GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

30 September 2011

Sah Lim Guan Eng memburukkan Johor... Klik, saksi video ni!

Sikap kurang ajar pemimpin DAP ni tahap melampau... Keceluparan mulutnya yang memburuk-burukkan negeri Johor sungguh mengecewakan kawan. KLIK SINI

Tak usah lah lu nak pusing cakap apa lagi Lim Guan Eng...  Lu tengok la, ini apa?

Lim Guan Eng... Jangan lu nak cari pasal dengan Johor!



Kenyataan berbaur ugutan dan dendam terhadap negeri Johor yang dikeluarkan Lim Guan Eng telah menyebabkan Sultan Johor berasa tersinggung.

“Memang beta tersinggung apabila beta tahu tentang kenyataan itu. Tetapi sebagai Sultan, beta tidak mahu diseret ke dalam arena politik,”

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar

Susulan itu, ramai rakyat Johor mendesak Lim Guan Eng segera meminta maaf kepada Sultan Johor. Selain Sultan, rakyat Johor juga berasa terkilan dan marah ke atas Lim Guan Eng itu yang dianggap sangat melampau.

Berikutan keceluparan mulutnya, rakyat Johor mahukan Kerajaan Johor menyekat Lim Guan Eng masuk ke Johor. Ini bertujuan memberikan kesedaran kepada Lim Guan Eng bahawa bukan semudah untuknya memburukkan nama Johor yang pada hakikatnya lebih baik berbanding Pulau Pinang yang ditadbirnya.

Kenyataan pedas Lim Guan Eng di Singapura tempoh hari disifatkan sebagai seolah-olah dirinya (Lim Guan Eng) bukan warganegara Malaysia kerana sanggup memburukkan nama rakan senegeri. Sebaliknya, Lim Guan Eng digesa untuk menjelaskan kerakyatannya untuk kepastian rakyat Malaysia.

Keceluparan Lim Guan Eng juga dilihat mempunyai maksud tersirat dan dalam konteks yang luar secara langsung telah mencemarkan nama baik Malaysia. Kebiadapan Lim Guan Eng juga dipersoalkan berasaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
 
Daulat Tuanku!

29 September 2011

ISU HUDUD: Dah agak dah, Pok Nik oiii.... Tengok ni!!!



Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan Pas kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang menghormati pendirian Pas dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.


“Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang selama tiga jam di sini malam tadi.


Turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.


Ketika ditanya sama ada isu hudud akan terus diketepikan pada masa akan datang, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, gabungan itu tidak ada masalah untuk membincangkan tentangnya kerana berpegang pada prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara. 


Sumber— Bernama

Saksikan video sidang akhbar di bawah:





Kata Kawan:
Haaa... nampak tak? Dah agak dah keputusannya begini... Apa ni Pok Nik? 
Dah tu, UMNO juga yang salahkan...

Ini lah sifat munafik PAS yang tak boleh diikut...
Emm,.. Ayuh lah Pas totok. Turun lah ke jalan 
buat demo desak hudud diadakan ... 

28 September 2011

PAS Setuju Gugurkan Hudud? Klik, baca sini!



Meskipun arahan dikeluarkan untuk semua pemimpin Pakatan Rakyat menutup mulut mengenai Hudud sehingga mesyuarat mengenainya diadakan esok, namun ramai yang menjangkakan yang PAS akan menggugurkan saja Hudud memandangkan ianya bertentangan dengan aspirasi Pakatan Rakyat.


