses pentadbiran;
b) ​Pendidikan orang muda dalam bidang pentadbiran; dan
c)​Memberi peluang orang muda mencurahkan idea dan pendapat supaya cara dan gerak kerja Kerajaan Negeri kekal relevan di kalangan orang muda.

Sehubungan itu, Johor Talent merupakan satu platform dan wadah rasmi kepimpinan tertinggi kerajaan dan GLC untuk memberi bimbingan dan latihan secara berfokus dan intensif kepada calon terpilih.

Calon yang terpilih juga akan diberi latihan yang berteraskan enam teras utama iaitu Integriti, Kemahiran Komunikasi, Personaliti, Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Kerja Berkumpulan.

Enam komponen ini perlu diterapkan dalam diri setiap calon yang akhirnya akan membentuk keperibadian kepimpinan yang unggul.

Johor Talent mensasarkan penglibatan seramai 20 orang mahasiswa universiti tahun akhir. Gaduan jurusan ijazah sarjana muda yang akan dipilih melalui sesi temuduga.

Calon – calon yang terpilih akan ditempatkan dibawah seliaan organisasi utama kepimpinan kerajaan dan GLC negeri Johor.

Tempoh latihan Johor Talent ini adalah sehingga 6 bulan yang akan bermula pada bulan September 2014 ini. Tarikh tutup permohonan selewat – lewatnya pada 10 Ogos 2014.

Sebarang pertanyaan, hubungi IKLAS di talian, 07 – 224 5488 atau 07 – 221 3148 atau email kami di johortalent@gmail.com .

Layari  Facebook Johor Talent untuk mengikuti perkembangan dan info semasa mengenai Johor Talent.

https://m.facebook.com/profile.php?v=timeline&filter=1&id=756453584407360

26 June 2014

JDT JUARA: Kerajaan Negeri Istihar Cuti!




Kerajaan negeri mengisytiharkan cuti umum esok bersempena kejayaan pasukan
Johor Darul Takzim menjuarai Liga Super, malam tadi.

Pengumuman dibuat, Setiausaha Kerajaan Negeri,
Datuk Ismail Karim di Dataran Bandaraya 
sebaik tamat perlawanan JDT menentang Sarawak berkesudahan 1-0
yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak.

"Pengumuman cuti ini dibuat setelah mendapat perkenan
Tuanku Sultan Johor,Sultan Ibrahim Iskandar.

"Ia satu kejayaan selepas 24 tahun Johor tidak memenangi sebarang piala.
Ia tanda penghargaan kerajaan negeri buat rakyat Johor," katanya.



Esok di jemput seluruh rakyat Johor hadir meraikan kemenangan JDT di tempat mengikut arah laluan seperti dibawah:


10 June 2014

@khalednordin : Pembangkang Johor tidak bantah penubuhan LPHJ. KLIK baca ni!



Alhamdulillah Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan Dan Hartanah Johor 2014 telah pun mendapat kelulusan dan kata sepakat seluruh ADUN setelah di bahaskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, semalam.

Walau pun cadangan ini mendapat kritikan dan tohmahan pelbagai pihak sebelum ini, ketiga-tiga ADUN yang mewakili pihak pembangkang bersetuju tanpa bantahan terhadap rang undang-undang tersebut setelah melihat usaha Kerajaan Negeri itu satu langkah baik untuk mengatasi masaalah di dalam industri serta isu-isu perumahan.

SELANJUTNYA KLIKSINI

9 June 2014

ISU JOHOR - MALAYSIAKINI : Siapa yang langgar prinsip dan tanggungjawab? KLIK baca ni!



Nah... Kembali semula kita membicarakan tentang tingkah laku sebuah lagi laman media ( pro-pembangkang ) yang cuba nak menyentuh soal prinsip pihak lain, sedangkan tindakkannya sendiri langsung tiada berprinsip.



