Pelan Suara Hati Johor adalah antara inisiatif kerajaan negeri bagi merakyatkan kerajaan , melestarikan pembangunan 'Pro Rakyat' dan memperkasa muafakat Johor dengan bertemakan 'Kerajaan Berteras Pencapaian'.
Tujuh fokus utama yang diutarakan rakyat telah dikaji sembilan penyelidik, tiga pegawai penyelidik dan 70 mahasiswa yang diuruskan oleh Universiti Teknologi Malaysia dengan peruntukan sejumlah RM200,000 kini di realisasikan sebagai satu pelan bagi menangani keperluan rakyat seperti perumahan, kesihatan; ekonomi dan keusahawanan; agama, kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat; keselamatan serta infrastruktur.
Pembentukkan Pelan Suara Hati Johor ini juga, menjadi sebahagian langkah strategi dalam memacu transformasi pentadbiran kerajaaan membawa negeri Johor terus membangun dengan gemilang.
Sehubungan itu, kerajaan negeri Johor akan mengadakan satu hari terbuka kepada seluruh rakyat negeri mengambil peluang mendekati serta mengetahui maklumat berkaitan dengan lebih lanjut selain memberi maklum balas terhadap pelan strategik tersebut.
Ikuti dan jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama sertai acara dan berkunjung ke ruang-ruang pameran yang di sediakan.
Ayuh, bersama melakar masa depan Johor!!!
Berikut, acara dan aktiviti yang akan di adakan:
0 comments:
Post a Comment