Setakat ini, Presiden PAS sendiri tidak membuat sebarang kenyataan mengenai isu ini kemungkinan besar kerana buntu.   Jelas, PAS, DAP dan PKR kini tersepit dan seperti biasa menyalahkan UMNO kononnya isu hudud ini ditimbulkan UMNO untuk memerangkap mereka.
Umum tahu yang mula-mula membangkitkan semula isu hudud bukanlah UMNO, bukan Najib, dan bukan juga Tun Dr. Mahathir tetapi Mursyidul Am PAS sendiri, iaitu Nik Aziz setelah terdedah bahawa rakyat Kelantan yang paling banyak menghidap HIV/AIDS.
Lalu, bagaimana pula jika Nik Aziz yang cakap, UMNO pula yang dituduh memerangkap?   Takkanlah UMNO yang mengupah Nik Aziz untuk memerangkap Pakatan Rakyat?   Dan takkanlah UMNO pula yang menyuntik rakyat Kelantan dengan HIV/AIDS?
Lagipun Pakatan Rakyat tidak seharusnya boleh diperangkap atau terperangkap dalam isu seperti ini jika ketiga-tiga parti benar-benar mempunyai hala tuju, prinsip dan manifesto yang jelas, pasti dan utuh.
Perbalahan yang berlaku hanya membuktikan lagi bahawa kesepakatan Pakatan Rakyat sebenarnya amat rapuh malah mungkin tidak wujud sama sekali melainkan hanya lakonan di hadapan rakyat semata-mata.
PAS sebenarnya sedar, walaupun Nik Aziz mungkin tidak sedar, bahawa untuk melaksanakan hudud bukanlah mudah.   Kalaupun Kelantan dibenarkan untuk menggunapakai undang-undang hudud, mereka perlu terlebih dahulu merangkanya dan menggubal undang-undang negeri dengan terperinci.  Mereka tidak boleh terus melaksanakannya dengan sekelip mata dan di masa yang sama mengharapkan agar statistik jumlah penghidap HIV/AIDS di Kelantan akan menjunam dalam sekelip mata juga.
Undang-undang hudud jika tidak diperincikan secara halus akan membawa kepada kezaliman.
Dengan rekod mahkamah Kelantan yang sanggup melepaskan Mat Sabu dari tuduhan khalwat walaupun bukti begitu jelas, bagaimanakah kita dapat meyakinkan diri yang pegawai-pegawai agama yang ada dapat berlaku adil dalam kes-kes lain?
Bagaimana kita memastikan yang mahkamah hudud Kelantan akan berlaku adil kepada semua termasuk pemimpin-pemimpin PAS yang berzina dengan isteri rakan mereka?   Bagaimana kita dapat diyakinkan bahawa jika pemimpin PAS yang terlibat dalam kesalahan, maka mereka tidak akan diampunkan begitu saja oleh Pendita Nik Aziz sepertimana yang dilaporkan berlaku dalam kes ADUN Selinsing?
Lebih membimbangkan lagi ialah hakikat bahawa Kelantan menjuarai kes-kes rogol, liwat, cabul dan sebagainya yang berkaitan dengan seks.   Memandangkan tidak ada satu pun kes-kes ini yang mempunyai empat saksi dari kalangan manusia waras, lagi yang suci dari dosa, yang dengan sengajanya menunggu melihat sehingga jenayah tersebut berlaku sebelum mencekup pesalah, maka bagaimanakah keadilan dapat ditegakkan bagi pihak mangsa?
Bukankah mengikut hudud, jika seorang wanita yang belum berkahwin dirogol dan kemudiannya mengandung, akan berhadapan dengan tuduhan zina jika gagal mengemukakan empat saksi dari kalangan manusia suci dan waras?
Jika perkara ini tidak digariskan dengan terperinci, bayangkan entah berapa ramai mangsa rogol yang mengandung akan direjam kerana dituduh berzina?  Entah berapa ramai perogol yang akan terlepas dan bermaharajalela?
Atau apakah ini yang sebenarnya Ustaz-ustaz PAS inginkan iaitu agar mereka dapat melampiaskan nafsu di mana saja kerana tidak mungkin tertangkap selagi tiada empat saksi?
Namun, apa yang lebih memusykilkan lagi kita semua ialah hakikat bahawa Presiden PAS sendiri, iaitu Hadi Awang telah menyatakan bahawa hudud bukanlah ciri-ciri utama negara Islam tetapi hanya mewakili 0.001% dari kenegaraan Islam tatkala ditanya mengenainya sewaktu menerajui Terengganu satu ketika dahulu.
Manakala di dalam Muktamar yang lalu pula, PAS telah pun mengumumkan penukaran hala tuju daripada Negara Islam kepada Negara Kebajikan yang mana undang-undang hudud pastinya tidak lagi akan menjadi persoalan.
Nampaknya, PAS sebenarnya telah diperangkap oleh Nik Aziz secara tak sengaja akibat terlalu tertekan dan kalut untuk menepis hakikat kerosakan moral rakyat Kelantan yang jauh lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain.
Sebenarnya PAS tidak perlu mengarahkan semua pemimpin PR menutup mulut dalam isu ini, lebih wajar jika mereka menutup mulut Nik Aziz seorang sejak dari dulu lagi.
Jika kita percaya dengan hukum karma, maka apa yang berlaku kepada Nik Aziz bolehlah dikatakan sebagai ‘karma’.  Ertinya, Nik Aziz telah terkena kutukan sendiri iaitu segala apa yang ditohmah dan dihinanya terhadap orang lain terutamanya Tun Dr. Mahathir kini sedang menimpa dirinya sendiri.    Tindakan PAS terus ‘membela’ Nik Aziz umpama ‘membela’ hantu raya yang akhirnya akan tetap memakan tuannya.   Mungkin sebab itu Nik Aziz hari ini menyatakan yang DAP umpama takut melihat hantu.
Kita yakin, dalam mesyuarat esok, PAS tetap akan akur kepada ‘kehendak’ politik Pakatan Rakyat  Mesyuarat berkenaan hudud esok hanyalah untuk mencari alasan yang terbaik untuk tidak melaksanakan hudud dan bukannya untuk berbincang mengenai akan atau tidak akan melaksanakan hudud.
Namun, walau apapun keputusan mesyuarat tersebut, yang pastinya agama tetap akan dipermainkan dan UMNO tetap akan dipersalahkan. 

27 September 2011

VIDEO SEKS 2: Anwar Ibrahim bersama 2 perempuan Thai? Klik, tengok..

Sudah empat hari agenda daily dan tiga hari blog papagomo melaporkan tentang pengakuan saya yang menyatakan saya yelah menonton video ke dua yang membabitkan seorang lelaki yang saya yakin ianya Anwar Ibrahim bersama perempuan Thai.

Yang sebenarnya saya tidak berniat untuk menulis apa yang saya lihat atas beberapa faktor yang tidak perlu saya jelaskan di sini. Jika saya nak tulis sudah lama saya tulis kerana telah empat bulan saya menontonnya.

Tetapi oleh kerana sehari dua kebelakangan ini saya menyampah melihat gelagat Nurul Izzah yang meroyan apabila SKMM mengarahkan klip video undilah ditarik balik. Alang-alang dia nak bercakap pasal video , maka saya rasa lebih baik saya bercerita tentang apa yang saya lihat dalam klip video yang memaparkan seorang lelaki yang saya yakin itu papanya.

