GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label KHALID GAGAP. Show all posts
Showing posts with label KHALID GAGAP. Show all posts

6 October 2014

Kucar kacirnya 'Langkah Kajang'


Dari perhitungan logik berasaskan fakta perkembangan yang berlaku sebelum muktamar Pas 2011 hingga kini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidaklah berada pada kedudukan yang mantap dan bermaruah dalam Pas dan dalam pakatan pembangkang.

Keadaan ini lebih jelas apabila berlaku krisis dalam pakatan tersebut yang bermula daripada 'Langkah Kajang' yang membawa kucar-kacir kepada kerajaan negeri Selangor.

Dalam keadaan ini Abdul Hadi tidak mendapat dokongan sepenuhnya daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang terbentuk oleh grand design dalam kalangan politik bukan ulama dalam parti itu yang bertunjangkan kekuatan kewangan yang tidak lagi mementingkan prinsip dan ideologi tetapi dipandu oleh keperluan politik semasa.

Beberapa hari sebelum Muktamar Pas 2011 yang menyingkirkan ulama progresif Nasharudin Mat Isa, Astora Jabat seorang penulis agama yang terkemuka dan saya bertembung dengan Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Mohamad Sabu di Hotel Kuala Lumpur. Mengetahui Mat Sabu sebagai pencabar kepada Timbalan Presiden saya mengesyaki suatu konfrastasi sedang berjalan.

Saya percaya hal ini berlaku dengan rastu Abdul Hadi sendiri yang melihat masa depan Pas bergantung kepada kerjasama dengan pakatan pembangkang termasuk harapan pimpinan Pas sebagai Perdana Menteri dan hanya dengan kerjasama ini dapat menggulingkan kerajaan BN.

Pegangan ini mendorongkan Pas untuk membuang seorang inteletual Islam yang dihormati untuk digantikan dengan tokoh yang kekuatannya bergantung kepada aksi dan kontroversi serta membuang dokumen negara Islam yang menggerunkan bukan Islam untuk digantikan kepada Negara Berkebajikan.

Dengan pengumuman itu dalam ucapannya di muktamar Pas 2011 maka Abdul Hadi meletakkan hala tuju baharu yang secara tidak langsung memberikan sokongan moral kepada Mat Sabu yang mencabar Nasharudin untuk menggerakkan Pas ke arah dasar baru itu dan menghapuskan imej tradisi Pas sebagai parti agama.

Di bawah dasar tahaluf siyasi yang membolehkan kerjasama dengan semua pihak termasuk parti bukan Islam dan orang bukan Islam demi untuk menegakkan sebuah kerajaan eutophian yang bersih, adil dan amanah untuk menggantikan UMNO yang kata Abdul Hadi "Telah menjahilkan Melayu Islam di negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan".

Tidak ada sesiapa yang dapat disalahkan apabila tahaluf siyasi itu akhirnya mele­takkan kepimpinan Pas tidak lagi berada di tangan ulama malah kedudukan Abdul Hadi sendiri sebagai Presiden Pas tidak lagi pasti yang jelas terserlah dalam krisis pakatan pembangkang sekarang.

Dalam keadaan ini, tidak mustahil kepimpinan ulama Pas sekarang akan tersingkir atau diketepikan. Abdul Hadi akan menerima nasib yang sama dengan pemimpim agama nasionalis seperti Datuk Asri Muda dan lain-lain lagi untuk digantikan oleh pimpinan ulama yang diketuai oleh beliau sendiri.

Kini giliran Abdul Hadi pula akan disingkirkan oleh pemimpin liberal, sekular, profesional dan tidak berideologi dan bukan terdiri daripada barisan ulama yang tidak realis.

Pergantungan pucuk pimpinan Pas kepada kekuatan Majlis Syura Ulama dipandang kecil oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan juga beberapa orang anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Pas kerana mereka tidak mempunyai legal authoriti dan kuasa mereka boleh dibatalkan oleh Pas pusat yang dipilih oleh muktamar Pas pada bila-bila masa menerusi proses demokrasi.Mereka sedar kekuatan Pas berpaksikan Majlis Syura Ulama tetapi ini tidak akan menjadi masalah jika telah sah kekuatan berada di tangan mereka.

Bukti bahawa Pas sebagai parti tunjang dalam pakatan pembangkang yang mewakili orang Melayu dan Islam tidak lagi mempunyai kekuatan seperti sebelum bersama pakatan tersebut diakui Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz apabila beliau menegaskan, Pas menjadi mangsa buli parti sekutunya dalam pakatan pembangkang malah dalam kenyataan terakhirnya beliau meminta ahli ahli Pas bertahan kerana sedang diserang dari dalam (oleh team Anwarinas?).

Serangan dari luar menampakan keangkuhan mereka untuk demoralised kepimpinan Abdul Hadi yang berpaksikan kepada wahyu dan emosi. Dengan menyingkirkan orang Pas daripada kedudukan penting yang berada di bawah kuasa mereka. Umpamanya tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyingkirkan Bendahari Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim daripada semua jawatankuasa tetap dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). (Berapa banyak elaun tetap dan pendapatan yang hilang?)

DAP juga memberikan penghormatan kepada dua orang ADUN Selangor daripada Pas yang dianggap barua oleh Presiden Pas dan membalas kecaman pedas Abdul Hadi dengan kecaman yang keras yang menunjukan keberanian DAP untuk menghadapi apa keadaan pun sekalipun Pas meninggalkan pakatan. DAP memerlukan ini untuk tidak terlihat sebagai dibuli oleh parti Islam dan Melayu. Mereka tahu bahawa hubungan Pas dengan pakatan berada dalam keadaan dibuang mati anak dan ditelan mati emak.

Lebih memburukkan lagi moral pimpinan Pas apabila dalam keadaan tercabar ini, Abdul Hadi hanya nampak mundar mandir dalam permainan politik, tidak dapat membuat keputusan yang tegas atau sekeras apa yang diucapkannya kerana beliau seniri tidak berada dalam keyakinan diri tentang sokongan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Pas dan juga tentang kekuatan Pas dalam kerajan Selangor.

Kecaman pedas Abdul Hadi terhadap dua ADUN tersebut tidak diikuti dengan tindakan pantas kerana beliau tidak mempunyai keyakinan terhadap kekuatan dan sokongan kepada kepimpinannya.

Hal ini menampakkan kepada musuh bahawa beliau lebih bergantung kepada kekuatan "lidah" sebagai kuasa tanpa lebih dahulu mengukur kekuatan sebenar yang dimilikinya dan bila tidak dapat bertindak sekeras ucapannya maka semakin terhakis aura kepimpinannya sendiri.

Keceluparan mulut tanpa memperhitungkan keupayaan bertindak menyebabkan Abdul Hadi tidak terlihat sebagai pemimpin yang rasional, berkaliber dan berkualiti.

Cara politik lama dengan menggunakan autoriti agama untuk memburuk-burukkan musuh dengan mengecap mereka sebagai kafir atau barua sudah tidak lagi menggempar atau menggerunkan musuh malah dilihat oleh umum dan ahli-ahli Pas yang terpelajar dan profesional bahawa kata-kata itu tidak wajar digunakan oleh seorang pemimpin besar parti politik di negara ini.

Dengan itu Abdul Hadi menyamai taraf­nya dengan seorang imam yang meng­imamkan sembahyang hajat beramai-ramai di sebuah padang tidak lama dahlu yang mendokakan agar UMNO K.O , K.O UMNO.

Anwarinas dalam Pas dari sejak awal lagi secara bijak dan halus berusaha untuk menghakiskan imej kepimpinan Abdul Hadi dengan berbagai cara yang halus dan pintar. Selain daripada tidak memberikan tempat yang sewajarnya kepada Abdul Hadi dalam berita yang boleh memperkukuhkan dan meningkatkan imej, Abdul Hadi juga menggambarkan beliau hanya layak menjadi seoarang nelayan.

Umpamanya dalam Harakah Daily menjelang muktamar Pas yang lalu telah menyiarkan gambar Abdul Hadi sedang menjala ikan dengan keterangan gamabr bahawa beliau mahu kembali menjadi nelayan.

Ternyatalah perhitungan Abdul Hadi untuk selamat dengan dikelilingi oleh Anwarinas dan bukannya daripada gulongan terpelajar dan modenis Islam merupakan perhitungan yang salah. Sebenarnya beliau menggali kuburnya sendiri dari sejak muktamar Pas 2011.

Strategi beliau untuk menyelamatkan Pas dengan mengorak langkah radikal dan dinamik samalah dengan langkah Tun Dr. Mahathir Mohamad membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam UMNO dengan tujuan untuk menyelamatkan masa depan UMNO daripada ditelan oleh Pas tetapi akhirnya Dr. Mahathir hampir ditelan oleh Anwar tetapi beliau bernasib baik dalam keadaan lemas ada anggota Majlis Kerja Tertinggi yang sanggup menyelamatkannya.

Pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO untuk menyingkirkan Anwar Ibrahim daripada UMNO setelah dipecat daripada Timbalan Perdana Menteri pada 3 September 1998, jika tidak kerana tindakan pantas Datuk Ibrahim Ali mungkin usia Dr. Mahatir sebagai Perdana Menteri telah berakhir pada malam itu juga.