Jom, ikuti kenyataan dan bantahan tegas yang dikeluarkan oleh Koordinator Negeri BNYV JOHOR, berikutan tersiarnya artikel di laman portal Malaysiakini yang penuh dengan berita palsu dan berunsur fitnah pada 5 Jun 2014 lalu bertajuk 'Enakmen Baru Johor Langgar Prinsip Tanggungjawab', (KLIK)

Selanjutnya di bawah:

         Mengeluarkan spekulasi dan kritikan sedangkan pembentangan Rang Undang-Undang (RRU) Lembaga Perumahan Dan Hartanah Negeri Johor (LPHNJ) belum lagi dibuat di Dewan Undangan Negeri. Perkara ini pada awalnya telah ditimbulkan oleh portal berita Malaysiakini dan menjadi sensasi di media massa tanpa mengambil kira kepada fakta yang sebenar. 

        Malaysiakini secara tidak bertanggungjawab telah menabur fitnah secara jelas terhadap kerajaan negeri Johor dan mereka telah memadam laporan awal isu ini dari laman sesawang mereka. 

        Jika Malaysiakini berpegang kepada prinsip integriti kewartawanan yang sebenar, mereka harus mengambil tanggungjawab atas apa sahaja yang disiarkan di laman sesawang mereka. Kebebasan media yang kerap dilaungkan harus selaras dengan tanggungjawab sosial.

         Rentetan itu, kenyataan mula keluar satu per satu daripada badan-badan tertentu seperti Majlis Peguam Malaysia yang menuduh bahawa RUU ini bertentangan dengan perlembagaan. 

         Sebagai sebuah badan profesional dan berkredibiliti mereka tidak pun mendapatkan penjelasan malah terus mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa. Mereka sepatutnya melakukan 'due diligence' atau usaha sewajarnya bagi mendapatkan fakta yang tepat.

          Respon yang juga diberikan oleh seorang ahli akademik, Dr. Abdul Aziz Bari yang sepatutnya membawa mesej yang bebas dan jelas kepada rakyat yang telah disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia juga tidak berasas kerana beliau hanya membuat andaian dan spekulasi bahawa Sultan mempunyai kuasa eksekutif terhadap pentadbiran LPHNJ sedangkan Menteri Besar memegang kuasa eksekutif di dalam LPHNJ jika RUU ini diluluskan.

           Ini memburukkan reputasi dunia akademia yang sepatutnya tidak melatah dan cepat ingin menyatakan pendapat tanpa soal selidik.

           Hakikatnya apa yang perlu difahami adalah kelebihan dan faedah yang akan dirasai oleh rakyat Johor melalui pembentukan LPHNJ ini. Antaranya adalah pihak yang berkaitan akan dihukum jika melanggar enakmen undang-undang ini. 

            Dalam erti kata lain, jika pemaju gagal melaksanakan projek mereka, kerajaan kini boleh mengambil tindakan terhadap pemaju sehingga mereka boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda Ringgit Malaysia Lima Ratus Ringgit.

            Selain dari itu, LPHNJ membolehkan kerajaan berupaya untuk mengambil kembali projek terbengkalai di negeri Johor bagi kepentingan rakyat. Ini memastikan pemaju tidak boleh leka dan perlu komited dengan kepentingan rakyat.

           Malah, LPHNJ juga akan menyebabkan individu di dalam lembaga perlu mengistiharkan kepentingan jika terlibat dengan sebarang keputusan yang akan diambil oleh lembaga. 

           Apabila kepentingan tersebut diistiharkan, kehadiran beliau tidak akan dikira sebagai korum di dalam mesyuarat. Jelas bahawa LPHNJ menekankan soal integriti pentadbiran negeri Johor.

           LPHNJ akan berperanan dengan sendirinya membina rumah mampu milik bagi rakyat negeri Johor dan tidak meletakkan masa depan perancangan hartanah negeri Johor di dalam tangan kapitalis-kapitalis. Perlu diingati LPHNJ membolehkan kerajaan berupaya melantik pakar-pakar dalam bidang hartanah untuk turut menyumbang kepada polisi perumahan dan hartanah kerajaan negeri Johor.

           Tentangan demi tentangan akan terus berlaku apatah lagi dari pihak berkepentingan kerana mereka kini perlu bertanggungjawab atas sesuatu yang mereka perlu dilaksanakan suatu ketika dahulu. Mungkin sebab ini ada pihak cuba menggagalkan pembentangan undang-undang ini? 