Nurul Izzah meroyan sebab dalam klip video undilah ada memaparkan gambarnya. Dasar gila glamor punya manusia. Punca sebenar klip video berkenaan ditarik balik untuk siaran tv kerana belum lagi mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem. Tetapi anak Anwar meroyan bagai nak rak dan berkata SKMM diperkuda demi permainan politik seorang menteri yang sudah jelas ketinggalan zaman, yang semakin hilang ditelan arus pemodenan corak politik tanah air.

Sekarang mari saya cerita pula kisah seorang ahli politik yang menghadapi masalah moral yang teruk sejak zaman-berzaman dan memperkudakan rakyat hanya semata-mata gila hendak jadi PM.

Saya telah menonton video berkenaan di Hadyai pada minggu terakhir bulan Mei 2011 ketika saya ke sana menemani isteri untuk membeli barang-barang perniagaannya. Ianya ditunjukkan oleh seorang rakan warga Thai.

Saya difahamkan video berkenaan di rakam di sebuah hotel yang bukan bertaraf lima bintang di Bangkok.

Ianya bermula dengan lelaki yang berpakaian kemas yang wajahnya sebiji seperti Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik berkenaan dari pintu bilik bersebelahan (connecting room). Terdapat dua perempuan di dalam bilik berkenaan. Saya difahamkan seorang perempuan tukang urut dan seorang lagi pelacur.

Kemudian lelaki yang saya percayai Anwar Ibrahim itu membuka pakaiannya dan memakai 'robe hotel'. Kemudian lelaki tersebut berjalan-jalan sambil memegang telefon tangan. Manakala perempuan pelacur diminta ke bilik sebelah kerana lelaki berkenaan hendak mengurut terlebih dahulu.

Selepas itu lelaki tersebut membuka jubah berkenaan dan tidur meniarap dalam keadaan berbogel, lalu diurut oleh tukang urut wanita berkenaan. Sambil diurut tangan lelaki itu sibuk melayan telefonnya. Mungkin dia sedang menghantar sms atau membalas sms-sms yang dihantar kepadanya atau sedang melayan FB dan mungkin juga sedang tweet.

Boleh jadi juga dia ingin membuktikan kepada isteri atau anak-anaknya dia tidak melakukan sebarang aktiviti tidak bermoral semasa di Bangkok kerana setiap minit atau selang beberapa minit dia sentiasa berada di talian.

Hanya setakat itu yang saya lihat, masa tidak mengizinkan kerana isteri saya sedang menunggu dalam kenderaan dan kami harus pulang segera ke Malaysia. Video tersebut panjang. Ianya memakan masa lebih daripada satu jam. Saya difahamkan selepas aktiviti urut mengurut selesai barulah lelaki berkenaan melakukan hubungan seks dengan pelacur yang sedang menunggu di bilik sebelah.

Saya ada meminta dari rakan berkenaan untuk menyalin video tersebut, tetapi beliau tidak dapat memberinya pada waktu itu dan berjanji akan menghantar kepada saya kemudian. Tetapi sehingga ke hari ini saya tidak menerimanya.

Maknanya video berkenaan tidak ada dalam simpanan saya sepertimana yang diberitahu oleh Papa Gomo. Dari mana beliau ada maklumat yang saya ada video berkenaan saya pun tidak mengetahuinya.

Mungkin beliau cuba serkap jarang atau hendak alihkan perhatian daripada beliau kepada saya. Ini kerana saya difahamkan Papa Gomo yang ada menyimpan video berkenaan , bukannya saya.

Sumber: Kenyataan dari RBFOnline

23 September 2011

Berapa banyak dah video blu Anwar ni... Kat Thailand pulak???

Ishh.. ada lagi video hang Anwar oi.. Apa dah jadi Anwar.. Awatla hang ni kuat sangat main nih.. Kuat sungguh berzina. Bini hang dah tak larat layan ka? Bontot hang bantai, pelacur hang sapu, dengaq kata pondan pun hang tibai. Hang memang Anugerah tuhan yang paling hebat dalam hal membuat dosa.

Lu memang dahsyat la
Bro Anwar Bin Ibrahim, atau singkatannya B.A.B.I

Kalau benar ini bukan preview video hang yang kedua, apa kata hang saman saja blogger-blogger yang siarkan video hang tu? Amacam, ada bran ka?     Sumber - KKKL


Kata Kawan: 
Siri video terbaru ni akan di siarkan dalam beberapa hari lagi... Tungguuuuu!!!
 

22 September 2011

Anak Mat Sabu pun mulut longkang... Apa kata Timb. Ketua Polis Negara? Klik tengok sini..

Timbalan Ketua Polis Negara menasihatkan Ahmad Saiful Islam, anak kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu supaya tidak membuat kenyataan sembarangan terhadap polis tanpa mempunyai bukti.

Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kenyataan anak lelaki Timbalan Presiden Pas itu yang menuduh pihak polis sebagai dalang dalam kejadian cubaan membakar rumah mereka baru-baru ini adalah menghairankan dan tidak masuk akal.

"Jangan cakap sembarangan. Sudahlah bapak dia (Mohamad Sabu) cakap lepas, janganlah anak pun sama jugak. Kalau tiada asas untuk membuat tuduhan sedemikian, jangan,” katanya kepada pemberita selepas melawat pangkalan Pasukan Gerakan Marin Wilayah Dua di Tampoi, hari ini.

Katanya, jika Ahmad Saiful mempunyai bukti menyokong dakwaannya bahawa polis terlibat, beliau boleh membuat laporan polis atau jika enggan berbuat demikian, boleh berjumpa dengannya atau Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Khalid berkata, demikian sebagai mengulas kenyataan anak lelaki Mohamad Sabu yang menuduh polis sebagai dalang di dalam kejadian cubaan membakar rumah mereka baru-baru ini. 