Seorang anggota Majlis Kerja Tertinggi telah meminta pemecatan itu dibuat menerusi undi sulit tetapi Ibrahim segera membantah keras dan terus bertanya siapakah yang bersetuju supaya Anwar dipecat yang mendorongkan majoriti bersetuju termasuk mereka yang sedang berura-ura untuk mencari jalan selamat.

Apakah ada orang seperti Ibrahim dalam Jawatan Kerja Pas Pusat yang sanggup berkorban untuk Abdul Hadi bagi menyelamatkan beliau dan masa depan Pas sebagai satu satunya parti Islam yang terkuat di Malaysia?

Abdul Hadi telah mengorbankan dokumen negara Islam Pas, mengorbankan imej agung Pas sebagai parti yang mahu menegakkan negara Islam, memperkenalkan tahaluf siyasi untuk bekerjasama dengan golongan bukan Islam bagi menegakkan sebuah negara berkebajikan yang bebas rasuah, bersih dan amanah tetapi akhirnya Abdul Hadi dan Pas terpaksa bersekongkol untuk menolak sebuah kerajaan di Selangor dan terpaksa bertolak ansur dengan pemimpin-pemimpin yang moral mereka disyaki demi untuk mengekalkan kuasa.

Pas sekian lama membiarkan dirinya dimanipulasi oleh Anwar yang disingkirkan oleh UMNO kerana masalah peribadi tetapi diterima oleh Pas sebagai pimpinan besar pakatan pembangkang untuk menegakkan negara bersih dan membunuh UMNO.

Hukuman hudud dan negara Islam mimpi Pas tinggal retorik yang amat memedihkan perasaan penyokong-penyokong Pas yang fanatik, jumud dan ekstrem. Dalam keadaan sekarang DAP dan PKR melihat Pas tidak lagi mempunyai peluang ntuk kembali kepada kekuatan asalnya malah sedang mencari jalan untuk survival dan bukannya untuk memulihkan kekuatan. Pas sekarang berada dalam keadaan cedera parah.

DAP dan PKR hanya menunggu untuk melihat tindak-tanduk Abdul Hadi yang lebih membuka peluang kepada mereka untuk menolak beliau ke dalam jurang yang lebih dalam dan melemaskannya. Bila perlu mereka akan menunjukan keberanian yang lebih besar dan bukannya menunjukkan kerjasama atau kompromi yang akan memberi laluan kepada tahaluf siyasi.

Kepada umum amat jelas bahawa Pas sedang menggali kuburnya sendiri menerusi tahaluf siyasi.

PENULIS adalah bekas Menteri Penerangan.- Sumber 

8 September 2014

#MBSelangor : PKR dan DAP 'Derhaka' pada Sultan Selangor


Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP hanya menghantar satu nama calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor dianggap biadap dan satu penderhakaan kepada titah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda turut merasa dukacita diatas tindakan kedua-dua parti yang hanya menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekaligus engkar titah baginda yang meminta parti dalam Pakatan Rakyat (PR) memberikan lebih dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar. 


Rasa dukacita baginda dizahirkan melalui kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Sulit baginda Datuk Mohamad Munir Bani, pada pagi Isnin.

Menurut kenyataan itu, baginda sudah menerima senarai nama daripada PAS,PKR dan DAP seperti titah Sultan Selangor melalui surat bertarikh 27 Ogos lalu.

Namun, demikian hanya parti PAS yang akur dengan menyenaraikan tiga nama calon Menteri Besar Selangor.

Manakala DAP dan PKR masing-masing hanya mengemukakan nama Wan Azizah.

“Sultan Selangor amat dukacita atas tindakan parti DAP dan PKR yang engkar terhadap titah baginda bertarikh 27 Ogos . Tindakan pari DAP dan PKR menggambarkan kebiadaban kepada instutusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah Sultan Selangor,” kata kenyataan itu.

Titah Sultan Selangor supaya mengemukakan lebih dua nama adalah amalan konvensi yang dilaksanakan baginda bagi membolehkan Tuanku membuat pemilihan terhadap bakal menteri besar dengan melihat bukan sahaja sokongan majoriti Adun malah kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seorang Adun tersebut.

Menurut kenyataan itu, dengan penerimaan senarai calon-calon tersebut, baginda akan menelitinya dan akan mengambil kira segala aspek dalam menilai setiap calon sebelum sebarang keputusan dibuat. Dalam masa sama memandangkan kuasa melantik Menteri Besar terletak pada budi bicara Sultan Selangor, baginda akan meneliti nama-nama Adun yang lain dari pakatan rakyat yang berkelayakan pada fikiran baginda mendapat kepercayaan majoriti Adun.- sumber

5 September 2014

PKR di perbodohkan Anwar...



Kesediaan ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk terus diperbodohkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu nepotisme kronik membabitkan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sangat menghairankan.

Ini kerana, ketika Pas sendiri yang sebelum ini merupakan penyokong kuat Anwar pun sudah 'buka mata' dan sanggup menentang usaha Ketua Pembangkang mencalonkan Wan Azizah, tetapi ahli PKR masih gagal melihat amalan nepotisme kronik biar pun di depan mata.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, dalam sejarah politik negara belum pernah mana-mana pemimpin mencalonkan isteri sendiri sebagai menteri besar tetapi amalan tidak sihat itu berlaku di dalam PKR akibat nafsu politik Anwar.

"Tindakan Anwar ini sebenarnya kerana mahu meneruskan talian hayat politiknya yang ketika ini berada di hujung tanduk walaupun beliau tahu bukan sahaja pihak Istana Selangor, bahkan Pas sendiri menolak Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.

"Sebab itu bagi saya secara peribadi, saya hanya memandang lekeh ahli politik seperti Anwar yang sanggup mencalonkan isteri sendiri tetapi kemudian menafikan ia bukan amalan nepotisme," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar dan PKR sehingga kini masih bermati-matian mahu menabalkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim walaupun dikecam hebat pelbagai pihak termasuk oleh Pas sendiri.

Malah, menerusi Ketua Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang dilabelkan sebagai anak emas Anwar yang baharu, parti itu mencabar mana-mana ahlinya meninggalkan PKR jika tidak bersetuju dengan pendekatan Ketua Pembangkang tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata, tindakan Anwar bukan sahaja tidak beretika dan menggugat kestabilan politik di Selangor tetapi hampir setiap langkah politik yang diambil Ketua Pembangkang itu akhirnya hanya menyusahkan rakyat.

"Kepada ahli-ahli PKR bukalah mata dan nilai melalui akal yang waras apakah mereka mahu lihat amalan nepotisme seperti ini berlaku dalam negara hanya kerana ingin memenuhi nafsu politik individu sedangkan tanggungjawab kepada negara jauh lebih utama," katanya.
- Sumber

30 August 2014

KRISIS MB SELANGOR: Cukuplah, cukuplah berbohong dan memperbodohkan rakyat.


Pakatan pembangkang khususnya DAP diberi amaran agar tidak terus memutar belit atau menyembunyikan fakta sebenar daripada rakyat demi kepentingan politik segelintir pihak.

Ini berikutan dakwaan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua kononnya hanya nama Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dipersembahkan sebagai calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor, yang kemudian dinafikan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Presiden Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong berkata, pembangkang semakin terdesak sehingga sanggup 'berbohong' demi memastikan agenda untuk melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor sepertimana yang dihajati oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tercapai.

Menurutnya, dakwaan PKR dan DAP kononnya hanya mencalonkan satu nama untuk mengisi jawatan Menteri Besar selepas pilihan raya umum lalu adalah tidak benar kerana ketiga-tiga parti telah mencalonkan sekurang-kurangnya dua nama sebagai calon.

"Sama ada Saifuddin dan Tony Pua berbohong atau berpura-pura tidak tahu fakta sebenar. Ketika tahun 2008, ketiga-tiga parti telah mengemukakan nama calon masing-masing termasuk DAP bagi jawatan Menteri Besar. Namun akhirnya Abdul Khalid dipilih. Jangan bohong dengan menggunakan alasan konvensi pakatan pembangkang.

"Pada tahun 2008, saya belum lagi keluar daripada PKR. Saya juga tahu apa yang terjadi dalam pakatan pembangkang. Memang ada beberapa nama lain selain Abdul Khalid," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan bersama yang menyatakan akan hanya mempersembahkan nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor.

Dalam kenyataan itu, pencalonan Wan Azizah itu selaras dengan konvensi pakatan pembangkang pada tahun 2013 yang mengemukakan hanya satu nama untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Namun demikian, Abdul Khalid menafikan kenyataan itu dan mendakwa kedua-dua parti itu tidak hanya mencalonkan nama beliau sebaliknya terdapat nama lain untuk mengisi jawatan Menteri Besar selepas pilihan raya umum lalu.

Lum Yong yang juga merupakan bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) menambah, DAP seolah-olah sudah tiada prinsip ketika ini apabila terpaksa mengikut sahaja kehendak dan telunjuk Anwar kerana tidak mahu kehilangan undi masyarakat Melayu pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, Presiden Power Malaysia, M. Mohana berkata, pembangkang ketika ini sedaya upaya mahu mengaburi dan meracuni fikiran rakyat agar terus terpengaruh dengan pembohongan mereka.

"Pembangkang sudah 'gelabah' kerana sokongan masyarakat semakin berkurangan kepada mereka. Rakyat rata-rata menjadi marah dan kecewa dengan politik dalaman pembangkang sehingga mengabaikan kebajikan rakyat. Tidak usahlah terus berbohong dan memperbodohkan rakyat. Cukuplah, cukuplah.