Siapakah mereka?

           BNYV Johor bertegas dan berpendirian akan menyokong dan seterusnya menyeru kerajaan negeri terus membawa RUU dengan berani demi kepentingan rakyat negeri Johor. Kita juga sebagai rakyat Johor perlu berganding bahu dan bersolidariti bersama kepimpinan negeri dengan menunjukkan bahawa negeri Johor berupaya bersatu dan kuat walaupun menghadapi cabaran dan kritikan soal cara kita menyelesaikan masalah di negeri kita sendiri. LPHNJ akan memastikan rakyat Johor berpeluang mempunyai sebuah rumah dalam keadaan kepesatan arus pemodenan negeri Johor dan agar tidak terus terpinggir.

Demi Johor, Kepada Johor, Untuk Johor.

Ahmad Solehin Bin Abd Ghani
Koordinator Negeri
BNYV JOHOR

..............................................................................................................




ARTIKAL BERKAITAN KLIK:

3 June 2014

PELAN SUARA HATI JOHOR : KLIK Ikuti Kenyataan YAB. Menteri Besar Johor. - @khalednordin



Kerajaan negeri Johor, baru-baru ini telah melancarkan Pelan Suara Hati Johor dalam usaha memastikan pentadbiran negeri ini dilaksanakan mengikut dasar dan program yang selari dengan kehendak sebenar rakyat.

Selanjutnya ikuti kenyataan penuh dari YAB. Dato' Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor, berkaitan Pelan Suara Hati Johor yang telah beliau lancarkan, Sabtu lalu.

"Pelan Suara Hati Johor yang saya lancarkan pada Sabtu merupakan pemacu transformasi pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan usahanya menangani segala permasalahan rakyat masa kini dalam usaha memastikan pentadbiran negeri ini dilaksanakan mengikut dasar dan program yang selari dengan kehendak sebenar rakyat.

Pelan ini merupakan satu pelan pencapaian yang berlandaskan permantauan, ukuran dan berstrategi bagi menangani tuntutan semasa rakyat sekaligus menjurus ke arah pembangunan negeri yang mapan  secara berterusan sehingga tahun 2018. Budaya dipacu prestasi akan terus menjadi budaya baru dalam pentadbiran kerajaan negeri dengan semua projek dan program mempunyai sasaran yang boleh diukur.

Tidak ada lagi retorik, omongan politik dan pembangunan kosong, semua projek dan program akan melalui proses penilaian

Kita buka ruang untuk rakyat Johor menyatakan apa yang mereka perlukan. Kita perhalusi setiap cadangan dengan tekun. Kita bincang bagaimana sesuatu itu boleh dilaksanakan dalam konteks pembangunan mengikut acuan kita

Setiap exco yang bertanggungjawab diberikan petunjuk prestasi tahunan sebagai sasaran untuk dicapai. Mereka kemudiannya akan dipantau dan diukur prestasi masing-masing menggunakan indeks dikenali sebagai Indeks Penilaian Prestasi (INPRES) oleh badan bebas yang dilantik.

Tujuh fokus itu adalah meningkatkan tahap keselamatan, menyediakan perumahan mampu milik, menangani kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat, menyediakan kemudahan awam dan infrastruktur, memartabatkan agama Islam, menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan meningkatkan tahap ekonomi dan pembangunan usahawan.

Fokus pertama membabitkan keselamatan selepas semua rakyat menyatakan keprihatinan terhadap keselamatan kerana masing-masing mendambakan Johor yang bebas jenayah.Rakyat mahukan keadaan keselamatan dipertingkatkan dan saya berjanji akan meletakkan keselamatan negeri di atas segala-galanya.

Fokus kedua pula mengenai pertumbuhan ekonomi yang mapan secara adil kerana rakyat mahukan pekerjaan dan bukan ihsan, malah memerlukan kehidupan lebih bermaruah dengan pendapatan yang membolehkan mereka berdikari.