- Bernama

21 September 2011

Tun M maki Nik Aziz? Klik tengok sini...

Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar, Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.

"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi...ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (Pas) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya ketika diminta mengulas hasrat Pas untuk melaksanakan hudud di negeri itu. 

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana Za”ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini. Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, dilaporkan pernah berkata individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Dr. Mahathir dan bukan pengerusi DAP Karpal Singh. 

Dr. Mahathir turut menempelak kerajaan Kelantan yang disifatkannya sebagai beriya-iya untuk mengamalkan undang-undang Islam tetapi pada masa sama gagal mengawal penduduk Kelantan sehingga menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun sejak 2008.

Sumber : Bernama 

Kata Kawan:
Haaaa... Apa lagi tunggu Pok Nik? Jalan laaa.... Heheheheee!!!

 

KES LIWAT: Anwar tunjuk bengan, bila najib tolak 'Sapina'... Klik tengok video ini...

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyelar Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak kerana enggan menjadi saksi dalam perbicaraan Fitnah II terhadapnya.

Ia berikutan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, memohon mahkamah mengenepikan perintah sapina agar mereka hadir sebagai saksi dalam perbicaraan itu.

Keenganan Najib, yang sebelum ini berjanji akan hadir jika dipanggil mahkamah disifatkan Anwar sebagai ‘berundur sebelum bertempur’ .

“Ini kurang menyenangkan kerana beliau (Najib) sudah berjanji akan hadir ke mahkamah jika disapina sebelum ini.

“Katanya dia tidak terlibat. Kalau tidak terlibat, kenapa dia pernah bertemu (pengadu) Saiful sebelum ini?,” soal Anwar ketika ditemui selepas selesai perbicaraan kes Fitnah II petang tadi.

“(Tetapi) dia (Najib) pilih untuk berundur sebelum bertempur.

“Kurang ‘cool,” kata Anwar sinis merujuk tindakan Najib menonjolkan imejnya sebagai ‘kool’ dan sempoi, di dalam laman sosial untuk memikat pengundi muda, termasuk menghadiri sebuah konsert baru-baru ini.

Najib dan Rosmah petang tadi membuat permohonan mengenepikan perintah itu melalui empat peguam iaitu Datuk Sallehuddin Saidin, M Athimullah, Teh Poh Teik dan juga Ghazi Ishak.

Pada 8 Ogos lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mendengar kes itu, membenarkan permohonan Anwar untuk menyoal 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah, untuk dijadikan saksi pembelaan.

Peguam Anwar mahu mengheret Najib dan Rosmah ke mahkamah kerana mereka pernah menemui pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pertemuan itu diatur beberapa kali sebelum pemuda itu membuat laporan polis mendakwa diliwat ketua pembangkang itu pada 26 Jun 2008.

Saksikan kenyataan Anwar di video ini...


Kata Kawan:
Emm...Elok la tu... Yang sedap dia... Wat apa kita pulak yang nak sakit kepala... 
Lu jawab la sendiri Nwar oiiii!!!

HANGAT!!! Parti KITA bergolak panas... Presiden diminta letak jawatan...

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), yang ditubuhkan Januari lepas, kini bergolak apabila ramai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu mengecam hebat tindakan “tidak beretika dan tidak mengikut perlembagaan” Presiden Datuk Zaid Ibrahim memecat anggota CWC baru-baru ini. 

Tindakan memecat tiga anggota CWC — setiausaha pusat Abdul Latif A. Tambi, bendahari Rashid Azad Khan dan anggota CWC Muhammad Firdaus Christopher — dikatakan dibuat tanpa sebarang sebab kukuh dan hanya menerusi surat tidak rasmi iaitu hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). 

Dalam satu e-mel kepada Bernama hari ini, seorang anggota CWC parti itu, Mohd Zahrein Zakariah berkata, beliau akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa parti sebagai saluran undang-undang untuk mendesak Zaid meletak jawatan. 

"Presiden telah menyimpang jauh daripada matlamat parti ditubuhkan. Tidak ada pergaduhan dalam KITA cuma ada mereka yang memutuskan untuk bercanggah dengan prinsip parti ditubuhkan dan ini termasuklah ketua parti Zaid Ibrahim. 

"KITA bermatlamat menjadi parti pembangkang utama di Malaysia, dan kami tetap teguh dengan pendirian itu serta menjadi tanggungjawab saya menentang tindakan Zaid baru-baru ini yang berlawanan dengan prinsip parti,” katanya. 

Sumber - Bernama21/09/2011

20 September 2011

Dr Asri kata lain.. Nik Aziz kata lain??? Klik tengok...

Hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini kerana keadaan tidak kondusif dan tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan pihak lain kerana tidak melaksanakan hukum itu, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. 

Katanya, jika dilaksanakan juga, ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini.

"Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas membentangkan kertas kerja di seminar Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Bagaimanapun kata Mohd Asri, apa yang penting dan patut dilaksanakan sekarang ialah usaha memperjuangkan untuk mewujudkan suasana itu, seperti memberi kefahaman kepada rakyat mengenai hukum tersebut dan persediaan sebelum undang-undang berkenaan dapat dilaksanakan. 

"Keadaan yang ada di negara kita sekarang tidak menunjukkan suasana kondusif untuk melaksanakan hukum hudud, dan dalam konteks ini kita tidak boleh menyalahkan sesiapa," katanya. 