"Saya minta Anwar beri 10 sebab mengapa memilih isterinya dan menafikan hak wakil rakyat lain yang lebih berkelayakan menyandang jawatan Menteri Besar di Selangor? Adakah kerana Wan Azizah adalah isterinya?

"Adakah Anwar mempunyai agenda tertentu bagi memastikan kepentingan politiknya terjaga. Bagaimana pula dengan kepentingan serta nasib rakyat yang mempercayai beliau selama ini. Saya minta Anwar bersara sahaja daripada politik sepertimana yang dijanjikan olehnya sebelum ini," tegasnya.- SUMBER

27 August 2014

KRISIS MB SELANGOR : Apa keputusan DYMM Sultan Selangor? KLIK saksi video.



Pi mai pi main, akhirnya ramai pihak yang melopong berkaitan isu perebutan kuasa bagi kedudukan sebagai Menteri Besar di Selangor apabila DYMM Tuanku Sultan Selangor membuat keputusan menitah agar ke tiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat yang ada supaya mencadangkan sekurang-kurangnya 2 penama calon untuk dipertimbangkan kelayakkannya.

Dalam kenyataaan media yang dikeluarkan (dibawah), Sultan Selangor turut menangguhkan perletakkan jawatan yang di pohon oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga baginda perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak sebagai Menteri Besar. Ini adalah sejajar dengan konvensi (convebtion) yang telah diamal secara berterusan dalam perlantikkan Menteri Besar Selangor sebelum ini.



Selanjutnya ikuti, sidang media yang di buat oleh Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) selepas beliau selesai mengadap DYMM Sultan Selangor , pada petang tadi.



16 August 2014

#MBSelangor : Anwar naikkan Azizah kuburkan PKR..



Peguam Khalid Ibrahim telah membuat laporan kepada Pendaftar, Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) yang meminta pihak ROS supaya menyiasat kesahihan pemecatan beliau daripada parti PKR.



Salinan surat tersebut boleh diperolehi di MIMSINI.

Menurut salah seorang peguam dalam pasukan Edmund Bon, New Sin Yew, laporan itu yang konsisten dengan pendirian Khalid mempersoalkan proses memecat TSKI sebagaimana sebelum ini. 

PKR gagal memberi keenam-enam nama dalam lembaga disiplin
Perlembagaan PKR tak jelas akan apa yang dianggap melanggar disiplin parti atau misconduct
Jika MPP sama dengan Lembaga Displin, itu sudah salah

Jika ROS menjumpai pelanggaran perlembagaan parti dengan sengaja, section 13 (1) (c) (iv) akta melibatkan syarikat mengatakan parti tersebut boleh dibatalkan pendaftaran.

PKR bakal ditutup oleh ROS!!!

12 August 2014

#MBSelangor : Titah Sultan bukan sembang Anwar...



Tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari Barisan Nasional (BN) dijangka akan ditawarkan untuk mengisi jawatan Ahli Majlis Mesyuarat, Kerajaan Negeri Selango (Exco) dalam rombakan yang bakal dilakukan tidak lama lagi.

Menurut sumber sebentar tadi, ia sebagai balasan kerana menyokong pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Saya difahamkan Tan Sri akan mengadakan rombakan dalam masa yang terdekat sejurus selepas beliau berjumpa dengan wakil-wakil Exco dari DAP dan PKR.

“Selepas perjumpaan tersebut, Tan Sri dijangka akan mengugurkan beberapa nama dari DAP dan PKR bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri” katanya sebentar tadi.


Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi itu.

“Selanjutnya, baik kita tunggu pengumuman yang akan dibuat oleh Tan Sri Menteri Besar” ujarnya lagi.

BN Selangor sebentar tadi mengumumkan akan memberikan sokongan penuh kepada Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

“Saya mengikuti kenyataan dikeluarkan MB Khalid tentang status kedudukan beliau. Saya sudah berhubung dengan PM untuk mendapatkan hala tuju.

“Saya nak nyatakan BN sokong status Khalid kekal sebagai MB Selangor tanpa mengira fahaman politik. Kita juga tidak melihat kewajaran kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Selangor kerana apa yang penting soal kesinambungan dan nasib rakyat Selangor,” katanya pada satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Terdahulu Abdul Khalid di dalam sidang akhbar hari ini berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan dan memperkenankan beliau untuk terus mentadbir kerajaan negeri.

Khalid berkata, beliau turut menjelaskan kepada Tuanku bahawa dirinya masih memperolehi kepercayaan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).


Jelasnya, beliau akan kekal dengan jawatannya dan menjalankan tugas seperti biasa sehingga terdapat perkembangan baharu.

Beliau turut menjelaskan akan bertemu enam exco lain dari PKR dan DAP untuk bertanya mengenai kesanggupan bekerjasama bersama pentadbiran beliau.

“Kalau mereka tak mahu bersama dalam pasukan menteri besar, lebih baik mereka tak jadi exco,” kata beliau. - Sumber

9 August 2014

#MBSelangor : Wan Azizah di 'RoadShow' lobi jawatan tertinggi.


Ini adalah 'roadshow' DS Dr Wan Azizah malam tadi berhubung isu MB Selangor, di Ampang. Lihat betul-betul banner besar di belakang pentas tempat Dr Wan Azizah menghamburkan fitnah terhadap Menteri Besar Selangor bertujuan untuk mengulingkan beliau. 

Bahasa Kebangsaan diletakkan di tempat ketiga selepas Bahasa Mandarin/Kantonis dan Bahasa Inggeris. Beginilah mereka menunjukkan tanda hormat mereka kepada Bahasa Kebangsaan. 


Apa lagi yang tak kena?
Bukankah mereka mengaku mereka adalah parti berbilang bangsa?
Di mana mereka meletakkan Bahasa Tamil di dalam banner di atas?

Bahasa Mandarin/Kantonis ada, Bahasa Inggeris ada, Bahasa Malaysia juga terpaksa diletakkan, mana pergi Bahasa Tamil? 

Mungkin orang India tak penting kot dalam PKR.
Penting hanya bila tiba waktu untuk mengemis undi sewaktu pilihanraya.

'Roadshow' DS Dr Wan Azizah Lobi Jawatan MB Selangor,
di Ampang, malam tadi.

30 July 2014

Pimpinan begini yang di gila-gilakan 'Macai Fuckatan'?



Buruknya perangai orang PKR
Lagi Pendedahan PANAS & Luahan Hati Mantan Setpol MB PAS Kedah tentang PKR.

Saya tak berhasrat membuka pekung atau mengungkit. Tapi bila Saifudin dan Rafizi mula mengungkitkan stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar.

PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati.

Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU-12 dulu adalah hari membilang kerusi. MB akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada?

Di mana Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR yang minta PAS contohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu?

Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR Kedah melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang.

Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim. Masa itu Rafizi dan Saifuddin ada di mana?

Sorang Adun yang kuat menahan diri daripada memakan umpan supaya melompat, menghadapi kes kahwin kali kedua tidak register pulak...lalu jadi senjata musuh untuk mengugutnya supaya menukar kem. Akhirnya DSAI arahkan dia meletak semua jawatan, walaupun Ustaz Azizan berpendapat cukuplah kalau lepaskan jawatan exco sahaja.

DSAI tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau. Daripada hari pertama melarikan dia daripada satu komplot BN yang bersiap membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuknya, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, hotel persembunyiannya, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung!

PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki Adun PKR yang belum melompat...

PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang Adun PKR yang telah keluar iklan insolvensi (kebankrapan) di akhbar hampir seratus ribu. MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran Adun-adunnya ?

Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap dan terbuka. Tugasan ini tidak perlu dilakukan pun jika Adun-Adun PKR tidak membuat honar dan bertemu berunding dengan broker di Kelab Cinta Sayang! Sebulan lebih mereka ke hulu ke hilir meninggalkan keluarga dan kerja, PKR di mana?

PAS terpaksa merangkak untuk mencari dana beratus ribu lagi untuk menjaga bekas Adun yang Anwar arahkan meletak jawatan selepas dia balik dari persembunyian di India, atas janji mereka kepada pengorbanannya.

Uruskan belanja dan keperluan bulanannya sehingga habis penggal, termasuk penyediaan tempat tinggal (rumah) dan hutang piutangnya! Bukan sedikit, beratus ribu! PKR di mana masa itu? Bukanlah dia orang PKR?

Saya tidak bermaksud mengecilkan pengorbanannya, saya salute kesanggupannya, tapi sayang! PKR di semua peringkat telah mengabaikan nasibnya yang telah berkorban untuk partinya. Ada sesiapa dari PKR yang pernah bertanya khabar anak isterinya?

Selama dua bulan lebih dia dalam pelarian atas kehendak PKR di India, anak isterinya tinggal di mana? Kamilah yang menguruskannya!

Pernahkan Rafizi atau Saifuddin atau Anwar ambil sekeluarga India yang anak-anaknya sedang membesar, bapanya hilang entah ke mana, keselamatan tidak terjamin, budaya dan agama jauh berbeza, tinggal serumah, sedapur, sebilik mandi dengan mereka?

Pernahkan penganut hindu yang taat, berada dalam tekanan, dalam serba kepayahan, menempatkan 'tokong' dan bersembahyang di ruang tamu rumah Rafizi di depan anak dan isterinya? Saifuddin pernah basuh tilam dan lantai bekas kencing budak kaum India di rumahnya? Peduli pun tidak, apalagi bertanya!