Ketiga pula membabitkan tempat berlindung sebagai hak asasi yang mana memiliki rumah bukan lagi keperluan, tetapi hak yang mesti mampu dimilikiSaya memahami betapa peritnya untuk melihat sektor perumahan tumbuh dengan pesat, tetapi tujuannya untuk ditawarkan kepada warga asing dengan harga yang amat luar biasa tingginya.

Keempat pula mengenai kos kehidupan di Johor yang diharapkan lebih munasabah dan sesuai dengan pendapatan.Rakyat merasa terbeban dengan kos hidup yang semakin meningkat. Kita tidak boleh membiarkan perkara ini berterusan dan perlu ditangani

Ramai yang merasakan kemudahan awam Johor jauh dari memuaskan, sedangkan Johor yang maju dan moden mesti mempunyai prasarana setara negara maju sebagai perkara asasi sebagai fokus kelima.

Kemudahan kesihatan yang baik dan bermutu tinggi menjadi fokus keenam kerana rakyat bukan sahaja memerlukan kemudahan kesihatan yang mudah didapati, malah kepakaran yang terbaik.

Akhirnya, di sebalik semua keperluan material dan asasi, rakyat juga mahukan pemerintahan dan masyarakat Johor yang Islamik serta berpegang kepada agama dan nilai. Semua ini adalah hasrat sebenar rakyat Johor. Ia adalah setulusnya suara hati rakyat Johor, tetapi saya tidak boleh hanya menjadi pendengar yang baik sahaja.

Saya dan rakan-rakan dalam pentadbiran negeri mesti respons secara objektif, praktikal, terancang dan mempunyai impak kepada tujuh fokus utama ini. 

- YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin.
Menteri Besar Johor.

Dibawah: Gambar sekitar Hari Terbuka Pelan Suara Hati Johor yang telah berlangsung di Madini Mall, Nusajaya pada Sabtu, 31Mei lalu.










28 May 2014

RAKYAT JOHOR: Jom ke 'Hari Terbuka Suara Hati Johor' - @khalednordin



Pelan Suara Hati Johor adalah antara inisiatif kerajaan negeri bagi merakyatkan kerajaan , melestarikan pembangunan 'Pro Rakyat' dan memperkasa muafakat Johor dengan bertemakan 'Kerajaan Berteras Pencapaian'.

Tujuh fokus utama yang diutarakan rakyat telah dikaji sembilan penyelidik, tiga pegawai penyelidik dan 70 mahasiswa yang diuruskan oleh Universiti Teknologi Malaysia dengan peruntukan sejumlah RM200,000 kini di realisasikan sebagai satu pelan bagi menangani keperluan rakyat seperti perumahan, kesihatan; ekonomi dan keusahawanan; agama, kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat; keselamatan serta infrastruktur.

Pembentukkan Pelan Suara Hati Johor ini juga, menjadi sebahagian langkah strategi dalam 
memacu transformasi pentadbiran kerajaaan membawa negeri Johor terus membangun dengan gemilang.

Sehubungan itu, kerajaan negeri Johor akan mengadakan satu hari terbuka kepada seluruh rakyat negeri mengambil peluang mendekati serta 
mengetahui maklumat berkaitan dengan lebih lanjut selain memberi maklum balas terhadap pelan strategik tersebut.


 



Kepada rakyat Johor khususnya, di jemput hadir beramai-ramai ke makmal pameran 'Hari Terbuka Pelan Suara Hati Johor' yang akan dilangsungkan pada Sabtu, 31hb Mei 2014 bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Medini Mall Nusajaya, nanti.

Ikuti dan jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama sertai acara dan berkunjung ke ruang-ruang pameran yang di sediakan.

Ayuh, bersama melakar masa depan Johor!!!

Berikut, acara dan aktiviti yang akan di adakan:



27 April 2014

Peruntukkan RM200,000 mendalami ilmu taranum Al-Quran - JAIJ


 

Jabatan Agama Johor (JAIJ) memperuntukkan sebanyak RM200,000 bagi membolehkan qari dan qariah di negeri ini mendalami ilmu taranum al-Quran bermula tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, qari dan qariah yang berminat akan mempelajari ilmu taranum di peringkat sijil itu di Darul Quran, Kuala Kubu Baru, Selangor.