Dalam kertas kerjanya bertajuk "Hudud suatu Perbincangan: Tanggapan, suasana dan Keberkesanan", Mohd Asri berkata, hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam.

Sebaliknya kata beliau, asas kenegaraan dalam Islam ialah menegakkan keadilan untuk rakyat berasaskan prinsip al-Quran dan hadis nabi serta mencegah perkara mungkar, iaitu perkara membawa kemudaratan dan berbahaya kepada rakyat. 

Hudud hanyalah mekanisme mengatasi jenayah dan ia dilaksanakan apabila syarat dipenuhi dan suasananya kondusif, katanya. 

Beliau berkata, kekurangan kegiatan jenayah dalam negara menurut Islam bukan disebabkan hukumannya saja, tetapi keadilan yang merata dan kebajikan rakyat yang dipelihara. 
 
Sumber - BERNAMA
 
Kata Kawan:
Dr Asri... Pi la bagitau hal ni kat Nik Aziz tu.... Bagi dia tambah paham sikit.
Kalau tidak pun, buat debat la sama dia... Nik Aziz ada berani ka?
 
 

Renungan Buat Peneroka Felda.. Klik tengok sini...

Perkara ini pernah kami bongkarkan tidak lama dahulu. Sebelum ini, peneroka-peneroka Felda Kemahang yang menang saman terhadap Felda akibat dari kesilapan teknikal pihak Felda, telah menghantar surat kepada Bar Council akibat tidak berpuas hati dengan peguam yang mewakili mereka iaitu Tetuan Wan Rohimi & Asmadi. Sekarang mereka telah maju setapak lagi iaitu dengan mengambil tindakan mahkamah terhadap peguam pujaan mereka ini dengan menyaman peguam tersebut.

Tidak lama lagi, perkara yang sama juga akan berlaku terhadap kes-kes menyaman Felda yang lain. Kesimpulannya, yang dapat tulang ialah peneroka manakala yang dapat daging adalah peguam. Lihatlah sahaja, sekarang ini, peguam-peguam pembangkang seperti Latheefa Koya, Sivarasa dan ramai lagi sedang berlumba-lumba meyakinkan peneroka yang pro pembangkang untuk menyaman Felda.
Peguam-peguam yang kenyang... Peneroka di belakang dapat tulang je...
Kalau kes kalah, mereka tetap dapat bayaran dan kalau menang, mereka akan dapat habuan yang lebih besar. SIAPA YANG UNTUNG???? Fikirkanlah.....
 
Sumber : Kedah Ke KL

19 September 2011

VIDEO SEX ANWAR: Video penuh ni woiii.... Klik, tengok la..

Macam mana? Ada pecaya ka???




Ini ka, mamat yang nak jadi PM tu? Lu pikir la sendiri... 
Kantoi dah!!! Kehkehkehhhh....

‘Niat nak buang warisan’ pakatan haramjadah ni... Klik tengok!

Kenyataan wakil rakyat DAP, M. Manoharan yang mahu menukar Jalur Gemilang sekiranya memperoleh kuasa merupakan bukti jelas bahawa pembangkang sedia mengubah segala-galanya termasuk Perlembagaan Persekutuan.

Perkara yang diucapkan oleh Manoharan nampak sangat menunjukkan niat sebenar puak-puak pakatan haram ni bahawa mereka sentiasa berusaha menghapuskan warisan dan sejarah negara yang selama ini amat dipertahankan oleh rakyat.

Kenyataan bersifat kurang ajar itu disiarkan ADUN DAP terbabit menerusi  Facebook miliknya kelmarin

Itulah yang akan berlaku sekiranya pembangkang diberi peluang untuk memerintah.

Puak-puak pakatan haram ni, memang langsung tak menghormati hak dan budaya warisan bangsa. 

Segala apa yang dilakukan sejak merdeka hingga hari ini hingga sekarang memang tidak dinafikan ia adalah hasil perjuangan rakyat menerusi BN. Sebab itu pihak pembangkang mahu menafikan pencapaian ini.

Nampak sangat kebodohan pemimpin-pemimpin pembangkang ni... Sampai tak kenal yang mana di kata kan warisan dan yang mana di katakan politik.

Sekarang pikir la masak-masak dan nilai kenyataan mereka serta tindak tanduk mereka kebelakangan ini... Pikir secara rasional kerana kesan daripada hasrat tersebut boleh memberi implikasi paling buruk kepada negara serta kita rakyat yang merdeka...

Tak mustahil boleh terbalik perlemangaan yang ada tu kalau pakatan haramjadah ni di beri peluang memerintah nanti... Sendiri mau ingat la!!!

Berikut adalah antara jawapan Manoharan yang turut menyentuh rekabentuk bendera Malaysia meniru bendera Amerika dan bendera Malaysia itu harus ditukar kerana ianya terlalu melambangkan Barisan Nasional, katanya... 



16 September 2011

Perutusan Hari Ulang Tahun 'Kabinet 16 Sept.' Anwar??? Klik tengok video ni...

Dalam pada kita menyambut hari Malaysia pada 16 Sept, hari ini, janganlah kita lupa kepada kabinet 16 Sept Anwar yang dicanang di seluruh dunia tiga tahun yang lalu. 

Tarikh ini kena ingat kerana ianya merupakan berlakunya cubaan untuk menjajah pemikiran kita semula. 

Kabinet 16 Sept yang hari ini tinggal kenangan dan diyakini akan menjadi lipatan sejarah buat selama-lamanya kepada Anwar dan sekutu pembangkang lain yang sehingga ke hari ini masih termimpikan Putrajaya.