Apa lagi PKR buat untuk Kedah?

Sepanjang sejarah PR jadi kerajaan di Kedah, ada kes tuntutan perjalanan bulanan sorang sorang Exco dari PKR jauh melebihi gaji dan elaunnya... Pegawai-pegawai kerajaan pun terkejut dan mengadu. Elaunnya sekitar RM17 ribu, tuntutan perjalanannya pernah mencecah RM23 ribu! Siapakah yang menutupi keaiban besar ini?

Lima Adun PKR yang asal dan seorang yg menang PRK Bukit Selambau, enam semuanya pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri! Tidakkah ini pelik! Topidak bertolak ansurkah PAS dengan PKR dalam hal sebesar ini? Siapakah yang mengizin/mengarahkan tolak ansur ini kalau bukan Presiden PAS, tempat tumpah kesetiaan dan kepatuhan MB Kedah masa itu.

Mungkin tak cukup kerusi Exco, berebut pulak hendakkan senator sampai seorang Ketua Cabang keluar parti sewaktu PRK Bkt Selambau. Mereka menuntut macam-macam keistimewaan untuk diri dan kaumnya yang belum dapat dipenuhi, MP Padang Serai keluar parti. MP yang jarang pedulikan kawasan, tidak pernah turut serta dalam program peringkat kawasan dan negeri, tapi meminta peruntukan itu dan ini, akhirnya melompat jugak...

Adakah Rafizi atau Saifuddin datang bertanya khabar tentang karenah orang-orangnya? Adakah Saifuddin atau Rafizi tampil meminta maaf di atas karenah yang dibuat oleh Adun-adun PKR yang PAS terpaksa tanggung di Kedah? Tak pernah walaupun sekali...!

Belanja program parti PKR pun minta daripada PAS, termasuk belanja kotinjen PKR Kedah ke PRN Sarawak. MB terpaksa secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu permohonan sebuah syarikat yang mewakilinya, atas alasan PKR tiada belanja nak uruskan parti. Bila lulus dengan harga yang sama dengan pihak lain (RM16 ribu sehektar), diulang lagi memohon pengurangan harga pula. PAS Kedah tidak pernah mengambil kesempatan jenis ini! PKR tidak malupun untuk mengulang meminta.

Ahli2 Majlis PBT PKR hampir sama ramai dengan PAS walaupun kerusi mereka hanya lima berbanding PAS 16, MKK pun begitu juga... Belum saya ceritakan gelagat ahli majlis PKR yang berniaga dan melindungi perniagaan atas kapasiti mereka di PBT.

Ustaz Azizan terpaksa menebal muka mempertahankan pencalonan Darjah Kebesaran (Dato') untuk orang-orang besar PKR di hadapan Tuanku Sultan memandangkan belum ada jasa untuk disenaraikan. Hanya ada jawatan dalam parti yang jarang diambil kira oleh pihak istana. Saya boleh senaraikan penerimanya kalau mahu, termasuk yang bercakap pandai itu. Mereka meminta secara direct dan indirect...

Bintang-bintang dan pingat yang lebih kecil tak perlulah di sebutkan. Berebut-rebut dan merajuk kalau tak dapat, marah kalau orangnya tak lekat, mahunya pada pingat dan kebesaran bagai semut menghurung gula!

PKR seperti orang lumpuh daripada leher sampai ke kaki dengan semua karenah ini. Semuanya PAS yang kena jaga, kena bela, kena suap, terpaksa tanggung, terpaksa telan! Tetapi lagak pemimpinnya seperti raja. PAS buat macam-macam untuk menjaga maruah PKR, menjaga maruah kerajaan PR dalam keadaan mereka melompat dan menuntut segala macam...

Dengan karenah yang berbagai-bagai itu, patut saja mereka tidak ikut campur dalam krisis yang dicetuskan oleh seorang Adun PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan MB!

Kalaulah PKR menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah, cuba bilang kerusi PAS Selangor hari ini dan kira juga kerusi PKR di Kedah masa itu. Jangan lupa masukkan sekali yang melompat dan membuat onar!

Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB Kedah masa tu?

Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?

Kekalahan PR Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah Adun dan MP PKR yang melompat. Ia membangkitkan kebencian dan meluat.

Walaupun menang di kerusi mereka apabila mengemukakan semua muka baru, bekas-bekas Adun yang tidak dicalonkan melepaskan semua jawatan dalam parti. Pengundi melayu yang menyimpan geram dan meluat dengan gelagat PKR menghukum calon-calon PR di kawasan-kawasan melayu, PAS lah yang menanggung akibatnya! Ada hati nak mengungkit? Tak malu?

Hari ini tokoh yang mengarahkan PAS Kedah terus bersabar, mengarahkan MB Kedah terus bertolak ansur untuk memelihara kukuh Pakatan Rakyat di Kedah pada waktu lalu sedang diberi kata dua, di suruh menjawab itu dan ini hanya kerana dia menyatakan keputusan partinya.

Saya menanggung perit yang tersimpan selama ini hanya kerana susuk ini yang mengarahkan MB meraikan saja kelemahan, menutup kekurangan dan menampung apa yang kurang pada mereka. Itulah dakwah politik kita masa itu. Itulah toleransi Presiden PAS yang dipatuhi oleh Almarhum Ustaz Azizan.

Tak ada sedikit rasa malukah dengan kebaikannya selama ini mengarahkan segala kelemahan dan kekurangan malah kesialan kamu diraikan saja malah ditutup? Bila lemah meruntun bila rasa kuat mula jalannya pun mulalah mendongak!

SANUSI MD NOR, MANTAN SETPOL USTAZ AZIZAN RAZAK

#MP : “Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hati ku. .. Kikikikiii!!! 

KLIK tengok pulak ni... Kerasnya amaran DAP terhadap PAS.  Nk tunggu lagi? Tinggalkan saja la!!! Selanjutnya KLIKSINI

24 July 2014

Politik PKR yang semakin mengarut!



Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus memaparkan adegan politik yang memualkan, apabila membuat keputusan memilih Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Walaupun sebenarnya, banyak lagi isu lain yang perlu diuruskan oleh kepimpinan PKR khususnya berikutan pemilihan parti itu yang berlangsung dalam suasana penuh kekecohan dan kelam-kabut tetapi ia tidak mendapat perhatian.

Sebaliknya apa yang ada dalam benak fikiran pemimpin-pemimpin PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Tetapi setiap kali langkah politik dilakukan oleh Anwar, beliau pasti mengutamakan isterinya, Wan Azizah. Wanita itu diutamakan menjadi Presiden parti, perempuan itu dipilih untuk menjadi wakil rakyat di Kajang dan kini si isteri juga bakal dilantik pula sebagai Menteri Besar.

Oleh itu tidak payahlah pemimpin-pemimpin PKR bercakap soal individu lain kerana mereka tidak akan mampu mencabar 'kehebatan' Wan Azizah. Dalam keadaan apa sekali pun Anwar akan mengutamakan Wan Azizah.

Sama ada Azmin Ali atau sesiapa sahaja dalam PKR, mereka perlu akur kepada kehendak Anwar kerana selama ini pun, itulah yang dilakukan oleh mereka iaitu hanya mengikut sahaja kata Penasihat PKR tersebut.

Istilah kononnya pemilihan Wan Azizah dilakukan secara sepakat masih boleh dipersoalkan kerana beberapa jam kemudian pemimpin-pemimpin parti itu sendiri mempertikaikan keputusan tersebut.

Ia bermakna boleh dikatakan Wan Azizah bukanlah dipilih dengan restu seluruh kepimpinan PKR tetapi atas kehendak politik Anwar.

Persoalannya, hebat sangatkah Wan Azizah sehingga segala-galanya beliau diberi kepercayaan untuk menguruskannya?

Sebenarnya, Wan Azizah tidak sehebat mana, malah dalam kalangan pemimpin PKR sendiri, mereka menganggap kemampuan politik beliau lebih rendah berbanding ketua PKR di peringkat cabang.

Sebab itulah sepanjang menjadi Presiden parti itu, Wan Azizah tidak lebih sekadar 'penghias organisasi' sahaja, segala-galanya diurus dan dicaturkan oleh suaminya.

Wujud juga persoalan, kenapakah gerakan untuk menyingkirkan Abdul Khalid dilakukan secara drastik? Apa dosa besar Abdul Khalid di Selangor? Apakah kesalahan yang dilakukan oleh beliau sehinggakan PKR melihat hanya Wan Azizah boleh mengatasi segala masalah di negeri itu? Teruk sangatkah pemimpin-pemimpin lelaki PKR di negeri tersebut sehingga tidak ada seorang pun yang layak bergelar MB?

Apakah benar konflik politik beliau dengan Azmin memungkinkan semua ini berlaku sedangkan Azmin sendiri dilihat tidak berpuas hati apabila Wan Azizah dipilih?

Penulis tiada jawapannya tetapi apa yang pasti langkah politik Anwar dan PKR semakin mengarut.

Mereka membuat tindakan di Selangor seolah-olah PKR parti paling berkuasa di negeri tersebut, sedangkan semua orang tahu PKR diberi ihsan oleh Pas dan DAP untuk menduduki jawatan Menteri Besar, itu pun atas pertimbangan meneruskan kepimpinan Abdul Khalid.

Faktanya PKR hanya mempunyai 14 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berbanding Pas dan DAP yang masing-masing mempunyai 15 kerusi.