"Inisiatif ini diambil bagi membolehkan qari dan qariah dari negeri ini mendalami serta meningkatkan ilmu taranum al-Quran mereka daripada tenaga pengajar berpengalaman.

"Justeru, adalah diharap agar qari dan qariah dapat merebut peluang yang disediakan ini agar mereka dapat pergi lebih jauh termasuklah mewakili negara pada pertandingan tilawah al-Quran," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Qurra' negeri Johor dan Kursus Peningkatan Taranum Tilawah Al-Quran di Pusat Islam Iskandar di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Persatuan Qurra negeri, Syed Ahmad Syed Abdullah Al-Aidrus.

Dalam pada itu, Abd. Mutalip berkata, lepasan sekolah menengah yang pernah menyertai pertandingan tilawah al-Quran digesa agar tidak mensia-siakan bakat mereka meskipun telah menyambung pengajian dan be­kerja.

"Kita mahu mereka ini terus mendalami ilmu taranum al-Quran selepas tamat persekolahan kerana adalah satu kerugian jika bakat yang ada itu dibiarkan begitu sahaja.

"Selain itu, ibu bapa juga boleh memainkan peranan masing-masing dengan menerapkan budaya membaca al-Quran dalam kalangan anak-anak sejak mereka kecil lagi," katanya.

- Sumber 
 

25 April 2014

Negeri mansuhkan yuran perpustakaan - @khalednordin


 

Kerajaan negeri hari ini mengambil inisiatif memansuhkan yuran keahlian dalam usaha menggalak budaya membaca dan menarik lebih ramai pengunjung ke perpustakaan awam di negeri itu.

YAB. Menteri Besar, Dato' Mohamed Khaled Nordin berkata, setakat ini, terdapat sebanyak 103 buah perpustakaan awam di seluruh daerah di negeri ini dengan keahlian 350,000 orang.

Katanya, yuran tahunan yang dikenakan kepada ahli sebelum ini adalah sebanyak RM5 untuk kanak-kanak dan warga emas manakala RM10 (remaja) serta RM20 (dewasa).

"Kita berharap dengan keahlian percuma ini dapat menarik orang ramai berkunjung ke perpustakaan awam di negeri ini yang dianggarkan menerima kira-kira sejuta pengunjung setiap tahun.

"Selain itu, kita mahu menerap budaya membaca dalam kalangan masyarakat dengan menjadikan perpustakaan sebagai medium untuk melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan,'' katanya selepas merasmikan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Setiap Hari di Perbadanan Perpustakaan Awam negeri, kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, YB. Md. Jais Sarday merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Johor serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong.

YAB. Mohamed Khaled berkata, meskipun sumber bahan bacaan kini semakin mudah diperoleh termasuk menerusi Internet, namun peranan perpustakaan masih lagi relevan dan diperlukan oleh masyarakat.

Justeru, katanya, kerajaan negeri akan melakukan penambahbaikan ke atas perpustakaan awam bagi memastikan keselesaan para pengunjung pada masa akan datang. - Sumber

23 April 2014

JOHOR: Persempadanan semula 16 PBT, terbaik untuk rakyat. - Datuk Abd. Latiff Bandi


 

Dalam usaha meningkatkan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada rakyat, kerajaan akan melakukan persempadanan semula kawasan melibatkan 16 PBT di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan ne­geri, Datuk Abd. Latiff Bandi berkata, cadangan tersebut kini di peringkat akhir kajian dan dijangka diumumkan tidak lama lagi.

Menurutnya, hasil kajian tersebut akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang supaya usaha persempadanan semula itu dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada tahun depan.

"Tujuan kita adalah untuk memastikan PBT dapat terus memberi serta meningkatkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, sekali gus mahu masyarakat gembira dengan perkhidmatan itu," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Datuk Bandar Ke­sembilan, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Abdul Rahman ­Mohamed Dewam, di sini, kelmarin.