Setelah sekian lama kita bebas daripada penjajahan, rupa-rupanya masih ada lagi segelintir manusia yang berhati busuk cuba menjajah pemikiran kita rakyat Malaysia. Biarlah kabinet 16 Sept ini terus terpahat bersama Anwar.

Tahun ini merupakan “ulangtahun ketiga kabinet 16 Sept” Anwar apabila beliau mencanangkan seluruh ceruk negara dan dunia bahawa pada tarikh tersebut sejurus pilihan raya umum pada 2008 yang lalu bahawa beliau bersama kuncu-kuncunya akan mengambil alih Putrajaya.

" Tahniah " kepada rakan-rakan dan macai-macainya di dalam pakatan pembangkang yang haram masih setia menjadi pencacai dan pengampu kepada manusia hipokrit yang bernama Anwar Ibrahim.

Sungguhpun ditipu dalam peristiwa 16 Sept lalu, mereka masih taat dan sanggup menjadi pak turut kepada Anwar yang hanya mementingkan nawaitu untuk menjadi Perdana Menteri.

Masihkah kau ingat???


Mengapa masih ramai percaya dengan kata-kata 
retorik si penipu besar ini?. 
Sedarlah, wahai pencacai PR... 
Anwar tak layak menjadi Perdana Menteri... 
Ada akai ka?

15 September 2011

PERUTUSAN HARI MALAYSIA - DS NAJIB.. Wajib baca...