Sepatutnya, sebelum membuat apa-apa keputusan khususnya bagi menggantikan Menteri Besar, PKR perlu merujuk kepada kedua-dua parti itu dan paling afdal menyerahkan kembali kerusi tersebut bagi membolehkan Pas dan DAP membuat keputusan.

Tetapi malangnya, keadaan itu tidak berlaku, PKR bertindak seolah-olah mereka 'tuan besar' di Selangor, pandangan Pas dan DAP tidak dirujuk terlebih dahulu kerana mereka yakin kedua-dua parti tersebut tidak akan membantah.

Sebelum ini, mereka juga mengatur Pilihan Raya Kecil DUN Kajang tanpa berunding dengan kedua-dua parti tersebut.

Namun Pas dan DAP tidak membantah kerana mungkin merasakan mereka tidak memiliki pemimpin yang boleh menandingi 'kehebatan' Anwar.

Apa pun, langkah terbaharu PKR berkaitan soal perebutan jawatan Menteri Besar Selangor membuktikan, tiada agenda lain dalam kamus politik parti itu selain mencari kuasa. PKR sama sekali tidak mempunyai agenda untuk kesejahteraan rakyat, sebaliknya lebih tertumpu kepada perebutan kuasa.

Sebab itulah, pemilihan parti itu menjadi kelam-kabut dan penuh dengan tindakan-tindakan samseng kerana masing-masing mahu mencari kuasa.

Justeru timbul persoalan, apakah kali ini Pas akan terus menjadi 'pak turut' terhadap percaturan politik PKR atau bertindak untuk menuntut kerusi Menteri Besar dikembalikan kepada parti itu dan DAP.

Penulis difahamkan, berikutan tindakan terbaharu PKR yang sewenang-wenangnya mencalonkan Wan Azizah bagi menggantikan Abdul Khalid sudah ada desakan kuat di peringkat akar umbi Pas yang mahu Pas menduduki kerusi Menteri Besar kalau benar Abdul Khalid tidak boleh dipertahankan lagi.

"Kenapa PKR dengan mudah membuat keputusan untuk menggantikan Abdul Khalid seolah-olah mereka mempunyai kerusi majoriti di DUN? Tindakan pemimpin PKR itu menunjukkan mereka tidak menghormati semangat pakatan,'' kata seorang pemimpin muda Pas Selangor ketika dihubungi.

Sememangnya, perebutan jawatan Menteri Besar Selangor antara pemimpin-pemimpin PKR kini menyeret Pas dan DAP. Selama ini pun PKR merupakan parti paling banyak mendatangkan masalah kepada pakatan pembangkang.

Atas sebab itulah, penyokong-penyokong Pas merasakan tindakan PKR di Selangor sudah melampau dan kepimpinan Pas tidak boleh lagi bertolak ansur.

"Kita bagi kerusi Menteri Besar kepada PKR kerana mahu menyambung kepimpinan Abdul Khalid tetapi sekarang beliau akan digugurkan, maka PKR tidak boleh buat keputusan sendiri.

"Kalau mereka boleh mencalonkan nama, maka saya berpendapat Pas juga perlu mengemukakan nama untuk dipertimbangkan, Pas tidak boleh selama-lamanya membiarkan PKR mencaturkan segala-galanya di Selangor,'' kata seorang lagi pemimpin Pas negeri itu kepada penulis.

Kepada rakyat Selangor khususnya, kini mereka boleh melihat sendiri wajah sebenar PKR yang selama ini sering digambarkan sebuah parti reformasi dan membela nasib rakyat.

Sudah jelas kini tiada lagi soal reformasi, tiada lagi soal demokrasi, sebaliknya apa yang dipertontonkan oleh pemimpin-pemimpin PKR ialah berebut kerusi, itulah yang berlaku di Selangor.

Semoga pemimpin-pemimpin pembangkang lain khususnya Pas akan mampu menyekat politik PKR yang semakin mengarut itu supaya mereka tidak dihukum rakyat apabila tiba masanya nanti. - Sumber.

25 April 2014

Pemimpin kanan DAP mahu MB Selangor dipecat. KLIK baca sini!


 

Kerajaan Selangor khususnya PKR semakin panas dek tekanan dari rakyatnya berikutan catuan air yang berpanjangan hingga ke hari ini.

Tidak cukup dengan itu, hari ini MB Selangor Khalid Ibrahim menerima tamparan hebat apabila pemimpin DAP yang menjadi sekutu mereka secara terbuka menyatakan hilang kepercayaan kepadanya, ekoran kegagalan menangani isu air.

Selain itu, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi, pemimpin kanan DAP mahu Abdul Khalid dipecat kerana dakwanya, Menteri Besar Selangor itu memegang jawatan tersebut lebih lama daripada tempoh sepatutnya.

Beliau yang berang dengan kegagalan pentadbiran PKR di bawah Abdul Khalid menguruskan isu air sehingga catuan telah berlarutan sejak dua bulan lalu berkata, kejadian seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum ini termasuk ketika di zaman Barisan Nasional (BN).

“Setiap wakil rakyat mesti bayangkan kesusahan orang ramai ekoran masalah air ini. Kita tidak pernah menghadapi catuan yang berlarutan seperti ini termasuk ketika Selangor di bawah pentadbiran BN. Kegagalan pakatan (pembangkang) adalah kegagalan pakatan.

Katanya juga menerusi Facebooknya sambil mendedahkan bagaimana beliau yang mempunyai rumah di Subang Jaya terpaksa 'mandi kerbau' akibat masalah itu.

Dalam kenyataan sama, Jeff Ooi turut mempersoalkan, apakah Abdul Khalid mengalami kesusahan seperti dihadapi rakyat Selangor iaitu hampir setiap hari tiada bekalan air atau kediaman Menteri Besar Selangor tersebut bebas daripada masalah catuan.- Sumber

7 March 2014

#PRKKajang : Rakan parti nampak Anwar tidak mampu menang. KLIK baca ni!


AGENDA PERIBADI ANWAR TAKUTKAN KIT SIANG

Andainya benar Anwar menjadi calon di PRK Kajang nanti. Tidak mustahil Anwar Ibrahim akan kecundang pada PRK Kajang itu, jika politik dalaman pakatan pembangkang terus bergolak.

Malahan menurut pemimpin veteran Dap, Lim Kit Siang bukan sahaja Anwar akan kalah tetapi pembangkang juga akan turut berpecah.

Mungkin ini satu helah politik Kit Siang untuk mendapat simpati supaya penyokong dan ahli PKR, PAS dan DAP bersatu padu tetapi realiti apa yang sedang berlaku di dalam dan juga intra-parti tidak boleh dinafikan.

Inilah yang memeningkan kepada pemimpin pembangkang seperti Kit Siang dan Abdul Hadi Awang.

Anwar telah diberi mandat untuk menjadi pemimpin de facto pakatan pembangkang tetapi skandal demi skandal yang melanda dirinya serta percakaran teruk antara pemimpin-pemimpin PKR sendiri menyerlahkan ketidak mampuan beliau sebagai seorang pemimpin yang boleh diharapkan menawan Putrajaya.

Pertama peribadi dan personaliti Anwar sendiri sudah tercalar apabila beliau gagal untuk menunaikan janji kepada pengungi yang menyokong pembangkang pada PRU13 lalu untuk menjadi Perdana Menteri.

Pengundi Cina khususnya amat kecewa dengan kegagalan Anwar dan sedikit demi sedikit mereka mulai sedar akan kesilapan mereka terlalu mempercayai beliau.

Dalam usaha cuba untuk menutup kegagalan dan kelemahan beliau, Anwar merancang strategi untuk menjadi Menteri Besar Selangor pula.

Ini seperti impian seorang yang hendak menjadi doktor, tetapi apabila cita-cita tidak tercapai, puas sudah hati sekadar menjadi jururawat atau pembantu perubatan. Begitulah dilema yang dihadapi Anwar hasil daripada ketamakan kuasa dan teringin sangat menjadi pemimpin nombor satu negara walau apa pun rintangan yang datang.

Jika Anwar sanggup berbuat apa saja termasuk bersekongkol dengan parti rasis DAP kerana idamkan menjadi Perdana Menteri, beliau juga rela melakukan perkara yang sama untuk menjadi Menteri Besar.

Keadaan politik yang boleh di katakan stabil di Selangor kerana pembangkang memenangi majoriti pertiga yang besar telah diporak perandakan oleh Anwar kerana hendak menggantikan Khalid Ibrahim. Tidak semena-mena pilihan raya kecil Kajang terpaksa di adakan dan Adun PKR C.C. Lee yang baru memegang jawatan itu selama lapan bulan terpaksa mengundur diri.

Lee yang berusia awal 30an dikorbankan kerana Anwar yang sudah 67 tahun dan lanjut usia masih ingat beliau popular dan gagah dalam arean politik. Sudah Adun Kajang ditendang keluar, kini Khalid pula mahu di letakkan jawatan kerana hendak memenuhi nafsu Anwar yang tidak ada batasnya.

Samada ini akan berlaku atau sebaliknya bergantung kepada kuasa penentu Sultan Selangor.

Walaupun menang tidak semestinya Sultan merestui perlantikannya sebagai Menteri Besar baru. Jika belaiu menang tidak semestinya Khalid akan tunduk kepada kehendak Anwar.