Abd. Latiff berkata, antara PBT yang akan diberi tumpuan dalam cadangan persempadanan semula itu adalah MBJB, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). - sumber


21 April 2014

.myBuddies Zon Selatan bantu golongan berpendapatan rendah - Datuk Zulkurnain


 

Pemerkasaan pembangunan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) di Johor menerusi platform teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan e-dagang adalah langkah yang diambil kerajaan negeri kerana kemajuan teknologi kini begitu hampir dengan setiap aspek kehidupan masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, selari dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dijalankan kerajaan pusat, penggunaan ICT dalam IKS membolehkan penjenamaan dan pemasaran produk dilakukan secara mudah, pintar dan efektif.

"Suatu masa dahulu ramai yang pelik jika seseorang memiliki telefon bimbit kini berbeza kerana orang yang tidak memilikinya dilihat sebagai satu kejanggalan. Begitu juga pemilikan domain kerana dalam realiti dunia perniagaan hari ini, laman web bukan lagi kemewahan tetapi kemestian namun tidak sampai 20 peratus usahawan IKS menggunakannya.

"Pelancaran ini membuktikan kerajaan negeri serius dalam membantu golonga berpendapatan rendah dan sederahana meningkatkan pendapatan. 


MyBuddies boleh dijadikan rangkaian mengembangkan perniagaan dan cara baru melakukan pemasaran produk," katanya ketika berucap merasmikan Program .myBuddies Zon Selatan di Dewan Besar, Pusat Iskandar, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC, Hasnul Fadhly Hasan; Ketua Pegawai Eksekutif Asertech Sdn. Bhd., Mohd Zairulanuar Mohamed Rasim; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Abdul Aziz Abdul Rahman; Pengarah .myBuddies Johor, Wan Zuraimi Wan Abdul Jamil dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Johor Bahru, Mohamad Alif A. Rahim.

Program .myBuddies Zon Selatan menawarkan inisiatif pemilikan sehingga 2,000 domain .my secara percuma berserta seminar yang ditaja oleh Asertech, bagi memberi pendedahan tentang dunia perniagaan berteras ICT serta peluang ekonomi digital.
- Sumber

ARTIKAL TERDAHULU KLIKSINI :  JOHOR: Miliki rumah mampu milik secara online.

18 April 2014

JOHOR: Miliki rumah mampu milik secara online.- @khalednordin


 

Rakyat negeri ini yang ingin memiliki rumah mampu milik dan rumah kos rendah kini boleh membuat permohonan secara dalam talian menerusi Aplikasi Sistem Permohonan Rumah Johor.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, medium tersebut diperkenalkan untuk memudahkan orang ramai membuat permohonan selain turut membantu kerajaan negeri membuat perancangan dengan lebih berkesan.

"Permohonan untuk rumah kos rendah dan rumah mampu milik di negeri ini boleh dibuat dengan melayari laman sesawang http://www.erumah.johor.gov.my

"Secara tidak langsung, sistem ini turut membantu meningkatkan kecekapan pihak kerajaan negeri dalam merancang dan menguruskan permohonan rumah mengikut permintaan rakyat," katanya selepas merasmikan Minggu Sains, Teknologi dan ICT (Misti) Negeri Johor 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini kelmarin.

Misti Johor 2014 yang bermula Rabu lalu hingga Isnin ini dengan tema 'Ke Arah Komuniti Pintar' menyasarkan kehadiran seramai 40,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat khususnya rakyat negeri ini.

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Ismail Karim dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad.

Menteri Besar berkata, sistem permohonan dalam talian tersebut turut selari dengan janji kerajaan negeri sebelum ini yang mahu mendirikan sebanyak 28,000 unit rumah mampu milik dan kos rendah dalam tempoh lima tahun sejak tahun lalu.

Sementara itu, Hasni memberitahu, kerajaan negeri telah mengenal pasti kira-kira 100 lokasi awal untuk mewujudkan kemudahan perkhidmatan WiFi terbuka untuk rakyat negeri ini.

"Kerajaan negeri kini sedang dalam perancangan mewujudkan perkhidmatan WiFi ke seluruh negeri, namun proses ini perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat.

"Buat permulaan, kita sudah mengenal pasti 100 lokasi bersesuaian yang majoritinya berada di wilayah Iskandar Malaysia sebelum perkhidmatan tersebut diperluaskan ke daerah lain," katanya. - Sumber


SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.