By  :  DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Venue  :  ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR
Date  :  15/09/2011
Title  :  PERUTUSAN HARI MALAYSIA - (M)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Hari Malaysia.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.
1.         Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut  ulangtahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.
2.         Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni. Bermula daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini, hasil mahsul perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan begitu mapan, kita telah berjaya muncul sebagai negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh.
3.         Apa yang sewajarnya dilakukan demi survival serta kesejahteraan rakyat terus meningkat lagi terjamin dalam dunia yang amat kompetitif dewasa ini, marilah melipatgandakan usaha bagi menambahbaik daya saing nasional melalui penggunaaan kreativiti, inovasi dan menjulat usaha penciptaan kekayaan baru berasaskan sifat keusahawanan mandiri. Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa wujudnya perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
4.         Membelek helaian-helaian tawarikh, apabila negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu sehingga Malaysia dibentuk enam tahun kemudiannya, bersama-sama Sabah dan Sarawak, banyak pihak ketika itu, sama ada pemerhati asing, mahupun warga tempatan berasa ragu-ragu serta waham mempersoalkan tentang, sebuah negara baru yang negeri-negerinya terpisah dek Laut Cina Selatan, sedang diancam pula pemberontakan komunis, dengan separuh penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan, ditambah oleh faktor kemajmukan demografik yang luar biasa kompleksitinya, mungkinkah mampu untuk kekal utuh sebagai sebuah negara bangsa apatah lagi untuk berjaya?
5.         Ternyata, pencapaian Malaysia selama ini, bertatih dan berjalan jatuh untuk mengecap nikmat kejayaan diiringi sebuah takdir yang penuh cabaran. Jika disisir sejarahnya, semacam satu keajaiban diawal usia setahun jagung meraih kemerdekaan, hakikat yang tersebut tadi ditambah berat pula dengan penerimaan sistem dan falsafah pentadbiran negara berasaskan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan serta Persekutuan, telah diterima amal secara tuntas oleh kita begitu awal ketika mana proses pembudayaan masih lagi tidak matang.
6.         Jelas sekali, sebelum merdeka, warga tiga belas buah negeri yang bersatu membentuk Malaysia tidak pernah berpeluang untuk memilih kerajaan yang akan memerintah sekalipun corak pentadbirannya.  Kewujudan mereka hanyalah sebagai rakyat negeri-negeri naungan atau tanah jajahan yang diberi keistimewaan politik terhad mengikut budi bicara kuasa pemerintah. Pastinya, ini, bukanlah hak politik tulen yang terbit daripada kewarganegaraan sebuah negara merdeka serta berdaulat.  
7.         Menyingkap fakta, sebelum merdeka, pemilihan politik pertama yang berlangsung di mana rakyat telah diberi peluang secara terhad untuk memilih wakil mereka adalah semasa pemilihan beberapa Majlis Perbandaran pada tahun 1952 dan seterusnya pemilihan sebahagian Anggota Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955. Sebaliknya, hanya tahun-tahun selepas merdeka bermula 1959, rakyat mula diberi hak dan tanggungjawab sepenuhnya untuk memilih semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri sebagai hak budi bicara mutlak dalam menentukan parti manakah bagi membentuk kerajaan.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
8.         Sememangnya kita perlu bersyukur kerana dari masa hingga masa, walau apapun rintangan menjelma, sama ada bersifat dalaman mahupun luaran yang telah mengancam demokrasi dan kebebasan individu seperti pemberontakan komunis, konfrontasi menentang penubuhan Malaysia, rusuhan kaum, kemelesetan ekonomi, ekstrimisme agama mahupun cauvinisme perkauman, Alhamdulillah, setiap satunya telah berjaya ditangani dan dihadapi menggunakan kerangka tindakan berhemah, demokratik berasaskan prinsip keluhuran perlembagaan serta  kedaulatan undang-undang.
9.         Barang harus diingat jua, sepanjang tempoh tersebut tidak pernah terlintas di benak pihak kerajaan walau sedetikpun untuk menukar sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sedia ada dengan sebarang sistem anti-demokratik, waima betapa getir cabaran yang dihadapi. Seperti terakam pada susur galur negara, disebabkan tragedi 13 Mei, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bertindak atas nasihat YAB Perdana Menteri ketika itu menurut peruntukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, telah mengisytiharkan darurat.
10.       Salah satu kesan pengisytiharan darurat 1969 tersebut adalah proses pilihanraya yang belum selesai di Sabah dan Sarawak telah digantung. Peristiwa selanjutnya yang berlaku adalah pemilihan Dewan Rakyat telah disempurnakan dalam tempoh lebih kurang dua puluh bulan kemudian dan sistem Demokrasi Berparlimen dipulih kembali apabila keamanan negara telah stabil seperti sediakala.
11.       Kendatipun begitu, Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa tersebut merangkap Menteri Pertahanan yang telah diamanahkan mengetuai Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN, dengan memiliki kuasa mutlak eksekutif dan perundangan, tidak pernah menyimpan hasrat untuk mengekalkan kuasa-kuasa tersebut lebih lama daripada apa yang perlu.
12.       Sudah terang lagi bersuluh, Allahyarham Tun bersama rakan-rakan ketika itu amat menyedari bahawa kuasa luar biasa tanpa sempadan yang tergenggam di tangan mereka tersebut tidak boleh sekali-kali dijadikan suatu kelaziman demi masa depan negara tercinta. Sebaliknya, mereka faham kuasa total itu sekadar suatu amanah untuk mengekang dan mengawal tragedi serta kegoncangan yang berlaku.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
13.       Sebetulnya lagi, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, kuasa untuk menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri terletak secara mutlak tanpa kekecualian di tangan rakyat. Setelah lebih lima dekad kemerdekaan negara dan hampir lima dasawarsa pembentukan Malaysia, kita dapati bahawa, pengalaman, kematangan serta kebijaksanaan rakyat negara ini dalam memilih kerajaan demi menentukan halatuju masa depan yang mereka dambakan tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun jua.
14.       Bahkan, saya sering mengutarakan bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah melewati tempohnya. Revolusi dalam bidang teknologi maklumat, kemajuan komunikasi dan kecanggihan pengangkutan telah membuka persaingan serta perbandingan secara meluas lagi dinamik dalam pasaran idea.
15.       Kontemporari ini, taraf serta akses rakyat kepada semua peringkat pendidikan semakin meluas seiring dengan korpus pengetahuan yang dimiliki. Disamping itu, pertumbuhan ekonomi yang mapan, pengurangan kadar kemiskinan dan inisiatif kejuruteraan sosial serta keberkesanannya, telah berjaya meningkatkan taraf hidup serta mewujudkan kelas menengah yang besar. Mutakhir pula, keutamaan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia telah mengalami perubahan yang besar berbanding empat atau lima dekad yang lalu.
16.       Melangkah lebih jauh, mentadbir negara yang terzahir dari saat kemerdekaan dikudratkan oleh kehendak rakyat, kerajaan kini akan terus komited menjunjung sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, kedaulatan undang-undang, falsafah persekutuan serta prinsip imbang dan periksa di antara ketiga-tiga cabang kerajaan. 
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
17.       Sebagai yang ramai maklum bahawa, kecuali darurat akibat konfrontasi tahun 1964, yang telah dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang telah diisytiharkan sebelum ini, masih dianggap berkuatkuasa sehingga hari ini. Justeru, menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, merasai denyut nadi, resah gelisah dan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya, di mana, pendapat, idea dan kebimbangan massa lebih diberi perhatian, agar dapatlah kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sistem demokrasi lain di dunia yang berasaskan falsafah universal dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, maka, kerajaan kini, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya. Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
18.       Dalam menyusun atur peradaban bernegara bagi menghadapi keadaan luarbiasa yang mengancam keselamatan tanahair dan kesejahteraan rakyat, tidak dapat tidak, menuntut kepada langkah-langkah khas yang kadangkala, bersifat di luar norma demokratik. Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan. Sesungguhnya, kebijaksanaan menangani keganasan memerlukan kita mencegah perlakuan itu, sebelum kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, harta benda atau menatijahkan apa-apa kecederaan. Ini merupakan satu kebenaran yang bersifat global dan diterima ramai.
19.       Dari perspektif undang-undang Islam pula, ia terangkum jelas dalam Maqasid Syariah yang berobjektif melindungi lima perkara utama yakni; pertama: agama, kedua: nyawa, ketiga: akal, keempat: keturunan dan maruah serta kelima: harta benda. Bahkan prinsip Usul Fiqah banyak membicarakan tentang perlunya disekat lebih awal sesuatu kemungkaran itu, sebelum ia berlaku. Manakala satu prinsip menyatakan bahawa, keputusan pemerintah adalah satu amanah yang perlu dibuat bagi pihak yang diperintah atas kepentingan maslahah ramai.
20.       Ini bukanlah ehwal yang pelik, tidak lazim atau asing. Terbukti, negara-negara demokrasi yang maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom juga telah menggubal rangka perundangan khas bagi menangani ancaman pengganas pasca tragedi 11 September.
21.       Pucuk pangkalnya, perseimbangan serta perimbangan yang harus ada bagi sebuah demokrasi moden adalah, diantara keselamatan nasional dan kebebasan individu. Itulah tugas dan tanggungjawab sebuah kerajaan yang matlamat tertingginya, menjunjung kebajikan serta kesejahteraan rakyat untuk mencari keseimbangan yang betul ini.
22.       Misalnya, kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian. Sebagai contoh mudah yang lain, kerajaan turut bertanggungjawab untuk menghalang jeritan palsu tentang bom dalam sebuah stadium yang penuh sesak. Ini kerana, kebebasan luar kawal sebegitu, akan hanya menimbulkan panik yang boleh membawa kepada kecederaan dan kehilangan nyawa.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
23.       Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.
24.       Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
25.       Di atas segalanya, Kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.
26.       Di sudut lain, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.
27.       Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.
28.       Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak di samping mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
29.       Sebagai sebuah negara, Malaysia dan seluruh warganya kini berada di persimpangan jalan. Pilihan yang kita putuskan hari ini akan menentukan nasib serta mencorakkan rupabentuk Malaysia pada masa hadapan, tanah air yang akan kita wariskan kepada anak-anak kita dan generasi mendatang. Persoalannya, mampukah kita melampaui dan mencabar wasangka lazim bahawa rakyat Malaysia daripada latarbelakang yang majmuk, status sosioekonomi berbeza dan fahaman politik pelbagai, secara iradat manusiawinya, tiba kepada konsensus untuk tidak tunduk menyerah kepada sekam kebencian dan kecurigaan yang pastinya mengheret kita ke lembah kehinaan. Sebaliknya, ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.
30.       Yakinlah bahawa, ia satu kekuatan bukan satu kelemahan untuk kita meletakkan kepercayaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia membuat pilihan dalam mencorakkan hala tuju masa depan mereka sendiri. Jika kita menganggap ia satu kesilapan maka, apakah maknanya pencapaian kita hari ini, apakah gunanya kita merancang pembangunan negara degan begitu tersusun semenjak merdeka, apakah gunanya kita membelanjakan sebahagian besar khazanah negara setiap tahun untuk memberikan akses pendidikan berkualiti kepada semua rakyat, membebaskan warga daripada cengkaman kemiskinan, membina infrastruktur fizikal serta teknologi komunikasi maklumat yang berkelas dunia?
31.       Jawapannya sangat jelas yakni, langkah-langkah yang saya umumkan sebentar tadi tidak lain tidak bukan adalah inisiatif awal transformasi politik secara tertib lagi berhemah. Ia berdiri sebagai pelengkap amat penting serta perlu kepada insiatif-inisiatif transformasi bidang ekonomi dan penyampaian awam yang pihak kerajaan telah rangka dan laksanakan semenjak lebih dua tahun kebelakangan dalam usaha menuju sebuah negara moden dan progresif.
32.       Pastinya, masa bukan terlalu awal mahupun terlalu lewat, akan tetapi inilah kala paling sesuai serta waktu paling tepat untuk perhitungan-perhitungan besar sedemikian diambil dan dilancarkan. Kita maklum, walaupun bagi pendapat sesetengah pihak ia penuh berisiko, kita akan melakukannya demi survival, setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, dan hampir lima dekad Malaysia terbentuk. Lantaran kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
33.       Akhir kalam, saya ingin tegaskan bahawa tanpa syak dan tanpa ragu-ragu lagi, Malaysia yang kita impikan bersama dan sedang kita cipta ini adalah Malaysia yang mengamalkan demokrasi berfungsi dan inklusif di mana keamanan dan ketenteraman awam dipelihara selaras dengan roh ketertinggian Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, penghormatan kepada hak asasi manusia dan hak-hak individu.
Demi Malaysia, bertawakallah semua dan kepada Tuhan kita berserah.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.
Sumber: PMO