Ini jelas dalam perjanjian persefahaman antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri berhubung isu pengambil alihan empat aset air di Selangor. Khalid tidak memaklum atau berbincang pun dengan Anwar mengenai rancangannya untuk menandatangani MoU tersebut.

Mana tidaknya, Khalid tidak perlu merujuk kepada Anwar yang setakat menjadi penasihat ekonomi bergaji RM1. Malahan barisan exco negeri juga tidak mengetahui perancangan Khalid hingga ke saat akhir MoU di meterai.

Keadaan ini sudah cukup menjelaskan pendirian dan sikap Khalid yang independen dan tidak suka dikongkong oleh Anwar atau mana-mana pihak. Itulah yang merisaukan Kit Siang kerana kepentingan Anwar amat menyerlah dalam pakatan pembangkang.


ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI


21 February 2014

MB SELANGOR: Wan Azizah pulak bersuara... KLIK baca ni!



Wan Azizah Tak Setuju Anwar Jadi Menteri Besar

Setelah sekian lama mengambil pendekatan mendiamkan diri, akhirnya Presiden PKR, Wan Azizah Wan Izmail akhirnya tampil membuat kenyataan sambil menolak dakwaan yang mengatakan Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor dari Abdul Khalid Ibrahim.

"Tan Sri Khalid sudah mengendalikan kerajaan negeri dan kita sudah tengok sebagai Menteri Besar Selangor... tidak ada cacat cela.. jadi kita teruskan. Kehadiran Anwar (di Selangor) pula, hanya nak membantu.. " katanya semalam apabila diminta mengulas mengenainya.

Anwar sebelum ini menyifatkan pentadbiran Khalid lemah kerana gagal menguruskan dana kewangan negeri dengan baik sehingga menyebabkan Selangor mempunyai lebihan kewangan yang banyak seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

Dia turut membayangkan wujud kemungkinan untuk dirinya mengambil alih jawatan tersebut walaupun dia pernah berulang kali mengatakan isu tersebut hanyalah merupakan spekulasi.

Ketika diwawancara oleh Australia’s Newsline, ahli parlimen Permatang Pauh itu mengatakan dia sedang berunding dengan Khalid dan berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai model, sebelum pakatan pembangkang melangkah ke Putrajaya.

Seterusnya ketika ditemu bual oleh pihak media baru-baru ini, Anwar sekali membayangkan dia akan menerajui kepimpinan negeri dan akan berbincang dengan pimpinan pakatan rakyat bagi mendapatkan kerjasama.

“Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang ikut proses pakatan” katanya.

Paling menarik, portal pro-pembangkang, Malaysiakini juga seolah-olah menyokong idea untuk ‘memecat’ Khalid itu apabila sering melaporkan artikel yang berkaitan dengannya. Sidang redaksi portal tersebut turut melaporkan kajian, kononnya 576 warga Kajang (yang dianggap sebagai suara majoriti penduduk Kajang) turut bersetuju dengan cadangan dan harapan Anwar, untuk bergelar Menteri Besar.

Disebabkan spekulasi itu juga beberapa orang pimpinan Pas, tampil membuat kenyataan bagi membantah ‘pengambilalihan kuasa’ itu antaranya kepimpinan sayap Pemuda Pas Pusat dan Pemuda Pas Selangor yang menyifatkan PRK Kajang sebagai membazirkan wang rakyat.

Desas-desus mengatakan, Anwar dikatakan sudah pun mendapat sokongan DAP namun masih pening dengan penegasan Pas yang kononnya mahukan Khalid terus kekal dalam jawatan itu.

Paling menarik, ada yang mengatakan, sudah ada usaha yang dibuat untuk mempelawa Khalid menyertai Pas sekiranya PKR masih berhasrat untuk memecatnya.

ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI

14 February 2014

MB SELANGOR: Anwar perlukan Mat Tayson? KLIK baca ni!


Anwar Perlukan Mat Tyson Untuk Pujuk Pas Dan Istana Selangor?

Masih ramai yang tertanya-tanya, apa muslihat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang mengumumkan akan membawa bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Muhammad Taib ke dalam pentadbiran Selangor.

Dia yang berucap di Kompleks Penghulu Batu 10 Cheras, di Kajang baru-baru ini, mengatakan Muhammad yang juga dikenali sebagai Mat Tyson itu mempunyai kepakaran dalam program desa dan ia amat diperlukan dalam pentadbiran Selangor.

Mat Tyson ketika diminta mengulas pelawaan tersebut mengatakan dia sedia membantu sekiranya Anwar memerlukan khidmatnya. Menjelang pilihanraya umum yang lalu, dia juga pernah mengumumkan hasratnya untuk menyertai Pas

“Politik itu adalah the ‘art of possible’. Tiada apa yang mustahil dalam politik,” katanya.

Muhammad adalah menteri besar Selangor antara 1986 hingga 1997 sebelum digantikan dengan Tan Sri Abu Hassan Omar. Dia melepaskan jawatan sebagai menteri besar Selangor pada 1998 setelah Mahkamah Majistret Brisbane memutuskannya bersalah membawa wang tunai berjumlah RM2.4 juta ke Australia.

Ia sekali gus menimbulkan persepsi di kalangan pemerhati politik yang merasakan ia sebagai satu muslihat Anwar untuk memujuk para penyokong, ahli dan pimpinan Pas yang sebelum ini membantah keras sebarang cadangan untuk menukar kepimpinan Selangor.

Umum mengetahui antara sebab utama berlakunya pilihanraya kecil Kajang adalah bertujuan untuk membolehkan Anwar bertanding sekali gus membolehkannya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid Ibrahim.

Ia ekoran dari masalah dalaman dan perebutan kuasa antara Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang saling menyerang antara satu sama lain. Atas alasan itu, PKR mendakwa Anwar diperlukan untuk menyelesaikan kemelut tersebut.

Persoalannya, sekiranya benar Mat Tyson diperlukan atas kepakarannya, mengapakah perkara itu tidak diumumkan oleh Khalid?

Sedangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang masih menyandang jawatan tersebut, sudah pasti Khalid mempunyai ‘locus standi’ untuk menjemput Mat Tyson berbanding Anwar.

Atau sememangnya Mat Tyson sebenarnya diperlukan untuk memujuk pimpinan Pas agar menerima Anwar sebagai Menteri Besar yang baru. Atau Anwar sebenarnya mengharapkan sokongan dan pengaruh istana Mat Tyson yang pernah menjadi ipar kepada Sultan Selangor.

Ini kerana walau apa pun strategi yang digunakan oleh Anwar, ia tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya tidak mendapat perkenan dari Sultan Selangor.

Ini kerana keputusan terakhir untuk melantik menteri besar yang baru terletak atas budi bicara Sultan Selangor, sekiranya Tuanku tidak memperkenankan perlantikan Anwar nanti, semua kemelut di dalam ‘Gerak Kajang’ ini merupakan satu kerja yang sia-sia.

10 February 2014

MB SELANGOR: Sanggup terima Anwar? KLIK baca ni!



Keputusan Anwar untuk bertanding di PRK Kajang menimbulkan kemarahan rakyat termasuk dari pihak penyokong dan NGO rangkaian PR sendiri. Rata-rata rakyat melihat ia sebagai langkah politik paling terdesak dan kotor kerana sanggup membazirkan wang rakyat sekali gus.

Keputusan ini membuktikan yang parti pembangkang tidak mengambil peranan wakil rakyat sebagai sesuatu yang serius.

Semua orang boleh mengagak keputusan tersebut adalah bagi membolehkan Anwar menjadi Menteri Besar Selangor. Pada awalnya, Anwar telah menafikan hal tersebut dan menepisnya sebagai spekulasi.

Namun, ternyata kini bahawa ‘menafikan’ sesuatu yang telah atau akan dilakukannya merupakan sikap semulajadi Anwar. Dalam kata lain, Anwar adalah sejenis manusia yang tidak boleh berkata benar.

Dalam wawancaranya dengan Australia Network’s Newsline semalam, Anwar mendedahkan strateginya untuk menjadi Menteri Besar Selangor bagi membolehkan beliau menjadikan negeri itu sebagai model kepimpinannya.

Menurut Anwar, Selangor adalah negeri paling kaya, paling berkesan dan paling popular dan beliau akan menggunakannya untuk menunjukkan bagaimana cara memerintah yang baik dan telus.

Jelas, Anwar memang berniat dan merancang untuk menjadi Menteri Besar sejak dari awal.

Sikap lidah bercabang Anwar membuatkan kenyataannya dipandang sinis oleh rakyat yang peka dengan permainan politik manusia Anugerah Tuhan ini.

Selama perjuangan Anwar, kita lihat beliau sering memilih jalan belakang, gemar menafi tetapi kemudian membuat U-turn, sentiasa bercakap lain di hadapan satu pihak dan perkara yang bertentangan pula di hadapan pihak lain.

Anwar boleh menjadi pro-Zionis dan pro-Islam sekali gus, Anwar boleh menjadi pejuang Islam dan pejuang hak LGBT dalam masa yang sama, atau pejuang Melayu dan pejuang penghapusan hak bumiputera mengikut masa dan tempat di mana beliau berada.

Anwar boleh berkata yang beliau tidak ingin menjadi Menteri Besar pada satu ketika, dan kemudiannya berkata yang beliau akan menjadi Menteri Besar dua tiga hari selepas itu.

Justeru, apa jaminan yang beliau mampu menunaikan janji untuk menjadikan Selangor sebagai model pemerintahan yang baik dan telus sekiranya beliau berjaya menjadi MB?

Apakah jaminan yang beliau tidak akan melakukan sebaliknya, iaitu menjadi pemerintah yang kejam dan korup?

Sifat menipu dan korupsi tidak mungkin dapat dipisahkan. Orang yang tidak telus dalam urusannya akan terpaksa hidup dalam penipuan bagi menutup kegiatannya.

Memandangkan menipu dan Anwar juga tidak dapat dipisahkan, maka tidak salah rasanya jika kita mempersetankan saja janji Anwar untuk memerintah dengan baik dan telus itu.

Anwar punya peluang untuk membuktikan beliau seorang pemerintah yang baik dan telus pada suatu ketika dahulu.

Namun, peluang itu telah digunakannya untuk menjadikan dirinya dan sanak-saudaranya kaya dalam sekelip mata. Beliau juga hampir membankrapkan negara kerana terlalu taksub kepada dasar-dasar IMF dan tunduk kepada Amerika.

Hari ini Anwar ingin meminta peluang lagi untuk menjadi Menteri Besar dan peluang itu pula direbut dengan cara yang kotor.

Jika niatnya kotor, caranya juga kotor, maka bagaimana kita boleh percaya yang Anwar mampu menjadi pemerintah yang bersih?

Persoalan kini ialah, apakah rakyat Selangor benar-benar sanggup mengangkat si munafik ini sebagai Menteri Besar?

Sudahlah munafik, peliwat pula. Sudahlah peliwat, perasuah pula. Sudahlah perasuah, tidak bijak ekonomi pula.

Pendek kata, Anwar mungkin mempunyai kualiti sebagai seorang pemimpin tetapi malangnya, beliau tidak mampu menjadi pemimpin yang berkualiti.

Tanpa apa-apa jawatan, Anwar hanyalah seorang manusia munafik yang gagal dalam hidupnya. Inilah yang membuatkan Anwar takut sekali menjelang rayuan kes liwatnya untuk kesekian kali.

5 February 2014

#PRKKajang : PAS memang POYO! KLIK baca ni...


Marah Pada Anwar, Hanya Lakonan Untuk Buktikan Pas Masih Ada Maruah... Emm, poyo laaa!

Ramai di kalangan penyokong dan pemimpin Umno yang dilihat begitu teruja dengan tindakan beberapa tokoh pimpinan Pas yang menyatakan pendirian seolah-olah tidak bersetuju dengan tindakan PKR.

Ia berhubung dengan isu pilihan raya kecil DUN Kajang dan desas-desus yang mengatakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Ada yang mengatakan Pas sudah mula ‘celik hati’ kerana berani untuk bangkit menempelak tindakan Anwar yang seolah-olah tidak menghiraukan pandangan dan kehadiran parti itu di dalam pakatan pembangkang.

Namun ada yang merasakan tindakan tersebut hanyalah merupakan satu lagi bentuk lakonan di dalam lakonan. Ini kerana Pas sedar, sejak parti itu memutuskan untuk ‘bertahaluf siyasi’ dengan PKR dan DAP, sokongan terhadap mereka sudah semakin berkurangan khususnya di kalangan masyarakat Melayu dan Islam di luar bandar.

Di tambah pula dengan beberapa isu yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu terpaksa diketepikan oleh parti itu demi untuk menjaga hubungan dan hati pimpinan rakan sekutu mereka. Malah ada ketikanya parti itu turut dilihat seperti akur dan tunduk dengan tekanan yang diberikan oleh DAP dan PKR.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan perkara itu terus dijadikan isu untuk melemahkan Pas, mereka perlu melakukan sesuatu bagi mengembalikan sokongan dan keyakinan rakyat. Maka jalan terbaik adalah mewujudkan ‘kumpulan kecil’ untuk membuat ‘sedikit’ tentangan terhadap mana-mana tindakan PKR dan DAP yang dilihat agak melampau.


Motifnya mudah, supaya masyarakat khususnya penyokong dan ahli parti itu dapat melihat Pas bukanlah merupakan kuda tunggangan atau boneka di dalam pakatan pembangkang seperti yang didakwa sebelum ini.

Hanya dengan cara itu sahaja, Pas dapat membuktikan dan meyakinkan penyokong dan ahli mereka, parti itu masih mempunyai maruah untuk bersuara lantang dan garang.

Cuba klik dan baca disini (KLIK)


Sedangkan pada akhirnya, Pas tetap terpaksa bersetuju dan menerima segala keputusan yang telah dibuat oleh PKR dan DAP.

Contoh paling mudah, Pemuda Pas Pusat sebelum ini begitu hebat mengkritik dan mengecam tindakan PKR yang menjadi ‘pelacur politik’.

Namun selang beberapa hari, nada dan suara mereka itu mula berubah sehingga akhirnya bersetuju dengan pendekatan yang dicorakkan oleh Anwar Ibrahim.

Begitu juga Pemuda Pas Selangor yang sebelum ini menyatakan akan memboikot pilihanraya kecil sekiranya PKR gagal memberikan alasan yang munasabah secara bertulis.


Percayalah, sebaik sahaja SPR mengumumkan tarikh penamaan calon, tempoh berkempen dan pembuangan undi semua jentera parti itu akan berhempas pulas bagi memastikan kemenangan Anwar di Kajang. Semua ancaman, ugutan dan kritikan yang dilemparkan sebelum ini akan hilang begitu sahaja.

Begitu juga dengan kenyataan tegas yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor sebelum ini, kononnya Pas akan bertegas dalam soal perlantikan Menteri Besar yang baru sekiranya PKR ingin memecat Khalid.


Sama seperti drama yang dipentaskan sebelum in, akhirnya parti itu tetap akan akur dan tunduk dengan segala kehendak serta kemahuan Anwar Ibrahim. Dalam bahasa mudah, inilah yang dinamakan lakonan dalam lakonan.

Baik PKR mahupun Pas semuanya berlakon untuk menipu penyokong dan ahli sendiri.

Bak kata Awie, ini semua poyo….

4 February 2014

Indahnya Selangor setelah 2 penggal memilih 'Fuckatan Rakyat' mentadbir negeri. KLIK baca ni!


Emmm... Bukan saja ini, tapi banyak dah perkara yang bukan-bukan  seumpama ini berlaku di Selangor dan kita ketahui. Nak undi, dah pun di bagi undi.. Nak kuasa, dah masuk penggal kedua pun dapat memerintah...

Apa lagi yang PR mahu? Kalau begini balasannya? Phuiii! Moh baca, bawah ni...

SHAH ALAM 4 Feb. - Kira-kira 30 kakitangan anak syarikat kerajaan negeri, PKNS Holdings Sdn. Bhd. kesal dengan tindakan pengurusan tertinggi syarikat itu memecat mereka serta-merta berkuat kuasa semalam.

Menurut mereka, keputusan tersebut amat mengejutkan. Malah, mereka turut mendakwa pihak pengurusan tidak memberikan sebarang alasan pemecatan mereka. - UTUSAN ONLINE

MP: Kepada rakyat Johor... Kalau rasa nak merasa dan ingin lihat keadaan serupa seperti itu berlaku di negeri sendiri. Rakyat berbangsa Melayu yang ada tu, teruskanlah hidup berpecah belah ye... 

ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI



31 January 2014

MB SELANGOR: Khalid akui nasib dirinya 50-50... KLIK baca ni!



Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim akhirnya terpaksa mengakui tiada sebarang kepastian untuknya terus kekal menerajui kepimpinan negeri sekiranya Anwar Ibrahim berjaya memenangi kerusi Dun Kajang kelak. Dia yang berkata ketika diwawancara oleh salah sebuah portal pembangkang hanya mampu mengatakan 50-50.

"Dia (Anwar) boleh cakap 'Saya perlukan awak' atau 'saya tak perlukan awak,” katanya seperti yang dilaporkan oleh portal tersebut.

Walau bagaimanapun menurut Khalid ia bergantung pada keputusan Sultan Selangor sama ada berkenan untuk menerima sebarang cadangan untuk menukar Menteri Besar atau mengekalkan yang lama. Ini kerana perlembagaan Selangor menyatakan Sultan mempunyai kuasa istimewa untuk memilih calon sendiri walaupun calon yang dicadangkan mendapat sokongan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam erti kata sebenarnya memang wujud cadangan untuk melantik Anwar sebagai Menteri Besar yang baru sekiranya PKR berjaya mempertahankan kerusi Dun Kajang. Namun sama ada Anwar mampu merealisasikan impian tersebut atau tidak bergantung pada perkenan Sultan.

Persoalannya ialah sampai bila rakyat ingin terus diperbodohkan dan ditipu oleh makhluk yang bernama Anwar Ibrahim ini?

Ini kerana dia yang juga merupakan Ketua Umum PKR sebelum ini menafikan akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Menurutnya, segala dakwaan mengenainya adalah spekulasi semata-mata.


"Ianya spekulasi semata-mata dan perkara ini telah berlarutan semenjak tahun 2008," katanya sebelum ini.

Persoalannya ialah, sekiranya benar ia hanyalah spekulasi semata-mata, apa rasionalnya bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan? Untuk apa Anwar dipilih untuk bertanding sebagai Adun di kawasan tersebut? Dan yang paling penting, mengapakah Khalid sendiri seperti tidak pasti sama ada meneruskan tugasnya sebagai MB atau sebaliknya?