PHONESEX: Mat Sabu boleh kata tak tahu? Klik,tengok video ni..

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak tahu menahu berhubung rakaman perbualan intim yang dimuat di internet dan diperkatakan di blog-blog rakan yang mendakwa melibatkannya dan seorang wanita.

mohamad sabu, PAS deputy president"Saya tidak tahu. Saya tidak pernah dengar," katanya ringkas sambil tersenyum ketika diminta mengulas dakwaan terdapat rakaman antaranya dan wanita yang dikatakan Normah Abdul Halim.

Ditanya sama ada beliau mengenali wanita tersebut, Mohamad (kiri) hanya menjawab beliau tidak beminat melihat rakaman sebegitu.

"Video (seks presiden MCA) Soi Lek pun saya tidak tengok.

"Saya video-video macam ini memang tidak pernah suka," katanya, sekali gus mengundang ketawa kecil pemberita.

scandal mat sabu normahPortal pro-BN Agendadaily pada 10 September melaporkan, bekas naib ketua Pemuda PKR Zahid Md Arip mengaku 'begitu teruja' mendengar dengan teliti detik-detik perbualan itu dan mendakwa ia "amat seiras dengan suara Mat Sabu".

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak berani kata suara wanita itu Normah kerana tidak mengenalinya.

Laporan itu menggambarkan "syahdunya" dan boleh menaikkan syahwat suara yang 'bercengkarama' dalam rakaman tersebut - yang didakwa dirakam semasa mereka jalin hubungan pada tahun 1994.

scandal mat sabu normahBagaimanapun, katanya, beliau tidak berani kata suara wanita itu Normah kerana tidak mengenalinya.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad yang hadir sama dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara itu menyampuk dengan berkata, isteri Mohamad juga bernama Normah.

“Apabila tak boleh lawan dasar (Pakatan Rakyat), ditimbulkan pula isu-isu sebegini,” katanya yang juga anggota parlimen Shah Alam.

Saksikan video penuh: 

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.