Kesimpulannya, Anwar sudah berada di satu tahap yang selesa sehingga menyebabkan dia mula merasakan rakyat adalah bodoh dan mudah terpedaya dengan segala kata yang keluar dari mulutnya. Apa sahaja yang dilakukan olehnya tidak menjadi hal, kerana yang penting sebaik sahaja dia membuka mulut semua akan ternganga dan memilih untuk mempercayainya secara bulat-bulat.


Walaupun dengan menjadikan sistem demokrasi negara ini seperti ‘sarkis’ Anwar yakin rakyat akan tetap memilih untuk percaya atau dalam bahasa mudah dikenali sebagai MACAI (Mempercayai Apasaja Cakap Anwar Ibrahim). Namun apa yang mereka tidak tahu ialah, Anwar sebenarnya layak di angkat sebagai haiwan politik (political animal) kerana sering berubah-ubah demi cita-citanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa di negara ini. Seperti kata orang, tak dapat jadi Perdana Menteri, tapi dapat jadi Menteri Besar pun jadilah.

Berikut adalah di antara penipuan demi penipuan yang pernah dilakukan oleh makhluk yang bernama Anwar Ibrahim ini:

18.08.2012 – Saya akan bersara sekiranya Pakatan Rakyat kalah dalam pilihanraya umum dan menumpukan perhatian untuk menjadi profesor.

07.05.2013 – Saya tidak bersara. Pakatan Rakyat kalah hanya disebabkan oleh bangla (pengundi hantu) dan blackouts.

20.11.2013 – Saya tidak sebut adanya pengundi dari Bangladesh, itu semua adalah fitnah jahat Umno

27.01.2014 – Saya tidak akan menjadi calon untuk kerusi Dun Kajang

28.01.2014 – Khalid akan kekal sebagai Menteri Besar. Saya tidak akan ambil alih jawatan MB.

x.x.2014 – (rasanya ramai yang sudah dapat meneka ungkapan yang bakal Anwar sebutkan nanti, selepas berjaya menang di Dun Kajang)

ARTIKAL BERKAITAN: KLIKSINI

30 January 2014

#PRKKajang : Permohonan maaf Rafizi 'sarkas' politik Anwar. KLIK saksi video!


Rafizi Jambu Terpaksa Mohon Maaf Bagi Pihak Anwar

Menyedari tindakan bodoh PKR yang popular dengan panggilan Parti Kangkung Rakyat pada ketika ini telah memaksa Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli membuat permohonan maaf secara terbuka bagi menagih simpati rakyat.

Melalui posting terbaru di laman blognya, Rafizi mengakui tindakan partinya itu, telah mengakibatkan wang rakyat terpaksa digunakan bagi membiayai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

"Tidak ada alasan untuk membazirkan wang rakyat dan untuk itu saya memohon maaf dan parti bersedia untuk dihukum oleh pengundi di Kajang," katanya yang mengaku bertanggungjawab menyusun langkah politik itu.

Menurut ahli parlimen Padan itu juga, tidak ada penjelasan yang dapat diberikan bagi meredakan kemarahan rakyat terhadap langkah politik itu. Selaku orang yang bertanggungjawab dia juga akan memikul sepenuh tanggungjawab sekiranya rakyat khususnya pengundi di Kajang bertindak untuk menghukum PKR di dalam PRK yang bakal berlangsung kelak.

Paling menarik dia turut mengakui wujudnya perbezaan pendapat dalam parti itu sehingga mengakibatkan mereka berpuak-puak sehingga menyebabkan rakyat merasa kecewa. Oleh itu langkah yang diambil ini kononnya untuk mengelakkan kerajaan PKR Selangor menerima nasib yang sama ketika Pas memerintah Kedah pada penggal yang lalu.

Dalam erti kata lain, Rafizi akhirnya terpaksa mengakui bahawa parti itu sedang bergolak dan saling berebut kuasa seperti yang dilaporkan oleh pihak media, blog dan laman sosial sebelum ini.


Persoalannya ialah, mereka sebelum ini bukan sahaja menafikan isu pergolakan tersebut malah dengan biadab mengatakan ia hanyalah khabar angin yang sengaja direka oleh pihak Umno dan BN.

Maka Rafizi sepatutnya perlu terlebih dahulu memohon maaf kepada semua ahli Umno di atas fitnah yang telah dilemparkan selama ini. Kerana pengakuan Rafizi itu jelas membuktikan bahawa PKR selama ini bukan sahaja cuba menutup isu tersebut, malah telah berbohong kepada rakyat bagi mengelakkan parti itu menerima cemuhan masyarakat.

Kesimpulannya ialah, permohonan maaf Rafizi itu hanyalah merupakan taktik murahan demi menagih simpati dan sokongan masyarakat yang jelas marah dengan permainan ‘sarkas’ politik ini.

Ini kerana sekiranya kemarahan tersebut GAGAL diredakan, ia bakal mengundang padah kepada parti itu. Natijahnya, Anwar selaku calon yang bakal diletakkan bertanding bagi mewakili PKR berkemungkinan besar akan menerima kekalahan yang memalukan.

KLIK link dibawah. Saksikan video permohonan maaf Rafizi Ramli :
https://www.facebook.com/photo.php?v=493345657453666

ARTIKAL TERDAHULU : KLIKSINI

29 January 2014

PRK KAJANG : Tabalkan Anwar sebagai 'Sultan Melaka' ..? KLIK baca ni!

Raja mana ni? Hahahaa!

KJ Sarankan Anwar Ditabal Sebagai Sultan Melaka

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyelar tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba mempersendakan sistem demokrasi negara. Menurut Khairy, tindakan PKR yang sengaja meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding adalah merupakan pendekatan ‘lawak’ dan menyarankan Ketua Pembangkang menobatkan dirinya sebagai Sultan Melaka.

“Apa punya lawak. Ada baiknya, tabalkan diri kamu sebagai Sultan Melaka” ujar beliau di laman sosial Twitter.


Menteri Belia dan Sukan itu, sebelum ini turut menyindir tindakan tersebut ketika merujuk tweet Timbalan Presiden PKR, Azmin yang mengatakan “zaman kegilaan’. Menurut Khairy “Sekarang saya benar-benar tahu apa maksudnya” sejurus selepas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar telah dipilih untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang.

Manakala bekas calon Timbalan Presiden PKR, Zaid Ibrahim turut mengecam tindakan tersebut.

“Saya masih tidak jelas kenapa perlu pilihan raya kecil. Anwar patut buat sesuatu yang berwibawa,” ujarnya.

Paling menarik apabila mantan mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang selama ini begitu cenderung mengkritik kerajaan, turut menghantam pendekatan politik pakatan pembangkang itu. Dia secara sinis mengatakan tindakan bekas Adun Kajang hanya bertujuan untuk memberikan laluan kepada kawan-kawan dan menghabiskan duit rakyat.

“Tak ada mana-mana YB nak letak jawatan lagi ke? Boleh bagi laluan (pada) kawan-kawan. Habiskan lagi duit rakyat. Pilihan raya kat main-main saja,” tulisnya.

Disebabkan isu perletakan jawatan dan pilihanraya kecil ini diumumkan, masyarakat turut merasakan ia bukanlah satu tindakan yang bijak.

Tambahan pula ia dilakukan kerana isu perbalahan dan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang sebelum ini hangat diperkatakan.

Berikut adalah antara pandangan masyarakat berhubung isu ini.

Mohd Salihin Nadzari : Lantik Anwar bertanding. Anwar ni dah jadi gila macam Sultan Melaka. Eloklah tu Sultan Melaka lak kahwin dengan Nurul Izzah. Nanti bolehlah bawa keturunan Sultan Melaka ke Kajang.

Harimau Malaya II: Kenapa perlu letak jawatan? Kenapa tidak bagi laluan pada Adun Pas sebagai Menteri besar Selangor? Yakinkah kalau Anwar Ibrahim menang dapat restu Sultan sebagai Menteri Besar? Semalam Anwar menafikan bertanding di Dun Kajang, hari ini MB Selangor umum Anwar bertanding. Hari ini Anwar nafikan hendak jadi MB Selangor, nanti dah menang apa yang berlaku? Apa alasan ADUN Kajang letak jawatan? Sakit nazak atau dah mati? Kenapa Anwar jadi calon? Tidak ada ke, anak Selangor yang sesuai jadi calon Dun Kajang?

Harimau Malaya II : KALAU ADE CALON BEBAS MACAM MANA ?? SALAH BN KA ??? KENAPA ADUN KAJANG LETAK JAWATAN WALHAL X NAZAK,XSAKIT DAN X MATI ??? APA KENA MENGENA SELANGOR DAN PUTRAJAYA ???? KALAU BN BERTANDING PON BKN BN DPT RAMPAS SELANGOR .. KENAPA HALANG BN BERTANDING WALHAL MALAYSIA AMALKAN DEMOKRASI ?? SIKIT2 DA NAMPAK BELANG,KEBODOHAN DAN KETAMAKAN ANWAR ......RENUNGKAN

Triton Hilux : Tak tahulah apa alasan yg kukuh utk letak jawatan, dulu rakyat dah mengundi dan menyokong anda, jangan sampai rakyat hilang kepercayaan kepada PR (PKR)

Suzana Elani : duk pompang bn barang naik anwar pkr buat pembaziran hanya krn anwar nak jadi SEORANG ADUN

ARTIKAL BERKAITAN : KLIKSINI



SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.